pemilihan bahasa di seksyen 13 shah alam

19
1.1PENGENALAN Pemilihan bahasa merupakan satu fenomena di mana wujudnya masyarakat yang berb ilan g kau m dan mas ing-masin g berc akap dala m bah asa yang ber lain an. Bia sany a bahasa tersebut tidak difahami antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat sekurang- ku rangnya sa tu at au lebi h ba ha sa yang mereka fahami un tuk ko muni kasi . Ba hasa tersebutlah yang menjadi bahasa perantaraan apabila mereka berkomunikasi antara satu sama lain.  Pemilihan bahasa juga terjadi apabila adanya dua bahasa yang digunakan oleh masyaraka t. Kesannya masyarakat terpaksa membuat pilihan bahasa yang perlu digunak an berd asa rkan pel bag ai seb ab dan tuju an. Pemilih an bah asa yan g dila kuka n ber dasa rkan bahasa itu sendiri iaitu mereka akan memilih bahasa itu dan akan menggunakan bahasa itu tanpa menukarkan dengan bahasa lain atau memilih satu bahasa dan dalam masa yang sama mereka menggunakan unsur daripada bahasa lain iaitu percampuran kod. Selain itu, pemilih an bahasa yang dilakukan berdasarkan domain dalam masyaraka t yang disebab kan oleh tempat, topik dan pese rta. Komuniti dwib ahasa yang akan memilih bah asa ber dasa rkan doma in-do mai n yan g aka n dib entu k sep erti pen didi kan , rek reas i, keke luarg aan, keji ran an dan per niag aan. Sesu atu bah asa itu dipi lih oleh penutu r unt uk dig unaka n dalam sesuatu ba has a domai n da n dalam domai n yang lain, ba has a ata u kelainan bahasa yang lain pula digunakan. Jumlah domain ini jug a berb eza anta ra satu komuniti de ng an ya ng lain, be rg antung ke pa da keadaan komuniti yang dika ji dan persekitara n komuniti tersebut. Pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat merupakan penggunaan bahasa yang kerap digunakan oleh anggota masyarakat dalam sesuatu domain. Pemilihan bahasa oleh ang gota masyara kat dala m beb erap a domain ber laku dise babk an oleh lata r bela kang pendidikan dan juga perbezaan jantina. Pemilihan bahasa merangkumi pilihan linguistik yang ada dalam kalangan penutur mas yara kat dwi -bah asa atau multilin gua l. Kon sep ini mer ang kumi feno mena lain sep erti dig losi a, pen gal ihan kod, dan peminda han bah asa. Kon sep ini jug a bert epa tan deng an Ferguson (1959) dalam penelitian mengenai pemilihan bahasa dalam komunikasi, para ahli psikologi sosial telah melakukan pendekatan kajian dari pelbagai pandangan. Mereka ada menyatakan bahawa tidak han ya faktor sosial yang perlu diambil kira mel aink an fakt or lainnya yang berhubungan dengan sumber daya psikologi yang mempengaruhi tindakan 1

Upload: arell-zairil

Post on 05-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 1/19

1.1PENGENALAN

Pemilihan bahasa merupakan satu fenomena di mana wujudnya masyarakat yang

berbilang kaum dan masing-masing bercakap dalam bahasa yang berlainan. Biasanya

bahasa tersebut tidak difahami antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat sekurang-

kurangnya satu atau lebih bahasa yang mereka fahami untuk komunikasi. Bahasa

tersebutlah yang menjadi bahasa perantaraan apabila mereka berkomunikasi antara satu

sama lain.

Pemilihan bahasa juga terjadi apabila adanya dua bahasa yang digunakan oleh

masyarakat. Kesannya masyarakat terpaksa membuat pilihan bahasa yang perlu digunakan

berdasarkan pelbagai sebab dan tujuan. Pemilihan bahasa yang dilakukan berdasarkan

bahasa itu sendiri iaitu mereka akan memilih bahasa itu dan akan menggunakan bahasa itu

tanpa menukarkan dengan bahasa lain atau memilih satu bahasa dan dalam masa yang

sama mereka menggunakan unsur daripada bahasa lain iaitu percampuran kod.

