status pemilikan aset dalam kontrak istiṣnāʿ sebelum...

14
245 Status Pemilikan Aset Dalam Kontrak Istiṣnāʿ Sebelum Penyerahan Lokmanulhakim Hussain International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) ABSTRAK Dalam kontrak-kontrak pembiayaan secara Islam, status pemilikan aset yang terlibat adalah sangat penting kerana ia memberi kesan ketara terhadap hak-hak dan liabiliti pihak-pihak yang berkontrak. Ini kerana status pemilikan dan kategori pemilikan sesuatu aset mendasari beberapa isu lain seperti kebebasan taarruf dan ḍamān terhadap aset. Dalam pembiayaan projek yang melibatkan pembinaan dan pembuatan yang berasaskan kontrak istiṣnāʿ, isu pemilikan aset istiṣnāʿ ketika tempoh pembinaan iaitu sebelum aset diserahkan kepada pelanggan kerap menjadi polemik terutama apabila berlaku kes-kes kemungkiran pemaju. Kertas kajian ini meninjau pandangan ulama tentang isu pemilikan aset istiṣnāʿ sebelum penyerahan dengan mengetengahkan dua asas yang menjadi sandaran dalam penetapan status pemilikan, iaitu takyīf fiqhī terhadap kontrak istiṣnāʿ dan status akad istiṣnāʿ adakah akad lāzim atau jā’iz. Kertas kajian ini merumuskan bahawa status pemilikan aset istiṣnāʿ dapat ditentukan berdasarkan kepada dua asas tersebut. Kata kunci: pemilikan, istiṣnāʿ, takyīf fiqhī Pengenalan Istiṣnāʿ merupakan salah satu instrumen kewangan yang dikenali sejak zaman dahulu lagi. Dalam sesetengah kitab-kitab fiqah klasik, istiṣnāʿ dibicarakan dalam tajuk yang khusus. Semenjak industri kewangan Islam mula berkembang, perbincangan tentang istiṣnāʿ mula rancak apabila institusi-institusi kewangan Islam memilih istiṣnāʿ sebagai salah satu kaedah dalam pembiayaan. Banyak kertas kajian mula ditulis berkenaan dengan istiṣnāʿ. Pada 1992, Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī dalam persidangan kali ke-7 di Jeddah telah membincangkan secara panjang lebar berkenaan dengan istiṣnāʿ, di mana sebanyak 12 kajian tentang istiṣnāʿ dalam pelbagai aspek dibentangkan. Sehingga kini masih terdapat isu-isu fiqah berkaitan dengan istiṣnāʿ yang memerlukan kepada kajian dan penelitian. Antara isu yang perlu kepada kajian dan penelitian ialah status pemilikan aset istiṣnāʿ (maṣnūʿ) sebelum ia diserahkan kepada pembeli (mustaṣniʿ). Istiṣnāʿ Sebagai Instrumen Kewangan Islam Istiṣnāʿ merupakan satu instrumen kewangan Islam yang berkonsepkan muʿāwaḍah (akad pertukaran/ exchange-based contract). Akad ini boleh digunakan dalam penghasilan produk atau aset yang yang hendak dibangunkan dengan spesifikasi tertentu. Sebagai contoh, kontrak istiṣnāʿ boleh diaplikasi dalam pembangunan rumah, pembinaan pesawat, kereta, kapal, peralatan kilang dan seumpamanya. Dari sudut Bahasa Arab, perkataan istiṣnāʿ membawa maksud permintaan untuk membuat sesuatu (Ibn Manẓūr, 1414H, 8:2019). Manakala dari sudut istilah fiqah, terdapat beberapa definisi diberikan oleh fuqaha.

Upload: phungmien

Post on 24-May-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

245

Status Pemilikan Aset Dalam Kontrak Istiṣnāʿ Sebelum Penyerahan

Lokmanulhakim Hussain

International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

ABSTRAK

Dalam kontrak-kontrak pembiayaan secara Islam, status pemilikan aset yang terlibat

adalah sangat penting kerana ia memberi kesan ketara terhadap hak-hak dan liabiliti

pihak-pihak yang berkontrak. Ini kerana status pemilikan dan kategori pemilikan

sesuatu aset mendasari beberapa isu lain seperti kebebasan taṣarruf dan ḍamān terhadap

aset. Dalam pembiayaan projek yang melibatkan pembinaan dan pembuatan yang

berasaskan kontrak istiṣnāʿ, isu pemilikan aset istiṣnāʿ ketika tempoh pembinaan iaitu

sebelum aset diserahkan kepada pelanggan kerap menjadi polemik terutama apabila

berlaku kes-kes kemungkiran pemaju. Kertas kajian ini meninjau pandangan ulama

tentang isu pemilikan aset istiṣnāʿ sebelum penyerahan dengan mengetengahkan dua

asas yang menjadi sandaran dalam penetapan status pemilikan, iaitu takyīf fiqhī

terhadap kontrak istiṣnāʿ dan status akad istiṣnāʿ adakah akad lāzim atau jā’iz. Kertas

kajian ini merumuskan bahawa status pemilikan aset istiṣnāʿ dapat ditentukan

berdasarkan kepada dua asas tersebut.

Kata kunci: pemilikan, istiṣnāʿ, takyīf fiqhī

Pengenalan

Istiṣnāʿ merupakan salah satu instrumen kewangan yang dikenali sejak zaman dahulu

lagi. Dalam sesetengah kitab-kitab fiqah klasik, istiṣnāʿ dibicarakan dalam tajuk yang

khusus. Semenjak industri kewangan Islam mula berkembang, perbincangan tentang

istiṣnāʿ mula rancak apabila institusi-institusi kewangan Islam memilih istiṣnāʿ sebagai

salah satu kaedah dalam pembiayaan. Banyak kertas kajian mula ditulis berkenaan

dengan istiṣnāʿ. Pada 1992, Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī dalam persidangan kali ke-7 di

Jeddah telah membincangkan secara panjang lebar berkenaan dengan istiṣnāʿ, di mana

sebanyak 12 kajian tentang istiṣnāʿ dalam pelbagai aspek dibentangkan. Sehingga kini

masih terdapat isu-isu fiqah berkaitan dengan istiṣnāʿ yang memerlukan kepada kajian

dan penelitian. Antara isu yang perlu kepada kajian dan penelitian ialah status

pemilikan aset istiṣnāʿ (maṣnūʿ) sebelum ia diserahkan kepada pembeli (mustaṣniʿ).

