pemulihan oku

Upload: mohd-faizal-bin-yahaya

Post on 30-May-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    1/17

    PEMULIHAN, PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN OKU

    1. LATAR BELAKANG

    1.1 Sejak pengistiharan Tahun Antarabangsa Orang KurangUpaya 1980 dan pelancaran The World Programme of ActionConcerning Disabled Persons 1982 Malaysia turutmemperkenalkan berbagai-bagai polisi dan program untukmembaiki kualiti kehidupan golongan orang kurang upaya.Penyertaan dan penglibatan komuniti bermula apabila komunitimengambil bahagian dalam mengintegrasi golongan orangupaya. Kerajaan pula memulakan dasar dengan propagandaKebajikan Tanggungjawab Bersama.

    1.2 Seperti Negara-negara membangun, sejak mencapaikemerdekaan Malaysia telah mengalami pertumbuhan dariaspek sosial dan ekonomi. Selaras dengan itu, Malaysia telahmembentuk Dasar Kebajikan Negara (DKN) pada tahun 1990.DKN bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kestabilanmasyarakat untuk pembangunan negara. Selaras denganhasrat kerajaan melalui Wawasan 2020, ingin menjadikanMalaysia sebagai negara yang menitikberatkan pembangunanmenyeluruh dan seimbang kepada semua masyarakat. Dasardan program kepada golongan orang kurang upaya di negaraini adalah berdasarkan strategi dan matlamat yang terkandung

    dalam Dasar Kebajikan Negara untuk mencapai keyakinan diridan persamaan peluang di samping mewujudkan semangatsaling bantu membantu serta berbudaya penyayang.

    1.3 Pertumbuhan ekonomi yang dicapai telah memberipeluang kepada semua masyarakat memperolehi pengagihanyang adil. Pengumpulan kekayaan negara di tangan segelintirindividu diharapkaan tidak lagi berlaku demi kestabilan negara,setiap rakyat patut diberi peluang dan hak yang sama rata untukmenikmati kejayaan negara termasuk kepada golongan orangkurang upaya. Bagi mencapai Wawasan 2020 ini Malaysia telahmengadakan berbagai perancangan, strategi, program danaktiviti dengan kolaborasi berbagai sektor untuk mewujudkannegara maju melalui rancangan-rancangan pembangunan yangcekap dan pentas.

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    2/17

    2. DEFINISI OKU

    2.1 Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2007, Orang Kurang

    Upaya (OKU) itu bermaksud seperti berikut:

    Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjangfizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksidengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaanpenuh dan berkesan mereka dalam masyarakat .

    2.1. Bagi maksud pendaftaran, Jabatan Kebajikan Masyarakattelah mengklasifikasikan orang kurang upaya kepada enamkategori utama kecacatan/ ketidakupayaan seperti berikut:-

    BIL. KATEGORI PENJELASAN

    I KurangUpayaPendengaran

    D

    a) Minimum ( Mild) - (20 - < 30 db)

    b) Sederhana (Moderate) - (30-< 60db)

    c) Teruk ( Severe ) - (60 - < 90 db)

    d) Sangat Teruk ( Profound ) - (> 90db)

    II KurangUpaya

    Penglihatan

    B

    a) Buta (Blind)

    Penglihatan kurang daripada3/60 pada mata yang lebih baikwalaupun dengan menggunakanalat bantu penglihatan (cerminmata)

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    3/17

    b) Terhad (Low Vision/PartiallySighted)

    Penglihatan lebih teruk dari 6/18tapi sama dengan atau lebih baikdaripada 3/60 dalam mata yanglebih baik penglihatannyawalaupun dengan menggunakanalat bantu penglihatan (cermin

    mata)

    c) TunnelVision

    Pandangan yang terhad

    kepada satu arah dan dalam

    ruangan sehala.

    III KurangUpaya Fizikal

    PH

    Kecacatan anggota badan misalnya -Penyakit Polio, Kudung, MuscularDystrophy, Myopathy, Neuropathy,Osteogenesis Imperfecta, kerdil dll.

    IV CerebralPalsy

    CP

    a. Hemiplegia

    Cerebral Palsy yang melibatkansebelah bahagian badan

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    4/17

    b. Diplegia

    Cerebral Palsy yang melibatkankedua-dua belah kaki

    c. Quadriplegia

    Cerebral Palsy yang melibatkankedua-dua belah tangan dankaki.

    V MasalahPembelajaran

    DL

    Diagnosa perubatan dibawahkategori ini merangkumi :

    a. Lewat Perkembangan (GlobalDevelopmental Delay)(bagikanak-kanak berumur < 3 tahun)

    b. Downs Syndrome

    c. Autisme

    d. Attention Deficit HyperactiveDisorder

    e. Terencat Akal ( MentalRetardation) (bagi kanak-kanakberumur > 3 tahun)

    f. Masalah pembelajaranspesifik seperti dyslexia,dysgraphia, dyscalculia dll

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    5/17

    VI Lain-lain Diagnosa perubatan dibawahkategori ini merangkumi semuamasalah kurang upaya yang tidakdinyatakan dalam format

    nota:

    1. Slow learner ialah kanak-kanak yang menghadapimasalah dalam pembelajaran yang mungkin disebabkanoleh faktor intelek dan/atau persekitaran. Ia boleh dibetulkandengan bimbingan di kelas pemulihan. Kanak-kanak ini

    perlu dinilai semula sekiranya masih menghadapi masalah pembelajaran selepas mendapat bantuan dari kelas

    pemulihan. Kanak-kanak dalam kategori ini perlu didaftarkandengan Unit Pendidikan Khas untuk mendapat kemudahanpendidikan khas.

    4. KAD KENAL DIRI OKU

    4.1 Kad Kenal Diri OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang

    dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar denganJabatan bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Kad tersebut terbahagi kepada 6 jeniswarna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti berikut:-

    i. Pengelihatan - Biru

    ii. Pendengaran - Ungu

    iii. Fizikal - Hijau

    iv. Cerebral Palsy - Merahv. Masalah Pembelajaran - Kuning

    vi. Lain-lain - Oren

    4.2 Pendaftaran dan kad Kenal Diri

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    6/17

    4.2.1 Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data atau statistikbagi maksud perancangan perkhidmatan/program pemulihan,pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal.Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ianyaseharusnya digalakkan bagi mendapat segala kemudahan dan

    insentif yang disediakan oleh Kerajaan dan swasta.

    4.2.2 Objektif Pendaftaran dan Kenal Diri OKU

    a. Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan orangkurang upaya di negara ini bagi maksud perancanganperkhidmatan, program pemulihan, pencegahan, latihan

    dan pendidikan.

    b. Untuk merancang kesesuaian program-programlatihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurangupaya.

    c. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang

    bertepatan dengan orang kurang upaya.

    d. Untuk mengenal pasti orang kurang upaya mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diribagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.

    4.2.3 Borang borang Pendaftaran OKU

    Borang - borang Kegunaan

    Borang PermohonanPerkhidmatan JabatanKebajikan Masyarakat

    Maklumbalas

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    7/17

    Borang Pendaftarandan CadanganPenempatan OrangKurang Upaya ( 18tahun ke atas )

    Butir-butirpengesahan

    Borang Pendaftarandan CadanganPenempatan Kanak-Kanak DenganKeperluan Khas ( 0 18Tahun )

    Butir-butirpengesahanpenempatan

    Akuan Penerimaan KadKenal Diri OKU/BantuanAlat Tiruan/Sokongan Bukti

    Penerimaan

    4.2.4 Syarat syarat Pendaftaran

    a. Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia

    b. Telah disahkan/diperkaui oleh Pegawai PerubatanHospital Kerajaan

    c. Menggunakan borang yang betul

    d. Pendaftaran dijalankan di PejabatDaerah/Jajahan/Negeri OKU bermastautin

    5. PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN KEPADA OKU

    5.1 Bantuan Alat Tiruan

    Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya, membeliperalatan tiruan/sokongan seperti kerusi beroda, kaliper, anggotatiruan, tongkat putih (white cane), mesin Braille dan lain-lainperalatan yang tidak termampu dibeli oleh orang kurang upaya.Dengan adanya alat ini mereka boleh bergerak bebas danmencari nafkah hidup tanpa bergantung sepenuhnya pada oranglain.

    Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    8/17

    (i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(ii) Keperluan penggunaan alat dengan pengesahan

    dan sokongan Pegawai Perubatan/Doktor

    (iii) Ketidakmampuannya membeli(iv) Sumbangan bagi membeli alat itu (jika perlu)

    5.2 Geran Pelancaran

    Bertujuan membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuandan kemahiran bagi menjalankan projek jayadiri atau perniagaankecil yang mana mereka tidak dapat menjalankannya sebelum inidisebabkan ketiadaan modal dan peralatan. Geran ini

    membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancanganjayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Hadmaksimum geran pelancaran ialah RM 2,700.00.

    Kelayakan :

    (i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.(ii) Orang Kurang Upaya yang mempunyai

    pengetahuan/kemahiran bagi menjalankan perniagaan kecilsebagai mata pencarian.

    (iii) Orang Kurang Upaya yang mempunyai minat dalambidang keusahawanan.

    (iv) Keutamaan hendaklah diberi kepada bekas pelatihinstitusi atau klien Jabatan.

    5.3 Elaun Pekerja Cacat (EPC)

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    9/17

    Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerjadan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atauorang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:

    (i) Sebagai penyenggaraan pendapatan (incomemaintenance) untuk memenuhi keperluan asas.

    (ii) Sebagai elaun insentif/perangsang bagi menggalakkanseseorang yang kurang upaya berminat untuk berkerja danberdikari.

    (iii) Untuk meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya.

    Kelayakan:

    Pekerja orang kurang upaya termasuk yang bekerja secarasendiri atau bekerja dengan majikan termasuk pekerja di BengkelTerlindung JKMM dan Bengkel Terlindung yang dikendalikan olehpertubuhan sukarela (NGO) serta pekerja di bawah ProgramRumah Kelompok (termasuk Taman Sinar Harapan) adalah layakmenerima elaun ini sebanyak RM 200.00 sebulan sekiranyasyarat berikut dipenuhi:-

    i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakatsebagai orang kurang upaya;ii) Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM

    750.00 sebulan tidak termasuk pendapatankeluarga;

    iii) Berumur 16 tahun ke atas;

    Pemohon mestilah menyertakan slip gaji/surat pengesahanpendapatan daripada majikan/surat pengesahan pendapatan

    daripada pemohon sendiri bagi yang bekerja sendiri.

    9. PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN KHIDMAT NASIHAT

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    10/17

    Bagi orang kurang upaya atau keluarga mereka yang menghadapimasalah dari segi emosi, keyakinan diri dan sebagainya ataumemerlukan maklumat berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yangdiperlukan, bolehlah mendapatkan khidmat tersebut daripadaPegawai/Pembantu Kebajikan Masyarakat yang berkelayakan atau

    kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri-Negeri.

    10. AGENSI-AGENSI LAIN YANG TERLIBAT DALAM PERKHIDMATAN,PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN OKU

    Selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, agensiKerajaan yang lain dan Pertubuhan Kebajikan Sukarela ( NGOs ) jugaterlibat dalam perkhidmatan pemulihan bagi orang kurang upaya.Agensi-agensi berkenaan adalah seperti Kementerian KesihatanMalaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (Jabatan Pendidikan Khas),Kementerian Sumber Manusia (JabatanTenaga Kerja), PertubuhanKebajikan Sukarela dan lain-lain.

    10.1. Kementerian Kesihatan- Program Pengesanan Awal (Early

    Intervention) memberi rawatan danpemeriksaan untuk kemasukan keInstitusi Kebajikan.

    10.2. Jabatan Pendidikan - Menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas (kurangupaya penglihatan, kurang upayapendengaran dan masalahpembelajaran) melalui tiga program

    iaitu (i) Sekolah Khas, (ii) ProgramIntegrasi dan (iii) Program Inkulsif diperingkat sekolah rendah dansekolah menengah. Programintergrasi juga disediakan bagipelajar kurang upaya pendengarandi Sekolah Teknik dan Politeknik.

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    11/17

    10.3. Jabatan Tenaga Kerja - Menggalakkan pihak swastamenyediakan peluang pekerjaankepada golongan orang kurang

    upaya melalui JawatankuasaPenggalakan Penggajian OrangKurang Upaya Di Sektor Swasta.

    10.4. Pertubuhan Keb. Sukarela - Mengadakan Pusat Harian danPusat Latihan bagi orang kurangupaya sebagai perkhidmatansokongan terhadap program-program Kerajaan dan juga sebagai

    memenuhi tanggungjawabmasyarakat dalam pemulihangolongan tersebut.

    11. KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN KEPADA OKU OLEHAGENSI-AGENSI LAIN

    11.1 Kemudahan Pendidikan

    Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khasmenyediakan program khas kepada kanak-kanak dari kategorikurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalahpembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolahpendidikan khas dan melalui program integrasi dan inklusif disekolah biasa.

    Kerajaan mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukanpelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti

    latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaanKementerian Pelajaran. Bagi Pelajar yang berjaya melanjutkanpelajaran di Institut Pengajian Tinggi diberi elaun bulanansebanyak RM 300.00 sebulan (Kemudahan ini adalah di bawahkelolaan Kementerian Penggajian Tinggi). Pelajar-pelajarkurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengahdiberikan elaun sebanyak RM 25.00 sebulan ( Kemudahan ini dibawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas).

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    12/17

    11.2 Kemudahan Akses Untuk Orang Kurang Upaya

    Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telahmengambil inisiatif dan memainkan peranan dalammenggalakkan pelbagai kemudahan diwujudkan bagi

    membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satudaripada pencapaian ini ialah penubuhan JawatankuasaTeknikal yang urus setianya ialah SIRIM telah merangka KodAmalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awamyang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang KecilBangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di manabangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akseskepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah ram danrailings, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khasdengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas

    khas dan sebagainya.

    11.3. Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan

    Pada tahun 1981 Kerajaan memperluaskan potongan cukaiberganda kepada majikan-majikan yang melatih dan mengambilpekerja kurang upaya.

    Mulai tahun tahun 1991 Kerajaan memberi pelepasan cukai

    sebanyak RM5,000 kepada pembayar cukai yang mempunyaianak kurang upaya di bawah umur 18 tahun.

    Kerajaan juga memberi pelepasan cukai sehinggaRM5,000(maksimum) kepada pembayar cukai bagi membelialat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak danibubapa yang kurang upaya.

    Kerajaan telah memberi pelepasan cukai tambahan sebanyakRM6000.00 sebagai tambahan kepada pelepasan diri sebanyakRM8,000.00 dan pelepasan tambahan sebanyak RM3,500

    kepada pasangan yang kurang upaya sebagai tambahankepada pelepasan sebanyak RM3,000.00 mulai tahun 2005.

    11.4 Pengecualian Cukai Jalan

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    13/17

    Jabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahanpengecualian cukai jalan (road tax) bagi orang kurang upayafizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikalbuatan tempatan mulai tahun 2004.

    Syarat-syarat :

    i) Kereta, van dan motosikal nasional sahaja;

    ii) Berdaftar dengan JKM (kurang upaya anggota);

    iii) Kenderaan didaftarkan di bawah nama pemohon;

    iv) Memiliki lesen memandu yang sah.

    v) Pengecualian diberi hanya pada sesebuahkenderaan dalam satu masa.

    11.5 Kemudahan Pengangkutan Awam

    Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutansupaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya.Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan

    telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurangupaya. Antaranya adalah SISTEM PENERBANGAN MALAYSIAmemberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangandalam negeri, KERETAPI TANAH MELAYU (KTM) memberitambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagisemua kelas, Syarikat bas TRANASIONAL memberi konsesi50% dari harga tambang dan RAPID KL memberi kemudahantambang percuma kepada golongan kurang upaya.

    11.6 Kemudahan Perumahan

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakankemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagimenyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKLdengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orangkurang upaya.

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    14/17

    Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) memberi diskaunsebanyak 20 peratus kepada golongan kurang upayaberpendapatan rendah untuk memperolehi rumah kos rendahdan sederhana.

    11.7 Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan

    Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan diHospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaranpakar dan ubat-ubatan.

    11.8 Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan

    Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atasperkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan(pasport antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

    11.9. Kemudahan Peluang Pekerjaan

    Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepadagolongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan

    Bil. 10 / 1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluangpekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golonganorang kurang upaya.

    Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan PengajianOrang Kurang Upaya di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalamtahun 1990 di bawah Jabatan Tenaga Rakyat SemenanjungMalaysia. Jawatankuasa ini adalah bertujuan untukmenggalakkan majikan di sektor swasta memberi peluangpekerjaan kepada orang kurang upaya. Kod Amalan PenggajianOrang Kurang Upaya di Sektor Swasta memberi garis panduan

    kepada agensi Kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja,kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya sertaorang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatankerja di sektor swasta. Orang kurang upaya, boleh membuatpendaftaran di mana-mana Pejabat Tenaga Kerja Negeri danDaerah atau melalui Perkhidmatan Pendaftaran SecaraOnline (SPOku) di http://www.elx.gov.my/

    http://www.elx.gov.my/http://www.elx.gov.my/
  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    15/17

    11.10. Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya

    Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke

    atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orangkurang upaya.

    11.11 Pengecualian 50% Duti Eksais Ke atas Kenderaan OKUAnggota

    Kementerian Kewangan telah memberikan pengecualian 50%Duti Eksais ke atas kenderaan cacat anggota yangberkeupayaan memandu sahaja dengan syarat :

    i) Pemohon Berdaftar dengan JKM

    ii) Pemohon memiliki lesen memandu yang sah

    iii) Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmiliksehingga tamat tempoh 10 tahun kecuali dengankebenaran Perbendaharaan; dan

    iv) Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuahkenderaan bagi setiap 10 tahun.

    11. 12 Pencen Terbitan

    Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepadaanak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

    Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakanpencen terbitan kepada anak/tanggungan kurang upaya bagipenjawat awam yang meninggal dunia.

    Tafsiran anak cacat

    Seorang anak yang tidak kira apa jua umur yang cacat akal atauhilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidakberupaya untuk menanggung dirinya sendiri.

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    16/17

    Prosedur

    i. Waris hendaklah mengemukakan permohonan dengan

    menyatakan jenis kecacatan anak tersebut.ii. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri berkenaan

    diminta membuat siasatan.

    iii. Waris hendaklah membawa anak tersebut kepada PakarPerubatan Kerajaan bagi penyakit berkenaan untukdilengkapkan Laporan Pemeriksaan Pakar Perubatan.

    iv. Dokumen-dokumen yang diperlukan:-

    a. 1 salinan Surat Beranak anak tersebut dan salinanKad Pengenalan bagi anak yang berumur lebih 18

    tahun.

    b. Sekeping gambar foto anak yang menunjukkananggota sepenuhnya (full length photograph).

    c. 1 salinan Kad Pengenalan waris atau penjaga (jikaanak tersebut tidak dipelihara oleh ibu/bapa kandungatau ibu/bapa kandung telah meninggal dunia).

    11.13 Waktu Bekerja Anjal Bagi PegawaiPerkhidmatan Awam Yang Mempunyai Anak-Anak Kurang Upaya

    Pegawai perkhidmatan Awam yang mempunyai anak-anakkurang upaya dibenarkan mengunakan Waktu Bekerja biasauntuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak-anak merekadengan syarat masa-masa yang digunakan itu digantikan bagitujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatanKerajaan tidak terjejas.

    11.14 Kemudahan Telekom

    Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahankepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:

  • 8/14/2019 Pemulihan OKU

    17/17

    i) Bayaran Sewa bulanan dikecualikan kepadagolongan kurang upaya.

    ii) Panggilan 103 (operator) tidak dikenakansebarang caj

    iii) Menyediakan panggilan menunggu atau panggilanpindahan secara percuma.

    Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas merekalayak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagimereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga bolehmemohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak TM.

    NOTA

    Bagi setiap OKU yang ingin memperolehi insentif dankemudahan-kemudahan yang disediakan oleh JabatanKebajikan Masyarakat atau agensi-agensi kerajaan atau swastalain , MESTILAH mempunyai KAD KENAL DIRI OKU sebagaisatu perakuan yang sah bahawa mereka orang kurang upaya.

    KAD KENAL DIRI OKU hanya boleh diperolehi denganmendaftarkan diri di PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKATDAERAH di tempat tinggal OKU tersebut.