pengenalan pendidikan kesihatan hbhe1103 september 2012 ( buku sumber)

51
HBHE1103 KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2 2.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 4 3.0 SET PENILAIAN 1 DAN 2 12 - 13 4.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT 14 5.0 SET PENILAIAN 3 DAN 4 20 - 21 6.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 3 : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 22 7.0 SET PENILAIAN 5 DAN 6 31 - 32 8.0 RUJUKAN 33 1

Upload: azril-mohd-romli

Post on 06-Aug-2015

541 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

HBHE1103KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATANMUKA SURAT 22.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 4 3.0 SET PENILAIAN 1 DAN 2 4.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT 5.0 SET PENILAIAN 3 DAN 4 12 - 13 14 20 - 216.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 3 : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 7.0 SET PENILAIAN 5 DAN 6 8.0 RUJUKAN 22 31 - 32 331HBHE11031.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di semua se

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2

2.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 4

3.0 SET PENILAIAN 1 DAN 2 12 - 13

4.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT 14

5.0 SET PENILAIAN 3 DAN 4 20 - 21

6.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 3 : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

PERSEKITARAN 22

7.0 SET PENILAIAN 5 DAN 6 31 - 32

8.0 RUJUKAN 33

1

Page 2: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE11031.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di semua

sekolah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ini merupakan satu

mata pelajaran yang kebiasaan digabungkan di bawah satu nama mata pelajaran iaitu

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, Pendidikan Kesihatan diajar

secara berasingan dengan Pendidikan Jasmani. Waktu yang diperuntukkan kepada

Pendidikan Kesihatan juga berbeza berbanding Pendidikan jasmani.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah sesuatu yang

sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau

cacat cedera sahaja. Ini boleh dikatakan sebagai kesihatan adalah kualiti hidup yang

melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil

daripada adaptasi individu terhadap persekitaran.( Dubos R., 1968 ).

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan

pengalaman untuk mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan

berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Falsafah pendidikan

kesihatan ialah pendidikan untuk kesihatan bukan hanya pengetahuan untuk kesihatan.

Matlamat pendidikan kesihatan diajar di sekolah adalah bertujuan untuk membantu murid

meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan

mengamalkan gaya hidup sihat.

Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu mata pelajaran yang penting.

Terdapat beberapa kepentingan pendidikan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam

membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di sekolah. Pendidikan

Kesihatan penting dalam membentuk perubahan dan juga merupakan keperluan individu

bagi proses perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Sebagai contoh,

pendidikan kesihatan dapat memupuk sikap bertanggungjawab pada kesihatan dan

mengembangkan ilmu. Perubahan tingkah laku dan sikap diharapkan berlaku dalam

usaha meningkatkan kualiti kesihatan.

Selain itu, pendidikan kesihatan penting bagi melahirkan insan yang berpelajaran

dan berpengalaman tentang kesihatan. Di samping itu, Pendidikan Kesihatan dapat

membentuk hubungan dan perlakuan mesra serta melahirkan rasa empati terhadap

2

Page 3: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103masalah kesihatan yang dialami. Melalui Pendidikan Kesihatan ini juga kemahiran bagi

menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan dapat dikuasai.

Hal ini secara tidak langsung menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian dan

berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

Secara ringkas, kepentingan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ialah:

      i.        Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri dan

mengamalkan penjagaan kebersihan diri.

    ii.        Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan

mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

   iii.        Memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan orang lain,

alatan dan tempat aktiviti.

   iv.        Mengetahui isu-isu pendidikan kesihatan yang mempengaruhi hidup seharian.

Sukatan pelajaran bagi Pendidikan Kesihatan boleh dibahagikan kepada 3 tunjang

utama seperti di bawah:

1. Kesihatan Diri dan Keluarga

Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, keluarga dan masyarakat

secara proses berterusan.

Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan

keibubapaan.

2. Gaya Hidup Sihat

Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan

menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.

Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran

merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit.

3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran

secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.

Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran

dan pertolongan cemas.

3

Page 4: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1. SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA

Definisi: Satu proses bagi manusia untuk mengembangkan zuriat

Sistem pembiakan manusia berbeza bagi lelaki dan perempuan. Gambarajah di bawah

menunjukkan perbezaan tersebut.

FUNGSI ORGAN PEMBIAKAN LELAKI

4

SISTEM PEMBIAKAN LELAKI

SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN

Page 5: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103

FUNGSI ORGAN PEMBIAKAN PEREMPUAN

2. AKIL BALIGH

Definisi: satu peringkat di dalm hidup di mana tubuh badan berubah daripada seorang

kanak-kanak kepada seorang dewasa.

Pada peringkat akil baligh ini, terdapat tanda-tanda yang akan berlaku kepada lelaki dan

perempuan. Lelaki akan mengalami IHTILAM manakala perempuan akan mengalami

HAID.

IHTILAM: Satu fenomena di mana air mani lelaki terkeluar semasa tidur atau

’mimpi basah’.

HAID: proses pengeluaran darah dan cairan melalui faraj perempuan yang

mengandungi sel-sel mati daripada lapisan rahim.

5

Page 6: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE11033. PERUBAHAN FIZIKAL LELAKI DAN PEREMPUAN

LELAKI PEREMPUAN

Ketinggian meningkat Ketinggian meningkat

Berat badan bertambah Berat badan bertambah

Tubuh bulu ari dan bulu ketiak Payu dara membesar

suara menjadi garau Tubuh bulu ari dan bulu ketiak

Kadar berpeluh meningkat suara keanak-anakan berubah menjadi suara matang

Jerawat Kadar berpeluh meningkat

Dada dan bahu melebar Jerawat

Bulu tumbuh di muka dan badan Punggung melebar

bentuk badan berubah menjadi seperti lelaki dewasa

Paha berbentuk corong

kekuatan dan daya tahan fizikal bertambah Bentuk badan berubah menjadi seperti perempuan dewasa

4. PENGURUSAN KESIHATAN DIRI

Pengurusan kesihatan diri penting untuk memastikan kesihatan sentiasa baik. Ianya

bermula dengan penjagaan kebersihan diri.

Penjagaan kebersihan diri perlu supaya:

a) badan sihat

b) tiada jangkitan kulit

c) sentiasa cergas dan ceria

Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah:

a) Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat.

b) Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun.

c) Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi.

d) Selalu mencuci rambut menggunakan syampu.

e) Pakai pakaian yang bersih.

f) Cuci tangan sebelum dan selepas makan.

g) Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau busuk.

h) Sentiasa memakai pakaian dan stokin yang bersih.

6

Page 7: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103i) Selalu memotong kuku yang panjang.

j) Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas.

k) Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun.

Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurang SEKALI SETAHUN.

5. SISTEM PENCERNAAN

Fungsi: memecahkan makanan kepada saiz kecil untuk membolehkan badan menyerap

dan menggunakannya.

Bahagian-bahagian yang terlibat dengan sistem pencernaan adalah seperti di bawah:

Mulut ( mouth ) Pankreas ( pancreas )

Esofagus ( esophagus ) Usus kecil ( small intestine )

Perut ( stomach ) Usus besar ( large intestine )

Hati ( liver ) Rektum ( rectum )

Hempedu ( gallbladder )

7

Page 8: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE11036. PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

Penyakit tidak berjangkit boleh disebabkan oleh keturunan dan gaya hidup.

Contoh jenis penyakit Cara mencegah

1. Karies gigi 1. Bersenam

2. Penyakit jantung 2. Bersukan

3. Diabetes 3. Makan makanan seimbang

4. Asma 4. Mengamalkan gaya hidup sihat

5. Penyakit buah pinggang

7. PERASAAN

Mengenal pasti perasaan:

gembira sedih marah kecewa

malu syukur bimbang tersinggung

bangga gelisah selamat puas

kasih sayang hairan dihargai

Perasaan negatif ialah perasaan yang tidak sihat yang boleh memberi kesan yang

tidak baik. Contoh perasaan negatif adalah seperti marah, tertekan dan rasa bersalah.

