pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

12
SARINA JUMA & AZURA OTHMAN DPLI-SR RBT PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (ASK 2202W) TAJUK 11: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM

Upload: sarina-juma

Post on 20-Jun-2015

6.322 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

SARINA JUMA & AZURA OTHMANDPLI-SR RBT

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (ASK 2202W)

TAJUK 11: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS

KURIKULUM

Page 2: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

1. Matlamat dan objektif Pendidikan Alam Sekitar

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS

KURIKULUM

4. Nilai-Nilai Murni Alam Sekitar

5. Strategi Perlaksanaan Pendidikan Alam Sekitar

3. Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar

2. Konsep Pendekatan Sekolah secara menyeluruh

Page 3: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

Matlamat Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah

Membentuk pelajar yang lebih peka dan

prihatin terhadap isu-isu alam sekitar

Memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama

ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

Page 4: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

Objektif Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah

Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.

Page 5: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

Merujuk kepada penglibatan warga sekolah termasuk pihak pentadbir, staf sokongan, guru- guru dan para pelajar sekolah.

Proses membudayakan Pendidikan Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Merupakan payung kepada aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.

Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh

Page 6: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

Pendekatan Kurikulum

Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan kurikulumPendidikan Alam Sekitar?

Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses pembelajaran yang berupaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaranmanusia tentang alam sekitar serta mengukuhkan pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang efektif. Ia juga mengajar individu untuk menilai pelbagai isu alam sekitar supaya dapat membuat keputusan yang bermakna dan bertanggungjawab

Page 7: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar

Terdapat tiga elemen penting dalam pendekatan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi dasar ataupun asas kepada perancangan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar iaitu Pendidikan mengenai alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan

pendidikanmelalui ataupun dalam alam sekitar itu sendiri (Kartini Abdul Mutalib,2008).

Modul Pendidikan Alam Sekitar Kursus Pendek Kelolaan Maktab.

Page 8: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar

Menurut Palmer dan Neal (1994), ketiga-tiga elemen ini iaitu pendidikan untuk alam sekitar, pendidikan mengenai alam sekitar serta pendidikan melalui alam sekitar merupakan komponen yang saling kait mengait. Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perlu difahami dan diambilkira semasa membina kurikulum Pendidikan Alam Sekitar.

Page 9: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

Tiga elemen pendekatan Pendidikan Alam SekitarModel Palmer dan Neal (1994)

Page 10: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan

tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan dan

juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi

kompleks elemen semula jadidan manusia.

Page 11: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan

sikap dan nilai menyayangi alam sekitartermasuk elemen kefahaman manusia dan

tingkah laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam

sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat

terhadap alam sekitar.

Page 12: Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

Pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal.