pemilikan bermanfaat (beneficial ownership)...

16
287 PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) DALAM KEWANGAN ISLAM: KEPERLUAN KEPADA SATU PARAMETER 1 Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani, Mat Noor Mat Zain, Salmy Edawati Yaacob, Ruzian Markom, Amir Fazlim bin Yusoff, Ahmad Dahlan Salleh, Mohammad Firdaus Mohammad Hatta & Hanzalah Zainal Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM ABSTRAK Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam memastikan keabsahan kontrak jual beli. Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, isu pemilikan bermanfaat menjadi topik yang hangat berikutan operasi kewangan Islam yang berjalan dalam kerangka konvensional perundangan negara. Pemilikan bermanfaat dianggap telah melanggar konsep pemilikan dalam Islam seterusnya mengenepikan maqasid Syariah. Artikel ini bertujuan menghuraikan kedudukan dan maksud pemilikan bermanfaat daripada undang- undang dan perspektif Syariah. Kajian dimulakan dengan meneliti maksud dan ciri-ciri pemilikan dalam Islam seterusnya menghuraikan asal-usul pemilikan bermanfaat dari sudut perundangan. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi menjelaskan konsep pemilikan bermanfaat dan disusuli dengan penjelasan tentang kepentingan pembinaan satu parameter bagi mengawal selia penggunaan pemilikan bermanfaat dalam kewangan Islam. Kata kunci: Pemilikan bermanfaat, pemilikan, kewangan Islam, parameter PENDAHULUAN Sektor kewangan Islam menyaksikan perkembangan dan pertumbuhan yang pesat sejak beberapa dekad yang lepas. Aset patuh Syari’ah seluruh dunia dipercayai telah mencecah nilai USD1.4 trillion pada hujung tahun 2011 dan dijangka akan terus berkembang (Standard and Poor’s Ratings Services 2012). Perkembangan ini dipandu oleh keperluan individu, kerajaan dan sektor korporat kepada alternatif yang lebih baik daripada konvensional. Tambahan pula, kerajaan Malaysia telah mempromosikan pertumbuhan kewangan Islam secara konsisten dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, beberapa penubuhan badan pengawalseliaan seperi Malaysian Islamic Financial Centre (MIFC), Islamic Financial Services Board (IFSB) and the International Islamic Liquidity Management Centre menunjukkan sokongan tulen kepada industri ini (Ariff & Rosly, 2011; Balala, 2011). Walaubagaimana pun, penawaran kewangan Islam masa kini masih mendapat kritikan dari aspek Syariah. Kritikan yang sering dikaitkan ialah produk kewangan Islam menyerupai dan meniru produk konvensional dan dianggap tidak menepati prinsip Maqāṣid al-Sharīᶜah (Dusuki & Abdullah 2011, Beck et al. 2010, Ayub 2007). Salah satu kritikan berkaitan Syariah yang diutarakan oleh sesetengah sarjana ialah isu pemilikan bermanfaat (beneficial 1 Artikel ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan Pembinaan Parameter Syariah Prinsip Pemilikan Bermanfaat (Beneficial Ownership) dalam Kewangan Islam di bawah dana FRGS/1/2015/SS01/UKM/03/2

Upload: trinhkhanh

Post on 03-Feb-2018

360 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

287

PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) DALAM

KEWANGAN ISLAM: KEPERLUAN KEPADA SATU PARAMETER1

Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani, Mat Noor Mat Zain, Salmy Edawati Yaacob,

Ruzian Markom, Amir Fazlim bin Yusoff, Ahmad Dahlan Salleh, Mohammad Firdaus

Mohammad Hatta & Hanzalah Zainal

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

ABSTRAK

Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam memastikan keabsahan kontrak jual beli.

Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, isu pemilikan bermanfaat menjadi

topik yang hangat berikutan operasi kewangan Islam yang berjalan dalam kerangka

konvensional perundangan negara. Pemilikan bermanfaat dianggap telah melanggar

konsep pemilikan dalam Islam seterusnya mengenepikan maqasid Syariah. Artikel ini

bertujuan menghuraikan kedudukan dan maksud pemilikan bermanfaat daripada undang-

undang dan perspektif Syariah. Kajian dimulakan dengan meneliti maksud dan ciri-ciri

pemilikan dalam Islam seterusnya menghuraikan asal-usul pemilikan bermanfaat dari sudut

perundangan. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi menjelaskan

konsep pemilikan bermanfaat dan disusuli dengan penjelasan tentang kepentingan

pembinaan satu parameter bagi mengawal selia penggunaan pemilikan bermanfaat dalam

kewangan Islam.

Kata kunci: Pemilikan bermanfaat, pemilikan, kewangan Islam, parameter

PENDAHULUAN

Sektor kewangan Islam menyaksikan perkembangan dan pertumbuhan yang pesat sejak

beberapa dekad yang lepas. Aset patuh Syari’ah seluruh dunia dipercayai telah mencecah

nilai USD1.4 trillion pada hujung tahun 2011 dan dijangka akan terus berkembang

(Standard and Poor’s Ratings Services 2012). Perkembangan ini dipandu oleh keperluan

individu, kerajaan dan sektor korporat kepada alternatif yang lebih baik daripada

konvensional.

Tambahan pula, kerajaan Malaysia telah mempromosikan pertumbuhan kewangan Islam

secara konsisten dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, beberapa penubuhan

badan pengawalseliaan seperi Malaysian Islamic Financial Centre (MIFC), Islamic

Financial Services Board (IFSB) and the International Islamic Liquidity Management

Centre menunjukkan sokongan tulen kepada industri ini (Ariff & Rosly, 2011; Balala,

2011).

Walaubagaimana pun, penawaran kewangan Islam masa kini masih mendapat kritikan dari

aspek Syariah. Kritikan yang sering dikaitkan ialah produk kewangan Islam menyerupai

dan meniru produk konvensional dan dianggap tidak menepati prinsip Maqāṣid al-Sharīᶜah

(Dusuki & Abdullah 2011, Beck et al. 2010, Ayub 2007). Salah satu kritikan berkaitan

Syariah yang diutarakan oleh sesetengah sarjana ialah isu pemilikan bermanfaat (beneficial

1 Artikel ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan Pembinaan Parameter Syariah Prinsip

Pemilikan Bermanfaat (Beneficial Ownership) dalam Kewangan Islam di bawah dana

FRGS/1/2015/SS01/UKM/03/2

Page 2: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

288

ownership) dalam penstrukturan produk kewangan Islam. Ia didakwa bersalahan dengan

konsep pemilikan atau milkiyyah sepertimana dikehendaki dalam Syariah(Al-Amine 2011).

Secara asasnya, pemilikan bermanfaat merupakan prinsip yang diguna secara meluas dalam

dokumentasi kontrak termasuk kewangan Islam. Pemilikan bermanfaat membolehkan

pemiliknya melakukan transaksi tertentu terhadap aset yang dimiliki. Pemilik tersebut ialah

seseorang menikmati manfaat daripada sesuatu aset walaupun nama pemilik didaftarkan di

atas orang lain. Pemilikan bermanfaat diperkenalkan dalam negara yang mengamalkan

sistem Common law. Menurut syariah, pemilikan (milkiyyah) merupakan syarat asas dalam

membolehkan seseorang melakukan sesuatu transaksi seperti akad jual beli secara sah.

Pemilik harta berhak menguasai zat dan menikmati segala faedah dan manfaat dalam harta

yang dimiliki. Pemindakan pemilikan daripada seseorang kepada seseorang yang lain

kebiasaannya dilakukan melalui kontrak jual beli.

Dalam konteks perbankan Islam hari ini, kontrak jual beli yang dijalankan sama ada secara

bayᶜ bithaman ājil (BBA) dan murābahah hanya memindahkan pemilikan bermanfaat

sahaja bukan pemilikan undang-undang (legal ownership). Begitu juga dalam kontrak

ijārah thumma al-bayᶜ, pemilikan bermanfaat diberikan kepada pemberi sewa (bank),

manakala penyewa dianggap sebagai pemilik undang-undang kerana didaftarkan di atas

namanya. Meskipun Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM)

mengiktiraf pemilikan bermanfaat, namun ia masih dipertikaikan oleh sebahagian sarjana.

Justeru, kertas ini bertujuan menilai dan menganalisis konsep pemilikan benefisial

sepertimana amalan semasa dalam penstrukturan produk kewangan Islam. Ia dimulai

dengan perbincangan mengenai konsep pemilikan menurut perspektif Syariah. Seterusnya,

kertas ini akan mengupas konsep pemilikan bermanfaat dalam undang-undang Barat bagi

mengenal pasti maksud sebenarnya dan sejauh mana penerimaanya dalam Syariah. Ini

diikuti dengan perbincangan mengenai keperlua kepada satu parameter syariah bagi

pemilikan bermanfaat yang boleh menjadi garis panduan yang penting untuk digunakan

oleh industri perbankan Islam ketika menstruktur produk-produk pembiayaan.

PEMILIKAN MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Pemilikan, secara etimologi, dikenali sebagai milkiyyah atau milk, yang merujuk kepada

makna pemegangan sesuatu barangan dan kemampuan untuk menggunakannya

(Fairuzabadi 1953, 3: 320). Ibn Manzur (1956, 10: 492) menjelaskan perkataan malk, mulk

dan milk merujuk kepada keadaan mempunyai sesuatu dan kemampuan mendominasi dan

menggunakannya (taṣarruf). Kadang kala, perkataan milk juga memberi konotasi harta

yang dimiliki serta dikawal oleh seseorang (al-Muslih 1988).

Dari segi istilah, pemilikan boleh ditakrifkan berdasarkan tiga bentuk pemahaman, iaitu;

(i) pemilikan sebagai satu sifat undang-undang bagi sesuatu benda yang mempunyai kesan

(hukm shar‘ī), (ii) pemilikan sebagai satu hubungan undang-undang antara pemilik dan

hartanya (ittiṣāl shari‘ī atau ikhtiṣāṣ), (iii), pemilikan didefinisikan berdasarkan kesan

perundangan terhadap harta yang dimiliki (qudrah ‘ala al-taṣarruf atau tamakkun al-

intifā‘).

Ibn al-Humam dan Ibn Nujaym daripada Mazhab Hanafi mendefinisikan pemilikan sebagai

satu kuasa undang-undang yang diberikan secara asal kepada seseorang yang

membenarkannya untuk menggunakan (taṣarruf) pada sesuatu harta kecuali jika wujud

Page 3: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

289

halangan. Sebahagian ulama Hanafiyyah mendefinisikannya sebagai satu hubungan

undang-undang antara seseorang dengan sesuatu benda yang memberinya kebebasan

mutlak untuk menggunakan (taṣarruf) dan ia bersifat eksklusif iaitu menafikan orang lain

daripada harta tersebut. al-Qarafi, ulama terkenal mazhab Maliki mendefinisikannya

sebagai hukum undang-undang (autoriti) ke atas sesuatu barangan atau manfaat yang

diberikan kepada seseorang mengharuskannya untuk mengambil faedah daripada item

yang dimiliki dan menerima ganti ruginya jika dirosakkan oleh sesiapa (al-Muslih 1988:

28-39).

Tokoh mazhab al-Shafi’i, al-Subki berpendapat bahawa pemilikan ialah sesuatu yang

bersifat maknawi dan beliau mempunyai definisi yang hampir sama dengan definisi al-

Qarafi. Segelintir ulama Shafi‘iyyah seperti Abu Shujā‘ mendefinisikannya sebagai satu

bentuk hukum eksklusif undang-undang atau ikhtiṣāṣ terhadap sesuatu item yang boleh

digunakan (al-Muslih 1988). Manakala, Ibn Taymiyyah (2002, 3: 347-348) memilih

definisi pemilikan sebagai kemampuan undang-undang yang menjustifikasikan hak

penggunaan (taṣarruf) terhadap sesuatu aset.

Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa pemilikan pada

asasnya merujuk kepada empat sifat iaitu:

1. Hubungan undang-undang dan eksklusif antara seseorang dengan sesuatu benda

sama ada sesuatu a‘yān (aset ketara/tangible) atau manāfi‘ (aset tidak

ketara/intangible).1

2. Tujuan utama pengeksklusifan ialah memberikan hak kepada pemilik untuk

menggunakan barangan yang dimiliki atau melupuskannya (taṣarruf).

3. Kemampuan untuk mengguna dan melupuskan barangan yang dimiliki boleh

terhalang dengan sebab halangan yang sah.

4. Kemampuan untuk menggunakan dan melupuskan (taṣarruf) boleh muncul secara

primer (ibtiā‘) dan juga sekunder melalui kontrak (wakālah).

Oleh itu, pemilikan (milkiyyah) boleh ditakrifkan sebagai suatu hubungan eksklusif yang

wujud antara objek yang dimiliki dan pemilik, di mana ia memberi hak kepada pemilik

untuk menggunakannya dan hak taṣarruf objek tersebut dalam apa jua cara yang tidak

diharamkan syarak. Sekalipun taṣarruf menjadi elemen penting dalam pemilikan, ia boleh

terhalang dengan sebab-sebab tertentu yang diiktiraf oleh syarak

PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM UNDANG-UNDANG

Secara umumnya, istilah pemilikan bermanfaat (beneficial ownership) digunakan sebagai

maksud berlawanan dengan pemilikan undang-undang (legal ownership). Meskipun ia

diguna secara meluas dalam kewangan Islam, tidak dapat dinafikan bahawa asal usulnya

dikembalikan kepada undang-undang Inggeris. Sebelum membuat penilaian berdasarkan

Syariah, subtopik ini akan menjelaskan maksud beneficial ownership menurut asal-

usulnya. Oleh itu, metode terbaik ialah meneliti maksud beneficial ownership dari segi

undang-undang terlebih dahulu.

Sehubungan dengan ini, Al-Qurahdaghi (2014: 2) ketika membentangkan kertas utama

dalam International Shari’ah Scholars Forum (ISSF) kali ke-9 di Kuala Lumpur,

menyuarakan:

Page 4: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

290

ونيا قان مطلوبة لدقة الحكم ، فال يجوز أن نذكر مصطلحا -ومن جانب آخر فإن رعاية المعنى االصطالحي لدى صاحبه

لبعض شروطنا ، وحينئذ نذكر له حكمه ، بل المطلوب أن نذكر حكمه كما له معناه الخاص لدى القانونيين ، ثم نخضعه

ضبط بكذا وكذا فهو جائز ، وحينئذ خرج بهذه الضوابط من دائرة القوم ، وأصبح له معنى هو لدى القوم ، ثم نقول : إن

.جديد جديد وحكم

Maksudnya: Dari satu sudut lain, mengambil kira makna teknikal menurut pakarnya sangat

dituntut untuk mendapatkan hukum yang tepat. Justeru, tidak harus menyebut sesuatu

terma undang-undang yang mempunyai makna khusus di sisi ahli undang-undang, dan

kemudian kita meletakkan syarat-syarat kita sendiri, lalu menyebut hukumnya. Akan tetapi,

apa yang perlu ialah kita menyebut hukumnya mengikut kehendak ahlinya, kemudian kita

mengatakan, “jika diwujudkan parameter begitu atau begini, maka ia harus” dan ketika

itu, dengan parameter tersebut, ia terkeluar daripada skop yang ahlinya, dan ia membawa

makna dan hukum yang baru”.

Dari segi sejarah, asal usul konsep pemilikan bermanfaat atau beneficial ownership kembali

kepada sejarah undang-undang amanah (trust law) pada kurun ke 12 hingga 13 yang

muncul daripada prinsip ekuiti (Brown 2003: 405; George 1999: 1) sepertimana

dibincangkan oleh Cervantes (2009: 25) , Weeghel (1998: 87) dan lain lain. Istilah ini

difahami sebagai istilah yang berlawanan dengan pemilikan undang-undang atau legal

ownership. Selain itu terdapat beberapa terma yang juga sering digunakan bagi

menunjukkan maksud yang sama iaitu beneficial interest, beneficial title, equitable

ownership dan equitable title.

Perkataan “beneficial” ditakrifkan dalam Black’s Law Dictionary edisi ke-4 (Black, 1968:

198) sebagai “tending to the benefit of a person; yielding a profit, advantage, or benefit;

enjoying or entitled to a benefit or profit” iaitu merujuk kepada manfaat seseorang,

mendapatkan keuntungan, kelebihan, atau manfaat; menikmati atau berhak kepada manfaat

atau keuntungan. Terma ini juga digunapakai dalam hal berkaitan tanah sebagai ‘beneficial

interest’ dan kepada seseorang pemilik sebagai ‘beneficial owner’. Brown (2003)

mendapati bahawa sifat ‘beneficial’ apabila ditambah perkataan ‘owner’, banyak

digunakan dalam konteks perundangan. Tujuan utama ialah membuat perbezaan antara hak

dan kuasa seseorang yang memegang harta untuk manfaat sendiri dan seseorang yang

memegang harta untuk kegunaan dan manfaat orang lain. Seolah-olahnya, ia bermaksud,

pemilikan ini ditentukan oleh undang-undang. Sebagaimana yang dinyatakan, ia sering

dirujuk dalam undang-undang amanah (trust law), di mana trustee mempunyai legal title

sesuatu harta sedangkan benefisiari mempunyai beneficial title. Ini bemaksud, sekalipun

mempunyai legal title, trustee hanya memegang harta untuk manfaat benefisiari iaitu

beneficial owner.

Biasanya istilah pemilikan benefisial digunakan dalam hal ehwal berkaitan tanah.

Penggunaan konsep pemilikan benefisial di Malaysia ialah disebabkan oleh kekangan

undang-undang yang sedia ada. Investopedia mendefinisikan pemilik benefisial sebagai “a

person who enjoys the benefits of ownership even though title is in another name”.2

Menurut kamus undang-undang Black’s Law Dictionary Edisi ke-9, pemilik benefisial

(juga dikenali pemilik ekuiti (equitable owner) ialah seseorang yang diiktiraf dalam Ekuiti

sebagai pemilik sesuatu benda kerana use (penggunaan) dan title (milik) menjadi

kepunyaan beliau, meskipun legal title (milik undang-undang) mungkin di bawah

kepunyaan orang lain, terutamanya seseorang yang mana harta miliknya dipegang secara

amanah. Black’s Law Dictionary turut mendefinisikannya dalam konteks pelaburan

sekuriti di mana pemilik benefisial ialah pemegang saham korporat yang mempunyai kuasa

Page 5: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

291

untuk membeli dan menjual saham, tetapi tidak didaftarkan dalam sukuk syarikat sebagai

pemilik.

Berdasarkan definisi-definisi di atas, ini bermakna pemilik benefisial berhak menggunakan

dan menikmati tanah yang dimilikinya secara benefisial meskipun masih belum didaftarkan

atas namanya. Definisi yang sama turut direkodkan oleh Islamic Finance Law

Harmonisation Committee (Bank Negara Malaysia 2013: 97) iaitu “a person who enjoys

the benefits of land ownership even though the land title is in another’s name”. Ini

menunjukkan bahawa pemilik benefisial ialah pemilik sebenar dari segi undang-undang

yang menikmati segala manfaat dan faedah aset meskipun tidak mempunyai hak milik

undang-undang (legal title).

PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM KEWANGAN ISLAM

Sebelum penafsiran fiqah dilakukan terhadap pemilikan bermanfaat dalam kewangan

Islam, isu pemindahan milik melalui kontrak jual beli perlu dijelaskan dari segi Syariah.

Kontrak jual beli ialah akad asas yang dipakai dalam produk pembiayaan.

Implikasi Akad Al-Bayᶜ Dari Sudut Pemilikan

Menurut Syariah, setiap akad al-bayᶜ akan melibatkan pemindahan milik sebagaimana

disepakati oleh ulama seperti al-Kāsānī (1986), ᶜUlayyash (1989), al-Nawawī (2002) dan

Ibn Qudāmah (1985), sama ada aset pendasar ialah harta alih atau harta tak alih. Sebagai

contoh, Al-Nawawī (2001), tokoh mazhab al-Shafi’i, berpendapat bahawa aset kontrak al-

bay sama ada harta alih atau tak alih, akan berpindah sebaik sahaja akad jual beli dimeterai.

Dengan kata lain, selesai sahaja ijāb dan qabūl dimeterai, aset akan berpindah milik.

Walaubagaimanapun, pembeli hendaklah menerima (qabḍ) objek akad jual beli tersebut

kerana ia menentukan status siapa yang menanggung liabiliti terhadap aset jika berlaku

kerosakan atau kemusnahan. Ini kerana selagi mana objek berada dalam qabd penjual,

risiko kerosakan dan kemusnahan di bawah tanggungjawabnya. Al-Nawawi (1991)

menjealskan hukum ini:

للقبض حكمان . أحدهما : انتقال الضمان إلى المشتري . فالمبيع قبل القبض من ضمان البائع ، ومعناه أنه لو تلف انفسخ

العقد وسقط الثمن

Maksudnya: “Di sana terdapat dua hukum yang dicetuskan oleh qabḍ (penerimaan);

pertama ialah pemindahan ḍamān (liabiliti) kepada pembeli. Objek jual beli berada di bawa

liabiliti penjual sebelum qabd berlaku. Ini bererti jika objek tersebut musnah, akad akan

terfasakh dan harga akan tergugur”.

Tambahan pula, ijāb dan qabūl pula boleh dinyatakan secara lisan atau apa jua cara yang

menunjukkan elemen kerelaan (redha) pihak-pihak berkontrak. Ia tidak perlu kepada

penulisan atau dokumentasi. Artikel ini akan melihat takyīf fiqhī pengunaan beneficial

ownership sama ada dalam harta alih atau tak alih. Takyif ini akan berdasarkan kepada asas

Syariah bahawa pindah milik berlaku dengan ijāb dan qabūl. Analisis fiqh akan dijalankan

berdasarkan kefahaman seperti ilustrasi di bawah:

Page 6: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

292

Ilustrasi 1: Pindah milik dalam akad al-bay’ (jual beli) dalam kes penggunaan legal

dan beneficial ownership mengikut undang-undang

Sumber: Berdasarkan pemahaman pengkaji dari sudut undang-undang

Sepertimana dalam ilustrasi di atas, timbul isu Syariah mengenai maksud sebenar

penggunaan istilah beneficial ownership? Apakah maqāṣid (tujuan) penggunaannya dalam

kewangan Islam menurut undang-undang? Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan

terdapat beberapa tujuan telah dikenalpasti. Antaranya ialah kerana kekangan undang-

undang di kebanyakan negara. Saeed & Salah (2012) dan Al-ᶜAnzī (2014) menyatakan

dalam kes sukuk (asset-based sukuk), ia suatu yang mustahil untuk mendaftar aset harta tak

alih atas nama warga asing. Ini menyebabkan pelabur asing tidak akan mempunyai legal

ownership terhadap aset (Alāro 2014). Malahan sangat mustahil untuk mendaftar harta tak

alih atas nama ribuan pelabur. Maka, negara akan memegang aset pendasar sebagai amanah

bagi pihak pelabur. Dengan kata lain, legal ownership masih kekal bersama SPV, dan

pelabur hanya memiliki beneficial ownership aset tersebut. Isu yang sama juga boleh dilihat

dalam kes BBA yang melibatkan tanah rezab Melayu seperti dalam kes Dato’ Hj Mahmud

bin Daud v Bank Islam Malaysia Berhad (1998)2

Selain itu, cukai juga menjadi faktor kedua kepada pembahagian pemilikan kepada legal

dan beneficial. Al-ᶜAnzī (2014) berpendapat bahawa legal owner hanyalah pemegang

amanah kepada aset. Ini turut disokong oleh Al-Qurahdaghi (2014), di mana beliau

menyandarkan kepada resolusi AAOIFI 2013 mengenai sukuk bahawa diharuskan untuk

mendaftarkan aset pendasar atas nama orang lain, atas sebab perundangan, percukaian atau

keperluan prosedur tertentu dengan syarat aset telah berlaku pindah milik mengikut

Syariah.

Al-Shubaylī (2013) menyebut faktor ketiga iaitu pemisahan antara legal dan beneficial

ownership dilakukan kerana tujuan mengurangkan risiko kredit dalam sesetengah kontrak

bertangguh. Jika seseorang membeli asset (tanah) melalui kemudahan pembiayaan bank,

biasanya pihak bank akan memegang legal ownership, di mana pelanggan memegang

beneficial ownership. Namun, selepasa semua kredit diselesaikan, pelanggan akan

2 [1996] 4 MLJ, 295 (High Court); dan [1998] 3 MLJ, 393 (Appeal Court)

A (penjual) B (pembeli)

A jual aset kepada B

Milik dipindahkan

Cuma, hanya beneficial ownership

yang berpindah

Pembeli ialah beneficial owner, dan penjual masih legal owner. Jika undang-

undang mengiktiraf maksud beneficial owner is a pemilik sebenar, apakah

takyif fiqhi bagi beneficial ownership?

Page 7: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

293

mendapat legal dan beneficial ownership. Perkara yang sama turut dinyatakan oleh Alāro

(2014).

ANALISIS FIQAH TERHADAP PEMILIKAN BERMANFAAT

Berdasarkan kepada beberapa faktor yang dinyatakan di atas, kajian ini mengenal pasti

empat (4) takyif fiqhi yang boleh dipadankan mengikut tujuan-tujuan tersebut:

Analisis Konsep Rahn

Berdasarkan kepada asas Syariah bahawa pindah milik berlaku sejurus akad jual beli

dimeterai, maka jika harga ditangguhkan dan pemilikan bermanfaat sahaja yang

dipindahkan kepada pembeli. Keadaan ini seolah-olah memberi indikasi bahawa barang

yang dijual telah dicagarkan kepada penjual untuk menjamin harga yang ditangguh.

Kontrak rahn boleh dipadankan dengan situasi ini. Malahan, al-‘Anzī (2014) dengan jelas

berpendapat bahawa salah satu faedah penggunaan beneficial ownership is ialah untuk

tujuan rahn. Rahn ialah as “holding an item in lieu of a legal right that may be satisfied

from that item” (Al-Zuhayli, 2002, 2: 79).

Dalam perbincangan mengenai jual beli tangguh (bay al-taqṣīṭ), Sesi ke-6 Akademi Fiqh

Islam di bawah OIC memutuskan:

ال يحق للبائع االحتفاظ بملكية المبيع بعد البيع، ولكن يجوز للبائع أن يشترط على المشتري رهن المبيع عنده لضمان

.حقه في استيفاء األقساط المؤجلة

Maknanya: “Tiada hak bagi penjual untuk mengekalkan pemilikan barang selepas akad jual

beli dibuat, tetapi dibenarkan untuk meletakkan syarat kepada pembeli untuk mencagarkan

barang tersebut kepadanya untuk menjamin haknya menuntut harga yang tertangguh”.

Di samping itu, mazhab Maliki berpendapat bahawa tidak perlu menyerahkan fizikal aset

yang dicagarkan kepada penerima cagaran (Al-Zuḥaylī 2002). Tidak seperti majoriti

fuqaha yang mensyaratkan penerimaan fizikal barang cagaran sebagai syarat sempurna

akad rahn. Namun, dari sudut maqāṣid, penyerahan dan penerimaan aset yang dicagar tidak

seharusnya dilihat dalam bentuk ritualistik. Secara asasnya, tujuan utama aset dicagar ialah

untuk memberi jaminan dan pengukuhan hutang yang tertangguh. the delivery and receipt

of pledged property should not be viewed in a ritualistic manner. Sehubungan dengan ini,

al-Zuhayli (2002:, v.2, p. 108) merumuskan:

“…peruntukan undang-undang sivil kontemporari untuk menetapkan cagaran sah bagi

sesetengah aset dengan hanya pengumuman atau dokumentasi melalui badan autoriti sah

memberikan kesan yang sama dengan kontrak rahn..”

Justeru, ia boleh ditafsirkan bahawa penggunaan moden istilah beneficial dan legal

ownership dalam dokumentasi undang-undang kontrak mungkin mengganti bentuk

penerimaan barangan cagaran yang disebut dalam fiqh klasik. Ini boleh dipadankan jika

tujuannya ialah untuk menjamin dan mengikat hutang yang tertangguh.

Walaubagaimanapun, takyīf fiqhī ini hanyua sesuai dalam sesetengah transaksi seperti

produk berasaskan al-bay’. Jika produk berasaskan ijārah seperti al-ijārah thumma al-bayᶜ

(AITAB), tujuan pengunaan istilah beneficial ownership mungkin berlainan.

Page 8: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

294

Analisis Konsep Khiyār Al-Naqd

Khiyār naqd boleh dianggap sejenis syarat yang diletakkan oleh pihak berakad (Abidin

1966; Al-Zuḥaylī 2002). Ibn Abidin (1966) mendefinisikannya sebagai hak membatalkan

kontrak yang telah disyaratkan oleh salah seorang pihak apabila harga penuh tidak

dilangsaikan (Majallah al-Ahkam al-Adliyyah, perkara 313). Khiyār naqd diharuskan oleh

Abu Hanifah, Muhammad danAbu Yusuf berasaskan dalil istiḥsān untuk memenuhi hajah

umum (Al-Zuḥaylī 2002). Justifikasi istiḥsān ini ialah kerana keperluan untuk melindungi

risiki melewat-lewatkan (mumāṭalah) pembayaran hutang oleh pembeli (Musa 1994). Di

sana terdapat dua bentuk khiyar naqd menurut Hanafiyyah.

i. Penjual berkata kepada pembeli, “Saya jual barang ini kepada awak dengan

syarat jika bayaran tidak dibuat sehingga tempoh tertentu, maka jual beli ini

terbatal”. Ini sama seperti khiyār sharṭ.

ii. Pembeli berkata kepada penjual, “Saya beli barang ini daripada awak pada

harga ini dengan syarat kontrak terbatal jika awal membayar semula harga asal

dalam tempoh tertentu”. Jenis ini menyamai bayᶜ al-wafā’3. Sebab itu

sebahagian Hanafi menganggap bayᶜ al-wafā’ termasuk di bawah khiyār naqd.

Ini akan dibincangkan secara berasingan.

Namun begitu, terdapat perbezaan antara khiyār naqd dan khiyār sharṭ. Khiyar naqd

berdalilkan daripada Sunnah, manakala khiyar shart adalah hasil ijtihad fuqaha. Malahan,

hukum khiyār al-sharṭ ialah lazim sejurus selepas kontrak jual beli. Jika tempoh khiyār

berakhir tanpa pembatalan, kontrak dianggap mengikat. Sebaliknya, khiyār naqd

menjadikan jual beli tidak lazim. Maka, jika harga tidak dilangsaikan dalam tempoh

dinyatakan, maka ia dianggap fāsid dengan syarat barangan masih dalam keadaan sedia

kala. Daripada perbincangan lepas, khiyār naqd dilihat berbeza daripada beneficial

ownership kerana tiada batasan tempoh dalam beneficial ownership, manakal sebahagi

fuqaha berpendapat, khiyār naqd hendaklah dibataskan dalam tempoh 3 hari sahaja.

Analysis Of Bayᶜ Al-Wafā’

Bayᶜ al-wafā’ didakwa mula dicipta pada kurun ke-5 Hijrah, dan diharuskan oleh fuqaha

Balakh dan Bukhara untuk membantu masyarakat mendapatkan tunai bagi membayar

hutang dan memenuhi keperluan kewangan (Ali 2006). Abozaid & Saleem (2013)

mengutarakan dua bentuk bayᶜ al-wafā’, iaitu dalam bentuk pinjaman bersyarat atau dalam

bentuk jual beli bersyarat. Bagi pinjaman bersyarat, pemiutang memberikan pinjaman

dengan syarat penghutang hendaklah menjualkan barang tertentu dengan harta tangguh

yang menyamai nilai hutang. Bagi jual beli bersyarat, penjual akan menjualkan barang

tertentu kepada pembeli dengan syarat pembeli hendaklah menjualnya semula jika penjual

memberi semula harga asal.

Meskipun fuqaha Hanafi mempunyai berbeza pendapat mengenainya, mereka bersetuju

mengenai keharusannya kerana sebab hajah masyarakat (Abozaid & Saleem 2013). Isu

yang berkaitan pemilikan ialah, apakah kesan syarat yang diletakkan dalam akad al-bay’

tersebut. Menurut Abozaid & Saleem (2013), sebahagian Hanafi mengatakan dalam bayᶜ

3 Iia juga dikenali dengan nama al-rahn al-muᶜad, bayᶜ al-amānah, bayᶜ al-iṭaᶜah, bay al-ᶜuhdah, bay’ al-

thunya dan bay’ al-muᶜamalah (Abozaid & Saleem, 2013; Abidin, 1966)

Page 9: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

295

al-wafā’, pembeli akan menjadi pemilik barang tersebut dan boleh menggunakannya dan

mengambil manfaat daripadanya sehingga penjual membeli semula dengan harga asal. Ia

menunjukkan akad bay’ itu sah dan berlaku pindah milik.

Segelintir Hanafi pula berhujah bahawa akad ini ialah bayᶜ fāsid, maka penjual dan pembeli

boleh membatalkannya. Sebahagian yang lain berpendapat ia bukan akad bayᶜ sebaliknya

ia adalah rahn. Oleh itu, tiada pindah milik berlaku kepada pembeli (atau pemiutang).

Justeru, pembeli tidak berhak mengguna dan mengambil manfaat daripada barang tersebut

selagi tidak mendapat keizina daripada pemilik asal. Abozaid & Saleem (2013) menyokong

pendapat ini dan merumuskan bahawa bay al-wafā’ mengambil hukum rahn sekalipun

secara luaran dilakukan dalam bentuk akad bayᶜ. Oleh itu, Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami

dalam persidangan ke-7 memutuskan bahawa bayᶜ wafā’ ialah tidak harus kerana ia

dianggap pinjaman yang membawa manfaat dan ia merupakan taḥāyul kepada riba.

Sementara itu, fuqaha Hanafi lain berpendapat bahawa bayᶜ’ al-wafā’ ialah akad khusus

yang mempunyai ciri-ciri bayᶜ dan rahn. Ibn Abidin (1966) menyebut pendapat al-Zaylaᶜī

yang menyetujui bahawa fatwa terpilih dalam mazhab Hanafi ialah bayᶜ al-wafā’ adalah

akad jual beli sah kerana sebahagian kesan dan hukumnya wujud seperti keharusan

mengambil manfaat daripada barangan jualan. Halangan yang wujud hanya pada perlakuan

menjual barang tersebut kepada pihak ketiga. Dengan kata lain, akad bayᶜ ini telah

memindahkan “beneficial ownership” kepada pembeli, namun “legal ownership” masih

kekal dengan penjual. (Majallah al-Ahkam al-Adliyyah Perkara 118).

Apa yang menariknya, pendapat terakhir ini dilihat menyamai bentuk penerbitan sekuriti

Islam yang popular iaitu sukuk ijārah. Dalam sukuk ijārah, pihak yang perlukan dana

(penerbit sukuk) akan menjual aset kepada pelabur dan menerima tunai sebagai harga.

Pelabur akan menyewakan aset kembali kepada penerbit sukuk untuk tempoh tertentu dan

pelabur akan mendapat nilai sewaan secara berkala. Dalam masa yang sama, penerbit sukuk

memberi janji untuk membeli semula aset daripada pelabur pada akhir tempoh sewaan

dengan harga asal. Dari segi praktis, akad jual beli pertama hanya memindahkan “beneficial

ownership”, maka pelabur tidak boleh menjual asetnya kepada pihak ketiga. Tatacara

transaksi ini disebut dalam perkara 119 Majallah al-Ahkam sebagai bay al-istighlāl, yang

bermaksud melakukan transaksi bayᶜ al-wafā’ dengan syarat penjual menyewa aset semula.

Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa terma “beneficial ownership’ dalam sesetengah produk

kewangan Islam seperti sukuk ijārah menunjukkan persamaan dengan bayᶜ al-wafā’.

Seolah-olahnya, pengasingan antara legal dan beneficial ownership dalam sukuk ijārah

menunjukkan bahawa penerbit ialah legal owner yang ada hak untuk menebus semula aset

dan pelabur tidak berhak menjualnya kepada pihak ketiga. Namun, takyīf fiqhī ini mungkin

tidak terpakai dengan produk pembiayaan lain seperti ijārah thumma al-bayᶜ dan

mushārakah mutanāqisah.

Analisis Konsep Al-Shurūṭ Al-Taqyī`Diyyah (Syarat Sekatan)

Menurut Syariah, seorang pemilik hendaklah mempunyai kemampuan dan hak taṣarruf

pada aset yang dimiliki. Namun, timbul persoalan sejauh mana pemilik bermanfaat

(beneficial owner) mempunyai hak tersebut. Oleh itu, karakter beneficial ownership

hendaklah dinilai sama ada ia memenuhi sifat milkiyyah dalam Syariah. Contohnya, dalam

akad al-bayᶜ, jika seseorang membeli barang, maka pindah milik berlaku. Jika pindah milik

dinyatakan sebagai beneficial ownership sahaja, penilaian perlu dilakukan. Antara

Page 10: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

296

penilaian penting ialah adakah beneficial owner boleh menggunakan barang termasuk

melupuskannya. Hak melupuskan atau hak taṣarruf merupakan salah satu daripada

muqatadayat al-bay’.

Jika pembeli tersebut tidak mampu menjualnya, maka seolah-olah terdapat sekatan pada

pemilikannya. Isu sekatan terhadap pemilikan ini dibincagkan oleh fuqahā’ dalam topik

taqyīd al-milkiyyah (syarat sekatan atas pemilikan). Akad yang memindahkan pemilikan

boleh berlaku sama ada bebas daripada elemen shurūṭ atau dimasukkan dengan beberapa

shurūṭ. Jika shurūṭ yang dimasukkan bersifat membuat sekatan tertentu, ia dinamakan oleh

Laldin & Furqani (2014) sebagai al-sharṭ al-taqyīdī. Syarat ini mengenakan sekatan

tertentu kepada pihak berkontrak. Sekatan yang sering didebatkan oleh para ulama ialah

sekatan daripada melakukan taṣarruf pada aset yang dimiliki.

Secara asasnya, para ulama membezakan antara syarat yang mengenakan sekatan taṣarruf

secara total dan sekatan taṣarruf secara minor. Katakan, seorang penjual meletakkan syarat

bahawa pembeli disekat daripada menjual barang yang dibeli kepada sesetengah orang atau

kumpulan. Maka ini dianggap sekatan minor. Al-Abbādī (1974) telah merumuskan tiga

pendapat mengenai isu ini:

Pendapat pertama: Majoriti fuqahā’ mengharamkan persyaratan yang mengenakan

sekatan taṣarruf aset yang yang dibeli. Ini berdasarkan kepada hadis sahih tentang larangan

jual beli dengan syarat (Al-Buhūti, 2003; Al-Nawawi, 2001; Ibn Qudamah, 1985).

Malahan, oleh kerana akad bayᶜ sepatutnya memberikan hak tasarruf, meletakkan syarat

tersebut adalah bercanggah dengan muqtaḍā al-ᶜaqd.

Walaubagaimanapun, pendapat ini boleh dihujah balas dengan dalil umum hukum asasl

meletakkan syarat adalah harus selagi mana tiada dalil jelas melarang atau membatalkannya

daripada nas atau qiyās (Al-Abbādī 1974; Al-Muṣliḥ 1988).

Pendapat kedua: Sebahagian Maliki (Ibn Juzayy t.th.) dan satu riwayat Ahmad yang

dipilih oleh Ibn Taymiyyah (1995) mengharuskan sebarang syarat mengenakan sekatan

tasarruf dengan syarat ia adalah sekatan minor. Bahkan, sekatan minor tidak seharusnya

dianggap menyebabkan mudarat dan kerosakan kepada pembeli. Pendapat ini berdalilkan

dengan qiyās yang menyamakan syarat yang diletakkan dengan keharusan mengecualikan

manfaat tertentu daripada barangan yang dijual sekiranya ada persetujuan awal. Ini

bersandarkan kepada hadis Jabir4. Mengenai hal ini, Ibn Taymiah (1995, v. 29, p. 137),

menjelaskan:

وجماع ذلك أن الملك يستفاد به تصرفات متنوعة، فكما جاز باإلجماع استثناء بعض المبيع، وجوز أحمد وغيره استثناء

فعه، جوز أيضا استثاء بعض التصرفاتبعض منا

4 Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa beliau menumpang untanya yang sudah lemah dan ia ingin

membiarkannya. Ia berkata: Aku bertemu Nabi saw, lalu beliau berdoa untukku dan memukul untaku.

Kemudian unta itu berjalan tidak seperti biasanya. Lalu beliau bersabda: “Juallah ia padaku dengan satu

uqiyyah.” Aku berkata: Tidak. Beliau bersabda lagi: “Juallah ia padaku.” Lalu aku menjualnya dengan satu

uqiyyah, namun dengan syarat aku membawanya dahulu pada keluargaku. Setelah aku melakukannya aku

datang pada beliau dengan unta itu dan beliau membayar harganya kepadaku. Kemudian aku pulang dan

beliau mengirim seseorang mengekori aku. Lalu baginda bersabda: “Apakah engkau mengira aku

menawarmu untuk mengambil untamu? Ambillah untamu dan wangmu, ia hadiah untukmu.” Muttafaq

Alaihi. Hadis ini lafaz Muslim.

Page 11: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

297

Maksudnya: “Dan intipatinya ialah, pemilikan asasnya memberikan pelbagai bentul

tasarrruf. Sebagaimana harus mengecualikan sesetengah barangan berdasarkan ijmak, dan

Imam Ahmad serta selainnya membenarkan pengecualian manfaat tertentu daripada

barangan yang djual, maka beliau juga membenarkan pengecualian tasarruf tertentu.

Pendapat ketiga: Ibn Shubrumah berpendapat bahawa harus meletakkan semua jenis

shurūṭ (syarat). Oleh itu, harus mengenakan syarat sekatan tasarruf kepada pembeli (Al-

Sarakhsi 1989). Pandangan ini juga berdasarkan kepada hadith Jābir dan beberapa hadith

lain yang mengharuskan meletakkan shurūṭ seperti hadith: “Orang Islam terikat dengan

janji mereka”. Mungkin, idea ini juga boleh dikaitkan juga dengan prinsip waqf yang

diterima umum ialah membenarkan seseorang menjadi pemilik namun tanpa hak tasarruf.

Ini seperti mana dalam mazhab Maliki and Hanafi, harta waqf dimiliki oleh wāqif

(pewakaf), tetapi dia tidak dibenarkan untuk tasarruf sama ada melalui jual beli atau hibah

(Sulong 2013; Zahrah 1959).

Walaubagaimanapun pendapat ini boleh memberi ketidakstabilan dan ketidakpastian

mengenai konsep pemilikan.5 Ini kerana hak tasarruf sebenarnya ialah sifat intrinsik bagi

hak pemilikan. Sekatan tasarruf secara total dianggap memberi mudarat kepada pemilik.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, boleh dirumuskan bahawa hukum asal bagi

pemilikan ialah ia tidak boleh wujud sebarang sekatan ke atas pemilik. Namun pendapat

kedua, iaitu pembeli boleh disekat daripada tasarruf dengan syarat ia bukan sekatan penuh

atau major. Meskpun, Ibn Shubrumah berpendapat boleh mengenakan sekatan secara total,

namun mungkin beliau tidak memberi kebebasan penuh untuk meletakkan syarat sebegitu.

Paling tidak, pendapat beliau hendaklah ditafsirkan ketika maṣlaḥah memerlukan kepada

syarat sedemikian. Dengan kata lain, faktor pendorong kepada syarat sekatan sebegitu

hendaklah sah dari segi undang-undang dan Shari’ah. Maslahah tesebut mungkin untuk

kebaikan pihak berkontrak atau pihak lain. Malahan Ibn Taymiyyah (1995) dalam Majmūᶜ

al-fatāwā menyebut:

فإذا كان الملك يتنوع أنواعا وفيه من اإلطالق والتقييد ما وصفته وما لم أصفه : لم يمتنع أن يكون ثبوت ذلك مفوضا

ات ما ال مصلحة له فيه . والشارع ال يحظر على اإلنسان إلى اإلنسان يثبت منه ما رأى فيه مصلحة له ويمتنع من إثب

إال ما فيه فساد راجح أو محض . فإذا لم يكن فيه فساد أو كان فساده مغمورا بالمصلحة لم يحظره أبدا

Maknanya: “Jika pemilikan boleh dikategorikan kepada pelbagai jenis seperti mutlak

(bebas) dan muqayyad (terbatas) sepertimana saya sebutkan dan apa yang saya tidak

sebutkan, maka sesuatu yang tidak dilarang bahawa membuat persyaratan tersebut ialah

hak seseorang di mana dia boleh meletakkan syarat apabila dia melihat ada maṣlaḥah, maka

ia dilarang membuat syarat tersebut apabila maṣlaḥah. Shari’ah tidak mengharamkan

seseorang melakukan sesuatu melainkan perkara yang membawa kepada fasād (kerosakan)

yang besar atau tulen. Jika tiada mudarat atau mudarat dikalahkan oleh maṣlaḥah, maka

Shari’ah tidak akan mengharamkannya selama-lamanya”.

5 Mikail (2016) berhujah dalam kajiannya bahawa waqf sepertimana disebutkan menunjukkan prinsip dual

ownership, iaitu title ownership iaitu beneficial ownership, kerana benefisiari memiliki manfaat aset waqf,

sedangkan pengurus amanah (nāzir al-waqf) memegang aset bagi pihak benefisiari. Meskipun waqf mungkin

mempunyai persamaa dengan konsep trust dalam common law, yang membentuk dual ownership, di sana

tetap ada perbezaan antara kedua-duanya. Ini kerana beneficial owner dalam common law trust ialah pemilik

sebenar aset, sedangkan majoriti ulama berpandangan bahawa pemilikan waqf sebenarnya berpindah kepada

vAllah.

Page 12: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

298

Ulasan Analisis Fiqah

Berdasarkan kepada analisis fiqah di atas, beberapa dapatan penting boleh dirumuskan

antaranya ialah pemindahan milk dalam Syariah terjadi selepas ijab dan qabul dimeterai.

Tambahan pula, prinsip asas ini juga disetujui oleh Common law, yang mana mewarisi

idea ini daripada Syariah. Dari segi sejarah, kemunculan beneficial ownership disebabkan

oleh transaksi berkaitan pemindahan milik harta tak alih (māl ᶜaqār) seperti tanah yang

akan menjadi harta amanah (trust) di tangan pemegang amanah (orang yang memindah

milik).

Dalam praktis sekarang, beneficial ownership dipakai dalam transaki jual beli tanah apabila

title (nama pemilik baru/pembeli) tidak didaftarkan. Selaras dengan konsep bare trust,

sekalipun pemilik asal (penjual) masih memegang nama berdaftar, dia hanya dianggap

sebagai trustee. Ini menunjukkan bahawa beneficial owner ialah pemilik sebenar. Dari segi

undang-undang, ia dinamakan beneficial owner kerana tiada pendaftaran sedangkan

kontrak telah selesai.

Dalam konteks kewangan termasuk kewangan Islam, terma “beneficial ownership” bukan

sahaja digunapakai dalam transaksi tanah, malahan melibatkan jual beli komoditi dan

kenderaan. Justeru, penilaian terhadap karakter milikyyah sepertimana dikehendak dalam

Shari’ah dan aplikasi beneficial ownership dalam kewangan Islam harus dianalisis

berdasarkan kes-kes tertentu. Oleh kerana undang-undang mengiktiraf beneficial

ownership sebagai pemilikan sebenar, dan Shari’ah juga membenarkan pemindahan milik

hanya melalui kontrak/akad sahaja (ijab dan qabul), maka satu parameter khusus perlu

dibangunkan utntuk memastikan aplikasi produk kewangan Islam patuh kepada Syariah.

KEPERLUAN KEPADA PARAMETER PEMILIKAN BERMANFAAT

Perbincangan mengenai pemilikan bermanfaat menunjukkan ia berasal daripada Common

law khususnya trust law. Berdasarkan analisis yang dilakukan adalah jelas bahawa konsep

pemilikan bermanfaat dalam Common law lebih luas berbanding konsep milkiyyat al-

manfaᶜah (pemilikan manfaat). Pemilikan bermanfaat menunjukkan seseorang mempunyai

keseluruhan hak ke atas sesuatu aset dan dia bertanggungjawab terhadap semua risiko pada

aset itu atau seperti yang dinyatakan oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, aset itu

tidak didaftarkan ke atas namanya. Hakikatnya, perpindahan pemilikan telah berlaku

menurut Syariah sepertimana kehendak akad. Perpindahan pemilikan dianggap telah

berlaku sebaik sahaja tawaran (ijāb) dan terimaan (qabūl) berlaku dalam sesuatu akad jual

beli.

Pemilikan bermanfaat tidak bermaksud pemilikan ke atas sesuatu aset fizikal secara

pemilikan separa penuh (milk nāqiṣ). Jika pemilik bermanfaat memiliki kesemua sifat

pemilikan seperti yang digariskan Syariah, maka dia dianggap sebagai pemilik sebenar.

Justeru, satu parameter perlu dibangunkan dengan mengambil kira ciri-ciri pemilikan dan

melihat keadaan sebenar bagi membuktikan kewujudan pemilikan dari perspektif Syariah.

Al-Shubaylī (2013) menggariskan dua ciri-ciri penting yang mesti wujud dalam pemilikan

iaitu ḍamān (liabiliti atau risiko pemilikan) dan al-aḥaqqiyyat bi al-thaman ᶜinda bayᶜ al-

aṣl (kelayakan untuk mendapat keuntungan daripada jualan aset). Liabiliti melibatkan

tanggungjawab untuk menanggung segala kos atau kerugian disebabkan kerosakan atau

susut nilai sesuatu aset. Hal ini merupakan sifat sedia ada dan tidak dapat dipisahkan dalam

pemilikan.

Page 13: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

299

Tambahan pula, perbincangan sebelum ini menjelaskan bahawa faktor penggunaan

pemilikan bermanfaat adalah berpunca daripada amalan kewangan Islam yang beroperasi

dalam sistem dwi-perbankan. Disebabkan kewangan konvensional tertakluk kepada

undang-undang, peraturan dan garis panduan antarabangsa dan kebangsaan, maka

kewangan Islam tidak boleh lari daripada mematuhi undang-undang yang sama. Justeru,

satu parameter yang jelas perlu dibangunkan bagi pengaplikasian pemilikan bermanfaat

dalam transaksi kewangan Islam moden supaya mematuhi kehendak Syariah. Kajian ini

mencadangkan parameter berikut perlu dilaksanakan bagi memandu penggunaan pemilikan

bermanfaat dalam kewangan Islam:

PARAMETER BERKAITAN KONTRAK

i. Kontrak hendaklah dilakukan mememuhi rukun-rukun yang digariskan dalam

Syariah

Ini adalah parameter yang sangat signifikan untuk memastikan keabsahan pemindahan

milik kerana pindah milik bergantung kepada keabsahan kontrak. Elemen kontrak (arkān)

hendaklah dipatuhi. Bagi akad jual beli (bay’) ia hendaklah mempunyai penjual, pembeli

dan subjek akad dan dikenalpasti secara jelas. Segala syarat bagi setiap rukun juga

hendaklah dipastikan wujud dan dipatuhi.

ii. Kontrak hendaklah didokumentasikan secara sah mengikut lunas undang-

undang

Bagi mengelakkan konflik yang mungkin akan wujud antara pihak-pihak berkontrak,

dokumentasi kontrak melalui kaedah dan cara yang sah mengikut undang-undang juga

mesti diikuti. Al-Quran (2: 282) memerintahkan agar kontrak terutamanya jika melibatkan

hutang atau bayaran tertangguh ditulis atau direkodkan. Majoriti ulama menyatakan ia

adalah sunat (Al-Baghawī t.th.; Al-Qurṭubī 1998; Kathīr 2002). Namun begitu, dalam

konteks dunia kewangan moden hari ini, penulisan dan dokumentasi kontrak sangat

penting. Laldin et. al (2013) bersetuju dengan asas ini dan menegaskan bahawa

dokumentasi kontrak lebih efektif untuk menjadi bukti hak dan obligasi setiap pihak

berkontrak terutamanya jika melibatkan amaun yang besar.

PARAMETER BERKAITAN PENGGUNAAN ISTILAH BENEFICIAL

OWNERSHIP

i. Beneficial ownership memberi hak yang sama seperti pemilikan yang

dikehendaki Syariah

Salah satu ciri-ciri milkiyyah tāmmah ialah seorang pemilik mempunyai hak untuk

mengguna dan menikmati semua bentuk tasarruf (haqq al-taṣarruf). Para ulama

menganggap bahawa kemampuan pemilik untuk tasarruf hartanya ialah tujuan utama

pemilikan. Walaubagaimanapun, jika wujud sekatan, maka sepertimana yang dijelaskan

sebelum ini. Al-Abbādī (1974) merumuskan tiga pendapat utama. Berbeza dengan Al-

Shubaylī (2013) and Alāro (2014), di mana mereka bincangkan isu ini di bawah hokum al-

shurūṭ al-mukhālifah li muqtaḍā al-caqd (meletakkan syarat yang bercanggah dengan

Page 14: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

300

implikasi/kehendak akad).6 Begitu juga dengan hak-hak lain seperti hak keuntungan dan

tanggungjawab menanggung risiko pemilikan.

ii. Sekatan yang dikenakan kepada beneficial owner hendaklah berada dalam skop

justifikasi yang diterima oleh Syariah

Penggunaan beneficial ownership boleh berlaku kerana beberapa sebab ketika menstruktur

produk kewangan Islam. Contohnya, Al-ᶜAnzi (2014) berpendapat bahawa cukai ialah

salah satu sebab kenapa pemilik sebenar hanya memakai istilah beneficial owner.

Tambahan pula, menurut resolusi AAOIFI 2013 tentang transaksi sukuk sepertimana

dijelaskan oleh Al-Qurahdaghi (2014), diharuskan pendaftaran aset pendasar dalam mana-

mana transaksi kerana sebab tertentu. Dalam sukuk ijarah sebagai contoh, aset pendasar

sepatutnya dikeluarkan daripada balance sheet originator jika aset tersebut dijual. Malah,

ia ia terletak di bawah hak dan pemilikan sukuk holders atau wakil mereka. Tetapi, jika ada

sebab tertentu seperti perundagan, cukai atau prosedur tertentu untuk mengekalkan aset di

bahawa penyata kewangan originator, maka diharuskan dengan syarat prospectus tetap

menjelaskan bahawa aset dimiliki oleh sukuk holders. Denga kata lain, wajib menjelaskan

bahawa aset telah berpindah milik dari segi Syariah melalui kontrak tersebut (Al-

Qurahdaghi 2014).

iii. Beneficial ownership boleh diterima dan dikuatkuasa dalam undang-undang

negara

Parameter ini bermaksud transaksi yang dibuat hendaklah didokumentasikan secara betul

dan sah mengikut undang-undang negara berkenaan. Dokumen kewangan dan perbankan

Islam di Malaysia juga tertalku dengan undang-undang lain selain daripada Syariah. Maka

formulasi dokumentasi undang-undang bagi suatu akad mesti komprehensif mencakupi

kepatuhan kepada Undang-undang Sivil dan Syariah. Ini sangat penting supaya sebarang

pertikaian yang mungkin berlaku akan merujuk kepada dokumentasi yang sah.

