pemikiran pendita za‘ba menerusi karya, perangai … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan...

14
Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam 69 PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI: (ANALISIS DARI PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM) WZ Kamaruddin bin Wan Ali, PhD Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur Email: [email protected] ________________________ Abstrak Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali Pendita Za‘ba merupakan seorang tokoh terkenal dalam masyarakat Muslim Melayu di Malaysia. Karena beberapa cara pandang yang berbeda, sebagian menganggapnya sebagai sesat, sementara yang lain menghormatinya dan memandangnya sebagai pemikir dan agamawan berpengaruh. Artikel ini akan mendiskusikan pembangungan bangsa menurut sudut-pandang Za‘ba dalam mengangkat integritas dan keunggulan masyarakat Muslim Melayu dalam lingkungan Islam dan bagaimana beliau melihat Muslim Melayu dengan perhatian khusus pada para pemikir dan agamawan [ulama] dan pemahaman-salah mereka terhadap Islam yang menjadi penyebab keruntuhan mereka. Pada dasarnya, diskusi ini akan berfokus terutama pada karya monumental beliau yang dikenal Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri diterbitkan pada 1982 dan akhir-akhir ini dicetak ulang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] (Edisi Khusus) kerana keperluan bangsa. Kata Kunci: Melayu; Pemikiran Islam; Pemikiran Melayu; Za‘ba __________________________ Abstract Zainal Abidin bin Ahmad or popularly known as Pendita Za‘ba is a well -known figure in Muslim Malay society in Malaysia. Due to many different way of thinking, some regards him as deviationist, while others respected him and considered him as an influential thinker and scholar. This article will discuss the nation building according to Za‘ba viewpoint in uplifting the integrity and excellence of the Muslim Malay society within Islam and how he sees the Muslim Malay with special attention to their scholars and religious people [ulama] and their misunderstanding of Islam that causes their downfall. Basically, the discussion will mainly focus on his monumental book known as Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri published in 1982 and recently reprinted by Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] (Special Edition) due to the needs of the nation. Keywords: Malay; Islamic Thought; Malay Thought; Za‘ba

Upload: others

Post on 08-Dec-2020

9 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam69

PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA,PERANGAI BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI:

(ANALISIS DARI PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM)WZ Kamaruddin bin Wan Ali, PhD

Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Email: [email protected]________________________

AbstrakZainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali Pendita Za‘ba merupakan seorangtokoh terkenal dalam masyarakat Muslim Melayu di Malaysia. Karena beberapacara pandang yang berbeda, sebagian menganggapnya sebagai sesat, sementarayang lain menghormatinya dan memandangnya sebagai pemikir dan agamawanberpengaruh. Artikel ini akan mendiskusikan pembangungan bangsa menurutsudut-pandang Za‘ba dalam mengangkat integritas dan keunggulan masyarakatMuslim Melayu dalam lingkungan Islam dan bagaimana beliau melihat MuslimMelayu dengan perhatian khusus pada para pemikir dan agamawan [ulama] danpemahaman-salah mereka terhadap Islam yang menjadi penyebab keruntuhanmereka. Pada dasarnya, diskusi ini akan berfokus terutama pada karya monumentalbeliau yang dikenal Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri diterbitkan pada 1982dan akhir-akhir ini dicetak ulang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] (EdisiKhusus) kerana keperluan bangsa.

Kata Kunci:Melayu; Pemikiran Islam; Pemikiran Melayu; Za‘ba

__________________________Abstract

Zainal Abidin bin Ahmad or popularly known as Pendita Za‘ba is a well-knownfigure in Muslim Malay society in Malaysia. Due to many different way ofthinking, some regards him as deviationist, while others respected him andconsidered him as an influential thinker and scholar. This article will discuss thenation building according to Za‘ba viewpoint in uplifting the integrity andexcellence of the Muslim Malay society within Islam and how he sees the MuslimMalay with special attention to their scholars and religious people [ulama] and theirmisunderstanding of Islam that causes their downfall. Basically, the discussion willmainly focus on his monumental book known as Perangai Bergantung Pada DiriSendiri published in 1982 and recently reprinted by Dewan Bahasa dan Pustaka[DBP] (Special Edition) due to the needs of the nation.

Keywords:Malay; Islamic Thought; Malay Thought; Za‘ba

Page 2: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam70

_________________________

A. PENDAHULUANPendita Za‘ba (1313/1895 -

1393/1973),131 nama besar yang gahdan tersohor dalam dunia Melayu,tokoh pemikir, agamawan, cendikiawanatau dengan kata-kata lain, pendita danpujangga Melayu. Sumbangan besarbeliau dapat dilihat dalam bidangPemikiran khususnya berkaitan Islamsebagai agama, dan Melayu sebagaibangsa, ras dan etnik terbesar diMalaysia. Beliau mempunyai prinsipdan fundamental yang kuat danmendalam dalam kehidupan beragamadan berbudaya dalam masyarakatMelayu.

