risalah kedua perangai bergantung pada diri...

45
1 Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri Bab Pertama: Wajibnya Bagi Mendapat Kejayaan 1 Firman Tuhan : “Allazi holakolmautawalhaya ta liyabluwakum ayyukum ahsanu amala” Maksudnya : Tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji, mencuba kamu, siapakah dari kamu yang terlebih baik kerjanya. Hidup kita di dunia beramal dan berkerja. Berjuang dan berlawanan seperti di dalam perlumbaan. Kita menjalankan segala urusan tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk membantu atau menyempurnakan tugas. Tanggungjawab yang dipikul hendaklah disempurnakan dengan sebaik-baiknya dan menganggapnya sebagai satu kewajipan ke atas diri kita kerana kebiasaannya orang yang tekun dan sabar pasti mendapat bantuan dari Allah dan akhirnya berjaya. Sikap yang di katakan bergantung kepada diri sendiri ialah melakukan apa saja dengan bertanggungjawab serta sanggup menanggung segala akibat yang bakal menimpa dari tindakannya itu. Tidak mengharap orang lain membantunya atau menangung segala apa yang di lakukannya kerana dia yang bertanggungjawab keatas segala-galanya kecuali sesuatu itu memerlukan bantuan orang lain. Manusia diminta membantu orang lain, namun janganlah sampai bantuan yang di perolehi menyebabkan seseorang itu malas untuk bekerja dan hanya berpeluk tubuh sahaja. Jika sesuatu perkara itu tidak memerlukan bantuan daripada orang lain, maka diwajibkan keatasnya mengerjakan sendiri kerjanya itu. Bergantung pada diri sendiri dalam bahasa arab di sebut “al-I timad ala al-nafs” dan perkara ini tidaklah jelas dalam al-quran atau hadis tetapi kita sendiri boleh memahaminya daripada segala amar dan nahi yang di gariskan oleh ajaran agama islam kepada kita manusia.

Upload: phamngoc

Post on 02-Mar-2019

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

1

Risalah Kedua

Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri

Bab Pertama:

Wajibnya Bagi Mendapat Kejayaan

1

Firman Tuhan : “Allazi holakolmautawalhaya ta liyabluwakum ayyukum ahsanu amala”

Maksudnya : Tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji, mencuba

kamu, siapakah dari kamu yang terlebih baik kerjanya.

Hidup kita di dunia beramal dan berkerja. Berjuang dan berlawanan seperti di dalam

perlumbaan. Kita menjalankan segala urusan tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain

untuk membantu atau menyempurnakan tugas. Tanggungjawab yang dipikul hendaklah

disempurnakan dengan sebaik-baiknya dan menganggapnya sebagai satu kewajipan ke atas diri

kita kerana kebiasaannya orang yang tekun dan sabar pasti mendapat bantuan dari Allah dan

akhirnya berjaya.

Sikap yang di katakan bergantung kepada diri sendiri ialah melakukan apa saja dengan

bertanggungjawab serta sanggup menanggung segala akibat yang bakal menimpa dari

tindakannya itu. Tidak mengharap orang lain membantunya atau menangung segala apa yang di

lakukannya kerana dia yang bertanggungjawab keatas segala-galanya kecuali sesuatu itu

memerlukan bantuan orang lain.

Manusia diminta membantu orang lain, namun janganlah sampai bantuan yang di

perolehi menyebabkan seseorang itu malas untuk bekerja dan hanya berpeluk tubuh sahaja. Jika

sesuatu perkara itu tidak memerlukan bantuan daripada orang lain, maka diwajibkan keatasnya

mengerjakan sendiri kerjanya itu.

Bergantung pada diri sendiri dalam bahasa arab di sebut “al-I timad ala al-nafs” dan

perkara ini tidaklah jelas dalam al-quran atau hadis tetapi kita sendiri boleh memahaminya

daripada segala amar dan nahi yang di gariskan oleh ajaran agama islam kepada kita manusia.

Page 2: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

2

Segala dalam amar dan nahi yang di ucapkan dalam al-quran dan hadis adalah di tujukan

kepada manusia untuk membaiki kelakuan dan budi pekerti. Salah satu yang terkandung dalam

hadis mengenai kelakuan manusia adalah “Makarim alakhlaq”. Oleh itu jelas bahawa setiap amar

dan nahi yang terbit daripada ajaran islam itu benar dan di tuntut oleh islam dan nabi kita

Muhammad s.a.w.

Kita boleh memahami semua ini daripada ayat permulaan yang kita lihat tadi yang

bermaksud, “ Tuhan menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji kamu, siapakah

daripada kamu yang terlebih baik kerjanya”.

“ Walasri innalinsa nalafi husri. Illallazi naamanu waamilussolihat”

Bermaksud. “Demi masa ! sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan, melainkan yang beriman

dan beramal soleh. Beriman itu sendiri meletakkan kepada diri individu itu sendiri untuk beriman

atau percaya terhadap apa yang di seru agama.

Ayat-ayat pendek di atas mengesahkan bahawa kita sendiri mestilah berusaha dengan

sendiri meninggalkan segala apa yang di larang dan melakukan apa yang di suruh dan tidak

mengikut orang lain sama ada mahu mengerjakan ataupun tidak. Hal ini dapat di lihat dalam

banyak ayat-ayat al-quran dan hadis serta dapat kita lihat juga contohnya melalui kehidupan nabi

kita Muhammad s.a.w.

Perangai yang ada pada diri kita merupakan tunjang kepada kejayaan sendiri. Perangai

mengerakkan seseorang itu untuk bekerja keras, bersungguh-sungguh atau sebaliknya. Perangai

yang baik mengelakkan diri kita daripada berserah dan bertawakal semata-mata. Perasaan

tanggungjawab terhadap tugas membuatkan seseorang itu berusaha sendiri dengan kebolehan

yang dimiliki dan hanya memohon pertolongan daripada Allah Yang Maha Esa. Bidalan Melayu

ada menyebut tentang pentingnya bekerja sendiri:

“berharap kepada anak, buta mata sebelah,Berharap kepada orang, buta mata keduanya.”

“Mahakka jallidaka mislu zafrika fattaulaanta jamia amrika”

Maksudnya: “Tidak ada yang boleh mengaru gatal kulitmu sama seperti kuku tanganmu sendiri,

sebab itu buatlah olehmu sendiri segala kerja tanggungan dirimu”

Page 3: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

3

“Fainnama rajuluddunya wawahiduha manla yuawwalu fiddunya ala rajuli wakullaman

asya fiddunya ala amalistanjiduljida illa faza balamali”

Maksudnya : Laki-laki yang satu-satunya jadi anak tunggal dunia, tidak lain hanya orang yang

tiada berharap dalam dunia ini kepada sesiapa pun orang lain. Jarang orang yang hidup di dunia

ini dengan satu-satu harapan, serta mengambil pertolongan dari perangai bersungguh-sungguh.

Tidak menjadi kurang sifat kita jika meminta panduan dan nasihat daripada orang lain,

asalkan memperkatakan sesuatu yang benar, bijak dan berilmu serta tulus dan ikhlas dalam kata-

katanya itu, kerana dengan demikian seseorang itu boleh mengambil ilmu dan pendapat orang

lain. Tidaklah rugi dia berbuat demikian selagi perkara itu tidak menjadikannya lemah dan hilang

kekuatannya.

2

Sifat kebergantungan pada diri sendiri perlu ada dalam masyarakat kerana ia akan

membawa kepada kemajuan sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa akan maju dan dihormati jika

mereka percaya pada kebolehan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri tanpa mengharapkan

bantuan mana-mana pihak lain. Kemajuan atau kemunduran sesuatu bangsa bergantung kepada

rakyat itu sendiri.

Setiap apa yang mereka lakukan samada baik atau buruk akan mendatangkan kesan

kepada bangsa mereka sendiri tidak kira siapa pelakunya samada rakyat biasa mahupun golongan

istana. Rakyat yang kuat dan berusaha bersungguh-sungguh serta percaya pada kebolehan diri

sendiri akan dapat memajukan bangsanya dan akan mendapat kehormatan dan kemuliaan di mata

dunia. Namun jika rakyatnya bersifat lembap, malas, suka mengantuk, maka bangsa yang lemah

akan wujud. Jika dihapuskan sifat-sifat itu hingga ke akar umbi nescaya bangsa itu akan

mencapai kemajuan. Jika sesuatu bangsa menagih simpati untuk mendapatkan bantuan bangsa

lain maka bangsa itu adalah sangat lemah. Fikiran mereka ini sangat keji dan hina, jika dibiarkan

ianya berlarutan terus ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Ibu bapa harus mempunyai

keazaman yang tinggi dan perlu bersungguh-sungguh untuk memberikan anak-anak mereka

pelajaran kerana dengan penguasaan ilmu sahaja sesuatu bangsa itu akan mencapai kemajuan.

Page 4: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

4

3

Untuk mendapatkan kejayaan dan kemenangan di akhirat, perlulah berpandu kepada individu

yang melakukannya. Tiap – tiap seorang diwajibkan beramal dan beribadat dengan usaha dan

tenaganya sendiri atau tanpa pernah disuruh dan menganggap dirinya itu mesti bergantung

kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan orang bagi mendapatkan

kejayaan dalam keselamatannya di akhirat kelak!! Allah tidak pernah menyuruh kita untuk

berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan – bacaan Qul Huwa`llah dari orang apabila kita

meninggal kelak!! Bahkan kita tidak pernah digalakkan untuk berharap kepada syafa`at Nabi

s.a.w. sekalipun bagi melepaskan diri kita daripada neraka!!

Firman Allah dalam Al – Quran bermaksud:

Ertinya, “Atau tidakkah dia telah diberikan khabar apa yang ada disebutkan dalam kitab – kitab

(yang telah diturunkan kepada) Nabi Musa. Dan (dalam kitab – kitab kepada) Nabi Ibrahim yang

telah menyempurnakan tugasnya itu. Iaitu disebutkan di sana bahawa sesuatu diri yang memikul

bebanan diri yang lain. Dan bahawa manusia tidak akan mendapat selain daripada apa yang ia

usahakan sendiri. Dan bahawa (buah) usahanya itu segera juga akan dilihat (diperlihatkan).