KESIMPULAN

Prinsip pemilikan bermanfaat atau beneficial ownership berasal daripada undang-undang

Inggeris. Oleh itu, pemakaiannya dalam industri kewangan Islam juga hendaklah merujuk

kepada konsep yang dikehendaki dalam undang-undang Inggeris. Malahan ia diiktiraf

sebagai pemilikan sebenar dalam undang-undang Inggeris kecuali terdapat beberapa

sekatan yang dikenakan terhadap pemilik bermanfaat. Kajian ini meneroka beberapa

prinsip asas milkiyyah (pemilikan) dalam Syariah dan mengenalpasti beberapa pentafsiran

fiqah yang sesuai kepada pemilikan bermanfaat. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat

mengenai pemakaiannya dalam transaksi kewangan Islam, kajian ini menonjolkan

kepentingan sebuah parameter khusus untuk mengawal selia pengunaannya dalam

kewangan Islam bagi menjamin kestabilan amalan Syariah dalam kewangan.

6 Muqtada al-aqd bermaksud tuntutan atau implikasi akad. Jika akad ialah jual, maka muqatada akad jual

ialah memberi hak kepada pembeli untuk melakukan tasarruf pada aset yang dibeli. Ia perlu dibezakan antara

muqtada dan maqsud al-aqd, kerana ketidak patuhan kepada muqtada tidak semestinya membatalkan akad,

manakala tidak patuh kepada maqsud akad akan membatalkan akad.

Page 15: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

301

RUJUKAN

Al-Quran

Abidin, Muhammad Amin al-Shahir bi Ibn. 1966. Radd Al-Muḥtār ᶜalā Al-Durr Al-

Mukhtār. Damascus: Matba’ah Mustafa al-Halabi.

Abozaid, Abdulazeem, & Saleem, Muhammad Yusuf. 2013. Benefitting from a Loan (

Qard ) Contract : An Analysis of Juristic Opinions.

Al-Abbādī, Abd al-Salam. 1974. Al-Milkiyyah Fi Al-Shari’ah Al-Islamiyyah: Tabi’atuha

Wa Wazifatuha Wa Quyuduha: Dirasah Muqaranah Bi Al-Qawanin Wa Al-Nuzum

Al-Wad’iyyah. 1st ed. Amman: Maktabat al-Aqsa.

Al-Anzi, Esam. 2014. Al-milkiyyah al-qānūniyyah wa al-milkiyyah al-naf’iyyah min

manẓūr shar’ī wa qānūnī. Dlm. 9th International Shari’ah Scholars Forum,

Alāro, Abd al-Razzāq Abd al-Majīd. 2014. Taṭbīq al-milkiyyah al-nafᶜiyyah wa al-

milkiyyah al-qānūniyyah fi al-tamwīl al-islāmī. Dlm. 9th International Shari’ah

Scholars Forum, ISRA.

Al-Baghawī, Al-Ḥusayn bin Mas’ūd. t.th. Tafsīr Al-Baghawī. Riyad: Dar al-Ṭaybah.

Al-Buhuti, Mansur bin Yunus bin Idris. 2003. Kashshaf Al-Qina’ an Matn Al-Iqna’.

Riyad: Dar Alam al-Kutub.

Al-Fairūzabādī, Abu Tahir Muhammad bin Ya’qub al-Shirazi. 1953. Al-Qamus Al-Muhit.

al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra.

Ali, Engku Rabiah Adawiah Engku. 2006. Bai’ al-’inah & tawarruq: mechanism and

solution. Dlm. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2006 Bai’ Al-’Inah dan

Tawarruq: Isu-isu dan Penyelesaiannya dalam konteks Kewangan Islam, hlm. 137–

68. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Al-Muṣliḥ, Abd Allah bin Abd Al-Aziz. 1988. Quyud Al-Milkiyyah Al-Khassah. First.

Beirut: Mua’ssasah al-Risalah.

Al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Sharaf. 1991. Rawdat Al-Talibin Wa Umdat Al-

Muftin. Beirut: al-Maktab al-Islami.

———. 2001. Al-Majmu’ Sharh Al-Muhadhdhab. Beirūt: Dar al-Fikr.

Al-Qurahdaghi, Ali Muhy al-Din. 2014. Al-milkiyyah al-qānūniyyah wa al-milkiyyah al-

naf’iyyah min manẓūr shar’ī wa qānūnī: al-itār al-“ām wa al-taḥaddiyat al-ra”īsah.

Dlm. 9th International Shari’ah Scholars Forum,

Al-Qurṭubī, Muḥammad bin Aḥmad. 1998. Al-Jāmi’ Li Aḥkām Al-Qur’ān. Beirūt: Dār al-

Fikr.

Al-Sarakhsi, Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal. 1989. Al-Mabṣūt. Dar al-Ma’rifah.

Al-Shubaylī, Yūsuf bin Abdullah. 2013. Al-muwā’amah bayn al-ḍawābiṭ al-shar’iyyah

wa mabādi’ al-raqābah wa al-tanẓīm. Dlm. 8th International Shari’ah Scholars

Forum, Kuala Lumpur: ISRA.

Al-Zuḥaylī, Wahbah. 2002. 2 Financial Transactions in Islamic Jurisprudence.

Damascus: Dar al-Fikr.

Bank Negara Malaysia. 2013. Islamic Finance Law Harmonisation Committee Report.

Black, Henry Campbell. 1968. BLACK ’ S LAW DICTIONARY. The Publisher’s Editorial

Staff (pnyt.). 4th ed. St. Paul, Minn. West Publishing Co.

Brown, Catherine. 2003. Symposium : beneficial ownership and the income tax act.

Canadian Tax Journal 51(1):401–53.

Cervantes, Marcos. 2009. Interpreting the concept of “ beneficial ownership .” University

of Toronto.

George, Mary. 1999. Malaysian Trust Law. Selangor: Pelanduk Publications.

Ibn Juzayy. t.th. Qawanin Al-Ahkam Al-Shar’iyyah. Lebanon: Dar al-Ilm li al-malayin.

Ibn Qudamah. 1985. Al-Mughni. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiyy.

Page 16: PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/24-Nik-Rahim-et... · topik yang hangat ... bertujuan menghuraikan kedudukan dan

302

Ibn Taymiyyah. 1995. Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyyah. Mujamma’ al-Malik Fahd.

———. 2002. Al-Qawa’id Al-Nuraniyyah Al-Fiqhiyyah. Riyad: Maktabat al-Tawbah.

Kathīr, Ismācīl bin Umar bin. 2002. Tafsīr Ibn Kathīr. Riyād: Dār Ṭaybah.

Laldin, Mohamad Akram, & Furqani, Hafas. 2014. Maqasid al-shari’ah and stipulation of

conditions (shurut) in contracts. 6(1):173–82.

Laldin et. al. 2013. Islamic Legal Maxims & Their Application in Islamic Finance. 1st ed.

Kuala Lumpur: International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance

(ISRA).

Manẓūr, Abu al-Fadl Jamaluddin Muhammad bin Mukram Ibn. 1956. Lisān Al-ᶜArab.

Dar Sadir.

Mikail, Said Adekunle. 2016. The concept of beneficial ownership: highlights on shariah

issues in its application in islamic finance. Islamic Commercial Law Report 2016 An

Annual Publication Assessing the Key Issues and Trends in Islamic Commercial Law

for the Borader Islamic Finance Industry: Produced by ISRA & Thomson Reuters .

Musa, Kamil. 1994. Ahkam Al-Mua’malat. 2nd ed. Beiru: Mua’ssasah al-Risalah.

Saeed, Abdullah, & Salah, Omar. 2012. History of sukuk: pragmatic and idealist

approaches to structuring sukuk. Dlm. Munawar Iqbal & Shamser Mohamad

Mohamed Ariff (pnyt.). The Islamic Debt Market for Sukuk Securities: The Theory

and Practice of Profit Sharing Investment, hlm. 42–66. UK: Edward Elgar

Publishing Limited.

Standard and Poor’s Ratings Services. 2012. Islamic Finance Outlook.

Sulong, Jasni bin. 2013. Permissibility of istibdal in islamic law and the practice in

malaysia. Journal of US-China Pubic Administration 10(7):680–89.

Weeghel, Stef Van. 1998. The Improper Use of Tax Treaties with Particular Reference to

the Netherlands and the United States. First. Kluwer Law International.

Zahrah, Muhammad Abu. 1959. Muhadarat Fi Al-Waqf. Ma’ahad al-dirasat al-arabiyyah

al-aliyyah.