pendidikanmuridorangasli-140918103353-phpapp02

Click here to load reader

Upload: raja

Post on 01-Feb-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cabaran dalam mendidik orang asli

TRANSCRIPT

Slide 1

PEMBENTANG:NORWALIZA BINTI ABDUL WAHABP59217PROF. MADYA DATO DR. ABDUL RAZAQ AHMADPROF. DATO. DR ZALIZAN MOHD JELASUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI: SATU ANALISIS MATLAMAT, PERLAKSANAAN DAN HASIL PENDIDIKAN.

PengenalanLatar belakang KajianTerdapat 26,268 murid OA di sekolah rendah dan 12,147 orang murid Orang Asli di peringkat sekolah menengah di seluruh negara (JAKOA 2012).

Di Pahang terdapat seramai 9,492 orang murid OA di peringkat sekolah rendah tetapi hanya 4,123 orang murid saja yang berjaya meneruskan pelajaran hingga ke peringkat menengah. Berlaku keciciran sebanyak 61.4% (JAKOA 2012)

Seramai 408 orang murid Orang Asli berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi awam di seluruh negara pada tahun 2011, dan 469 orang pada tahun 2012.

Adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mengenal pasti aspek-aspek yang dapat meningkatkan keberkesanan pendidikan murid OA, meningkatkan pencapaian pendidikan dan membendung keciciran murid dari terus berlaku.

Pernyataan MasalahPernyataan Masalah KajianTujuan KajianUntuk meninjau perspektif dan pengalaman individu yang berkepentingan (stakeholders) dalam proses pendidikan Orang Asli terutamanya di peringkat sistem persekolahan.

Meneroka bagaimana peserta kajian memahami dan menginterpretasikan proses pendidikan murid Orang Asli secara mendalam dan menyeluruh.

Pemahaman terhadap proses pendidikan ini dianalisis dan digunakan bagi mencadangkan satu kerangka baru pendidikan Orang Asli yang lebih berkesan.Objektif KajianMeninjau proses pendidikan murid OA yang merangkumi aspek matlamat, pedagogi, institusi, kepimpinan, penyebaran, bukti dan pemilikan berdasarkan perspektif murid, ibu bapa, guru, pentadbir sekolah dan pemimpin masyarakat dalam meningkatkan pendidikan murid OA.Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan proses pendidikan murid Orang Asli berdasarkan aspek matlamat, pedagogi, institusi, kepimpinan, penyebaran, bukti dan pemilikan di peringkat bilik darjah, sekolah dan sistem.Mencadangkan satu kerangka baru pendidikan murid Orang Asli yang merangkumi peringkat bilik darjah, sekolah dan sistem.

Skop dan Limitasi KajianKajian ini membataskan kepada murid, ibu bapa dan pemimpin masyarakat Orang Asli di di daerah sekitar Kuantan dan Temerloh, Pahang yang terdiri daripada suku kaum Semaq Beri dan Jah Hut dari dua buah sekolah rendah dan perkampungan Orang Asli.

Kajian ini melibatkan murid Orang Asli, guru dan pentadbir sekolah yang sedang mengajar dan bersekolah di sekolah rendah Orang Asli.

Model GPILSEO yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 7 aspek iaitu matlamat, pedagogi, institusi, kepimpinan, penyebaran, bukti dan pemilikan. Aspek-aspek lain tidak dibincangkan. Tempoh masa yang digunakan dalam menjalankan temu bual dan pemerhatian adalah terhad iaitu selama tujuh bulan sahaja.

Justifikasi Pemilihan ModelModel GPILSEO ini merupakan satu model pendidikan yang berfokus kepada pencapaian pendidikan murid Orang Asli.Skop dalam model GPILSEO adalah lebih komprehensif serta mencakupi semua aspek-aspek yang diperlukan dalam transformasi pendidikan murid OA di negara ini.Satu model pendidikan murid pribumi yang boleh diaplikasikan untuk murid Orang Asli di Malaysia.Kajian mengenai kejayaan model ini dalam meningkatkan kualiti pendidikan masyarakat Maori yang meliputi aspek sumber, bahasa, budaya dan ekonomi ini telah dijalankan sejak tahun 2001 (Bishop dan Glynn 1999; Walker 1990). Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual ini berlandaskan model GPILSEO: 1) matlamat cita-cita murid, sasaran pencapaian sekolah, hasrat ibu bapa & pemimpin masyarakat.; 2) pedagogi kaedah p&p dan kurikulum dalam bilik darjah; 3) institusi kemudahan infrastruktur sekolah, rumah; 4) kepimpinan keupayaan ibu bapa, guru, pentadbir & pemimpin msy. memimpin murid OA; 5) penyebaran penglibatan dan sokongan pihak lain, 6) Bukti penilaian untuk mengukur prestasi guru dan murid OA dan 7) pemilikan rasa sense of belonging setiap stakeholders terhadap sekolah OA . Serta digabungkan dengan model Triarchic yang melihat kepada peranan murid, ibubapa, guru dan pentadbir.Model Pendidikan Masy. Orang Asli dan MinoritiSelain dari model GPILSEO pengkaji turut menggunakan model-model ini untuk memperkukuhkan konstruk yang dikaji.

Model Triarchic (Sternberg,1985) - peranan sekolah, peranan ibu bapa dan peranan murid. (masyarakat minoriti)

Model of More Culturally Inclusive and Educationally Effective Schools (Aborigines, Ministerial Council on Education, Employment, Training and Youth Affairs 2000) - komuniti, sekolah dan bilik darjah. (masyarakat Aborigines, Australia)

Model Heuristic (Flett dan Gardner 2009) - apa yg guru perlu ketahui, apa yang guru perlu fahami dan apa yang guru perlu hormati. (Masyarakat Inuit, Metis dan First Nation, Canada)

Metodologi KajianKajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menggunakan protokol temu bual (temu bual secara mendalam dan bersemuka), senarai semak pemerhatian (bilik darjah, sekolah dan rumah) dan analisis dokumen (rekod kedatangan murid, buku rekod mengajar, surat panggilan dsb) sebagai alat mengumpul data.

Sampel kajian terdiri daripada murid OA (4), ibu bapa OA (4), guru (4), pentadbir sekolah (2) dan pemimpin masyarakat OA (2) menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) yang merupakan proses mengambil sampel daripada mana-mana individu dalam populasi yang memenuhi kriteria peserta kajian dengan penggunaan teknik snowball.

Lokasi kajian SK Sungai Mas (pedalaman) dan SK Penderas (luar bandar).

Kajian Rintis Di SK Runchang, Pahang pada 8 hingga 12 September 2011. Untuk membina rapport atau hubungan baik antara pengkaji dengan guru, pentadbir dan masyarakat Orang Asli.Untuk menentukan tahap kefahaman peserta kajian terhadap soalan temu bual khususnya yang melibatkan murid dan ibu bapa Orang Asli.Instrumen soalan temu bual disahkan oleh 3 orang pakar. Melibatkan tiga orang murid, tiga orang guru, dua orang ibu bapa, seorang pentadbir sekolah dan seorang pemimpin masyarakat sebagai peserta kajian rintis.

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAANTriangulasi sumber (peserta kajian)

Triangulasi data (temu bual, pemerhatian, dokumen)

Semakan peserta

Pengesahan tema oleh 3 orang pakar dalam bidang OA dengan menggunakan Kaedah Cohen Kappa (nilai purata 0.98).

Teknik Kesahan Pakar Inter Rater Reliability Menggunakan Kaedah Cohen Kappa

PERSOALAN KAJIAN 1: DAPATAN, PERBINCANGAN DAN RUMUSANDapatan 1: Aspek penepatan matlamatKeseluruhannya aspek penetapan matlamat di antara semua peserta kajian ada ditetapkan tetapi berbeza di antara satu sama lain. saya bercita-cita nak jadi cikgu (MPT1). nak anak kerja dengan kerajaan (IB2). Pihak guru menetapkan sasaran yang rendah iaitu setakat menguasai kemahiran asas 3M. paling tidak pun murid Asli ni dapat menulis dan membaca (BG2) tetapi pihak pentadbir pula ingin sasaran yang lebih tinggi, di peringkat PPD dan JPN sasarannya lain. Mereka nak target keputusan yang lebih tinggi.SambunganIni menunjukkan bahawa terdapat perbezaan penetapan matlamat di mana murid, ibu bapa dan pentadbir menetapkan matlamat yang tinggi manakala peringkat perlaksanaan iaitu guru meletakkan matlamat yg rendah. Ini menyebabkan matlamat pendidikan untuk murid OA tidak jelas dan sukar dicapai.

Oleh itu, kepentingan mempunyai matlamat yang jelas dan seimbang dan dikongsi bersama bagi semua yang berkepentingan dalam pendidikan murid Orang Asli perlu diwujudkan. Pernyataan ini disokong oleh Timperley et al. (2006) yang mengenal pasti kepentingan membina matlamat yang jelas dan dikongsi bersama oleh semua pihak yang terlibat.

DAPATAN 2: Aspek pedagogi dalam bilik darjahDapatan menunjukkan terdapat guru yang mengetahui kaedah pedagogi yang bersesuaian dengan minat murid OA seperti fun learning, holistik dan hands on.Banyakkan cara bermain, bercerita dan menyanyi untuk buat mereka rasa seronok (AG1). murid Orang Asli sangat minat kalau kita suruh buat aktiviti hands on seperti melukis atau mengukir. (BGP) Namun melalui data pemerhatian, kaedah pedagogi tersebut kurang dipraktikkan dalam bilik darjah kerana guru tidak kreatif serta tiada latihan dan pengalaman dalam mengendalikan pengajaran lalu menyebabkan murid bosan. semasa saya di IPG saya tidak pernah didedahkan dengan apa-apa kaedah atau cara untuk mengajar murid Orang Asli ni.(BG2). Sambungan..Murid OA pula menyatakan, saya suka kalau cikgu ajar sambil bercerita atau suruh kita menyanyi. Sambil menyanyi guna alat muzik macam kompang atau kerincing, seronok! Kalau asyik menulis aja di papan tulis saya rasa mengantuk dan bosan. (MPT2)Ini menunjukkan, untuk menarik minat murid OA dengan p&p, guru perlu mempelbagaikan pedagogi dalam bilik darjah, bukan chalk and talk. Adalah dicadangkan supaya guru diberi latihan yang lebih mantap melalui pedagogi pribumi yang lebih berkesan untuk meningkatkan p&p murid.Hasil kajian ini selari dengan kajian oleh Bishop et al. (2010) yang menjelaskan kaedah pengajaran atau pedagogi merupakan salah satu elemen penting yang menentukan kejayaan murid dalam proses p&p. Kenyataan ini turut disokong oleh kajian oleh Mohd Yusof et al. (2008) menegaskan bahawa guru haruslah kreatif dan inovatif supaya pengajaran yang dilaksanakan sentiasa bersifat relevan dan sesuai dengan masa dan konteks. DAPATAN 3: Aspek kemudahan dan infrastruktur Sekolah OA

Kajian mendapati aspek kemudahan dan infrastruktur sekolah ada disediakan tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki. ada juga peralatan yang dah rosak dan tak boleh nak dibaiki. Kalau nak tunggu peralatan baru makan masa. Jadi cukuplah tak cukup kita kena gunakan kemudahan yang ada (BG2). Ini menunjukkan kemampuan guru untuk memberikan pengajaran yang terbaik tidak dapat dilaksanakan akibat kekurangan alat bantu mengajar yang diperlukan.Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Rosli et al.(2009) yang menyatakan guru menghadapi kesukaran kerana ketiadaan ABM yang mencukupi yang dibekalkan oleh KPM.

SambunganMurid OA turut diberi kemudahan pengangkutan dan asrama bagi memudahkan mereka ke sekolah terutama bagi yang duduk jauh di pedalaman. Namun, masih terdapat ibu bapa memberi pelbagai alasan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah. ada asrama tapi tak berapa ramai murid yang nak duduk asrama sebab mereka lebih suka tinggal dengan keluarga (AG1). Ini menunjukkan ibu bapa masih tidak berminat dan bersedia untuk menghantar anak-anak mereka ke asrama yang disediakan dan hanya menghantar anak mereka sekiranya terdapat program yang menarik minat untuk dihadiri.Kalau ada program aja baru mereka datang dan duduk di asrama (AG1)Bagi menggalakkan lebih ramai murid OA tinggal di asrama, Mazdi (2014) menyatakan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang disediakan perlu di naik taraf dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi menarik minat murid Orang Asli untuk tinggal di asrama.Dapatan 4: Aspek kepimpinan sekolah OA Kajian melalui analisis dokumen menunjukkan aspek kepimpinan oleh pentadbir telah dijalankan dengan baik melalui proses pencerapan dan pemantauan p&p guru dalam bilik darjah. dari segi pihak pentadbir, kita bergerak 4 orang untuk memantau dan menyelia guru (AGP). saya turut menyemak buku rekod mengajar guru setiap minggu bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid dilaksanakan sebaik mungkin mengikut objektif pelajaran. Ini menunjukkan, adalah menjadi peranan pentadbir selain menguruskan perjalanan sekolah, hal kewangan, menjaga kebajikan guru dan murid serta menjaga hubungan dengan masyarakat setempat untuk memastikan guru-guru menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif dan supaya murid mendapat P&P yang lebih berkesan.

SambunganDapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Rafisah Osman (2000) yang menyatakan penyeliaan atau pemantauan pengajaran merupakan satu ketetapan yang telah diwajibkan oleh KPM bagi memantau proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Kenyataan ini turut disokong oleh Noran Fauziah (1992) dan Kamaruddin (1989) yang menyatakan penyeliaan dapat menambahbaikkan mutu pengajaran dan kualiti pengajaran guru.DAPATAN 5 : Aspek sokongan dan penglibatan setiap pihak

Keseluruhannya dari aspek sokongan pihak ibu bapa dan guru, mereka ada menunjukkan usaha untuk memberikan komitmen dalam membantu murid OA dengan memantau pembelajaran anak di rumah dan di sekolah. Akak sesekali ada juga pergi sekolah pergi jumpa cikgu .Kalau di rumah, Akak akan tengok dia buat kerja sekolah (IB1). apa saja program yang sekolah rancangkan saya akan bantu. (AG1)Ini menunjukkan terdapat sebilangan ibu bapa OA telah mula menunjukkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dengan memantau perkembangan anak di rumah. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Paulson (2003) yang mendapati sokongan daripada ibu bapa, guru dan rakan sebaya adalah kritikal dalam menyumbang kepada pencapaian matlamat serta perlu bagi meningkatkan pencapaian murid.

SambunganDapatan kajian mendapati penglibatan dan sokongan pihak NGO dan swasta sangat kurang dan hanya terhad kepada pemberian sumbangan dalam bentuk kewangan saja. Ada jugalah sumbangan atau bantuan yang mereka selalu berikan macam sumbangan kewangan untuk membiayai program sekolah tapi kena mohonlah. Ini menunjukkan terdapat pemberian atau sumbangan kewangan secara one off oleh NGO dan swasta tetapi cara ini masih tidak mencukupi serta kurang berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian pendidikan murid OA. Ramlee (2013) dalam kajiannya menegaskan bahawa pihak kerajaan, NGO dan swasta perlu menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu masyarakat Orang Asli dengan memberi konsultansi kepada ibu bapa, program latihan untuk guru serta bantuan kewangan untuk sekolah.Implikasi Kajian (Teoritikal)Secara keseluruhannya kajian terhadap pendidikan murid OA ini telah menyokong dapatan kajian Bishop & Sullivans (2005) yang menjelaskan bahawa semua aspek dalam model GPILSEO perlu dalam pelaksanaan proses pendidikan murid OA supaya hasil pendidikan yang lebih baik dapat dicapai.

Dapatan kajian ini menunjukkan murid OA memerlukan elemen budaya dalam pedagogi dalam pembelajaran bilik darjah mengukuhkan pandangan Bishop (2007) bahawa teori model ini dibina dan dilaksanakan melalui strategi dan proses yang mementingkan budaya masyarakat Orang Asli.

Implikasi Terhadap Amalan Dalam Bidang Pendidikan Program latihan guru guru perlu bersedia untuk menjalankan proses pengajaran terhadap murid yang berlainan latar belakang budaya seperti murid OA. Grant dan Gillespie (1993) telah menyenaraikan apa yang perlu ketahui oleh guru tentang murid dan budaya bagi mengayakan proses p&p. Senarai ini boleh dijadikan sebagai panduan.

Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu menyediakan pengalaman pengajaran secara praktikal supaya bakal-bakal guru yang dilahirkan boleh bekerja dalam apa juga kepelbagaian populasi. Roanhorse-Dineyazhe (2007) menyatakan guru yang berlainan latar belakang budaya sukar menyesuaikan diri mengajar murid dari latar belakang budaya yang berbeza. Keperluan bagi institut pendidikan guru untuk melatih lebih ramai guru dalam kalangan masyarakat Orang Asli itu sendiri.

Perbincangan aspek atau tema baru yg muncul dari dapatan kajian empirikal.Kokurikulum ...sekolah ni juga boleh katakan cemerlang dalam sukan. Murid Asli kami ada yang terpilih mewakili hoki dan bola sepak hingga ke peringkat negeri Pusat Kecemerlangan Sukan Pelajar Orang Asli bagi setiap sekolah berdasarkan niche area (Suhaimi dalam Ramle et al. 2012).

Pedagogi Pribumi ...sewaktu mencerap guru dalam kelas saya dapati guru-guru kurang memasukkan elemen budaya masyarakat dalam pengajaran mereka. Pedagogi yang melambangkan identiti atau jati diri Orang Asli dan lebih culturally responsive (Nicholas 2008; Castagno dan Brayboy 2008)

Kepimpinan yang proaktif - Saya percaya kepada guru saya dan beri mereka 100% kebebasan untuk mengajar (BGP) - kepimpinan pentadbir yang berjaya mendorong kakitangan sekolah membuat transformasi dan berjaya menyelesaikan masalah bersama-sama (Wan Badruddin dalam Ramle et al. 2012).

Kepimpinan yang responsif ...sewaktu mencerap guru dalam kelas saya dapati guru-guru kurang memasukkan elemen budaya masyarakat dalam pengajaran mereka sedangkan dalam melaksanakan KAP mereka perlu memasukkan elemen-elemen tersebut. (AGP). Kurikulum yang relevan terhadap keperluan murid akan menarik minat mereka dan ini akan dapat menggerakkan mereka untuk melibatkan diri dalam topik-topik yang diajar selain dari menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih berkualiti oleh guru (Cleary and Peacock 1998; Sparks 2000).

Partnership badan NGO dan Swasta meningkatkan kefahaman dan kesedaran ibu bapa di kalangan masy. OA mengenai hak kanak-kanak terhadap pendidikan, untuk bagi sedar ibu bapa memastikan anak mereka tidak tercicir dari persekolahan dan sebagainya (AGP).Usaha memajukan pendidikan murid OA amat memerlukan perhatian, sumbangan dan kerjasama daripada pihak sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan (Bishop et al. 2010).

Penilaian khas - ...soalan yang dikemukakan kadangkala terlalu sukar. Masih ramai murid yang tak menguasai kemahiran asas 3M macam mana nak jawab soalan? (BGP) tertumpu kepada educational output atau hasil dari pendidikan yang diberikan kepada murid (markah ujian akhir tahun) oleh pihak sekolah gagal untuk membantu murid OA mencapai keputusan yang diharapkan (Noddings, 2007)Cadangan Kerangka Alternatif Pendidikan Murid Orang Asli

Cadangan Kajian Masa HadapanKajian berhubung dengan aspek pendidikan dalam model GPILSEO diperincikan lagi skopnya serta digabung dengan beberapa model pendidikan lain. Melihat peranan demografi dalam mempengaruhi pendidikan murid Orang Asli.Kajian selanjutnya dalam bentuk penyelidikan kuantitatif dengan pengujian hipotesis yang akan menentukan hubungan di antara pemboleh ubah kajian.Penyelidikan seterusnya boleh dilakukan dengan mengenal pasti pelbagai pemboleh ubah lain selain daripada yang terdapat dalam model GPILSEO (Bishop & Sullivans 2005).Menambah jumlah sampel serta meluaskan kajian ke negeri lain yg ada masyarakat OA seperti di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dsb.

Penerbitan Jurnal & ProsidingNorwaliza Abdul Wahab, Ramlee Mustapha, Abdul Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas. 2014. Vocational Education and Skills Training for Indigenous Community in Malaysia. Journal of Education and Practice, Vol.5, No.11, 2014

Norwaliza Abdul Wahab, Abdul Razaq Ahmad, Zalizan Mohd Jelas, Norshariani Abd. Rahman dan Lilia Halim. 2014. The Role and Perspectives of Administrators in the Schools of Orang Asli Students: A Case Study in the State of Pahang. Proceedings. International Conference on Society, Education and Psychology. IPEDR (ISSN: 2010-4626). 10-11 May 2014. IACST PRESS: Kuala Lumpur.

Ramli Ismail dan Norwaliza Abdul Wahab. 2012. Teachers Education Curriculum towards Establishment of Patriotism in Malaysia. International Journal for Educational Studies, Volume 5(2)February 2013, pp.173-190.

Norwaliza Abdul Wahab, Abdul Razak Ahmad, Zalizan Mohd Jelas, Wan Hasmah Wan Mamat dan Ramle Abdullah. 2012. The Role of Administrators in the Schools of Aboriginal Students: A Case Study in the State of Pahang, Malaysia. Proceeding: International Conference on Current Issue in Education between Indonesia and Malaysia. 15-16 September, Universitas Negeri Yogjakarta, Indonesia.

Norwaliza Abdul Wahab, Abdul Razaq Ahmad dan Ahamad Rahim. 2012. Amalan Pedagogi Guru di Sekolah Masyarakat Orang Asli: Satu Kajian Kes di Negeri Pahang. Prosiding: Seminar Educational Corporative in Curriculum for Active Learning Between Indonesia. 9-10 Jun 2011. Isola Resort UPI, Indonesia.

SEKIAN,TERIMA KASIH