pengajaran bacaan awal

Upload: manja-khani

Post on 03-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 PENGAJARAN BACAAN AWAL

    1/9

    Isnin, 18 Mei 2009

    PENGAJARAN BACAAN AWAL

    Pengajaran Bacaan Awal Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    Kepada Pelajar Pemulihan Khas Sekolah Menengah

    Oleh;

    Jamaluddin Bin Abdul Rahman

    1. Pendahuluan

    Bila dikatakan Sekolah Menengah bererti meliputi tingkatan satu hingga tingkatan enam danbacaan merupakan kemahiran yang terpenting, bukan sahaja terhadap kebolehan membaca itu

    sendiri, tetapi seterusnya untuk seluruh pembelajaran murid-murid itu. Kegagalan menguasai

    kemahiran asas membaca ini merupakan sesuatu yang amat merugikan bagi seseorang murid

    bukan saja pada masa persekolahan bahkan pada masa kehidupan dewasa murid-murid

    berkenaan.

    Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mulamembaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan

    mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk

    kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada

    bunyi dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan.

    Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang

    mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah inijuga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad

    iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedahini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.

    Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-

    kanak belajar bahasa melalui perkataan-perkataan dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-

    murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna.Kaedah inidikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang dan sebut. Variasi

    lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun,

    1989).

    Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas

    membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah

    kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum(PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah

    Gabungan Bunyi Kata (KGBK) . Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan

    kelemahan yang boleh digunakan kepada murid-murid pemulihan khas.

    Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi murid-murid

    ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Maka pemulihan khas

  • 7/29/2019 PENGAJARAN BACAAN AWAL

    2/9

    bertujuan untuk memberi rawatan yang diharapkan dapat mengubati pelajar lambat ini (Chua

    Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi

    mengatasi masalah ini. Penulis amat berminat dengan Kaedah Gabungan Bunyi Kata yangdirasakan begitu istimewa untuk mengajar murid-murid pemulihan khas membaca di peringkat

    sekolah menengah.

    2. Kaedah Gabungan Bunyi-kata (KGBK)

    2.1. Latar belakangKaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato Dr. Isahak Harun yang

    dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan SuluhBudiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979. Beliau telah memperkenalkan kaedah ini

    sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca banyak murid di sekolah rendah, terutama

    di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca. Rentetan itu kertas kerja tersebut telah

    diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil. 7, Julai 1980.

    Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum

    baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981.Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun

    Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981. Namun begitu, kaedah ini tidak

    digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu. Selain itu juga,

    kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia denganmenggunakan buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca yang diterbitkan oleh

    Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004).

    2.2. Asas Kaedah GabunganBunyi-Kata

    Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004) perlunya

    mengambil kira perkara-perkara berikut;

    2.2.1: Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik . Hal ini menjelaskan

    bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Halini berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru.

    2.2.2: Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan denganbahasa-bahasa lain.

    2.2.3: Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu

    yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitujuga dengan murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyai

    perbendaharaan kata Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah.

    Seterusnya hal ini menjelaskan bahawa tidak sesuai digunakan kaedah yang

    digunakan mengajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris untuk mengajar bahasapertama yang berbeza.

    Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalamsesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahan-bahan adalah secara

  • 7/29/2019 PENGAJARAN BACAAN AWAL

    3/9

    developmental, kumulatif dan sistematik. Hal ini memudahkan guru-guru mengajar dan

    memudahkan murid belajar membaca dan menulis. Pendekatan gabungan dan susunan bahan

    secara kumulatif tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/ fonik, pendekatan seluruhperkataan atau pendekatan eklektik yang digunakan pada masa ini.

    Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau duapelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Hal ini yang membezakan KGBKdengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal membaca. Selain

    itu, KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan sistematik dan

    suku kata yang jelas. Di samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar telah dikenalpastimelalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat dengan kanak-kanak

    dan tidak mengelirukan.

    2.3: Ciri-ciri

    2.3.1: Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayusebelum mereka boleh diajar membaca.

    2.3.2: Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membaca

    perkataan/ frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran.

    2.3.3: Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransur-

    ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.

    2.3.4: Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti

    yang disarankan.

    2.3.5: Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahan-

    bahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih membaca

    sendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-muridsentiasa dekat dengan membaca.

    3. Cara Mengajar Menggunakan KGBK

    Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu

    diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah

    a i u

    dan susunan konsonan berikut;

    b k c s t m n g l j h y f w q v z

    Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut;

  • 7/29/2019 PENGAJARAN BACAAN AWAL

    4/9

    i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan menggunakan kad

    imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli.

    ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan

    menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkanbunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.

    iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata.

    ba bi bu

    da di du

    ka ki ku

    seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna;

    da da dadaba ba baba

    bu bu bubu

    ku ku kuku

    Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid

    membacanya:

    dada baba

    bubu baba

    kuku baba

    iv. Perkenalkan gabungan lain;

    a da ada

    a ku aku

    ku da kudabu ku buku

    bu ka buka

    suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas;

    baba ada buku

    baba ada kuda

    baba ada bububaba buka buku

    kemudian gantikan baba dengan aku dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayatberikut;

  • 7/29/2019 PENGAJARAN BACAAN AWAL

    5/9

    kuda dia

    kuda babakuda aku/ ku

    Gantikan kuda dengan buku, kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.

    v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.

    i bu ibubu di budi

    u da uda

    budi ibu

    budi ibukubudi uda

    da a dia

    ka ki kakikaki dia

    kaki ibun

    kaki kuda

    suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunaka berbagai-bagai perkataan yang dicipta;

    ibu buku buku udababa uda bubu

    udaku ada kuda

    dia kaki kuda

    vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang

    telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru denganmembuat latih tubi.

    vii. Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu seperti;

    ng bising, datang, sayang

    nga nganga, singa

    sy, sya syarat , syarikatgh (gha) nyanyi, nyaring, punya

    Selain itu, prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini adalah;

    i. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan

    Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak

    perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z).

  • 7/29/2019 PENGAJARAN BACAAN AWAL

    6/9

    ii. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung

    kemudian.

    iii. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf,

    bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran.

    iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis.Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan.

    v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu tumpuanmurid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan dengan

    cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahiran-kemahiran asas untuk

    membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara

    berperingkat-peringkat.

    vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan

    kemahiran.

    vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis

    berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran membaca.

    4. Mengajar Menggunakan Kaedah KGBK Murid Pemulihan Khas di Sekolah

    Menengah

    Murid pemulihan khas sekolah menengah berbeza dengan kanak-kanak yang mula-mula belajarmembaca. Pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas telah berjaya

    mengenalpasti perbezaan tersebut. Penulis telah menggunakan dua orang murid pemulihan khas

    untuk mengajar membaca. Oleh itu, guru perlu menyedari bahawa murid-murid sekolah

    menengah adalah berbeza daripada segi pendedahan kepada membaca.

    Biasanya murid-murid di sekolah menengah telah belajar membaca dan semestinya terdedah

    kepada kaedah-kaedah awal membaca yang lain. Antara yang dikenalpasti aspek yang telahdikuasai oleh murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah adalah;

    i. Sudah mengenal abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu ( az) sama ada semua atausebilangan sahaja.

    ii. Sudah boleh menyebut nama-nama abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu.

    iii. Sudah boleh menyebut bunyi abjad mudah dan biasa digunakan.iv. Sudah boleh mengeja suku kata terbuka.

    v. Sudah boleh membatang suku kata terbuka.

    Didapati juga bahawa murid-murid yang tidak menguasai aspek-aspek di atas mempunyaimasalah yang lain seperti terencat akal atau masalah-masalah kecacatan lain.

    Aspek- aspek yang perlu disedari untuk mengajar membaca menggunakan KGBK di sekolahmenengah adalah;

  • 7/29/2019 PENGAJARAN BACAAN AWAL

    7/9

    i. Murid akan mengeja suku kata atau perkataan yang dibaca dengan menyebut nama abjad. Guru

    perlulah membiasakan murid menyebut bunyi huruf bukannya nama abjad. Namun begitu, guruperlulah mengelakkan daripada terlalu banyak menegur murid dalam aspek ini dan lebih utama

    murid menguasai kemahiran. Dengan itu, guru boleh membiarkan sahaja murid membaca cara

    yang biasa kepada mereka.ii. Murid akan terganggu dengan kaedah baru bagi mereka. Oleh itu, perlulah guru banyakmenggunakan latih tubi untuk membiasakan mereka.

    iii. Murid inginkan aktiviti menulis. Oleh itu, menulis boleh dijalankan untuk tujuan sebagai

    pengukuhan.iv. Guru membantu membentuk perbendaharaan kata murid-murid kerana biasanya murid-murid

    pemulihan khas mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit.

    Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang guru ialah menjalankan ujian diagnostikyang bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar murid. Ujian diagnostik kaedah ini

    telah dibina oleh Profesor Dato Dr. Isahak yang dibahagikan kepada 12 tahap. Tahap-tahap ini

    dibahagikan kepada tahap-tahap berdasarkan kepada penguasaan mengenal huruf, suku kata,perkataan dan frasa (rujuk lampiran A). Biasanya murid di sekolah menengah sudah menguasai

    beberapa tahap membaca. Setelah dikenalpasti tahap pencapaian barulah pengajaran sebenar

    dapat dlakukan.

    5. Dapatan

    5.1: Kekuatan

    Penulis memilih KGBK kerana keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang dilihat dapat

    membantu murid-murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran membaca. Antara kekuatan

    dan keistimewaan kaedah ini adalah;

    i. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas.

    ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad.iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sisitematik memudahkan guru mengajar

    dan murid belajar.

    iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataandan frasa dalam satu pelajaran.

    v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang.

    vi. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk dibina. Bahan

    Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam.vii. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan.

    viii. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid.

    ix. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita.

    x. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini.xi. Murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah boleh menguasai kemahiran membaca

    dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa.

    5.2: Kelemahan

  • 7/29/2019 PENGAJARAN BACAAN AWAL

    8/9

    i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan

    berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa bermulasemula.

    ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad.

    iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran.iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar.v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan penjelasan

    daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud perkataan dan

    memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkanbahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan yang cukup.

    5.3: Dapatan-dapatan lain

    i. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapatmembaca frasa.

    ii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu berbanding secara

    kumpulan atau kelas.iii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid-murid yang

    telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang.

    iv. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan.

    v. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran dan ingatanmurid-murid.

    Penutup

    Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di peringkat sekolah

    menengah belum lagi dijalankan. Apa yang dilakukan oleh penulis dalam menyediakan kertas

    kerja ini ialah pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas di sekolah penulismengajar. Pada mula penulis mengajar menggunakan kaedah fonik tetapi kesannya begitu lambat

    dan mengambil masa. Selain itu juga, terlihat sikap murid-murid yang boring dengan apa yang

    diajar. Perkara ini lumrah kerana murid-murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu abjada hingga z semenjak di sekolah rendah lagi.

    Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca abc. Dengan

    menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah mampuuntuk membaca buku cerita yang mudah. Keyakinan murid-murid dapat ditegarkan suapaya

    kemahiran asas ini dapat dikuasai.

    Tuntasnya, penulis mendapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan

    penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah menengah. Hal ini dibuktikandengan kejayaan murid-murid penulis yang kini mampu membaca dengan lancar buku cerita

    mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup.

    Penulis hanya mengajar lebih kurang tiga bulan; secara formal seminggu sekali dan pada masa

    pembelajaran biasa dalam kelas. Pembelajaran formal selama 40 minit dan melibat waktu khususuntuk murid-murid pemulihan khas sahaja. Manakala pembelajaran biasa dalam kelas adalah

    pengajaran pemulihan dalam kelas biasa di samping mengajar sukatan pelajaran biasa.

    Oleh itu, keperluan untuk kajian terhadap keberkesanan KGBK kepada murid-murid pemulihansekolah menengah perlu dilakukan. Hal ini penting untuk mendapat hasil kajian dan dapatan

  • 7/29/2019 PENGAJARAN BACAAN AWAL

    9/9

    yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Sebenarnya di sekolah

    menengah banyak bilangan murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca.

    Terutama untuk memenuhi tuntutan difinisi boleh membaca iaitu mengenal dan mentafsirsimbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Selain itu yang memerlukan murid-murid

    memahami apa yang dibaca bukan setakat bunyi-bunyi abjad dan gabungan bunyi-bunyi abjad.

    BIBLIOGRAFI

    Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.

    Tanjung Malim: Quantum Books.Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim:

    UPSI.

    Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.

    Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:

    Penerbit Fajar Bakti.

    J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman GroupLimited

    Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: Professional

    Books.