Kemudian ia akan diberi balas kerananya dengan balasan yang sempurnanya..”

Sifat bergantung kepada diri sendiri iaitu bukan khusus kepada amalan – amalan dan usaha

tenaga untuk kejayaan dan kemenangan dunia sahaja, tetapi juga ditujukan untuk kejayaan dan

kemenangan di akhirat. Bahkan memang sengaja Allah telah memberikan perkataan dengan

umum tanpa dikhususkan bagi kedua – duanya sekali iaitu dunia dan akhirat.

4

Ajaran berkenaan adalah syafaat Nabi s.a.w. t dalam beberapa hadis, tetapi nyatalah untuk

memberi harapan kepada orang yang tidak ada harapan terhadap dirinya sendiri. Orang yang

jatuh darjat kebolehannya semasa hidup dan tidak berupaya berusaha sendiri untuk menaikkan

taraf hidupnya terpaksa mengharapkan pertolongan daripada orang lain.

Page 5: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

5

Kejadian ini berlaku pada segelintir manusia dan demikian jugalah berlaku di akhirat

kelak. Dalam kehidupan di dunia ini, terdapat orang yang bergantung dengan kudrat

kebolehannya sendiri dan ada juga yang suka menjadi ‘kutu di atas kepala’ iaitu orang yang

suka bergantung hidup kepada kelempahan dan kemurahan orang lain. Pada masa penghakiman

Tuhan di akhirat kelak berkemungkinan Nabi s.a.w memberi syafaat, jika ada syarat-syarat

melayakkan mereka untuk mendapat syafaat.

Sekiranya orang Islam mahu masuk syurga hendaklah mendapat syafaat dan permohonan

Rasulullah yang mampu menolongnya, bukan dengan jalan amal sendiri atau jalan kelayakan

sendiri dari sebab amalnya itu, sudah pasti ianya akan memberi malu yang besar kepada

Rasulullah yang ingin memohon ampun ke hadrat Tuhan.

“afamun hakko alaihi kalimatulazabi afuanta tankizu man finnari”

Ertinya : ‘Apa! Adakah (engkau maksudkan) orang yang telah terhak kepadanya kena hokum

seksa itu? Adakah engkau hendak menyelamatkan (melepaskan) orang yang dalam neraka?”…

Dan lagi firmannya:

“kalillah hisyafa atu jamia”

Ertinya : Katakanlah (hai Muhammad ): kepada Allah sahaja terpunya segala syafaat semuanya.”

Iktiqad berharap pelepasan dan keselamatan akhirat menerusi penebusan dan pertolongan

daripada orang lain. Iktiqad yang utama diajar dan dipercayai oleh orang-orang Kristian sebagai

ajaran agama mereka. Mereka beriktiqad bahwa Isa al-Masih yang mereka katakan ialah “Anak

Allah” telah dizahirkan ke dunia dengan rupa manusia dan kemudian dibunuh oleh musuhnya di

atas kayu salib ialah untuk menebus dosa segala orang yang beriman akan dia!!.

Kesimpulannya, menurut ajaran Islam tiap-tiap seorang diwajibkan beramal, bekerja,

berusaha dan berjuang (berjihad) sendiri dengan segala kebolehan dan tenaganya jika ingin

mendapat kejayaan baik di dunia atau akhirat. Maka yang demikian itulah ertinya bergantung

kepada diri sendiri dan tidak berharap kepada pertolongan orang.

Page 6: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

6

Setiap kejayaan memang bergantung kepada diri kita sendiri. Orang yang berjaya sering kali

memotivasikan diri mereka supaya bekerja lebih keras dan bersungguh-sungguh dalam apa jua

bidang supaya kelak kejayaannya akan lebih manis.

Pemerhatian yang di buat secara am dari bab pertama ini dan di lihat kembali dalam

masyarakat turut mempunyai persamaannya. Misalnya masyarakat yang di katakan miskin atau

menggelarkan diri mereka miskin, kebanyakannya jarang yang mahu bekerja keras. Mereka

apabila diberi bantuan pasti akan terus meminta seolah-olah mahukan bantuan kedua, ketiga dan

seterusnya sentiasa ada untuk mereka. Keadaan ini menjadikan mereka malas, bersifat berserah

dan senang dengan kehidupan yang ada tanpa cuba untuk mengubah kepada kehidupan yang

lebih baik.

Manafaat sendirian juga dapat di perhatikan melalui rahmat yang di berikan Allah kepada

individu tertentu yang menjalankan segala suruhan dan menjauhi segala larangannya.

Bersendirian dalam ibadat yang ikhlas misalnya memberi kebaikan kepada diri kerana apa yang

di lakukan tidak di pengaruhi oleh orang lain dan tidak mengharapkan bantuan atau kita yang

mengikut orang lain untuk berbuat sesuatu yang baik. Maka jelas bagi kita bahawa sifat

mempercayai diri dan bertangguangjawab dalam segala hal amat penting dalam pada kita

memperoleh kejayaan.

Page 7: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

7

Bab Kedua :

Kekurangan Kita dalam Sifat Ini

Pada keseluruhannya, kita masih kurang sifat ingin berusaha, bekerja kuat, dan juga percaya

kepada diri sendiri termasuklah kurangnya pengetahuan tentang hal-hal dunia dan agama. Ramai

yang berharap kepada pertolongan yang diberikan dengan mudah dan mengaku diri sendiri

lemah dan tidak dapat melakukannya. Tuhan telah menetapkan bahawa tiap-tiap perlakuan itu

akan dibalas sama ada baik atau buruk.

Terdapat firman Tuhan yang bermaksud “kemudian disempurnakanlah balasan yang telah

dijanjikan bagi tiap-tiap diri masing-masing kerana apa-apa yang ia masing-masing telah

lakukan”. Firman yang seterusnya ialah bermaksud “ dan tiap-tiap diri masing-masing telah

disempurnakan janji balasannya kerana apa-apa yang dilakukan. Manakala firman yang ketiga

pula bermaksud “ tiap-tiap seseorang adalah tingkat-tingkat (balasan) berikut daripada apa yang

mereka telah kerjakan.

Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan bahawa setiap perbuatan itu tidak kiralah sama ada

baik atau buruk akan dibalas juga. Menurut ayat-ayat ini juga seseorang itu perlulah melakukan

amalan yang baik untuk mendapat balasan yang baik, begitu juga dengan perbuatan yang jahat

dibalas jahat. Tidak patut sekiranya orang lain yang membuat kebajikan dan kebaikan namun

kemudian dia sendiri tidak berbuat demikian akan mendapat kebaikan. Allah Taala telah berjanji

untuk menyempurnakan balasan kepada mereka ini atas apa yang dilakukan.

Adalah lebih baik lagi sekiranya yang menghulurkan bantuan itu daripada orang-orang

besar ataupun daripada pihak kerajaan sendiri. Misalnya, (duniawi) jika ada di antara mereka

yang ingin memasukkan anak ke sekolah tidak kiralah sekolah rendah atau sekolah tinggi, maka

mereka akan mengharapkan pihak kerajaan memberi ‘scholarship’ atau dipanggil juga biasiswa

kepada anak mereka itu. Oleh sebab itu perkataan ‘tolonglah’ amat sinonim dengan bangsa kita

yang sentiasa mengharapkan pertolongan daripada orang lain.

Padahal bagi bangsa lain walaupun mereka sendiri tidak berpelajaran, mereka kuat

berusaha seperti berkebun menanam sayur-sayuran, menjual kayu api, menjual air batu dan

mengayuh beca. Mereka juga sentiasa berjimat cermat dalam perbelanjaan harian dan sentiasa

Page 8: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

8

mengikat perut bagi menahan lapar. Meskipun pendapatan yang diperolehi mereka tidak

seberapa, mereka dapa jugat menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan menanggung

perbelanjaan harian. Malah Anak-anak bangsa lain tidak mendapat apa-apa keistimewaan

berbanding anak-anak Melayu di sekolah Melayu walaupun mereka berada di sekolah yang

sama.

Begitulah sedikit contoh yang menunjukkan kelemahan dan kekurangan diri kita

berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Tidak dinafikan ada juga bangsa kita yang kuat berusaha

dan percaya kepada kebolehan diri sendiri tetapi tidak ramai barangkali tidak ada satu pun dalam

seribu atau sepuluh ribu.

Mereka juga tahu kata bidalan Melayu, “ kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak

seribu dalih”, dan kata bidalan orang putih, “barang di mana ada kemahuan di situ ada jalan”

tetapi terdapat banyak kekurangan di dalam diri bangsa kita tentang sifat mulia yang satu ini.

Firman Allah dalam Quran ayat 13 yang sering kali diulang pada beberapa tempat yang

bermaksud ”Tentu sekali pada Rasulullah itu ada suatu contoh teladan yang baik bagi kamu iaitu

bagi siapa-siapa yang berharap akan Allah pada hari kemudian dan ia banyak mengingat Allah.”

Orang yang memeluk agama Islam perlu mengikuti sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah

dalam setiap perlakuan kehidupan seperti yang diinginkan Islam. Dalam ayat juga bukan

mengutamakan harapan-harapan terhadap Allah dan kemudian hari bahkan teladan bagi

kehidupan Rasulullah. Antaranya ialah sikap yang bergantung pada diri sendiri dalam semua hal

dengan meletakkan harapan kepada Allah semata-mata. Sikap ini terserlah dalam diri Rasulullah.

Kita harus menjadikan sikap yang mulia baginda sebagai amalan baik di dunia dan akhirat.

Kebanyakkan kanak-kanak sudah menunjukkan sikap yang suka bergantung kepada

kebolehan diri sendiri. Contohnya anak-anak yang sudah mula berjalan dia lebih suka berjalan

sendiri tanpa didukung atau dipegang tangannya oleh orang yang ingin menghalang daripada

jatuh kecuali jika ia sudah penat. Sekiranya cenderung seperti itu hendaklah dilatih misalnya

sekiranya kanak-kanak tersebut jatuh tetapi tidak cedera janganlah dibangunkan, diambil,

digosok, dipujuk, dan sebagainya. Hanya biarkan dia sehingga bangun sendiri dan berhenti

daripada menangis.

Page 9: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

9

Kita mestilah menggalakkan sikap bergantung kepada diri sendiri yang dilatih sejak

kanak-kanak. Anak-anak dilatih membiasakan diri dalam membuat sesuatu sendiri, berusaha

sendiri, berikhtiar sendiri, berfikir sendiri, menimbang sendiri, tahu menyelenggara dan

memutuskan sendiri. Sehinggakan tahu bebas pada segala hal yang berhubung diri sendiri.

Perangai ini memberi manfaat besar bagi membantu kemajuan dari seseorang dan dari kumpulan

itulah terjadi sesuatu bangsa.

Seperti yang kita semua tahu, kaum atau bangsa terbentuk dengan adanya rakyat yang

tinggal dalam sesuatu jumlah yang ramai, malah rakyat tersebut akan menentukan sifat kaum

tersebut. Jika rakyat tersebut semuanya berjaya dan kaya raya, maka kaum dan bangsa mereka

juga akan berjaya. Namun, jika kaum tersebut miskin dan ketinggalan dalam arus pemodenan

bermaksud kaum tersebut mundur berbanding bangsa-bangsa lain. Walaupun terdapat sistem

pemerintahan yang baik dalam bangsa tersebut, namun ia tidak akan membawa kepada

perubahan bangsa kerana kejayaan sesuatu bangsa bergantung kepada rakyatnya sendiri. Oleh

sebab itu, kita mesti membuat penyelidikan dan mengetahui sebab-sebab kemajuan dan

kejatuhan sesuatu bangsa mereka.

Harta dan pangkat bukannya syarat untuk menjadikan seseorang itu untuk hidup bahagia,

berjaya, dan mendapat kebahagiaan hidup. Malah apa yang penting ialah sifat berusaha dan tidak

kenal putus asa akan menjadikan sesorang itu kuat, tabah, berjaya dan sebagai dalam

menghadapi kehidupan yang mencabar pada masa sekarang. Selain itu juga, kekayaan yang

dimiliki akan menyebabkan seseorang hilang pedoman dan mengalami zaman kejatuhan atau

ketinggalan dalam kehidupannya. Hal ini kerana, harta kekayaan akan menjadikan seseorang

malas untuk berusaha kerana mereka berasa sudah mendapat apa yang diingini malah

menggunakan wang untuk sesuatu yang tidak berfaedah dan melanggar tuntutan agama. Jika hal

ini berlaku, harta yang ada akan berkurangan sehingga menyebabkan mereka mengalami

kejatuhan dan kecewa dalam hidup kerana kehilangan semua benda yang mereka ada.

Sikap berusaha dan berdikari dapat dipupuk diri sendiri melalui beberapa perkara. Salah

satunya ialah mengambil ikhtibar atau menjadikan salah seorang tokoh yang berjaya sebagai

“role model” dalam hidup. Tokoh tersebut mestilah seorang yang kuat berusaha dengan usaha

sendiri tanpa pertolongan orang lain sehingga mencapai kejayaan yang diingini.

Page 10: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

10

Oleh sebab itu, mereka yang bijak akan mengikut jejak langkah orang yang berjaya

malah secara tidak langsung mereka akan berusaha gigih dengan kemampuan sendiri tanpa putus

asa sehingga membawa kejayaan dalam hidupnya. Kejayaan yang diperoleh dengan usaha keras

akan lebih bermakna kepada seseorang kerana mereka akan berasa puas dengan kejayaan yang di

capai.

Bab Ketiga :

Fikiran, Kepercayaan dan Pegangan Agama

Segala perkara berkaitan dengan urusan dunia bergantung sifat diri sendiri menyempurnakan

kerja-kerja yang beribadat kepada agama. Namun, sifat sedemikian sebelum mengamalkannya

perlu berdasarkan fikiran, kepercayaan berdasarkan fahaman-fahaman agama mengikut

pertimbangan kita melalui akal dan ilmu pengetahuan.

Segala seruan dan ajaran terkandung di dalam al-quran yang diturunkan oleh Tuhan

kepada manusia sebaik-baiknya untuk mereka yang melihat dengan hati dan akal. Tuhan sentiasa

menyuruh kita menggunakan akal dalam membuat pertimbangan dan ternyata di dalam al-quran

terdapat ayat-ayat yang diulang-ulang memberi penegasan seperti Afala ta’ qilun dan

tatafkkarun, “ Tidakkah kamu menjalankan akal! Tidakkah kamu menimbang dengan fikiran

kamu sendiri?”

Tuhan mencela keras mereka yang mengikut dengan membuta tuli menerima dengan

setiap perkara yang disampaikan oleh orang-orang tanpa usul periksa. Umpamanya mereka yang

mengikut ajaran nenek moyang atau pendapat masyarakat terdahulu tanpa membuat

pertimbangan antara benar dan salah tanpa mengikut fikiran yang waras dan ilmu pengetahuan

yang benar. FirmanNya:

“ Dan apabila dikata kepada mereka itu: ‘Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah; maka

jawab mereka: Tidak!Tetapi kami mengikut apa yang kami dapati dijalani oleh nenek moyang

kami’.Ha, bergitukah? Jikalau sekalipun nenek moyang mereka itu tidak menjalankan akal

barang sedikit (dalam soal itu) dan tidak berada di atas jalan petinjuk( mereka ikut juga)” Dan

pada tempat lain:

Page 11: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

11

“Nabi Ibrahim bertanya ( kepada bapanya dan orang-orang kamumnya):

‘Adakah berhala-berhala yang tuan-tuan sembah itu mendengar akan tuan-tuan apabila tuan-tuan

mendoa kepadanya? Atau adakah berhala-berhala itu memberi manfaat kepada tuan-tuan atau

memberi mudarat?’ Maka jawab mereka, ‘ Walaupun tidak, tetapi begitulah telah kami dapati

nenek moyang berbuat.” ……….Dan lagi firmanNya:

“Dan apabila dikata kepada mereka itu, ‘Ikutlah oleh kamu sekalian apa yang telah diturunkan

Allah’, maka jawab mereka, ‘Tidak! Tetapi kami mengikut apa yang kami dapati dijalani oleh

nenek moyang kami.” Ha, begitu? Walaupun jika syaitan menyeru mereka kepada seksa api yang

menyala( mereka ikut juga)?...Dan pada tempat lain-lain lagi:

“…Tetapi kata mereka itu, ‘Bahawa sanya kami telah dapati nenek moyang kami menajalani

suatu jalan, dan kami hanya mengikut panduan jejak mereka itu’… atau halnya berteladan

kepada jejak mereka itu.”

Demikianlah kemurkaan Tuhan yang terdapat di dalam Quran sekiranya mereka hanya

mengikut adat nenek moyang sahaja tanpa asal usul periksa sama ada betul atau tidak dan tanpa

memikirkannya dengan akal dan pengetahuan merupakan perkara yang salah. Hal ini sedemikian

kerana perbuatan tersebut dikatakan bertaklid buta.

Berpendapat atau bertaklid secara buta itu tidak disukai dan dikeji oleh agama dan juga

orang yang cerdik pandai, hal ini kerana banyak kelemahan dan keburukannya serta memberikan

kemudaratan dan berkemungkinan boleh membawa kepada jalan yang salah dengan tiada

perasaan yang waras. Malah Allah dan Rasul juga tidak menyukai orang yang memberi pendapat

atau mentaklid secara membuta tuli kepada fikiran dan pendapat orang ramai. Imam-imam

Mujtahiyuddin pada zaman dahulu itu sendiri juga tidak suka dan tidak gemar pada orang-orang

yang bertaklid secara membuta sahaja kepadanya atau tidak semestinya mereka menerima segala

fahaman dan pendapat mereka. Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid-murid dan

pengikut-pengikut mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan

segala pendapat dan keputusan yang telah dibuat oleh mereka itu.

Page 12: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

12

Contoh cerita yang boleh diambil melalui kemudaratan bertaklid secara buta yang telah

direka oleh orang yang bijaksana dan cerita ini dibuat sebagai cerita kiasan. Walaupun cerita

hanyalah rekaan semata-mata, namun teladan dan pengajaran yang ditonjolkan amatlah sesuai.

Kononnya pada suatu hari dua ekor keldai telah dibawa oleh tuannya mengangkat barang,

seekor membawa garam yang diikatkan di atas belakangnya dan seekor lagi membawa sepan

iaitu bunga karang dan diikatkan dibelakang juga. Semasa dalam perjalanan mereka melalui

sebuah anak sungai keldai yang membawa garam itu tergelincir beberapa kali dan terjatuh

tergolek ke dalam air itu. Garam yang terdapat dalam karung itu semakin hancur dan setiap kali

ia bangkit air garam itu berlelehan turun dari kiri dan kanan rusuknya. Keldai itu merasa ringan

dan setelah sampai ke tebing sebelah, keldai itu melompat-lompat kegembiraan.

Apabila keldai yang membawa sepan itu melihat dan berasa hairan lalu bertanya kepada

kawannya itu kenapa keldai itu berasa begitu gembira selepas jatuh dari sungai, maka keldai

yang membawa garam itu pun menceritakan kepada kawannya itu yang membawa sepan. Keldai

yang membawa sepan itu juga mahu melakukan perkara yang sama yang telah terjadi pada keldai

yang membawa garam itu. Mereka meneruskan perjalanan dan berjumpalah dengan sebuah anak

sungai lagi, keldai yang membawa sepan itu tekad melakukan perkara yang sama dan sengaja

menjatuhkan dirinya ke dalam sungai tersebut, tetapi rancangannya gagal kerana karungnya

semakin berat dan begitu membebankan sehingga mahu tercabut pinggangnya, hal ini kerana di

dalam karung itu dipenuhi dengan air sungai tersebut.

Tuannya yang dari tadi memerhati gelagat keldainya itu yang begitu lucu lantas

mengatakan bahawa keldai itu bodoh kerana tidak mengetahui isi kandungan yang terdapat

dalam sepan itu sebelum melakukan sesuatu perkara. Keldai itu tidak tahu bahawa barang yang

dibawanya itu adalah tidak sama dengan keldai yang membawa garam itu. Keldai itu hanya

membuat keputusan terburu-buru dan membuta tuli serta meniru keldai yang satu lagi tanpa usul

periksa. Tuannya berkata lagi keldai itu memang patut mendapat balasan yang setimpalnya dan

berkata bangsanya sendiri iaitu manusia pun ramai yang melakukan perkara yang sama seperti

kelakuan keldai tersebut iaitu terikut-ikut dengan perkara yang belum tentu betulnya.

