pendekatan kaunseling untuk remaja

25
PENDEKATAN DI DALAM KAUNSELING KELOMPOK BAGI MENANGANI MASALAH PERGAULAN BEBAS PELAJAR Kaunseling Kaunseling bukan beerti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk baik juga untuk klien. Keistimewaan khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi (Adiliah & Halilah, 2006). Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Nasihat juga tidak diberi kerana ingin memberi ruang kepada klien untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang dipilihnya sendiri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba mendengar dan memahami serta menolong dengan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba 1

Upload: mrringgo

Post on 25-Jun-2015

1.690 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

PENDEKATAN DI DALAM KAUNSELING KELOMPOK BAGI MENANGANI

MASALAH PERGAULAN BEBAS PELAJAR

Kaunseling

Kaunseling bukan beerti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah

kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa

yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk baik juga untuk klien. Keistimewaan

khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada

isu yang dihadapi (Adiliah & Halilah, 2006). Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah

penting dalam menghasilkan perubahan diri. Nasihat juga tidak diberi kerana ingin memberi

ruang kepada klien untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang dipilihnya

sendiri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala.

Kaunselor cuba mendengar dan memahami serta menolong dengan memberikan layanan serta

interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami serta

mengambil tindakan menguruskan masalah tersebut. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor

dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapi.

Kaunseling bukanlah untuk mereka yang mempunyai masalah sakit mental. Kaunseling

adalah untuk mereka yang normal dan boleh mengurus diri serta kehidupan sendiri, tetapi pada

satu-satu masa berasa tertekan, bercelaru atau buntu dan perlu berbincang dengan mereka yang

profesional.

1

Page 2: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

Terdapat beberapa definisi yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kaunseling

mengenai perkhidmatan ini. Setiap definisi bergantung pula kepada teori yang digunakan.

Blocher (Shertzer & Stone, 1974), mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses interaksi

yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran serta

menghasilkan pembentukan, penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkatkan tingkah laku masa

depan.

Burks dab Stefflre (George & Cristiani, 1990), pula mendefinisikan kaunseling sebagai

suatu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang klien.

Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada individu. Ianya bertujuan membantu

klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan dan belajar

mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna

serta melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional antara individu.

Krumboltz (George & Cristiani, 1990), pula menyatakan bahawa kaunseling merangkumi

aktiviti-aktiviti beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan

diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

Ivey dan Downing (1987) pula menyatakan kaunseling sebagai suatu proses yang

berhubung rapat dalam membantu manusia normal mencapai matlamat atau fungsi mereka

dengan berkesan. Manakala Hansen, Ressberg dan Cramer (1994) mendifinisikan kaunseling

sebagai suatu proses menolong manusia belajar mengenali diri, persekitaran dan cara-cara

mengendali tugasan dan perhubungan denagn orang lain.

Walaupun terdapat pelbagai definisi, namun ia dapat dirumuskan sebagai suatu proses

pertolongan profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam

2

Page 3: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

sekeliling. Individu perlu melihat peranan dan sumbangannya kepada alam sekeliling. Dalam

masa yang sama, individu perlu memahami pengaruh alam sekeliling ke atas dirinya.

Secara ringkasnya, matlamat kaunseling ialah membantu atau memberi jalan agar

manusia dapat mengurus dirinya sendiri sama ada dari segi mental, perasaan, kerohanian dan

tingkah lakunya. Manusia seperti ini akan berdikari dan tidak akan menyusahkan orang lain

dengan permasalahannya. Dia sudah menerima hakikat bahawa hidup tidak lekang dengan

masalah. Namun, dia dapat mencari ruang-ruangpernafasan dalam kesempitan hidup. Manusia

ini sudah tidak akan menyalahkan orang lain, persekitaran ataupun takdir. Dia redha dengan apa

yang berlaku ke atas dirinya dan mencari iktibar ataupun pengajaran di sebalik peristiwa

tersebut. Masalah yang telah melandanya tidak merugikan hidupnya. Malah, dia bersyukur

bahawa dia berhadapan dengan masalah kerana dia memperolehi kekuatan berhadapan dengan

masalah, kerana dia memperolehi kekuatan dalaman. Dengan kata lain, masalah telah dapat

‘menguatkan’ dirinya.

Pendekatan Kaunseling Dalam Menangani Masalah Pergaulan Bebas Pelajar

Perkhidmatan kaunseling disediakan di semua sekolah rendah, sekolah menengah,

politeknik, kolej komuniti, universiti serta tempat-tempat lain yang menempatkan golongan

remaja. Tujuan perkhidmatan ini ialah untuk membantu pelajar menangani isu-isu penyesuaian

seperti akademik, peribadi dan sosial serta masalah psikososial yang memerlukan intervensi

kaunseling klinikal. Selain dari itu, perkhidmatan ini juga menyediakan maklumat dan aktiviti-

aktiviti perkembangan kerjaya. Perkhidmatan yang sama dilaporkan terdapat di pusat-pusat

kaunseling di tempat lain di dunia contohnya seperti Amerika, Kanada, Australia dan Turki.

Boyd, Hattauet, Brandel, Buckles, Davidshofer, Deakin, Erskine, Hurley, Locher, Piorkowsk,

Simono, dan Steel (2003) melaporkan pusat kaunseling kolej di Amerika, Kanada dan Australia

3

Page 4: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

memainkan tiga peranan utama: (a) memberi kaunseling atau terapi kepada pelajar yang

mengalami masalah penyesuaian, kerjaya, perkembangan yang memerlukan perhatian

professional, (b) mencegah dan membantu pelajar mencapai matlamat pendidikan dan

kehidupan, (c) menyokong dan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan pelajar melalui

konsultasi dan komuniti kampus. Di Turki pula, antara aktiviti pusat kaunseling universiti ialah

kaunseling individu, kelompok dan psikoterapi, khidmat kecemasan, ujian psikologi, konsultasi,

dan program outreach ( Oya Yerin Guneri, 2006). Program pencegahan yang ditawarkan ialah

berkenaan komunikasi berkesan, diikuti oleh kemahiran belajar dan kerisauan peperiksaan.

Khidmat ini ialah untuk membantu menangani masalah utama yang dibawa oleh pelajar iaitu

masalah komunikasi, penyesuaian dan hubungan romantik.

Schwartz, Griffin, Russels dan Frontaura-Duck (2006) melaporkan satu program inovatif

bertujuan menjelaskan kepada pelajar kolej tentang keganasan dalam hubungan dan mencari

strategi mengelak keganasan dalam hubungan. Program yang melibatkan forum interaktif,

ceramah pendek dan pembentangan kes-kes telah membolehkan pelajar berbincang tentang

hubungan di kolej, berkongsi pengalaman peribadi tentang isu-isu perhubungan, memberi

sokongan kepada rakan-rakan dan melatih pelajar dengan strategi resolusi konflik. Program ini

juga membincangkan tentang estim kendiri dan mengenalpasti tanda-tanda hubungan ganas dan

cara mencegahnya. Kajian yang dijalankan untuk menilai keberkesanan intervensi tersebut

mendapati pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka dan dapat berbincang tentang

pengalaman mereka.

Menurut perspektif systemic yang mengutarakan konsep putaran kehidupan keluarga,

pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Kolej berada di tahap ‘melepaskan anak awal dewasa’.

Tugas utama diperingkat ini ialah membezakan diri dari keluarga asal, membentuk identiti,

4

Page 5: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

membina hubungan yang intim dan matang serta memilih kerjaya. Jadi tidak hairanlah pusat-

pusat kaunseling sering menerima kes-kes yang bersangkutan dengan hubungan sama ada intim

mahupun kekeluargaan. Antara intervensi melibatkan keluarga telah dilaporkan oleh Terry

(1989) dan Charlotte (2001). Charlotte telah membincangkan penggunaan genogram, iaitu satu

teknik menggunakan rajah keluarga untuk menjelaskan corak hubungan yang berlaku dalam

keluarga. Genogram mampu memberi celik akal kepada klien bagaimana corak hubungan

dengan ibu bapa sebelum ini telah mempengaruhi tingkah laku seseorang anak. Pengetahuan ini

membolehkan klien mengubah corak perhubungan mereka. Terry (1989) pula menggunakan

sistem sokongan yang ada di sekeliling pelajar dalam membantu pelajar tersebut mengendalikan

masalahnya. Sistem sokongan ini boleh terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan, serta guru-

guru. Setiap ahli dalam sistem ini mengambil bahagian mendampingi pelajar bermasalah itu

sehingga dia membentuk tingkah laku baru yang lebih berkesan.

Pusat-pusat kaunseling di seluruh sekolah dan IPT telah menyarankan penglibatan semua

komuniti di sekolah dan IPT iaitu kaunselor, guru dan pensyarah, pentadbir serta rakan-rakan

pelajar untuk membantu pelajar bermasalah. Antara langkah-langkah penting yang perlu diberi

perhatian oleh komuniti di sekolah dan IPT ialah mengenalpasti pelajar bermasalah. Pada tahap

pertama, pelajar bermasalah emosi menunjukkan ciri-ciri seperti masalah pencapaian akademik

yang makin menurun, ponteng yang terlalu ketara, perubahan dalam cara berinteraksi dengan

orang sekeliling dan bermasalah menangani tekanan. Seterusnya pelajar bermasalah akan

memohon pertimbangan-pertimbangan khas serperti lebih masa untuk hantar tugasan, dan

kurang selesa menyatakan sebab perlukan pertimbangan tersebut. Jika tidak dibantu, pelajar ini

akan memasuki tahap yang lebih kritikal apabila dia bertindak ganas, tidak dapat berkomunikasi

dengan jelas, dan mempamerkan keinginan membunuh diri. Cadangan ini dipersetujui oleh Zuria

5

Page 6: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

et all (2004) yang menyarankan kerjasama komuniti untuk mendidik pelajar tentang tingkah laku

abnormal serta kemahiran-kemahiran menangani dan membantu.

Pendekatan kaunseling menggunakan tiga elemen asas iaitu komunikasi berkesan,

pengetahuan psikologi remaja dan pelbagai strategi penyelesaian masalah bergantung kepada

teori yang dipilih. Manakala langkah asas pula ialah mendengar masalah klien tanpa

menghakimi, membimbing klien memahami punca masalahnya, mengajak klien mencari

penyelesaian dan menyokong klien dalam mencuba tindakan baru. Model Ivey dan Lucy (2003)

menggunakan empat langkah utama iaitu, (a) cerita, (b) eset positif, (c) cerita kembali dan (d)

tindakan. Model 6 D (Zuria, 2005) pula menyarankan enam langkah iaitu (a) dekati, (b) dengari,

(c) dasari, (d) daya baiki, (e) damping dan (f) dokumenkan. Guru dan pensyarah, pentadbir dan

rakan rakan pelajar boleh membantu pelajar ini dengan melakukan langkah-langkah berikut:

1- Ambil masa untuk bercakap secara sendirian dengan pelajar ini dan beri perhatian

sepenuhnya sepanjang sesi tersebut.

2- Nyatakan keperihatinan anda dengan ikhlas tanpa membuat penilaian. Contohnya,

katakan, “Saya Nampak anda telah beberapa kali ponteng, saya prihatin, boleh ceritakan

apa yang sdang berlaku?” Sebaliknya elakkan berkata “Ke mana anda menghilang diri?

Malas datang kelas ye?”

3- Dengar perasaan dan pemikiran pelajar dengan sikap yang terbuka, dan nyatakan

kefahaman anda tentang apa yang telah disebut oleh pelajar itu. Contohnya “Nampaknya

awak tidak tahu cara belajar yang betul dan ini membuatkan awak rasa keliru?”

4- Tanya pelajar apa yang boleh dilakukannya, bincang kebaikan dan keburukan setiap

pilihan.

6

Page 7: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

5- Elak menghakimi tindakan atau perasaan pelajar tersebut, kerana ini membuatkan pelajar

tersebut tidak mahu bekerjasama. Walaupun anda kurang bersetuju dengan pandangan

pelajar tersebut, tetapi anda perlu hargai pandangannya.

6- Jika anda rasa kurang berkemampuan untuk membantu, buatlah rujukan kepada

kaunselor professional.

Mac Green dan Navaro (1998) menyatakan bahawa individu yang kurang tegas menjadi

mangsa seksual dalam hubungan. Ciri-ciri personaliti yang menyumbang kepada keadaan ini

ialah pengalaman menjadi mangsa dalam hubungan tidak sihat, kurang keupayaan penyesuaian,

pasangan seksual yang bersilih ganti, dan perasaan tidak selamat (takut ditinggalkan) dalam

hubungan dengan jantina berlainan. Mac Grenn dan Navaro mencadangkan pencegahan yang

berkesan perlu melibatkan: (a) latihan tingkah laku tegas diri selain daripada pemberian