Komentar dan kritikan beliauatas dasar Islam dan kepentinganbangsa Melayu adalah berprinsip,positif dan membina bagi suatugolongan minoriti yang rasional, dansebaliknya dilihat keras danmengancam bagi golongan majoriti.Walau apapun yang dikatakan, tujuandan matlamat utamanya adalah jelasdan terang tanpa berselindung,132 iaitudemi membangun dan mengangkatagama, bangsa, negara, budaya danpemikiran masyarakat Muslim Melayudi Malaysia dan di Alam Melayu ketahap yang sewajarnya mereka beradadalam era globalisasi ini.

131 Adnan Hj. Nawang, Za‘ba dan Melayu, (KualaLumpur: Berita Publishing Sdn Bhd., 1998), xi.132 Za‘ba, Asohan budi menerusi Islam, (KualaLumpur: H.M.E Enterprise, 1958), 38.

Seperti dijelaskan, diskusi artikelini akan difokuskan kepada hasilpenulisan beliau yang bersifatmonumental bertajuk “PerangaiBergantung Pada Diri Sendiri.”133

Sebelum membincang danmengulasnya secara terperinci, adalahwajar untuk memperkenalkan karyatersebut kepada masyarakat Malaysiauntuk diketahui dan apatah lagi untukdicintai.

Buku Perangai Bergantung PadaDiri Sendiri merupakan salah sebuahhasil karya beliau yang utama. Iadituliskan atas prinsip kesedaran dankesediaan untuk mengubahkanmasyarakat Muslim Melayu yangkelihatan lemah dan tidak berdaya saingberbanding bangsa-bangsa lain didunia. Bagi mencapai matlamattersebut, beliau telah mengusahakanpenulisannya sekitar tahun-tahun1930an dan tercatat dalam helaian danlembaran kertas tetapi tidak pernahdiajukan kepada mana-mana pihakuntuk penerbitan. Ia hanya diterbitkanuntuk tatapan umum oleh DewanBahasa dan Pustaka pada tahun 1982,sekitar 9 tahun selepas beliau kembalike rahmatu’Llah. Keadaan seperti inimungkin tidaklah terlalu sukardifahami, kerana keadaan danpemikiran masyarakat pada zamantersebut belum cukup bersedia

133 Za‘ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri,edisi khusus, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, 2009). (Edisi asal diterbitkan olehDewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1982)

Page 3: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam71

menerima kehadirannya, dan tahapkemampuan minda masih belum begitutinggi terutama dalam kalangan MuslimMelayu itu sendiri.

Usaha DBP mendapatkannaskhah asal tulisan beliau danmenerbitkannya sewajarnya dialu-alukan. Selain menambahkan khazanahpemikiran Muslim Melayu, ia jugaboleh dilihat sebagai pemangkin,penggerak dan pencetus anjakan danlonjakan paradigma pemikiran Melayuuntuk berdiri sebaris dengan bangsa-bangsa besar di dunia, sekiranyaditerima dengan positif. Sebaliknya,sekiranya perbahasannya dilihat bolehmenggugat minda Melayu yang tidakbersedia berubah, maka impaknyaadalah negatif. Bagaimanapun, sepertilazimnya, apabila sesuatu masyarakatitu telah mencapai tahap pemikiranyang tinggi dan dapat melihat tokoh dankarya ini dari pelbagai perspektif dandimensi, maka ia bakal disanjung,dihargai dan ditempatkan padamaqamnya yang terpuji.

Selanjutnya, kupasan danperbahasan yang mendalam akandilakukan terhadap kandungan dan hasilkarya ini, dengan harapan ia akanmenjadi cermin diri yang bakalmelantunkan bayangan indah danseterusnya memperlihatkan susuktubuhnya yang perkasa mahupunsebaliknya, yang ingin dilihat olehmasyarakat Muslim Melayu akanperihal diri mereka sendiri.

Buku ini dalam bentuk edisi khasmengandungi 142 halaman, dicetakdalam tiga versi, Melayu, Inggeris danJawi. Ia telah diberikan pengenalan olehProf. Datuk Dr. Asmah Haji Omardengan cara yang menarik bahkan jugamendalam. Secara umumnya,perbahasan dalam buku ini bolehdibahagikan berdasarkan dua buahrisalah, Kedua dan Ketiga hasil tulisantangan oleh Pendita Za‘ba sendiri.Setiap risalah pula dipecahkan kepadaempat bab dengan pemilihan sub-topiktertentu yang sangat relevan dengankonteks perbincangan yangdihasratkannya.

B. HASIL DANPEMBAHASAN

Karya Za’ba PerangaiBergantung Pada Diri Sendirimerupakan salah sebuah buku utamahasil pemikiran dan pemerhatian beliauyang amat mendalam tentang Islamsebagai al-Din [a way of life] danhubungannya dengan Melayu sebagaisuatu bangsa [sya‘b atau qabilah].Berikut adalah analisis terhadap karyabeliau menerusi dua buah risalah,Risalah Kedua, Perangai Bergantungpada Diri Sendiri dan Risalah Ketiga,Kebajikan dan Kejahatan:

Page 4: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam72

1. Risalah kedua: PerangaiBergantung pada DiriSendiri

a) Bab Pertama: Wajibnyabagi mendapat kejayaan:

Pembicaraan Za‘ba adalahmengenai konsep pergantungan kepadadiri sendiri dalam semua aspek yangdijadikan topik perbincangan utamadengan semua aspek kehidupan dankecemerlangan, kegemilangan danketerbilangan seseorang dan sesuatubangsa mana sekalipun di dunia ini[teristimewa Melayu yang menjadifokus Za‘ba dalam karyanya ini]mempunyai kaitan dan hubungandengan pernyataan ini. PenekananZa‘ba kepada ‘amal (perbuatantermasuk perangai) begitu besar, selarasdengan kedudukannya sebagai salahsatu aspek utama dalam konsep“Iman”,134 selain daripada tasdiq

134 Konsep Iman merupakan salah satu isu utamayang dibahaskan pada zaman awalperkembangan pemikiran Islam khususnya diantara al-Murji’ah dan al-Khawarij terutamakerana ia melibatkan peperangan saudarasesama muslim dan sesama “sahabat” kepadaNabi Muhammad (s.a.w) yang terawal iaituPerang al-Jamal. Dalam perbahasan para ulama,persoalan yang turut dibahaskan adalahmengenai “perbuatan, kerja” [af‘al]. Sebahagianmenganggap ia adalah salah satu daripada tigakomponen utama daripada konsep Iman,manakala sebahagian yang lain [terutama al-Murji’ah, termasuklah Abu Hanifah al-Nu‘man]menolaknya. Penolakan “perbuatan” [af‘al]sebagai bahagian daripada konsep Imandikatakan bertujuan untuk menyelamatkan“sahabat” daripada tuduhan membunuh sesamamereka yang boleh memberikan impak dan

(pengakuan) dan iqrar (perkataan).135

Justeru, dalam pembicaraan mengenai“kerja” seperti dikemukakan dalam al-Qur’an, Za‘ba melihatnya sebagaimerujuk kepada kerja atau perbuatansendiri dan bukan kerja atau perbuatanorang lain, bahkan istilah “Iman” jugadilihat dengan cara tersebut merujukkepada beriman sendiri, dan bukanberiman disebabkan orang lain.

Menurutnya, setiap manusiamenanggung kewajiban danpertanggungjawaban [al-taklif]sendiri,136 bukan menanggung danditanggung orang lain. Contoh terbaikyang dikemukakan Za’ba adalah NabiMuhammad (s.a.w) sebagai “role-model” terbaik dalam segala aspekkehidupan, duniawi mahupunukhrawinya. Perangai bergantungkepada diri sendiri dianggap akar umbikejayaan, ketinggian dan kemajuan diridan ummah. Menurut Za’ba, memintanasihat dan petunjuk daripada orang

implikasi yang amat besar kepada kedudukankeimanan mereka dalam Islam. Sehingga hari ini,kesannya kepada masyarakat Muslim Melayuadalah ketara kerana mereka, seperti jugapemikiran a-Murji’ah tidak begitu memberikanpenekanan kepada aspek “perbuatan.” (Lihat: Al-Baghdadi, al-Farq Bayn al-Firaq, (Beirut, 1973),123; Harun Nasution, Teologi Islam, (Jakarta:Penerbit Universitas Indonesia, t.t.), 26)135 Lutpi Ibrahim, “The Concept of al-Iman in ‘Ilmal-Kalam,” in Islamika III, (Kuala Lumpur:Department of Islamic Studies, 1985), 109-115.136 Wan Z. Kamaruddin Wan Ali, “KonsepKewajiban dan Tanggungjawab (al-Taklif) DalamPemikiran Islam dan Posisinya Dalam KehidupanMasyarakat Muslim,” dalam Jurnal Ushuluddin,(Pekanbaru: Badan Penelitian danPengembangan Fakultas Ushuluddin UIN SulthanSyarif Qasim, Vol.XIII, No.2, Julai 2008), 124-132.

Page 5: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam73

lain tidak salah dan bukanlah suatu sifatkekurangan. Diri individu yangmembentuk bangsa menjadi penentunaik-turun sesuatu bangsa. Alasanketidakbergantungan kepada diri sendiriberlaku adalah kerana kelemahankepercayaan akan kebolehan diri danbahkan merendahkan darjat diri sendiri.

Diri individu tanpa mengiraperanan dan kedudukan seseorangmenjadi contoh teladan kepada yanglain. Justeru, setiap orang denganperanan masing-masing perlu mendidikanak bangsa berdikari dalam semuaperkara termasuk ibadat untuk duniadan akhirat, tidak mengharapkan doa,fidyah penebus, sedekah tahlil, karamahwali dan bahkan syafaat NabiMuhammad (s.a.w). Syafaat NabiMuhammad (s.a.w) dibahaskan tetapi iaadalah untuk orang yang berusahatetapi tidak berhasil dan bukannyakepada orang yang tidak atau malasberusaha kecuali hanya mengharapkansyafaat Nabi Muhammad (s.a.w) yangdiibaratkan seperti “kutu di ataskepala”. Nabi Muhammad (s.a.w)dikatakan malu akan umatnya yangmengharapkan syafaat baginda (s.a.w)tanpa usaha, bahkan iktikadmengharapkan kelepasan dankeselamatan akhirat dengan penebusandan pertolongan daripada orang laindianggap sama seperti orang Kristian.Realitinya, orang Kristian sendiridikatakan tidak mengikuti ajaran initetapi berpegang kepada usaha danikhtiar sendiri.

Ringkasnya, Islam mengatakan

setiap diri bertanggungjawab atasdirinya masing-masing di dunia danakhirat, menerusi usaha sendiri danbukan usaha orang lain.

b) Bab Kedua: KekuranganKita Dalam Sifat Ini:

Za’ba berpandangan Muslim,khususnya bangsa Melayu kurangmempunyai sifat kuat berusaha, bahkanbanyak bergantung kepada orang lain.Beliau mengemukakan perbandinganMelayu dengan bangsa lain, muslimdengan bukan muslim, sebagai contohdalam bidang perniagaan yangmemperlihatkan majoriti MuslimMelayu berperangai demikian,manakala minoriti sebaliknya.

Menurut Za’ba, Muslim Melayuperlu berubah atau melakukan anjakanparadigma sebelum Allahmengubahkan mereka, dan bukan pulasebaliknya. Sekiranya setiap diriberusaha dan berjaya, maka bangsatersebut akan maju. Majoriti diri danbangsa yang berjaya bukanlah dengannasib atau pertolongan orang lain tetapidiri sendiri, menerusi usaha yangdilakukan dari bawah ke atas.

Perangai kuat bergantung kepadadiri sendiri boleh dilakukan menerusibeberapa cara seperti mencontohiseseorang yang berjaya mengharungisegala halangan, menjadikan diriRasulullah (s.a.w) sebagai contohteladan yang sempurna, melakukanobservasi terhadap kanak-kanak yangbergantung kepada kebolehan diri

Page 6: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam74

sendiri, jatuh dan bangun dengankesanggupan menanggung segalanyatanpa pertolongan. Sifat pergantungankepada diri pada diri kanak-kanak perludipupuk, dilatih dan ditanamkan hinggadewasa, manakala bagi dewasa, ia perludihidupkan dan dipulihkan kembalikerana manfaatnya untuk kemajuanadalah besar.137

c) Bab Ketiga: Fikiran,Kepercayaan danPegangan Agama:

Sifat bergantung kepada dirisendiri dilihat penting dalam semuaaspek termasuk fikiran, kepercayaandan fahaman agama. Beliaumenghendaki diri seseorangmenggunakan akal, ilmu, tidak bolehbertaklid buta terutama kebiasaandaripada nenek-moyang terdahulu[fahaman konservatif dan ortodoks].Beliau sangat kuat menentang budayataklid buta.

137 Persoalan ini juga turut dibahaskan antara al-Jabariyyah dan al-Qadariyyah. Al-Jabariyyahlazimnya menyerahkan segala urusan kepadaAllah (s.w.t) dan melepaskan tanggungjawabterhadap sesuatu perbuatan daripada dirimanusia, manakala al-Qadariyyah pulameletakkan tanggungjawab kepada manusia itusendiri dalam pemilihan danpertanggungjawaban sesuatu perbuatan.Sekiranya dilakukan perbandingan pendapat,kelihatan pendapat Za‘ba selari denganpendapat al-Qadariyyah, al-Mu‘tazilah danbahkan golongan rasionalis umumnya. Lihat WanZ. Kamaruddin Wan Ali, “Aliran al-Qadariyyah:Perkembangan, Pengaruh dan Kesannya di AlamMelayu khususnya di Malaysia,” dalam JurnalPengajian Melayu, Kuala Lumpur: AkademiPengajian Melayu, Universiti Malaya, Jilid 12,2002), 49-76.

Selain itu, kritikan terhadap paraimam mujtahidin juga turutdikemukakan kerana menurutnya,mereka bukanlah maksum dan bukanpula nabi. Justeru, pendapat merekaboleh salah. Bertaklid memangditentang namun dalam menerimasesuatu perkhabaran dan ilmu yangseseorang itu tidak mempunyaikeahlian, kepakaran dan kemahirandiperbolehkan. Dengan kata-kata lain,taklid ada dua iaitu taklid dengan ilmudan taklid tanpa ilmu, dan sasaranutama beliau adalah kepada taklid tanpailmu.138

Beliau berpendapat ulama besardalam Islam memahami sumber al-Qur’an, al-Hadith sebagai asas ilmu danmempergunakan akal mereka dengancara yang terbaik dalam semua bidang,usuluddin, fiqh, tasawuf, hadith,falsafah dan lain-lain. Isu perbezaanpendapat pendapat dalam kalanganmazhab dalam Islam adalah hasilpemikiran masing-masing yangdianggap benar.

Beliau memberikan penekananyang besar kepada akal, peranan dan

138 Budaya taqlid tanpa ilmu juga mempunyairentetan dan rantaian dengan sejarahperkembangan pemikiran Islam yang terganggusebagai akibat dan kesan langsung daripadapenutupan pintu ijtihad oleh para ulama padazaman kemalapan dunia Islam selepas seranganMongol tahun 656/1258. Lihat Wan Z.Kamaruddin Wan Ali, Siapa itu Nabi-Nabi, (KualaLumpur: PTS Publications and DistributorsSdn.Bhd., Cet.IV, 2007),152-162; Abdul RahmanHaji Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia:Sejarah dan Aliran, (Jakarta: Gema Insani Press,1997), 17.

Page 7: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam75

kepentingannya bertujuan untukmenguji dan menimbang menerusineraca keilmuan. Ringkasnya, akalbergantung kepada ilmu dan ilmumerupakan sumber kekuatan akal itusendiri.

Konsep ilmu dalam setiapbidang, agama mahupun bukan agamadiberikan penjelasan dengan katanya,bagi yang berilmu, mereka perlumenguji, menambah dan bahkanmemperdalamkannya manakala bagiyang tiada ilmu, perlu berusahabersungguh-sungguh memahami,mendalami, mencari dan menuntutilmu, dan tidak mengikuti hawa [al-hawa] tetapi sebaliknya mengikuti akal[al-‘aql].

d) Bab keempat: Bersendiripada ilmu dan amalan:

Penjelasan tentang Ilmu dankepentingannya untuk perubahandaripada keburukan kepada kebaikanturut dibahaskan. Menurut Za‘ba,kepentingan ilmu bertujuanmemperbaiki fikiran kuno dan kolotkepada segar dan hidup; adatkepercayaan lama yang sudah berkulatdan bercendawan kepada pemulihandan pembaharuan.

Asas ujian [metode] adalahberdasarkan al-Qur’an, akal dan ilmu.Pencapaian sesuatu ilmu adalah dengantanpa adanya halangan. Justeru, beliaumenentang seseorang yangberpendapat, “ilmu manusia sentiasasemakin kurang daripada orang dahulu-

dahulunya! Ataupun “tiada siapa “bijimatanya” (yakni orangnya) yang akanboleh sampai sama alimnya sepertiimam-imam.”

Dengan kata-kata lain, pencarianilmu tidak pernah berakhir dan perlusentiasa baru dan segar. Setiap zamanmenghendaki ilmu baru bersesuaiandengan perubahan zaman, danbertepatan dengan kedudukan Islamyang dikatakan “layak untuk semuazaman.”

Za‘ba turut mengkritik orangyang khuatir dan bimbang akankebinasaan Islam akibat perbezaanpendapat. Bagi Za‘ba, sumber Islam, al-Qur’an adalah satu. Selagi pemikiranberasaskan sumber tersebut iadibenarkan, kecuali sekiranya al-Qur’andigantikan dengan kitab lain. Perbezaanpendapat hanyalah untuk meluaskanpemikiran dan bukan sebaliknya. Za‘bamencadangkan seseorang muslimmenguasai bahasa al-Qur’an [BahasaArab], bidang-bidang pengajian danpenyelidikan ilmu, kemampuan akaldan ijtihad supaya boleh dikatakan“bergantung kepada diri sendiri.”Baginya, pergantungan kepada dirisendiri membolehkan seseorangberamal ibadat kepada Allah dengansebenarnya, melakukan amal ibadat danbertanggungjawab terhadap amal ibadatkepada Allah. Bagi orang awam,mereka tidak perlu bergantung kepadaorang lain dalam urusan agama danselainnya, dan bahkan mereka sendiriperlu belajar bahasa al-Qur’an dan al-

Page 8: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam76

Hadith sehingga boleh mempelajarinyasendiri.

Bagi orang alim, mereka tidakdibenarkan bertaklid dalam agama danhukum kepada orang terdahulu,sebaliknya perlu terus kembali kepadaal-Qur’an dan al-Hadith sendiri.

Bagi orang Islam, mereka tidakperlu bertaklid kepada fikiran, pendapatdan fahaman orang lain, dan bahkandianjurkan menguasai bahasa al-Qur’andan sumber Islam, dan berusahamemahamkan sesuatu terus kepadasumber asalnya dengan betul, manakalabagi orang yang mencapai tahap “alim”terus memperdalami ilmu, melakukanpenyelidikan, membuktikan kesahihandata dan fakta daripada sumber asalnya.Setiap orang Islam, khususnya “alim”tidak boleh berpuashati denganbertaklid dalam semua perkara agama,bahkan perlu mepertimbangkannya darisegala aspek supaya “ilmu Islam tidakmembeku kaku.”

Ringkasnya, mereka perlubergantung kepada usaha dan ikhtiarsendiri dalam urusan dunia dan akhirat.

2. Risalah Ketiga:Kebajikan dan Kejahatan

a) Bab pertama: Fahamanyang luas

Persoalan baik dan jahat perludifahami tahap, kedudukan dantingkatannya secara benar. Sebagaicontoh “Baik” adalah adil [terutama

adil kepada Allah],139 ihsan dan berbuatbaik sebagai “ita’i dhi’l-qurba”[memberi kepada mereka yangmempunyai hubungan kekerabatan danpertalian darah]. Begitulah juga dengankejahatan. Latihan dan didikan untukmencapai akhlak yang baik perlumelalui enam tahap, “kerjakan yangbaik [3 tahap] dan jauhi yang munkar [3tahap].” Contoh kebaikan, antaranya“mencari akhirat menerusi dunia.”Selain itu, “jauhi kejahatan” juga adalahkebaikan. Konsep “iman dan taat” dan“kufur dan maksiat” boleh menjadipenyelamat manusia dunia dan akhirat.

