1.peranan kaunselor penerapan nilai program kaunseling remaja

22
PERANAN KAUNSELOR DALAM PENERAPAN DAN PEMUPUKAN NILAI-NILAI MURNI MELALUI PROGRAM KAUNSELING TERHADAP REMAJA DI SEKOLAH: SATU WADAH BERSEPADU ANTARA GURU DAN KAUNSELOR* * ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ABSTRAK Peranan kaunseling di Malaysia adalah membentuk pembangunan insan yang sihat dikalangan guru dan pelajar dari segi mental, rohaniah, emosi dan tingkahlaku. (Aminah dan rakan-rakan, 1994). Fungsi kaunselor di sekolah bukan sekadar menjalankan perkhidmatan kaunseling secara professional kepada pelajar bahkan turut membantu guru dalam usaha pemupukan dan penyuburan nilai-nilai murni di sekolah. Usaha berterusan ini boleh dilakukan melalui ceramah, kursus, program seminar, kem-kem motivasi, bengkel dan latihan dalam kumpulan pelajar yang dikenalpasti di sekolah. Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti ini, kaunselor turut berperanan menerapkan nilai-nilai murni secara langsung atau tidak langsung kepada pelajar. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam aktiviti-aktiviti ini ialah nilai keberanian, hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, berdaya saing dan sebagainya. Justeru itu, dalam dunia pendidikan masa kini, penerapan dan penghayatan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja terletak di bahu guru malahan kaunselor disekolah secara melalui program dan aktiviti tersebut. Hal ini jelas diterangkan melalui pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) yang * Kertas kerja Peringkat Kebangsaan di bentangkan di Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia pada 20 Ogos 2002 di Dewan Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Upload: skratong

Post on 13-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

PERANAN KAUNSELOR DALAM PENERAPAN DAN PEMUPUKAN NILAI-NILAI MURNI MELALUI PROGRAM KAUNSELING

TERHADAP REMAJA DI SEKOLAH: SATU WADAH BERSEPADU ANTARA GURU DAN KAUNSELOR**

ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D

Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK

Peranan kaunseling di Malaysia adalah membentuk pembangunan insan yang

sihat dikalangan guru dan pelajar dari segi mental, rohaniah, emosi dan

tingkahlaku. (Aminah dan rakan-rakan, 1994). Fungsi kaunselor di sekolah bukan

sekadar menjalankan perkhidmatan kaunseling secara professional kepada

pelajar bahkan turut membantu guru dalam usaha pemupukan dan penyuburan

nilai-nilai murni di sekolah. Usaha berterusan ini boleh dilakukan melalui

ceramah, kursus, program seminar, kem-kem motivasi, bengkel dan latihan

dalam kumpulan pelajar yang dikenalpasti di sekolah. Dalam melaksanakan

aktiviti-aktiviti ini, kaunselor turut berperanan menerapkan nilai-nilai murni secara

langsung atau tidak langsung kepada pelajar. Antara nilai-nilai murni yang boleh

diterapkan dalam aktiviti-aktiviti ini ialah nilai keberanian, hormat-menghormati,

kerjasama, semangat bermasyarakat, berdaya saing dan sebagainya. Justeru

itu, dalam dunia pendidikan masa kini, penerapan dan penghayatan nilai dalam

pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja terletak di bahu guru malahan

kaunselor disekolah secara melalui program dan aktiviti tersebut. Hal ini jelas

diterangkan melalui pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) yang

* Kertas kerja Peringkat Kebangsaan di bentangkan di Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia pada 20 Ogos 2002 di Dewan Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Page 2: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

menjelaskan peranan kaunselor di sekolah meliputi bidang perkhidmatan,

membantu jawatankuasa kurikulum sekolah, membantu pendidikan kerjaya

pelajar dan program yang sesuai bagi perkembangan diri pelajar. Justeru itu,

timbul persoalan apakah bentuk-bentuk program yang sesuai dilaksanakan dan

bagaimanakah proses penerapan nilai dapat dibentuk dalam program-program

tersebut? Penulis berasakan tiba masanya peranan dan perkhidmatan kaunselor

di sekolah diperbincangkan semula dari aspek nilai-nilai murni. Isu-isu ini begitu

penting diperbincangkan pada masa kini memandangkan peningkatan masalah

gejala sosial remaja di Malaysia. (Mohd Sofian dan rakan-rakan, 2002). Justeru

itu, satu wadah dan kaedah bersepadu perlu dicetus, difikir, digarap dan

digemblengkan bersama antara kaunselor dan guru dengan tujuan mencapai

kata sepakat untuk membanteras gejala sosial remaja yang dihadapi pada masa

sekarang dan pada masa akan datang.

PENGENALAN

Remaja merupakan komponen penduduk yang penting dalam sesebuah

negara.Di samping merupakan pelapis yang akan menggantikan golongan

dewasa, mereka juga bakal mengambilalih semua urusan negara dari segi

politik, sosial, ekonomi dan keselamatan negara. Sebahagian mereka akan

menjadi pemimpin negara, bekerja dalam bidang profesional dan ada juga yang

menjadi tenaga pekerja yang mahir di dalam dan di luar negara. Oleh sebab

kepentingan ini, maka golongan ini tidak boleh dipinggirkan. Memang benar,

golongan remaja sering dikaitkan dengan karenah dan masalah. Mungkin

disebabkan faktor biologi dan usia mereka di antara 12 hingga 21 tahun yang

tidak matang, (Ibrahim, 1997) Justeru itu, golongan remaja ini perlu diberi

perhatian supaya perkembangan mereka dari segi fizikal, rohani, emosi dan

intelektual dapat berkembang dengan seimbang sekaligus dapat memberi

sumbangan yang positif terhadap kemajuan negara.

2

Page 3: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

Definisi Remaja

Menurut Ibrahim (1997) remaja dapat ditakrifkan sebagai anak muda yang

berumur 12 sehingga 21 tahun, mengalami proses perkembangan menjadi

dewasa, mulai matang, boleh berfikir sendiri untuk membezakan nilai yang baik

atau buruk dan mengalami proses pemantapan fizikal, intelek, rohani dan emosi.

Menurutnya lagi, remaja juga boleh dianggap sebagai golongan yang ‘akil baligh’

yakni cukup umur untuk berkahwin apabila timbul cinta berahi.

JENIS-JENIS SALAHLAKU REMAJA Masalah sosial yang melanda masyarakat bukan saja terkena kepada orang

dewasa tetapi melibatkan para remaja. Di bandar-bandar bezar yang cepat

membangun, masalah ini lebih ketara. Penulis mendapati masalah remaja

bertambah seiring dengan pesatnya perkembangan industrialisasi dan

urbanisasi. Masalah besar yang dihadapi remaja adalah masalah salahlaku iaitu

perbuatan yang menyimpang daripada amalan biasa dalam masyarakat.

Salahlaku remaja dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu salahlaku biasa dan

salahlaku luarbiasa.

i. Salahlaku biasa

Salahlaku biasa ialah tingkahlaku menyimpang daripada yang biasa terdapat

dalam masyarakat yang dilakukan oleh remaja normal akibat daipada tekanan

sosial. Ia terjadi kerana tiga sebab:

a. Keadaan diri yang tidak mendapat latihan dan kawalan disiplin sehingga

tidak sanggup mengikut norma hidup biasa. Contohnya ialah

perhubungan seks bebas dan homoseksual.

b. Keadaan keluarga yang kucar kacir dan tidak harmonis yang

menyebabkan timbulnya rasa kecewa. Contoh salahlaku jenis ini ialah lari

dari rumah, berpeleseran, mencuri dan penyalahgunaan dadah.

3

Page 4: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

c. Keadaan sekeliling yang merangsang keinginan diri untuk mengikut gaya

dan meniru sesuatu kumpulan. Contoh paling jelas ialah merokok,

berkelahi antara kumpulan, gangsterisme.

ii. Salahlaku luarbiasa

Seseorang yang melakukan salahlaku luarbiasa sebenarnya menderita sakit

jiwa berpunca daripada tekanan sosial yang hebat yang tidak dapat

diatasinya. Salahlaku kategori ini terbahagi kepada tiga jenis:

1. Salahlaku neurotik, iaitu salahlaku yang timbul akibat daripada

penderitaan kerana gangguan mental yang menyebabkan pengidapnya

sentiasa merasa terancam, takut, bimbang, bersalah dan berdosa.

Remaja neurotik memiliki rasa rendah diri yang mendalam dan suka

mengasingkan diri. Keadaan ini boleh meletus menjadi histeria.

2. Salahlaku psikopatik, iaitu salahlaku yang terjadi akibat daripada

kekalutan mental sehingga tidak dapat mengintegrasikan dirinya.

Pengidapnya mempunyai sikap yang selalu berkonflik dengan norma-

norma sosial; sangat egoistik, fanatik, kasar dan suka menyakiti hati orang

lain. Remaja psikopatik akan merasa puas jika dapat menganggu,

mencetuskan perkelahian dan melihat orang lain menderita.

3. Salahlaku cacat normal, iaitu salahlaku disebabkan sakit mental atau sakit

jiwa sehingga pengidapnya tidak mampu mengenal, memahami dan

mengendali tingkah lakunya. Pengidapnya tidak memiliki harga diri atau

sikapnya sangat dingin, dia selalu melakukan tindakan antisosial. Remaja

yang melakukan salahlaku ini biasanya tidak siuman.

Justeru itu, satu wadah bersepadu diantara peranan dan tanggungjawab

kaunselor dibantu oleh guru sekolah adalah perlu bagi menjamin disiplin dan

tingkahlaku golongan remaja ini terpelihara. Oleh yang demikian, penyemaian

nilai-nilai murni terhadap golongan remaja adalah perlu bagi membentuk remaja

4

Page 5: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

yang mempunyai keseimbangan dari segi intelektual, rohaniah, fizikal dan

peradaban sesuai dengan kehendak Islam.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI Penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan

yang baik dan berakhlak mulia. Ini dijelaskan oleh Wan Zahid (1994) iaitu

bertujuan untuk,

1. menanam kesedaran, kesefahaman, keyakinan dan kesyukuran

dikalangan pelajar.

2. menanam semangat cintakan nilai-nilai suci.

3. menghormati kebaikan dan membenci keburukan.

4. membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa, dan

bertanggungjawab.

5. menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan, dan sewaktu menjalankan

tangungujawab.

6. menjalankan amanah dengan dedikasi.

7. meningkatkan hasil produktiviti.

8. berusaha mencapai kecemerlangan.

Antara program kaunseling yang menekankan nilai-nilai murni secara langsung

dan tidak langsung kepada pelajar adalah seperti berikut;

PROGRAM-PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Program Ceramah Motivasi

Menurut Ibrahim Mamat (2001) remaja perlu sedar tentang tujuannya hidup

dimukabumi ini. Penghidupannya dibumi ini ialah sebagai khalifah dan peranan

khalifah ialah menjadi penguasa dimukabumi ini untuk mentadbir seluruh alam

5

Page 6: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

semesta ini. Kesedaran tentang konsep ini jelas sebagaimana daripada firman

Allah swt bermaksud:

“Ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat:

“Sesungguhnya Aku hendak menjadi seorang khalifah di muka bumi”.

(al-Baqarah, 30)

Menurut Nor Anisah (1988) remaja perlu ditekankan dengan konsep dan tujuan

penghidupannya dimukabumi ini supaya mereka sedar akan tangungjawab

mereka. Asas ini menekankan bahawa manusia mempunyai tujuan hidup yang

perlu disesuaikan dengan segala kegiatan dan keperluannya. Kepada manusia

diingatkan bahawa hidup ini dari Allah dan kemudian akan kembali kepada Allah.

Oleh itu, ianya hendaklah berjalan selari dengan tujuan Allah yang

menjadikannya. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan (taat)

kepadaku”.

(Al-Zariat: 56)

Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan erti hidup sesuai dengan

kehendaknya. Segala gerak kerja yang dilakukan oleh remaja dalam kehidupan

sesuai dengan petunjuk dan aturan Ilahi baik dalam kehidupan individu seperti

makan, minum, melakukan aktiviti permainan, dan sebagainya. Semuanya

mempunyai tujuan yakni hanya kepada Allah swt semata-mata. (Johari Alias,

1994).

Di samping itu, kaunselor juga seharusnya menanam konsep kendiri yang positif

terhadap diri remaja. Konsep kendiri ini mencakupi aspek jasmani dan psikologi.

Amer Shakir (2001) seseorang yang sentiasa mendapat perhatian, mengalakkan

usaha-usaha dan memujinya akan mendorong orang itu membentuk dirinya ke

arah konsep kendiri yang positif. Adalah dipercayai golongan remaja dari segi

psikologi dan emosinya merupakan golongan yang sentiasa berubah dari segi

6

Page 7: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

emosi, agresif, bertingkah laku sukar dijangka dan peka terhadap masalah dan

perubahan sekeliling. (Ibrahim, 1999). Justeru remaja seperti individu yang lain,

mempunyai kepercayaan, prinsip dan nilai-nilai dalam diri yang tersendiri.

Menurut Habibah dan Noran Fauzaiah (2002) mereka mempunyai hak dan

keistimewaan dalam menyatakan pendapat-pendapat tertentu dan kaunselor

mempunyai kesan yang bermakna ke atas pembinaan konsep kendiri mereka .

Di sekolah, segala tindak tanduk rakan-rakan dan guru-guru boleh memberi

kesan ke atas keyakinan diri remaja, harapan, harga diri, sikap dan motivasi.

Penulis percaya remaja yang sering mendapat perhatian, diberi pujian dan

dorongan akan mempunyai konsep kendiri yang positif dalam hidup khususnya

dari segi tingkah laku mereka. Antara ciri-ciri tingkah laku yang diperlihatkan

remaja mempunyai konsep kendiri yang positif ialah berpuas hati dengan dirinya,

peramah, mudah berkawan, berpuas hati dengan pencapain, tahu menghargai

sesuatu yang dilakukan dan bersedia untuk memuji orang lain.

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Penulis berpandangan remaja yang telah dapat mengenal diri, mengetahui

konsep kendiri, tahu harga diri, mengetahui kekuatan dan kelemhan diri dan

matlamat hiudp akan menjalani penghidupan dengan sempurna. Ini jelas

menurut Abdul Aziz Ismail (2000) yang menyatakan sifat-sifat personaliti individu

yang hatinya tenang dan damai dalam hiudp ialah insane yang sentiasa berubat,

takut kepada Allah s.w.t. redha qada dan qadar Allah s.w.t. dan mengingati mati.