Perasaan negatif ini boleh dikawal melalui:

perbincangan bersama ahli keluarga, rakan baik dan pihak yang bersesuaian.

berjumpa dengan kaunselor untuk melakukan kaunseling

beriadah untuk menghilangkan perasaan negatif tersebut

8

Page 9: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE11038. PERANAN KELUARGA

Setiap ahli keluarga mempunyai peranan untuk mengeratkan perhubungan keluarga

dan mencegah berlakunya gejala sosial.

a) peranan ibu bapa

Memberikan didikan agama dan moral yang teguh

Memantau pergerakan anak-anak

Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak

Mengenali rakan-rakan anak

b) peranan anak-anak

menuruti ajaran ibu bapa

harus belajar bersungguh-sungguh

memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan

diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih

dadah dan sebagainya

mengenang jasa ibu bapa

c) peranan ahli keluarga

saling menghormati dan memahami

bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan

dan perselisihan faham

Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai, saling

membantu dan bekerjasama

9. REMAJA

Definisi: golongan manusia yang berumur di antara 12 hingga 21 tahun.

Beberapa perubahan berlaku semasa zaman remaja ini. Perubahan tersebut ialah:

perubahan fizikal ( perubahan akibat akil baligh )

perubahan perasaan

- cuba mencari identiti diri - mementingkan rakan daripada keluarga

- sentiasa bimbang paras muka - emosi tidak stabil

9

Page 10: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE110310. MASALAH DI AWAL REMAJA

Perubahan fizikal dan emosi di awal remaja membawa beberapa masalah yang perlu

dihadapi dan diatasi oleh remaja.

Contoh masalah di awal remaja:

konflik keluarga

perubahan emosi

perasaan ingin mencuba

mudah terpengaruh

ingin bertindak seperti orang dewasa

Cara menangani masalah remaja:

remaja perlu mengenal pasti dan menetapkan hala tuju sebenar mereka

supaya mereka tidak mengalami krisis identiti

ibu bapa perlu menggunakan pendekatan baru untuk mendidik anak-anak

remaja masa kini yang terdedah kepada banyak perkara

pihak sekolah memberikan kaunseling kepada remaja yang bermasalah

untuk mengenal pasti punca dan mencari langkah-langkah untuk menangani

masalah yang dihadapi

kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan remaja

dengan lebih tegas untuk memberikan keinsafan kepada mereka

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang proaktif

dengan merancang pelbagai program bersama-sama dengan pihak sekolah

Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai baik berasaskan pendidikan moral

dan agama supaya remaja kukuh dari segi jati diri dan keagamaan

ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui

hal anak-anak mereka

ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak

dengan memperuntukkan masa kepada anak-anak supaya mereka dapat

meluahkan masalah yang dihadapi

10

Page 11: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 pihak sekolah tidak hanya mementingkan keputusan akademik pelajar

semata-mata dalam pengurusan pelajar sebaliknya banyak memberikan

penekanan dalam membentuk sahsiah pelajar

media massa perlu melaporkan dengan lebih kerap kepincangan yang

dilakukan oleh remaja untuk meberi kesedaran kepada mereka

kerajaan perlu memberi peluang kepada remaja meluahkan perasaan mereka

dengan menyediakan tempat-tempat untuk remaja melakukan aktiviti

berfaedah

kerajaan perlu membuat penambahbaikan dalam sistem pendidikan supaya

pembinaan jati diri remaja yang kukuh dapat dibina di peringkat sekolah

masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dengan

melaporkan kegiatan pelajar yang ponteng sekolah

SET PENILAIAN 1

1. Berikan definisi sistem pembiakan manusia.

11

Page 12: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 _____________________________________________________________________

2. Berikan definisi ihtilam dan haid.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3. Berikan 3 perubahan fizikal yang dialami oleh lelaki selepas akil baligh.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

4. Senaraikan 5 langkah penjagaan kebersihan diri.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

5. Apakah fungsi sistem pencernaan kepada manusia?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

SET PENILAIAN 2

1. Berikan 2 jenis penyakit tidak berjangkit.

12

Page 13: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

2. Apakah yang dimaksudkan dengan perasaan negatif?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3. Apakah peranan anak-anak dalam sebuah keluaraga?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

4. Berikan beberapa ciri perubahan perasaan yang dialami oleh remaja?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

5. Berikan 2 cara menangani masalah remaja.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT

1. PIRAMID MAKANAN

13

Page 14: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 Definisi: Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-

jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.

Kelas Makanan Contoh Makanan Kadar Pengambilan

Karbohidrat Nasi, roti, mi Lebih banyak

Vitamin Buah-buahan, sayur-sayuran Banyak

Protein Ikan, daging, susu Sederhana

Lemak Keju, minyak Sedikit

Amalan pemakanan sihat boleh diamalkan dengan cara yang berikut:

memilih jenis makanan yang sesuai

makan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan

elakkan daripada mengambil pelbagai makanan dalam satu hidangan

2. LABEL KANDUNGAN MAKANAN

Definisi: keterangan mengenai akuan yang benar mengenai tahap atau kandungan

nutrien yang terdapat pada label makanan mengenai kualiti pemakanan bahan

14

Page 15: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 makanan tersebut.

Label kandungan pada bahan makanan mengandungi maklumat yang amat berguna

kepada pengguna. Label ini melambangkan status barangan dari segi mutu dan tempoh

penggunaan.

Contoh maklumat yang ada pada label kandungan makanan:

Jenama makanan

Isipadu (bilangan/berat bersih)

Arahan penyimpanan

Senarai ramuan

Nama dan alamat pengilang

Komposisi khasiat makanan

Pengawet dan pewarna

Tarikh sah digunakan

Tanda `halal' Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kepentingan label kandungan makanan ialah:

o Untuk menyediakan satu cara penyampaian maklumat mengenai kandungan

nutrien (zat makanan)

o dapat membantu pengguna membuat pemilihan makanan yang bijak.

o untuk memberitahu pengguna mengenai kualiti pemakanan sesuatu bahan

makanan.

o menyokong aktiviti pendidikan pemakanan

o menggalakkan penggunaan prinsip pemakanan yang kukuh dalam pemilihan

makanan dan penyediaan hidangan.

3. PENYALAHGUNAAN BAHAN

Definisi:

15

Page 16: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE11031. Ubat: sesuatu bahan yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau

menyihatkan badan.

2. Racun: sesuatu bahan yang jika diserap oleh organisma hidup akan menyebabkan

kematian.

3. Dadah: sejenis bahan kimia yang memberi kesan kemudaratan kepada pemikiran,

fizikal, emosi dan tingkah laku.

Kesan buruk merokok:

Menjejaskan kesihatan

Menjejaskan ekonomi keluarga

16

UBATRACUN

DADAH

Page 17: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 Mencemarkan alam sekitar

Menjejaskan keterampilan diri

Meningkatkan kadar kematian

Meningkatkan perbelanjaan negara

Kesan buruk alkohol:

Tidak sedar apa yang dicakapkan

Mengabaikan keluarga

Hilang pertimbangan diri

Mudah marah

Boleh mendera / mencederakan ahli keluarga

Menjejaskan kesihatan

Tekanan mental

Menjejaskan kewangan diri dan keluarga

Kesan buruk dadah:

Menjejaskan kesihatan

Jangkitan AIDS / HIV

Kehilangan kerjaya

Keluarga musnah

Peningkatan jenayah

Mengganggu ketenteraman masyarakat

Diri tidak terurus

Hilang maruah diri

4. PENGURUSAN KONFLIK DAN STRES

Penghargaan Kendiri

17

Page 18: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 Definisi: Penghormatan kepada diri sendiri yang mencakupi keseluruhan maksud

maruah diri

Cara meningkatkan penghargaan kendiri:

Dapatkan sokongan dan kepercayaan diri

Memaafkan dan melupakan perkara yang sudah lepas

Tingkatkan pengetahuan diri

Bicara hati

Memotivasikan diri dan belajar dari kesilapan

Menjalin perhubungan jujur

Elakkan perbandingan

Merangka strategi kejayaan

Proaktif & Responsif kepada Perubahan

Bina Matlamat Baru

Definisi:

1. Konflik: wujudnya perbezaan fahaman dan ideologi di kalangan individu

Punca berlaku konflik:

perbezaan individu

perbezaan latar belakang budaya

perbezaan kepentingan

perubahan sosial

Cara mengatasi konflik:

berkomunikasi secara jelas

dengar dengan teliti dan berada dalam jarak yang sesuai

perlu menyesuaikan minda dan sikap terhadap sesuatu

menyelesaikan masalah secara bersama

Definisi:

18

Page 19: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE11032. Stres: gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang.