Dalam konteks ini, sekali lagicontoh terbaik yang dikemukakanZa‘ba untuk diikuti ialah NabiMuhammad (s.a.w).

b) Bab kedua – Baik danjahat tetap ada:

Persoalan baik dan jahat tetapada dalam semua persoalan, hati [akaldan hawa], jasmani dan ruhani, zahirdan batin. Ia perlu dilihat dariperspektif Allah [li’Llahi Ta‘ala]sebagaimana yang dikehendaki-Nya,dan bukan dari perspektif manusiamengikut kehendak manusia.Pemahaman yang baik dalampermasalahan ini dikatakan bolehmengangkat manusia dan agama kepadakebenaran yang hakiki. Contohkebajikan adalah sedekah yang

139 Ahmad Zuhdi Ismail, Imam Ja ‘far al-Sadiq:Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan, (KualaLumpur: Penerbit Universiti Malaya, Cet.II, 2008,[Bab Keadilan Tuhan]), 79-116.

Page 9: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam77

dilakukan kerana Allah manakalasedekah kerana manusia pula tidakdianggap sebagai kebajikan. Contohkejahatan pula adalah penjajahan [yangditakdirkan daripada Allah] bertujuanuntuk memberikan kesedaran kepadamanusia, manakala [daripada manusiapula] adalah disebabkan kelemahanmanusia itu sendiri.

Menurut Za‘ba, kemajuan dankemunduran budi pekerti manusiaterletak kepada usaha mencuba atautiada mencuba berbuat baik atau jahat.

c) Bab Ketiga – Fahamanyang sempit:

Bagi Za‘ba, berbuat baik untukfaedah dan kepentingan diri sendiriadalah suatu pandangan yang sempitatau disempitkan. Beliau mengkritikseseorang yang melihat baik dan jahatdari segi zahir semata-mata, tanpamelihat segi batin atau falsafahnya.Contoh: sembahyang [Salat] dari segizahir dilihat kepada bilangan rakaat,cukup syarat dan lain-lain, tetapi kesandan impak salat terhadap diri seseorangtidak diberikan perhatian. Contoh yanglain pula, seseorang berbuat baiksemata-mata untuk mendapat pahaladengan syurga menjadi matlamat akhir.Begitu juga dengan jahat dan dosa yangdilihat tidak lebih seumpama budayatukar barang “barter-trade” yang lebihmenekankan aspek materialistik.Keadaan ini menyebabkan mutu dannilai Islam bertaraf rendah. Dengankata-kata lain, mereka diajari sikap dan

sifat mementingkan diri sendiri semata-mata.

Beliau juga mengkritik seseorangyang melihat “ilmu” secara sempit,terutama menerusi guru agama atau“orang alim” yang tidak berpelajaran.Kritikan juga dihadapkan kepadaseseorang yang melihat “Islam” dalamkonteks agama, ibadat ataupun konteksukhrawi semata-mata, tanpa konteksduniawi.

Tidak terkecuali daripadakritikan beliau adalah terhadapsebahagian orang alim yang menuliskitab bermatlamat “al-ajra wa al-thawab” sebagai upah penat menulisuntuk dirinya semata-mata, dan bukanuntuk kepentingan umum. Demikianlahjuga dengan orang yang berbuat baikuntuk keselamatan dirinya sahaja, tidakbenar-benar ikhlas kepada Allah dansemua. Bukan itu sahaja, bahkan beliauturut mengkritik fahaman orang Melayuyang terpesong daripada ajaran Islamsebenarnya. Contoh: Dikatakan “amalibadat” yang diamalkan lebihmenekankan aspek kuantiti sepertibilangan wirid, zikir dan sebagainya,tanpa menekankan aspek kualitinya.

d) Bab keempat --Kejatuhan umat Islamdan jalan kepulihannya

Za‘ba berbicara tentangkegemilangan dunia Islam, merujukkepada abad ke-3/9 hingga ke-6/12kemudian merosot hingga kini. Istilahatau terminologi ‘izzah digunapakai

Page 10: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam78

untuk kebesaran dan kemuliaan. Dalamkonteks ini, beliau mempersoalkan dimanakah perbuatan Allah [af’alAllah]140 dan di mana pula perbuatanmanusia [muslim] [af’al al-‘ibad]dalam proses kegemilangan dankemerosotan ini?

Pada pandangan Za‘ba,kegemilangan dan bahkan kemerosotanadalah disebabkan perbuatan manusiaitu sendiri, dan bukanlah perbuatanAllah, dan tiada kaitan dengan Allahsama sekali. Kemerosotan disebabkansalah faham mereka tentang dunia dansalah erti tentang matlamat hukum danketetapan Allah dalam Islam.

Beliau mengkritik istilah atauterminologi “Iman” atau “percaya”yang dianuti dengan cara yang salah.Lazim diketahui, kata-kata atauperkataan Allah tidak diimani dandipercayai manusia, sebaliknya kata-kata atau perkataan manusia sepertitabib, bomoh dan lain-lain pula yanglebih dipercayai, diperkatakan danbahkan diamalkan. Konsep “Iman”dalam Islam mengandungi 3 elemen:tasdiq [bi’l-qalb], iqrar [bi’l-lisan] dan‘amal [bi’l-jawarih]. Apa yang berlaku,tasdiq [pengakuan dengan hati] daniqrar [pengucapan dengan perkataan]sahaja yang lazim diterima, sedangkan

140 Wan Z.Kamaruddin Wan Ali, “KonsepPerbuatan Allah (Af‘al Allah) Dalam PemikiranIslam, pengaruh dan kesannya kepada pemikiranumat Islam di Malaysia,” dalam Jurnal PengajianMelayu, (Kuala Lumpur: Akademi PengajianMelayu, 2004).

