pemilihan yang di

6
PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG Malaysia bukanlah kerajaan beraja tetapi Malaysia mempunyai Raja atau Yang Pertuan Agong. Baginda dipilih oleh Majlis raja-Raja menurut kaedah dan car ditetapkan salam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan peraturan Majlis Raja-Raja. CIRI-CIRI KELAYAKAN Ciri-ciri kelayakan seorang Raja untuk dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebag di-Pertuan Agong:- Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih; Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi; Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, Seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai “proksi”; Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusing berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilanti sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX; Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun se dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pert Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. YANG TIDAK LAYAK DIPILIH Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali:- Raja itu belum dewasa;

Upload: liza-ixora

Post on 21-Jul-2015

61 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Malaysia bukanlah kerajaan beraja tetapi Malaysia mempunyai Raja atau Yang DiPertuan Agong. Baginda dipilih oleh Majlis raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan salam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan peraturan Majlis Raja-Raja. CIRI-CIRI KELAYAKAN

Ciri-ciri kelayakan seorang Raja untuk dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong:

Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih;

Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi; Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, Seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai proksi;

Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX;

Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

YANG TIDAK LAYAK DIPILIH

Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali:

Raja itu belum dewasa;

Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Baginda tidak berhasrat dipilih; atau

Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli Majlis.

LANGKAH-LANGKAH AWAL SEBELUM PEMILIHAN

Mendapatkan perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan; Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu; dan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menyembah syarat kepada setiap Raja bagi memohon perkenan sama ada Baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Catitan Raja-Raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir sekali dalam senarai pencalonan pada masa itu.

PROSIDING PEMILIHAN

Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri tidak hadir walaupun mereka anggota Majlis. Pemilihan dibuat secara undi sulit dan Kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama. Kemudiannya dimasukkan dalam peti undi. Kertas undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.(Dibakar/dirincih) Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama - sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja. Dalam Mesyuarat Pemilihan itu, hanya Raja - Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja

dan Penolong Setiausaha Majlis Raja - Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.

JAWATAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong agak penting, tetapi oleh kerana jawatan ini dibayangi oleh Yang di-Pertuan Agong maka institusi dan pemegang jawatan itu tidaklah dikenali oleh orang awam. Timbalan Yang di-Pertuan Agong biasanya lebih dikenali sebagai Raja negerinya daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Timbalan hanya penting apabila Baginda melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong sama ada semasa ketiadaan Yang di-Pertuan Agong atau semasa Yang diPertuan Agong tidak dapat melaksanakan fungsi atas sebab kesihatan atau tidak berkemampuan. Selain itu, Perlembagaan tidak memberikan Timbalan kedudukan yang lebih tinggi daripada Raja-Raja lain. Dengan sebab memegang jawatan Timbalan Yang diPertuan Agong, kedudukan Raja berkenaan tidak dianggap melebihi Raja yang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan dalam Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan.

PERLUNYA TIMBALAN YANG-DIPERTUAN AGONG

Kewujudan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bukanlah amalan yang luarbiasa. Ada banyak sebab perlunya pewujudan jawatan sedemikian kerana Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak ada dalam negara terutamanya apabila Baginda membuat lawatan negara ke negara asing, kesihatan yang kurang baik mungkin menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada melaksanakan fungsinya dan kemungkinan berlakunya kemangkatan semasa masih memegang jawatan Yang diPertuan Agong. Hal ini berlaku pada Yang di-Pertuan Agong Pertama, Kedua dan Kesebelas. Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak dapat melaksanakan fungsi atas sebab lain. Dalam keadaan yang sedemikian, kehadiran Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang fungsinya ditetapkan dengan jelas dalam Perlembagaan membantu masalah yang mungkin berlaku.

PROSES PEMILIHAN TIMBALAN YANG DIPERTUAN AGONG

Selepas tamat urusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pula disempurnakan mengikut proses yang sama semasa proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong.

SELEPAS TAMAT URUSAN PEMILIHAN

Selepas tamat kedua - dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang diPertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan fungsi rasmi selepas Baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja - Raja dan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja - Raja sebagai saksi - saksi.

SUMPAH JAWATAN BAGI YANG DI-PERTUAN AGONG DAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Mengikut Perlembagaan Malaysia Perkara 37 (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan tugas-tugasnya mengangkat dan menandatangani suatu sumpah jawatan. Surat sumpah jawatan tersebut hendaklah ditandatangani di hadapan Majlis Raja - Raja dan di hadapan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. Jika sekiranya Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan tidak dapat hadir maka hendaklah ditandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepas yang ada. Sumpah jawatan tersebut hendaklah juga disaksikan serta ditandatangani oleh dua orang Raja yang dilantik bagi maksud itu oleh Majlis Raja-Raja.

Mengikut Perlembagaan Malaysia Perkara 37 (2) Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan hendaklah sebelum menjalankan tugas-tugasnya yang lain daripada tugas-tugas yang dijalankan bagi maksud memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengangkat dan menandatangani suatu sumpah jawatan. Sumpah jawatan tersebut hendaklah disempurnakan dihadapan Majlis Raja-Raja dan dihadapan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. Jika sekiranya Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan tidak ada maka hendaklah digantikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada.