penganjuran klinik bantu mula & cpr bagi pelajar upm filepenganjuran klinik bantu mula & cpr...

7
INFO SUKAN UNIT PROGRAM REKREASI PENGANJURAN KLINIK BANTU MULA & CPR BAGI PELAJAR UPM Klinik Bantu Mula & CPR telah diadakan pada 8 Mac 2015 (Ahad) bertempat di Bilik Seminar, Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Klinik ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Zainal Haji Mukri, Ketua Seksyen Pembangunan Sukan dan Rekreasi mewakili Ketua Pusat Sukan UPM. Klinik ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal, ilmu pengetahuan serta pengalaman kepada pelajar dan seterusnya boleh diaplikasi dengan berkesan. Klinik ini telah disertai oleh pelajar kolej kediaman UPM serta pelajar luar kampus. Keseluruhan peserta yang hadir adalah seramai 27 orang. Klinik ini diterajui oleh Encik Mohamad Noor Liza Baharom (Ketua Unit Program Rekreasi) sebagai moderator dan Puan Norfazilah Abdullah (Jurulatih Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia). Klinik yang dianjurkan ini lebih fokus kepada ilmu pengetahuan dan praktikal di mana para peserta akan lebih bersedia menghadapi situasi kecemasan. Banyak ilmu serta kemahiran asas telah disampaikan oleh jurulatih demi melahirkan graduan yang berilmu serta berkemahiran tinggi terutama semasa menghadapi keadaan yang sukar.

Upload: others

Post on 30-Oct-2019

33 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

INFO SUKAN UNIT PROGRAM REKREASI

PENGANJURAN KLINIK BANTU MULA & CPR BAGI PELAJAR UPM

Klinik Bantu Mula & CPR telah diadakan pada 8 Mac 2015 (Ahad) bertempat di

Bilik Seminar, Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Klinik ini telah dirasmikan oleh YBrs.

Encik Zainal Haji Mukri, Ketua Seksyen Pembangunan Sukan dan Rekreasi

mewakili Ketua Pusat Sukan UPM. Klinik ini dianjurkan bagi memberi

pendedahan awal, ilmu pengetahuan serta pengalaman kepada pelajar dan

seterusnya boleh diaplikasi dengan berkesan. Klinik ini telah disertai oleh pelajar

kolej kediaman UPM serta pelajar luar kampus. Keseluruhan peserta yang hadir

adalah seramai 27 orang.

Klinik ini diterajui oleh Encik Mohamad Noor Liza Baharom (Ketua Unit Program

Rekreasi) sebagai moderator dan Puan Norfazilah Abdullah (Jurulatih Persatuan

Bulan Sabit Merah Malaysia). Klinik yang dianjurkan ini lebih fokus kepada ilmu

pengetahuan dan praktikal di mana para peserta akan lebih bersedia

menghadapi situasi kecemasan. Banyak ilmu serta kemahiran asas telah

disampaikan oleh jurulatih demi melahirkan graduan yang berilmu serta

berkemahiran tinggi terutama semasa menghadapi keadaan yang sukar.

PENGANJURAN KLINIK KESELAMATAN OSH (OCCUPATION, SAFETY AND HEALTH)

UNTUK PELAJAR UPM

Klinik Keselamatan (OSH) telah diadakan pada 15 Mac 2015 (Ahad) bertempat

di Bilik Seminar, Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Klinik ini dianjurkan bagi

memberi pendedahan awal kefahaman tentang OSH dan ilmu pengetahuan

kepada pelajar agar perancangan, persediaan serta perlaksanaan aktiviti

yang dilaksanakan oleh pelajar menitik berat keselamatan, seterusnya

mengurangkan risiko kepada ancaman kecederaan yang serius, kehilangan

nyawa dan kemusnahan kepada harta benda. Klinik ini telah disertai oleh

pelajar kolej kediaman UPM serta pelajar luar kampus. Keseluruhan peserta

yang hadir adalah seramai 23 orang.

Klinik ini diterajui oleh Encik Mohamad Noor Liza Baharom (Ketua Unit Program

Rekreasi) sebagai moderator dan Encik Mohammad Solehan Azmi (Pegawai

Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM) sebagai penceramah.

Penceramah membuka tirai klinik dengan penerangan perundangan kes-kes

berkaitan, mengenai asas keselamatan dalam aspek TORT (kecuaian) dan JOB

SAFETY ANALYSIS (Analisis Keselamatan Bekerja/Aktiviti).

Di penghujung klinik pelajar telah menguasai ilmu pengetahuan dan boleh

mengaplikasi segala kemahiran yang dipelajari melalui sesi teori dan analisis

keselamatan aktiviti.

GAMBAR SEKITAR KLINIK BANTU MULA & CPR

GAMBAR SEKITAR KLINIK OSH (OCCUPATION, SAFETY AND HEALTH)