pengembang liberalisme dibiarkan, pengembang islam … · tafsir al-quran dan al-hadis oleh ulama...

2
BIL: SN499 29 SYA’BAN 1438 H / 26 MEI 2017 PENGEMBANG LIBERALISME DIBIARKAN, PENGEMBANG ISLAM DISEKAT Perkembangan mutakhir ini menampakkan ada usaha keras daripada pihak berkuasa agama di Selangor untuk menyekat usaha dakwah oleh mereka yang tidak bertauliah. Pada 14 Mei lepas, berita secara meluas melaporkan yang seorang penceramah agama ditahan di Seksyen 8, Shah Alam kerana mengajar tanpa tauliah. Ia disusuli pula dengan penangkapan tiga penceramah bebas termasuk dua bekas peserta program Pencetus Ummah di sebuah masjid di Rawang pada keesokannya, kerana kesalahan yang sama. Apa yang jelas, kandungan ceramah atau dakwah yang disampaikan tidak dinilai oleh Jabatan Agama sedikitpun, kerana apa yang diambil kira hanyalah tauliah semata-mata. Justeru, betapa benar sekalipun dakwah yang disampaikan, ia tetap dikira salah apabila tidak mempunyai tauliah. Inilah hakikat yang telah pun diketahui dan perlu ditelan oleh semua pihak, sama ada suka atau tidak. Agama Islam ini hanya boleh disampaikan oleh mereka yang diberi “lesen” sahaja dan itu pun selama mana penyampaian itu mematuhi kehendak pihak berkuasa agama. Dalam masa yang sama, umat Islam di Malaysia disajikan dengan “dakwah” oleh kelompok-kelompok liberal yang kelihatan semakin galak menyebarkan idea-idea mereka. Malangnya golongan ini tidak pula ditangkap oleh pihak berkuasa agama, walaupun buktinya cukup jelas. Malah, ceramah-ceramah dan dakyah mereka boleh diakses dengan mudah di youtube. Mereka sering mempertikaikan tafsir al-Quran dan al-Hadis oleh ulama muktabar yang dikatakan jumud dan outdated, dan sering menafsirkan ayat dan hadis menurut hawa nafsu dan kefahaman mereka sendiri. Terbaru, heboh di media sosial tentang isu homoseksual yang dikatakan tiada nas yang jelas dalam al-Quran mahupun al-Hadis yang melarangnya. Pembela LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual) membezakan antara homoseksual dan liwat dan menyatakan bahawa Islam hanya menjelaskan tentang larangan dan hukum liwat, tetapi tidak homoseksual. Malah, dikatakan bahawa Allah SWT melaknat kaum Nabi Luth bukan kerana liwat, tetapi kerana bangkangan mereka kepada Rasul dan kita sama sekali tidak boleh menjadikan kisah Nabi Luth ini sebagai pengharaman homoseksual dalam Islam. Membezakan Homoseksual Dan Liwat Antara cubaan kelompok liberal untuk “menghalalkan” LGBT ialah dengan mengatakan bahawa homoseksual itu tidak sama dengan liwat. Walaupun mereka mengakui bahawa hukuman liwat ada dalam Islam, tetapi homoseksual dikatakan tidak ada di dalam al-Quran dan al-Hadis. Atas dasar ini, maka Islam tidak mengharamkan homoseksual. Inilah hujah mereka. Secara umumnya jika dilihat dalam banyak kamus dari pelbagai sumber, “homoseksual” didefinisikan sebagai tarikan seksual oleh seseorang terhadap orang lain yang sama jenis/jantina. Jika tarikan seksual itu adalah sesama lelaki, maka ia dikategorikan sebagai gay dan jika sesama wanita, maka ia dikategorikan sebagai lesbian. Sungguhpun kebanyakan definisi tersebut terlihat longgar, yakni tidak memasukkan elemen “perbuatan seks”, namun pada benak ramai manusia, kita sudah memahami bahawa istilah “homoseksual” itu sinonim dengan “perbuatan” dan bukan sebatas “perasaan” semata-mata. Atas dasar itulah, istilah “liwat” (dalam bahasa Arab) diertikan sama dengan homoseksual. Liwat bermaksud perbuatan seorang lelaki memasukkan zakarnya ke dubur lelaki lain, baik secara sukarela mahupun paksaan. Pelakunya wajib dihukum bunuh berdasarkan Hadis dan Ijma’ Sahabat. Namun, bagi