penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah

10
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah 1 PENENTUAN POLISI KERJA RUMAH OLEH PENTADBIR SEKOLAH Ahmad Zafiru bin Mat Yassin, Penolong Pengarah Sains Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Mesyuarat JK Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pahang 16 April 2013, BTPN Negeri Pahang. Abstrak: Sejak dahulu lagi kerja rumah sentiasa dikaitkan dengan sekolah; dengan kepercayaan bahawa kerja rumah memberi faedah kepada murid. Banyak kajian telah dilakukan oleh penyelidik di dalam dan di luar negara untuk mencari perkaitan dan hubungan yang dapat menyatakan dengan tepat kesan kerja rumah pada pencapaian akademik murid. Dalam kepercayaan bahawa kerja rumah merupakan antara pasak yang memperkukuhkan pembelajaran dan pencapaian murid, faktor kepimpinan kurikulum, penyeliaan pengajaran dan pengajaran berkualiti dan pendekatan pengurus kurikulum yang lebih menitikberatkan hubungan interpersonal juga telah diselidiki. Perdebatan tanpa kesudahan antara pihak yang menyokong kerja rumah dan pihak yang mahu memansuhkan kerja rumah akan sentiasa mencabar keintelektualan warga pendidik. Tujuan kerja rumah diberikan dan bagaimana murid menghayati kerja rumah untuk membentuk kefahaman adalah kunci keberkesanan kerja rumah. Penyemakan kerja rumah yang diberikan digniti oleh guru yang profesional adalah proses yang menyokong perkembangan pembelajaran murid menerusi kerja rumah. Tetapi, kunci kepada kecemerlangan murid adalah Pengajaran dan Pembelajaran berkesan yang berlaku di dalam bilik darjah. 1. Tujuan Kertas kerja ini bertujuan untuk menarik perhatian Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang bersidang pada 16 April 2013 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang kepada Kerja Rumah yang menjadi rutin bagi sekolah-sekolah, supaya keberkesanan kerja rumah menjadi inti pati mengapa ia diberikan kepada murid. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja rumah seperti perancangan dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan, perancangan tugasan dan kerja rumah, penyemakan kerja rumah yang bersegera dan tuntas serta penyeliaan buku latihan hendaklah diberi tumpuan yang lebih serius jika masa yang dihabiskan oleh murid terhadap kerja rumah mahu dimanfaatkan sepenuhnya. 2. Pengenalan Kerja rumah merupakan satu aktiviti PdP yang telah lama dipraktikkan dan harus dikaji keberkesanannya. Kerja rumah boleh diertikan sebagai kerja atau tugasan yang diberikan kepada murid oleh guru di sekolah untuk disiapkan atau dipanjangkan pada waktu di luar persekolahan. Bagi sesetengah murid, kerja rumah mendorong mereka untuk menyiasat, meneroka serta mengkaji. Ini kerana kerja rumah diberikan untuk menghubungkan secara terus pelajaran yang dipelajari di dalam kelas. [1]

Upload: zafiru-yassin

Post on 03-Jul-2015

1.205 views

Category:

Economy & Finance


6 download

TRANSCRIPT

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ����

1

PENENTUAN POLISI KERJA RUMAH OLEH PENTADBIR SEKOLAH

Ahmad Zafiru bin Mat Yassin, Penolong Pengarah Sains

Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

Mesyuarat JK Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

16 April 2013, BTPN Negeri Pahang.

Abstrak: Sejak dahulu lagi kerja rumah sentiasa dikaitkan dengan sekolah; dengan

kepercayaan bahawa kerja rumah memberi faedah kepada murid. Banyak kajian telah

dilakukan oleh penyelidik di dalam dan di luar negara untuk mencari perkaitan dan

hubungan yang dapat menyatakan dengan tepat kesan kerja rumah pada pencapaian

akademik murid. Dalam kepercayaan bahawa kerja rumah merupakan antara pasak yang

memperkukuhkan pembelajaran dan pencapaian murid, faktor kepimpinan kurikulum,

penyeliaan pengajaran dan pengajaran berkualiti dan pendekatan pengurus kurikulum

yang lebih menitikberatkan hubungan interpersonal juga telah diselidiki. Perdebatan tanpa

kesudahan antara pihak yang menyokong kerja rumah dan pihak yang mahu memansuhkan

kerja rumah akan sentiasa mencabar keintelektualan warga pendidik. Tujuan kerja rumah

diberikan dan bagaimana murid menghayati kerja rumah untuk membentuk kefahaman

adalah kunci keberkesanan kerja rumah. Penyemakan kerja rumah yang diberikan digniti

oleh guru yang profesional adalah proses yang menyokong perkembangan pembelajaran

murid menerusi kerja rumah. Tetapi, kunci kepada kecemerlangan murid adalah

Pengajaran dan Pembelajaran berkesan yang berlaku di dalam bilik darjah.

1. Tujuan

Kertas kerja ini bertujuan untuk menarik perhatian Mesyuarat Jawatankuasa

Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang bersidang pada 16 April 2013 di

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang kepada Kerja Rumah yang menjadi

rutin bagi sekolah-sekolah, supaya keberkesanan kerja rumah menjadi inti pati

mengapa ia diberikan kepada murid. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja

rumah seperti perancangan dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

yang berkesan, perancangan tugasan dan kerja rumah, penyemakan kerja rumah yang

bersegera dan tuntas serta penyeliaan buku latihan hendaklah diberi tumpuan yang

lebih serius jika masa yang dihabiskan oleh murid terhadap kerja rumah mahu

dimanfaatkan sepenuhnya.

2. Pengenalan

Kerja rumah merupakan satu aktiviti PdP yang telah lama dipraktikkan dan harus

dikaji keberkesanannya. Kerja rumah boleh diertikan sebagai kerja atau tugasan yang

diberikan kepada murid oleh guru di sekolah untuk disiapkan atau dipanjangkan pada

waktu di luar persekolahan. Bagi sesetengah murid, kerja rumah mendorong mereka

untuk menyiasat, meneroka serta mengkaji. Ini kerana kerja rumah diberikan untuk

menghubungkan secara terus pelajaran yang dipelajari di dalam kelas. [1]

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ����

2

Dalam perkembangan terkini, negara-negara maju mula menilai semula kerja rumah.

Di satu pihak ibu bapa langsung tidak mahu anak dibekalkan dengan kerja rumah, atas

alasan gaya kehidupan masa kini telah mengambil terlalu banyak masa, dan kerja

rumah akan mengehadkan masa interaksi keluarga. Presiden Perancis, Francois

Hollande mahu mengharamkan kerja rumah, atas alasan pelajar dari keluarga miskin

tidak mendapat kesaksamaan peluang dibimbing oleh ibu bapa di rumah. Di negara

itu, semua murid sekolah rendah tidak boleh diberikan kerja rumah sejak tahun 1956

lagi.[2]

3. Keperluan kerja rumah

Richard Walker dan Mike Horsely [3] melalui buku Reforming Homework: Practices,

Learning and Policy, ketika mengupas persoalan adakah kerja rumah relevan dalam

konteks masa kini, menekankan motif pemberian sesuatu kerja rumah itu dan adakah

objektifnya telah tercapai jika murid menyiapkannya? Menurut mereka kebanyakan

kajian empirikal bertumpu kepada tiga isu utama, yakni sama ada kerja rumah:

a. Memperkasakan pembelajaran murid?

b. Membantu murid membentuk kemahiran seorang pelajar yang berdikari dan

terarah kendiri? (independent and self-directed learner).

c. Telah melibatkan ibu bapa dalam aktiviti pendidikan anak mereka dengan cara

yang memberi faedah?

(Nota: Presiden Perancis, seorang sosialis, mahu memansuhkan kerja rumah

kerana murid dari keluarga kurang berkemampuan dilihat tidak mendapat

peluang yang saksama untuk menerima bimbingan ibu bapa mencadangkan agar

masa persekolahan ditambah pada hari rabu sehingga masa makan tengah hari.

Buat masa ini murid di Perancis bersekolah empat hari: Isnin, Selasa, Khamis dan

Jumaat).

Setelah meneliti dan membuat penilaian terhadap bukti berdasarkan kajian-kajian

berkenaan tiga isu di atas Walker dan Horsely membuat rumusan am seperti berikut:

“Dari segi pencapaian akademik, kerja rumah tidak berfaedah kepada kanak-kanak

dalam tahun-tahun awal persekolahan, faedah yang terlalu kecil kepada murid dalam

tahun-tahun akhir sekolah rendah, faedah yang kecil kepada pelajar sekolah

menengah rendah dan faedah yang ketara kepada murid sekolah menengah atas.

Kajian yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa menghabiskan lebih masa untuk

kerja rumah dikaitkan dengan murid pencapaian rendah; dapatan ini dikukuhkan

oleh kajian yang menunjukkan bahawa di negara-negara yang menekankan kerja

rumah, pencapaian murid dalam ujian-ujian pencapaian antarabangsa adalah rendah.

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ����

3

Kemahiran belajar terarah kendiri yang dikaitkan dengan kerja rumah berlaku apabila

ibu bapa membantu murid-murid sekolah rendah tahap 2 (upper primary) dan

menengah rendah menyiapkan kerja rumah. Pelibatan ibu bapa dengan kerja rumah

anak boleh memberi kesan baik atau menjejaskan. Pelibatan ibu bapa menjejaskan

murid apabila ibu bapa terlalu mengongkong dan campur tangan (menyudahkan kerja

rumah bagi pihak anak?) secara berlebihan. Kesan berlaku motivasi apabila ibu bapa

memberi autonomi dan menyokong suasana pembelajaran anak-anak.

Menurut kedua-dua penyelidik ini, kerja rumah yang menekankan pengulangan dan

latihan perlu dikurangkan. Kerja rumah sepatutnya menjadi penghubung antara sekolah

dan komuniti. [4]

4. Kajian antara kerja rumah dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar dari

kelas premier di dua buah sekolah.

Kajian dijayakan oleh Yeo Kee Jiar dan Ainul Hakimah Karim, dari Fakulti Pendidikan

UTM pada tahun 2011. Ia melibatkan murid tingkatan dua dari kelas premier di SMK

Sri Skudai dan SMK Taman Mutiara, Skudai, Johor Baharu.

4.1 Objektif kajian

a. Mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja

rumah bagi mata pelajaran Matematik, sejarah dan Bahasa Inggeris

dengan pencapaian akademik pelajar.

…the following broad conclusions can be drawn. In terms of academic

achievement, homework has no benefit for children in the early years of

primary school, negligible benefits for children in the later years of primary

school, weak benefits for junior high school students and reasonable

benefits for senior high school students.

Sound research has demonstrated that spending more time on homework

is associated with lower student achievement; this finding is

complemented by research showing that in countries with high homework

demands, student performance on international tests of achievement is

poor. Self-directed learning skills are associated with doing homework but

the research indicates that the development of these skills occur when

parents are able to assist upper primary and junior secondary school

students with their homework.

Parental involvement in their children’s homework activities can be both

beneficial and detrimental. It can be detrimental when the parents are

over-controlling or interfering, but can be beneficial to student motivation

when parents provide autonomy and a supporting environment for their

children.

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ����

4

b. Mengenal pasti hubungan antara jenis kerja rumah bagi mata pelajaran

Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik

pelajar.

c. Mengenal pasti hubungan antara pengelolaan guru terhadap kerja rumah

bagi mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan

pencapaian akademik pelajar.

4.2 Fokus kajian

a. Peruntukan masa untuk menyiapkan kerja rumah

b. Kerja rumah jenis ulang kaji

c. Kerja rumah jenis persediaan

d. Kerja rumah jenis penerokaan

e. Cara pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah

f. Cara pengelolaan guru setelah kerja rumah disempurnakan

4.3 Rumusan

a. Peruntukan masa yang banyak untuk menyiapkan kerja rumah belum

dapat dibuktikan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

b. Kerja rumah jenis ulang kaji mempunyai hubungan signifikan yang lemah

dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Sejarah,

masing-masing dengan indeks korelasinya 0.342 dan 0.203.

c. Kerja rumah jenis persediaan menunjukkan hubungan yang lemah bagi

mata pelajaran Matematik dengan nilai r=0.215, manakala kerja rumah

bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah, didapati masing-masing

tiada hubungan dengan pencapaian akademik.

d. Kerja rumah jenis penerokaan tidak menunjukkan hubungan dengan

pencapaian akademik bagi ketiga-tiga mata pelajaran itu.

e. Mata pelajaran Matematik menunjukkan hubungan sederhana kuat bagi

kedua-dua cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah

diberikan). Mata pelajaran Sejarah menunjukkan hubungan yang lemah

f. Kerja rumah tiada sebarang hubungan dengan pencapaian dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris bagi keseluruhan enam aspek yang dikaji.

5. Kajian Kementerian Pendidikan United Kingdom – disiarkan oleh akhbar The

Guardian, Khamis, 29 Mac 2012. [5]

5.1 Kajian utama yang dilakukan oleh ahli akademik dari Institut Pendidikan,

Universiti Oxford dan Kolej Birkbeck, Universiti London menjejak

perkembangan 3,000 murid prasekolah hingga ke umur 14 tahun, sejak 15

tahun lalu mendapati bahawa menghabiskan masa lebih dari dua jam

semalam untuk kerja rumah boleh dikaitkan kepada pencapaian yang lebih

baik dalam Bahasa Inggeris, matematik dan sains. Selari dengan dapatan itu,

murid yang menggunakan lebih tiga jam untuk kerja rumah adalah lebih

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ����

5

cemerlang. Kajian tersebut lebih tertumpu pada apa yang murid buat,

berbanding banyak mana kerja yang sekolah tetapkan.

5.2 Kerajaan baru United Kingdom telah memansuhkan garis panduan kerja

rumah yang menentukan kuantiti kerja rumah bagi murid. Pemansuhan ini

bermaksud Guru Besar/Pengetua bebas menentukan polisi kerja rumah bagi

sekolah masing-masing.

6. Hubungan kepimpinan pengetua dan kecekapan guru

6.1 Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

dengan efikasi guru dikaji oleh Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osman

pada tahun 2010. [6]

a. Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osman, merumuskan bahawa kajian

telah membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan antara kualiti

penyeliaan dengan efikasi guru.

b. Faktor kemahiran interpersonal memainkan peranan yang paling penting

dalam mempengaruhi hubungan antara kualiti penyeliaan dengan efikasi

guru. Oleh itu pengetua selaku penyelia pengajaran dan pembelajaran

perlu mengutamakan kemahiran interpersonal bagi meningkatkan kualiti

penyeliaan. Sekiranya kemahiran interpersonal pengetua tinggi, maka

kecekapan guru semakin meningkat.

6.2 Hubungan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasi

peperiksaan dijadikan kajian oleh Usang Anak Ngrambang, PhD., Abdul Jawi

Abnoh Sawi, PhD. dan Kamarudin Mansur. [7]

a. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan pengajaran pengetua

dan kepuasan kerja guru mempunyai hubungan dalam kalangan

responden (guru di sebuah sekolah menengah di Sarawak). Dapatan ini

konsisten dengan kajian terdahulu: Adam, 2005 – isu kepimpinan

pengetua dengan iklim sekolah; Neil, 1994 – budaya sekolah dengan

kepuasan kerja guru; Ling, 1997 – hubungan tingkah laku pelajar dengan

kepuasan kerja guru, dan lain-lain.

b. Peningkatan prestasi peperiksaan pelajar seharusnya menjadi prioriti

utama dalam pengurusan kurikulum sekolah (Usang, memetik Fullan,

2000). Seorang pengetua juga seharusnya mempunyai nilai peribadi

seperti integriti, kredibiliti, kecekapan, disiplin dan amalan membuat

refleksi bagi menjamin pengurusan sekolah. (Memetik Mary, 2006).

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ����

6

c. Kepuasan kerja guru tidak seharusnya dipinggirkan bahkan patut

diutamakan dalam pengurusan kurikulum sekolah kerana ia memberi

impak terhadap prestasi pelajar.

7. Latihan dan semakan

Latihan, kerja rumah dan tugasan diberi untuk dua tujuan. Pertama, untuk

meningkatkan kefahaman murid tentang pelajaran yang diajarkan di dalam kelas.

Kedua, kerja rumah juga berperanan untuk menyumbangkan pencapaian yang tinggi

terhadap sesuatu mata pelajaran. [8]

7.1 Harris Cooper (2006) menegaskan bahawa kerja rumah boleh meningkatkan

pencapaian ujian sumatif seseorang murid. Kerja rumah membawa kesan baik

apabila jika diberikan pada kadar yang sesuai dengan umur, kebolehan dan

kecenderungan murid. Secara amnya, jumlah kerja rumah bagi murid sekolah

rendah tidak membebankan dari segi masa menyiapkannya. Kerja rumah dan

tugasan diberikan untuk membentuk tabiat belajar dalam kalangan murid-

murid yang masih muda. Bagi murid-murid sekolah rendah, kerja rumah

merupakan latihan persediaan menghadapi peperiksaan. Jumlah masa

menyiapkan semua kerja rumah hendaklah kurang dari 90 minit sehari;

melebihi masa ini kesan kerja rumah akan berkurangan. Bagi murid yang

berada di sekolah menengah, kerja rumah berlegar sekitar 90 – 120 minit.

Lebih daripada itu, kesannya mula menjadi negatif.

7.2 Latihan diberikan sama ada untuk: pemulihan, pengukuhan atau pengayaan.

Setiap latihan perlu disemak dengan segera secara teliti. Terdapat bukti

bahawa penyemakan latihan yang diikuti oleh komen guru akan

meningkatkan pencapaian murid dalam ujian sebanyak 31 % markah

(Marzano, R.J dan Pickering, D.J. 2007, memetik Walhberg, 1999).

7.3 Marzano juga memetik kajian Cooper, Robinson dan Patall (2006) yang

mendapati bahawa hubungan antara jumlah kerja rumah yang disiapkan oleh

murid dengan pencapaian mereka adalah positif dan secara statistiknya

adalah signifikan. Oleh yang demikian, bolehlah dirumuskan bahawa kerja

rumah memberi kesan ke atas pencapaian murid.

7.4 Bila kerja rumah menjadi beban? Bennett dan Kalish, 2006 (dipetik oleh

Marzano dan Pikckering, 2007), menegaskan kesan negatif kerja rumah

apabila: kuantiti kerja rumah terlalu bayak dan kualiti kerja rumah tidak

membina pembelajaran murid.

Menurut Kohn, A. (2006), melalui The homework myth: Why our kids gets too

much of a bad thing. Cambridge, MA: Da Capo Press), guru-guru sepatutnya

memberi kerja rumah apabila ia memberi faedah kepada pembelajaran murid.

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ����

7

Bersetuju dengan Cooper dan rakan-rakan (2006) Marzano mencatat:

pencapaian purata murid sebuah kelas yang diberi kerja rumah (yang sewajar

banyaknya) adalah sebanyak 23 peratus lebih tinggi berbanding pencapaian

purata murid sebuah kelas tanpa kerja rumah.

Keberkesanan kerja rumah bergantung pada sebanyak mana murid berjaya

menyiapkannya (bukan kepada banyaknya masa yang digunakan). Guru-guru

perlu merancang kerja rumah dengan teliti supaya potensi kejayaan murid

dapat ditingkatkan secara maksimum. Jelas, pemberian kerja rumah

berbentuk latihan/kemahiran yang telah pun dikuasai oleh murid hanya

membebankannya. Contoh, memberi 200 soalan hasil darab merupakan

deraan, sekiranya murid telah menguasai fakta asas pendaraban (sifir). Begitu

juga, kerja rumah yang tidak dirancang dengan baik (tanpa fokus

pembelajaran) hanya membazir masa berharga murid bersama keluarga.

Guru boleh membentuk kemahiran merancang kerja rumah melalui

pemerhatian kesan perubahan pada pencapaian murid.

8. Kepentingan menyemak kerja rumah.[9]

Beadle, P. (2012) menerangkan kepada penyemakan yang baik (decent marking)

merupakan rahsia kepada perkembangan murid.

8.1 Perkara utama sebelum memberi kerja ialah menentukan bahawa kerja rumah

itu mendatangkan faedah kepada murid. Kerja rumah diberi atas kesedaran

bahawa ia akan membentuk pembelajaran kepada murid. Apakah maknanya

jika guru memberi tugasan kepada murid tetapi tidak menyemaknya?

8.2 Integriti profesional. Guru yang membuat penandaan (penyemakan)

meletakkan suatu simbol INTEGRITI PROFESIONAL. Maksudnya, guru telah

membaca, membuat penilaian dan meninggalkan nasihat, sokongan dan

dorongan bagi menjadikan murid lebih berjaya melalui kerja rumah tersebut.

Jika guru tidak membaca atau menyemak dengan baik maka segala usaha yang

ditunjukkan oleh murid adalah sia-sia belaka.

8.3 Satu cara mudah untuk mengesan kebagusan seseorang guru ialah dengan

melihat buku latihan muridnya. Adakah kualiti kerja murid di permulaan buku

latihan bertambah baik seperti yang dilihat pada penghujung buku latihan.

Semakan berkualiti membentuk sikap dan keperibadian akademik murid!

8.4 Penyemakan berkesan memberi kebaikan berganda kepada murid dan

seterusnya mempertingkat profesionalisme guru.

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ����

8

9. Perdebatan yang tiada berkesudahan.

Kohn, A. (2006), merumuskan bahawa sehingga kini belum ada kata sepakat dalam

kalangan pengkaji berkenaan kerja rumah. Pandangan mereka mengenai kerja rumah

ialah: a) mempunyai kesan positif, b) tiada kesan atau, c) memberi kesan yang

kompleks. [10].

9.1 Kohn memetik Mullis et al, 1998 halaman 114; yang mendapati perbandingan

antarabangsa menunjukkan bahawa melaksanakan sejumlah kerja rumah

memberi pencapaian lebih baik berbanding tiada kerja rumah langsung, tetapi

membuat sedikit kerja rumah memberi pencapaian yang lebih baik daripada

membuat terlalu banyak kerja rumah. Ini merupakan suatu hubungan

“curvilinear”, bentuk U terbalik pada graf.

9.2 Amalan memberi PdP berkesan dan memberi kefahaman yang terbaik kepada

murid merupakan penyumbang kepada pencapaian.

10. Polisi kerja rumah Jabatan Pelajaran Pahang.

10.1 JPN Pahang sendiri perlu mengetahui apakah kerja rumah memberi faedah

dan kesan ke atas pencapaian murid dari segi :

a) Masa melaksanakan kerja rumah – perlu sesuai dengan keperluan murid.

b) Jumlah kerja rumah – disesuaikan dengan perkembangan kognitif murid.

c) Semakan kerja rumah – segera, jitu, memberi maklum balas untuk

penambahbaikan oleh murid semasa membuat pembetulan.

d) Tiada sebarang polisi kerja rumah diamalkan oleh JPN Pahang, tetapi setiap

guru telah diminta menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan yang

mengambil kira kecukupan latihan bagi setiap topik yang diajar.

e) Isu kelewatan penyemakan latihan, penandaan semberono dan kurangnya

pemantauan penyemakan kerja semua murid merupakan perkara lazim

yang ditemui dalam Audit Akademik.

10.2 Kerja rumah masih relevan dengan senario pendidikan di negeri ini. Dapatan

di barat adalah berdasarkan persekitaran pendidikan, sikap pihak berwajib,

komuniti dan ibu bapa, budaya serta kemudahan pendidikan yang terdapat

di sana. Sehingga pendidikan kita mencapai tahap itu, mungkin kerja rumah

perlu difikirkan sebagai elemen yang memberi faedah kepada murid. Guru

perlu selektif memberi tugasan mengikut aras kognitif murid dan sedikit

mencabar had kognitif tersebut. Tugasan yang terlalu tinggi akan

melemahkan motivasi murid.

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ����

9

10.3 Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah: Pengajaran dan

pembelajaran berkesan adalah kunci kepada pencapaian yang tinggi. Guru

perlu membantu murid menguasai objektif PdP di dalam kelas melalui aktiviti

dan tugasan-tugasan yang membina yang bersesuaian. Ini memerlukan guru

merancang PdP dengan jelas dan bermakna.

11. Penutup

Melalui pendekatan yang berhemah, kerja rumah boleh dijadikan satu aspek yang

ampuh bagi mempertingkat pencapaian akademik murid. Semua pihak perlu

mengambil sikap yang terbuka mengenai polisi kerja rumah sesebuah sekolah yang

telah dirancang mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid dalam sesuatu

kelas. Kita perlu memahami bahawa sesuatu tindakan mungkin akan berkesan ke atas

semua orang pada sesuatu masa, dan, mungkin semua tindakan yang kita ambil itu

berkesan ke atas seseorang pada sesuatu masa. Kita juga patut tahu bahawa bukan

semua tindakan akan berkesan ke atas semua orang pada setiap masa.

Nota

[1] Yeo Kee Jar & Ainul Hakimah Karim. (2011). Hubungan antara kerja rumah dengan

pencapaian akademik dalam kalangan pelajar kelas premier di dua buah sekolah

menengah. Journal of Educational Psychology and Counselling, volume 2 June 2011,

halaman 28-50/ISSN:2231-735x

[2] Cooper, Hans. (2012. French solution to excessive homework.

http://abcnews.go.com/blogs/headlines/2012/10/french-president-proposes-banning-

homework/

[3] Richard Walker adalah Profesor Madya Pendidikan dan Kerja Sosial, Universiti of

Sydney, Australia. Mike Horsely adalah Pengarah, Learning and Teaching Education

Research Center di Australia.

[4] Walker, R. dan Horsely, Mike. Should Australian schools ban homework? http://the

conversation.com/should-australian-schools-ban-homework-10295. Dicetak 8 April 2013.

[5] - (2012) Homework linked better school result.

http://www.guardian.co.uk/education/2012/mar/29/homework-linked-better-school-

results. Dicetak pada 08 April 2013.

[6] Nurahimah Mohd Yusoff dan Rafisah Osman.(2010), Hubungan kualiti penyeliaan

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific Journal of

Educators and Education, Vol. 25, 53-71, 2010.

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ����

10

[7] Usang Anak Ngrambang, PhD., Abdul Jawi Abnoh Sawi, PhD. Dan Kamarudin Mansur.

(2011 ). Hubungan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasi

peperiksaan.

[8] Canadian Council on Learning. (2009). A systematic Review on homework

http://www.ccl-cca.ca/pdfs/SystematicReviews/SystematicReview_HomeworkApril27-

2009.pdf

[9] Beadle, P. (2012). The importance of marking.

http://new teachers.tes.co.uk/news/importance-marking/45966. Dicetak 8 April 2013.

[10] Alfie Kohn (2006). Does homework improve learning?

http://www.alfiekohn.org/teaching/HWach.htm, Dicetak 8 April 2013.

Penghargaan

Pn. Faridah Abd. Rahman, En. Mohd Ali Abdul Manaf, Tn. Syed Amra Syd Akhil, En. Ahmad

Jeffery Hj. Ismail atas pendapat dan perbincangan dalam menjayakan penghasilan kertas

kerja ini.