Selain itu, pemilihan bahasa yang dilakukan berdasarkan domain dalam masyarakat

yang disebabkan oleh tempat, topik dan peserta. Komuniti dwibahasa yang akan memilih

bahasa berdasarkan domain-domain yang akan dibentuk seperti pendidikan, rekreasi,

kekeluargaan, kejiranan dan perniagaan. Sesuatu bahasa itu dipilih oleh penutur untukdigunakan dalam sesuatu bahasa domain dan dalam domain yang lain, bahasa atau

kelainan bahasa yang lain pula digunakan. Jumlah domain ini juga berbeza antara satu

komuniti dengan yang lain, bergantung kepada keadaan komuniti yang dikaji dan

persekitaran komuniti tersebut.

Pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat merupakan penggunaan bahasa yang

kerap digunakan oleh anggota masyarakat dalam sesuatu domain. Pemilihan bahasa oleh

anggota masyarakat dalam beberapa domain berlaku disebabkan oleh latar belakang

pendidikan dan juga perbezaan jantina.

Pemilihan bahasa merangkumi pilihan linguistik yang ada dalam kalangan penutur

masyarakat dwi-bahasa atau multilingual. Konsep ini merangkumi fenomena lain seperti

diglosia, pengalihan kod, dan pemindahan bahasa. Konsep ini juga bertepatan dengan

Ferguson (1959) dalam penelitian mengenai pemilihan bahasa dalam komunikasi, para ahli

psikologi sosial telah melakukan pendekatan kajian dari pelbagai pandangan. Mereka ada

menyatakan bahawa tidak hanya faktor sosial yang perlu diambil kira melainkan faktor

lainnya yang berhubungan dengan sumber daya psikologi yang mempengaruhi tindakan

1

Page 2: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 2/19

individu. Menurut Fishman (1972), pemilihan bahasa merupakan salah satu proses dalam

peralihan bahasa.

Holmes (1992:26) menyatakan bahawa domain ini adalah merupakan konsep yang

sangat umum yang menggambarkan tiga faktor sosial yang penting dalam pemilihan bahasaiaitu pengguna bahasa (peserta), latar belakang tempat (tempat) dan topik pembicaraan

(topik). Domain ini penting dalam mempengaruhi masyarakat mengenai bahasa.

Penggunaan maklumat khususnya maklumat mengenai domain dalam sesebuah komuniti

dapat memungkinkan para pengguna bahasa untuk menggambarkan model yang

sederhana dalam menilai penggunaan bahasa dalam komuniti. Model sederhana ini sangat

bermanfaat bagi komuniti pengguna bilingualisme mahupun multilingualisme.

1.2 Pernyataan Masalah

Bahasa Melayu di Seksyen 13, Shah Alam dipraktikkan dalam kalangan penutur

asalnya iaitu masyarakat Melayu. Hal ini dibuktikan dengan bahasa Melayu masih

digunakan dalam pembelajaran di universiti, sekolah-sekolah, urusan rasmi dan lain-lain.

Kini penggunaan bahasa Melayu terdedah dengan bahasa lain ekoranperkembangan Seksyen 13 yang dipenuhi dengan penubuhan atau pembinaan bangunan

untuk tujuan perniagaan dan syarikat.

Realitinya, banyak syarikat di Malaysia juga mengutamakan bahasa asing selepas

bahasa Melayu iaitu syarikat swasta yang kurang memartabatkan bahasa Melayu. Justeru

itu, masyarakat di Malaysia membuat pemilihan bahasa mengikut kesesuaian tempat dan

masa atau lebih tepat berdasarkan domain.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dibuat untuk melihat pemilihan bahasa dikalangan penutur di Seksyen 13, tetapi juga untuk melihat kekerapan dan peratusan bahasa

yang digunakan.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

2

Page 3: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 3/19

1.3.1 Mengenal pasti pemilihan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Seksyen 13,

Shah Alam.

1.3.2 Menganalisis kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa yang digunakan oleh

masyarakat Seksyen 13 mengikut domain berdasarkan jantina dan pekerjaan.

2.1 KAJIAN LEPAS

Menurut Nor Hisyam Osman (1994) dalam kajian pemilihan bahasa dalam kalangan

penduduk kawasan perumahan Ulu Dedap di Seberang Perak, mengatakan bahawa tujuan

kajian ini untuk melihat pemilihan bahasa yang digunakan oleh penduduk kawasan tersebut

dalam perhubungan seharian. Selain itu, beliau juga turut menghuraikan tentang proses

perkembangan kelainan bahasa daripada sesuatu bahasa. Dalam kajian tersebut juga

menerangkan tentang kedudukan kawasan kajian, perkembangan prasarana, sejarahkawasan tersebut, proses pembangunan kawasan dan juga maklumat tentang penduduk

kawasan kajian itu. Corak pemilihan bahasa atau kelainan bahasa yang digunakan oleh

penduduk juga turut dikaji bagi mengenal pasti sebab-sebab bahasa tersebut digunakan.

Kajian ini juga menerangkan tentang kelainan bahasa yang paling meluas digunakan dan

juga tahap penyesuaian yang dilakukan terhadap penduduk kawasan tersebut.

Fishman dan Greenfield (1970) telah menggunakan kaedah mandala untuk

mengkaji pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat Puerto Rico di New York. Mandala

ialah situasi yang terbentuk daripada beberapa gagasan seperti tempat, peserta dan topik

perbualan. Mandala berfungsi untuk membolehkan kita memahami fenomena pemilihan

bahasa dalam kalangan penutur yang datang daripada masyarakat pelbagai kelainan

bahasa. Fishman dan Greenfield telah membentuk lima mandala iaitu mandala keluarga,

mandala persahabatan, mandala pendidikan, dan mandala pekerjaan.

Seterusnya, dalam menganalisis pemilihan bahasa, Fishman dan Greenfield (1970)

memperkenalkan konsep domain. Konsep ini ditafsirkan oleh Winford (2003: 114) dengan

pengertian berikut:

3

Page 4: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 4/19

“domain analysis has provided much insight into the general patterns of language choice in

bilingual communities. The concept provides a link between the micro-level organization of

society, with its “sociocultural norms and expectations,” and the micro-level organization of

language use manifested in “individual behavior at the level of face-to face verbal

encounters ”.

Semasa meneliti pemilihan bahasa oleh masyarakat Puerto Rico (New York),

Greenfield, yang sesudah setahun lebih melakukan pemerhatian dan mengumpul data, telah

membentuk lima domain, iaitu. kekeluarga, persahabatan, agama, pendidikan, dan

pekerjaan untuk menilai pemilihan bahasa oleh masyarakat. Setiap domain yang dibentuk

berdasarkan peserta, tempat dan topik perbicaraan.

Menurut Efri Yoni Baikoni (2008) dalam kaiian bertajuk “ Analisa Pemilihan Bahasa

dalam Komunikasi Tertulis Diplomatik ” menyatakan penelitian mengenai pemilihan bahasa

dalam komunikasi dilakukan dengan mempelajari komunikasi manusia dari pelbagai

pandangan. Beliau menyatakan bahawa bukan sahaja faktor sosial yang perlu diambil

melainkan faktor lainnya yang berhubungan dengan sumber daya psikologi yang

mempengaruhi tindakan individual. Beliau juga mengatakan dalam masyarakat multibahasa

tersedia berbagai kod, baik berupa bahasa, dialek, variasi, dan gaya untuk digunakan dalam

interaksi sosial. Dengan adanya kod-kod itu, anggota masyarakat akan memilih kod yang

tersedia sesuai dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Dalam interaksi seharian,

anggota masyarakat berupaya mengubah variasi penggunaan bahasanya.

Chong Shin (2007) dalam kajiannya bertajuk masyarakat Tionghoa Kalimantan

Barat iaitu tinjauan pemilihan bahasa di Kota Sekadau . Tujuan kajian ini adalah tentang

bagaimana komuniti Cina di Sekadau utara Kalimantan yang mempunyai pelbagai bahasa

dan memilih bahasa yang sesuai untuk digunakan dalam interaksi sosial mereka. Penulis

menggunakan teori Fishman (1970) yang menganalisis pemilihan bahasa bagi masyarakat

Puerto Rico (New York). Penulis menggunakan teori Greenfield sesudah setahun lebih

melakukan partipisat observasi dan mengumpul data serta membentuk lima ranah untukmenilai pemilihan bahasa oleh komuniti ini. Hasil kajian didapati masyarakat Tionghoa

menggunakan dialek Melayu Sekadau untuk berkomunikasi sesama mereka.

