gmga2033 etika pentadbir awam

16
GMGA2033 ETIKA PENTADBIR AWAM Pengenalan Peningkatan golongan tua di kebanyakan negara telah meningkatkan peranan institusi yang bertanggung menguruskan kebajikan golongan ini. Peningkatan kualiti kesihatan dan penurunan kadar kematian telah meningkatkan jumlah penduduk berumur lebih 65 tahun. Peningkatan jangka hayat penduduk perlu selari dengan peningkatan kualiti hidup terutamanya di kalangan golongan tua. Kemunculan Institusi Penjagaan Warga Emas bertujuan menyediakan khidmat profesional terutamanya dari segi kesihatan. Permintaan terhadap perkhidmatan ini diperlukan oleh golongan tua yang tidak mempunyai anak untuk menjaga mereka atau mereka yang mahu mencari ketenangan jiwa. Perbincangan dalam kertas kerja di buat berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap sebuah Institusi Penjagaan Warga Emas yang terdapat di Alor Setar, Kedah. Kajian ini adalah berkaitan keberkesanan penempatan penjagaan warga tua. Di Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan dua bentuk bantuan iaitu Bantuan Kewangan berbentuk Bantuan Orang Tua (BOT) dan Bantuan Alat Tiruan. Perkhidmatan institusi yang disediakan oleh kerajaan berupa perlindungan dan jagaan kepada warga emas dan orang papa secara berterusan. Bentuk institusi penjagaan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia terdiri dari: 1 NO. MATRIKS: 209696

Upload: gl-chong

Post on 30-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Penjagaan warga tua di Malaysia

TRANSCRIPT

GMGA2033 ETIKA PENTADBIR AWAMPengenalan

Peningkatan golongan tua di kebanyakan negara telah meningkatkan peranan institusi yang bertanggung menguruskan kebajikan golongan ini. Peningkatan kualiti kesihatan dan penurunan kadar kematian telah meningkatkan jumlah penduduk berumur lebih 65 tahun. Peningkatan jangka hayat penduduk perlu selari dengan peningkatan kualiti hidup terutamanya di kalangan golongan tua. Kemunculan Institusi Penjagaan Warga Emas bertujuan menyediakan khidmat profesional terutamanya dari segi kesihatan. Permintaan terhadap perkhidmatan ini diperlukan oleh golongan tua yang tidak mempunyai anak untuk menjaga mereka atau mereka yang mahu mencari ketenangan jiwa. Perbincangan dalam kertas kerja di buat berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap sebuah Institusi Penjagaan Warga Emas yang terdapat di Alor Setar, Kedah. Kajian ini adalah berkaitan keberkesanan penempatan penjagaan warga tua.

Di Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan dua bentuk bantuan iaitu Bantuan Kewangan berbentuk Bantuan Orang Tua (BOT) dan Bantuan Alat Tiruan. Perkhidmatan institusi yang disediakan oleh kerajaan berupa perlindungan dan jagaan kepada warga emas dan orang papa secara berterusan. Bentuk institusi penjagaan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia terdiri dari: 1. Rumah Seri Kenangan (RSK): Institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan bagi warga emas. 2. Rumah Ehsan (RE): Institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan bagi warga emas yang terlantar. 3. Desa Bina Diri (DBD): Institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang miskin/papa. 4. Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris: Institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan bagi warga emas Islam yang tidak mempunyai waris. 5. Kompleks Penyayang Bakti. 6. Pusat Jagaan Harian Warga Emas (PJHWE): Institusi yang memberi penjagaan warga emas setempat secara harian.

Dari segi perundangan, akta yang berkaitan dengan perlindungan khusus untuk warga emas adalah Akta Orang Papa 1977 (Akta 183) dan Akta Pusat Jagaan. Sementara Dasar Warga Tua Negara dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara digubal bagi menggaris strategi untuk membela nasib mereka di Malaysia. Antara kaedah yang telah dilaksanakan adalah: 1. Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah Orang Tua 1983. 2. Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981. 3. Kaedah-Kaedah Rumah-Rumah Pesakit Melarat 1978.

Walaupun kerajaan Malaysia memberi perlindungan dan penjagaan terhadap warga emas melalui pelbagai dasar dan akta perlindungan, namun dari segi perumahan didapati penyediaan dan penjagaan serta kesesuaian rumah untuk setiap warga emas masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Contohnya pihak kerajaan, swasta atau badan bukan kerajaan tidak terlibat dalam penjagaan aspek teknologi (gerontechnology) yang berkait rapat dengan keperluan dan kehidupan harian warga emas. Pembiayaan perumahan untuk golongan warga emas di Malaysia adalah agak jelas. Biasanya individu yang memerlukan perkhidmatan perumahan ini tergolong dalam kumpulan miskin atau papa, tidak mempunyai sanak-saudara terdekat yang masih hidup. Golongan ini akan ditanggung oleh kerajaan.

Bagi warga tua yang berkemampuan, biasanya mereka akan memilih untuk menduduki perumahan yang disediakan oleh pihak swasta atau badan bukan kerajaan. Bayaran yang dikenakan bergantung kepada jenis perumahan yang disediakan dan juga jenis perkhidmatan serta rawatan yang diperlukan oleh warga emas tersebut. Kebanyakan perumahan warga emas di Malaysia bersifat penyediaan tempat tinggal, makanan dan beberapa aktiviti sosial untuk berinteraksi sesama penghuni atau bersama anggota masyarakat. Hanya beberapa perumahan yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan perubatan. Dalam kajian ini, saya telah memilih Northern Cherish Nurshing Home yang terletak di No. 15 dan 16, Taman Komuda, Batu 2 1/2, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah sebagai pusat penjagaan warga tua yang dikaji.

Northern Cherish Nurshing Home ditubuhkan pada 25 November 1999 dan kini ini mempunyai 15 orang penghuni yang terdiri daripada 7 orang perempuan dan 8 orang lelaki. Kesemua penghuni ini adalah berumur di antara 55 tahun hingga 70 tahun. Kebanyakan penghuni di rumah warga tua ini mempunyai masalah kesihatan yang berbeza. Kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lebih serius, caj perkhidmatan yang lebih akan dikenakan terhadapnya. Ini disebabkan pekerja di rumah ini memerlukan tumpuan dan perkhidmatan yang lebih berbandingkan dengan penghuni yang lain. Sebagai contoh, bayaran normal bagi seorang penghuni warga tua yang tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius adalah RM750 sebulan. Maka, bayaran bagi penghuni yang mempunyai masalah kesihatan yang lebih serius boleh dikenakan dengan bayaran sebanyak RM1000 sebulan. Penghuni-penghuni ini perlu mengambil ubat secara jadual dan ada di kalangannya memerlukan perkhidmatan perubatan oleh jururawat untuk mengambil darah, mengambil tekanan darah, membuat rawatan susulan, lawatan psysiologi dan sebagainya.

Masalah

Analisis kajian terhadap masalah penghuni di rumah warga tua ini dijalankan secara temu bual. Salah seorang penghuni yang ditemu bual ialah Puan Wong Ah Kiaw, berumur 60 tahun, berasal dari Alor Setar. Puan Wong mempunyai 3 orang cahaya mata yang telah berumahtangga dan kini menetap di Sungai Petani, Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur. Suami Puan Wong telah meninggal dunia sejak 20 tahun yang lepas kerana sakit kanser. Kini, Puan Wong mengalami sakit tua dimana beliau tidak dapat mengawal untuk buang airnya. Oleh itu, beliau memerlukan penjagaan yang lebih teliti dengan menukarkan seluarnya selepas buang air besar atau air kecil. Sejak 3 tahun lepas Puan Wong mengalami masalah ini, kesemua anaknya enggan untuk menjaga beliau dengan alasan mereka sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Anak-anaknya hanya datang melawat Puan Wong sebulan sekali, secara bergiliran.

Walaupun bayaran Puan Wong kepada rumah warga tua ini dibayar secara tetap, malah Puan Wong berasa kecewa dan sedih kerana kesemua anaknya yang berpendidikan tinggi ini enggan menjaga beliau. Namun pada ketika musim perayaan juga, anak-anaknya mencari pelbagai alasan supaya tidak membawa beliau pulang ke rumah mereka untuk menyambut perayaan bersama. Sebagai seorang ibu yang tekun dan bersusah payah menyusu anak-anaknya besar, Puan Wong amat sedih ketika ditemu bual berkenaan masalahnya. Kini, Puan Wong berazam untuk menetap di rumah warga tua ini sehingga hari terakhirnya kerana beliau telah tidak membawa sebarang harapan terhadap anak-anaknya. Menurut pekerja di rumah warga tua ini, kebanyakan penghuni di sana mempunyai masalah-masalah yang sama seperti Puan Wong. Ada yang di kalangan mereka mempunyai keluarga yang ramai, namun tiada seorang ahli keluarganya ingin menjaga mereka. Selain itu, ada juga yang di kalangan mereka tidak mempunyai ahli keluarga kerana kesemuanya telah putus hubungan sejak dahulu lagi.

Cadangan Penyelesaian

Zaman dahulu, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun kini 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Walaupun ungkapan ini yang biasa didengar tetapi tidak semua memahami atau mungkin sengaja buat tidak faham makna yang tersirat di dalamnya. Sekiranya semua anak-anak memahami sudah pasti tidak timbul fenomena ibu bapa diabaikan dengan meletakkan tanggungjawab menjaga mereka pada pekerja rumah warga tua. Walaupun keadaan ini dikatakan belum berada pada tahap serius tetapi ia sedikit sebanyak telah mendorong pertimbangan kerajaan untuk kemungkinan memperkenalkan akta khas mewajibkan anak-anak menjaga orang tua mereka. Hal ini juga pernah disuarakan oleh Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Kemungkinan tanggungjawab menjaga dan menyara ibu bapa yang yang sepatutnya dilakukan secara senang hati oleh anak-anak akan dilihat menjadi satu paksaan melalui kewujudan akta itu sehingga melenyapkan nilai-nilai keikhlasan.

Menjaga warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu, sebaliknya melibatkan semua pihak terutama institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan. Jika dilihat penggunaan terma penjaga itu sendiri, ia meliputi tanggungjawab semua pihak dan terdapat banyak bentuk penjaga. Menurut kajian, masyarakat Malaysia secara tradisional masih mengamalkan sistem keluarga luasan iaitu isi rumah yang merangkumi ibu bapa, anak-anak dan datuk, nenek atau anggota keluarga yang lain. Ini katanya, secara tak langsung memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua. Namun, disebabkan arus pembangunan dan proses modenisasi, nilai tradisional seperti ini mula beransur-ansur menurun. Akibat daripadanya masyarakat menjadi lebih individualistik dan hubungan kekeluargaan semakin renggang. Walau bagaimanapun, keadaan ini bukanlah sesuatu yang serius kerana masih lagi wujud keluarga luasan di Malaysia.

Sebagai anak-anak, kita seharusnya mempunyai tanggungjawab menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur. Ini bukan sahaja tanggungjawab sosial tetapi ia adalah satu kebudayaan yang diamalkan sejak dahulu. Anak-anak perlu menjaga ibu bapa mereka semasa ibu bapa mereka sihat seperti menjaga makan minum, pakaian, tempat tinggal selesa dan sebagainya. Selain itu, menjaga ibu bapa ketika mereka sakit, ketika mereka diambang maut dan juga menguruskan jenazah ibu bapa juga tanggungjawab yang perlu ditanggungjawabkan. Secara umumnya, cadangan untuk mengubalkan akta khas yang mewajibkan anak-anak menanggung sara hidup orang tua mereka masih tidak diperlukan buat masa ini. Selain itu, kes-kes pengabaian terhadap ibu bapa atau warga tua di negara ini belum berada pada tahap yang serius sehingga memerlukan akta khas.Tambahan lagi di dalam tuntutan agama juga jelas menyatakan sebagai anak dan masyarakat menjaga orang yang berumur juga merupakan satu tanggungjawab. Namun, ini bukan bermakna isu penjagaan ke atas warga tua harus dipandang ringan. Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yang sedia ada juga menekankan kepada program-program untuk menggalakkan penjagaan warga tua di dalam keluarga mereka sendiri. Dengan itu, tindakan atau tanggungjawab lain perlu dilaksanakan secara bersama bukan hanya diletakkan tanggungjawab tersebut kepada penjaga di rumah warga tua.

Dari segi bantuan, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan, program, dan insentif kepada penjaga yang menjaga warga tua. Namun, ada segelintir anak-anak yang mengambil jalan mudah menghantar ibu bapa mereka ke rumah-rumah orang tua dengan alasan sibuk bekerja dan sebagainya. Terdapat juga anak-anak yang terdesak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua kerana tekanan dan desakan ekonomi. Memang ada anak-anak menjaga orang tua mereka dengan rela hati dan penuh kasih sayang sehingga kadang-kadang mereka sendiri mengalami tekanan secara sedar atau tidak. Tidak dinafikan tugas menjaga orang tua bukan sahaja memerlukan tenaga, tetapi masa, dan sumber kewangan yang cukup di samping menjalankan tanggungjawab sosial yang lain. Oleh demikian, penjaga perlu juga mengawal tahap tekanan mereka supaya kesihatan fizikal dan mental mereka dalam keadaan terkawal. Sekiranya penjaga sendiri mengalami masalah fizikal atau mental, bagaimana mereka hendak menjalankan tanggungjawab yang murni ini. Kalau tidak, kemungkinan mereka sendiri yang menjadi pendera atau pengabai terhadap warga tua.Terdapat beberapa cadangan yang boleh membantu penjaga mengurangkan tekanan ketika menjaga warga tua terutamanya warga tua yang memerlukan jagaan sepenuhnya seperti sakit atau nyanyuk. Antara cadangan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pengabaian warga tua adalah :

1. Menerapkan pendidikan tentang nilai-nilai kekeluargaan dan penjagaan warga tua di peringkat awal. Sebagai contoh, melatih anak-anak yang masih muda rasa tanggungjawab dan sayang terhadap orang tua.2. Menambahkan konsep penjagaan inter-generasi di mana agensi atau pusat penjagaan menyediakan penjagaan secara bersama iaitu pusat penjagaan untuk kanak-kanak dan warga tua.3. Mengadakan program atau aktiviti yang boleh melibatkan warga tua dan kanak-kanak dapat memupuk rasa hormat dan sayang di antara mereka.

Dalam masa yang sama, program-program atau insentif daripada kerajaan atau swasta untuk membantu penjagaan kepada penjaga perlu dipertingkatkan agar mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh didapati terutama mereka yang tinggal di luar bandar. Selain itu, pihak kerajaan boleh menyediakan satu sistem pendaftaran penjaga supaya segala bentuk bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah.Pihak berkuasa tempatan pula harus membentuk dasar memberi keutamaan perumahan kepada penjaga yang menjaga ibu bapa yang tua, disamping mewujudkan struktur perumahan yang sesuai untuk ibu bapa yang tua di bandar. Pihak yang berkenaan boleh mengambil contoh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, di mana mereka menyediakan perumahan atau bangunan untuk warga tua yang lebih suka hidup sendiri. Selain itu, pihak majikan juga perlu menyediakan persekitaran kerja yang lebih mesra kepada penjaga seperti waktu kerja yang fleksibel, sistem kerja dari rumah, atau ganjaran atau bantuan-bantuan kewangan yang lain. Dengan pelbagai cadangan ini, masalah-masalah seperti yang dihadapi oleh Puan Wong ini akan dapat diatasi dengan lebih berkesan.

Kesimpulan

Peningkatan jangka hayat di kalangan penduduk menggambarkan peningkatan di dalam tahap kesihatan. Trend peningkatan ini berlaku bukan sahaja di negara maju tetapi juga di negara membangun. Kebanyakan negara termasuk Malaysia berusaha untuk memberi perlindungan yang sebaik mungkin terhadap golongan warga emas terutamanya bagi mereka yang hidup dalam keadaan kemiskinan. Di Malaysia, cabaran utama ialah dari segi kewangan dan kekurangan kekuatan pekerja sukarela. Walaupun terdapat banyak rumah penjagaan warga tua disediakan, namun bukan semua warga emas mampu tinggal di rumah penjagaan swasta. Selain itu, pihak kerajaan juga tidak mampu menyediakan kesemua keperluan kepada mereka. Sebagai kesimpulan, perkara yang harus ditekankan ialah memberi kesedaran kepada golongan muda supaya tidak mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa mereka kerana amanah ini adalah satu proses yang akan dilalui oleh semua individu.

Gambar-Gambar Lawatan Di Northern Cherish Nurshing Home

Rujukan

Siri Modul Kendiri PJJ (2008). Etika Pentadbir Awam, Universiti Utara Malaysia. PACE, UUM.

Koleksi Bahan Hasil Lawatan Kerja di Northern Cherish Nurshing Home pada 10 Okt 2013.

Menjaga warga emas Tanggungjawab semua pihak (atas talian)http://jkmperlis.gov.my/tips_2(2).html

Dasar Warga Tua kebangsaan (atas talian)http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/Dasar_Warga_Tua_Kebangsaan.pdf

8NO. MATRIKS: 209696