Justeru itu, jelas peranan kaunsleor disini ialah bersedia menanam dan

memupuk usaha mengenal diri, mewujudkan konsep kendiri terhadap remaja

dan yang penting membentuk matlamat hidup remaja dalam setiap program

motivasi. Kita tidak mahu remaja masakini yang menjadi tonggak harapan

Negara menjelang Wwasan 2020, hilang arah dan tujuan hidup. Justeru mereka

harus disedarkan, ditanam dan dibekalkan dengan suatu iltizam dan semangat

jatidiri yang utuh dan kental melalui penerapan nilai-nilai yang luhur dalam diri

mereka (Tajul Ariffin, 1993). Ini jelas dapat dilihat daripada 16 nilai-nilai murni

7

Page 8: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

KBSM yang diterapkan dalam setiap matapelajaran. Justeru, peranan kaunselor

adalah sebagai guru yang memastikan semua nilai murni itu diserapkan secara

langsung atau tidak lasung kepada pelajar dengan hati yang ikhlas, jujur, telus

dan terbuka.

2. Program Kemahiran Belajar

Program ceramah meliputi ceramah teknik belajar perlu dianjurkan kaunselor

untuk meningkatkan prestasi akademik seperti ceramah teknik belajar bagi

peperiksaan UPSR, PMR, SPM STPM dan sebagainya. (Azri Aziz, 1995). Hal ini

jelas termaktub dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) yang

menjelaskan peranan guru kaunseling adalah merancang, melaksana,

mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif

untuk peperiksaan seperti PMR, SPM dan STPM. Di Malaysia banyak pusat

kecemerlangan minda dan motivasi peperiksaan telah ditubuhkan berikutan

kesedaran ibu bapa dan para pendidik terhadap pentingnya motivasi kepada

anak-anaak mereka. Penubuhan Excell Training yang ditubuhkan Dato’ Dr.

Fadzillah Kamsah bersama rakan-rakan dalah bertujuan membeei kesedaran

dalam pelajaran dan meningkatkan motivasi kepada individu dan kelompok.

Perkhidmatan perundingan ini melipiti gologan pelajar sekolah, IPT, sektor

awam, pekerja swasta dan profesional.

Penerapan Nilai-Nilai Murni Program teknik belajar dapat membentuk kesedaran dalaman dan berupaya

meningkatkan motivasi pelajar bagi menghadapi peperiksaan. Peneraan nilai

murni yang dimaksudkan disini ialah nilai kejujuran, keyakinan dii, bersungguh-

sungguh, keberanian dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai nilai kejujuran

dan keihklasan dalam diri tentu tidak akan meniru semasa peperiksaan, nilai

kejujuran dan keikhasan dalam diri terbentuk secara tanpa disedari, walaupun

8

Page 9: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

tiada pengawas peperiksaan. Baginya, konsep keredaan semasa menjawab

kertas peperiksaan telah ada dalam dirinya (Syeikh Mustafa, 1996). Penerapan

nilai-nilai ini secara langsung diharapkan dapat menghapuskan niat pelajar yang

hadir ke sekolah untuk tujuan lulus peperiksan semata-mata. Situasi ini pernah

dijelaskan Tajul Aiffin (1992) yang melahirkan kebimbangan terhadap pelajar

lewat tahun 80-an yang menjadikan peperiksaan sebagai ukuran kejayaan masa

depan, sebaliknya kurang menghayati nilai dalam sistem persekolahan. Maka

disinilah peranan kaunselor bersama-sama guru menerapkan dan membina nilai-

nilai di kalangan pelajar.

3. Program Pencegahan Dadah, Rokok dan Alkohol

Peranan kaunselor di sekolah dalam usaha memastikan para pelajarnya

menjauhi amalan pengambilan dadah haruslah berusaha menyusun dan

membentuk program pencegahan dadah, rokok dan alkohol. Antaranya adalah

usaha mengalakkan para pelajar sekolah terlibat aktif dalam persatuan pelajar

ataupun pasukan pakaian seragam.

Kaunselor sekolah juga perlu mengadakan program dan aktiviti-aktiviti berikut

yang dirasakan sesuai untuk mengalakan remaja sekolah mempunyai kesedaran

terhadap penggunaan bahaya dadah. Antaranya seperti kem jaya diri, Kolokikum

membina Ketahanan diri, Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR), Sekolah

Anak didik, Skim Lencana Anti Dadah (SLAD), Kursus Pendidikan Pencegahan

Dadah PIBG/Guru, Program Pembimbing Rakan Sebaya dan Program Lima

Minit.

