pengajaran berpasangan 1

Upload: harris

Post on 10-Jan-2016

91 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

PENGAJARAN BERPASANGANNAMA : NUR NADRAH HASFINIE HASANUDDIN NAMA PASANGAN PRAKTIKUM : RAHIM NANANG KURSUS DAN AMBILAN : PISMP BAHASA MELAYU SJKT AMBILAN JANUARI 2012TARIKH : 22 APRIL 2014 MASA: 8.50 9.50 PAGITAHUN : 4

KEKUATAN Kemahiran yang diajarkan ialah kemahiran membaca yang bertajuk Aku Si Pondok Ilmu . antara kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah murid dapat membaca petikan teks mengikut intonasi dan sebutan yang jelas. Murid dapat melaksanakan aktiviti membaca dengan lancar dan murid pemulihan mendapat bimbingan daripada guru . Pada awal pengajaran murid tertarik dengan set induksi yang menarik iaitu lakonan yang dilakukan oleh murid sebagai pondok ilmu dan bunga. Watak yang dibawa oleh murid sangat menarik berpandukan skrip yang telah disediakan oleh guru. Murid dapat menyenaraikan nilai nilai murni yang terdapat dalam petikan teks. Nilai nilai murni tersebut ada yang telah dipelajari oleh murid dan ada yang menjadi rutin harian murid. Semasa penyenaraian nilai murni tidak menjadi masalah kerana murid mudah memahami nilai nilai murni yang ingin disampaikan. KELEMAHAN Terdapat segelintir murid yang sukar menyenaraikan nilai nilai murni yang terdapat dalam petikan. Nilai yang diterapkan di dalam kelas tidak dapat diingat oleh murid murid pemulihan. Nilai murni sangat penting dalam Pendidikan Bahasa Melayu untuk melahirkan insan yang memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, kelemahan seterusnya yang dapat dikenal pasti ialah kemahiran aras penyoalan yang kurang sesuai di dalam kelas . Hal ini dapat dikenal pasti semasa saya membuat aktiviti soal jawab, soalan hanya dapat dijawab oleh murid murid yang berpengetahuan tinggi dan berkemungkinan aras soalan yang saya berikan tidak sesuai untuk semua murid yang berlainan tahap kecerdasan.

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN Bagi mengatasi masalah murid pemulihan yang masih sukar mengenal pasti nilai nilai murni, saya perlu meneguhkan nilai nilai murni sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan membiasakan murid dengan nilai nilai murni yang akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, saya perlu wujudkan sudut membaca dalam kelas dan menyediakan buku buku dan bahan yang banyak mengandungi nilai nilai murni. Selain itu, saya juga boleh melekat atau menggantungkan kad kad nilai murni di dalam kelas dan kawasan yang mudah dilihat dan dibaca oleh murid. Cara untuk mengatasi cara penyoalan ialah saya perlu menyediakan aras soalan yang sesuai dan perlu memberi peluang kepada murid murid yang lemah untuk menjawab soalan tersebut. Bloom (1956) mengemukakan enam aras soalan dalam domain kognitif yang diklasifikasikan sebagai aras rendah dan aras tinggi. Bagi aras rendah ialah soalan berbentuk aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi manakala soalan aras tinggi ialah analisis, sintesis dan penilaian. Saya tidak seharusnya mengemukakan soalan yang berbentuk aplikasi atau analisis sahaja. Saya perlu memberi peluang kepada murid yang lemah dengan bertanyakan soalan yang berbentuk aras pengetahuan mereka agar mereka lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran . Terdapat teknik yang sesuai semasa menyoal agar menarik perhatian murid supaya menumpukan perhatian kepada pengajaran, menilai murid tentang kefahaman dan kemahirannya, mengesan sejauh mana objektif pengajaran tercapai, menggerakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis serta memudahkan pemindahan pembelajaran berlaku.

Walau bagaimanapun, saya hendaklah mengelak daripada menjawab soalan murid yang agak sukar dengan terburu buru. Saya memerlukan sedikit masa untuk mencari maklumat lebih tepat. Dengan cara ini saya berpeluang mencari maklumat sebelum masuk kelas berikutnya dan memberi jawapan yang tepat pada setiap soalan murid.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama :Tarikh : Tarikh :