bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

20
BAB 1 PRINSIP DAN PRESKRIPSI EVALUASI KECERGASAN (DKK 3104) PENGENALAN AKTIVITI, KESIHATAN DAN PENYAKIT HIPOKINETIK Khairul Azlan Taib BSc .(hons) UiTM Department of Sport & Exercise Science

Upload: khairul-azlan-taib

Post on 15-Dec-2014

2.879 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

BAB 1

PRINSIP DAN PRESKRIPSI EVALUASI KECERGASAN(DKK 3104)

PENGENALAN AKTIVITI, KESIHATAN DAN PENYAKIT

HIPOKINETIKKhairul Azlan TaibBSc .(hons) UiTM

Department of Sport & Exercise Science

Page 2: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Peningkatan teknologi kini telah pengaruhi pengurangan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian seperti kemas rumah, basuh baju dan memasak.

Seseorang memerlukan masa untuk membuat aktiviti masa lapang atau senggangan.

Badan manusia memerlukan pergerakan dan tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal dan senaman ialah bukan cara hidup yang biasa masa kini.

Page 3: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Kekurangan aktiviti fizikal akan membawa kepada peningkatan mendapat risiko penyakit hipokinetik dan kronik.

Seseorang yang tidak suka membuat senaman biasanya berisiko mendapat penyakit hipokinetik dan kronik seperti penyakit jantung koronari, hipertensi, hiperkolestrolemia, kanser, obesiti dan banyak lagi.

Kajian daripada saintis dan profesional, dengan melakukan aktiviti fizikal dapat menjaga kesihatan dan langkah yang baik mencegah dari penyakit kronik.

Page 4: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Mengurangkan risiko seperti:

1. Kematian pra-matang/awal.

2. Kematian pra-matang akibat sakit jantung.

3. Risiko mendapat diabetes mellitus.

4. Risiko mendapat hipertensi.

5. Risiko mendapat kanser.

Page 5: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Mengurangkan penyakit yang sedia ada seperti:1. Menurunkan tekanan darah tinggi kepada sesiapa yang sedia ada.2. Mengurangkan perasaan sedih dan bimbang.

Membantu dalam:1. Mengawal berat badan.2. Membina dan mengawal kesihatan tulang, otot dan sendi.3. Membina kekuatan dan ketangkasan kepada orang yang berumur dalam membuat aktiviti tanpa rasa takut jika

nak terjatuh.

Page 6: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia, sebanyak 85% kematian akibat atau disebabkan oleh penyakit kardiovaskular tidak kira seseorang itu berpendapatan tinggi atau rendah dalam sesebuah negara.

Penyakit jantung koronari paling banyak menyebabkan kematian berbanding penyakit lain.

Penyakit jantung koronari (Coronary Heart Disease (CHD)) disebabkan oleh pembuluh darah yang bawa darah ke otot jantung tersumbat (myocardial ischemia).

Atherosclerosis terlibat dalam pembinaan dan pemendapan lemak dan fiber tersumbat dalam koronari jantung.

Page 7: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Faktor mendapat risiko penyakit jantung koronari ialah:

1. Sejarah keluarga (family history)

2. Kadar kolestrol tinggi dalam darah (hypercholesterolemia)

3. Tekanan darah tinggi (hypertension)

4. Perokok tegar (current cigarette smoking)

5. Kencing manis (diabetes mellitus)

6. Obesiti (obesity)

7. Kurang aktiviti fizikal (physical inactivity)

Page 8: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Hubungan aktiviti fizikal dan penyakit jantung koronari:

- Hampir 22% kes penyakit jantung koronari didunia dipengaruhi oleh kekurangan aktiviti fizikal.

- Dengan melakukan aktiviti fizikal dapat menghindari daripada penyakit ini.

- Menurut William (2001) aktiviti fizikal dan aktiviti kesihatan yang lain akan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung koronari dan penyakit kardiovaskular.

Page 9: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Page 10: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Merujuk kpd peningkatan tekanan darah melebihi paras normal semasa dalam keadaan rehat contohnya melebihi 110/70-150/90 mmHg.

Biasanya merujuk kepada tekanan darah tinggi, merupakan keadaan perubahan dimana tekanan darah meningkat secara mendadak atau kronik.

Dikenali sebagai arterial hipertensi, perkataan hipertensi tanpa (qualifier) biasanya merujuk kepada hipertensi arteri.

Hipertensi dikaitkan risiko tinggi mengalami serangan sakit jantung atau angin ahmar (strok).

Hipertensi merupakan keadaan tanpa tanda awal, dimana tekanan abnormal tinggi dalam arteri menyebabkan meningkat risiko strok, aneurisma, gagal jantung dan kerosakan buah pinggang.

Page 11: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Pemeriksaan tekanan darah didapati dua (2) angka. Angka yang tinggi diperolehi saat jantung berkontraksi (sistolik), angka yang rendah diperolehi saat jantung berelaksasi (diastolik).

Tekanan darah tinggi biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik.

Hipertensi muncul tanpa tanda awal, doktor terpaksa mencari alternatif untuk menghindarkan hipertensi.

Biasanya tanda-tanda hipertensi ialah sakit kepala, kelelahan, mual, muntah, sesak nafas dan gelisah.

Page 12: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Hiperkolestrolemia adalah lebihan kolestrol/ lemak dalam darah yang menyebabkan risiko mendapat penyakit jantung koronari.

Hiperkolestrolemia ialah hiperlipidemia yang mana mengawal kandungan lemak dalam darah, dislipidemia ialah kandungan lemak lebih dalam darah.

Menurut kajian, 18% strok dan 56% serangan jantung disebabkan oleh kolestrol tinggi dalam darah.

Kolestrol adalah seperti lilin, lemak yang seperti selalu dijumpai dalam semua produk berasaskan lemak binatang (daging, produk tenusu dan telur).

Page 13: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Badan manusia boleh membina kolestrol dalam hati dan menyerap kolestrol dari diet seharian.

Kolestrol adalah diperlukan oleh badan dan digunakan untuk membina sel membran, menghasilkan hormon untuk seks dan membentuk asid dalam hempedu untuk penghadaman lemak.

Aktiviti fizikal yang sederhana seperti senaman erobik harian dan kesan positif kadar metabolisma, (Durstine, Grandjean, Cox dan Thompson, 2002).

Page 14: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Setiap batang rokok yang dinyalakan mengeluarkan 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut.

Kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201), bahan digunakan dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) dan racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Page 15: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Tar - Mengandungi 43 bahan kimia penyebab kanser (karsinogen). Bahan benzopyrene sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) disahkan agen yang mulakan proses kejadian kanser.

Nikotin - Seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain. Tindak balas dalam otak dan ada kesan kepada sistem mesolimbik punca utama penagihan. Sindrom ketagihan nikotin di tunjukkan dengan gejala gian, tarikan, mungkin lebih hebat dari najis dadah. - Biasanya, perokok yang kehabisan rokok berkelakuan amat tertekan dan alami gangguan akal. Amat sukar untuk tinggalkan tabiat merokok apabila terjerat, kecuali dengan ikhtiar yang serius.

Page 16: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Karbon Monoksida

- Gas beracun yang biasa dikeluarkan oleh

ekzos kenderaan.

- Apabila memasuki tubuh, akan

merosakkan setiap organ sepanjang

laluannya. Bermula dari hidung, mulut,

tekak, saluran pernafasan, paru-paru,

saluran penghadaman, saluran darah,

jantung, organ pembiakan, saluran kencing

dan pundi kencing.

Page 17: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Merujuk kpd gangguan sistem endokrin yang bercirikan peningkatan kadar glukos dan glukosuria.

Terdapat dua (2) jenis:1. jenis pertama ialah insulin-dependent diabetes mellitus (IDDM), biasanya melibatkan individu yang berumur kurang 30 tahun, tetapi masih didapati semua peringkat umur.2. jenis kedua ialah non-insulin-independent diabetes mellitus (NIDDM), biasanya melibatkan 90% ke 95% individu dengan diabetes mellitus yang jenis kedua (Kriska, Blair dan Pereira 1994).

Faktor risiko diabetes mellitus ialah melibatkan umur, jantina, bangsa, keturunan, status sosial-ekonomi (pendapatan dan peringkat pendidikan), penggunaan alkohol, merokok, pemakanan, aktiviti fizikal dan banyak lagi.

Pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal boleh membawa kepada risiko diabetes.

Page 18: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Obesiti atau berat badan berlebihan diklafikasikan dengan menggunakan body mass index (BMI=Weight(kg)/Height squared (m2)).

Individu dengan BMI antara 25 hingga 29.9 kg/m2 diklafikasikan lebih berat badan, mana kala individu dengan BMI 30 kg/m2 atau lebih diklafikasikan sebagai obesiti.

Berat badan berlebihan dan kegemukan adalah ancaman kepada kedua-dua kualiti dan kuantiti cara hidup seseorang.

Page 19: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti

Individu obesiti mempunyai kehidupan yang singkat dan berisiko mendapat penyakit jantung koronari, hiperkolestrolemia, hipertensi, diabetes mellitus, kanser dan osteoporosis (Grundy, Blackburn, Higgins, Lauer, Peri dan Ryan 1999).

Obesiti biasanya disebabkan oleh keturunan dan faktor persekitaran.

Memerlukan aktiviti fizikal yang istimewa dan khas, seperti keseimbangan antara diet pemakanan dan aktiviti senaman. Perlukan pakar pemakanan profesional dalam perancangan ketat dan tersusun.

Page 20: Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti