pendekatan 1

8
PENDAHULUAN Kebanyakan murid mengenali huruf-huruf abjad. Pada hari ini, murid hidup dalam sekitar yang penuh dengan huruf dan lambing. Penggunaan sistem ejaaan BM alphabetik dan fonemik. Penggunaan suku kata Bahasa Melayu mudah dan jelas serta Kebanyakan murid mempunyai kosa kata yang sama dan asas PENDEKATAN KOMUNIKATIF Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan komunikatif, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris, maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday telah membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut: Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu. Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain. Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud. Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan. Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat. Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.

Upload: jamilinordin

Post on 22-Jun-2015

1.120 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan 1

PENDAHULUAN

Kebanyakan murid mengenali huruf-huruf abjad. Pada hari ini, murid hidup dalam

sekitar yang penuh dengan huruf dan lambing. Penggunaan sistem ejaaan BM

alphabetik dan fonemik. Penggunaan suku kata Bahasa Melayu mudah dan jelas serta

Kebanyakan murid mempunyai kosa kata yang sama dan asas

PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan

komunikatif, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan

dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori

pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut

teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti

pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris, maka pendekatan

pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan

oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday

telah membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam

kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut:

Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu.

Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain.

Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain.

Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud.

Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan.

Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat.

Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.

Page 2: Pendekatan 1

Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina

pendekatan pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa

seperti Keith Morror, H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit

dan lain-lain telah cuba membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan

teori Halliday.

Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna sangat

diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan

komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz.

Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat,

pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran

bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang

dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran.

Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau

memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan

bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi

dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan

komunikatif.

Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa perkara

penting yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina

berdasarkan pendekatan komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara.

Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur,

pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar.

Kedua, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik

dan menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi

dalam dunia yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan

atau pergaulan.

Page 3: Pendekatan 1

Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa sebagai

alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan.

Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya

komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa

yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang

bersifat reseptif.

Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi

pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan murid-

murid.

Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kseilapan perlu

dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan.

Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru

seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana

penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan

sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.

Kesimpulannya dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar

menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat.Justeru,guru perlu

memastikan dan menggalakkan pelajar menulis, sama seperti menyatakan kepada

pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca

termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.

Page 4: Pendekatan 1

KAEDAH FONIK

Kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol

(huruf) dan ‘bunyi’(grapheme phoneme relationship) supaya mereka dapat membaca

(membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi.

Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, tetapi diajar bunyi-bunyi· huruf. Oleh itu,

lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya

Misalnya ‘a’· dibunyikan ‘aa’·, ‘t’· ² tah·, ‘s’· ‘ss’·. ‘u’· ² ‘uu’«·, ‘z’· ² ‘zz’« dan

sebagainya.

Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula

dibina. Misalnya, ‘ba’·, ‘da’·, ‘tu’·, ‘ka’·, ‘lu’·, ‘mi’ dan sebagainya.

Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan ²

‘dada’·, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’, dan sebagainya.

Sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang

agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’

Dan juga suku kata perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai

sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan- perkataan Melayu.

Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan

dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut

Page 5: Pendekatan 1

Cara penyampaian

Murid menghafaz bunyi huruf (bukan nama huruf) sebagai contoh murid melihat

lambang dan menghafaz bunyinya, Huruf a dibunyikan aa dan z dibunyikan zi.

Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya :

ba tanpa membunyikan be dan aa

Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan

bu + ta = buta

bu + ka = buka

Pembacaan ayat-ayat mudah :

Ibu beli buku.

Ibu buka buku.

Ibu baca buku.

Oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi, huruf hanyalah simbol belaka. Menurut

Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah simbol yang

dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Dengan bunyi yang ditetapkan,

huruf akan menjadi satu unsur bahasa.

Oleh itu, proses pengajaran bacaan asas hendaklah ditumpukan kepada bunyi-bunyi

yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyibunyi tersebut membawa makna, bukan

hurufnya. Mohd Hilmi Haji Ismail menyatakan bahawa sistem ejaan BM ialah fonemik

dan oleh sebab suku katanya jelas, maka kaedah suku kata sesuai sekali digunakan

untuk mengajar peringkat prabacaan.

Page 6: Pendekatan 1

KAEDAH PANDANG SEBUT

Cara penyampaian

Murid terus diperkenalkan kepada perkataan. Selalunya perkataan tersebut ditulis pada

kad imbasan bergambar. Kemudian, murid-murid diperkenalkan kepada ayat-ayat

mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya:

Saya ada buku.

Buku saya baru.

Saya suka baca buku.

Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka pengajaran

prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut. Pengajaran tidak akan

seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan pengalaman murid.

Proses mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid

telah menguasai sejumlah perkataan. Menurut Goodman, pengalaman pembacaan

murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali

atau diketahui mereka

Page 7: Pendekatan 1

KAEDAH KOMUNIKATIF

Kaedah ini berasaskan teori interaksi. Penganjur kaedah ini berpegang kepada

beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah

berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak. Oleh sebab proses pemerolehan

bahasa kanak –kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa, maka

pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa (tatabahasa) serta

kecekapan komunikatif (ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan)

Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih berkesan

sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan

proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kanak-kanak menguasai makna terlebih

dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam

struktur ayat yang tertentu. Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan

aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan

lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsure-unsur bahasa

dalam teks dan wacana. Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada

aktiviti latih amal atau latih tubi unsure-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu

memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-unsur tatabahasa yang dilatih tubi.

Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses pemerolehan

bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku

dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar-

pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya

kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan

bahasa, tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai

kecekapan menggunakan unsure-unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks.

Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti ini, pelajar diberi peluang

untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh

Page 8: Pendekatan 1

guru. Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan pelajar-pelajar memilih dan

menggunakan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih dalam praaktiviti untuk

berinteraksi dalam konteks social yang diberi.

Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar

dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab

dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur bahasa

dalam praakktiviti.

Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi Bahasa

Melayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak

dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi.Guru dapat

menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti pengajaran.

Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru. Murid yang diajar mellalui

kaedah ini berminat untuk belajar.Walau bagaimanapun, guru yang menggunakan

kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku

teks sebagai bahan pengajaran.