maklumat perubahan sikap, (b) latihan tegas diri yang memfokuskan terus kepada hubungan

dengan jantina yang berbeza dan (c) pemeriksaan kesihatan dan kaunseling berterusan

dicadangkan kepada wanita yang sering menjadi mangsa seksual dalam hubungan. Wanita muda

yang sering manjadi mangsa dalam hubungan juga perlu dibimbing ntuk menilai kembali

masalah pergantungan dalam hubungan. Antara ciri-ciri hubungan yang bermasalah ialah: (a)

apabila seseorang ini tidak bahagia dalam hubungan tetapi tidak pasti dia patut teruska atau

keluar dari hubungan tersebut, (b) bila dia merumuskan untuk keluar, tetapi masih tersangkut

dalam hubungan tersebut, (c) bila terasa dia berada dalam hubungan tersebut kerana sebab-sebab

yang salah seperti kesian, rasa bersalah, takut keseorangan dan (d) merasa bahawa tidak dapat

menukar corak hubungan tersebut.

REBT (Rasional Emotive Behavioral Teraphy) menekankan bahawa emosi dan perasaan

yang terganggu adalah hasil dari pada pemikiran dan idea manusia. Elis percaya bahawa

7

Page 8: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

gangguan emosi yang dihadapi manusia adalah disebabkan idea yang tersilap atau tidak logik

tentang sesuatu situasi. Oleh kerana dikatakan semua individu ingin bergembira sama ada

didalam kehidupan peribadinya atau kerjayanya, maka emosi yang menggangu kebahagiaan

individu ini biasanya dianggap sebagai tidak sesuai atau merosakkan diri.

Terdapat emosi yang sesuai kerana ia menolong manusia mendapat apa yang dimahukan

dan mengelak apa yang tidak diperlukan. Contoh emosi yang sesuai ialah gembira, senang hati,

sayang, rasa ingin tahu, sedih, menyesal, kecewa dan tidak gembira. Emosi seperti marah,

murung, bimbang, menyalahkan diri sendiri dan merasa tidak berguna adalah tidak rasional

kerana bukan saja ia menyebabkan individu merasa tidak gembira dengan diri sendiri tetapi juga

menyebabkan ia terasing dari pada orang lain. Oleh itu kaunselor REBT cuba membantu

keliennya mendiskriminasi antara perasaan yang sesuai dan tidak sesuai serta meningkatkan

emosi yang sesuai dan mengurangkan atau menghilangkan emosi yang tidak sesuai.

Seperti kisah yang terjadi kepada pelajar berumur 12 tahun, nekat melakukan tindakan

bunuh diri untuk menamatkan nyawanya kerana tidak dapat memenuhi permintaan ibu bapa

untuk mendapat nilai 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).( Berita Harian, 25 feb

2008).Kisah yang terjadi diatas berpunca dari ppemikiran yang tidak rasional, merasa tidak

berguna sehingga terfikir untuk apa mempertahankan hidup.

Elis (1962), menyatakan sebelas pemikiran yang tidak rasional menyebabkan individu

melakukan tindakakan diluar kewajaran.

1- Idea bahawa semestinya seseorang itu dikasihi dan diterima oleh setiap orang lain yang

penting baginya di dalam masyarakat.

2- Idea bahawa seseorang itu sepatutnya betul-betul cekap, serba boleh, dan berjaya di

dalam semua lapangan jika seseorang itu mahu dirinya dianggap sebagai berguna.

8

Page 9: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

3- Idea bahawa sesetengah orang itu jahat, busuk hati dan kejam dan mereka ini patut sekali

disalahkan dan dihukum kerana perbuatan mereka yang kejam itu.

4- Idea bahawa lebih mudah untuk mengelak daripada menghadapi sesetengah kesulitan

hidup dan tanggungjawab bagi diri sendiri daripada menghadapinya.

5- Idea bahawa seseorang sepatutnya mereka dasyat dan katastrofik jika urusan-urusan yang

dikendalikannya tidak berlaku mengikut apa yang sangat diingini.

6- Idea bahawa kemelaratan manusia itu disebabkan oleh faktor-faktor luar, dan manusia

memang tidak berupaya langsung, dan jika berupaya pun hanya sedikit sahaja, untuk

mengawal dirinya daripada merasa dukacita dan terganggu.

7- Idea bahawa segala peristiwa masa lampaulah yang menjadi penentu yang terpenting

sekali bagi tingkah laku individu masa kini. Pengaruh masa lampau tidak boleh

dihapuskan.

8- Idea bahawa perkara-perkara yang merbahaya dan menakutkan merupakan perkara-

perkara yang harus diambil berat dan justeru kerana itu, kita haruslah sentiasa

berwaspada dan berjaga-jaga daripada kemungkinan ianya berlaku.

9- Idea yang seseorang itu harus bergantung kepada orang lain dan patut mempunyai

seorang yang lebih kuat untuk dijadikan tempat pergantungannya.

10- Idea yang seseorang itu sepatutnya merasa terharu dan terganggu oleh masalah-masalah

dan gangguan yang menimpa orang lain.

11- Idea bahawa selalunya ada satu penyelesaian yang betul dan tepat bagi setiap masalah,

dan ianya mestilah diperolehi, jika tidak hasilnya adalah katastrofik.

Sebelas pemikiran yang tidak rasional disebutkan itu merupakan punca yang mengganggu

keluasan berpikir dan kebenaran persepsi, ia menimbulkan masalah dikalangan remaja serta

9

Page 10: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

mengancam daya tahan dan semangat juang untuk terus bertahan hidup menjadi generasi sebagai

mana yang diharapkan.

Seperti mana yang diketahui umum, penyakit-penyakit berkaitan Sindrom Kurang Daya

Tahan Penyakit (AIDS) masih tidak ditemui penawar sebenarnya sehingga kini dan individu

yang disahkan menghidap penyakit tersebut akan pasti melalui saat yang paling sukar dalam

hidupnya. Perkhidmatan kaunseling jelas memainkan peranan penting dalam membantu pesakit

menerima hakikat dan merancang semula kehidupan mereka. Namun, orang ramai perlu jelas

tentang perbezaan kaunseling untuk pembawa HIV dan penghidap AIDS. HIV atau singkatan

kepada Human Immunodeficiency Virus, adalah virus daripada kumpulan Retrovirus yang

menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakitnya. Ia mempunyai tempoh pengeraman yang

panjang antara lima hingga 10 tahun sebelum menunjukkan tanda-tanda penyakit. Virus ini boleh

menular melalui hubungan seks, perkongsian jarum dan pemindahan darah. HIV menyerang dan

melemahkan sistem pertahanan semula jadi badan terhadap semua jenis jangkitan yang

membawa kepada penyakit AIDS.

Menurut kaunselor dan pensyarah Jabatan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya, Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah, seseorang pesakit akan melalui saat sukar bermula

daripada ujian HIV dan persediaan psikologinya dalam menerima keputusan ujian tersebut.

Sebaik sahaja sah dijangkiti virus ini, pelbagai persoalan serta kebuntuan akan melanda diri

pesakit. Antara kesan psikologi yang akan dialami oleh pesakit ialah ketakutan tentang pelbagai

perkara terutamanya penerimaan keluarga dan masyarakat.

Bagi seseorang yang menghidap AIDS, perkara utama yang paling ditakuti ialah

menghadapi kematian, takut mati dalam keadaan berseorangan dan tidak dipedulikan, serta mati

dalam keadaan yang menyakitkan. Secara logiknya pesakit tidak akan mampu berdepan dengan

10

Page 11: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

kejutan berita yang diterima daripada doktor jika tidak membuat persediaan psikologi yang

sebaiknya. Pesakit juga akan berhadapan dengan kebuntuan dan pelbagai persoalan seperti

kerjaya, pandangan masyarakat dan perancangan kehidupan. Selain itu, pesakit juga akan

mengalami perasaan seperti kehilangan daya tarikan fizikal, perhubungan seksual, kehilangan

cita-cita, status dalam masyarakat, kestabilan kewangan dan kehilangan kasih sayang orang-

orang yang disayangi. Di samping itu, mereka juga hilang kawalan dalam kehidupan peribadi,

hilang keyakinan diri dan terpaksa bergantung kepada orang lain. Mereka juga akan meratapi

segala kehilangan tersebut. Akan wujud juga perasaan bersalah kerana ada kemungkinan mereka

telah menjangkiti orang lain. Selain itu, timbul perasaan insaf terhadap perbuatan salah yang

telah dilakukan.

Ini seterusnya akan menyebabkan pesakit berasa bersalah kerana menyebabkan orang lain

bersedih atas apa yang berlaku ahli keluarga. Kesan psikologi lain adalah seperti berasa tertekan.

Selain itu, ada juga pesakit yang menafikan hakikat dia telah dijangkiti virus HIV. Pada

peringkat awal diagnosis, kegelisahan juga akan melanda diri pesakit kerana pelbagai perkara

perlu difikirkan dan banyak perubahan juga perlu dilakukan. Kemarahan juga akan wujud dan ia

merupakan salah satu kesan psikologi yang dialami oleh pesakit sebaik sahaja dijangkiti

HIV/AIDS. Ia adalah sebagai helah bela diri pesakit daripada menyalahkan diri sendiri dan

melepaskan kemarahan kepada orang lain. Akibat daripada pemikiran dan perasaan pesakit,

mereka adakalanya akan bertindak di luar batasan. Ada juga yang akan cuba membunuh diri atau

terfikir untuk membunuh diri kerana tidak mahu menanggung malu jika orang lain tahu

mengenainya.

Penghargaan kendiri atau keyakinan diri pesakit juga rendah apabila mengenangkan

penyisihan oleh keluarga dan masyarakat. Sehingga satu tahap, pesakit akan mengalami situasi

11

Page 12: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

dinamakan hypocondria. Seringkali pesakit ini memikirkan mengenai kehilangan, kesepian dan

perasaan berdosa di atas segala apa yang telah dilakukan menyebabkan mereka kurang menitik

beratkan langkah-langkah penjagaan kesihatan dan kerohanian mereka.

Disinilah perkhidmatan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu

klien HIV/ AIDS agar tabah mengharungi kehidupan setelah disahkan positif. Dalam program

ini, kaunselor memberi maklumat tentang kesan HIV/AIDS, pemindahan virus dan langkah-

langkah pencegahan yang perlu diambil untuk mengelakkan jangkitan. Mereka juga diberi

panduan yang jelas tentang cara-cara penggunaan kondom yang betul serta diadakan sesi main

peranan untuk menerangkan langkah-langkah pencegahan. Melihat kepada praktik kaunselor

terlatih di Barat, kaunselor tidak boleh segan silu dan hanya bercakap secara teori sahaja.

Namun begitu, memandangkan di dalam masyarakat negara ini di mana perkara yang berkaitan

dengan perhubungan suami isteri tidak dibincangkan secara terbuka, maka langkah ini agak

sukar untuk dijalankan.

Dalam perhubungan suami isteri, kaunseling keluarga akan disarankan kepada pasangan

tersebut. Selain itu, kaunselor yang berhadapan dengan pesakit yang mempunyai penyakit serius

perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang penyakit tersebut, prosedur merawat, kaedah

mengendalikan kesan psikologi yang dialami oleh pesakit dan juga mampu membantu pesakit

dengan seikhlas hati.

Dalam manual yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan berkaitan kaunseling

HIV/AIDS, dinyatakan bahawa kaunseling tersebut adalah satu proses komunikasi dan dialog

antara kaunselor terlatih dan klien yang menghadapi masalah berkaitan dengannya. Ia juga satu

proses membantu klien mengadaptasikan diri dengan masalah tersebut.

12

Page 13: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

Tahap pertama praujian kaunseling yang selalu dijalankan ialah ujian HIV/AIDS. Dalam

urusan pengujian dan makluman keputusan kepada pesakit, kaunselor juga berperanan penting.

Ini kerana HIV dan AIDS akan memberikan satu kesan psikologi sosial kepada pesakit,

keluarganya dan masyarakat.

Tahap kedua bagi pesakit HIV ialah menjalankan sesi ‘selepas ujian kaunseling’ yang

dijalankan oleh kaunselor yang sama menjalankan ‘praujian kaunseling’. Dalam sesi ini, klien

akan diberi kefahaman tentang keputusan ujian, ruang untuk meluahkan perasaan seperti marah,

penafian, putus asa, kebisuan dan sebagainya.

Kaunseling untuk pesakit AIDS agak berbeza dengan pesakit HIV. Kaunseling untuk

klien AIDS lebih kepada membuat persiapan diri klien dalam proses menghadapi kematian serta

beberapa unfinished business antara pesakit dan keluarganya. Ini bermakna pesakit akan

dibimbing dan digalakkan untuk menyelesaikan kes-kes yang belum selesai semasa hayatnya.