Istiṣnāʿ Sebagai Instrumen Kewangan Islam

Istiṣnāʿ merupakan satu instrumen kewangan Islam yang berkonsepkan muʿāwaḍah

(akad pertukaran/ exchange-based contract). Akad ini boleh digunakan dalam

penghasilan produk atau aset yang yang hendak dibangunkan dengan spesifikasi

tertentu. Sebagai contoh, kontrak istiṣnāʿ boleh diaplikasi dalam pembangunan rumah,

pembinaan pesawat, kereta, kapal, peralatan kilang dan seumpamanya.

Dari sudut Bahasa Arab, perkataan istiṣnāʿ membawa maksud permintaan untuk

membuat sesuatu (Ibn Manẓūr, 1414H, 8:2019). Manakala dari sudut istilah fiqah,

terdapat beberapa definisi diberikan oleh fuqaha.

246

Fuqaha mahab Hanafi memberikan definisi khas terhadap istiṣnāʿ. Al-Samarqandī

mendefinisikannya sebagai:

ة وشرط عمله على الصانع م هو عقد على مبيع ف الذ“Akad ke atas suatu yang dijual secara dhimmah (dalam tanggungan) dan disyaratkan

pembuatannya dilakukan oleh ṣāniʿ (pembuat)” (Al-Samarqandī, 1414H, 2:362).

Ibn ʿĀbidīn pula mendefinisikannya sebagai:

هو طلب العمل منه )أي: الصانع( في شيء خاص على وجه مخصوص

“Permintaan terhadap pihak pembuat untuk melakukan pembuatan pada suatu yang

tertentu dengan sifat tertentu” (1412H, 5:223).

Manakala majoriti ulama dari kalangan mazhab Maliki, mazhab Syafie, dan mazhab

Hanbali tidak membicarakan kontrak istiṣnāʿ secara khas sebagai satu kontrak

tersendiri. Tetapi ia dibicarakan bersama-sama dengan akad lain iaitu akad salam

sebagai salah satu bentuk daripada akad tersebut (Al-Nashawī, 2005, 109).

Oleh itu, definisi akad istiṣnāʿ serta-syarat-syaratnya secara umum bagi ketiga-tiga

mazhab tersebut adalah sama dengan definisi dan syarat-syarat akad salam.

Pensyariatan istiṣnāʿ disandarkan kepada beberapa dalil. Antaranya hadis Anas ibn

Mālik r.a.:

وا اخوايم أنه رأى ف يد رسول الله صلى اهلل عليه وسلم خاتا من ورق ي وما واحدا، ث إن الن اصن ا خوامن ورق ولبسوها، ف رح النا يمهم رح رسول الله صلى اهلل عليه وسلم خاته، ف

Maksudnya: Beliau melihat pada tangan Rasulullah S.A.W. terdapat sebentuk cincin

daripada perak pada suatu hari, kemudian orang ramai membuat cincin-cincin mereka

daripada perak dan memakainya. Lalu Rasulullah S.A.W. membuang cincin baginda,

lantas orang ramai juga membuang cincin-cincin mereka. (Diriwayatkan oleh al-

Bukhārī, 1422H, 7:156, No. 5868; Muslim, t.t., 3:1657, No. 2093).

Hadis Anas di atas menunjukkan bahawa para sahabat menjalankan akad istiṣnāʿ dalam

pembuatan cincin pada zaman Rasulullah S.A.W. tanpa terdapat larangan daripada

baginda, sekaligus menunjukkan bahawa istiṣnāʿ adalah diharuskan (al-Nashawī, 2005,

211).

Pensyariatan istiṣnāʿ juga disandarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W.:

عن جابر بن عبد الله: أن امرأة قالت: يا رسول ل لك شيئا ق ارا الله أال أج اما د عليه، فن ملت املنب ر « إن شئت »قال: ف

Maksudnya: Daripada Jābir bin ʿAbdillāh, seorang wanita telah berkata, “Wahai

Rasulullah, bolehkah aku buatkan sesuatu untuk engkau duduk di atasnya,

sesungguhnya aku mempunyai seorang hamba yang pandai bertukang”. Sabda Nabi

Sallallahu Alahi Wasallam, “Buatlah sekiranya engkau mahu”. Maka wanita itu pun

membuat mimbar tersebut (Al-Bukhārī, 1422H, 1:97, No. 449).

247

Walau bagaimanapun, fuqaha mazhab Hanafi seperti al-Sarakhsī (1414H, 12:139), Al-

Samarqandī (1414H, 2:363), al-Kāsānī (1406H, 5:2) dan al-Zaylaʿī (1313H, 4:123)

menyandarkan pensyariatan istiṣnāʿ kepada dalil istiḥsān, kerana akad istiṣnāʿ

dianggap mengandungi elemen yang menyalahi qiyās.

Ini kerana dalam akad istiṣnāʿ, aset belum wujud ketika akad dimeterai, sedangkan

antara syarat jual beli ialah barang yang dibeli hendaklah wujud ketika akad dimeterai.

Walau bagaimanapun, akad istiṣnāʿ dibenarkan sekalipun menyalahi salah satu prinsip

umum dalam akad jual beli, disebabkan wujud keperluan terhadap akad tersebut. Al-

Kāsānī (1406H, 5:3) menjelaskan, “keharusan akad istiṣnāʿ adalah disebabkan tuntutan

ḥājah, kerana seseorang manusia mungkin memerlukan kepada khuf (sejenis kasut yang

diperbuat daripada kulit) atau selipar daripada satu jenis tertentu, dengan bentuk

tertentu, ukuran tertentu dan spesifikasi tertentu. Mungkin jarang untuk dijumpai

dengan memenuhi semua kriteria tersebut. Justeru dia perlu untuk melakukan istiṣnāʿ.

Jika ia tidak harus, nescaya manusia akan ditimpa kesukaran”.

Kepentingan Status Pemilikan Dalam Kontrak Kewangan

Penentuan status pemilikan sesuatu aset atau manfaat dalam kontrak-kontrak kewangan

adalah sangat penting. Kepentingannya dimanifestasi dengan kewujudan kesan-kesan

yang signifikan dalam penentuan hak-hak pihak yang berkontrak hasil daripada

pemilikan sesuatu aset yang menjadi subjek dalam kontrak. Kesan-kesan adanya

pemilikan dapat didapati dalam definisi-definisi fuqaha terhadap pemilikan.

Pemilikan atau dalam bahasa Arab disebut al-milk memberi maksud memperoleh

sesuatu dengan kemampuan untuk menguasainya (Ibn Sīdah, 1421H, 7:54; Al-Fayrūz

Ābādī, 1426H, 954). Makna pemilikan dalam istilah syarak juga tidak jauh bezanya

dari sudut bahasa Arab. Al-Qarāfī mendefinisikan pemilikan sebagai:

حكم شرعي يقدر ف الني أو املنفة، يقتضي تكن من يضاف إليه من انتفاعه باململوك، والوض عنه من حيث هو كذلك

Maksudnya: “Suatu hukum syarak yang diandaikan ada pada barang (ʿayn) atau

manfaat, yang membolehkan orang yang dinisbahkan kepadanya untuk mengambil

manfaat daripada sesuatu yang dimiliki serta mengambil bayaran pertukaran (ʿiwaḍ)

daripadanya, dari sudut ia sendiri (t.t., 3:208-209)”.

Definisi yang hampir sama juga dinukilkan oleh al-Suyūtī daripada Ibn al-Subkī (Al-

Suyūṭī, 1411H, 316).

Daripada definisi di atas, kesan syarak daripada wujudnya pemilikan ialah orang yang

memiliki boleh mengambil manfaat daripada aset milikan dan boleh mengambil ʿiwaḍ

(pertukaran) daripadanya.

Al-Zarkashī pula mendefinisikan pemilikan sebagai:

القدرة على التصرفات اليت ال تلق هبا بة وال رامة دنيا وال آخرةMaksudnya: “Kemampuan untuk taṣarruf (mengendalikannya dengan cara jual beli dan

lain-lain) tanpa memberikan sebarang kesan dan hukuman sama ada di dunia dan juga

di akhirat (1405H, 3:223).”

248

Definisi ini pula memberikan penekanan kepada salah satu kesan pemilikan iaitu

kebebasan pemilik untuk melakukan segala taṣarruf seperti menjual, menyewa,

memberi hibah dan lain-lain.

Al-Jurjānī mendefinisikan pemilikan sebagai:

اصال شرعي بني اإلنسان وبني شيء يكون ملقا لتصرفه فيه، وحاجزا عن صرف ريه فيهMaksudnya: “Suatu hubungan secara sharʿī antara manusia dengan sesuatu, yang

memberikan kebebasan kepadanya untuk taṣarruf (mengendalikan dengan cara

menjual dan lain-lain) padanya, dan menghalang orang lain daripada taṣarruf padanya

(1403H, 229)”.

Menurut definisi al-Jurjānī, selain daripada menyebut berkenaan kebebasan pemilik

untuk taṣarruf (mengendalikan) pada aset yang dimiliki, beliau juga menyebut tentang

halangan terhadap orang lain untuk taṣarruf pada aset milikan seseorang.

Kesan-kesan Pemilikan

Daripada definisi-definisi pemilikan (al-milk) yang dikemukakan di atas, pemilikan

seseorang terhadap sesuatu aset akan memberi beberapa kesan, iaitu:

i- Pemilik bebas mengambil manfaat daripada aset yang dimiliki,

sebagaimana dinyatakan dalam definisi Al-Qarāfī (t.t., 3:208-209) dan Ibn

al-Subkī (Al-Suyūṭī, 1411H, 316).

ii- Pemilik boleh mengambil bayaran pertukaran (ʿiwaḍ) daripada aset yang

dimiliki seperti memperoleh harga jika dijual dan mendapat bayaran sewa

jika disewakan, sebagaimana dalam definisi Al-Qarāfī (t.t., 3:208-209) dan

Ibn al-Subkī (Al-Suyūṭī, 1411H, 316).

iii- Pemilik bebas melaksanakan segala bentuk taṣarruf terhadap aset seperti

menjual, menyewa, menghadiahkan dan mewaqafkan sebagaimana

difahami dalam definisi Al-Zarkashī (1405H, 3:223) dan Al-Jurjānī (1403H,

229).

iv- Wujud halangan terhadap orang lain yang bukan pemilik untuk

melaksanakan taṣarruf terhadap aset sebagaimana dinyatakan dalam

definisi Al-Jurjānī (1403H, 229).

Kategori Pemilikan

Pemilikan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis kategori berdasarkan beberapa

sudut. Untuk tujuan penentuan status pemilikan aset (maṣnūʿ) dalam kontrak istiṣnāʿ,

kajian ini mengetengahkan dua jenis pengkategorian yang perlu diambil kira

sebagaimana di bawah:

i. Pemilikan Sempurna dan Pemilikan Tidak Sempurna

Jika ditinjau dari sudut sempurna atau tidak sempurna sesuatu pemilikan, ia

dibahagikan kepada dua kategori, iaitu (i) pemilikan sempurna dan (ii) pemilikan tidak

sempurna.

249

Pemilikan sempurna memberi kesan bahawa pemilik boleh menjalankan segala bentuk

taṣarruf terhadap milikannya. Manakala dalam pemilikan tidak sempurna, hanya

sebahagian bentuk taṣarruf sahaja yang boleh dilakukan oleh pemilik (Al-Zarkashī,

1405H, 3:238).

Sebahagian ulama mazhab Hanafi memperincikan perbezaan antara pemilikan

sempurna dan pemilikan tidak sempurna dengan mengatakan bahawa pemilikan

sempurna ialah pemilikan secara raqabah (keempunyaan sesuatu aset) dan juga yad

(kebebasan taṣarruf), manakala pemilikan tidak sempurna ialah pemilikan dari sudut

raqabah sahaja (Al-Kāsānī, 1406H, 2:313).

Pemilikan secara raqabah ialah apabila terhasilnya suatu pemilikan atau keempunyaan

terhadap sesuatu aset tanpa mengambil kira sama ada pemiliknya mempunyai

kebebasan atau tidak untuk melakukan taṣarruf terhadap asetnya, seperti pemilikan

terhadap barang yang sudah dibeli tetapi belum diserahkan kepada pembeli.

Manakala pemilikan secara yad/pegangan ialah apabila pemiliknya bebas taṣarruf

terhadap aset milikannya, seperti pemilikan terhadap barang belian yang sudah

diserahkan (qabḍ) kepada pembelinya.

Pemilikan secara / yad pegangan adalah lebih kuat daripada pemilikan secara raqabah

semata-mata. Al-Taftāzānī menjelaskan, “Dan pemilikan secara yad/pegangan adalah

lebih kuat daripada pegangan secara raqabah kerana memperoleh manfaat dan juga

taṣarruf merupakan maksud daripada pemilikan. Pemilikan secara raqabah adalah

wasilah kepadanya” (t.t., 2:345).

Antara kesan pemilikan sempurna ialah, “harta itu berada di tangannya, ia tidak berkait-

kaitan dengan hak orang lain, pemiliknya bebas taṣarruf pada harta tersebut dengan

pilihannya, dan faedah-faedah yang terhasil adalah untuknya” (Al-Qarḍāwī, 1393H,

130).

ii. Pemilikan Tetap dan Pemilikan Tidak Tetap

Pemilikan jika ditinjau dari sudut kemungkinan gugur dibahagikan kepada dua

kategori, iaitu (i) pemilikan tetap, dan (ii) pemilikan tidak tetap.

Pemilikan tetap (mustaqirr) ialah yang tidak berkemungkinan gugur walaupun berlaku

kemusnahan terhadap aset milikan atau terhadap tukarannya, seperti pemilikan pihak

penjual terhadap bayaran harga sesuatu barang yang dijual selepas berlakunya

penyerahan barang jualan tersebut. Manakala pemilikan tidak tetap ialah pemilikan

yang berkemungkinan gugur (Al-Zarkashī, 1405H, 3:240).

Status Pemilikan Maṣnūʿ Sebelum Penyerahan

Status pemilikan maṣnūʿ sebelum ia diserahkan kepada mustaṣniʿ dapat ditentukan

dengan melihat kepada dua perkara utama yang memberi kesan kepada pemilikan, iaitu:

i- Takyīf fiqhī akad istiṣnāʿ

ii- Status istiṣnāʿ adakah akad lāzim atau jā’iz.

250

i. Takyīf Fiqhī Akad Istiṣnāʿ

Takyīf fiqhī terhadap suatu permasalahan ialah proses memperhalusinya dan

menghubungkannya kepada suatu asas yang muktabar (Qalʿajī, 1408H, 143).

Walaupun akad istiṣnāʿ dianggap oleh sebahagian ulama sebagai satu akad khas, tetapi

disebabkan wujudnya perselisihan tentang hakikat akad tersebut, maka perbincangan

tentang takyīf fiqhī bagi akad istiṣnāʿ adalah perlu.

Terdapat beberapa pandangan ulama dalam menentukan takyīf fiqhī bagi akad istiṣnāʿ.

Takyīf Fiqhī Pertama: Waʿd

Istiṣnāʿ dianggap sebagai wa’d (janji) dan bukan sebagai satu kontrak atau akad.

Antara yang memilihi pandangan ini ialah al-Ḥākim al-Shahīd sebagaimana dinukilkan

oleh Al-Zaylaʿī (1313H, 4:123), Muḥammad ibn Salamah, al-Ṣaffār dan lain-lain dari

kalangan ulama mazhab Ḥanafī (Al-Nashawī, 2005M, 265-266).

Mereka menganggap bahawa istiṣnāʿ hanya satu janji dan bukannya akad jual beli.

Akad jual beli dalam istiṣnāʿ hanya berlaku selepas selesai pembuatannya dan

diserahkan kepada mustaṣniʿ. Oleh sebab ia sekadar waʿd (janji) dan bukannya akad

jual beli, maka kedua-duanya mempunyai khiyār (pilihan) (Al-Zaylaʿī, 1313H, 4:123).

Status Pemilikan Sebelum Penyerahan:

Jika mengambil kira takyīf fiqhī istiṣnāʿ sebagai waʿd ataupun muwāʿadah, maka tidak

ada pertikaian bahawa mustaṣniʿ tidak mempunyai apa-apa pemilikan terhadap maṣnūʿ

sebelum penyerahan maṣnūʿ kerana tidak ada sebarang akad dimeterai antara ṣāniʿ dan

mustaṣniʿ. Hanya selepas akad jual beli maṣnūʿ terjadi kemudiannya, barulah pemilikan

berpindah milik kepada mustaṣniʿ.

Takyīf Fiqhī Kedua: Jual Beli

Istiṣnāʿ adalah kontrak jual beli, tetapi ia tidak menyamai sepenuhnya jual beli normal

kerana ia adalah kontrak jual beli yang disyaratkan ada unsur pembuatan. Ini

sebagaimana dijelaskan oleh al-Sarakhsī ketika membahagikan akad jual beli kepada

empat kategori, antaranya:

وبيع عين شرط فيه العمل وهو الستصناع ..…أربعة أنواع اعلم بأن البيوع

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa jual beli mempunyai empat kategori;… dan jual beli

ʿayn dengan disyaratkan pembuatan padanya, iaitu istiṣnāʿ” (Al-Sarakhsī, 1414H,

15:84).

Berdasarkan kepada takyīf fiqhī ini, maka istiṣnāʿ adalah satu akad jual beli khas kerana

terdapat perbezaan dengan jual beli normal dalam beberapa sudut, iaitu:

i- Terdapat khiyār al-ru’yah dalam jual beli tersebut, sedangkan dalam jual

beli biasa tidak ada khiyār al-ru’yah kecuali dengan pensyaratan.

ii- Disyaratkan dalam jual beli ini ada proses pembuatan, sedangkan dalam jual

beli biasa tidak ada pensyaratan tersebut (Al-Sarakhsī, 1414H, 15:84; Al-

Nashawī, 2005, 278).

Status Pemilikan Sebelum Penyerahan:

251

Pandangan yang mengatakan takyīf fiqhī bagi istiṣnāʿ adalah jual beli dalam bentuk

yang khas adalah hampir menyamai takyīf fiqhī bahawa istiṣnāʿ adalah akad salam. Ini

kerana salam merupakan salah satu bentuk jual beli (Al-Shāfiʿī, 1410H, 3:94). Tetapi

ia mempunyai perbezaan daripada jual beli biasa dalam beberapa perkara. Maka begitu

juga istiṣnāʿ adalah satu bentuk jual beli tetapi mempunyai beberapa perbezaan

daripada jual beli biasa.

