peng hayat an

2
Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia. Akhlak dan nilai-nilai murni dalam masyarakat yang berbilang bangsa amat dipentingkan. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan, adat resarm, agama dan bahasa masing-masing. Masyarakat Malaysia mempunyai budaya yang membolehkan berinteraksi antara satu sama lain dan dapat melaksanakan satu matlamat yang sama iaitu membentuk masyarakat yang berpegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar dalam agama mereka. Interaksi ini amat penting untuk menhindar masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yangtidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan mewujudkan perpaduan. Pembentukan identity budaya warga Malaysia ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat

Upload: santhi

Post on 22-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hvg

TRANSCRIPT

Page 1: Peng Hayat An

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia.

Akhlak dan nilai-nilai murni dalam masyarakat yang berbilang bangsa amat dipentingkan. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan, adat resarm, agama dan bahasa masing-masing.

Masyarakat Malaysia mempunyai budaya yang membolehkan berinteraksi antara satu sama lain dan dapat melaksanakan satu matlamat yang sama iaitu membentuk masyarakat yang berpegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar dalam agama mereka. Interaksi ini amat penting untuk menhindar masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yangtidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan.

Interaksi antara kaum dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan mewujudkan perpaduan. Pembentukan identity budaya warga Malaysia ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia. Dasar perpaduan dan inergrasi nasional berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakya bersatu padu, aman daripada persengketaan dan kucar-kacir.

Semangat syura hendaklah disuburkan bagi menyelasaikan isu-isu yang berkaitan dengan gejala keruntuhan moral dan akhlak dalam masyarakat. Bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu

Page 2: Peng Hayat An

diteruskan dan dipupuk. Penghayatan nilai-nilai murni sangat diperlukan dan diamalkan oleh setiap kaum bagi mengurangkan gejala sosial.

Setiap kaum saling menghormati adat-istiadat masing-masing. Ini menunjukkan kaum masyarakat di Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni yang ditentukan oleh agama tersendirinya. Penghayatan nilai-nilai murni bukan sahaja melahirkan insane yang beriman malah membanggakan nama Negara juga.