Page 13: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

13

Kesimpulannya, dalam sesuatu perkara atau mana-mana pendapat janganlah terus diikut

secara membuta tuli sahaja, melainkan perkara tersebut dikaji terlebih dahulu, diuji dengan baik

atau tidaknya dengan akal dan dengan apa sahaja ilmu pengetahuan yang ada pada kita sendiri.

Setelah pendapat tersebut dikaji dan ada betulnya atau betulnya, ataupun sekurang-kurangnya

nyata sepatutnya ditimbang pada akal sendiri, selepas itu baharulah boleh diterima. Selain itu ia

juga bergantung kepada diri sendiri juga dalam memikirkan sesuatu perkara.

Dalam membincangkan ilmu tauhid dan ilmu akidah iaitu ilmu mengenai rukun asas

kepada keimanan terdapat beberapa orang yang terkenal seperti Hasan al-Basari, Wasil bin Ata,

Abu I-Hasan, al-Tahawi, al- Maturidi, imam al-Haramain al- Junaini serta pengikutnya al iman al

Ghazali. Walau bagaimanapun kesemua tokoh ini telah pun kembali ke rahmatullah. Mereka ini

adalah orang yang bebas mengemukakan pandangan sendiri daripda al-Quran dan surah Nabawi

berdasarkan pengetahuan dan pandangan mereka sendiri. Mereka juga berasa bangga dengan

segala pendapat dan pegangan agama mereka sendiri atau daripada pandangan orang lain. Segala

masalah yang timbul akan dibincangkan sehinggalah ada pendapat yang benar dan boleh

diterima. Dalam hal ini telah timbul juga permasalahan bagi pengikutnya yang tidak bersetuju

dengan pendapat gurunya sendiri. Hal ini telah menimbulkan pelbagai pendapat dalam ilmu

akidah dengan menyalahkan pendapat masing-masing sehingga sampai ke tahap kekufuran dan

juga boleh menyesatkan orang lain. Dalam ajaran tauhid pula ada pertentangan antara mazhab

yang disebut sebagai Jabariyyah, Qadariyyah, Muktazilah, Kharijiyyyah, Zaidyyah dan banyak

lagi. Dalam keseluruhan bilangan mazhab ini ada yang tergolong dalam Al-sunnah dan ada juga

di bawah Al-shi’ah dan ada juga berada luar daripadanya sehingga mengikut turut berada dalam

ajaran Islam kerana masing mengemukan sendiri yang dianggap benar.

Secara ringkasnya ulama Islam pada zaman dahulu telah melakukan sedemikan sama

juga dengan ahli ilmu moden hari ini dalam membuat penyelidikan untuk menerangkan ilmu

pengetahuan semata-mata untuk melihat hasil mereka sendiri dengan mengeluarkan pendapat

yang baru yang belum lagi dikemukakan oleh orang zaman dahulu. Hanya yang membezakannya

dengan pemikir zaman dahulu adalah pemahaman yang baru dan kesimpulan yang dikeluarkan

berdasarkan hasil yang sedia ada dalam al quran dan hadis. Dengan itulah dikatakan dengan

kemajuan atau memberi sumbangan yang tepat sehingga memberi kelebihan.

Page 14: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

14

Pada zaman akhir-akhir orang-orang Islam seluruh dunia ini tidak mempunyai semangat

untuk membuat seperti pelopor yang terdahulu tetapi jika ada yang membuat seperti pakar-pakar

dahulu tanpa membacanya dengan teliti akan timbul perkataan sesat atau menyesatkan,

memandai-mandai atau telah membawa bidaah atau telah mengubah jalan yang telah diatur.

Setiap orang perlu menilai dirinya dahulu mengetahui tahap pengetahuan juga ajaran

agama. Mereka perlu mengetahui soal-soal agama seperti perkara dalam dunia. Misalnya

samalah seperti perkataan “Dua kali lima sepuluh” jika kita tidak mengerti bagaimana ianya

berlaku maka kita tidak boleh menerima perkataan itu dengan membuta tuli melainkan ada bukti

yang kukuh. Demikianlah dalam bidang agama, yang menjadi keistimewaan jika ahli ilmu

bergantung kepada perkara yang ditetapkan oleh agama.

Ilmu pengetahuan ialah alat perkakas tang tdak boleh bersendiri dalam apa juga cawangan

kehidupan. Jika dalam cawangan agama seseorang itu ada ilmu pengetahuan yang cukup untuk

dijadikan alat, maka wajib menggunakan ilmu pengetahuannya itu bagi mendorong akalnya

membuat pertimbangan dan menentukan benar atau salah sesuatu perkara agama yang diterima

dan dipegangnya sehingga disahkan dan berpuas hati. Orang yang berkemampuan yang memiliki

ilmu pengetahuan seharusnya menggunakan kelebihannya untuk memeriksa dan menguji sendiri

dan berusaha menambah ilmu pengetahuannya dengan mencari perkara yang baru. Selain itu,

menambah dan memperdalamkan ilmu-ilmu yang telah sedia ada dengan ilmu-ilmu yang lain

tanpa kesudahannya supaya semakin bertambah ilmunya dan kebolehannya.

Bab Keempat :

Bersendiri Pada Ilmu dan Amalan

Bagi seseorang yang sihat akal dan fikirannya, ilmu akan memberikan banyak kelebihan

kepadanya. Memahami ajaran agama sama seperti memahami perkara-perkara yang lain juga.

Tuhan juga telah berfirman yang membawa maksud hanya orang-orang yang berilmu sahaja

yang boleh memahami kata-kata umpamaan yang telah Dia perbuatkan dan hanya boleh

difahami dengan akal bagi orang-orang yang berilmu. Dan hanya Allah S.W.T serta orang-orang

yang tetap pendiriannya di dalam ilmu pengetahuan dapat memahami erti ayat yang diterangkan.

Page 15: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

15

Selain itu, Allah juga berfirman orang-orang yang berpengetahuan tidak akan sama dengan orang

yang tidak berpengetahuan.

Setiap manusia sentiasa menginginkan kebaikan dan tiada siapa yang menginginkan

kejahatan. Manusia juga haruslah memperbaiki segala kelemahan diri sama ada yang melibatkan

perkara dunia mahupun perkara yang menyentuh soal agama. Kita juga mestilah menggantikan

perkara-perkara yang ketinggalan dan ditukar dengan yang sesuai dengan keadaan mengikut

peredaran zaman dan generasi. Pemikiran juga harus diganti dengan yang lebih maju dan moden

kepada pemikiran-pemikiran yang baru dan segar yang berpaksikan kepada kebenaran Al-Quran

dan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Kita juga mestilah melakukan pembaharuan dan jangan

hanya berdegil dengan pendirian diri sendiri sahaja dan jangan mempercayai kepada

kepercayaan yang lama dan sudah ditelan arus pemodenan. Justeru, jika kita tidak

berpengetahuan, tambahan pula tidak terlatih untuk berfikir sendiri menggunakan pengetahuan

Untuk mendapat ilmu, tiada halangan untuk kita memperolehnya daripada generasi

terdahulu yang kita jadikan ikutan selama ini. Ilmu-ilmu boleh didapati jika dikaji dengan

bersungguh-sungguh. Hal inilah yang telah dilakukan oleh masyarakat pada zaman dahulu,

sekarang dan juga masyarakat pada masa akan datang sekiranya ingin mengekalkan ilmu dan

menambah ilmu pengetahuan mereka.

Namun begitu, jika ilmu dituntut generasi pada hari ini sememangnya boleh mendapat

ilmu-ilmu tambahan lain walaupun ilmu itu tidak diketahui oleh mereka yang hidup pada zaman

sebelumnya bahkan ada yang tidak terlintas di dalam fikiran mereka. Justeru, ilmu-ilmu yang

diketahui oleh masyarakat terdahulu boleh dipelajari sama ada pengetahuan-pengetahuan itu

dikaji ataupun ditambah menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Maksudnya, Setiap orang yang berilmu itu perlu mengetahui bahawa ada orang

yang lebih berilmu daripada mereka.

Pada zaman zaman dahulu imam-imam besar tidak menguasai semua ilmu yang ada pada

zaman tersebut. Mereka menguasai ilmu-ilmu yang mereka kehendaki sahaja dan

kebanyakannya mereka mempelajari ilmu agama misalnya berdasarkan perkara yang pernah

berlaku dan mereka akan berfikir jalan penyelesaiannya.

Page 16: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

16

Haruslah diingat bahawa setiap perselisihan faham mazhab-mazhab dan perkara furu’

adalah baik kerana ia memberi kebebasan dengan mengikut keadaan tertentu tanpa

membebankan kita dan juga memberi peluang kepada pengikut-pengikut islam memilih jalan

yang memudahkan mereka kerana semuanya dikira betul kerana asasnya adalah sama dan ia

terbukti dalam Hadis yang masyhur sabda Nabi s.a.w.

Maksud ayat diatas ialah “ perselisihan faham antara umat Islam adalah rahmat dari

Allah”. Hanya orang-orang sekarang yang kurang pengetahuan telah menyempitkan keadaan ini

dengan menghukum tidak boleh berpindah mazhab tanpa mengetahui semua kaedah setiap

mazhab dan bagaimana ahli-ahlinya. Kebanyakan orang alim sekarang pengetahuan mereka

tentang mazhab Shafe’I atau Hanafi sendiri tidak mampu dipelajari seumur hidup mereka. Inilah

dikatakan pendapat orang yang berfikiran sempit tidak mungkin dapat memberi kemajuan dalam

hal-hal agama Islam.

Sebagai seorang Islam, kita tidak digalakkan meniru atau mengikut cara atau fahaman

orang lain kerana kita perlu memiliki pemahaman dan pendirian kita sendiri, melainkan fahaman

yang kita ikuti itu adalah berdasarkan hadis dan al-quraan serta pendapat itu di kemukan

sendiri oleh Rasulullah dan pendapat-pendapat lain yang ternyata kesahihannya yang kita tidak

dapat diperbaiki lagi.

Dua perkara utama yang perlu ada dalam diri seseorang sebelum dia boleh melakukan

pertimbangannya iaitu ilmu pengetahuan dalam bahasa al-Quraan dan dalam ilmu dalam

pengkajian-pengkajian kemajuan dunia, berserta akal yang sihat dan tajam. Oleh itu, untuk

memiliki kemahiran dalam membuat pertimbangan ini seseorang wajiblah untuk berusaha

dengan bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan bagi membolehkan

seseorang itu menjalankan pengkajian dan penyelidikannya yang tersendiri berdasarkan

pemahamannya. Dua perkara tersebut iaitu pertama, ilmu pengetahuan akan bahasa asal agama

Islam(ilmu-ilmu bahasa Arab) dan segala selok beloknya, dan yang kedua, Mempelajari seberapa

banyak daripada pelajaran dan ilmu-ilmu pengetahuan lain,sama ada lama atau baru yang telah

disahihkan kebenarannya berdasarkan pengkajian yang dijalankan.

Pemahaman dalam kedua-dua ilmu ini penting kerana ia akan mengajar kita cara-cara

mendalami akal dan jalan-jalan penyekididkan pengetahuan dan kemajuan fikiran dalam

Page 17: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

17

kalangan ahli –ahli ilmuan yang telah berjaya. Setelah kita memperolehi kedua-dua ilmu

pengetahua ini, kita perlulah melatih diri kita melaksanakan ilmu tersebut berasakan pengetahuan

dan penyelidikan sendiri dengan mencari punca-punca ajaran agama di dalam al-Quraan dan

Hadis serta menyelidik keterangan orang –orang dahulu untuk memeriksa kesahihahnya. Kita

perlu melakukan setiap perkerjaan kita dengan bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah

s.w.t. Di samping itu, kita juga perlulah menbiasakan diri melakukan pengkajian sendiri bagi

mendapatkan sesuatu keputusan dalam pengkajian, dengan ini kita akan dapat memperolehi

suatu pemahaman dan pandangan baru terhadap seseuatu yang belum pernah orang lain

terfikirkan. Dengan itu , barulah bolehkan dikatakan “berijtihad sendiri” iaitu berusaha dengan

gigih untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan yang baru melalui kajian atau penyelidikan

berdasarkan sumber dan kaedah yang sah terutama yang berkaitan dengan agama Islam. Orang

yang berusaha dengan cara ini barulah sempurna sifatnya yang di katakan “bergantung kepada

diri sendiri” dalam hal-hal berkaitan dengan agama, iaitu bertindak berlandaskan al-Quraan dan

Hadis dan berpandukan kepada kerasionalan akal dan naqal, dan bukanya mengikut pandangan

orang lain secara membuta tuli.

Jumlah sekalian yang telah kita perkatakan ini, jika sifat bergantung kepada diri sendiri

itu dipakaikan kepada perkara agama dapat dilihat seperti di bawah ini.

Pertama, terdapat ramai orang-orang kita yang lemah dalam mengerjakan amal ibadat

sebagaimana yang telah dituntut dalam islam. Ramai antara mereka yang hanya mengharapkan

pertolongan daripada orang lain seperti alim ulama serta sedekah dan sebagainya apabila

meninggal kelak. Islam menuntut kita untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan

laranganNya. Apabila kita membaca dan mengamalkan perkara-perkara ibadat, kita haruslah

memahami setiap apa yang dibaca itu serta mengerti akan tujuan dan hikmah disebaliknya.

Setiap perkara yang dilakukan hendaklah dengan penuh ikhlas kerana Allah serta khusyuk dan

tawadduk dalam melakukan ibadat solat dengan sentiasa mengingati Allah.

Kedua, setiap orang hendaklah melakukan sendiri amal ibadat dan bertanggungjawab di

akhirat kelak. Kita tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain untuk sentiasa berdoa kerana

kelak mereka juga akan kembali ke tempat asalnya. Setiap umat islam haruslah bersedia untuk

bertanggungjawab di akhirat kelak.

Page 18: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

18

Ketiga, orang-orang awam tidak sepatutnya bersenang lenang dengan kejahilan tentang

bahasa agama iaitu bahasa arab. Hal ini akan menyebabkan mereka bergantung kepada alim

ulama dan menerima apa sahaja yang diperkatakan oleh alim ulama ataupun orang lain yang

mengetahui serba sedikit tentang agama islam. Perasaan selesa dengan keadaan tersebut

merupakan satu kekurangan yang tercela kerana akan melemahkan diri sendiri dengan sentiasa

mengharapkan bantuan dari orang lain.

Keempat, orang awam wajib berusaha untuk mempelajari dan memahami isi-isi al-Quran

dan hadis supaya dapat memahami selok belok agama islam dengan sendiri dari al-Quran.

Sekiranya tidak dapat memahami al-Quran dan hadis tersebut, sekurang-kurangnya kita

mempunyai azam untuk mendalami agama islam daripada al-Quran sendiri.

Kelima, alim ulama jangan terlalu bergantung kepada semua perkara agama yang telah

disampaikan oleh orang terdahulu serta kitab-kitab mereka. Alim ulama hendaklah memeriksa

ataupun menimbang terlebih dahulu pendapat-pendapat atau kitab-kitab oleh imam-imam

Mujtahidin dengan mendengar alasan serta hujah-hujhanya sebelum menerima. Rasulullah

S.A.W telah berpesan kepada umatnya supaya berpegang kepada al-Quran dan sunnahnya, bukan

kepada kitab-kitab karangan dan fahaman-fahaman alim ulama.

Orang yang benar-benar alim pada zaman akan datang seharusnya hanya berpegang pada

quran dan hadis . Hal ini kerana orang yang alim zaman dahulu kala hanya berpegang pada

Quran dan hadis. Orang yang benar-benar alim dilihat seorang yang boleh berdikari, berfikir

secara mandiri, mereka sama seperti orang alim zaman dahulu yang hanya berpegang kepada

Quran dan hadis. Mereka tidak terikat kepada benda lain melainkan Quran dan Hadis. Namun

begitu, orang alim mempunyai sikap yang meminta dan mendengar pendapat orang lain terlebih

dahulu. Walaupun betapa alimnya mereka setiap keputusan yang diambil mereka akan

mendenganr pendapat dan keputusan orang lain terlebih dahulu. Namun , tidak sepatutnya kita

pada zaman sekarang hanya bertaklid kepada orang-orang dahulu dengan tiada mengambil

pengertian dan tiada tahu hujung pangkal.

Ketujuh, umat Islam terutama sekali yang alim dan mempunyai ilmu yang tinggi tidak

dibenarkan bertaklid semata-mata kepada fikiran, pendapat, dan fahaman orang lain.Sebaiknya

mereka disuruh untuk menggunakan akal fikiran yang tersendiri, pertimbangan diri sendiri, dan

Page 19: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

19

ilmu pengetahuan diri sendiri. Hal ini memudahkan mereka untuk lebih memahami dan menguji

diri sendiri dalam setiap perkara begitu juga dalam hal agama.

Kelapan, orang Islam terutamanya yang mempunyai ilmu pelajaran tidak kira banyak

atau sedikit disarankan untuk mempelajarai bahasa Arab tua. Hal ini disebabkan bagi

memudahkan pembacaan dan penguasaan ilmu al Quran dan hadis. Dengan itu, mereka akan

memahami kandunganya dengan tafsiran pemahaman yang sah dan dan betul. Setelah ada

kelayakan itu gunakanlah dia bagi menyelidiki, memeriksa dan menimbang sendiri apa-apa hal

agama Islam.

Kesembilan, Orang-orang yang bertaraf alim atau ulama orang yang fasih dan

mempunyai pengetahuan yang luas dalam bahasa Arab dan pengajian-pengajian Islam tentulah

akan menyebarkan ilmunya kepada orang yang belum pandai. Sementara itu mereka juga tidak

sepatutnya berhenti dan berusaha menambah pengetahuan yang sedia ada,melatihkan diri

memeriksa, menyelidik dan menimbang sendiri segala pokok yang besar dan cawing yang

penting dalam ajaran Islam.

Kesepuluh, setiap seorang Islam terutama yang digelar alim dan ulama tidak wajar untuk

mudah menerima sahaja pendapat orang lain tanpa menyelidik dan menyiasat dahulu. Pendapat

dan keputusan yang dibuat mestilah berasaskan pertimbangan diri sendiri selepas menimbang

banyak keputusan dan berfikir dengan sendiri.

Kesimpulannya, berdikari dan berfikran mandiri dalam semua perkara antara dunia dan

agama. Maksudnya, umat Islam dalam melakukan setiap perkara wajar berusaha sendiri, berfikir

sendiri jangan bergantung kepada pertolongan orang lain, membuat keputusan secara sendiri

selepas sahaja mengambil kira dan menyelidik semua keputusan untuk mendapatkan jalan yang

terbaik.

Page 20: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

20

Risalah ketiga :

Kebajikan dan kejahatan

Bab pertama :

FAHAMAN YANG LUAS

1

Maksud baik dan jahat

“Baik dan “jahat” atau “kebajikan” dan “kejahatan”. Semua orang biasa mendengar dan

menyebut perkataan tersebut, malah digunakan dalam kehidupan sehari-sehari atau pun dalam

surat menyurat. Tetapi pernahkah kita cuba untuk memikirkan maksud di sebalik perkataan-

perkataan tersebut dengan seluas-luasnya?

Pemahaman yang sebaik-baiknya terhadap perkataan-perkataan tersebut akan membawa

kita kepada kehidupan yang lebih sempurna, iaitu mengikut hukum syarak. Akhlak yang tinggi

akan menjamin kejayaan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Selain itu, berapa ramaikah

di antara kita yang berfikir sebab kita disuruh untuk melakukan kebajikan dan mencegah

kemungkaran?

Dalam sesuatu bahasa, ada pelbagai perkataan yang membawa maksud baik dan jahat,

tetapi mempunyai maksud yang sama. Contohnya dalam bahasa Arab, perkataan “baik” dan

“kebajikan” disebut sebagai khair, hasanah, ihsan, taiyibah, birr, amal salih, fadhilan, fadhail

dan sebagainya. Perkataan “jahat” atau “kejahatan” pula disebut sebagai syar, su, sayyi’ah, ithm,

maksiat, ‘isyan, fusuq, fasad, fahisah atau fahsya, munkar, radzilah atau radzail dan sebagainya.