3.1 METODOLOGI KAJIAN

3.2 Pengenalan

Dalam sesebuah kajian, penulis atau pengkaji harus meletakkan sempadan kajian

yang telah dipilih. Sempadan ini bertujuan agar pembaca lebih jelas dan tidak terkelirudengan kajian dan penulisan yang dilakukan. Justeru, dalam kajian ini, penulis meletakkan

4

Page 5: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 5/19

suatu ruang lingkup kajian agar pembaca dapat memahami dengan lebih jelas tentang

pemilihan bahasa berdasarkan domain yang telah ditetapkan.

Setiap kajian yang dilakukan pasti mengalami kesukaran. Kajian ini juga tidak

terlepas daripada menghadapi masalah. Oleh itu, di bawah ini pengkaji turut menyatakankesulitan yang dihadapi sepanjang usaha mengumpulkan maklumat dan data bagi

menghasilkan kajian yang terbaik. Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang

digunakan untuk menyempurnakan kajian ini. Aspek yang dibincangkan termasuklah ruang

lingkup kajian dan pendekatan kajian.

3.3 Kaedah Kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan dalam usaha

mengumpulkan maklumat iaitu seperti yang berikut:

3.3.1 Kaedah Kepustakaan

Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan maklumat dan

huraian yang lengkap tentang beberapa perkara seperti definisi konsep, kajian lampau, dan

beberapa tafsiran berkaitan persoalan kajian. Kaedah kepustakaan merupakan kaedah

penyelidikan yang terbaik untuk melengkapkan hasil kajian. Dalam kaedah ini, pengkaji telah

mencari sumber-sumber rujukan yang telah terdapat di dalam buku-buku, jurnal-jurnal dan

bahan ilmiah yang terdapat di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara.

3.3.2 Kaedah Lapangan

Dalam kaedah kajian lapangan, pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah untuk

mendapatkan data. Antara kaedah yang digunakan ialah menemubual responden dan

meminta kerjasama daripada responden untuk mengisi borang soal selidik mengenai

pemilihan bahasa berdasarkan domain. Kajian soal selidik ini telah dilakukan di sekitar

kawasan Seksyen 13, Shah Alam.

3.3.3 Kaedah Soal Selidik

Kaedah kajian adalah berbentuk soal selidik. Borang soal selidik telah diagihkan di

sekitar Seksyen 13, Shah Alam kepada penduduk-penduduk di situ. Seramai 20 orang

responden dipilih secara rambang di kawasan tersebut dan diberikan borang soal selidik

untuk dijawab oleh penduduk-penduduk yang telah dipilih. Responden diminta menjawab

5

Page 6: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 6/19

dengan jujur soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka. Borang soal selidik ini

terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A mengandungi soalan-soalan tentang butir peribadi dengan melihat

dari segi angkubah iaitu jantina dan pekerjaan. Manakala bahagian B mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan kelima-lima domain yang terdapat di Seksyen 13, Shah Alam.

Domain-domain tersebut ialah domain kekeluargaan, domain kejiranan, domain perniagaan,

domain rekreasi dan domain pendidikan. Bagi setiap domain, hanya diberikan ruang kosong

yang disediakan iaitu bahasa yang digunakan dan akan ditulis oleh responden-responden

tersebut.

3.3.4 Kaedah Melayari Laman Sesawang

Kajian ini turut menggunakan maklumat-maklumat yang terdapat dalam laman

sesawang untuk dijadikan panduan dalam menjalankan kajian ini. Kajian telah merujuk

beberapa contoh kajian sorotan lepas untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada

pengkaji. Kaedah ini juga turut membantu pengkaji dalam mengenalpasti motif dan tujuan

kajian ini dijalankan pada peringkat awal kajian ini dijalankan dengan merujuk kepada

kajian-kajian sorotan lepas yang hampir sama dengan kajian yang dilakukan ini.

3.3.8 Tatacara Pengumpulan Data

Dalam melengkapkan kajian ini terdapat beberapa perkara yang terlibat. Pengkaji

telah memilih kaedah pengumpulan data yang tidak melibatkan penggunaan statistik.

Tatacara adalah satu perkara penting dalam menghasilkan sesebuah kajian yang lengkap.

Sesuatu topik akan diolah dengan berkesan apabila pengkaji dapat mencari dan

menganalisis data secara terperinci.

Merangka borang soalan kaji selidik

6

Meminta responden mengisi borang soal selidik dengan jujur

Page 7: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 7/19

Menganalisis pemilihan bahasa mengikut domain

Menghuraikan dapatan analisis dalam bentuk jadual

Rajah 1.0 Tatacara Pengumpulan Data.

Rajah 1.0 menunjukkan tatacara pengumpulan data dalam kajian yang dilakukan.

Proses pengumpulan data dilakukan dengan merangka satu borang soal kaji selidik untuk

diisikan oleh responden. Borang soal kaji selidik itu mengandungi beberapa soalan

mengenai pemilihan bahasa yang digunakan oleh responden mengikut beberapa domain.

Responden yang telah dipilih untuk kajian ini ialah sebanyak dua puluh orang responden.

Kawasan-kawasan yang telah dipilih seperti Pasaraya Giant, kolej dan kawasan perumahan.

Kajian ini juga tertumpu kepada pemilihan bahasa yang digunakan oleh masyarakat di

sekitar Seksyen 13, Shah Alam mengikut beberapa domain yang perlu diisi dalam borang

kaji selidik.

Kemudian pengkaji menemubual responden-responden dengan meminta

responden mengisi borang soal selidik dengan jujur. Sebanyak dua puluh orang responden

telah dipilih dan diminta untuk mengisi borang soal selidik mengenai pemilihan bahasa

mengikut domain yang digunakan responden. Seterusnya, setiap data akan dianalisis

berdasarkan beberapa aspek iaitu pemilihan bahasa yang digunakan oleh responden

mengikut domain kekeluargaan, domain perniagaan, domain rekreasi, domain kejiranan,

dan domain pendidikan.

Seterusnya, langkah yang terakhir ialah menganalisis dapatan analisis kajian

kemudian dicerakinkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pengkaji mengenal pasti

pemilihan bahasa yang digunakan oleh responden mengikut kekerapan dan peratusanpemilihan bahasa berdasarkan domain yang telah dinyatakan.

3.3.9 Lokasi Kajian

Lokasi kajian yang dipilih ialah Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Seksyen 13, Shah

Alam mempunyai tema yang tersendiri iaitu teman sukan. Lokasi kajian ini dipilih kerana

terdapat kawasan perumahan, kedai-kedai, pasa raya, bank, kolej-kolej, politeknik, stadium,

pusat-pusat sukan dan sebagainya. Kawasan perumahan adalah terdiri daripada taman

perumahan teres dan apartment. Bank yang terdapat di Seksyen 13 ini adalah seperti

7

Page 8: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 8/19

Mybank dan Bank CIMB. Kolej yang terdapat di kawasan kajian ialah Kolej PTPL dan Kolej

MSU. Kawasan ini terdapat dua pasar raya yang menjadi tumpuan ramai iaitu Pasar raya

Giant dan Pasar raya Tesco. Lokasi kajian ini dipilih kerana mempunyai penduduk majoriti

iaitu berbangsa Melayu. Oleh itu, bahasa yang digunakan oleh mereka dijadikan sebagai

tujuan utama kepada kajian tentang pemilihan bahasa.

Peta Seksyen 13, Shah Alam. (Sumber: Google Earth)

3.4 Pendekatan Kajian

Fishman dan Greenfield (1970) telah menggunakan kaedah domain atau mandala

untuk mengkaji pemilihan bahasa di kalangan masyarakat Puerto Rico di New York.

Fishman dan Greenfield telah membentuk empat domain iaitu:

i) Domain keluarga

ii) Domain persahabatan

iii) Domain pendidikan

8

Page 9: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 9/19

iv) Domain pekerjaan

Domain ini dibentuk berdasarkan tiga faktor yang sesuai, iaitu peserta, tempat dan

topik perbincangan. Untuk mengkaji sama ada kombinasi faktor-faktor ini sesuai untuk

membentuk sesuatu domain, Greenfield telah menjalankan soal selidik. Setiap informan

diberi dua daripada tiga faktor tersebut dan informan diminta memilih faktor ketiga.

Sebagai contoh, informan diberikan dua faktor, iaitu perserta dan topik dalam satu

situasi perbincangan dengan ibu bapa tentang masalah keluarga. Informan diminta memilih

perbincangan tersebut daripada lima senarai tempat, iaitu rumah, pantai, gereja, sekolah

dan tempat kerja. Pemilihan faktor ketiga ini berdasarkan sekurang-kurangnya 81 peratus

daripada jumlah informan.

3.6 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, beberapa aspek penting telah menjadi garis panduan

dalam menjalankan kajian ini. Antaranya ialah responden-responden, sampel, batasan

kajian serta kaedah-kaedah yang digunakan sepanjang kajian. Bahagian-bahagian ini amat

penting kerana ia membantu dalam memberikan gambaran atau suatu garis panduansemasa menjalankan kajian ini.

4.1 DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan terhadap responden-responden di kalangan penduduk

Seksyen 13, Shah Alam untuk mengenal pasti pemilihan bahasa yang mereka gunakan.Kemudiannya, kajian ini akan menganalisis kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa

mengikut angkubah jantina dan pekerjaan berdasarkan domain kekeluargaan, keijiranan,

perniagaan, rekreasi dan pendidikan. Responden-responden telah dipilih secara rambang

dalam pengedaran borang soal selidik dan telah dijawab oleh mereka dengan jujur.

9

Page 10: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 10/19

Analisis ini dapat dibuat bahawa pemilihan yang dilakukan oleh penduduk kawasan

tersebut dan kekerapan dan peratusan mengikut jantina dan pekerjaan. Angkubah-

angkubah berikut dianalisis berdasarkan domain yang telah dinyatakan.

4.2 Jenis Pemilihan Bahasa

Pemilihan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Seksyen 13 Shah Alam dianalisis

secara keseluruhan bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa yang

digunakan oleh responden berdasarkan kepada domain. Melalui borang soal selidik,

didapati bahawa terdapat tiga pemilihan bahasa yang digunakan oleh responden-responden

Seksyen 13, Shah Alam iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan kekerapan danperatusan pemilihan bahasa oleh masyarakat di sekitar kawasan Seksyen 13 Shah Alam.

Jadual 1.0: Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa oleh Responden10

Jenis pemilihan bahasa Kekerapan Peratusan(%)

Bahasa Melayu 46068.

2Bahasa Melayu + Bahasa

Inggeris 18627

.6Bahasa Inggeris 28 4.2

JUMLAH 674 100

Page 11: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 11/19

Jadual 1.0 di atas, menunjukkan kekerapan pemilihan bahasa oleh responden yang

didapati di sekitar Seksyen 13 Shah Alam. Pemilihan bahasa Melayu oleh responden

menunjukkan kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 460 kekerapan atau 68.2 %

pemilhan bahasa. Seterusnya, pemilihan bahasa yang menunjukkan kekerapan yang kedua

tertinggi digunakan oleh masyarakat di Seksyen 13, Shah Alam ialah campuran bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris iaitu sebanyak 186 kekerapan atau 27.6 %. Bahasa yang

menunjukkan kekerapan yang paling rendah ialah bahasa Inggeris iaitu sebanyak 28

kekerapan atau 4.2% pemilihan bahasa.

4.3 Analisis Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Mengikut Jantina dan

Pekerjaan.

Analisis kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa mengikut angkubah, iaitu jantina dan

pekerjaan terbahagi kepada dua iaitu domain tinggi dan domain rendah.

4.3.1 Domain Tinggi

Domain tinggi terbahagi kepada dua iaitu domain pendidikan dan domain perniagaan.

Berikut merupakan jadual yang menunjukkan kekerapan pemilihan bahasa danperatusannya mengikut domain tinggi:

Jadual 2.0 mencatatkan kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa mengikut

domain tinggi berdasarkan jantina dan pekerjaan responden. Domain tinggi berdasarkan

pemilihan bahasa oleh masyarakat di sekitar Seksyen 13, Shah Alam adalah terbahagi

kepada dua domain iaitu domain perniagaan dan domain pendidikan. Analisis kekerapan

dan peratusan pemilihan bahasa adalah mengikut jantina dan pekerjaan.