mereka yang dipaksa melakukannya, ia tidak akan dikenakan hukuman (hudud) jika terbukti wujud ikrah al-mulji’ (paksaan yang bersangatan) ke atasnya, yang biasanya melibatkan nyawa dan kecederaan berat. Jika pun kelompok liberal cuba membezakan antara homoseksual dengan liwat, dengan hujah bahawa homoseksual tidak semestinya bermaksud perbuatan memasukkan zakar ke dalam dubur, namun perbuatan homoseksual yang mereka maksudkan itu tetaplah haram hukumnya dan wajib dihukum, walaupun tidak sampai had bunuh. Misalnya, seorang lelaki yang bercumbu dengan lelaki lain, begitu juga seorang perempuan yang bercumbu dengan perempuan yang lain, maka perbuatan ini tetap haram dan wajib dihukum. Islam telah mengharamkan apa jua perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang lelaki tertarik kepada lelaki lain atau perempuan tertarik kepada perempuan yang lain (secara seksual), sebagaimana Islam melarang lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Sejak kecil lagi, Islam telah mengajar agar anak- anak dipisahkan daripada tempat tidur mereka sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Suruhlah anak-anakmu solat pada usia 7 tahun, dan pukullah mereka pada usia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka” [HR Abu Daud]. Rasulullah SAW juga bersabda, “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki. Jangan pula perempuan melihat aurat perempuan. Janganlah seorang lelaki tidur dengan lelaki dalam satu selimut. Jangan pula perempuan tidur dengan perempuan dalam satu selimut” [HR Muslim]. Dalam hadis lain disebutkan, “Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [HR Bukhari]. Semua hadis ini berupa larangan (pengharaman), sekaligus pencegahan perbuatan yang boleh membawa kepada tarikan seksual sesama jenis. Justeru, membezakan antara homoseksual dengan liwat hanyalah satu percubaan atau usaha untuk “menghalalkan” perbuatan terkutuk itu, di samping usaha untuk mengiktiraf dan membenarkan kewujudan kelompok LGBT dan kekejian yang mereka lakukan. Laknat Dan Azab Allah Ke Atas Kaum Luth Sungguh aneh dan keliru apabila pembela LGBT menyatakan bahawa laknat dan azab Allah ke atas kaum Luth adalah kerana bangkangan mereka terhadap Rasul mereka, dan bukannya kerana perbuatan liwat mereka. Itulah tafsiran mereka terhadap perkataan dan maksud fahishah (kekejian) yang terdapat dalam Surah al-A’raf ayat 80 yakni kekejian yang bermaksud bangkangan mereka terhadap Rasul. Maka kita tidak boleh mengaitkan dan mengatakan haramnya homoseksual berdasarkan kisah kaum Nabi Luth, kata mereka. Sedangkan maksud fahishah dalam ayat tersebut amat jelas merujuk kepada perbuatan liwat yang dilakukan oleh kaum Nabi Luth, sebagaimana disebut oleh ayat selepasnya iaitu ayat 81,”Kami (Allah) juga telah mengutus Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya, “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji (fahishah) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kamu?.” Sesungguhnya kamu sering mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kamu (kepada mereka), bukan kepada wanita. Kamu ini adalah kaum yang melampaui batas” [TMQ al-A’raf (7):80-81]. Kalimat “mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu” adalah merujuk kepada perbuatan liwat kaum Nabi Luth. Manakala kalimat “bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas” menunjukkan celaan dan keharaman perbuatan homoseksual tersebut. Selain menyalahi fitrah manusia, perbuatan tersebut disifati sebagai perbuatan orang yang tidak berakal, berdasarkan mafhum ayat, “Luth berkata: ‘Wahai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka

Upload: tranthu

Post on 07-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIL: SN499 29 SYA’BAN 1438 H / 26 MEI 2017

PENGEMBANG LIBERALISME DIBIARKAN, PENGEMBANG ISLAM DISEKAT

Perkembangan mutakhir ini menampakkan ada usaha keras daripada pihak berkuasa agama di Selangor untuk menyekat usaha dakwaholeh mereka yang tidak bertauliah. Pada 14 Mei lepas, berita secara meluas melaporkan yang seorang penceramah agama ditahan diSeksyen 8, Shah Alam kerana mengajar tanpa tauliah. Ia disusuli pula dengan penangkapan tiga penceramah bebas termasuk dua bekaspeserta program Pencetus Ummah di sebuah masjid di Rawang pada keesokannya, kerana kesalahan yang sama. Apa yang jelas,kandungan ceramah atau dakwah yang disampaikan tidak dinilai oleh Jabatan Agama sedikitpun, kerana apa yang diambil kira hanyalahtauliah semata-mata. Justeru, betapa benar sekalipun dakwah yang disampaikan, ia tetap dikira salah apabila tidak mempunyai tauliah.Inilah hakikat yang telah pun diketahui dan perlu ditelan oleh semua pihak, sama ada suka atau tidak. Agama Islam ini hanya bolehdisampaikan oleh mereka yang diberi “lesen” sahaja dan itu pun selama mana penyampaian itu mematuhi kehendak pihak berkuasaagama.

Dalam masa yang sama, umat Islam di Malaysia disajikan dengan “dakwah” oleh kelompok-kelompok liberal yang kelihatan semakingalak menyebarkan idea-idea mereka. Malangnya golongan ini tidak pula ditangkap oleh pihak berkuasa agama, walaupun buktinyacukup jelas. Malah, ceramah-ceramah dan dakyah mereka boleh diakses dengan mudah di youtube. Mereka sering mempertikaikantafsir al-Quran dan al-Hadis oleh ulama muktabar yang dikatakan jumud dan outdated, dan sering menafsirkan ayat dan hadis menuruthawa nafsu dan kefahaman mereka sendiri. Terbaru, heboh di media sosial tentang isu homoseksual yang dikatakan tiada nas yang jelasdalam al-Quran mahupun al-Hadis yang melarangnya. Pembela LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual) membezakan antarahomoseksual dan liwat dan menyatakan bahawa Islam hanya menjelaskan tentang larangan dan hukum liwat, tetapi tidak homoseksual.Malah, dikatakan bahawa Allah SWT melaknat kaum Nabi Luth bukan kerana liwat, tetapi kerana bangkangan mereka kepada Rasul dankita sama sekali tidak boleh menjadikan kisah Nabi Luth ini sebagai pengharaman homoseksual dalam Islam.

Membezakan Homoseksual Dan Liwat

Antara cubaan kelompok liberal untuk “menghalalkan” LGBT ialahdengan mengatakan bahawa homoseksual itu tidak sama denganliwat. Walaupun mereka mengakui bahawa hukuman liwat ada dalamIslam, tetapi homoseksual dikatakan tidak ada di dalam al-Qurandan al-Hadis. Atas dasar ini, maka Islam tidak mengharamkanhomoseksual. Inilah hujah mereka. Secara umumnya jika dilihatdalam banyak kamus dari pelbagai sumber, “homoseksual”didefinisikan sebagai tarikan seksual oleh seseorang terhadap oranglain yang sama jenis/jantina. Jika tarikan seksual itu adalah sesamalelaki, maka ia dikategorikan sebagai gay dan jika sesama wanita,maka ia dikategorikan sebagai lesbian. Sungguhpun kebanyakandefinisi tersebut terlihat longgar, yakni tidak memasukkan elemen“perbuatan seks”, namun pada benak ramai manusia, kita sudahmemahami bahawa istilah “homoseksual” itu sinonim dengan“perbuatan” dan bukan sebatas “perasaan” semata-mata.

Atas dasar itulah, istilah “liwat” (dalam bahasa Arab) diertikan samadengan homoseksual. Liwat bermaksud perbuatan seorang lelakimemasukkan zakarnya ke dubur lelaki lain, baik secara sukarelamahupun paksaan. Pelakunya wajib dihukum bunuh berdasarkanHadis dan Ijma’ Sahabat. Namun, bagi mereka yang dipaksamelakukannya, ia tidak akan dikenakan hukuman (hudud) jikaterbukti wujud ikrah al-mulji’ (paksaan yang bersangatan) ke atasnya,yang biasanya melibatkan nyawa dan kecederaan berat. Jika punkelompok liberal cuba membezakan antara homoseksual denganliwat, dengan hujah bahawa homoseksual tidak semestinyabermaksud perbuatan memasukkan zakar ke dalam dubur, namunperbuatan homoseksual yang mereka maksudkan itu tetaplah haramhukumnya dan wajib dihukum, walaupun tidak sampai had bunuh.Misalnya, seorang lelaki yang bercumbu dengan lelaki lain, begitujuga seorang perempuan yang bercumbu dengan perempuan yanglain, maka perbuatan ini tetap haram dan wajib dihukum.

Islam telah mengharamkan apa jua perbuatan yang bolehmenyebabkan seseorang lelaki tertarik kepada lelaki lain atauperempuan tertarik kepada perempuan yang lain (secara seksual),sebagaimana Islam melarang lelaki menyerupai wanita dan wanitamenyerupai lelaki. Sejak kecil lagi, Islam telah mengajar agar anak-anak dipisahkan daripada tempat tidur mereka sebagaimana sabdaRasulullah SAW, “Suruhlah anak-anakmu solat pada usia 7 tahun,dan pukullah mereka pada usia 10 tahun dan pisahkan tempat

tidur mereka” [HR Abu Daud]. Rasulullah SAW juga bersabda,“Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki. Jangan pulaperempuan melihat aurat perempuan. Janganlah seorang lelaki tidurdengan lelaki dalam satu selimut. Jangan pula perempuan tidurdengan perempuan dalam satu selimut” [HR Muslim]. Dalam hadislain disebutkan, “Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanitadan wanita yang menyerupai lelaki” [HR Bukhari]. Semua hadis iniberupa larangan (pengharaman), sekaligus pencegahan perbuatanyang boleh membawa kepada tarikan seksual sesama jenis.

Justeru, membezakan antara homoseksual dengan liwat hanyalahsatu percubaan atau usaha untuk “menghalalkan” perbuatan terkutukitu, di samping usaha untuk mengiktiraf dan membenarkankewujudan kelompok LGBT dan kekejian yang mereka lakukan.

Laknat Dan Azab Allah Ke Atas Kaum Luth

Sungguh aneh dan keliru apabila pembela LGBT menyatakanbahawa laknat dan azab Allah ke atas kaum Luth adalah keranabangkangan mereka terhadap Rasul mereka, dan bukannya keranaperbuatan liwat mereka. Itulah tafsiran mereka terhadap perkataandan maksud fahishah (kekejian) yang terdapat dalam Surah al-A’rafayat 80 yakni kekejian yang bermaksud bangkangan merekaterhadap Rasul. Maka kita tidak boleh mengaitkan dan mengatakanharamnya homoseksual berdasarkan kisah kaum Nabi Luth, katamereka. Sedangkan maksud fahishah dalam ayat tersebut amatjelas merujuk kepada perbuatan liwat yang dilakukan oleh kaumNabi Luth, sebagaimana disebut oleh ayat selepasnya iaitu ayat81,”Kami (Allah) juga telah mengutus Luth (kepada kaumnya).(Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya, “Mengapa kamumengerjakan perbuatan keji (fahishah) itu, yang belum pernahdikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kamu?.”Sesungguhnya kamu sering mendatangi lelaki untuk melepaskannafsu kamu (kepada mereka), bukan kepada wanita. Kamu iniadalah kaum yang melampaui batas” [TMQ al-A’raf (7):80-81].

Kalimat “mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu” adalahmerujuk kepada perbuatan liwat kaum Nabi Luth. Manakala kalimat“bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”menunjukkan celaan dan keharaman perbuatan homoseksualtersebut. Selain menyalahi fitrah manusia, perbuatan tersebut disifatisebagai perbuatan orang yang tidak berakal, berdasarkan mafhumayat, “Luth berkata: ‘Wahai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka

Tiada hakcipta dalam Islam. Penyalinan semula artikel ini amat dialu-alukan. Semoga usaha anda dapat mengembangkandakwah Islam dan diredhai Allah SWT.Laman web: ht-malaysia.com Emel: [email protected] Fb: Hizbut Tahrir Malaysia

Nasyrah Mingguan

Hizbut TahrirMALAYSIA

lebih suci bagimu. Maka bertakwalah kepada Allah dan janganlahkamu mencemarkan (nama)ku terhadap tetamuku ini. Tiadakah diantara kamu seorang yang berakal?” [TMQ Hud (11):78]. Kalimat“tiadakah di antara kamu seorang yang berakal?” yang berbentukistifham inkariy (kalimat soal yang maksudnya pengingkaran keras)menunjukkan bahawa Nabi Luth mencela perbuatan kaumnya yanghomoseksual sebagai perbuatan tidak berakal.

