laporan alam sekitar

15
8/6/2019 Laporan ALam sekitar http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 1/15 ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011 UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 1 1) PENDAHULUAN Sungai dan laut adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian serta sumber protein kepada manusia. Maka itu, tidak hairanlah mengapa bandar purba dan sebahagian besar bandar moden tumbuh dan berkembang di muara-muara sungai. Sungai dan laut juga turut memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan bandar di Malaysia. Pada peringkat awal dalam sejarah pembandaran Malaysia, sungai mempengaruhi pertapakan bandar. Jika diteliti, semua bandar awal Malaysia terletak di kawasan kuala atau tepi sungai seperti Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Alor Star, Kuantan, Kota Bharu, Kuching dan Bandaraya Melaka. Selain itu, masih terdapat banyak lagi bandar kecil dan pekan yang terletak di tepi atau muara sungai. Namun, dengan berkembangnya Revolusi Perindustrian semenjak abad ke-18, sungai dan laut mula mengalami kemerosotan khususnya dari segi kualiti airnya. Dengan berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mulamengalami kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan dan pencemaran. Semua permasalahan tersebut sebenarnya berpunca daripada sikap manusia yang menganggap sungai sebagai saluran mudah untuk membuang segala sampah, kotoran dan sisa. Natijahnya, perkembangan ini telah memutuskan hubungan antara masyarakat dengan sungai kerana sungai tidak lagi boleh digunakan oleh masyarakat untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi- manda, membasuh, menangkap ikan dan berekreasi. Penggunaan sungai kini terhad kepada fungsinya sebagai laluan pengangkutan

Upload: burstshakur

Post on 08-Apr-2018

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 1/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 1

1) PENDAHULUAN

Sungai dan laut adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia.

Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana

sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air 

untuk domestik dan pertanian serta sumber protein kepada manusia. Maka itu, tidak

hairanlah mengapa bandar purba dan sebahagian besar bandar moden tumbuh dan

berkembang di muara-muara sungai.

Sungai dan laut juga turut memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan

bandar di Malaysia. Pada peringkat awal dalam sejarah pembandaran Malaysia, sungai

mempengaruhi pertapakan bandar. Jika diteliti, semua bandar awal Malaysia terletak di

kawasan kuala atau tepi sungai seperti Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Alor Star,

Kuantan, Kota Bharu, Kuching dan Bandaraya Melaka. Selain itu, masih terdapat

banyak lagi bandar kecil dan pekan yang terletak di tepi atau muara sungai.

Namun, dengan berkembangnya Revolusi Perindustrian semenjak abad ke-18,

sungai dan laut mula mengalami kemerosotan khususnya dari segi kualiti airnya.Dengan berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti

sungai mulamengalami kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan,

pemendapan dan pencemaran. Semua permasalahan tersebut sebenarnya berpunca

daripada sikap manusia yang menganggap sungai sebagai saluran mudah untuk

membuang segala sampah, kotoran dan sisa. Natijahnya, perkembangan ini telah

memutuskan hubungan antara masyarakat dengan sungai kerana sungai tidak lagi

boleh digunakan oleh masyarakat untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi-

manda, membasuh, menangkap ikan dan berekreasi. Penggunaan sungai kini terhad

kepada fungsinya sebagai laluan pengangkutan

Page 2: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 2/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 2

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,

hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan

yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam

sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam

sekitar.

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama

ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras

sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau

meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang

menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,

keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan

haiwan.

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi

berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada

aktiviti manusia.

Page 3: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 3/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 3

2) PENGENALAN LOKASI PEMERHATIAN

Bagi kerja kursus subjek pendidikan alam sekitar ini, kami telah memilih kawasan di

Jeti Kampung Hiliran yang terletak tidak jauh dari Bandar Kuala Terengganu sebagai

lokasi pemerhatian dan penilaian kami. Jeti ini mudah untuk di cari kerana ianya terletak

betul-betul di penghujung jalan di Jambatan Sultan Mahmud menghala ke Bandar Kuala

Terengganu.

GAMBAR 1 & 2

Jeti Kanpung Hiliran

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan di jeti ini seperti pelabuhan kapal-

kapal dan bot nelayan, tempat mengangkut penumpang ke kawasan pancing, kawasan

pemunggah barang dan lain-lain lagi. Semua akitiviti ini bermula seawal pagi dan

berlanjutan sehingga ke larut malam, malah menurut mereka yang tinggal berdekatan

dengan jeti ini kadangkala sehingga subuh pun masih ada aktiviti yang berlaku di

kawasan jeti ini.

Page 4: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 4/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 4

3) LAPORAN MASA DAN KEADAAN DI KAWASAN PEMERHATIAN

3.1 MASA : 9.00 Pagi

KAWASAN : Sekitar Jeti Kampung Hiliran

PEMERHATIAN :

Pada waktu ini, aktiviti sudah rancak berlaku seperti pelabuhan bagi kapal-kapal

dan bot-bot nelayan dan penumpang. Hampir keseluruhan kawasan jeti ini sudah

padat dan penuh dengan manusia dan juga kapal-kapal serta bot-bot.

GAMBAR 3 GAMBAR 4

Page 5: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 5/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 5

3.2 MASA : 10.30 Pagi

TEMPAT : Kawasan air mengalir Jeti Kampung Hiliran

GAMBAR 5 GAMBAR 6

PEMERHATIAN :

Kami dapati berlaku pencemaran di kawasan pengaliran air yang datang dari

  jeti tersebut. Air kelihatan keruh dan penuh dengan sampah sarap serta sisa

buangan seperti isi dan kulit ayam, plastik, tin dan bermacam-macam lagi.

Page 6: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 6/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 6

3.3 MASA : 11.30 Pagi

TEMPAT : Kapal/bot minyak di Jeti Kampung Hiliran

GAMBAR 7 GAMBAR 8

PEMERHATIAN :

Di kawasan jeti Kampung Hiliran ini juga kami dapati terdapat sebuah kapal

minyak yang berlabuh di sini. Keadaan kapal ini agak teruk kerana ianya sudahlama tetapi masih lagi berfungsi. Terdapat juga beberapa tumpahan minyak di

sekitar kawasan kapal ini yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran di

kawasan jeti ini.

Page 7: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 7/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 7

3.4 MASA : 12.30 Hari

TEMPAT : Kawasan bot rosak dan tong kosong

GAMBAR 9 GAMBAR 10

PEMERHATIAN :

Di kawasan ini, kami dapati terdapat beberapa bot-bot yang rosak yang tidak

dibaiki dibiar terdampar di sekitar kawasan jeti ini. Selain itu bayak tong-tong

kosong dan tong minyak yang terbiar dan dikhuatiri sisa-sisanya terbuang atau

terlepas kedalam laut.

Page 8: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 8/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 8

3.5 MASA : 1.30 Petang

TEMPAT : Kawasan kedai, kilang dan kedai makan.

GAMBAR 11 GAMBAR 12

PEMERHATIAN :

Di kawasan jeti ini juga terdapat kawasan kilang, kedai makan dan juga deretan

kedai lain seperti kedai menjual ayam dan sebagainya. Kesemuanya berada

berhampiran dengan kawasan jeti yang mungkin boleh menyebabkan

berlakunya pencemaran di kawasan ini.

GAMBAR 13

Page 9: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 9/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 9

4) HASIL PEMERHATIAN & PERBINCANGAN

Hasil daripada pemerhatian kami di beberapa kawasan persekitaran Jeti Kampung

Hiliran ini, terdapat banyak berlakunya pencemaran terutamanya pencemaran air.

Hampir keseluruhan kawasan jeti ini mengalami pencemaran yang disebabkan oleh

beberapa faktor.

  Antara pencemaran yang berlaku di kawasan jeti ini adalah seperti pembuangan

sisa dari kapal minyak, kilang, kawasan bot rosak, tong-tong kosong, kedai-kedai

makan dan juga kedai-kedai lain seperti kedai menjual ayam yang berada di sekitar 

kawasan jeti ini.

Fenomena yang berlaku di seluruh kawasan jeti inilah yang menjadi faktor utama

mengapa berlakunya pencemaran air yang teruk di kawasan jeti ini. Kekotoran dan

pencemaran sungai di negara ini antara lain berpunca daripada perbuatan golongan

yang tidak bertanggungjawab iaitu mereka yang dianggap tidak menitikberatkan

kebersihan alam sekitar dan kepentingan masyarakat awam lain yang turut mempunyai

hak terhadap sungai tersebut. Selain itu, ia turut disumbangkan oleh minda dan sikap

pihak berkuasa dan orang ramai yang kurang mempunyai kesedaran untuk memulihara

alam sekitar.

Page 10: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 10/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 10

4.1 Kesan-Kesan

Masalah pencemaran ini telah mendatangkan kesan yang besar terhadap

kehidupan penduduk kawasan ini, terutamanya apabila sumber air yang

dibekalkan kepada pengguna sukar dirawat. Pencemaran ini juga menimbulkan

masalah lain kepada manusia seperti merebaknya penyakit, musnahnya

ekosistem akuatik dan terganggunya keselesaan umum.

Hasil daripada pemerhatian dan perbincangan kami kami telah mengenal

pasti beberapa kesan akibat daripada pencemaran yang berlaku di sekitar 

kawasan jeti Kampung Hiliran ini, antaranya ialah:

4.1.1 Kepupusan hidupan akuatik.

y menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga

ekologi dan rantaian makanan.

y membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau.

y burung pula jika terkena minyak akan menyebabkan sukar terbang

seterusnya mati.

y spesis terancam semakin pupus, contohnya penyu.

y sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu

masa dahulu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik

yang disangkakan makanan.

4.1.2 Menjejaskan sumber pendapatan nelayan.

y menyebabkan ikan berpindah habitat yang lebih selamat.

y tumpahan minyak menyebabkan segala peralatan nelayan rosak.

y meningkatkan kos pemulihan.

Page 11: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 11/15

Page 12: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 12/15

Page 13: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 13/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 13

tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya

sampah tidak melimpah.

4.2.3 Pemasangan perangkap sampah.

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang,

adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat

strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah

sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

4.2.4 Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan

sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala

seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini,

maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali

gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

4.2.5 Kempen kesedaran melalui iklan TV.

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang

bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui

Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah

tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu

berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita

harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa

menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini

Page 14: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 14/15

ALAM SEKITAR: KAJIAN & PEMERHATIAN PENCEMARAN DI JETI KAMPUNG HILIRAN 

KPLI SR AMBILAN JANUARI 2011

UNIT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (BISNKT 1/TESL 1) 14

5) KESIMPULAN & REFLEKSI

Sebagai rumusan, didapati bahawa air laut di kawasan pemerhatian dan kajian

ini telah tercemar yang kehilangan fungsi sebagai sumber keguanaan air domestik.

Persoalannya, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aktiviti manusialah yang

membuat air laut ini tercemar dan kotor. Jika pencemaran berterusan air laut ini tidak

boleh digunakan lagi. Penduduk di sekitar kawasan jeti membuang sampah dan tidak

memikirkan akibatnya.

Laut merupakan sumber air yang penting kepada manusia. Permintaan air yang

kian meningkat dan kemusnahan kualiti air laut yang semakin serius merupakan dua isu

utama pada masa ini. Secara umum, sistem semulajadi mampu membersih air laut

yang tercemar, namun, kadar pencemaran yang kian meningkat akibat aktiviti manusia

telah membuatkan proses pembersihan semula jadi ini tidak lagi mampu untuk

membersihkan air. Justeru, isu pencemaran alam sekitar umumnya dan pencemaran

sungai khususnya mesti diberi perhatian yang serius dan dikawal ke tahap yang paling

minimum. Ini kerana air adalah sumber hidup dan sekiranya sumber ini dicemari

sehingga ke tahap yang tidak dapat lagi digunakan oleh manusia; ini secara tidak

langsung telah mengurangkan sumber kehidupan manusia sendiri. Hari demi hari jika

keadaan pencemaran air laut ini bertambah buruk, maka manusia secara sedar atau

tidak telah meracuni diri mereka sendiri.

Punca pencemaran dan kerosakan ini boleh disimpulkan kepada faktor budaya

campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat umum sama ada

pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak menghargai laut sebagai

sumber. Penyerahan tanggung jawab penjagaan laut kepada kerajaan juga

menerangkan betapa rendahnya tahap penglibatan masyarakat dalam usaha

pemeliharaan laut. Sikap dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu,

dengan ini barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap

pencemaran air laut memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana sebahagian

besar masyarakat telah memahami dan berupaya menilai kualiti air laut.

Page 15: Laporan ALam sekitar

8/6/2019 Laporan ALam sekitar

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-alam-sekitar 15/15