Punca berlaku stres:

Terlalu inginkan kemenangan

Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan

Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik

Suka mendesak

Risau keterlaluan

Tidak mahu menerima teguran

Berprasangka buruk dan berdendam.

Cemburu dengan kejayaan orang lain

Kerja yang membosankan, tekanan pekerjaan

Masalah kewangan

Cara mengatasi stres:

elakkan stres yang tidak perlu

terima kenyataan

sesuaikan diri dengan situasi

cari masa untuk bergembira dan berehat

amalkan cara hidup sihat

sesuaikan diri dengan penyebab stres

SET PENILAIAN 3

1. Berikan definisi piramid makanan.

______________________________________________________________________

19

Page 20: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103

2. Tuliskan 2 amalan pemakanan yang boleh diamalkan.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3. Berikan 2 maklumat yang ada pada label kandungan makanan.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

4. Berikan 2 sebab kepentingan label kandungan makanan.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

SET PENILAIAN 4

1. Apakah maksud dadah?

______________________________________________________________________

20

Page 21: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103

2. Senaraikan 3 kesan buruk pengambilan alkohol.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3. Tuliskan 2 cara meningkatkan penghargaan kendiri.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

4. Berikan 2 sebab berlakunya konflik.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

5. Berikan 3 cara mengatasi stres.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

TUNJANG PEMBELAJARAN 3 :

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

1. KESELAMATAN

21

Page 22: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103

Langkah-langkah keselamatan di jalan raya:

mengenal pasti dan mematuhi tanda keselamatan yang ditunjukkan

mematuhi peraturan jalan raya sepanjang masa

Langkah-langkah keselamatan di air

1. Banjir

Persediaan menghadapi banjir

Dapatkan maklumat tentang banjir seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat

pemindahan

Periksa dan bersihkan semua lubang air samada longkang atau saluran perparitan

Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan

Tindakan semasa banjir

Di dalam rumah

Dengar pengumuman dari radio dan televisyen

Simpan air bersih

Bawa masuk perabut dari luar rumah

Simpan dokumen penting di tempat yang selamat

Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas

22

Page 23: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan

Ikut laluan yang ditentukan

Di luar rumah

Berpindah awal dan semasa hari siang, ianya lebih mudah dan selamat

Pergi ke tempat tinggi dan selamat

Jangan bersiar-siar di kawasan banjir

Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh

Jangan minum air yang tercemar

Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan

Awasi kanak-kanak

Tindakan selepas banjir

Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan

Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya

Jangan terus memasuki rumah. Periksa kerosakan dinding, lantai, siling, pintu dan

tingkap.

Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan

Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan di lantai rumah. Periksa

kehadiran binatang atau serangga berbisa dan berbahaya

Periksa paip saluran gas, kabel elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan

mudah terbakar.

Periksa kerosakan tangki septik

Buang bahan-bahan makanan dan minuman yang terendam

Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak

berkuasa

Langkah keselamatan api:

1. Punca kebakaran:

23

Page 24: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 Elektrik

Puntung Rokok

Percikan Api

Mercun/Bunga Api

Ubat Nyamuk/Lilin/Colok

Dapur Gas/Minyak

Reaksi Spontan

Sengaja di bakar

Tindak Balas Kimia

Mancis api

2. Cara mencegah kebakaran:

1. Keselamatan Di Dapur

Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan

dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih

atau mengantuk.

2. Ruang Alat Pemanas

Letakkan alat pemanas pada jarak tiga (3) kaki atau satu (1) meter daripada

sebarang sebarang benda yang mudah terbakar.

3. Perkakas Merokok

Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas

tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur.

4. Mancis dan Pemetik Api

Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat

supaya dapat dielak daripada kanak-kanak.

5. Elektrik

Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan

elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau

panas.

6. Lilin

Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar

24

Page 25: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 dan daripada tiupan angin.

Keracunan makanan

Termakan makanan yang beracun boleh mengakibatkan penyakit.

Punca keracunan makanan:

makanan tercemar

makanan luput tarikh

makanan bertin yang kemek

2. PENYAKIT BERJANGKIT

penyakit yang boleh merebak kepada orang lain dengan pelbagai cara.

Penyakit bawaan makanan dan air

Penyakit yang disebabkan oleh kuman penyebab yang terdapat di dalam makanan dan

air tercemar.

Contoh penyakit:

tifoid

kolera (taun)

keracunan makanan

Infeksi titisan

Penyakit yang menular melalui udara. Infeksi ini disebabkan oleh kuman yang

dikeluarkan melalui rembesan saluran pernafasan seperti air liur dan kahak.

Contoh penyakit:

selesema

campak

tibi

Penyakit bawaan vektor

Penyakit yang dibawa oleh pembawa kuman penyakit seperti lalat dan nyamuk.

25

Page 26: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 Contoh penyakit:

demam denggi

malaria

demam kuning

Penyakit melalui pelbagai cara

Penyakit yang boleh merebak dengan menggunakan pelbagai cara.

Contoh penyakit:

polio – infeksi titisan, sentuhan terus, bawaan makanan dan air

tetanus – sentuhan terus, udara

AIDS – hubungan jenis, pemindahan darah, suntikan, cecair badan

rubella – sentuhan terus, titisan

Hepatitis B – hubungan jenis, pemindahan darah, jarum suntikan

Penyakit hubungan jantina

Penyakit yang menular melalui hubungan seks

Contoh penyakit:

AIDS

Gonorea

Sifilis

Hepatitis B

Herpes

LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT

a. Pendidikan Kesihatan

b. Kebersihan diri, alam sekitar, air dan makanan

c. Tabiat yang sihat

d. Elakkan hubungan seks sejenis dan hubungan seks sebarangan

e. Melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat penyakit berjangkit

f. Imunisasi

g. Pengesanan dan rawatan awal

26

Page 27: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103h. Pengasingan pesakit

i. Kuarantin

j. Kawalan vektor

k. Memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa

3. PERTOLONGAN CEMAS

Definisi: Bantuan sementara yang diberikan serta merta kepada mangsa yang tercedera

atau sakit sebelum menerima rawatan dari pihak doktor atau ketibaan

ambulans.

Peti pertolongan cemas

Peti yang mengandungi alatan dan bahan asas untuk rawatan awal kecederaan

Kandungan peti pertolongan cemas adalah seperti berikut:

1. pembalut tiga segi ( kain anduh )

2. pembalut gulung pelbagai saiz

3. kapas

4. kertas nipis

5. pin penyemat

6. gunting

7. plaster

8. thermometer

9. penyepit

10. krim luka antiseptic

11. ubat kuning

12. ubat mata

13. pisau kecil

14. sarung tangan getah

15. panadol

16. minyak sapu

17. buku manual pertolongan cemas

18. nombor talian kecemasan

27

Page 28: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103

Kecederaan ringan

Definisi: kecederaan yang tidak membahayakan nyawa mangsa yang tercedera.

Jenis kecederaan ringan dan rawatan awal yang boleh diberikan.

Kecederaan ringan Rawatan awal

Luka kecil 1. Cuci luka dan buang kotoran

dengan sabun dan air bersih

2. Jika luka calar biarkan kering

sahaja dan jika perlu tutup dengan

plaster

3. Pastikan pendarahan telah berhenti

dan perhatikan jika ada kecederaan

lain.

Patah 1. Buat penilaian keadaan pesakit

2. Pulihkan nafas pesakit jika perlu

3. Hentikan pendarahan jika terdapat

luka atau patah terbuka

4. Pastikan pergerakan paling

minimum kepada anggota tercedera

5. Ampu bahagian patah dengan

secepat mungkin dengan

menggunakan kayu belat atau

sebagainya

6. Hantar pesakit dengan kadar segera

ke hospital

Melecur 1. Berhentikan kebakaran dan

sejukkan kawasan terbakar dengan

kadar segera

2. Longgarkan pakaian yang ketat,

28

Page 29: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103cincin atau jam sebelum bengkak

bermula (jika perlu)

3. Potong dengan cermat kain yang

terkena cecair panas (jika perlu)

4. Tutup kawasan terbakar dengan

kain pembalut bersih

5. Bawa berjumpa doktor

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)

Tujuan: menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan sekolah

mampu meningkatkan taraf kesihatan warga sekolah.

Program terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan

semasa.

Enam teras utama PBSS

- Polisi Kesihatan Sekolah,

- Persekitaran Fizikal Sekolah,

- Persekitaran Sosial Sekolah,

- Penglibatan Komuniti,

- Kemahiran Kesihatan Diri,

- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

Kerjasama sekolah dengan masyarakat

- tujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan

masyarakat.

satu proses dua hala - sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama

untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.

sumbangan terhadap masyarakat dan sebaliknya

menilai status kesihatan murid,

- memberi khidmat rawatan dan rujukan,

- memberi bimbingan dan kaunseling,

- memberi penjagaan rawatan/kecemasan,

29

Page 30: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103- mencegah dan mengawal kejadian penyakit mendiagnosis

- membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.

program berkaitan kesihatan

- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah,

- Perkhidmatan Pergigian,

- Rancangan Makanan Tambahan (RMT),

- Program Susu Sekolah (PSS),

- Pendidikan Pencegahan Denggi,

- menjadikan sekolah kawasan larangan merokok,

- menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan

- mengadakan program bebas dadah

- kempen cara hidup sihat.

Perkhidmatan kesihatan dan keselamatan

Pusat kesihatan kecil

Klinik kerajaan

Klinik swasta

Hospital

Polis

Jabatan Bomba dan Penyelamat

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM)

SET PENILAIAN 5

1. Senaraikan persediaan menghadapi banjir.

______________________________________________________________________

30

Page 31: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

2. Berikan 2 tindakan yang perlu dilakukan selepas banjir.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3. Berikan 3 punca kebakaran.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

4. Tuliskan 4 langkah mencegah kebakaran.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

5. Senaraikan 2 punca keracunan makanan.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

SET PENILAIAN 6

1. Berikan definisi penyakit bawaan makanan dan air.

_____________________________________________________________________

31

Page 32: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103

2. Namakan 2 penyakit disebabkan infeksi titisan.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Senaraikan kandungan peti pertolongan cemas.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

4. Jelaskan bagaimana rawatan awal diberikan untuk luka kecil.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

5. Apakah tujuan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diadakan?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

RUJUKAN

Dubos, R. (1968). So Human and Animal. New York: Scribners.

Kee Bee Suan. et. al. (2011). Focus SPM Form 4 & 5 Biology. Bandar Baru Bangi:

32

Page 33: Pengenalan Pendidikan Kesihatan HBHE1103 September 2012 ( Buku Sumber)

HBHE1103 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR

Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (Tiada Tahun). Pendidikan Kesihatan Keluarga/

Seksualiti. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

PBSM. (Tiada Tahun). Pertolongan Cemas Asas. Kuala Lumpur: Persatuan Bulan Sabit

Merah Malaysia.

PBSM. (Tiada Tahun). Pendidikan Kesihatan Asas. Kuala Lumpur: Persatuan Bulan

Sabit Merah Malaysia.

PBSM. (1999). Pertolongan Cemas Manual Pelajar. Kuala Lumpur: Federal Publications

Sdn. Bhd.

Zarina Law Abdullah. et. al. (2011). HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan.

Kuala Lumpur: OUM.

RUJUKAN INTERNET

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). [online]

http://www.who.int/en/

http://notakuliahpismp.blogspot.com/

http://sktuaridtaud.forumotion.com/t341-penjagaan-kebersihan-diri

anelyza.blogspot.com

http://online.mdpekan.gov.my/online/esumber/kesihatan/piramid_makanan_malaysia.pdf

fsq.moh.gov.my

http://sakinahsalleh.blogspot.com/2011/11/penghargaan-kendiri-self-esteem.html

http://www.utem.edu.my/pusat_komputer/index2.php?

option=com_docman&task=doc_view&gid=102&Itemid=58

http://www.takaful.biz/takaful-am/panduan-keselamatan-hujan-lebat-dan-banjir/

http://pjk.ipgkti.edu.my/nota/Jenis-Jenis%20Penyakit%20Berjangkit.pdf

33