Justeru, fahishah (perbuatan keji) yang dirujuk di dalam ayat tersebutjelas menunjukkan kepada makna/perbuatan liwat, di mana AllahSWT menjelaskan bahawa fahishah seumpama itu belum pernahdilakukan oleh seorang manusia pun di muka bumi sebelum mereka.Sedangkan bangkangan kepada Rasul sudah terjadi sejak NabiAdam alaihi salam. Pembela LGBT juga tidak mahu mengakuibahawa apa yang dilakukan oleh kaum Nabi Luth sebagai “liwat”yang dilakukan secara suka sama suka antara mereka, tetapimenafsirkan bahawa “perbuatan itu” adalah satu bentuk serangandan perogolan, bagi menunjukkan bangkangan mereka kepada NabiLuth. Ia juga merupakan satu bentuk penindasan pada masa itu.Inilah tafsiran mereka. Padahal daripada ayat-ayat al-Quran itu sendirijelas menunjukkan bahawa fahishah (liwat) itu dilakukan oleh kaumNabi Luth secara suka sama suka, yang atas dasar itulah AllahSWT melaknat dan mengazab mereka semuanya. Atas dasar itujuga, Rasulullah SAW menegaskan dalam hadis baginda bahawasiapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Luth wajibdibunuh baik fa’il (pelaku liwat) mahupun maf’ul bih (yang diliwat),kerana pilihan secara sukarela oleh kedua-duanya.

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan melaknat dan Islam tidakakan menghukum orang yang ditindas, orang yang dirogol. orangyang dianiaya dan sebagainya. Namun demikian, Allah SWT telahmelaknat dan menurunkan pelbagai azab ke atas kaum Nabi Luthakibat fahishah (perbuatan keji - homoseksual) yang mereka lakukansecara suka sama suka. FirmanNya, “Dan sesungguhnya merekatelah membujuknya (agar menyerahkan) tetamunya (kepadamereka), lalu Kami butakan mata mereka. Maka rasakanlah azabKudan ancaman-ancamanKu” [TMQ al-Qamar (54):37]. Dalam ayatini secara khusus, Allah SWT telah membutakan mata merekawalaupun hakikatnya mereka tidak berpeluangpun untuk melakukanperkara keji terhadap tetamu Nabi Luth (malaikat Jibril yang berupalelaki tampan). Ini menunjukkan bahawa keinginan seksual merekakepada sesama lelaki menjadi penyebab turunnya azab Allah kepadamereka. Jadi, bagaimana mungkin pembela LGBT mengatakanhomoseksual (dengan maksud tanpa liwat) bukan suatu kesalahandan tidak ada di dalam al-Quran!

Dalam ayat lain Allah SWT menerangkan, “Maka merekadibinasakan oleh suara keras yang bergemuruh, ketika matahariakan terbit” [TMQ al-Hijr (15):73]. Allah SWT juga mengazab merekadengan bentuk yang lain sebagaimana firmanNya, “Maka tatkaladatang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di ataske bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batudari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” [TMQ Hud (11):82].Allah SWT menyebut mereka dengan al-muktafikah, yakni terbalikkepala dan kaki mereka, lalu dilempar kembali ke tanah. Allah SWTberfirman, “Dan negeri kaum Luth yang telah dihancurkan Allah”[TMQ al-Najm (53):53]. Inilah antara bentuk-bentuk azab yangdtimpakan oleh Allah ke atas kaum Nabi Luth.

Daripada ayat-ayat ini amat jelas menunjukkan bahawa laknat danazab Allah ke atas kaum Nabi Luth adalah kerana perbuatanhomoseksual mereka, yang mereka pil ih dan sedar akankesalahannya, yang sekaligus menunjukkan penyimpangan merekadaripada syariat Allah dan daripada fitrah manusia. Ayat-ayat AllahSWT ini juga menunjukkan bahawa perasaan, pemikiran danperbuatan kaum Nabi Luth yang terkutuk itu sesungguhnya tidakada kena mengena dengan faktor genetik, kesihatan, kecelaruanidentiti dan sebagainya, sebagaimana alasan-alasan yang diberikanoleh golongan liberal bagi menghalalkan tindakan kelompok LGBT.Justeru, sungguh aneh jika ada yang berhujah dengan mengelirukan

makna homoseksual dan mengatakan bahawa homoseksual tidakterdapat di dalam al-Quran, lalu kita tidak boleh mengharamkannya.Sesungguhnya “tafsiran” baru seumpama ini bukanlah bentukpengayaan fiqh Islam sebagaimana dakwaan pembela LGBT, tetapitidak lebih daripada cubaan mereka untuk menghalalkan perkarayang telah jelas diharamkan oleh Allah.

Islam Membolehkan Cinta Sesama Lelaki?

Antara hujah penyokong LGBT dalam membenarkan tindakanmereka ialah dengan memetik sebuah hadis riwayat Abu Dauddengan sanad yang sahih daripada Anas bin Malik, “Ada seoranglelaki berada di sisi Nabi. Kemudian lalu seorang lelaki lain. Lelakidi sisi Nabi berkata, ‘Wahai Rasulullah, sungguh aku mencintainya.’Maka Rasulullah bertanya, ‘Apakah engkau sudahmemberitahukannya?’ Dia menjawab, ‘Belum’. Rasulullah berkata,‘Beritahukanlah kepadanya.’ Kemudian dia pun menyusuri lelakitadi dan berkata, ‘Sungguh aku mencintaimu kerana Allah’. Lelakiitu pun menjawab, ‘Semoga engkau dicintai Allah, yang keranaNya-lah engkau mencintaiku.’” Lafaz “uhibukka” (aku mencintai engkau)ditafsirkan oleh pembela LGBT sebagai “aku suka kepada engkau”yang dikatakan boleh membawa maksud macam-macam jenis suka(termasuk suka atas dasar tarikan seksual sesama jenis).Sedangkan dalam hadis itu dinyatakan dengan jelas oleh lelaki tadibahawa “uhibukka fillah” (aku mencintaimu kerana Allah) dan bukanatas sebab yang lain.

Di sinilah letaknya kesalahan dan kekeliruan mereka terhadap hadisini, kerana mengabaikan lafaz “fillah” (kerana Allah). Lafaz inimenunjukkan dengan jelas bahawa kecintaan lelaki tadi kepadalelaki lain adalah kerana Allah, dan bukannya kerana tarikan seksual(homoseksual). “Cinta” di sini bermaksud sama seperti kita menyintaiRasulullah, menyintai para sahabat, menyintai orang-orang yangsoleh, menyintai para ulama, menyintai para pejuang agama Allah,menyintai sesama Muslim dan sebagainya, yang semua cinta inidibolehkan kerana Allah (fillah), bukan kerana dorongan seksualterhadap sesama jenis. Malah terdapat banyak hadis lain yangmembawa maksud yang sama walaupun tidak menggunakan lafaz“fillah”. Sama seperti seseorang menyintai ibu bapanya, menyintaiadik-beradik, menyintai guru, menyintai orang yang pernahmenolongnya dan sebagainya. Perasaan cinta seperti ini tidak bolehditafsirkan mengikut hawa sebagai bermaksud “macam-macamjenis”, sehingga ke tahap mengatakan yang Islam membolehkanseorang lelaki mencintai lelaki lain atas dasar homoseksual. Inimerupakan suatu tafsiran yang menyimpang, di samping jelas outof context.

Khatimah

Berdasarkan nas yang amat jelas, hukuman untuk pelaku liwatadalah dibunuh dan tidak ada yang lain, baik pelakunya muhsan(telah berkahwin) mahupun ghairu muhsan (belum berkahwin). Setiaporang yang mengaku, atau terbukti telah melakukan liwat, makakeduanya wajib dibunuh sebagai hukuman had ke atasnya. SabdaNabi SAW, “Barangsiapa yang kalian dapati sedang melakukanperbuatan kaum Luth, maka bunuhlah fa’il (peliwat) mahupun maf’ulbih (yang diliwat)” [HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]. Terdapatbanyak lagi hadis lain dan juga Ijma’ Sahabat yang menjelaskanhukuman bunuh ke atas golongan terlaknat itu. Apa yang amatdikesali ialah apabila pihak berkuasa agama hanya berminat danbersungguh-sungguh untuk menangkap dan menghukum pendakwahyang tidak bertauliah, tetapi hanya membiarkan golongan liberaldan pembela LGBT melakukan aktiviti dan “dakwah” mereka. Kepadagolongan liberal dan LGBT, kita mengharapkan ada usaha daripadamereka sendiri untuk berubah (bertaubat) dan mempelajari Islamdengan cara yang benar, bukan hanya sibuk menyalahkanmasyarakat yang dikatakan menyisihkan mereka, keranahakikatnya merekalah yang menyisihkan diri daripada masyarakat.

Wallahu a’lam.