di sini bermula sebuah

8
Edaran Percuma APRIL 2014 Muat turun secara percuma dari Web Akademi ISU 01 Aspirasi JANUARI - APRIL / ISU 1/2014 AKADEMI PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA JALAN RAYA DI MALAYSIA KE 17 PALING BAHAYA DI DUNIA 3 IN THE HEART OF ACADEMY 4 ISU APA PUNCANYA? ISTIMEWA AGAMA SEMPURNAKAN WUDUKMU 6 AKTIVITI ANUGERAH APC 8 Alhamdulillah, bersyukur saya pada Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam ruangan buletin ini. Saya mengambil kesempatan menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Aspirasi Bil 1/2014 atas kejayaan menerbitkan buletin Aspirasi ini. Tidak lupa kepada warga cemerlang Akademi yang telah memberikan sumbangan bermakna samada melalui cadangan-cadangan bernas mahupun penulisan artikel. Saya amat berbangga dengan kemunculan buletin Aspirasi ini, kerana pegawai- pegawai di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia malah seluruh warga Jabatan Pengangkutan Jalan dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pelbagai tugasan harian, aktiviti-aktiviti rasmi jabatan serta aktiviti-aktiviti kelab. Secara tidak langsungnya, berupaya mencermin serta meningkatkan lagi imej jabatan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil dari semangat berpasukan yang utuh dikalangan warga Akademi. Semoga semua sumbangan yang diberikan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Akhir kata, marilah sama-sama kita meningkatkan tahap kredibiliti dan profesionalisme warga Akademi dalam menggalas cabaran bagi merealisasikan jabatan sebagai sebuah organisasi pengurusan penguatkuasaan yang bertaraf dunia menjelang 2020. Sebelum menutup tirai alu-aluan ini, saya ungkapkan 2 rangkap pantun ; Sekian, terima kasih. Tn. Adnan bin Ahmad Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia SEBUAH KARYA : Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, KM 15, Jalan Tiang Dua, 75460 Air Molek, Melaka Tel : 06.2692666 / 06.2672727 / Faks : 06.2684599 / 06.2692608 / Email : [email protected] ... ke muka surat 2 Pada 16 April 2014 telah berlangsung Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 & Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N17 Siri 1/2014 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB. Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi, Turut hadir adalah Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Ismail bin Ahmad, YBhg. Dato’ Arifin bin Che Mat Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), YBhg. Dato’ Yusoff bin Ayob Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), Pengarah-pengarah Negeri dan Bahagian dan Ibu Bapa peserta kursus. Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 mula melapor diri pada 13 Januari 2014 (Isnin). Kursus ini berlangsung selama 3 bulan bermula pada 13 Januari sehingga 17 April 2014 bagi pelatih Pegawai Penguatkuasa N41 (Lantikan baru) dan Pembantu Penguatkuasa Gred N17. Manakala bagi peserta kursus Pegawai Peguatkuasa N41 (PSL) telah menjalani latihan selama sebulan bermula 13 Januari dan berakhir pada 13 Februari 2014 yang lalu. Di sini Bermula Sebuah perjalanan http://academy.jpj.gov.my Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara, Buletin ini membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara Riang sungguh si rama-rama, Berterbangan bebas hendak bersua, Aluan penasihat pembuka bicara Selamat membaca untuk semua. Aluan Penasihat Aspirasi

Upload: hangoc

Post on 27-Dec-2016

264 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Di sini Bermula Sebuah

Edaran PercumaAPRIL 2014

Muat turun secara percuma dari Web

Akademi ISU 01

AspirasiJANUARI - APRIL / ISU 1/2014

AKADEMI PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

JALAN RAYA DI MALAYSIA KE 17 PALING BAHAYA DI DUNIA 3

IN THE HEART OF ACADEMY 4

ISU

APA PUNCANYA?

ISTIMEWA AGAMA

SEMPURNAKAN WUDUKMU 6

AKTIVITI

ANUGERAH APC 8

Alhamdulillah, bersyukur saya pada Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam ruangan buletin ini. Saya mengambil kesempatan menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Aspirasi Bil 1/2014 atas kejayaan menerbitkan buletin Aspirasi ini. Tidak lupa kepada warga cemerlang Akademi yang telah memberikan sumbangan bermakna samada melalui cadangan-cadangan bernas mahupun penulisan artikel. Saya amat berbangga dengan kemunculan buletin Aspirasi ini, kerana pegawai-pegawai di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia malah seluruh warga Jabatan Pengangkutan Jalan dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pelbagai tugasan harian, aktiviti-aktiviti rasmi jabatan serta aktiviti-aktiviti kelab. Secara tidak langsungnya, berupaya mencermin serta meningkatkan lagi imej jabatan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil dari semangat berpasukan yang utuh dikalangan warga Akademi. Semoga semua sumbangan yang diberikan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Akhir kata, marilah sama-sama kita meningkatkan tahap kredibiliti dan profesionalisme warga Akademi dalam menggalas cabaran bagi merealisasikan jabatan sebagai sebuah organisasi pengurusan penguatkuasaan yang bertaraf dunia menjelang 2020. Sebelum menutup tirai alu-aluan ini, saya ungkapkan 2 rangkap pantun ;

Sekian, terima kasih.

Tn. Adnan bin AhmadPengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia

SEBUAH KARYA : Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, KM 15, Jalan Tiang Dua, 75460 Air Molek, Melaka Tel : 06.2692666 / 06.2672727 / Faks : 06.2684599 / 06.2692608 / Email : [email protected]

... ke muka surat 2

Pada 16 April 2014 telah berlangsung Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 & Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N17 Siri 1/2014 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB. Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi, Turut hadir adalah Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Ismail bin Ahmad, YBhg. Dato’ Arifin bin Che Mat Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), YBhg. Dato’ Yusoff bin Ayob Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), Pengarah-pengarah Negeri dan Bahagian dan Ibu Bapa peserta kursus. Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 mula melapor diri pada 13 Januari 2014 (Isnin). Kursus ini berlangsung selama 3 bulan bermula pada 13 Januari sehingga 17 April 2014 bagi pelatih Pegawai Penguatkuasa N41 (Lantikan baru) dan Pembantu Penguatkuasa Gred N17. Manakala bagi peserta kursus Pegawai Peguatkuasa N41 (PSL) telah menjalani latihan selama sebulan bermula 13 Januari dan berakhir pada 13 Februari 2014 yang lalu.

Di sini Bermula Sebuahperjalanan

http://academy.jpj.gov.my

Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara,Buletin ini membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara

Riang sungguh si rama-rama,Berterbangan bebas hendak bersua,Aluan penasihat pembuka bicaraSelamat membaca untuk semua.

Aluan Penasihat Aspirasi

Page 2: Di sini Bermula Sebuah

Kenali AkademiAktiviti

ASPIRASI / ISU 01 JANUARI - APRIL 20142

... Dari muka surat 1

PENAUNG YBhg. Dato’ Sri Ismail bin AhmadPENASIHAT Tn. Adnan bin AhmadKETUA EDITOR Tn. Hashim bin BorhamEDITORTn. Razali bin AminPn. Sarzwana binti SarbaniREDAKSITn. Adam bin DerusmanTn. Zulkarnain bin YasinTn. Tan Kim LoonTn. Mohd Shaiful Nizam bin AzizanTn. Rosnan bin SulaimanPn. Maziah binti ZainalJURUFOTOEn. Mohd Faizal bin RamleeEn. Ramesh a/l JaganathanEn. Nurulfahizalluffi bin Mohny

Diterbitkan oleh / Bahagian Korporat dan Pembangunan, Latihan, Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, KM 15 Jalan Tiang Dua, 75460 Ayer Molek Melaka.

Dicetak Oleh / Percetakan Nasional, Kedai PNMB Melaka, No 112, Jalan TU2, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan boleh dikeluar ulang atau disiarkan kembali dengan apa jua cara secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain dengan mendapat izin bertulis daripada penerbit. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Akademi.

Jumlah pelatih yang mengikuti latihan ini adalah seramai 234 orang yang melibatkan 3 kumpulan perkhidmatan iaitu Pegawai Penguatkuasa Gred N41 (PSL) seramai 15 orang (telah menamatkan latihan), Pegawai Penguatkuasa Gred N41 (Lantikan baru) seramai 14 orang dan Pembantu Pengkuatkuasa Gred N17 seramai 220 orang dengan jumlah lelaki adalah seramai 174 orang dan wanita seramai 75 orang. Antara modul yang terkandung dalam kursus ini adalah Modul Pengukuhan Pasukan, Modul Tatatertib, Modul Pengurusan dan Kepimpinan, Modul Integriti, Modul Kepimpinan Islam, Modul Pengurusan Kewangan dan pelbagai lagi modul-modul yang direkabentuk untuk membina sahsiah sebagai seorang pegawai yang penuh integrati dan bertanggungjawab terhadap amanah yang bakal dipikul. Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang telah berjaya mengakhiri kursus.

Aspirasi mengalukan sebarang karya, pengiklanan produk dan sebagainya untuk dimuatkan dalam keluaran akan datang. Semua artikel boleh dihantar ke emel [email protected]

AspirasiJANUARI - APRIL / BIL 1/2014

AKADEMI PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Sidang Redaksi

KURSUS JUN-AUGUST 2014

Kursus Menembak Situasi 1/2014Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (Melaka)

Kursus Keterangan Saksi Siri 2/2014Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (Melaka)

Kursus Pengenalan Blue Ocean Strat-egy (Gred N41-N44) dengan kerjasama INTANAkademi Pengangkutan Jalan Malaysia (Melaka)

BTMB SIRI 4Akademi Wilayah Selatan

Akta APJ 1987 & Pemakaiannya Dalam Konteks Pendaftaran (SOP) Bil.3/2014

Kursus Pengenalan Kepada Malaysia StandardAkademi Wilayah Selatan

9 Jun

16 Jun

23 Jun

24 Jun

4 Ogos

17 Ogos

DAFTAR SEKARANG

115Kursus

Tahun 2014

Daftar sekarang di academy.jpj.gov.my Layari laman web akademi untuk muat turun kalendar latihan tahun 2014

Page 3: Di sini Bermula Sebuah

Isu

Jalan Raya Di Malaysia Ke 17 Paling Bahaya Di Dunia!

Kajian didapati Malaysia merupakan negara yang ke 17 paling tidak selamat kepada pengguna jalan raya. Perbandingan yang dibuat melibatkan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat hanya mencatatkan (14) kematian, Perancis (7), Jerman dan Singapura (6), dan United Kingdom hanya (5) bagi setiap 100,000 orang. Malaysia adalah antara 25 negara yang paling berbahaya bagi pengguna jalan raya dengan 30 kematian bagi setiap 100,000 individu. Kajian ini dikeluarkan pada Febuari 2014 oleh Universiti Michigan yang menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). .

• Penguatkuasaan undang- undang keselamatan jalan raya yang efisendanmampanadalahpentinguntuk kejayaan dan perlu ditambah dengan kesedaran awam.

• Perluaskan penggunaan Automated Enforcement System (AES).

• Meningkatkan Perception Of Being Caught (POBC).

• Mengurangkan kematian jalan raya memerlukan perhatian lebih terarah kepada keperluan pejalan kaki, penunggang basikal & penunggang motosikal.

• Menyediakan infrastruktur yang lebih selamat, melaksanakan ujian piawaian kemalangan, serta meningkatkan pemantauan di kawasan kerap kemalangan dan mewujudkan pangkalan data keselamatan jalan raya.

Apa Puncanya?Kenapa Berlaku• Sikap Pemandu (Tidak

berhemat, pengaruh alkohol/dadah, memandu laju dan tidak beretika).

• Struktur kenderaan ( Usia kenderaan, tiada penyelenggaraan, kerosakan kenderaan dan ubah suai kenderaan).

• Infrastruktur jalan raya ( Jalan sempit, rosak, hazard, selekoh merbahaya, berbukit dan tiada lampu jalan waktu malam).

Siapa Terlibat?Semua pengguna jalan raya di Malaysia terdiri daripada pejalan kaki, penunggang dan pembonceng basikal/motosikal dan pemandu/penumpang kenderaan.

Di Mana Berlaku?Kemalangan berlaku di serata tempat seperti di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan bandaran, jalan kampung, kawasan perumahan mahu pun di dalam banggunan.

Bila Berlaku?Pada bila-bila masa kemalangan boleh berlaku namun kekerapan terjadi semasa musim perayaan kerana pertambahan kenderaan di atas jalan, waktu hujan mengakibatkan jalan menjadi licin dan waktu malam kerana pemandu sering tertidur.

Cadangan Tambahbaik

MUTIARA KATA““The things you do for yourself

are gone when you are gone, but the things you do for others

remain as your legacy.”~ Kalu Ndukwe Kalu

KAJIAN

UNIVERSITI

MICHIGAN

2014

“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan un-tuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga

dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya,dan lalai

untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-hakim

Disediakan oleh Tn. Tan Kim Loon Ketua Penyelaras Program (K)

ASPIRASI / ISU 01 JANUARI - APRIL 2014 3

PENAUNG YBhg. Dato’ Sri Ismail bin AhmadPENASIHAT Tn. Adnan bin AhmadKETUA EDITOR Tn. Hashim bin BorhamEDITORTn. Razali bin AminPn. Sarzwana binti SarbaniREDAKSITn. Adam bin DerusmanTn. Zulkarnain bin YasinTn. Tan Kim LoonTn. Mohd Shaiful Nizam bin AzizanTn. Rosnan bin SulaimanPn. Maziah binti ZainalJURUFOTOEn. Mohd Faizal bin RamleeEn. Ramesh a/l JaganathanEn. Nurulfahizalluffi bin Mohny

SKUAD MUDA 1JPJ memperkasa semangat sukarelawan

Daftar sebagai ahli SM1JPJ sekarang!“Daftar sekarang di http://www.jpj.gov.my

Info Gambar : Pelancaran Skuad Muda 1JPJ oleh YB. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein di UiTM Shah Alam pada 26 Januari 2014.

SAKSIKAN VIDEO KORPORAT AKADEMI TERUS MELALUI TELEFON PINTAR/TABLET ANDA Apps seperti QR Droid (Android) atau QR Reader (iOs) adalah diperlukan untuk imbasan

Page 4: Di sini Bermula Sebuah

In The Heart Of Academy

Koleksi album akademi ini boleh dilihat secara atas talian dengan melayari http://academy.jpj.gov.my dan kesemua gambar boleh dimuat turun dalam format resolusi tinggi

ASPIRASI / ISU 01 JANUARI - APRIL 201444

“In The Heart Of Academy

1. Majlis Penutup & Penyampaian Sijil Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 (PSL) Siri 1/2014 pada 13 Februari 2014

2. Kursus Lanjutan Pengendalian Senjata Api Pistol Beretta FS 92 Compact L pada 7-10 Oktober 2013

3. Penyampaian cenderahati dari Tn Adnan bin Ahmad kepada Timbalan Menteri Pengangkutan YB Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi sempena Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 & Pe-nolong Pegawai Penguatkuasa N17 Siri 1/2014

4. Latihan Menembak Tahunan Kementerian Dalam Negeri (Penapisan Filem) pada 26 Februari 2014

5. Kursus Pengendalian Motosikal CBX750 pada 7 -8 Januari 2014

6. Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41

7. Bengkel Persediaan Fasilitator Kursus PP N17 Bil. 1/2014 pada 20 Januari 2014

8. Explorace Pelatih Kursus Induksi N41 & N17 pada 9 Mac 2014

9. Tn. Ahmad Nasir bin Abd Gani semasa Sesi Bersama TPK (Timbalan Pengarah Penguatkuasa) pada 17 Januari 2014

10 & 11 Pendaftaran Kursus Asas Pegawai Penguat-

kuasa Gred N41 & Pembantu Pegawai Penguatkuasa N17

2

1

2

4 5 6

8 9

6,759Jumlah imej dalam talian percuma untuk dimuat turun

2007Diarkibkan sejak 7 tahun yang lalu

3

7

10 11

Page 5: Di sini Bermula Sebuah

Oleh Tn. Rosnan bin Haji Sulaiman Penyelaras Program Kanan (M)

ASPIRASI / ISU 01 JANUARI - APRIL 2014 5

Tayar merupakan antara komponen terpenting sesebuah kenderaan, tetapi malangnya seringkali ianya kurang diambil perhatian oleh ramai pemilik kenderaan. Sikap kurang mengambil

peduli dan kelalaian pemilik dalam penjagaan dan penggunaan tayar akhirnya mengundang risiko bahaya kemalangan. Sesebuah tayar yang baik akan memberikan kesan penggunaan yang cekap, selesa dan ekonomik. Ruangan ini memberikan beberapa tip ringkas yang amat berguna bagi penjagaan dan penggunaan tayar. Setiap tayar kenderaan terdapat tanda amaran tahap kehausan bunga dengan tanda seperti “TWI” (Thread Wear Indicator) atau simbol “ “. Tanda ini adalah tanda amaran tahap kedalaman bunga (thread) pada permukaan tayar telah mencapai 1.6mm, iaitu suatu tahap yang memerlukan penggantian kerana cengkaman yang tidak baik atau tiada cengkaman pada permukaan jalan terutamanya pada permukaan yang basah. Semak tarikh pengilangan tayar untuk memastikan usia tayar. Pada kebiasaannya, sesebuah tayar hanya boleh bertahan selama empat ke lima tahun selepas dikilangkan. Pastikan anda menggunakan saiz tayar yang betul dan bersesuaian. Penggunaan saiz yang tidak sesuai akan memberikan kesan pada komponen lain dan kecekapan bahan api. Contohnya 205/40 R 16 88H, bermaksud lebar tayar ialah 205mm, ketebalan 40% daripada lebar, untuk rim berdiameter 16 inci. Huruf “R”

menunjukkan bianaan jenis radial. Angka 88 pula menunjukkan indeks berat yang boleh ditampung oleh setiap tayar dan huruf “H” pula menandakan tahap kelajuan tayar tersebut. Jika anda memilih untuk menggunakan tayar import, pastikan ianya bersesuaian dengan cuaca tempatan.Kedudukan tayar digilirkan setiap 20,000 km perjalanan untuk keseimbangan

penggunaan. Lakukan penjajaran roda untuk mengelakkan kehausan bunga tayar yang tidak sekata. Pastikan tekanan angin pada tayar adalah betul sebagaimana yang disarankan oleh pengeluar bagi mengelakkan

kehausan yang berlebihan yang tertumpu pada bahagian tengah permukaan (tekanan angin berlebihan) atau pada bahagian tepi permukaan kiri dan kanan (tekanan angin kurang). Tekanan angin pada tayar juga turut memberi kesan ke atas kecekapan cengkaman dan penggunaan bahan api. Pengetahuan mengenai penjagaan tayar adalah penting kerana semasa anda memandu, hanya tayar untuk kita bergantung bagi sentuhan antara kita dan permukaan bumi. Semakin laju semakin sedikit ruang sentuhan antara tayar dan permukaan jalan. Hanya dengan penggunaan tayar yang baik dan selamat sahaja yang dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan seperti tergelincir atau tayar pecah. Semoga tip ringkas di atas dapat membantu. Selamat memandu.

Sikap kurang mengambil peduli dan kelalaian pemilik dalam penjagaan dan penggunaan tayar akhirnya boleh mengundang risiko bahaya kemalangan

Panduan Penjagaan Tayar

Kelab Sukan dan Kebajikan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia telah ditubuhkan pada 12 September 2003 di bawah Akta Pertubuhan 1966. Penubuhan kelab ini bertujuan sebagaimana berikut :

1. Memupuk semangat kekitaan di antara ahli.

2. Memupuk semangat kerjasama di antara ahli-ahli melalui kegiatan sosial, kebajikan, sukan dan rekreasi.

3. Menggalakkan pembangunan rohaniah di kalangan ahli-ahli

4. Menyediakan kemudahan sosial dan kebajikan kepada ahli berdaftar yang aktif

5. Menggalakkan penglibatan ahli dalam kegiatan sukan antara kelab-kelab sukan berdaftar yang lain bagi mengeratkan hubungan antara semua kakitangan jabatan kerajaan dan orang awam

6. Menerima sumbangan derma daripada agensi/individu untuk menjalankan aktiviti kelab

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kelab Sukan Dan Kebajikan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia

• Keahlian adalah terbuka kepada semua kakitangan yang sedang berkhidmat di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka ( Fasal 4 Perkara 4.1 Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 )

• Mereka yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak menjadi ahli biasa dan berhak untuk mengundi dan memegang jawatan dalam kelab. ( Fasal 4 Perkara 4.1 Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 )

• Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan berturut-turut akan menerima surat peringatan yang diberi tempoh 1 bulan dan ditandatangani oleh bendahari, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. ( Fasal 5 Perkara 5.2 Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 )

• Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. ( Fasal 5 Perkara 5.3 Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 )

• Ahli yang bertukar dari Akademi secara automatik keluar dari menjadi ahli kelab.