Dalam domain perniagaan, pekerja sektor awam memilih tiga bahasa iaitu bahasa

Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa

Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 46

kekerapan pemilihan bahasa atau 64.8%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 1 kekerapan pemilihan

bahasa atau 20%.

11

Page 12: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 12/19

Pekerja sektor swasta juga memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa

Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 25 kekerapan pemilihan

bahasa atau 35.2%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan

bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 4 kekerapan pemilihan bahasa atau 80%.

Seterusnya, responden lelaki memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa

Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 34 kekerapan pemilihan

bahasa atau 47.9%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan

bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 4 kekerapan pemilihan bahasa atau 57.1%.

Responden perempuan juga memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa

Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 37 kekerapan pemilihan

bahasa atau 52.1%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan

bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 3 kekerapan pemilihan bahasa atau 42.9%.

Seterusnya, dalam domain pendidikan pula, pekerja sektor awam hanya memilih

dua bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak

12 kekerapan pemilihan bahasa atau 70.6%. Manakala campuran bahasa Melayu dan

bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu

sebanyak 6 kekerapan pemilihan atau 40%.

Pekerja sektor swasta juga hanya memilih dua bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu

dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Campuran bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 9

kekerapan pemilihan bahasa atau 60%. Manakala bahasa Melayu pula mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 5 kekerapan pemilihan atau

29.4%.

Seterusnya, responden lelaki hanya memilih dua bahasa sahaja iaitu bahasa

Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Campuran bahasa Melayu dan

bahasa Inggeris mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak

9 kekerapan pemilihan bahasa atau 47.4%. Manakala bahasa Melayu pula mencatatkan

12

Page 13: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 13/19

kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 6 kekerapan pemilihan atau

46.2%.

Responden perempuan juga hanya memilih dua bahasa sahaja iaitu bahasa

Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Campuran bahasa Melayu danbahasa Inggeris mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak

10 kekerapan pemilihan bahasa atau 52.6%. Manakala bahasa Melayu pula mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 7 kekerapan pemilihan atau

53.8%.

4.3.2 Domain Rendah

Domain rendah terbahagi kepada tiga iaitu domain kejiranan, rekreasi dan

kekeluargaan. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan kekerapan pemilihan bahasadan peratusannya mengikut domain rendah:

Jadual 3.0 telah mencatatkan kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa

mengikut domain rendah berdasarkan jantina dan pekerjaan dalam pemilihan bahasa oleh

responden di sekitar Seksyen 13, Shah Alam. Pemilihan bahasa berdasarkan kepada

domain rendah terbahagi kepada tiga domain iaitu domain kejiranan, domain rekreasi dan

domain kekeluargaan. Analisis domain-domain tersebut adalah mengikut jantina dan

pekerjaan responden.

Dalam domain kejiranan, pekerja sektor awam hanya memilih dua bahasa iaitu

bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu

mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 25 kekerapan

pemilihan bahasa atau 65.8%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

13

Page 14: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 14/19

pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 9

kekerapan pemilihan bahasa atau 42.9%.

Pekerja sektor swasta juga hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan

campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapanpemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 13 kekerapan pemilihan bahasa atau

34.2%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 12 kekerapan pemilihan

bahasa atau 57.1%.

Seterusnya, responden lelaki hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan

campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan

pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 21 kekerapan pemilihan bahasa atau

55.3%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 9 kekerapan pemilihan

bahasa atau 42.9%.

Responden perempuan juga hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan

campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan

pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 17 kekerapan pemilihan bahasa atau

44.7%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 12 kekerapan pemilihan

bahasa atau 57.1%.

Seterusnya, dalam domain rekreasi pula, pekerja sektor awam hanya memilih dua

bahasa iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa

Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 25

kekerapan pemilihan bahasa atau 67.6%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak

4 kekerapan pemilihan bahasa atau 57.1%.

Pekerja sektor swasta memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris

dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 12 kekerapan pemilihan

bahasa atau 32.4%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula

mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 3 kekerapan

pemilihan bahasa atau 42.9%.

14

Page 15: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 15/19

Seterusnya, responden lelaki memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa

Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 17 kekerapan pemilihan

bahasa atau 46.0%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula

mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 2 kekerapan

pemilihan bahasa atau 28.6%.

Responden perempuan juga memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa

Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 20 kekerapan pemilihan

bahasa atau 54.1%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan

bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 1 kekerapan pemilihan bahasa atau 16.7%.\

Seterusnya, domain kekeluargaan pula, pekerja sektor awam hanya memilih dua

bahasa iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa

Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 46

kekerapan pemilihan bahasa atau 66.7%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak

13 kekerapan pemilihan bahasa atau 52.0%.

Pekerja sektor swasta memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris

dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 23 kekerapan pemilihan

bahasa atau 33.3%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan

bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 2 kekerapan pemilihan bahasa atau 100%.

Seterusnya, responden lelaki memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa

Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 40 kekerapan pemilihan

bahasa atau 58.0%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihanbahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 2 kekerapan pemilihan bahasa atau 100%.

Responden perempuan pula hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu

dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan

kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 29 kekerapan pemilihan

bahasa atau 42.0%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula

mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 18 kekerapan

pemilihan bahasa atau 72.0%.

15

Page 16: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 16/19

5.0 KESIMPULAN

Kajian pemilihan bahasa di Seksyen 13, Shah Alam mendapati bahawa

terdapat tiga pemilihan bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris. Kajian ini melihat berdasarkan dua angkubah iaitu jantina dan

pekerjaan.

Kajian ini juga mendapati bahawa bahasa yang paling tinggi digunakan dalampemilihan bahasa oleh responden ialah bahasa Melayu, iaitu sebanyak 460 kekerapan atau

16

Page 17: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 17/19

68.2%. Pemilihan bahasa yang paling rendah pula ialah bahasa Inggeris, iaitu sebanyak 28

kekerapan atau 4.2%.

Pengkaji mendapati terdapat domain tinggi dan domain rendah dalam kajian

yang dijalankan. Domain tinggi terbahagi kepada dua domain iaitu domain perniagaan dandomain pendidikan. Domain perniagaan melibatkan perniagaan seperti kedai runcit, bank,

restoran atau kedai makan, pasar raya dan klinik. Dalam domain pendidikan pula terdapat

IPTS dan politeknik.

Domain rendah pula terbahagi kepada tiga domain iaitu domain kekeluargaan,

domain rekreasi dan domain kejiranan. Domain kekeluargaan melibatkan ahli keluarga

seperti ayah, ibu, adik beradik, suami atau isteri dan anak-anak atau anak saudara. Dalam

domain rekreasi pula melibatkan rekreasi seperti stadium, pusat golf, pusat go-kart, pusat

badminton dan pusat hoki. Domain kejiranan pula melibatkan jiran seperti jiran sebelah

rumah, jiran satu komuniti dan jiran antara komuniti.

Oleh itu, bahasa Melayu menjadi pilihan utama responden untuk kelima-lima

domain ini ketika bertutur dengan pendengar.

RUJUKAN

Chong Shin. 2007. Masyarakat Tionghoa Kalimantan Barat: Tinjauan Pemilihan Bahasa di

Kota Sekadau . Jurnal Gema Online. 19-33.

Efri Yoni Baikoeni. 2008. Analisa Pemilihan Bahasa dalam Komunikasi Tertulis

Diplomatik . Dicapai pada 28 November, 2011 daripada http://baikoeni.multiply.com/journal

Mohamad Azlan Mis. 2010. Lingua Franca di Sarawak: Aplikasi Teori Pilihan Bahasa. Jurnal

Gema Online. 97-116.

17

Page 18: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 18/19

Noriah Mohamed. 2003. Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik . Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Nor Hisham Osman. 1994. Kajian Pemilihan Bahasa di Kawasan Ulu Dedap, Seberang

Perak . Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

Page 19: Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

7/31/2019 Pemilihan Bahasa di Seksyen 13 Shah Alam

http://slidepdf.com/reader/full/pemilihan-bahasa-di-seksyen-13-shah-alam 19/19

19