Dalam beberapa kes juga memerlukan kaunselor berjumpa dengan penjaga kepada pesakit AIDS

dalam usaha membantu mereka menghadapi sisa-sisa kehidupan dengan lebih berkualiti. Terapi

kaunseling penting untuk memastikan mereka dapat menjalankan aktiviti seperti orang lain

kerana ada jangka hayat hidup pembawa HIV mungkin akan panjang.

Dalam erti kata lain, kaunseling dapat membawa pesakit makna kehidupan dan tujuan

hidup dapat dibincang untuk membantu meningkatkan harga diri serta meredakan tekanan

pesakit. Begitu juga mereka yang menghidap AIDS dan bakal melalui saat-saat akhir hidupnya,

mereka dibantu mendekati Tuhan, reda atas apa yang ditakdirkan, memastikan keluarga

menerima pesakit dan pesakit dapat meninggal dunia dalam keadaan yang tenang.

13

Page 14: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

Rumusan

Perkhidmatan kaunseling secara professional didapati meninggalkan kesan positif

terhadap perubahan jangka pendek dan jangka panjang. Ini membuktikan bahawa para kaunselor

mempunyai peranan yang penting dalam usaha mengurangkan punca gejala sosial. Perkhidmatan

kaunseling ini perlu dikembangkan dengan pelbagai pendekatan bagi membantu remaja yang

memerlukan sokongan emosi yang berterusan dalam menghadapi cabaran. Kaunselor boleh

mewujudkan satu sistem rakan sebaya yang dapat memberi sokongan dan mendengar

permasalahan remaja tersebut. Melalui sokongan ini remaja yang kurang bijak menangani

kebebasan tidak akan merasa terasing, rasa tidak diterima atau tidak diperlukan tetapi sebaliknya,

mempunyai ruang dan tempat untuk bercerita dan mendapat maklumat bagaimana untuk

mendapat pertolongan lanjut.

14

Page 15: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

Rujukan

A.E, I., & Downing, S. (1987). Couseling Psyhoteraphy. New Jersey: Prentice Hall.

Adiliah, M., & Halilah, H. (2006). Kaunseling Individu: Apa Dan Bagaimana. Selangor: Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Boyd, V.,Hattauet, E., Brandel, I. W., Buckles, N., Davidshofer, C., Deakin, S., Erskine, C.,

Hurley, G., Locher,L., Piorkowsk, G., Simono, R. B., Spivack, J., & Steel, C. M. (2003).

Accreditation Standards for University and College Counseling Centers. Journal of

Counseling and Development. 81(2), 168-178.

Charlotte, D. (2001). Using genogram as a tool for insight in college counseling. Journal of

College Counseling, 4 (1), 73-76.

George, R., & Cristiani, T. (1990). Counseling: Theory and Practice. Englewood Cliffs, New

Jersey: Prentice Hall.

Hansen, Ressberg, & Cramer. (1994). Counseling: Theory and Process. Bostom: Allyn and

Bacon.

Ivey, A. E. & Ivey, M. B. (2003), Intentional interviewing and counseling. Thompson, CA.

Mac Green, D. & Navarro, R. L. (1998). Situation specific assertiveness in the epidemiology of

sexual victimization among university women. Psychology of Women Quarterly, 22,

589-604.

Oya Yerin Guneri. (2006). Counseling services in Turkish university. International Journal of

Mental Health, 35(1), 26-38.

15

Page 16: Pendekatan Kaunseling Untuk Remaja

Schwartz, J. P., Griffin, L. D., Russel, M. M., dan Frontaura-Duck, S. (2006). Prevention of

dating violence on college campus: An innovative program. Journal of College

Counseling, 9, 90-96.

Shertzer, B., & Stone, S. (1974). Fundamental of Counseling. Boston: Houghton Mifflin.

Terry, L. L. (1989). Assessing and constructing a meaningful system: Systemic perspective in a

College Counseling Center. Journal of Counseling and Development, 67, 352-355.

Zuria Mahmud, Noriah Mohd Ishak & Syafrimen Syafril, 2004, Penyesuaian akademik, sosial,

dan emosi pelajar-pelajar di kampus. Jurnal Personalia Pelajar, 8, 1-16.

Zuria Mahmud. 2005. Perlunya kaunselor sekolah menjalankan sesi kaunseling. Prosiding

Seminar Kaunseling Kebangsaan, Kementerian Pelajaran kali ke 2. Hotel City Bay

view Langkawi, 30 Mei- 2 Jun.

16