Justeru, berdasarkan kepada takyīf fiqhī ini, status pemilikan sebelum penyerahan

adalah sama dengan status pemilikan sebelum penyerahan dalam akad salam yang akan

dinyatakan dalam takyīf fiqhī keempat.

Takyīf Fiqhī Ketiga: Akad Ijārah dan Jual Beli

Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa istiṣnāʿ merupakan kontrak

ijārah pada permulaan dan jual beli pada pengakhiran. Kontrak jual beli maṣnūʿ terjadi

sebelum penyerahannya kepada mustaṣniʿ. Ini dinyatakan oleh sebilangan fuqaha

Ḥanafiyyah antaranya:

Di dalam Tabyīn al-Ḥaqā’iq:

قد إجارة ا انتهاء ق ب يل التسليم وقيل: ي ن ابتداء وب ي Maksudnya: “Dikatakan bahawa akadnya terjadi sebagai ijārah pada permulaan, dan

jual beli pada pengakhiran sejurus sebelum penyerahan” (Al-Zaylaʿī, 1313H, 4:124).

Ibn Nujaym juga menyatakan:

إجارة ابتداء ب يع انتهاء لكن ق بل التسليم ال عند التسليم هو “Ia (istiṣnāʿ) adalah ijārah pada permulaan, dan jual beli pada pengakhiran tetapi

sebelum penyerahan bukannya ketika penyerahan” (t.t., 6:186).

Yang dimaksudkan dengan unsur ijārah di sini ialah ijārah ʿala al-ʿamal iaitu upah

melakukan sesuatu perkhidmatan, dan dalam konteks istiṣnāʿ ialah upah melakukan

pembuatan. Setelah selesai pembuatan, barulah berlakunya akad jual beli iaitu sebelum

penyerahan kepada mustaṣniʿ.

Hujah mereka yang berpendapat demikian ialah jika sekiranya ṣāniʿ meninggal dunia

ketika tempoh istiṣnāʿ iaitu sebelum selesai pembuatan, maka akad istiṣnāʿ dikira

terbatal. Mereka berhujah bahawa jika sekiranya istiṣnāʿ adalah akad jual beli sejak

permulaan hingga pengakhiran, sudah pasti akad tersebut tidak terbatal disebabkan

kematian, sebagaimana dalam jual beli biasa dan jual beli salam (Ibn Māzah, 1424H,

7:135).

Status Pemilikan Sebelum Penyerahan:

Berdasarkan kepada takyīf fiqhī ini, status pemilikan maṣnūʿ dapat ditentukan dalam

dua peringkat.

Peringkat Ijārah

Ketika peringkat pertama iaitu dalam tempoh istiṣnāʿ dianggap sebagai ijārah, status

maṣnūʿ adalah di bawah pemilikan ṣāniʿ, kerana ijārah ‘ala al-ʿamal tidak memberi

252

kesan kepada pemindahan pemilikan. Inilah yang dinyatakan oleh kebanyakan fuqaha

Ḥanafiyyah bahawa sebelum mustaṣniʿ melihat maṣnū, dia berhak untuk menjualnya

kepada orang lain.

Ibn Nujaym menyatakan:

بل أن ي راه المستصنع للصانع أن يبيع المصنوع ق Maksudnya: “(Harus) bagi ṣāniʿ menjual maṣnūʿ (kepada orang lain) sebelum

mustaṣniʿ melihatnya (t.t., 6:186)”.

Al-Sarakhsī secara jelas mengemukakan ʿillah bahawa ṣāniʿ berhak menjual maṣnūʿ

kepada orang lain adalah kerana maṣnūʿ merupakan miliknya sebelum mustaṣniʿ

melihat maṣnūʿ tersebut. Katanya:

ه جائز؛ لنه باع ملك ن فسه وإن باعه الصانع ق بل أن ي راه المستصنع ف ب ي “Jika ṣāniʿ menjualnya sebelum mustaṣniʿ melihatnya, maka jual belinya itu adalah

harus, kerana dia menjual sesuatu miliknya (Al-Sarakhsī, 1414H, 15:90)”.

Peringkat Jual Beli

Manakala pada peringkat kedua istiṣnāʿ iaitu selepas selesai proses pembuatan yang

mengambil hukum ijārah, dan sebelum ṣāniʿ menyerahkan maṣnūʿ, maka terjadi akad

jual beli. Pada peringkat ini, pemilikan maṣnūʿ berpindah kepada mustaṣniʿ berasaskan

kepada akad jual beli.

Namun terdapat perbahasan berkenaan status pemilikan mustaṣniʿ pada ketika itu

adakah ia jatuh dalam ketagori pemilikan lāzim atau pemilikan tidak lāzim. Perkara ini

akan dibincangkan dalam tajuk ‘Status Istiṣnāʿ Adakah Akad Lāzim Atau Jā’iz’.

Takyīf Fiqhī Keempat: Salam

Istiṣnāʿ merupakan akad salam. Ini adalah pandangan majoriti ulama selain

Ḥanafiyyah. Mereka (Mālikiyyah, Shāfiʿiyyah dan Ḥanābilah) membicarakan istiṣnāʿ

di bawah tajuk salam, dan hukum-hakam serta syarat-syarat salam juga terpakai kepada

istiṣnāʿ (Al-Zarqā’, 1412H, Bil. 7, 2:234).

Status Pemilikan Sebelum Penyerahan:

Berdasarkan kepada takyīf fiqhī bahawa istiṣnāʿ adalah akad salam, maka status

pemilikan maṣnūʿ sebelum penyerahan juga sama seperti status pemilikan muslam fīh

sebelum penyerahannya kepada pembeli dalam akad salam.

Dalam akad salam, apabila kontrak telah dimeterai dengan cukup segala syarat-

syaratnya, maka bayaran (ra’s māl al-salam) berpindah milik kepada penjual (muslam

ilayh). Perkara ini tidak diperselishkan oleh ulama. Begitu juga muslam fīh akan

berpindah milik kepada pembeli (muslim). Cuma pemilikan dalam tempoh tersebut

adalah pemilikan yang tidak tetap (Nazīh Ḥammād, 1417H, Bil. 9, 1:587).

Al-Suyūṭī menjelaskan:

253

د لزومها وق بض المقابل لا: مستقرة إال دي ة ب م يون اليت ف الذ يع الد لم فنه ن وج ا واحدا: هو دين الس رأ انق ر مستقر ; لنه بصدد أن ي ي ا كان ر مستقر وإن ي اع المسلم فيه وإن كان الزما ف هو

“Semua dayn yang dalam tanggungan (dhimmah) selepas ia dikira lāzim dan selepas

diserahkan muqābilnya, adalah dayn yang tetap kecuali satu jenis dayn sahaja iaitu dayn

salam. Walaupun akad tersebut sudah lāzim, dayn tersebut tidak tetap. Ia tidak tetap

kerana ia terdedah kepada kemungkinan ketidakwujudan muslam fīh. (1411H, 326)”.

Berdasarkan kepada status pemilikan tidak tetap ini, majoriti ulama tidak membenarkan

iʿtiyāḍ atau istibdāl dengan barangan lain, dan tidak membenarkan pembeli (muslim)

menjualnya kepada orang lain sebelum muslam fīh itu diserahkan kepadanya.

Terdapat pandangan minoriti bahawa harus bagi pembeli (muslim) menjual muslam fīh

sebelum ia diserahkan kepadanya. Ia adalah satu riwayat dalam mazhab Ḥanbalī dan

dipilih oleh Ibn Taymiyyah.

Kata Ibn Taymiyyah:

ة م ين ف الذ ريه و ويوز ب يع الد لم و ريه وال ف رق ب ني دين الس د من الغرمي و هو رواية عن أ“Harus menjual dayn yang dalam tanggungan kepada penghutang dan kepada

selainnya, tidak ada beza antara dayn salam dan lain-lain jenis dayn. Ia adalah satu

riwayat daripada Aḥamd (1408H, 5:393)”.

Berdasarkan kepada perbahasan ulama mengenai pemilikan muslam fīh selepas akad

dan sebelum diserahkan kepada muslim, maka dapat disimpulkan bahawa dalam

konteks istiṣnāʿ yang mencukupi segala syarat salam, maṣnūʿ dikira berpindah milik

kepada mustaṣniʿ, cuma terdapat perselisihan adakah pemilikan tersebut dikira

pemilikan yang tetap atau pemilikan yang tidak tetap. Majoriti berpandangan ia adalah

pemilikan yang tidak tetap, di mana mustaṣniʿ dalam tempoh tersebut tidak berhak

untuk taṣarruf terhadapnya. Manakala segelintir berpandangan ia adalah pemilikan

yang tetap.

ii. Status Istiṣnāʿ Adakah Akad Lāzim Atau Jā’iz.

Status sesuatu akad sama ada ia lāzim atau tidak lāzim mempunyai kesan dalam

perbahasan tentang pemilikan sesuatu yang dikontrakkan. Dalam isu ini, hanya takyīf

fiqhī kedua iaitu istiṣnāʿ sebagai jual beli dan takyīf fiqhī ketiga iaitu istiṣnāʿ sebagai

ijārah beserta jual beli sahaja yang akan dibincangkan.

Manakala takyīf fiqhī lain tidak dibincangkan dalam isu ini. Ini kerana dalam waʿd

sebagaimana takyīf fiqhī pertama, tidak ada apa-apa akad terjadi, maka perbincangan

lāzim dan tidak lāzim sesuatu akad adalah tidak relevan. Ini kerana jika istiṣnāʿ

dianggap sekadar janji maka ia tidak dianggap sebagai akad lāzim kecuali selepas ia

diserahkan dan pembeli (mustaṣniʿ) menerimanya (Al-Qaradaghī, 1412H, 343).

Manakala salam pula sebagaimana takyīf fiqhī ketiga, tidak perlu kepada perbincangan

lāzim atau tidak lāzim akad tersebut, kerana tidak ada khilaf di kalangan fuqaha bahawa

akad salam yang mencukupi syarat-syaratnya adalah akad lāzim. Cuma persoalan di

sana adakah ia membawa kepada pemilikan lāzim atau tidak sebagaimana telah

dijelaskan sebelum ini.

254

Berkenaan isu lāzim atau tidak lāzim akad istiṣnāʿ sebagaimana diperbahaskan terutama

oleh fuqaha Ḥanafiyyah, terdapat beberapa pandangan yang secara ringkasnya boleh

dibincangkan berdasarkan kepada peringkat-peringkat dalam istiṣnāʿ:

Peringkat Pertama: Selepas dimeterai akad istiṣnāʿ, tetapi ṣāniʿ belum memulakan apa-

apa pekerjaan.

Peringkat Kedua: Selepas ṣāniʿ memulakan pekerjaan dan sebelum selesai pembuatan

maṣnūʿ.

Peringkat Ketiga: Selepas selesai pembuatan maṣnūʿ dan sebelum dilihat oleh

mustaṣniʿ.

Peringkat Keempat: Selepas dilihat oleh mustaṣniʿ.

Pandangan-pandangan ulama Ḥanafiyyah tentang lāzim dan tidak lāzim akad istiṣnāʿ

boleh diringkaskan kepada dua pendapat (dengan setiap pendapat ada perincian

tersendiri). Dua pendapat yang diberikan penekanan di sini adalah seperti berikut:

(a) Pandangan Majoriti Ḥanafiyyah: Kebanyakan fuqaha Ḥanafiyyah

berpendapat secara umumnya bahawa istiṣnāʿ adalah akad jā’iz, bukannya

lāzim.

Pada peringkat pertama iaitu sebelum ṣāniʿ memulakan apa-apa pekerjaan pembuatan,

status akad istiṣnāʿ adalah jā’iz dan tidak lāzim. Bahkan sebilangan mereka menukilkan

kesepakatan, seperti dinyatakan oleh Al-Kāsānī:

ا، با ي مل ف الانب ني ج ر الزم ق بل ال ي خاف أنه عقد “Ia adalah akad yang tidak lāzim sebelum pembuatan, iaitu bagi kedua-dua pihak, tanpa

khilaf (1406H, 5:3)”.

Manakala selepas proses pembuatan dimulakan oleh ṣāniʿ sehingga selesai peroses

pembuatan maṣnūʿ, tetapi sebelum ia diperlihatkan kepada mustaṣniʿ, ia juga masih

dalam kategori akad tidak lāzim di sisi kebanyakan fuqaha Ḥanafiyyah. Maka pada

peringkat Kedua dan Ketiga, kedua-dua pihak sama ada ṣāniʿ atau mustaṣniʿ

mempunyai khiyār untuk rujūʿ daripada akad mereka.

Al-Kāsānī menyatakan:

انع أن يب مل ق بل أن ي راه المستصنع، فكذلك، حت كان للص د الفراغ من ال ا ب ه من شاء يوأم“Manakala selepas selesai pembuatan, sebelum dilihat oleh mustaṣniʿ, maka begitu juga

(sifatnya adalah ia akad tidak lāzim), sehingga harus bagi ṣāniʿ menjualnya kepada

sesiapa yang dikehendakinya (1406H, 5:3)”.

Daripada kenyataan tersebut, didapati bahawa pemilikan maṣnūʿ dalam tempoh

tersebut (Peringkat Kedua dan Peringkat Ketiga) adalah di bawah pegangan ṣāniʿ.

Manakala selepas maṣnūʿ diperlihatkan kepada mustaṣniʿ, pada masa tersebutlah dikira

berlaku akad jual beli, tetapi kebanyakan fuqaha Ḥanafiyyah masih memberikan khiyār

ru’yah kepada mustaṣniʿ. Dengan adanya khiyār bagi mustaṣniʿ, sekalipun akad jual

255

beli telah berlaku, tetapi pemilikannya adalah pemilikan yang tidak tetap, sehinggalah

mustaṣniʿ menerimanya.

(b) Pandangan Kedua: Akad istiṣnāʿ dikira akad lāzim bermula daripada

termeterainya akad, sekalipun sebelum ṣāniʿ memulakan apa-apa pekerjaan

pembuatan.

Ini adalah salah satu riwayat Abū Yūsuf sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Māzah dalam

al-Muḥīṭ al-Burhānī:

هم اهلل، ث رجع ه اهلل أوال: يرب املستصنع دون الصانع وهو رواية عن أصحابنا ر وقال أبو يوسف ر بولع على المل ويرب املصنوع على القأبو يوسف عن هذا وقال: ال خيار لواحد منهما بل يرب الصان

“Abu Yūsuf -rahimahullah- berpendapat pada mulannya bahawa mustaṣniʿ diwajibkan

dan ṣāniʿ tidak diwajibkan, dan ini adalah satu riwayat daripada ulama-ulama kami,

kemudian Abū Yūsuf menarik balik pendapatnya itu dan mengatakan bahawa tidak ada

khiyār bagi setiap daripada kedua-duanya, maka ṣāniʿ diwajibkan melakukan

pembuatan, dan mustaṣniʿ diwajibkan menerimanya. (1424H, 7:136)”.

Pandangan inilah yang diambil oleh Majallah al-Aḥkām al-ʿAdliyyah:

اقدين الرجوع قد االستصناع ف ليس لحد ال إذا ان Maksudnya: “Apabila termeterainya akad istiṣnāʿ maka tidak harus bagi seseorang

antara kedua-dua yang berakad untuk rujuk daripadanya ( t.t., 76).

Kecuali sekiranya setelah maṣnūʿ diperlihatkan kepada mustaṣniʿ dan didapati bahawa

ia tidak menepati ciri-cirinya seperti yang diakadkan, maka dia mempunyai khiyār,

sama ada khiyār ʿayb ataupun khiyār al-waṣf (mengikut yang berkenaan) (ʿAlī Ḥaydar,

1411H, 425).

Pandangan ini juga diambil oleh Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī dalam Resolusi No. 65 (3/7)

yang memutuskan bahawa:

الركان للرفني إذا وافرت فيهملزم -وهو عقد وارد على المل والني ف الذمة-إن عقد االستصناع والشروط.

“Bahawa akad istiṣnāʿ -iaitu akad yang dimeterai terhadap pembuatan dan barangan

secara dalam tanggungan- adalah lāzim bagi kedua-dua pihak sekiranya mencukupi

rukun-rukun dan syarat-syaratnya”.

Kesan Status Lāzim atau Jā’z terhadap pemilikan maṣnūʿ sebelum diserahkan

kepada mustaṣniʿ.

Jika mengambil pandangan majoriti Ḥanafiyyah, bahawa istiṣnāʿ adalah akad jā’iz dan

bukannya akad lāzim, maka pemilikan maṣnūʿ sebelum diterima oleh mustaṣniʿ adalah

di bawah pegangan ṣāniʿ. Justeru dia bebas untuk menjualnya kepada pihak lain

sekiranya dia kehendaki.

Tetapi dari sudut pemilikan dalam tanggungan (milk fi al-dhimmah), maka pemilikan

tersebut telah berpindah kepada mustaṣniʿ, secara pemilikan yantg tidak tetap.

256

Ini dinyatakan oleh al-Kāsānī:

ة، وث بو م ة ف الذ ني المبي ا حكم االستصناع: ف هو ث بوت الملك للمستصنع ف ال ت الملك للصانع وأمر الزم ي ف الثمن ملكا

“Manakala hukum istiṣnāʿ, ialah sabitnya pemilikan bagi mustaṣniʿ terhadap ‘ayn yang

dijual pada dhimmah, dan sabitnya pemilikan bagi ṣāniʿ terhadap harga secara

pemilikan yang tidak lāzim. (Al-Kāsānī, 1406H, 5:3)”.

Jika mengambil pandangan minoriti yang mengatakan bahawa akad istiṣnāʿ adalah

akad lāzim semenjak ia dimeterai lagi, penulis tidak menjumpai perbincangan khusus

fuqaha berkenaan dengan status pemilikan maṣnūʿ sebelum ia diserahkan kepada

mustaṣniʿ dengan mengambil kira pandangan terpencil ini.

Pada pandangan penulis -Wallahu A’lam- berdasarkan kepada kaedah-kaedah umum

dan naẓā’ir fiqhiyyah dalam bab-bab lain, jika pandangan ini diambil, maka:

i- Mustaṣniʿ dikira sudah memiliki maṣnūʿ, tetapi pemilikan dalam dhimmah,

sebagaimana dalam bab salam.

Adalah suatu yang tidak menepati prinsip syarak untuk mengatakan bahawa

mustaṣniʿ telah memiliki ʿayn maṣnūʿ secara tertentu bermula daripada

termeterainya akad istiṣnāʿ, kerana maṣnūʿ belum lagi wujud ketika akad

dimeterai. Maka pemilikannya terhadap maṣnūʿ adalah pemilikan dalam

dhimmah, sebagaimana dalam bab salam.

ii- Pemilikan mustaṣniʿ terhadap maṣnūʿ (secara dalam dhimmah) adalah

pemilikan yang tidak tetap, sebagaimana dalam bab salam, pemilikan

muslim terhadap muslam fīh adalah pemilikan yang tidak tetap, sekalipun

akad salam adalah akad lāzim. Ini kerana adanya kebarangkalian ṣāniʿ tidak

mampu menyelesaikan pembuatan maṣnūʿ, sebagaimana dalam bab salam,

adanya kebarangkalian tersebut.

Justeru, berdasarkan kepada pandangan kedua ini iaitu istiṣnāʿ adalah akad lāzim sejak

daripada akad dimeterai, mustaṣniʿ dikira memiliki maṣnūʿ secara dalam dhimmah dan

pemilikan tersebut adalah pemilikan yang tidak tetap, sehinggalah ia diserahkan

kepadanya.

Kesimpulan

Isu pemilikan maṣnūʿ sebelum ia diserahkan kepada mustaṣniʿ berhubung rapat dengan

takyīf fiqhī terhadap akad istiṣnāʿ dan juga isu adakah ia akad lāzim atau jā’iz. Jika

istiṣnāʿ dianggap sebagai waʿd, maka maṣnūʿ dalam tempoh sebelum diserahkan adalah

di bawah pemilikan ṣāniʿ.

Jika istiṣnāʿ ditakyīf sebagai jual beli, ataupun sebagai ijārah yang diakhiri dengan jual

beli, dan pandangan bahawa ia adalah akad lāzim yang diambil, maka sebelum

pembuatan bermula sehingga selesai pembuatan sebelum diserahkan kepada mustaṣniʿ,

mustaṣniʿ dikira sudah memiliki maṣnūʿ, tetapi pemilikan secara dhimmah dan

pemilikan tersebut adalah pemilikan yang tidak tetap.

257

Manakala jika istiṣnāʿ dianggap sebagai salam, maka pemilikan maṣnūʿ juga dikira

berpindah kepada mustaṣniʿ secara dhimmah dan ia juga dianggap pemilikan yang tidak

tetap.

Sekian.

Rujukan

Al-Bukhārī. (1422H). Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Dār Ṭawq al-Najāh.

Al-Fayrūz Ābādī. (1426H). Al-Qāmūs al-Muḥīṭ. Beirut: Mu’assasah al-Risālah.

Al-Jurjānī. (1403H). Al-Taʿrīfāt. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Kāsānī. (1406H). Badā’iʿ al-Ṣanā’iʿ. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Nashawī, Nāṣir Aḥmad Ibrāhīm. (2005M). Aḥkām ʿAqd al-Istiṣnāʿ fī al-Fiqh al-

Islāmī. Al-Iskandariah: Ḍar al-Jāmiʿah al-Jadīdah li al-Nashr.

Al-Samarqandī, ʿAlā’ al-Dīn, Muḥammad ibn Aḥmad. (1414H). Tuḥfah al-Fuqahā’.

Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Sarakhsī, Muḥammad ibn Aḥmad ibn Abī Sahl. (1414H). Al-Mabsūṭ. Beirut: Dār

al-Maʿrifah.

Al-Shāfiʿī, Muḥammad ibn Idrīs. (1410H). Al-Umm. Beirut: Dār al-Maʿrifah.

Al-Suyūṭī. (1411H). Al-Ashbāh wa al-Naẓā’ir. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Taftāzānī. (t.t.). Sharḥ al-Talwīh ʿAlā al-Tawḍīḥ. Egypt: Maktabah Ṣubayḥ.

Al-Qarāfī. (t.t.). Al-Furūq. ʿĀlam al-Kutub.

Al-Qarḍāwī. (1393H). Fiqh al-Zakāh. Beirut: Mu’assasah al-Risālah.

Al-Qaradaghī. (1412H). ʿAqd al-Istiṣnāʿ. Majallah Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī. Bil. 7.

Al-Zarkashī. (1405H). Al-Manthūr fi al-Qawāʿid al-Fiqhiyyah. Wizārat al-Awqāf al-

Kuwaytiyyah.

Al-Zarqā’, Muṣṭafā Ahmad. (1412H). ʿAqd al-Istiṣnāʿ wa Madā Ahammiyyatihī fī al-

Istithmārāt al-Islāmiyyah al-Muʿāṣirah. Majallah Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī. Bil.

7.

Al-Zaylaʿī, Uthmān ibn ʿAlī. (1313H). Tabyīn al-Ḥaqā’iq Sharḥ Kanz al-Daqā’iq.

Cairo: Al-Maṭbaʿah al-Kubrā al-Amīriyyah.

ʿAlī Ḥaydar. (1411H). Durar al-Ḥukkām fī Sharḥ Majallah al-Aḥkām. Dār al-Jayl.

Ibn ʿĀbidīn, Muḥammad Amīn ibn ʿUmar. (1412H). Radd al-Muḥtār ʿalā al-Durr al-

Mukhtār. Beirut: Dār al-Fikr.

Ibn Manẓūr, Jamāl al-Dīn, Abu al-Faḍl. (1414H). Lisān al-ʿArabī. Beirut: Dār Ṣādir.

258

Ibn Māzah, Burhān al-Dīn. (1424H). Al-Muḥīṭ al-Burhānī fī al-Fiqh al-Nuʿmānī.

Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Ibn Nujaym, Zayn al-Dīn ibn Ibrāhīm ibn Muḥammad, al-Miṣrī. (t.t.). Al-Baḥr al-Rā’iq.

Dār al-Kitāb al-Islāmī.

Ibn Sīdah. (1421H). Al-Muḥkam wa al-Muḥīṭ al-Aʿẓam. Beirut: Dār al-Kutub al-

ʿIlmiyyah.

Ibn Taymiyyah, Taqiyy al-Dīn Aḥmad ibn ʿAbd al-Ḥalīm. (1408H). Al-Fatāwā al-

Kubrā. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Muslim. (t.t.). Ṣaḥīḥ Muslim. Beirut: Dār Iḥyā’ al-Turāth al-ʿArabiy.

Nazīh Ḥammād. (1417H). Al-Salam wa Taṭbīqātuhū al-Muʿāṣirah. Majallah Majmaʿ

al-Fiqh al-Islāmī. Bil. 9.

Qalʿajī, Muḥammad Rawwās. (1408H). Muʿjam Lughah al-Fuqahā. Dār al-Nafā’is.