pendidikan luar

7
1.0 Pengenalan Sejak kebelakangan ini, program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat sama ada dalam negara mahupun luar negara. Contohnya, di sekolah atau di institusi- institusi pengajian tinggi, kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihak institusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya .Pendidikan Luar dalam konteks pendidikan ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkat dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Memupuk,menyedarkan dan menghargai tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar juga merangsang peserta kursus menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan kegiatan fizikal seperti berkayak, pengendalian dinghi, tali temali, bantu mula, keyakinan di air, survival, snorkeling, pengurusan perkhemahan, wall climbing, orienteering dan sebagainya. Dengan kata lain pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang dan aktivitinya dilakukan sebahagian besar diluar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan pendidikan luar dilihat akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar

Upload: mazri-muhammad

Post on 20-Oct-2015

118 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

1.0PengenalanSejak kebelakangan ini, program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat sama ada dalam negara mahupun luar negara. Contohnya, di sekolah atau di institusi- institusi pengajian tinggi, kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihak institusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya .Pendidikan Luar dalam konteks pendidikan ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkat dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Memupuk,menyedarkan dan menghargai tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar juga merangsang peserta kursus menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan kegiatan fizikal seperti berkayak, pengendalian dinghi, tali temali, bantu mula, keyakinan di air, survival, snorkeling, pengurusan perkhemahan, wall climbing, orienteering dan sebagainya. Dengan kata lain pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang dan aktivitinya dilakukan sebahagian besar diluar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan pendidikan luar dilihat akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta dapat meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan produk yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerja sama secara berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan.

2. LIMA DEFINISI PENDIDIKAN LUAR

2.1 Definisi Pertama (Abu Bakar Sidek,2004)

Pendidikan luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam semulajadi di mana ia menyediakan suatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengansumber ilmu. Pendidikan luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini bermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan sihat yang bolehmemperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagimelahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan nasional (Abu Bakar Sidek, 2004).

Pendidikan Luar. suatu cara pengkayaan kurikulum, di mana proses pembelajaran berlaku di alam luar. Pendidikan luar merangkumi pendidikan persekitaraan, pendidikan konservasi, pendidikan cabaran, perkhemahan sekolah, terapi alam semula jadi dan beberapa aspek rekreasi luar. (Edward Leppain 2000)

2.2Definisi Kedua (Knapp, 1990)

Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaansumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektifpendidikan (Knapp, 1990). Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarikyang mana ia boleh dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktivitisosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan. Dalam dunia pendidikan, iadisifatkan sebagai merentas kurikulum.Definisi lain yang diberikan oleh beliau tentang pendidikanluar adalah proses pengalaman iaitu pembelajaran dengan melakukan dimana meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka sama ada di bandar ataudi pedalaman.

2.3Definisi Ketiga (Meier dan Mitchell, 1993)Selain itu pendidikan luar juga merupakan salah satu media yangmembekalkan pembelajaran melalui pengalaman. Perkara ini turut diakui olehMeier dan Mitchell (1993), yang menyatakan bahawa pendidikan luartermasuklah semua jenis pengalaman yang meningkatkan pengetahuan, tingkahlaku atau kemahiran luaran dan membantu membuatkan kita lebih menghargai antara satu sama yang lain. Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif dalam pendidikan luar akan menyumbangkepada pembinaan penghargaan diri (self-esteem), ke arah pembentukan pelajaryang sihat dari segi mental dan fizikal. Maka, melalui pendidikan luar, ia dapat diertikan sebagai proses pembelajaran dan pengajaran yang menyatakan kepentingan bagi keperluan danhubungan yang rapat antara pengalaman sebenar dan pendidikan. Selain itu,pendidikan luar turut membantu memperkembangkan fizikal yang diingini, mental,sosial dan semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).

2.4Definisi Keempat (Brookes, 1994)Selain itu aktiviti pendidikan luar adalah pembelajaran yang menghasilkan pengalaman yang membolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi (Brookes, 1994). Oleh itu, pendidikan luar didefinisikan sebagai satu medium untukmasyarakat mendekatkan diri dengan alam sekitar. Contohnya, melalui aktiviti perkhemahantermasuk dalam sukatan pelajaran dalam sesuatu pendidikan.Pendidikan luar mempunyai sejumlah besar objektif, di antaranyatermasuklah: untuk membantu individu hidup dalam keadaan harmoni denganalam semulajadi, untuk memperkembangkan asas pemahaman di antara satusama lain, untuk mempergunakan pendekatan disiplin ke arah pendidikan,belajar menggunakan deria, belajar dalam makmal semulajadi dan untukmembangkitkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar.

2.5Definisi Kelima (Ford, 1986)Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajarandan pembelajaran yang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankansama ada di dalam atau di luar bilik kuliah (Ford, 1986). Ia merangkumi banyaksubjek yang berkaitan secara langsung dengan alam persekitaran dan situasihidup sebenar di luar bilik kuliah. Pendidikan luar menumpukan kepadapenggunaan teknik pembelajaran secara hands-on untuk mendapatpengetahuan. Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajardapat memahami isi kandungannya dengan lebih mudah. Maka pendidikan luar merupakansuatu pendekatan pembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemenkognitif, psikomotor dan afektif yang berpusat kepada pelajar. Beliau juga menegaskan bahawa konsep definisi pendidikanluar adalah terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti fizikal, aktiviti mengembaraatau aktiviti persekitaran. Pendidikan luar juga adalah proses yangberasaskan pada aktiviti berstruktur yang mana menggunakan alam semulajadiatau persekitaran tiruan untuk menentukan kekuatan individu atau intrapersonaldan interpersonal kumpulan

Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan,dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusipengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka ataupun semulajadi.

3.0Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era ModenMenurut Ikmalhisam (2012), Pendidikan Luar merupakan satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri dalam persekitaran terbuka atau semula jadi. Aktiviti ini telah dijalankan sejak zaman purba lagi, di mana banyak melibatkan aktiviti semula jadi seperti aktiviti memburu haiwan untuk mendapatkan sumber makanan.Terdapat pelbagai reaksi terhadap kesan penglibatan individu dan kumpulandi dalam aktiviti pendidikan luar terutama yang melibatkan aktiviti yang lasakseperti berkayak, aktiviti tali, meredah hutan dan sebagainya. Ada yangberpendapat aktiviti sebegini tidak perlu dilakukan kerana menyebabkan pelajarterbabit menghadapi risiko terdedah kepada kecederaan dan ancaman-ancamanlain. Selain itu ramai yang berpendapat dan mengatakan menjalani aktivitipendidikan luar akan mendedahkan pelajar kepada bahaya yang boleh mengundang kecederaan fizikal dan membuang masa tanpa memberi kesanpositif kepada bakal guru (Isjoni, 2004).Sungguhpun begitu, tidak kurang jugayang berpendapat bahawa dengan cara memberi pendedahan pelajar kepada pelbagai aktiviti dan persekitaran yang lasak dan cergas akan menghasilkanindividu yang tahan lasak, tahan diuji dan bersedia untuk menghadapi dugaan(Normar, 2000).