Tahukah Anda?Kelab Sukan dan Kebajikan Akademi

... bersambung ke muka surat 6

Page 6: Di sini Bermula Sebuah

Artikel Disediakan Oleh Cikgu Othman bin SitamPenolong Pegawai Projek

Sumber Rujukan Kitab Zaadul Mutaa’lim

Tahukah anda kesempurnaan wuduk itu satu keistimewaan dalam ibadah? Dari Abu Hurairoh r.a: Rasulullah s.a.w bersabda, “Luas telaga ku pada hari

kiamat lebih dari jarak Allah dan Adam, airnya lebih jernih dari salju,lebih manis dari madu, bejana2nya lebih baik dari bintang di langit. Aku melarang selain umatku minum di situ. Ditanya oleh sahabat, dapatkah tuan mengenal kami ketika itu? Jawab baginda s.a.w: Ya!dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di mukamu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat2 yang lain. Bagaimana untuk mendapat wuduk yang sempurna ya? Caranya ialah dengan melaksanakan sunat-sunat wuduk itu sendiri. Bermula dari rukun pertama iaitu niat. Hendaklah dilintaskan niat dalam hati “Sahaja aku mengangkat hadas kecil/fardhu wuduk kerana Allah taa’la apabila air sampai ke muka pada basuhan pertama. Perlu diingat jangan hanya niat sahaja aku mengambil wuduk kerana Allah Taa’la, tidak memadai kerana tidak menyatakan Fardhu wuduk. Membasuh muka. Iaitu dari kawasan

tumbuh rambut (atas dahi) hingga bawah dagu. Kesempurnaan sunatnya sampai mengenai biji halkum. Ramai orang yang kurang memberi perhatian pada bahagian ini. Membasuh kedua tangan. Basuhan dari hujung jari hingga ke siku sambil meratakan air. Kesempurnaannya dibasuh melebihi had siku iaitu separuh lengan untuk menggelakkan tidak sah wuduk. Membasuh kepala.MazhabSyafiecukupjika disapu satu juzuk dari bahagian kepala. Sunat disapu seluruh kepala. Dibasahkan 10 jari lalu diusap kepala. Membasuh kedua kaki. Dikira sah jika hujung jari kaki dibasuh hingga sampai ke buku lali. Kesempurnaannya ialah membasuh kaki sampai separuh betis melebihi buku lali. Sunat membasuh telinga. Kesempurnaannya masukan jari telunjuk ke dalam lubang telinga dan ibu jari berada diluar membasuh cuping telinga. Oleh itu orang yang mengamalkan perkara sunat dalam wuduk, maka terangkatlah wuduk orang yang menjaga kesempurnaan wuduk dan berhasillah solatnya.

Sempurnakan Wudukmu!

“Dari Abu Hurairoh r.a: Rasulullah s.a.w bersabda, “Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Allah dan Adam, airnya lebih jernih dari salju,lebih manis dari madu, bejana2nya lebih baik dari bintang di langit.”

ASPIRASI / ISU 01 JANUARI - APRIL 20146

Agama

( Fasal 4 Perkara 4.1 Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 )

• Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik kelab boleh digantung keahliannya bagi suatutempohsebagaimanayangdifikirkanmunasabah oleh jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa menggantung keahlian tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan

oleh ahli tersebut. ( Fasal 6 Perkara 4.1 Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 )

• Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan dalam jawatankuasa. ( Fasal 8 Perkara 8.7 Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 )

• Jika seorang ahli jawatakuasa meninggal dunia atau meletak jawatan , calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhi kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tiada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung

Dwi Tahunan diadakan.Kedai Kami Bagi tujuan memudahkan urusan berhubung dengan keperluan peribadi pelatih/peserta kursus, Kelab Sukan dan Kebajikan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, telah mewujudkan sebuah kedai runcit yang dinamakan “Kedai Kami”. Kedai menjual berbagai barangan keperluan harian peserta sehinggalah penjualan cenderahati. Dengan adanya kedai ini, pelatih tidak lagi perlu memohon kebenaran untuk keluar bagi tujuan membeli kelengkapan yang diperlukan. Waktu operasi kedai ini setiap hari bermula jam 5.00 petang hingga jam 7.00 mlm dan dari jam 9.00 mlm hingga jam 11.00 malam atau bergantung kepada keperluan semasa.

...dari muka surat 5

Page 7: Di sini Bermula Sebuah

Tips IT

Melintang 1. Antara proses mahkamah 2. Bukan pengangkutan darat 3. Sistem pemberian mata kejara 4. Ada kena mengena dengan sita 5. kes dah selesai…senarai hitam….. 6. sejenis cicak

Menegak 1. Berkaitan undang-undang 2. Notis supaya hadir ke mahkamah 3. Amalkan… pintu rezeki anda akan terbuka luas 4. ..tanda berhenti…anda mampu mengubahnya 5. Lori muatan tanah/pasir dan sebagainya 6. Paling penting dalam sesuatu perbicaraan

Jawapan teka silangkata Mari Perah Otak di muka surat 8

Bahasa Jawa adalah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa jawa

terutama di sesetengan bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengan dan Jawa Timur di Indonesia. Bahasa Jawa terbahagi menjadi dua iaitu

Virus Shortcut adalah virus yang bermula penyebarannya sekitar tahun 2011. Virus ini akan menghilangkan folder dan juga fail-fail yang terdapat dalam thumbdrive dan biasanya menyerang semua jenis device mudah alih seperti portable hardisk juga menjadi sasaran. Dalam saat cemas dimana tidak terdapat anti virus yang dapat mengesan atau menghapuskan virus tadi atau dalam komputer tersebut tidak terdapat sebarang perisian anti virus dan anda akan memulakan pembentangan 5 minit lagi, tentunya saat yang berlalu itu bagai telur dihujung tanduk. Kit

kecemasan ini boleh digunakan sebagai langkah sementara untuk anda mendapatkan semula fail-fail yang kononnya telah hilang itu tadi. Panduan berikut boleh digunakan untuk langkah pencegahan sementara :

1. Masukkan thumbdrive ke slot USB. Kenalpasti drive letter (huruf pemacu) yang diberikan samada E atau F dan sebagainya.2. Klik Start > Run dan taip cmd kemudian tekan enter dan skrin hitam akan muncul

Taipkan arahan berikut :

f adalah merupakan drive letter yang diberikan oleh windows, jika G tukarkan kepada G jangan taip S pula.

3. Apabila telah siap tekan enter dan tunggu sehingga arahan berjaya dipaparkan4. Buka Window Explorer dan lihat ke dalam thumbdrive tadi, semua folder telah di unhiddenkan.

Ini hanyalah langkah pencegahan sementara untuk hilangkan kepitaman anda akibat kehilangan fail. Untuk memastikan kes tersebut tidak berulang, pastikan anda muatturun dan Install anti virus yang mampu membuang virus tersebut. Bitdefender atau Webroot boleh digunakan. Pastikan anda memasang yang asli bagi membolehkan Virus Signature dikemaskini.

attrib -h -r -s /s /d f:\*.*

Ngoko dan Krama.Krama itu terbahagi menjadi Krama Madya krama Inggil (Krama Halus). Krama Madya ini pun agak berbeza antara krama yang dipergunakan di kota / sala dengan krama yang dipergunakan di pinggiran / desa. Sedangkan krama halus pun berbeza antara krama halus/

inggil yang dipergunakan oleh kalangan kraton (istana) dengan kalangan rakyat biasa.Bahasa jawa dianggarkan digunakan sekitar dua pertiga penduduk pulau jawa. bahasa jawa ini memiliki aksara-nya sendiri yang dikembangkan dari huruf pallava dan juga huruf pegon yang diubahsuai dari huruf arab.

KEMASUKAN BAHASA JAWA

Migrasi suku jawa membuatkan bahasa jawa boleh ditemui di berbagai daerah, bahkan di luar negeri. banyaknya orang jawa yang merantau ke Malaysia turut membawa bahasa dan kebudayaan jawa ke Malaysia sehingga terdapat kawasan pemukiman mereka yang dikenali dengan nama kampung jawa atau padang jawa. Bahasa jawa juga dituturkan di dalam beberapa dialek sebagai contoh dalam mengira atau membilang

JawaKenali Bahasa

Bahasa jawa ini memiliki aksaranya sendiri yang dikembangkan dari huruf pallava dan juga huruf pegon yang diubahsuai dari huruf arab

Alamak.. Folder Hilang!

Oleh Mohd Shaiful Nizam AzizanKetua Program Pengajian Teknologi Maklumat (IT)

ASPIRASI / ISU 01 JANUARI - APRIL 2014 7

Bahasa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kuna sa rwa telu pat lima zenem pitu walu sanga sapuluh

Kawi eka dwi tri catur panca sad sapta asta nawa dasa

Krama setunggal kalih tiga sekawan gangsal enem pitu wolu sanga sedasa

Ngoko siji loro telu papat limo enem pitu wolu sanga sepuluh

Pengiraan dalam Bahasa Jawa

Oleh Tn Adam bin DerusmanKetua Program (L)

Rilex Brader Mari Perah Otak

1

1

2 4

3 5

4 5 6

6

Page 8: Di sini Bermula Sebuah

01 Bulan Januari1. Rosly bin Aman 14/1/19712. Maziah bte Zainal 31/1/19773.SufianbinMd.Yunus 3/1/19754. Mohd. Irham bin Abdul Rahim 9/1/1975 5. Hanum binti Hj.Kasim 1/1/19816. Mohd Idris bin Mohd Noh 3/1/19567. Azme bin Aji 31/1/1976

02 Bulan Februari1. Mohd. Nazir bin Sheikh Ahmad 5/2/19662. Mohd. Osmera bin Yaakop 3/2/19783. Mohd Syahmi Bin Rojani 7/2/1990

03 Bulan Mac1. Fazilon bin Khamis 22/3/19632. Hazilah bte Sakiran 5/3/19723. Abu Hassan bin Erang 16/3/19604. Nazri bin Mohamad 11/3/1974

04 Bulan April1. Adnan Bin Ahmad 30/4/19642. Adam bin Derusman 5/4/19633. Mohd Shaiful Nizam 25/4/19794. Mohd.Farid bin Md.Razali 27/4/1973 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat

Zon Selatan telah berlangsung di Akademi Pengankutan Jalan Malaysia pada 17 Mei 2014 dengan penyertaan dari JPJ Johor, JPJ Melaka, JPJ Negeri Sembilan dan Akademi Melaka. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Tn. Adnan bin Ahmad. Johan Pertandingan Qari telah dimenangi oleh Hj.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah berlangsung pada 27 Mac 2014 di Dewan Serbaguna Kementerian Pengangkutan Malaysia dan disempurnakan oleh Dato’ Sri Ismail bin Ahmad, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia. Seramai 6 orang kakitangan Akademi telah dipilih sebagai penerima APC atas perkhidmatan yang diberikan. Mereka adalah

Jawapan Teka Silang KataMelintang : 1. Dakwa 2. Sampan 3. Demerit 4. Tahan 5. Hapus 6. GekkoMenegak : 1. Akta 2. Saman 3. Dhuha 4. Merah 5. Tipper 6. Saksi

IsmailbinHj.YusoffdariJPJMelakadanQariah adalah Pn. Nabiha bte Kepol dari Akademi Melaka.

Encik Mohd Shaiful Nizam bin Azizan, Pn. Sarzwana binti Sarbani, En. Md. Najib bin Ithnain, En. Mohd Osmera bin Yaakop, En. Faizzuddin bin Mohd Nor dan En. Mohamed Idris bin Mohamed. Tahniah dan syabas diucapkan. Teruskan menabur bakti demi nusa dan bangsa.

Akademi merakamkan

ucapan tahniah kepada Tn. Tan Kim Loon

kerana telah dilantik ke jawatan Pegawai Penguatkuasa N41 mulai 20 Januari

2014.

ASPIRASI / ISU 01 JANUARI - APRIL 20148

En. Saifulnur bin Saad13.2.2013 hingga 6.3.2014Perletakan Jawatan

En. Ahmad Said bin Man16.2.2008 hingga 13.1.2014Bertukar ke JPJ Kedah

Pn. Rosni binti Harun24.3.2008 hingga 1.3.2014Bersara pilihan

En. Saiful Amri bin Robangi31.2.2014Bertukar ke JPJ Selangor

Persaraan & Pertukaran Kakitangan

Kakitangan Baru Akademi

En. Hairul b in AzmiPenolong Pegawai Penguatkuasa N2713.1.2014Dari JPJ Terengganu

Pn. Roslinda bt. Mohd RasitPembantu Tadbir (P/O) N179.2.2014Dari Jabatan Pengarah & Galian Melaka

Pn. Zakiah bt. JaafarPembantu Tadbir (P/O) N179.2.2014Dari Mahkamah Negeri Melaka

Selamat Hari Lahir

Aktiviti

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Selatan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)Dewan Serbaguna, Kementerian Pengangkutan Malaysia