‘amal [perbuatan], menurut Za‘baditiadakan atau bahkan diketepikan.

Menurut Za‘ba, ‘amal[perbuatan] penting untukmemperbetulkan kesalahan danmemperbaharui pemahaman. Contoh:‘Amal golongan Muslim secara umumdan bangsa Melayu secara khusus yangtidak menepati kehendak Islam, ataudengan kata-kata lain, kehendak Allah(s.w.t) menyebabkan mereka beradadalam keadaan seperti hari ini, lemahdan bergantung kepada orang lain.‘Amal juga diperlukan untukmemperbaharui pemahaman akankebenaran.

Dari pandangan Za‘ba, Islamberdasarkan pengakuan Allah sendirimenerusi Kalam-Nya, al-Qur’anmemang mempunyai kebolehan dankeupayaan untuk menghadapiperubahan zaman dan keadaan. Justeru,Za‘ba mengesyorkan seseorang muslim“balik ke pangkal jalan” ataudiistilahkannya sebagai “taubat” yangsebenarnya, meliputi taubat dalamfikiran, kepercayaan, keperangaian danamalan, bertujuan menampal kerosakanaspek ukhrawi dan duniawi.

3. Analisis Pemikiran Za‘ba1. Za‘ba dari pelbagai aspek boleh

dilihat sebagai seorang tokohrasionalis berbanding reformiswalaupun beliau dikelompokkandalam kalangan Kaum Muda,pendokong reformasi ataupembaharuan [Islah dan Tajdid].

Page 11: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam79

2. Komentar, kritikan dan kupasanbeliau yang amat mendalammenggambarkan keupayaanminda, kedalaman ilmu danketinggian spiritual dengansemangat jihad dan keberanianuntuk merombak polakepercayaan, pemikiran dantindakan diri dan bangsa Melayuyang mengikuti al-Din [way oflife] Islam secara khusus.

3. Kritikan beliau adalah sebagairespons dan tindakbalas terhadapperanan cendikiawan dan ulamaMelayu yang dilihat melemahkandan melonglaikan diri, bangsa,agama dan negara.

4. Penekanan beliau adalah kepadaakar umbi atau falsafah yangdilihat dari aspek zahir semata-mata oleh para cendikiawan danalim ulama manakala aspek batinditolak ketepi. Impaknya yangpaling berpengaruh besar adalahkekuatan Muslim Melayu hanyalahkelihatan pada aspek zahir sahaja,sedangkan aspek batin merekalemah.

5. Dalam membincangkan karya ini,beliau mengasaskan pemikirannyaberdasarkan sumber wahyu, al-Qur’an dan al-Hadith yangdirasionalkan menerusi sumberakal, metode berfikir yang dinamikdan pelbagai. Akal yangdimaksudkan adalah berteraskanilmu wahyu yang diperkukuhkandengan kajian dan penyelidikan

dalam pelbagai bidang pengajianterkini, dan bukanlah akal yangdipengaruhi emosi dan hawa [al-hawa]. Akal [al-‘Aql] yang bebasdan hawa [al-hawa] yangterpenjara menjadikan hati [al-qalb] selaku raja dalam diri, dapatmengubahkan diri seseorang danbangsanya ke tahap ketaqwaanyang sempurna. Pembahasanterhadap ciri-ciri ini menjadi faktorteristimewa membezakan beliaudaripada Kaum Muda dan tokoh-tokoh sezamannya.

6. Penekanan kepada akal dan budayaberfikir bererti penolakan kepadabudaya taklid terutama taklid buta.Ini kerana asas taklid buta itusendiri adalah kepada kejahilan[al-jahl] dan mengikuti hawa [al-hawa]. Faktor ini dilihat sebagaipenentu kestatikan dan kejumudansesuatu bangsa.

7. Atas asas, dasar dan prinsip yangbersifat fundamental ini,perbahasan Za‘ba telahmenjadikan kayu ukur danpiawaian standard kegemilanganmahupun kemalapan seseorang,bangsa, agama dan sebagainya.

8. Kritikan yang berat dan berimpakdilontarkan oleh Za‘ba terhadapahli agama, alim [ulama], tuanguru yang merupakan sasarannyayang utama. Ia tertumpu kepadametode pengajaran yang dilihatberlawanan dengan kehendakIslam, ketinggalan zaman, tidak

Page 12: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam80

berkesan dan terfokus hanyakepada orang awam [‘awwam]semata-mata dan tidak meliputigolongan terpelajaran [khawwas].Ia juga melibatkan pelbagai aspekseperti persoalan wahyu danhubungannya dengan akal, sumberilmu, metode berfikir, idea daninovasi dan pelbagai lagi.

9. Dalam konteks idea, Za‘ba melihatidea yang berlegar dalammasyarakat Melayu adalah lapuk,berbentuk zahir, statik, jumud,sempit, penuh salah faham danberada pada tahap pergantunganyang keterlaluan kepada sesuatuyang lain. Idea yang baru, bernas,dinamik, luas dan bebas terlalusedikit dan tidak diberikan ruangdan peluang untuk menjadipemangkin perubahan masyarakat.

10.Sebahagian besarnya bergantungkepada peranan ahli agama, ulama,umara Melayu dan seumpamanyayang tidak mempunyai ilmu danpengetahuan yang tinggi, tidakmengikuti peredaran zaman danmasa dan terlalu cepat melatah.Serangan beliau juga turutdihadapkan kepada ahli-ahlitasawuf separuh masak, berpura-pura zahid dan golongan yang sukamenyesatkan orang yang inginkembali kepada al-Qur’an dan al-Hadith yang terpelihara dari salahdan silap [ma‘sum], mendekatiakal yang rasional dan menjauhihawa [nafsu] tanpa rasional.

C. SIMPULAN

Za‘ba selaku seorang tokoh yangberjiwa besar dan bebas tetapi masihdalam kerangka Islam, coba berusahadengan bersungguh-sungguh untukmelepaskan agama dan bangsanyadaripada proses penjajahan diri kepadapembebasan diri. Menerusi pembebasandiri ini, diharapkan diri dan bangsanyaakan kembali memacu kecemerlangandan kegemilangan seperti yang pernahdikecapi dahulu.

Proses perubahan daripadarendah kepada tinggi, bawah ke atas,bukanlah suatu usaha yang mudah. Iamemerlukan kekuatan dalaman yangampuh, mental dan spiritual sebelumberhasil. Dalam proses tersebut, ranjaudan duri berada di setiap laluan danpersimpangan yang sekiranya dihadapitanpa sikap dan tindakan yang tepatakan membahayakan diri.

Justru karya beliau, PerangaiBergantung Pada Diri Sendirimerupakan sebuah karya yangsepatutnya dan sewajarnya dibaca olehsetiap orang yang mendakwa dirimereka Muslim yang berbangsa,berbudaya dan berbahasa Melayu diMalaysia khususnya dan di AlamMelayu umumnya untuk dijadikancermin diri, dan seterusnya melakukansuatu evolusi dan bahkan revolusidalam diri sendiri untuk mencapaihakikat dirinya sebagai hamba danKhalifah Allah yang sebenar di bumi.Itulah besarnya jasa Pendita Za‘ba.

Page 13: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam81

DAFTAR PUSTAKAAbdullah, Abdul Rahman Haji. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran.Jakarta: Gema Insani Press, 1997.Al-Baghdadi. al-Farq Bayn al-Firaq. Beirut, 1973.Ibrahim, Lutpi. “The Concept of al-Iman in ‘Ilm al-Kalam”. Islamika III. KualaLumpur: Department of Islamic Studies, 1985.Ismail, Ahmad Zuhdi. Imam Ja ‘far al-Sadiq: Pemikirannya Tentang KonsepKetuhanan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, Cet.II, 2008.Nawang, Adnan Hj.. Za‘ba dan Melayu. Kuala Lumpur: Berita Publishing SdnBhd., 1998.Nasution, Harun. Teologi Islam. Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia, t.t..Wan Z. Kamaruddin Wan Ali. “Aliran al-Qadariyyah: Perkembangan, Pengaruh

dan Kesannya di Alam Melayu khususnya di Malaysia.” Jurnal PengajianMelayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya,Jilid 12, 2002.

_______________________. “Konsep Kewajiban dan Tanggungjawab (al-Taklif)Dalam Pemikiran Islam dan Posisinya Dalam Kehidupan MasyarakatMuslim.” Jurnal Ushuluddin. Pekanbaru: Badan Penelitian danPengembangan Fakultas Ushuluddin UIN Sulthan Syarif Qasim, Vol.XIII,No.2, Julai 2008.

_____________________. “Konsep Perbuatan Allah (Af‘al Allah) DalamPemikiran Islam, pengaruh dan kesannya kepada pemikiran umat Islam diMalaysia.” Jurnal Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi PengajianMelayu, 2004.

______________________. Siapa itu Nabi-Nabi. Kuala Lumpur: PTS Publicationsand Distributors Sdn.Bhd., Cet.IV, 2007.Za‘ba. Asohan budi menerusi Islam. Kuala Lumpur: H.M.E Enterprise, 1958._______. Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. edisi khusus. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009._______. Falsafah takdir. Kuala Lumpur: D.B.P, 1980._______. Umbi kemajuan atau Falsafah takdir dalam Agama Islam. Sukatan Azali:Pulau Pinang, 1932.

_______. Malay festivals and some aspects of Malay Religious Life. Singapore,1949._______. Pendapatan perbahasan ulama pada kejadian perbuatan dan perusahaanhamba. ed. al-Syaikh Muhammad Tahir Jalal al-Din. Penang: The Jelutong Press,1353/1934.

Page 14: PEMIKIRAN PENDITA ZA‘BA MENERUSI KARYA, PERANGAI … · 2020. 7. 30. · peranan dan kedudukan seseorang menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, setiap orang dengan peranan

Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam82