warisan bangsa

Upload: sivamalar-thyagarajah

Post on 07-Jan-2016

285 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KENALI WARISAN BANGSA

Nama: Akilan AravinthanKelas: 4 EfisienTERENGGANU

WAUPermainanlayang-layang, juga dikenali dengan namawaumerupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut diudara. Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri sepertiKelantan,Terengganu,PerlisdanKedahmenggunakan perkataan tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia sepertiSelangor,MelakadanJohor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.

SABAH

GUNUNG KINABALUGunung Kinabaluyang terletak diSabah,Malaysiamerupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095meterdari aras laut.[1]Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah keranaHkakabo Raziterletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementaraPuncak Jaya,Puncak Trikora, danPuncak Mandalapula terletak dibenua Oseania.Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oseania.[2]Indonesiadari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian daripada Oseania - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.Gunung Kinabalu mempunyai kawasanhutan dipterokarp bukit,hutan dipterokarp atas,hutan montanedanhutan ericaceous atau hutan gunung.Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal diSabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakatKadazanSabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinyasemangatmereka selepas meninggal dunia.

JOHOR

TARIAN KUDA KEPANGTarian Kuda Kepangmerupakan sejenistarian rakyatMelayutraditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsurIslamjelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.Tarian Kuda kepang amat digemari oleh pendudukJohor, terutamanya dari keturunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakantaliuntuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.

MELAKA

BECA

Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati panoramaBandar Melakadengan berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat menaiki beca.Beca ini akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri.Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan diBangunan Stadthuys.