Menurut sumber Agensi Dadah Kebangsaan (2001) dibawah unit ko-kurikulum,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah pun

ditubuhkan dengan tujuan untuk;

9

Page 10: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

i. Memastikan penyertaan pelajar dalam aktiviti ko kurikulum (pelajar

diwajibkan mengambil dua daripada tiga bidang: Sukan dan

Permainan, Kelab dan Persatuan, Pasukan pakaian seragam).

ii. Mengadakan dari semasa ke semasa pertandingan, peraduan menulis

esei, poster dan logo anjuran kementerian dengan kerjasama agensi

agensi luar dan pihak swasta.

iii. Menggiatkan Kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah dan

dimaktab perguruan dan

iv. Menubuhkan Kelab Anti Dadah di sekolah dan di maktab perguruan.

Projek-projek khas mencegah dadah di kalangan pelajar yang diuruskan oleh

Bahagian Sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama

Jabatan Pendidikan Negeri adalah seperti berikut;

(i) Kem Jaya Diri: Kem ini khas untuk pelajar-pelajar bermasalah dengan

dadah. Penekanan diberi terhadap nilai-nilai murni keagamaan dan moral,

disiplin diri, memahami potensi diri, berkomunikasi dan menyelesaikan

masalah.

(ii) Kursus Kesedaran Pelajar : Bertujuan menanamkan sikap membenci

dadah dan memahami akibat dadah pada diri, keluarga, masyarakat,

ekonomi negara dan keagamaan.

(iii) Skim Lencana Anti Dadah : Skim ini diikuti oleh pelajar yang menyertai

pasukan-pasukan seragam di sekolah seperti Pengakap, Pandu Puteri, St John

Ambulance, Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam. Skim ini bertujuan untuk

mengadakan sekumpulan pelajar yang boleh menyebarkan mesej anti dadah,

menolong rakan rakan yang mungkin terlibat, seterusnya aktif dalam aktiviti-

aktiviti pencegahan dadah. Skim ini telah dilancarkan pada 28 Mac 1986 oleh

Menteri Pendidikan dan kini meliputi seluruh negara.

10

Page 11: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

Dengan adanya penerapan nilai-nilai terhadap program pencegahan dadah,

rokok dan alkohol dapat menimbulkan kesedaran, kefahaman dan sifat benci

remaja ini terhadap gejala ketagihan dadah. Dadah, rokok, alkohol dan pelbagai

lagi jenis bahan-bahan ketagihan dianggap satu benda yang jijik dan merbahaya

kepada mereka, tidak membawa sebarang faedah dan lebih diyakini lagi ialah

bahan-bahan ini merosakkan sistem tubuh sehingga menjejaskan kesihatan diri

mereka. (Azri, 1997).

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Penerapan nilai-nilai murni ini sebenarnya telah dilama diterapkan kepada

golongan remaja. Usha membasmi dadah di sekolah bukan sahaja terletak

dibahu para pendidik, kaunselor, ibu bapa bahkan seluruh komuniti masyarakat.

Ibu bapa harus bijak mendekati anak-anak remaja. Mereka seharusnya

meluangkan masa bersama anak, memberi galakkan kerja-kerja berfaedah,

membina keyakinan diri, memberikan didikan agama atau moral, memberi pujian

dan berlaku adil dari segi layanan (Agensi Dadah Kebangsaan, 2001).

Penerapan nilai-nilai terhadap program pencegahan dadah, rokok dan alkohol

dapat menimbulkan kesedaran, kefahaman dan sifat benci remaja terhadap

gejala ketagihan dadah. Dadah, rokok, alkohol dan pelbagai bahan ketagihan

lain perlu dianggap ‘bahan jijik’ yang membahayakan kesihatan diri dan tidak

memberi sebarang faedah (Abdul Ghafar, 1988).

4. Pengendalian Bimbingan Kerjaya

Kementerian Pendidikan (2002) peranan kaunselor tuut mencakupi penyediaan

program bimbingan kerjaya kepada pelajar. Kaunselor yang prihatin

perkembangan kerjaya perlu minitikberatkan 5 langkah iaitu:

i. Kesedaran dan minat kerjaya

ii. Perancangan kerjaya

11

Page 12: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

iii. Perlaksanaan (Penggunaan inventori minat kerjaya)

iv. Sumber maklumat dan pemilihan kerjaya pelajar

v. Masa depan kerjaya pelajar

Suradi (1998) menggariskan 5 langkah kaunselor untuk mendorong pelajar

menentukan kerjaya iaitu:

i. Kaunselor perlu mengarahkan guru sekolah mengenalpasti masalah

kerjaya yang dihadapi pelajar.

ii. Kaunselor perlu melibatkan setiap guru menyediakan senarai lengkap

tentang pekerjaan yang khusus yang mempunyai hubungan dengan

mata pelajaran yang diajar.

iii. Menyediakan bahan-bahan bertulis dan alat pandang dengar tentang

kumpulan pekerjaan.

iv. Melibatkan guru-guru dalam projek hari kerjaya, lawatan ke pusat

pernigaan dan perindustrian dengan melibatkan pelajar.

v. Melibatkan guru dalam kajian susulan yang sistematik bagi pelajar

sekolah sama ada yang berjaya atau tercicir.

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Peranan kaunselor di sini adalah menerapkan nilai-nilai yang mendorong pelajar

memilih kerjaya yang mengutamakan nilai-nilai luhur bukannya berasaskan

pekerjaan yang tersohor. Falsafah pemilihan kerjaya yang kongruen antara minat

dan nilai ini telah pun dinyatakan beberapa tokoh kerjaya seperti Ann Roe dan

Ginzberg dalam Muhd Mansor (2001) yang menyatakan pentingnyan aspek nilai

dalam pemilihan pekerjaan. Justeru itu, jika seseorang pelajar itu memilih kerjaya

kedoktoran mislanya, dia menjadi seorang doktor yang mempunyai nilai disipilin

yang tinggi, kejujuran, keikhlasan ingin menolong dan sebagainya. Pendek kata,

nilai materialistik dipinggirkan kerana niat bekerja adalah untuk menolong

bukannya mengutamakan kepentingan dan faedah diri. Adalah perlu kaunseling

kerjaya mnengikut pendekatan dan panduan agama Islam supaya kesan

12

Page 13: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

kaunseling tersebut tidak menjejaskan aqidah, syariat dan akhlak umat Islam

sepanjang tempoh proses kaunseling tersebut, disamping memberikan natijah

pahala. Ini sebabkan jika proses kaunseling yang dilalui hanya kaunseling biasa.

Kaunselor dirujuk merupakan kaunselor yang lebih bermatlamat dan materialistik

mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi

dibimbingi akan memberikan kesan yang buruk diakhirat kelak. (Yosree, 2002).

5. Bimbingan Individu dan Kelompok

Matlamat bimbingan individu dan bimbingan kelompok yang sempurna antara

kaunselor dengan klien adalah untuk membantu klien ke arah mengenal diri,

memahami diri, melihat kelemahan diri dan menggunakan seluruh potensi ke

arah kesempurnaan kendiri selepas mendapat celik akan daripada proses

kaunseling itu (Rogers, 1961). Matlamat dan proses kaunseling individu dan

bimbingan kelompok itu sendiri mendorong kaunselor membantu klien secara

jujur., ikhlas dan penerimaan tanpa syarat (Muhd Mansur, 2000). Dalam Islam

perbuatan menolong orang yang dalam kesusahan ada dinyatakan hadis. Abu

Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w. pernah bersabda yang

bermaksud:

“Barangsiapa yang lapangkan kesempitan dunia saudaranya yang Islam,

nescaya Allah akan melapangkan baginya kesempitan akhirat dan barangsiapa

yang meringankan seseorang yang berada dalam kesempitan, maka Allah akan

meringankan ke atasnya di dunia dan akhirat. Allah tetap membantu seseorang

hamba, selagi hamba itu membantu saudaranya yang Islam”

Penerapan Niali-Nilai Murni

Justeru itu, nilai-nilai positif seperti tolong-menolong, keikhlasan, kejujuran, rasa

simpati merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada kaunselor untuk menolong klien.

Nilai-nilai ini jika dilihat lebih spesifik dalam pelaksanaan bimbingan kelompok

13

Page 14: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

menampakkan kepentingan. Misalnya pelaksanaan kaunseling kelompok banyak

mempunyai nilai-nilai positif. Seseorang kaunselor yang bijaksana tentu

memainkan peranan penting kerana berjaya mewujudkan perkongsian

pengalaman, idea dan permasalahan bagi mengurangkan permasalahan ahli-ahli

kelompok sehingga mewujudkan rasa simpati rakan-rakan dalam kelompok

kepada ahli kelompok yang bermasalah (Zuraidah, 1999). Justeru, program

kaunseling kelompok dapat menerap dan memupuk nilai-nilai positif sesama ahli-

ahli yang dirundung masalah tadi. Antara nilai-nilai yang boleh diterapkan

kaunselor dalam sesi kaunseling kelompok ialah empati, simpati, hormat-

menghormati dan sebagainya.

6. Pembentukan Kem Ibadah

Terdapat sesetengah aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kaunselor di

sekolah meliputi kem-kem perkhemahan pelajar. Kem-kem perkhemahan pelajar

pada masa kini semakin diminati oleh para pelajar. Di situ para pelajar akan

didedahkan dengan kursus-kursus yang bersesuaian seperti kursus disiplin,

kursus peningkatan akhlak dan sahsiah diri, motivasi diri, dan sebagainya. Di

samping itu, mereka turut didedahkan dengan aktiviti dan program yang

berbentuk ibadah. Program ibadah ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu

ketahahan fizikal dan aktiviti ibadah. Program seperti perkhemahan, jungle

tracking dan menempuh halangan seperti sungai, mendaki bukit, masuk hutan

belantara dan sebagainya merupakan aktiviti-aktiviti lasak yang dapat mengasak

ketahanan minda, fizikal dan emsoi remaja. Manakala aktiviti ibadah pula pelajar

diminta berzikir, menghafal surah-surah lazim, disiplin dalam perlaksanaan solat,

qiamullail, mengerjakan sunat tahajud dan sebagainya yang merupakan aktiviti-

aktiviti yang dapat mengisi kerohanian diri pelajar. Ketua komander dan fasilitator

boleh meminta remaja supaya mempunyai disiplin dalam pengurusan diri

khususnya dalam penjagaan solat di sepanjang program. Selesai sahaja kem

ibadah pendek situ, diharap remaja dapat menghayati dan mengamalkan

14

Page 15: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

kehidupan ke arah kemantapan iman dan taqarub kepada Allah s.w.t.

(mendekatkan diri kepada Allah sw.t.).

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Program dan aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan dan mencergaskan badan

malah minda pelajar. Program ini dipercayai turut menyemai sikap

bertanggungjawab, yakin diri, amanah dan menyelesaikan masalah sendiri

dalam keadaan genting. Contoh aktiviti mendaki bukit bukan sahaja melahirkan

pelajar yang cergas fizikal, bahkan melahirkan pelajar bertanggungjawab

memikul amanah kerana semua ahli perkhemahan telah diberi tugas masing-

masing. Jika ahli-ahli tidak menjalankan tugas dan amanah yang diberi,

perjalanan aktiviti akan terganggu yang boleh menimbulkan kecelakaan ketika

perkhemahan itu.

Aktiviti ibadah seperti berzikir, qiamullail, menghafal surah-surah lazim, disiplin

dalam mengerjakan solat dan sebagainya merupakan aktiviti yang dapat

menerapkan nilai-nilai positif dalam diri remaja. Misalnya aktiviti qiamullail dapat

melatih remaja disiplin tentang masa, melatih kesabaran diri, mengawal emosi

dan rasa taubat dalam diri. Ini kerana remaja diarah mengerjakan solat qiamullail

secara berjemaah dengan tujuan mendapatkan keredaan dan rasa taubat

dengan kesalahan yang pernah dilakukan dalam hidup.

Aktiviti masuk hutan dan perkhemahan juga memupuk sifat-sifat prihatin,

kepekaan dan budaya menyayangi alam sekitar daripada kegiatan pencemaran.

Kaunselor perlu menyemai dan mengingati remaja supaya mengamalkan nilai-

nilai menajga dan mengutamakan kebersihan ketika berkhemah dan berada di

hutan. Perkara penting adalah remaja perlu bertafakur melalui pemberian

pancaindera yang dianugerahkan Allah sw.t supaya berfikir, merasa, merenung

dan insaf bahawa alam semesta adalah ciptaan Allah s.w.t.(As Sheikh Ahmad,

2000). Ini jelas daripada ayat berikut bermaksud:

15

Page 16: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

“Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, berlaku perselisihan malam

dan siang, terdapat bukti-bukti bagi oarng yang berfikir. Mereka yang mengingati

Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring dan memikirkan tentang kejadian itu”.

(Ali Imran, 190-191)

Remaja yang bertafakur ini sudah tentu wujud suatu kesedaran dalam diri,

meningkatkan keimanan, mewujudkan penciptaan manusia sebagai insan yang

kerdil di muka bumi dan diharapkan meperoleh hikmah supaya berupaya

memacu diri menjadi insan yang soleh di muka bumi (Abdul Aziz Mohd Zin,

2001). Secara keseluruhan, program perkhemahan dapat memantapkan daya

tahan mental dan fizikal remaja dengan nilai-nilai luhur seperti berdisiplin,

kesabaran menempuh rintangan, tolong-menolong, kerjasama, taat dengan

perintah ketua dan bersyukur kepada Pencipta.

KESIMPULAN

Menjelang Tahun 2020, menjadi harapan kita semua supaya Malaysia menjadi

sebuah negara maju dan makmur dari segi politik, sosial dan ekonomi. Aspek

yang penting adalah kemajuan pembangunan kejiwaan dan psikologi yang harus

dimiliki remaja kerana pada tahun 2020 mereka yang akan menentukan jatuh

bangunnya pembangunan sesebuah negara. Maka suatu wadah bersepadu

perlu dihayati kaunselor bersama para pendidik dan ibu bapa supaya setiap

permasalahan remaja dapat ditanggani secara berhemah dan bijaksana. Norlida

(1999) menyatakan kausnelor merupakan golongan profesional yang perlu

menghayati nilai-nilai murni berteraskan aqidah Islam dalam kehidupannya.

Sebagai kaunselor muslim, sifat-sifat kaunselor Islam merujuk kepada Rasulullah

s.a.w. sebagai model kaunselor yang terunggul dan profesional. Adalah

diharapkan kaunselor muslim dan bukan muslim dapat menjadikan Rasulullah

s.a.w. sebagai model kaunselor sepanjang zaman.

16

Page 17: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

RUJUKAN Abdul Ghafar Taib. 1988. Dadah, Sstrategi dan Kawalan di Sekolah-Sekolah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Ismail. 1998. Membina Minda dan Peribadi Muslim. Siri Motivasi

Remaja. Kuala Lumpur: Penerbit Al Hidayah.

Abu Bakar Nordin. 1994. Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran

2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdul Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

Agensi Dadah Kebangsaan. 2001. Kenali dan Perangi Dadah. Kuala Lumpur:

Kementerian Dalam Negeri.

Al Ghazali. 1992. Bimbingan Mukmin. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Ali Yacob. 1995. Perkhidmatan Kaunseling di Tanah Suci. Kajang. Selangor:

Makruf Publisher.

Amer Shakir Zainol. 2001. Membina Kendiri Unggul Berkarisma. Kuala Lumpur:

Penerbit Ilmu Jelatek.

Aminah Hashim dan Arthur P.Liyod. 1994. Bimbingan dan Kaunseling di

Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

As Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah. 2000. Taqarrub. Mendekatkan Diri Kepada

Allah s.w.t. Kuala Lumpur : Hidayah.

17

Page 18: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

Asmah Bee Mohd Noor dan Iran Herman. 1995. Membina Kesejahteraan

Remaja. Kajang, Selangor: Penerbit Teknoedar.

Azri Aziz. 1995. Teknik Ingatan untuk Pelajar. Siri Pelajar Cemerlang. Kuala

Lumpur: Quantum Learning Publishers.

Fadhilah Abdul Alim dan Muhamad Abdul Shahbudin. 1999. Asas-Asas

Pembentukan Akhlak Mulia. Kempas, Johor: Penerbit Jahabersa.

Habibah Alias dan Noran Fauziah. 2002. Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mamat. 1997. Memimpin Remaja Sekolah. Kuala Lumpur: Penerbit

Kumpulan Budiman.

Johari Alias. 1994. Nilai-nilai Islam 5. Membina Peribadi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Tugas dan Tanggungjawab Kaunselor.

http://members.tripodasia.com.my/skkamil1/bk.html. Di akses pada 1 Mei 2002.

Mohd Sofian Omar, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof. 2001. Kokurikulum

peranan dan implikasi. Kuala Lumpur: Siri Pengajian Pendidikan Utusan.

Muhd Mansur Abdullah. 2000. Kaunseling, Teori, Proses dan Kaedah. Edisi

Kedua. Petaling Jaya, Selangor: Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti.

Muhd Mansur Abdullah. 2001. Kaunseling dalam Sektor Industri. Kuantan,

Pahang. HUG Publisher.

18

Page 19: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

Nik Aziz Nik Pa. 1994. Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Norlida Md Top. 1999. Persepsi Pelajar Tingkatan 5 yang Mengikuti Aliran

Teknik di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Terhadap Penghayatan Nilai

Murni Diri dan Kaunselor. Tesis Sarjana Pendidikan Bimbingan Kaunseling.

Fakulti Pendidikan UTM, Johor.

Rogers, Carl. 1961. On Becoming A Person. Boston: Huoghton Mifflin Company.

Suradi Salim. 1996. Bimbingan dan Kaunseling. Siri Pengajian Pendidikan

Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Syeikh Mustafa Al Ghayani. 1996. Bimbingan Membina Minda dan Jiwa Remaja

Cemerlang. Selangor: Pustaka Ilmi.

Tajul Ariffin Nordin. 1990. Pendidikan. Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur:

Nurin Enterprise.

Tajul Ariffin Nordin. 1993. Perspektif, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1993. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Yosree Ikhwan. 2002. Kaunseling Kerjaya Menurut Perspektif Islam. Kertas kerja

sarjana Bimbingan dan Kaunseling. April 2002. Fakulti Pendidikan UTM, Skudai,

Johor.

Zuraidah Abdul Rahman. 2001. Pengenalan Kaunseling Kelompok. Kuala

Lumpur: Utusan Publication.

19

Page 20: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

Tugas dan Tanggungjawab Kaunselor

Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah

Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan

perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu

bapa dan bekas pelajar.

3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori

pelajar.

4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling

kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling

kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan

pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling

individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk

semua pelajar.

8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti

pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM,

SPVM dan STPM.

9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti

pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

20

Page 21: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang

melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti

perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan

Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti

konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-

agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses

pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan

sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan

profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi

menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan

siapa sahaja yang memerlukannya.

18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi

luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum

sekolah.

20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar

seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan

sebagainya.

21

Page 22: 1.Peranan Kaunselor Penerapan Nilai Program Kaunseling Remaja

Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

22