pengamatan taktil

14
PENGAMATAN TAKTIL

Upload: ruth-yee

Post on 23-Jun-2015

2.603 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

Aktiviti-aktiviti pengamatan taktil

TRANSCRIPT

Page 1: Pengamatan Taktil

PENGAMATAN TAKTIL

Page 2: Pengamatan Taktil

Definisi Taktil• Sentuhan• Berkenaan dengan atau menggunakan deria

sentuhan

Page 3: Pengamatan Taktil

Tujuan• Menolong kanak-kanak mendiskriminasi bentuk

objek dan seterusnya bentuk abjad dan angka.• Menolong kanak-kanak menulis abjad dan

angka dengan arah yang betul.• Menggalakkan penglibatan kanak-kanak

dengan lebih aktif.• Menggalakkan dan mengukuhkan daya ingatan.

Page 4: Pengamatan Taktil

Aktiviti 1

Page 5: Pengamatan Taktil

Alatan4 keping kad berukuran 5 cmx 5 cm yang menunjukkan bentuk-bentuk yang diperbuat daripada kertas pasir :

Page 6: Pengamatan Taktil

Langkah-langkah

• Sekeping carta yang mengandungi rajah-rajah tersebut ditampal dihadapan murid.

Page 7: Pengamatan Taktil

• Mata murid ditutup dengan kain hitam.• Guru memberi sekeping daripada 4 keping kad

tadi.• Murid menyentuhnya sehingga puas hati.• Guru mengambil semula kad itu.• Buka penutup mata murid.• Murid menunjukkan rajah yang disentuhnya

dalam carta.

Page 8: Pengamatan Taktil

Aktiviti 2

Page 9: Pengamatan Taktil

Alatan• Seketul batu, besi, plastik, kayu, getah, span

dan polisterin. ( Jika boleh, bahan-bahan tersebut hendaklah sama saiz.)

Page 10: Pengamatan Taktil

Langkah-langkah

• Murid diberitahu nama-nama objek tadi.(pastikan yang murid tersebut memahami tentang objek tersebut.)

• Mata murid ditutup.• Murid meneka nama objek yang dipegangnya.

Page 11: Pengamatan Taktil

Aktiviti 3• Alatan : 5 batang kayu yang tidak sama

panjang.• Langkah-langkah:

1) Mata murid ditutup.2) Dengan cara menyentuh kayu-kayu tadi,

murid mencari kayu yang panjang sekali dan yang pendek sekali

Page 12: Pengamatan Taktil

Aktiviti 4• Alatan : Satu carta yang mengandungi beberapa

bentuk disediakan.• Langkah-langkah:

1) Mata murid ditutup.2) Guru “melukis”gambar bentuk yang terdapat

dalam carta pada belakang murid tanpa kemeja atau pada tapak tangan murid.

3) Mata murid dibuka.

Page 13: Pengamatan Taktil

• Murid menunjukkan bentuk yang berkenaan dalam carta.

Page 14: Pengamatan Taktil

Aktiviti 5• Mata murid ditutup.• Murid meneka nama kawan dengan cara

menyentuh seluruh muka kawannya.