dapatan kajian pembangunan instrumen pelaburan emas...

17
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA 1 Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) Di Malaysia Najahudin Lateh (Universiti Teknologi MARA) Salmy Edawati Yaacob (Universiti Kebangsaan Malaysia) Abstrak 1 Kertas ini menjelaskan dapatan daripada kajian pembangunan instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang disepakati pakar dan mempunyai tahap kualiti tinggi berasaskan senario transaksi di Malaysia. Kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan pendekatan kajian Reka bentuk dan Pembangunan oleh Richey & Klein (2007) yang diubah suai melalui tiga fasa; analisis, reka bentuk dan penilaian. Dapatan data Fasa Analisis menunjukkan semua (100 peratus) pelabur dan pakar bersetuju bahawa panduan pelaburan emas dalam bentuk instrumen sangat diperlukan. Semua responden pakar juga bersetuju bahawa panduan tersebut perlu mempunyai tiga dimensi, iaitu (i) pelabur dan institusi pelaburan; (ii) barang dan harga; dan (iii) akad tawaran. Kriteria bagi panduan tersebut adalah berdasarkan dua teori transaksi emas, iaitu kriteria umum dalam syarat al-bay’ dan kriteria khusus dalam bay’ al- sarf. Dapatan data pada Fasa Reka Bentuk pula menunjukkan semua (100 peratus) pakar Delphi bersetuju dengan ketiga-tiga dimensi tersebut. Dapatan fasa ini juga menunjukkan kesepakatan yang tinggi dalam kalangan mereka untuk bersetuju menerima 33 item dengan skor median adalah 4 dan JAK antara 0.00 hingga 1.00. Skor ini disokong oleh analisis FDM yang menunjukkan nilai threshold (d ≤ 0.2) serta peratusan kesepakatan pakar ( ≥75%). Dapatan data pada Fasa Penilaian menunjukkan terdapat satu item telah digugurkan pada kajian rintis kerana tidak sepadan (misfit) dengan nilai PTMEA CORR negatif (-0.17logit) dan berada di luar sempadan yang ditetapkan (outfit z-std=2.9). Kajian tinjauan sebenar telah mengekalkan 32 item kerana mempunyai ciri kesahan yang baik bagi setiap item dan person (nilai kebolehpercayaan item: 0.94; kebolehpercayaan person: 0.94; PTMEA CORR item yang positif; infit MNSQ item=0.44-1.66logit; and z-std > - /+2). Profil pelaburan emas menunjukkan majoriti institusi pelaburan emas tidak patuh syariah dengan hanya 7.5 peratus yang mempunyai komitmen tinggi untuk mematuhi kriterianya dan terdapat dua item (6.25%) yang sukar dipatuhi kerana berada di atas mean person. Akhirnya, kajian ini berjaya menghasilkan panduan 1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Emas dalam Institusi Kewangan di Malaysia pada 22 Mac 2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Upload: vunhan

Post on 06-Feb-2018

287 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

1

Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS)

Di Malaysia

Najahudin Lateh (Universiti Teknologi MARA)

Salmy Edawati Yaacob (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Abstrak1

Kertas ini menjelaskan dapatan daripada kajian pembangunan instrumen

Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang disepakati pakar dan mempunyai

tahap kualiti tinggi berasaskan senario transaksi di Malaysia. Kajian ini

menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan pendekatan kajian Reka

bentuk dan Pembangunan oleh Richey & Klein (2007) yang diubah suai melalui

tiga fasa; analisis, reka bentuk dan penilaian. Dapatan data Fasa Analisis

menunjukkan semua (100 peratus) pelabur dan pakar bersetuju bahawa panduan

pelaburan emas dalam bentuk instrumen sangat diperlukan. Semua responden

pakar juga bersetuju bahawa panduan tersebut perlu mempunyai tiga dimensi,

iaitu (i) pelabur dan institusi pelaburan; (ii) barang dan harga; dan (iii) akad

tawaran. Kriteria bagi panduan tersebut adalah berdasarkan dua teori transaksi

emas, iaitu kriteria umum dalam syarat al-bay’ dan kriteria khusus dalam bay’ al-

sarf. Dapatan data pada Fasa Reka Bentuk pula menunjukkan semua (100 peratus)

pakar Delphi bersetuju dengan ketiga-tiga dimensi tersebut. Dapatan fasa ini juga

menunjukkan kesepakatan yang tinggi dalam kalangan mereka untuk bersetuju

menerima 33 item dengan skor median adalah 4 dan JAK antara 0.00 hingga 1.00.

Skor ini disokong oleh analisis FDM yang menunjukkan nilai threshold (d ≤ 0.2)

serta peratusan kesepakatan pakar ( ≥75%). Dapatan data pada Fasa Penilaian

menunjukkan terdapat satu item telah digugurkan pada kajian rintis kerana tidak

sepadan (misfit) dengan nilai PTMEA CORR negatif (-0.17logit) dan berada di

luar sempadan yang ditetapkan (outfit z-std=2.9). Kajian tinjauan sebenar telah

mengekalkan 32 item kerana mempunyai ciri kesahan yang baik bagi setiap item

dan person (nilai kebolehpercayaan item: 0.94; kebolehpercayaan person: 0.94;

PTMEA CORR item yang positif; infit MNSQ item=0.44-1.66logit; and z-std > -

/+2). Profil pelaburan emas menunjukkan majoriti institusi pelaburan emas tidak

patuh syariah dengan hanya 7.5 peratus yang mempunyai komitmen tinggi untuk

mematuhi kriterianya dan terdapat dua item (6.25%) yang sukar dipatuhi kerana

berada di atas mean person. Akhirnya, kajian ini berjaya menghasilkan panduan

1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Emas dalam Institusi Kewangan di Malaysia pada 22 Mac

2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Page 2: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

2

pelaburan emas secara syariah berkualiti tinggi serta memberi implikasi

penambahbaikan kepada Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakui pihak

kerajaan dan rujukan masyarakat.

Kata kunci: emas, patuh syariah, pelaburan

1.0 Pendahuluan

Kajian ini dilakukan hasil daripada isu dan permasalahan berkaitan amalan pelaburan emas dalam

kalangan masyarakat serta kepatuhannya kepada hukum syariah. Permasalahan tersebut adalah

ketidakrangkuman kajian spesifik tentang panduan pelaburan emas yang melibatkan kesepakatan

pakar muamalat serta kekurangan panduan pelaburan emas syariah yang secara empirikal

mempunyai tahap kualiti yang tinggi sebagai panduan umat Islam. Permasalahan tersebut turut

menimbulkan persoalan apakah kriteria bagi panduan tersebut serta bagaimanakah bentuknya yang

disepakati oleh pakar muamalat. Persoalan juga timbul tentang sejauh manakah tahap kualiti

panduan yang dibina tersebut sebagai alat pengukuran pematuhan syariah dalam pelaburan emas

di Malaysia.

Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan panduan bernama Instrumen

Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang mempunyai tahap kualiti yang tinggi melalui tiga

objektif, iaitu (i) mengenal pasti kriteria yang diperlukan sebagai kontruk instrumen, (ii)

mendapatkan kesepakatan pakar serta (iii) menilai kualiti instrumen tersebut.

2.0 Metodologi

Kajian ini berbentuk mix method (kaedah campuran) kualitatif dan kuantitatif dengan

menggunakan kaedah triangulasi data untuk menjawab tiga persoalan kajian yang ditetapkan.

Kajian kualitatif dilakukan melalui metode dokumentasi dan instrumen temu bual, sementara

kajian kuantitatif menggunakan set soal selidik pada kajian Teknik Delphi (TD), rintis dan

tinjauan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif serta menggunakan analisis statistik

deskriptif, Fuzzy Delphi Method (FDM) dan model Rasch.

Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kajian Reka bentuk dan Pembangunan (DDR)

(Richey & Klein, 2007) berdasarkan permasalahan, persoalan dan objektif seperti ditunjukkan

pada Jadual 1.

Page 3: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

3

Jadual 1: Ringkasan reka bentuk kajian berdasarkan tujuan penyelidikan

Permasalahan

kajian Persoalan kajian Objektif kajian

Kerangka

teori kajian

Reka

bentuk

kajian

Ketidakrangkuman

kajian spesifik

tentang kriteria

pelaburan emas

secara syariah

Apakah kriteria yang

diperlukan untuk membina

panduan pelaburan emas

secara syariah?

Mengenal pasti

kriteria yang

diperlukan dalam

pembinaan panduan

pelaburan emas

secara syariah.

Teori Rukun

Akad (TRA),

Teori Syarat

al-Bay’

(TSB),

Teori Bay’ al-

Sarf (TBS)

Analisis

Ketidaksepakatan

ulama tentang

hukum-hakam

transaksi emas

Bagaimanakah bentuk

Instrumen Pelaburan Emas

Patuh Syariah (iPEPS) yang

disepakati oleh pakar

muamalat?

Membangunkan

Instrumen Pelaburan

Emas Patuh Syariah

(iPEPS) yang

disepakati pakar

muamalat.

Teori al-ijma'

Reka

Bentuk

Pembuktian

panduan pelaburan

emas secara

empirikal

berkualiti tinggi

Sejauh manakah tahap

kualiti Instrumen Pelaburan

Emas Patuh Syariah

(iPEPS) sebagai alat

pengukuran pematuhan

syariah dalam pelaburan

emas di Malaysia?

Menilai tahap kualiti

Instrumen Pelaburan

Emas Patuh Syariah

(iPEPS) berdasarkan

pelaburan emas di

Malaysia.

Teori respons

item Penilaian

Fasa 1 ialah analisis kajian keperluan terhadap panduan PEPS serta bentuk kriteria bagi dimensi

dan itemnya. Data dikutip melalui kajian deskriptif terhadap literatur lepas serta soal selidik

terhadap 56 orang pelabur emas dan temu bual bersama tiga orang pakar muamalat Islam. Data

yang diperoleh dianalisis menggunakan nilai peratusan dan penelitian terhadap transkrip temu

bual. Fasa 2 merupakan proses mendapatkan kesepakatan pakar terhadap kontruk PEPS yang telah

dikenal pasti. Data diperoleh melalui soal selidik menggunakan TD melibatkan 13 orang pakar

sebanyak dua pusingan. Analisis data dilakukan menggunakan kaedah TD klasik berdasarkan

UKB melalui nilai median dan JAK serta kaedah FDM.

Fasa 3 pula ialah kajian penilaian terhadap kualiti instrumen PEPS yang telah dibangunkan untuk

mengukur kepatuhan syariah pelaburan emas di Malaysia. Data dikutip daripada 27 orang

responden kajian rintis dan 40 responden kajian tinjauan sebenar yang terdiri daripada pelabur dan

Page 4: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

4

institusi pelaburan emas. Analisis kedua-dua data tersebut dilakukan menggunakan model

pengukuran Rasch. Tahap kualiti instrumen tersebut dinilai dari aspek kesahannya meliputi

kebolehpercayaan, kalibrasi skala pemeringkatan, unidimensi, polariti item, kesepadanan dan

kebezaan kefungsian item. Selain itu profil PEPS di Malaysia juga dibentuk menggunakan model

pengukuran tersebut. Ringkasan metodologi kajian berpandukan pendekatan DDR ditunjukkan

pada Jadual 2.

Jadual 2: Ringkasan metodologi berdasarkan kajian DDR

Reka bentuk

kajian

Pengumpulan

data Instrumen kajian Sampel kajian Analisis data

Analisis

Kajian Literatur Dokumentasi -

Analisis deskriptif

Kajian Keperluan Temu bual

berstruktur

3 pakar

muamalat Analisis deskriptif

Kajian Keperluan Soal selidik

(Aneka pilihan) 56 pelabur emas

Frekuensi

Peratusan

Reka

Bentuk

2 pusingan

Teknik Delphi

Soal selidik (Skala

Likert 4-poin)

13 pakar

muamalat

Mod, Median dan

Julat Antara Kuartal

Fuzzy Delphi Method

Penilaian

Kajian Rintis Soal selidik (Skala

Likert 4-poin) 27 pelabur emas

Model Pengukuran

Rasch

Kajian Tinjauan Soal selidik (Skala

Likert 4-poin)

40 pelabur dan

institusi

pelaburan emas

Model Pengukuran

Rasch

Setiap instrumen soal selidik yang digunakan dipastikan mempunyai indeks kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian rintis turut dilakukan pada data Fasa Penilaian sebelum

kajian tinjauan sebenar dilakukan. Proses terakhir kajian ini menemukan tiga dimensi dan 32 item.

Jumlah dimensi sebanyak tiga ditetapkan oleh pengkaji mengikut kajian literatur dan dipersetujui

oleh tiga orang pakar yang ditemu bual serta 13 peserta TD. Namun, jumlah item mengalami

perubahan hasil semakan pada setiap fasa seperti ditunjukkan pada Jadual 3.

Page 5: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

5

Jadual 3: Jumlah item mengikut fasa kajian

Fasa Kajian Jumlah

Item Awal Kaedah Semakan

Jumlah

Item Akhir Hasil

Analisis -

32

Kajian literatur

(Penyelidik)

Semakan pakar (3 orang)

32

34

Item B05 dan B15

ditambah.

Reka

Bentuk

34 Teknik Delphi

(13 pakar)

33 Item B05 dan B15

digugurkan.

Item C11 ditambah.

Penilaian 33 Analisis Model Rasch

(Kajian rintis)

32 Item A03 digugurkan.

3.0 Dapatan Fasa Analisis

Pembangunan iPEPS dimulakan pada peringkat Fasa Analisis bagi mengenal pasti kriteria

panduan patuh syariah komprehensif yang diperlukan dalam pelaburan emas. Dapatan kajian

membuktikan 100 peratus pelabur emas sangat memerlukan suatu panduan untuk memilih

pelaburan emas yang menepati kehendak syariah. Panduan tersebut diperlukan untuk membantu

mereka memilih produk yang betul dan berkat serta memastikan pelaburan mereka adalah halal.

Reka bentuk panduan yang diperlukan ialah berbentuk suatu instrumen yang dapat menilai

kepatuhan syariah pelaburan emas ditawarkan oleh institusi pelaburan. Panduan tersebut perlu

bersifat ringkas, ayatnya boleh difahami dan boleh diaplikasikan oleh semua pihak termasuk oleh

orang awam.

Dapatan ini sejajar dengan perintah al-Quran supaya mukmin mematuhi hukum Islam secara

syumul dalam segala aspek kehidupan. Firman Allah SWT:

Page 6: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

6

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam

(mematuhi hukum-hukumnya) seluruhnya; dan janganlah kamu menurut

jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang

terang nyata.

(al-Baqarah, 2:208)

Selain itu, dapatan kajian ini turut mengukuhkan dapatan kajian oleh Lokmanulhakim et al. (2012)

bahawa masyarakat memerlukan panduan tentang perkara tersebut kerana kebanyakan produk

pelaburan emas di Malaysia tidak patuh syariah. Hasil analisis juga menunjukkan semua responden

termasuk pakar muamalat bersetuju bahawa panduan berbentuk instrumen sebagai alat menilai

kepatuhan syariah bagi aktiviti pelaburan emas lebih diperlukan oleh pelabur emas dan masyarakat

awam di Malaysia. Dapatan ini agak berbeza dengan kajian Rosnah (2013) yang memperoleh

panduan yang diperlukan adalah suatu profil mengandungi senarai amalan terbaik organisasi

pembelajaran untuk sekolah Malaysia. Walaupun begitu, dapatan berbeza berlaku atas

kebarangkalian faktor sifat kajian dan responden yang berbeza.

Panduan pelaburan emas dibina berdasarkan pandangan literatur lepas dan seterusnya dipersetujui

oleh pakar muamalat. Kriterianya dikenal pasti berdasarkan TRA, TSB, TBS di samping penelitian

ke atas PPE dan undang-undang di Malaysia yang berkaitan. TRA menghasilkan dimensi bagi

panduan tersebut terdiri daripada tiga (3) elemen, iaitu (a) pelabur dan institusi pelaburan; (b)

barang dan harga; dan (c) akad tawaran pelaburan. Pemilihan ketiga-tiga dimensi tersebut diakui

oleh ketiga-tiga (100%) pakar muamalat yang ditemu bual serta bertepatan dengan pandangan

tokoh-tokoh ulama empat mazhab (al-Zuhayli, 1989; Sabiq, 1993) bahawa rukun akad terdiri

daripada pihak yang berakad, subjek yang diakad dan sighah akad. Ketiga-tiga rukun ini turut

dipersetujui dan diperincikan oleh al-Syarbini (1994) dan al-Khin et al. (1987) meliputi pembeli

sebagai subjek (مثمن) dan barang (ثمن) iaitu pihak yang berakad, harga ,(مشتر) dan penjual (بائع)

yang diakad serta penawaran (إيجاب) dan penerimaan (قبول) sebagai sighah akad.

Selain itu, kriteria pelaburan emas dikenal pasti melalui kajian dokumentasi dan analisis deskriptif

terhadap kajian-kajian lepas, termasuklah karya ulama silam dan kontemporari. Dokumen

berkaitan seperti PPE JAKIM, akta-akta kerajaan serta panduan oleh BNM turut digunakan untuk

tujuan tersebut. Hal ini diakui oleh penyelidik lain (Messick, 1995; Wainer & Braun, 1988) sebagai

cara meningkatkan kesahan kandungan sesuatu instrumen. Pemilihan item bagi setiap dimensi

dibuat dan dianalisis secara meta data. TSB menghasilkan 21 kriteria bagi PEPS sementara TBS

menghasilkan enam kriteria. Sebanyak 27 kriteria diperoleh daripada PPE di samping empat

Page 7: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

7

kriteria lain yang dikenal pasti berdasarkan akta dalam undang-undang di Malaysia. Dua kriteria

kemudiannya ditambah hasil cadangan pakar yang melakukan semakan awal.

Oleh itu, terdapat 34 kriteria telah dikenal pasti bagi setiap dimensi panduan tersebut, iaitu lima

kriteria berada di bawah dimensi ‘Pelabur dan institusi pelaburan’, 19 pada dimensi ‘Barang dan

harga’ sementara 10 kriteria di bawah dimensi ‘Akad tawaran pelaburan’. Item yang telah dibina

di bawah ketiga-tiga dimensi tersebut seterusnya dibuat kajian pada pusingan pertama TD sebagai

proses awal untuk mendapatkan kesepakatan pakar. Jadual 4 menunjukkan rumusan sumber

kriteria yang dikenal pasti diperlukan bagi pembinaan panduan pelaburan emas secara syariah.

Jadual 4: Rumusan mengenal pasti kriteria panduan pelaburan emas secara syariah

Dimensi

(TRA) Item

Sumber Kriteria

PPE TSB TBS Undang-

undang

Pakar

Penilai

PIP

A01 TSB

(U01/14)

AK1950

AUD1971

A02 TSB

(U02/14)

AK1950

AUD1971

A03 PPE No.2 (b) TSB

(U03/14)

A04 ABN

2009

AS 1965

A05 IFSA 2013

BDH

B01 PPE No.4 TSB

(U04/14)

B02 PPE No.4 TSB

(U05/14)

B03 PPE No.5 TSB

(U06/14)

B04 PPE No.6 TSB

(U09/14)

B05 √

B06 PPE No.6 (c) TSB

(U10/14)

B07 PPE No.6 (c) TSB

(U11/14)

B08 PPE No.6 (c) TSB

(U12/14)

B09 PPE No.6 (c) TSB

(U13/14)

B10 PPE No.10 (b),

15

TSB

(U14/14)

Page 8: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

8

B11 PPE No.10 (a) TBS

(K03/06)

B12 PPE No.13 (b) TSB

(U07/14)

B13 PPE No.20 TSB

(U08/14)

B14 PPE No.3 TSB

(U16/14)

B15 √

B16 PPE No.12,

15,16

TSB

(U15/14)

B17 PPE No.10 (a) TBS

(K04/06)

B18 PPE No.12 TBS

(K05/06)

B19 PPE No.22 TBS

(K06/06)

ATP

C01 PPE No.7 TSB

(U17/14)

C02 PPE No.14 TBS

(K02/06)

C03 PPE No.11 TSB

(U18/14)

C04 PPE No.4, 20, 21 TSB

(U19/21)

C05 PPE No.20, 21

C06 PPE No.18

C07 PPE No.20 TSB

(U20/21)

C08 PPE No.20

C09 PPE No.23 TSB

(U21/21)

C10 TBS

(K01/06)

Semua item yang dipilih sebagai kriteria iPEPS tersebut lebih spesifik tentang pelaburan emas

berbanding kriteria-kriteria umum badan piawai antarabangsa seperti DJIM, S&P dan MPS SC

yang hanya menyentuh status patuh syariah dalam sekuriti pasaran modal. Hal ini turut memenuhi

cadangan Ho et al. (2012) supaya suatu piawai yang universal ditetapkan untuk diguna pakai oleh

semua pihak kerana wujudnya perbezaan kriteria patuh syariah antara badan-badan piawai

tersebut. Secara langsung proses pemilihan item dalam pembangunan iPEPS ini telah mencapai

tujuan kajian menambah baik panduan pelaburan emas sedia ada tersebut seperti disyorkan oleh

MPS institusi-institusi kewangan Malaysia (JAKIM, 2012c). Pemilihan kriteria iPEPS

berdasarkan pembahagian umum dan khusus dalam kajian ini juga bertepatan dengan kajian al-

Page 9: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

9

Misri (1999), al-Kamali (2002), Saddam (2006) dan Lokmanulhakim et al. (2012) yang turut

melakukan demikian. Perkara ini disebabkan transaksi emas melibatkan kriteria umum jual beli

(al-bay’) dan syarat khusus dalam jual beli mata wang (bay’ al-sarf).

4.0 Dapatan Fasa Pembangunan

Pembangunan iPEPS diteruskan pada Fasa Reka Bentuk melalui penglibatan pakar muamalat, iaitu

seramai 13 orang peserta TD sebanyak dua pusingan. Bilangan ini bertepatan dengan syor yang

dikemukakan oleh Dalkey et al. (1972) serta memenuhi cadangan ramai pengkaji Delphi lain

seperti Linstone (1978), Martino (1983), Reid (1988), Delbecq et al. (1975) dan Ziglio (1996) iaitu

antara tujuh hingga 15 orang. Fasa ini merupakan pengesahan kepada kriteria PEPS yang

dihasilkan pada fasa sebelum ini melalui kajian literatur. Dapatan kajian ini dianalisis melalui

statistik deskriptif pada kedua-dua pusingan TD serta disokong oleh data analisis FDM.

Dua item, iaitu B05 dan B15 ditolak pada pusingan kedua TD kerana mempunyai kesepakatan

yang tinggi untuk menolaknya dengan nilai JAK (0.00) dan Mdn (2.00). Penolakan ini disokong

oleh data FDM yang menunjukkan nilai d threshold kedua-dua item ialah 0.338 dan kesepakatan

pakar ialah sebanyak 38 peratus. Item-item lain termasuklah satu item baru (C11) dikekalkan

kerana memenuhi syarat nilai d threshold item kurang daripada 0.2 (d≤ 0.2) seperti cadangan Chen

(2000) dan Cheng & Lin (2002) serta mempunyai peratus kesepakatan pakar melebihi 75 peratus

(≥75%) seperti cadangan Chu & Hwang (2008) dan Murry & Hammons (1995).

Dapatan kajian turut menunjukkan panel pakar TD telah bersepakat untuk menerima ketiga-tiga

dimensi bagi iPEPS tanpa sebarang perubahan. Pemakaian ketiga-tiga dimensi iPEPS juga lebih

menyeluruh berbanding dokumen patuh syariah sedia ada di Malaysia seperti panduan MPS SC

yang hanya berkaitan sekuriti patuh syariah (SC, 2013). Kesepakatan terhadap kriteria item iPEPS

pula merangkumi beberapa aspek transaksi semasa yang tidak dinyatakan secara jelas dalam PPE

seperti larangan ‘kunci harga’ (lock price) yang tidak boleh dibatalkan, (trade-in) emas lama

dengan emas lain dengan berat berlainan serta teknik sewaan emas yang kini ditawarkan dalam

pasaran. Sebagai contohnya, kaedah ‘kunci harga’ agak popular dalam pelaburan emas mutakhir

ini kerana harga yang dikunci tidak terjejas dengan perubahan naik turun harga emas yang berlaku

setiap minit. Namun, kaedah ini biasanya tidak memenuhi kehendak syariah kerana wa’ad (janji)

tersebut bersifat telah berlaku kontrak jual beli kerana wajib ditunaikan dan tidak boleh dibatalkan.

Penetapan kriteria ini bertepatan dengan kajian Zuhaili & Dahlan (2015) yang mencadangkan

wa’ad melalui ‘kunci harga’ tidak boleh menjadi kemestian untuk disempurnakan. Hal ini kerana

wa’ad daripada pelabur hanyalah sebagai lindung nilai daripada perubahan nilai, bukanlah

mengandungi akad mu’awadat yang bersifat lazim dan perlu ditunaikan. Kriteria berdasarkan

Page 10: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

10

senario transaksi pelaburan emas kontemporari tersebut juga memenuhi hasrat resolusi MPS IFI

di Malaysia dalam muzakarah kali ke-8 pada 29 Mei 2012 yang meminta PPE perlu dikemas kini

serta kajian lanjut perlu dilakukan (JAKIM, 2012c). Dapatan kajian ini memperlengkapkan

panduan PPE sedia ada untuk diguna pakai oleh masyarakat.

Selain itu, kriteria umur 18 tahun untuk melabur, institusi berdaftar dengan pihak kerajaan serta

mempunyai ahli jawatankuasa syariah juga penambahbaikan kepada panduan PPE sedia ada.

Penetapan 18 tahun sebagai umur minimum untuk melakukan transaksi bertepatan dengan

pendapat fiqh Abu Hanifah dan mazhab al-Maliki. Ia juga bertepatan dengan Akta Kontrak 1950,

Akta Umur Dewasa 1971 serta Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 yang

mendefinisikan ‘orang muda’ dan umur orang dewasa apabila seseorang mencapai 18 tahun.

iPEPS turut mengambil kira aspek undang-undang lain di Malaysia dengan tambahan kriteria

pelesenan dan kewujudan jawatankuasa syariah. Hal ini bertepatan dengan ABN 2009 seksyen 2

(1) dan Akta Syarikat 1965 seksyen 4 tentang pelesenan institusi pelaburan serta IFSA 2013

seksyen 30 (1) berkaitan penubuhan jawatankuasa syariah.

Ringkasnya, sebanyak tiga dimensi dan 33 item bagi kriteria PEPS yang telah disepakati oleh pakar

adalah (i) Dimensi “Pelabur dan Institusi Pelaburan” yang mengandungi lima item; (ii) Dimensi

“Barang dan Harga Emas” yang mengandungi 17 item; dan (iii) Dimensi “Akad Tawaran

Pelaburan” yang mengandungi 11 item. Proses pembentukan iPEPS yang disepakati pakar

ditunjukkan pada Rajah 1.

Page 11: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

11

Rajah 1: Rumusan proses pembentukan iPEPS yang disepakati pakar

5.0 Dapatan Fasa Penilaian

Kajian diteruskan pada fasa terakhir untuk menilai tahap kualiti iPEPS berdasarkan pelaburan

emas di Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan model pengukuran Rasch

bagi mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan tersebut. Penggunaan model ini lebih tepat untuk

mendapatkan ciri kualiti sesuatu instrumen yang menyeluruh. Ini dibuktikan melalui kajian

Pusingan 1

Analisis Delphi

Analisis FDM

30 item mencapai kesepakatan yang tinggi

untuk dipersetujui.

Dua item mencapai kesepakatan yang

sederhana (B05, B15).

Dua item mendapat cadangan

penambahbaikan struktur ayat (B18, C02).

Satu item baru dicadangkan sebagai

penambahan (C11).

TEKNIK

Dimensi disepakati:

Pelabur dan Institusi Pelaburan (PIP).

Barang dan Harga (BDH).

Akad Tawaran Pelaburan (ATP)

Pusingan 2

Analisis Delphi

Analisis FDM

Dua item mencapai kesepakatan yang tinggi

untuk ditolak (B05, B15).

Dua item penambahbaikan struktur ayat

mencapai kesepakatan yang tinggi untuk

diterima (B18, C02).

Satu item baru mencapai kesepakatan yang

tinggi untuk diterima (C11).

Kesepakatan tahap tinggi

untuk menerima 3 dimensi dan 33 item:

Dimensi Pelabur dan Institusi Pelaburan (PIP) – 5 item

Dimensi Barang dan Harga (BDH) – 17 item

Dimensi Akad Tawaran Pelaburan (ATP) – 11 item

Page 12: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

12

perbandingan oleh K. E. Green & Frantom (2002) dengan menggunakan model Rasch dan tidak

menggunakannya telah membuktikan kajian yang dianalisis menggunakan model Rasch

memberikan maklumat yang lebih berbanding dengan analisis biasa.

Penilaian ini dilakukan untuk memastikan iPEPS sebagai alat pengujian yang memenuhi ciri

kualiti yang baik. Hal ini kerana instrumen berkualiti perlu memenuhi kriteria sebagai alat

pengujian yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta ciri

kepenggunaan yang baik (Messick, 1995; Wainer & Braun, 1988). Tahap kualiti iPEPS ditentukan

melalui analisis pengukuran Rasch melalui enam elemen, iaitu (a) kebolehpercayaan; (b) ketepatan

skala pengukuran; (c) kearahan dimensi; (d) kesahan konstruk; (e) kesesuaian padanan; dan (f)

kesesuaian keobjektifan (Bond & Fox, 2015; Azrilah, 2013; Linacre, 2012 & Rasch, 1980).

Kajian ini telah berjaya menghasilkan iPEPS yang berkualiti tinggi serta dapat mengukur secara

baik dan normal. Perkara ini disokong melalui bukti empirikal bahawa instrumen tersebut

mempunyai nilai kebolehpercayaan dan kesahan konstruk yang tinggi serta bersifat unidimensi.

Skala pemeringkatan yang digunakan juga adalah baik kerana dapat dibezakan oleh mereka yang

terlibat dengan kontrak pelaburan emas. Item-item dalam instrumen ini sepadan walaupun terdapat

tiga item yang mempunyai unsur bias. Semuanya hasil kebarangkalian andaian yang tinggi oleh

pelabur emas bahawa produk pelaburan emas yang disertai oleh mereka adalah patuh syariah

sedangkan kebanyakan institusi pelaburan yang menawarkan produk tersebut menganggap

sebaliknya. Oleh itu, pola patuh syariah menunjukkan tahap kepatuhan yang diandaikan oleh

pelabur emas adalah lebih tinggi berbanding institusi pelaburan emas.

Selain itu, analisis tahap kualiti iPEPS melalui model Rasch turut berupaya menghasilkan profil

pematuhan pelaburan emas di Malaysia melalui dua aspek, iaitu (a) Kriteria yang mudah dan sukar

untuk dipatuhi; dan (b) Tahap pematuhan syariah dalam pelaburan emas di Malaysia. Bukti

empirikal menunjukkan tahap patuh syariah dalam pelaburan emas di Malaysia secara umumnya

adalah sederhana dan masih memerlukan perubahan serta penambahbaikan. Statistik kajian

menunjukkan lebih separuh institusi pelaburan emas mempunyai komitmen sederhana untuk patuh

syariah. Namun, agak mendukacitakan kerana terdapat 22.5% institusi tidak mempunyai

komitmen untuk patuh syariah. Hanya 7.5% institusi mempunyai komitmen tinggi untuk patuh

syariah dengan dua daripadanya (5%) memenuhi semua kriteria yang ditetapkan. Baki 95 peratus

institusi pelaburan emas tidak mempunyai ahli penasihat syariah, iaitu salah satu daripada dua item

(6.25%) yang paling sukar dipenuhi selain keperluan pendaftaran dengan pihak berwajib. Aspek

yang paling mudah untuk dipenuhi pula adalah tentang berat dan bentuk emas yang diketahui oleh

pelabur. Rumusan kesahan iPEPS dan bentuk profil pelaburan emas di Malaysia berdasarkan

analisis model Rasch ditunjukkan pada Jadual 5.

Page 13: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

13

Jadual 5: Rumusan kualiti iPEPS

Elemen Analisis Data Rumusan

Kebolehpercayaan

item Item r=0.94

Item mempunyai nilai

kebolehpercayaan item yang

tinggi.

Kebolehpercayaan

person Person r=0.94

Item mempunyai nilai keboleh-

percayaan responden yang

tinggi.

Pengasingan item 3.98 Item mempunyai nilai

pengasingan item yang baik.

Pengasingan

person 4.12

Item mempunyai nilai

pengasingan responden yang

baik.

Kalibrasi skala

pemeringkatan

Julat nilai pengasingan s antara setiap

pemeringkatan: 1.4 < s < 5.0.

Skala adalah baik, tiada

penindihan antara skala dan

arasnya boleh dibezakan.

Unidimensi

Nilai varians yang boleh dijelaskan

dalam pengukuran 69.4% (melebihi

50%)

Nilai varians yang tidak dapat

dijelaskan 5.2% (kurang daripada

15%)

Instrumen mengukur pada satu

arah tanpa kesamaran atau unsur

meragukan.

Polariti item

Tiada nilai PTMEA CORR yang

negatif dan kebanyakan item berada

pada julat (0.4 – 0.8)

Instrumen adalah baik dan

mengukur secara normal.

Kesepadanan item

Terdapat dua item (A04; B09) yang

sama-sama melebihi julat infit MNSQ

(0.5<y<1.5) dan nilai z-std (+-2).

Semua item dikekalkan kerana

mempunyai nilai PTMEA CORR

yang positif dan mengukur

secara normal.

Kesepadanan

person

Terdapat satu item (P392) yang sama-

sama melebihi julat infit MNSQ

(0.5<y<1.5) dan outfit z-std (+-2),

namun nilai infit z-std masih dalam

julat.

Semua item dikekalkan kerana

mempunyai nilai PTMEA CORR

yang positif dan mengukur

secara normal.

Kebezaan

kefungsian item

(DIF)

Tiga item (A02; B17; C06)

mempunyai nilai skor DIF melebihi

nilai terkawal t = (+/-2).

Item-item tersebut mempunyai

respons bias yang menunjukkan

kebarangkalian pelabur bahawa

produk pelaburan emas adalah

patuh syariah sedangkan

sebaliknya bagi institusi

pelaburan.

Item mudah dan

sukar

Sangat sukar dipatuhi = 2 item (6.3%)

Sukar dipatuhi = 17 item (53.1%)

Mudah dipatuhi = 12 item (37.5%)

Sangat mudah dipatuhi = 1 item

(3.1%)

Kebanyakan item adalah sukar

dipatuhi terutamanya dari aspek

kewujudan ahli penasihat

syariah.

Page 14: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

14

Pematuhan

syariah

Tiada komitmen = 9 (22.5%)

Komitmen rendah = 6 (15%)

Komitmen sederhana = 22 (55%)

Komitmen tinggi = 3 responden

(7.5%)

Majoriti institusi pelaburan emas

tidak patuh syariah dengan hanya

7.5% yang mempunyai

komitmen tinggi untuk patuh

syariah.

6.0 Penutup

Kajian ini telah mencapai ketiga-tiga objektif yang dirangka, iaitu (i) Mengenal pasti kriteria yang

diperlukan dalam pembinaan panduan pelaburan emas secara syariah; (ii) Membangunkan

Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang disepakati pakar muamalat; dan (iii)

Menilai tahap kualiti Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) berdasarkan pelaburan

emas di Malaysia. iPEPS yang mempunyai ciri kualiti yang baik berjaya dibentuk terdiri daripada

tiga dimensi dan 32 item. Instrumen ini boleh diguna pakai untuk semakan atau audit patuh syariah

pelaburan emas serta sebagai asas kajian berkaitan produk patuh syariah pelaburan lain pada masa

akan datang.

Rujukan

Al-Qur'an al-Karim

al-Kamali, 'Abd al-Rauf bin Muhammad bin Ahmad. (2002). Al-Ziyadah wa Atharuha fi al-

Mu'awadat al-Maliyyah. Kuwait: Muassasah Gharas li Nasyr wa al-Tauzi'.

al-Khin, Mustafa, Mustafa al-Bugha & 'Ali al-Shurbaji. (1987). Al-Fiqh al-Manhaji. Damsyik:

Matba’ah al-Sabah.

al-Misri, Rafiq Yunus. (1999). Ahkam al-Bay’ wa Syira’ Hulli al-Dhahab wa al-Fiddah. Damsyik:

Dar al-Qalam.

al-Syarbini, Syams al-Din, Muhammad bin Ahmad al-Khatib. (1994). Mughni al-Muhtaj ila

Ma'rifah Ma'ani Alfaz al-Minhaj. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

al-Syawkani, Muhammad bin al-'Ali. (1987). Al-Durari al-Madiyyah Syarh al-Durr al-Bahiyyah.

Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

al-Zuhayli, Wahbah. (1989). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyik: Dar al-Fikr.

Page 15: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

15

Azrilah Abdul Aziz, Mohd Saidfudin Masodi & Azami Zaharim. (2013). Asas Model Pengukuran

Rasch: Pembentukan Skala & Struktur Pengukuran. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Bond, Trevor G., & Christine M. Fox. (2015). Applying the Rasch Model (3rd ed.). New York:

Routledge Taylor & Francis Group.

Chu, Hui-Chun, & Gwo-Jen Hwang. (2008). A Delphi-based Approach to Developing Expert

systems with the Cooperation of Multiple Experts. Expert Systems with Applications, 34

(4), 2826-2840. doi: 10.1016/j.eswa.2007.05.034

Dalkey, Norman Crolee, Daniel L. Rourke, Ralph Lewis & et al. (1972). Studies In The Quality of

Life: Delphi and Decision-making. Lexington, Massachusetts: Lexington Books.

Delbecq, André L., Andrew H. Van de Ven & David H. Gustafson. (1975). Group Techniques for

Program Planning: A Guide to nominal Group and Delphi Process. Glenview, Illinois:

Scott, Foresman and Company.

Green, Kathy E., & Catherine G. Frantom. (2002). Survey Development and Validation with the

Rasch Model. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Questionnaire

Development, Evaluation, and Testing 2002, Charleston, SC.

Ho, Catherine Soke Fun, Omar Masood, Asma Abdul Rehman & et al. (2012). Syariah Accounting

and Compliant Screening Practices. Qualitative Research in Financial Markets, 4 (2/3),

240-254. doi: 10.1108/17554171211252556

JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2012). Rumusan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat

Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-8 Tahun 2012. Portal Rasmi Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia. Capaian 31 Mac 2013. http://www.islam.gov.my/en/rumusan-

muzakarah-ahli-majlis-penasihat-syariah-institusi-kewangan-di-malaysia-kali-ke-8-

tahun-2012

Linacre, John Michael. (2012). A User's Guide to Winsteps/Ministeps Rasch-model Computer

Programs. Chicago, IL: Winsteps.com.

Linstone, Harold A. (1978). The Delphi Technique: Handbook of Futures Research (J. Fowles

Ed.). Westport, CT: Greenwood Press.

Lokmanulhakim Hussain, Mohamed Fairooz Abdul Kadir, Mohd Bahroddin Badri & et al. (2012).

Analisis Syariah Terhadap Produk-produk Pelaburan Emas di Malaysia. Research Paper

(Bil. No. 36/2012): International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Page 16: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

16

Martino, Joseph P. (1983). Technological Forecasting for Decision Making. New York: Elsevier

Science Publishing.

Messick, Samuel B. (1995). Validity of Psychological Assessment. American Psychologist, 50 (9),

74-149.

Murry, John W., & James O. Hammons. (1995). Delphi, a Versatile Methodology for Conducting

Qualitative Research. The Review of Higher Education, 18 (4), 423-436.

Rasch, Georg W.. (1980). Probabilistic Models for Some Intelligence and Attainment Tests.

Chicago: University of Chicago Press.

Reid, Norma. (1988). The Delphi Technique: Its Contribution to the Evaluation of Professional

Practice. Dlm. R. Ellis (Ed.), Professional Competence and Quality Assurance in the

Caring Professions. London: Chapman & Hall.

Richey, Rita C, & James D Klein. (2007). Design and Development Research: Methods, Strategies

and Issues. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Rosnah Ishak. (2013). Pembinaan Profil Amalan Terbaik Organisasi Pembelajaran untuk Sekolah

Malaysia. Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sabiq, Al-Sayyid. (1993). Fiqh al-Sunnah. Kaherah: Dar al-Fath li al-A'lam al-'Arabi.

Saddam, 'Abd al-Qadir 'Abd Allah. (2006). Bay' al-Dhahab wa al-Fiddah. Amman: Dar al-Nafais.

SC, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. (2013). Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat

Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (29 November 2013). Kuala Lumpur: Suruhanjaya

Sekuriti Malaysia.

Wainer, Howard, & Henry I. Braun. (1988). Test Validity. New Jersey: Lawrence Erlbaum

Associates.

Ziglio, Erio. (1996). The Delphi Method and its Contribution to Dicision-making. Dlm. M. Adler

& E. Ziglio (Ed.), Gazing Into the Oracle: The Delphi Method and Its Application to Social

Policy and Public Health. London: Jessica Kingsley.

Zuhaili, Muhamad Zuhaili Saiman & Ahmad Dahlan Salleh. (2015). Kajian Konsep al-Wa'ad dan

al-Wa'dan menerusi Kaedah 'Lock Price' dalam Urusniaga Bertangguh Emas Fizikal. Dlm.

Nik Abdul Rahim et al. (Ed.), Prosiding Persidangan Antarabangsa Fiqh Semasa &

Page 17: Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/05/02-Najahudin... · E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

17

Perundangan Islam 2015 Batam Indonesia, 300-314. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.