pengajaran tgnu 13 (ppt97-03).ppt

14
Pengajaran Guru Rancangan Pengajaran Harian Oleh Dr. Ramli bin Saadon Ketua Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Bahasa Melayu, Kualal Lumpur

Upload: leslie-williams

Post on 16-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Pengajaran Guru

Rancangan Pengajaran Harian

Oleh

Dr. Ramli bin Saadon

Ketua Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

IPG Kampus Bahasa Melayu, Kualal Lumpur

Page 2: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

SEJARAH KSSR Seringkali subjek sejarah dikaitkan dengan sejarah

negara bagi membina perpaduan kaum setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957

Sebenarnya pembinaan kurikulum sejarah sudah bermula apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam konteks Tanah Melayu merdeka.

Tulisan Aminudin Baki menjawab segala persoalan bahawa tiga subjek yang tidak boleh diganggu gugat ialah B.Melayu, Sejarah dan Geografi.

Persoalan yang menjadi asas sejarah ialah melahirkan warga negara yang sedar, peka, berjiwa patriotik berasaskan perjalanan sejarah negara

Page 3: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Guru dan Subjek Sejarah Kejayaan subjek ini amat bergantung kepada

profesionalisme guru Dua situasi yang menjadi asas kejayaan dalam

pengajaran sejarah ialah guru option dan bukan option

Ilmu sejarah menjadi asas kepada guru untuk menjadi penyampai yang baik dan berwibawa

Sejarah dikaitkan dengan kemahiran dalam konteks ilmu, penjelasan dan kaedah pengajaran.

Seringkali guru menjadi pembunuh terhadap subjek sejarah kerana penyampaian yang kabur dan menggunakan hukum logik, sedangkan objektiviti sejarah adalah kebenaran.

Page 4: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Apa itu sejarah Anologi mudah- anda beli ikan di pasar. Lepas itu

anda siang ikan itu, anda masaklah ikan itu, supaya ikan itu menjadikan orang tertarik untuk memakannya. Keupayaan pemasak ikan amat berpengaruh untuk menarik orang ramai memakannya. Tetapi apa yang sering terjadi ikan yang dimasak hanyalah seperti masakan orang bujang yang memasak ikan supaya dia tidak mati kebuluran.

Persoalan pokok adalah bagaimana subjek sejarah itu dipersembahkan.

Murid tidak berdosa kerana menjadi penerima dan juga bersentimen atas apa yang disampaikan.

Page 5: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Negara Barat Orang barat percaya subjek sejarah sebagai subjek

Sains Sosial yang membantu dalam pemikiran, hujah, jati diri dan akhirnya pemulihraan khazanah negara.

Di Malaysia, seringkali berlaku apabila kita menghadapi masalah, kita akan kembali kepada sejarah. Mengapa.

Anda fikirlah bahawa sejarah itu adalah cermin dalam sebuah kereta yang memandu anda ke hadapan. Oleh itu murid wajar dalam tindakan dan memilih jalan kehidupannya berasaskan aspek-aspek realiti, pemikiran dan konsep-konsep yang diajar melalui subjek sejarah.

Jelas subjek sejarah memberi iktibar dan pemikiran masa depan kerana segala aktiviti manusia cuba diketengahkan melalui tindakan, keputusan, pemikiran, rasional yang mewajarkan justifikasi terhadap sesuatu yang memberi makna.

Page 6: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Keyakinan Guru Sukar membina guru sejarah tanpa jati diri, minat,

enggan berpersatuan, menghadiri seminar sejarah, minat pada kajian dan mungkin di rumahnya ada sesuatu yang di simpan untuk jadi tatapan anak-anaknya atau generasi mendatang.

Guru itu percaya bahawa ilmu sejarah itu hebat kerana telah merungkai beberapa persoalan yang dapat membantu murid dalam kehidupan masa kini dan akan datang

Oleh itu anda kena bersedia sama ada membinasakan subjek ini atau bersedia menjadi penghibur kepada murid-murid agar lahir generasi yang percaya bahawa subjek sejarah amat berharga. Tanya diri anda, apa yang tiada sejarah di dunia ini kecuali Allah S.W.T kerana Dia tidak bermula dan tidak berakhir

Page 7: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Persembahan Guru: Mahir Memulakan pengajaran Variasi rangsangan Menerang Menyoal Pengukuhan Papan tulis Alat bantuan Contoh dan ilustrasi Humor Latihan Menutup

Page 8: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Pembinaan Persekitaran Pembelajaran Positif Mengikut Kementerian Pendidikan di New

Zealand, persekitaran pembelajaran yang positif untuk murid berbakat ditentukan oleh faktor persekitaran fizikal kelas dan guru.

Mengikut UNICEFF (1996) menjelaskan persekitaran pembelajaran yang positif boleh diwujudkan apabila faktor-faktor seperti sekolah, kurikulum, guru, komuniti yang mempunyai sifat mesra murid.

Page 9: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Guru Pembelajaran aktif Kemahiran profesional bagi mencapai

hasil pembelajaran Memahami dan mamantau murid Berupaya berkomunikasi kepada komuniti Refleksi kendiri terhadap pengajaran

berasaskan kepada data-data sedia ada. Bersedia terhadap pengajaran,

pembelajaran dan pentaksiran

Page 10: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Perancangan Pengajaran Maklumat umum Topik dan Aktiviti Pengetahuan sedia ada. Hasil Pembelajaran Objektif pengajaran Strategi, teknik dan pendekatan. Bahan bantu Nilai dan Patriotisme

Page 11: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Domain Tiga domain, kognitif,Afektif dan

Psikomotor. Kognitif- hasil intelek spt,pengetahuan dan

pemahaman sesuatu istilah, fakta, konsep,prinsip, hukum,kaedah, cara dan prosedur, kemahiran berfikir. (p,k,a,an,sin,penilaian)

Afektif- menegaskan aspek rohani dan emosi spt sikap,nilai dan perasaan.

Psikomotor-kemahiran pergerakan- spt menulis, melukis, mengoperasi dll

Page 12: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Objektif khusus Kognitif –

lebal,definisi,menyenarai,menerang,memberi contoh,mengira,menggunakan, membandingkan,memliih,mengkelaskan,merumus,mengkritik,menyokong dll.

Afektif –menyusun dengan teratur,mengamalkan,menjaga, dll

Psikomotor – membuat, menimbang,menyukat dan menampal dll

Page 13: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Kaedah dan teknik 3P Perlu kaedah dan teknik yang sesuai

supaya mendapat hasil yang maksimum.

Ambilkira topik, tahap keupayaan,keadaan bilik darjah.

Penyoalan – mesti tahu prinsip dan berkisar kepada objektif pengajaran.

Kepelbagaian teknik bagi mengelakkan kebosanan murid.

Page 14: PENGAJARAN TGNU 13 (PPT97-03).ppt

Kepada JU/GURUAnda adalah Kunci Kejayaan Subjek Sejarah yang sepatutnya subur dalam jiwa generasi akan datang. Kata ahli fikir, jika kita tidak mahu mengulangi kesilapan, kegagalan, kehancuran belajarlah sejarah kerana ia menjadi pendita ketika anda membuat keputusan

SEKIAN TERIMA KASIH