Begitu juga dengan bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai perkataan lain yang membawa

maksud “baik” atau “kebaikan”. Contohnya seperti bagus, elok, cantik, molek, indah, permai dan

sebagainya yang membawa maksud yang sama. Manakala perkataan “jahat” atau “kejahatan”

pula disebut sebagai buruk, busuk, keji dan sebagainya.

Walau apapun perkataan yang membawa maksud “baik” dan “jahat”, namun ia dapat

diertikan sebagai setiap perkara yang dapat memberikan manfaat zahir atau batin, dunia atau

akhirat, dipandang mulia dan kewarasan akal fikiran. Manakala perkataan “jahat” pula ialah

Page 21: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

21

semua perkara yang berlawanan dengan sifat-sifat baik iaitu yang memberikan kemudaratan,

kerosakan atau kerugian zahir dan batin, dunia atau akhirat, dan dipandang hina dan keji.

Oleh itu, “kebajikan” ialah setiap perkara yang baik dan membawa manfaat kepada

mereka yang melakukan dan menerimanya. Tetapi ia haruslah dilakukan dengan ikhlas dan

menggunakannya dengan baik.

“Kejahatan” ialah setiap perkara yang berlawanan sifatnya dengan perkara yang baik dan

membawa akibat yang buruk kepada mereka yang melakukannya dan menerimanya. Kejahatan

akan membawa keburukan kepada orang lain.

Dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Muslim, riwayat daripada al-Nuwas bin Saman

berkata:

Ertinya: Telah kutanya kepada Rasulullah S.A.W berkenaan dengan maksud kebajikan

dan kejahatan. Maka jawab baginda: Kebajikan iatu ialah baik tingkahlakunya, manakala

kejahatan itu adalah sesuatu yang terbenam (rahsiahnya) di dalam hati dan kamu tidak suka

apabila orang lain mengetahuinya.

Di dalam al-Quran, tersebut firman Allah S.W.T berkenaan dengan kebajikan.

Maksudnya, yang dinamakan baik dan betul itu tidaklah semestinya kamu menghadapkan

mukamu ke arah timur dan barat, tetapi yang dikatakan baik itu ialah perbuatan. Barang siapa

juga yang percaya akan adanya Allah, hari kemudian, malaikat, percaya akan kitab yang datang

dari Allah dan akan dan Nabi-nabi; barang siapa yang memberikan harta kerana kasihnya akan

Allah (walhal dia sayangkan harta tersebut) kepada sanak-saudara dan kerabat, anak-anak yatim

dan orang-orang miskin, kepada orang yang sedang dalam perjalanan yang kurang wang dan

orang yang meminta sedekah; dan member bantuan untuk menebus hamba orang atau tawanan

perang, orang yang tidak meninggalkan sembahyang dan menunaikan zakat; mereka yang

mengabulkan janjinya apabila berjanji dan begitu juga kepada mereka yang bersifat sabar dengan

penderitaannya dan dalam masa mengahadapi kemalangan. Mereka inilah yang benar imannya

dan bertakwa.

Page 22: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

22

Oleh itu, daripada ayat ini dan hadis yang telah disebutkan sebelum ini dapatlah kita

memahami secara lebih mendalam mengenai apa yang dimaksudkan dengan “kebajikan” dan

“kejahatan”.

Peringkat Perbuatan Kebajikan Yang Harus Dilaksanakan.

Terlebih dahulu, kita haruslah mengetahui segala jenis perkara kebajikan dan mengetahu setiap

peringkat perkara kebajikan tersebut. Perkara tersebut ialah berbuat adil, berbuat ihsan,

mengeratkan tali persaudaraan, murah hati, beri-memberi, tolong menolong, dan sebagainya di

antara satu sama yang lain tanpa mengira latar belakang seseorang.

Berbuat Adil.

Perkataan ”adil” atau sifat ”berbuat adil” ialah membawa pengertian yang sama iaitu satu

perbuatan yang harus dilakukan dengan sama rata terhadap seseorang tanpa melebih-lebihkan

mana-mana pihak yang tertentu. Perbuatan adil ini bukan sahaja dilakukan sesama manusia

malah juga kepada binatang. Oleh itu kita haruslah sentiasa mengamalkan sikap amanah,

bercakap benar, menunaikan janji dan lain-lain. Oleh itu setiap kali kita hendak melakukan

sesuatu terhadap seseorang kita haruslah berfikir panjang dan meletakkan diri kita sendiri teradap

diri orang itu.

Ada peribahasa mengatakan ”Cubit paha sendiri dahulu sebelum mencubit paha orang

lain” dan ”Ikutlah hukum memiat daging : sikit pada kita sikitlah pada orang”. Oleh yang

demikian maka kita haruslah sentiasa melakukan perkara yang adil. Perbuatan ”adil” ialah

perbuatan yang baik di dalam peringkat melakukan kebajikan.

Berbuat Adil Kepada Allah:

Kita haruslah melakukan perbuatan adil di antara manusia dengan makhluk lain. Oleh itu

manusia juga haruslah melakukan perbuatan yang adil iaitu seperti mana Allah telah berbuat baik

kepada kita. Selain itu kita juga haruslah sentiasa berasa bersyukur dengan segala yang diberikan

olehNya.

Setiap perkara yang adil untuk dilakukan kepada Allah juga haruslah dilakukan dengan

mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang syirik Namun terdapat juga, seseorang yang

Page 23: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

23

diberikan mukjizat di dalam diri seseorang namun perbuatan seperti menurunkan wahyu dan

agama atau hukum-hukum agama kepada manusia hanya perbuatan Allah. Namun jika terdapat

manusia yang mengaku perbuatan Allah itu ialah perbuatan dirinya dan mereka hukum agama

yang telah diturunkan oleh Allah melalui Rasulnya maka orang yang melakukan perbuatan

demikian telah melanggar dan melangkahi sempadan ”adil” yang seharusnya dilakukan olehnya

terhadap Allah.

Berbuat Ihsan

Peringkat yang paling tinggi di antara semua perbuatan adil ialah melakukan perbuatan ihsan,

iaitu perbuatan baik tanpa mengharapkan balasan di atas perbuatan yang dilakukan. Tetapi setiap

perbuatan yang dilakukan haruslah dilakukan dengan ikhlas tanpa mengira perbuatan orang lain

itu kepada diri kita walaupun bakal menerima perkara yang baik mahupun sebaliknya namun kita

juga haruslah sentiasa melakukan perbuatan baik.

Ternyatalah bahawa berbuat baik terhadap orang lain dengan keikhlasan lebih tinggi

darjatnya daripada berbuat baik atas kepentingan tertentu. Perbuatan memaafkan kesalahan

orang lain, bermurah hati, tolong-menolong, saling mengingati ke arah yang baik, sedia bertolak

ansur dan bekerjasama serta mahu membuat kebajikan dalam masyarakat merupakan elemen-

elemen dalam bahagian ini.

Berbuat baik sebagai ita’I dzi’l – qurba

Peringkat terakhir atau teratas dalam melakukan kebaikan disebut sebagai ita’I dzi’l-

qurba. Ia bermaksud perbuatan memberi, bermurah hati, bersifat penyayang dan sebagainya

kepada sesama manusia seperti antara ibu dan anak, adik-beradik,kawan karib dan sebagainya.

Perkataan ita’I dzi’l-qurba sebenarnya bermakna sikap memberi-beri kepada mereka yang

mempunyai pertalian darah yang rapat dengan kita. Namun, pengertian tersebut menjadi lebih

luas dengan mentafsir perkataan dzi’l-qurba sebagai sifat memberi-beri dan berbuat baik.

Dalam berbuat Ihsan, mungkin seseorang itu pernah terfikir dihatinya untuk berbuat

kebaikan semata-mata kerana orang yang ingin dibantu pernah membantunya suatu ketika dulu.

Perbuatan seperti itu akan melahirkan kepujian mungkin juga akan membuatkan lahirnya

Page 24: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

24

perasaan terhutang budi. Boleh jadi juga seseorang itu telah melakukan kesalahan, oleh itu

kemurahannya itu dapat digunakan untuk memujuk seseorang tersebut untuk memaafkannya.

Dalam aras ini ita’I dzi’l qurba disifatkan sebagai perbuatan baik yang dilakukan

dengan penuh kasih sayang semula jadi seperti hubungan antara ibu dan anak. Segala

pengorbanan dan susah payah seorang ibu terhadap anaknya ditanggung dengan rela hati kerana

kasih sayang yang semulajadi tersebut. Ia juga tidak didorong dengan rasa ingin dibalas

melainkan setidak-tidaknya luahan terima kasih. Kesimpulannya, dalam aras ini perkembangan

budi mulia manusia menjadi cukup dengan sepenuhnya.

Berbuat baik kepada Makhluk Allah.

Terdapat peringatan bahawa dalam perhubungan manusia dengan Tuhan, manusia

tidaklah boleh melebihi dari tingkat “adil” sahaja kerana manusia “berbuat baik” dengan Tuhan

tidak boleh diungkit lansung.. Walaupun kita beribadat namun tidak bermakna kita berbuat baik

kepada-Nya. Berbuat baik hanya berlaku sesama manusia dan makhluk yang lainnya.

Firman yang diberi menunjukkan satu isyarat yang halus dan indah sebagai arahan untuk

mencari ketenangan dan kehampiran kepada Allah. Terdapat juga firman yang membuktikan

bahawa manusia perlu berbuat baik kepada makhluk Allah.

Tahap-tahap kejahatan yang dilarang

Aras-aras kejahatan dalam tiga aspek yang mengumpulkan segala jenis kejahatan. Penerangan

yang telah diberi bagi peingkat kerja berbuat baik adalah satu dorongan yang positif. Namun,

jika positifnya pastilah ada negatifnya. Namun,terdapat juga pihak negatif yang mencogankan

kemajuan. Perkara tersebut ada digambarkan dalam 3 perkataan yang lengkap dengan isinya iaitu

al fahsya, al munkar dan al baghy.

Al fashya

Perkatan fhasya bermaksud batu daripada pecahan yang terpecah dari kata perbuatan dan

maknanya. Makna pula berlaku agak terlampau, terkluar daripada batas sempadan yang patut,

tidak bersikap sopan dan sebagainya. Jika dikata, alfahsya ertinya kedekut dan tamak harta

dunia, kotor, tidak malu serta lucah.

Page 25: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

25

Demikianlah dengan adanya beberapa pecahan lagi sebagai kata nama atau perbuatan.

Setiap satunya membawa makna yang berbeza sedikit antara satu sama lain. Begitu juga dengan

makna “fahsya” yang merupakan pecahan lain yang menjadi kata nama, dan dikata juga

“fahisyah”. Jika bilangannya banyak disebut “fawahish. Kedua-kedua perkataan”fahsya dan

fahisyah” sama-sama membawa makna yang lebih kurang sama iaitu perbuatan yang buruk dan

memalukan.

Perlakuan yang tidak sepatutnya yang teramat dahsyat dan mengundang malu, dosa dan

kejahatan merupakan perbuatan yang melampaui adab sopan yang baik dan sepatutnya. Secara

keseluruhannya, perbuatan jahat merupakan perbuatan yang tercemar, buruk dan memalukan

apabila diketahui dan dilihat oleh orang lain. Segala perbuatan jahat disembunyikan melainkan

hanya orang yang melakukannya sahaja mengetahui tentangnya. Apabila perbuatan jahat

diketahui oleh orang ramai, segala perbuatan yang dilakukan merupakan satu perbuatan yang

amat dasyat dan kejam sekali.

Kejahatan ini merupakan kejahatan tahap pertama iaitu memberi kemudaratan kepada

pelakunya sahaja tanpa melibatkan orang lain.

Al-Munkar

Perkataan munkar merupakan pecahan yang membawa maksud bertidak, menidakkan,

tidak mengaku, tidak mahu mengaku dan sebagainya. perkataan munkar membawa makna

perbuatan yang ditegah sama ada oleh undang-undang, agama dan manusia.

Tahap kesan munkar tidak terhad kepada diri sendiri, malahan memberi kesan kepada

orang lain. Kejahatan munkar atau menidakkan sesuatu perkara merupakan perbuatan yang lebih

buruk dan memudaratkan daripada melakukan perbuatan zina dan perkara kotor. Tahap

perbuatan zina dan kotor adalah tergolong dalam tahap munkar yang tidak terlepas daripada

rahsia yang dilindunginya.

Al-Baghy

Al-baghy merupakan satu kejahatan yang melanggar batas keadilan, keinsafan,

kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Semua perbuatan keji , buruk dan jahat bukan

Page 26: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

26

sahaja dapat dilihat, dibenci oleh orang lain, malah dapat memberi kesusahan, kerugian,

kecederaan atau penderitaan kepada orang lain.

Perkataan al-baghy membawa maksud mencari dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Terdapat pecahan makna yang melanggar sempadan dan dipengaruhi nafsu yang tinggi terhadap

ssuatu dan juga timbul maksud yang berpaling dari jalan hidup sebenar daripada jalan hidup

yang benar dan tidak melanggar perintah dan melawan kuasa yang sah disisi undang-undang.

Apabila perkataan baghy ditambah “ala”, ia membawa maksud yang lain iaitu kita tidak

seharusnya menganiaya, mengambil hak, merampas dan menyamun orang lain. Perkataan baghi

pula membawa maksud berkehendakkan sesuatu dengan merampas dan menganiaya orang lain.

Orang yang zalim sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendakinya.

Secara ringkasnya, mengikut nafsu dan kata hati yang tidak tertahan yang menyebabkan

pelanggaran batas yang sepatutnya dan seorang itu seharusnya insaf kerana merampas barang

menggunakan cara kekerasaan. Perbuatan yang paling buruk adalah perbuatan yang melanggar

batas, menganiaya, menzalimi, melakukan pencerobohan membuat rusuhan dan huru-hara.

semua perbuatan jahat tersebut tergolong dalam tahap ketiga iaitu tahap yang paling jahat

daripada semua kejahatan.

Tiga patah perkataan yang digunakan dalam ayat al-quran adalah tiga tahap yang dapat

menunjukkan jenis kejahatan dan manusia yang selalu terjebak dengan kejahatan tersebut.

Semua jenis kejahatan tergolong dalam tiga tahap yang diberikan.

Melalui ayat yang diberikan, semua perbuatan yang disuruh dan dilarang telah diketahui.

Semua larangan dan suruhan mempunyai panduan yang diberikan bagi mendorong manusia

untuk memupuk sifat yang baik dan seharusnya dimulai daripada awal lagi. bagi menghindari

perbuatan keji, kita seharusnya bermula dari awal lagi sebelum kita mendapat kesan yang

memudaratkan diri.

Secara ringkasnya, tahap “baik dan jahat” yang dibincangkan adalah seperti berikut:

[1] kita seharusnya mempunyai sifat adil apabila membalas dan mendahului.

[2] kita haruslah berbuat baik kepada orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan

Page 27: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

27

walaupun beliau melakukan perbuatantan jahat kepada kita.

[3] kita haruslah memberi pertolongan kepada semua orang tanpa mengira saudara ataupun

tidak dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pertolongan yang diberikan.

Semua suruhan meliputi semua kebajikan dan dikumpulkan dalam tahap tersebut.

1) Kita dilarang melakukan kejahatan yang memalukan. Contohnya perbuatan mengkhianati

orang lain, namun kejahatan tersebut tidak dapat diketahui.

2) Kita juga dilarang melakukan kejahatan secara terang-terangan dan membolehkan orang

lain memandang serong terhadap diri kita. Hal ini kerana masyakarakat akan membenci

dan memulaukan kita sekirannya kita melakukan sesuatu kejahatan.

3) Kita dilarang membuat membuat zalim dan menderhaka kerana ia akan memudaratkan

diri, masyarakat dan negara.

Tiga aspek larangan ini merangkumi pelbagai jenis kejahatan yang dilakukan oleh manusia.

Dengan latihan dan akhlak yang baik, ia akan dapat menjauhi segala kejahatan sehingga

mencapai kesempurnaan. Terdapat enam peringkat untuk manusia mencapai kemajuan

kesempurnaan iaitu melakukan kebajikan sebaik yang mungkin dan menjauhi larangan yang

ditentukan oleh Allah S.W.T. Hal ini kerana Allah telah memberitahu kepada umatnya bahawa

enam peringkat ini mesti dilalui oleh setiap manusia dengan melalui perkembangan dan

perjalanan sebelum mencapai kesempurnaan yang tertinggi. Begitu juga dengan langit dan bumi

yang mempunyai kitaran masa yang telah ditetapkan oleh Allah dan akhirnya menjadi pelengkap

kepada manusia dari segi akhlak dan rohaninya.

Contoh Berbuat Baik Dan Syarat-syaratnya

Terdapat banyak firman dalam Quran yang telah diturunkan oleh Allah kepada manusia supaya

dapat membezakan kebaikan dan kejahatan. Antaranya bermaksud “Dan sahakanlah olehmu

mencari negeri( kejayaan) Akhirat pada barang apa yang telah dianugerahkan Allah kepada

engkau; dan jangan pula engkau lupakan (mencari) bahagianmu didunia. Dan berbuat baik

engkau (kepada orang) sebagaimana Allah Taala berbuat baik kepada engkau; dan jangan

engkau usahakan kejahatan atau kerosakan di bumi ini: bahawa sanya Allah Taala tidak gemar

akan orang-orang yang berbua jahat dan kerosakan.” Surah Al Qasas:77.

Page 28: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

28

Firman di atas menunjukan bahawa Allah menyuruh manusia untuk berusaha mencari

kesenangan di dunia dan di akhirat menerusi pelbagai anugerah yang diturunkan kepada

manusia. Dengan kurnian yang telah Allah berikan, manusia seharusnya menjaga dan

menggunakannya dengan baik iaitu melakukan perkara baik dan menjauhkan larangannya.

Namun, Allah juga memberi ingatan kepada manusia sekiranya berbuat baik, kita tidak perlu

meminta ganjaran dan jangan membuat kerosakan di atas muka bumi ini kerana Allah akan

memberikan balasannya. Hal ini kerana Allah lebih megetahui dan mentadbir seluruh alam.

Firman seterusnya membawa maksud “Dan siapakah yang terlebih baik perkataan daripada

orang yang terlebih baik perkataan daripada orang yang menyeru kepada Allah dan ia sendiri

berbuat kebajikan serta berkata bahawasanya aku daripada orang-rang yang menyerah diri

kepada Tuhan(orang Islam). Perbuatan baik tidaklah sama(darjahnya), dan tidak pula

perbuatan jahat;(atau Perbuatan baik dan perbuatan jahat itu tidaklah sama keduanya);

lawanlah kejahatan itu dengan apa yang terlebih baik”. Petikan dari surah Hamim Sajadah:33-

34

Firman Allah yang bererti “Dan kerjakanlah sembahyang dengan tetap pada kedua tepi

siang hari(yakini sebelah pagi iaitu subuh dan sebelah petang iaitu zuhur dan asar) dan pada

beberapa bahagian malam yang dekat kepada siang (maghrib dan isya): bahawasanya perkara-

perkara yang baik itu menghilangkan segala perkara yang jahat…. Dan sabarlah kamu, kerana

Allah Taala tidak sesekali-kali mensia-siakan balasan bagi orang yag berbuat baik.” Petikan

daripada Surah Hud:114-115.

Daripada firman di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Taala menyuruh seluruh

umatnya untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan semua perkara yang dilarangNya. Dalam

firman ini terdapat lima contoh kebaikan yang dapat diteladani dan dipelajari. Manakala dua atau

tiga memperlihatkan larangan yang telah dilarang oleh Allah kepada umatnya.

Allah telah mengingatkan bahawa jangan sesekali melakukan perbuatan jahat. Hal ini kerana

manusia yang melakukan kejahatan tidak disukai oleh Allah. Namun manusia yang menahan diri

untuk berbuat kejahatan juga merupakan satu perkara yang baik. Kesempurnaan larangan itu

adalah daripada ketaatan manusia kepada Allah. Kedua-dua perbuatan tersebut adalah junjugan

Page 29: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

29

perintah untuk melakukan suruhan dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah. Ia dinamakan

“taat’ dan “Taqwa”.

Oleh itu, contoh yang boleh dilihat dan dipercayai oleh orang Islam adalah daripada

Junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah membawa agama Islam kepada seluruh manusia

hampir empat belas abad yang lalu.

Bab Kedua :

BAIK DAN JAHAT TETAP ADA

1

Baik Dan Jahat Berpasangan

Terhadap dua pandangan telah ditemui oleh ahli-ahli falsafah yang cuba mencari makna tersirat

di sebalik kata baik dan jahat. Pendapat pertama mengatakan bahawa berkata baik dan jahat itu

hanya dua pihak daripada benda yang satu. Pendapat kedua pula mengatakan tidak ada baik atau

jahat pada diri sesuatu benda atau perbuatan itu sendiri, hanya cara kita mengerjakannya sahaja

yang menjadikan kehasilannya baik atau jahat. Walau dengan cara apa sekali pun jalan

penyelesaian mereka, perkara tersebut tetap akan memperoleh keputusan atau hasilnya iaitu sama

ada ianya baik atau pun jahat. Untuk lebih jelas, Pendita Za’ba melontarkan satu contoh yang

mudah difahami iaitu dalam perbuatan makan. Makanan yang baik adalah makanan yang

diproses dengan cara yang halal atau betul mengikut had-had sempadannya tetapi tidak mustahil

makanan tersebut akan menjadi tidak baik sekiranya terlebih atau tersalah bahan campuran yang

boleh menjadi racun dalam makanan tersebut.

Bagi Pendita Za’ba, baik dan jahat itu adalah satu perkara semulajadi yang telah wujud

dalam dunia terutama perlakuan manusia itu sendiri. Baginya, jika ada baik, maka adalah

jahatnya. Baik dan jahat merupakan satu perkara yang saling berkait rapat dan merupakan satu

perkara yang tidak dapat dipisahkan. Baik dan jahat ini ada di mana-mana sahaja sama ada dalam

hati atau luar kawasan hati, di alam jasmani atau di alam rohani dan mana-mana lagi. Baik dan

buruk ini perlu ada bagi membolehkan pertentangan antara satu sama lain terhadap sesuatu

Page 30: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

30

perkara atau benda lain. Oleh itu, manusialah yang memainkan peranan dalam memilih mana

yang baik dan mana yang buruk di dunia ini ibarat “amal makruf nahi mungkar”.

2

Saling Bertukaran Dan Buah Membuahkan

Dalam melaksanakan sesuatu kebajikan, kadang kala ada tersirat sesuatu yang tidak elok.

Misalnya, dalam melakukan kebajikan akan ada unsur kejahatan juga kerana ia bergantung

kepada seseorang dalam melaksanakan kebajikan itu. Kebajikan akan hilang baiknya jika

dilaksanakan dengan cara yang salah. Misalnya bersifat riyak atau bangga dengan kebaikan yang

dilaksanakannya. Dalam Islam, sifat ini amat dilarang sama sekali kerana tidak menggambarkan

langsung keikhlasan seseorang itu dalam membantu golongan yang memerlukan.

Dalam Quran ada mengatakan bahawa orang yang membuat kebajikan seperti bersedekah

dan sebagainya kerana untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan bukan kerana keikhlasan

atau kerana Allah ia dikira sama seperti orang yang merosakkan sedekahnya dengan

diperkatakan dan diumpat hingga menyakiti orang yang menerimanya. Ini ternyata dalam ayat di

bawah :

Ertinya, wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan sedekah kamu itu

sia-sia dengan di banggakan dan dibangkitkan hingga orang yang menerima itu sakit hati dan

orang yang membelanjakan harta itu kepada jalan kebajikan itu sia-sia kerana bertujuan untuk

menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan tidak ikhlas maka Allah akan membalasnya pada

kemudian harinya.

Oleh itu eloklah beringat bahawa apa yang dikatakan sedekah itu bukanlah hanya

memberi wang dan barang-barang kepada orang susah sahaja seperti yang diertikan dalam

Bahasa Melayu. Di sini sedekah termasuklah juga dengan perbuatan baik yang kita buat yang

memberi faedah kepada orang lain dan bukannya untuk mendapat balasan atau upah dan juga

Page 31: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

31

pujian. Perbuatan demikian bukan sahaja perbuatan yang besar-besar sahaja tetapi juga perbuatan

yang paling kecil sekalipun seperti membuang duri atau paku atau najis di tengah jalan,

menunjukkan muka manis atau senyum kepada orang kecil, orang miskin dan orang ketakutan,

mengucapkan sepatah dua kata yang lembut dan bertimbang rasa kepada sakit, orang kematian,

kehilangan atau kemalangan. Semua itu tergolong dalam jenis sedekah juga iaitu sari sekecil-

kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya, dari manusia hingga kepada makhluk tuhan yang

lain.

Kemudian sambungan ayat itu berbunyi seperti berikut :

Orang yang menunjuk-nunjuk dan riak adalah seperti selonggok batu keras yang tidak

tumbuh apa-apa di atasnya tetapi hanya ada sedikit tanah di atasnya kemudian hujan lebat turun

lalu menghayutkan tanah itu dan bersih dan licinlah batu itu. Orang yang demikian

diumpamakan sebagai tidak membuat apa-apa kebajikan setelah apa yang dibuatnya.

Sesungguhnya Allah Taala tidak gemar akan mereka atau orang-orang yang suka

bermegah dan bangga diri kerana orang yang bersifat demikian sama seperti syaitan. Allah Taala

juga tidak suka orang yang suka menunjuk-nunjuk solatnya kepada orang lain kerana perbuatan

sedemikian adalah sia-sia sahaja..

Sekiranya dalam dunia ini kita tidak pernah berbuat jahat sekali pasti orang tidak akan

percaya bahawa kita adalah orang yang baik kerana mereka berpendapat bahawa seseorang itu

tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Kita sebagai manusia perlu bekerjasama dan membuka mata serta minda bahawa bangkit

dan bagun untuk memajukan bangsa kita sendiri daripada ditawan atau dijajah oleh orang asing.

Kerana sampai bila kita mahu tunduk dan terbenam dibawah jajahan orang asing. Selepas

seorang penjajah yang menjajah dan Berjaya datang pula seorang lagi penjajah yang menjajah

kita. Maka kitalah yang perlu memperjuangkannya untuk melepaskan atau memboloskan diri

dari penjajah asing.

Page 32: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

32

Kemuncak Baik Dalam Budi Pekerti

Ketinggian budi pekerti yang baik ialah apabila seseorang itu dapat melihat kerja

kebajikan atau kebaikkan sebagai sesuatu yang membahagiakan dan menyeronokkan. Manakala

apabila seseorang itu melihat sesuatu kejahatan dianggap sebagai sesuatu yang jijik, buruk dan

merupakan satu penyakit yang merbahaya.

Kemudian setelah semua manusia dapat melihat dan merasa ketinggian budi pekerti itu,

maka pihak berkuasa menjadi tidak diperlukan. Sekali gus tiadalah pergaduhan, perbalahan dan

peperangan diantara manusia. Hanya yang ada keamanan dan keharmonian yang diinginkan

oleh setiap umat manusia.

Sudah menjadi lumrah dunia setiap yang ada di muka bumi akan wujud pertentangannya.

Terutama sifat baik dan jahat iaitu sifat yang sentiasa ada dalam diri setiap manusia. Semua

pertentangan yang wujud ini juga memberikan kemajuan dan kemunduran kepada penduduk

dunia keseluruhannya.

Seharusnya manusia berusaha mendapatkan yang baik sahaja. Menjauhkan segala

kejahatan yang ada dengan segala daya usaha kita sendiri. Seperti yang tertulis salam satu hadis

yang mashyur diriwayatkan oleh Muslim, Imam Ahmad dan beberapa pengatur Sunan yang lain,

tersebut sabda Nabi s.a.w.: ertinya “barang siapa daripada kamu yang melihat sesuatu yang jahat

maka hendaklah diubahnya kejahatan itu dengan tangannya; jika ia tiada upaya, maka hendaklah

dengan lidahnya; dan jika ia pun tiada upaya juga maka hendaklah dengan hatinya, dan itulah

yang sekurangnya-kurangnya iman.”

Dengan usaha yang telah dibuat iaitu melakukan perkara baik dan menjauhkan perkara

jahat, dari sinilah pengukur kemajuan dan kemunduran budi pekerti manusia. Selain itu juga dari

situ akan terdapatnya satu kejayaan atau pun kegagalan dunia akhirat.

Page 33: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

33

Bab Ketiga:

Fahaman yang sempit

1

Berbuat Kebajikan Kerana Faedah Diri

Bagi ahli-ahli agama yang berfikiran sempit selalu berpendapat mengenai perbuatan baik iaitu

amal kebajikan serta perbuatan jahat iaitu amal kejahatan dengan pengertian yang tidak luas atau

terbatas. Bagi mereka, perbuatan yang berasaskan keagamaan disenaraikan sebagai ‘amal

kebajikan’ iaitu perkara yang perlu dikerjakan oleh setiap umat Islam bagi persediaan

menghadapi hari akhirat iaitu tiada langsung berkaitan dengan tujuan memperbaiki budi perkerti

dan kelakuan seseorang individu mahupun bagi kepentingan hal-ehwal kehidupan di dunia yang

sementara ini.

‘Amal’ menurut fahaman ini dikatakan sebagai perbuatan yang dikelaskan kepada

keagamaan dan dipandang dalam ruang lingkup agama sahaja. ‘Amal baik’ atau amal soleh pula

merupakan perkara yang disuruh atau dinilai oleh agama seperti sembahyang, puasa, zakat,

bersedekah, menyembelih korban, membaca ayat suci Quran, berselawat ke atas Nabi, berzikir

serta berdoa. Amalan-amalan ini adalah amalan yang telah dijanjikan ganjaran pahala serta

balasan syurga. ‘Amal jahat’ (sayyiat) pula ialah perbuatan munkar yang terang-terangan telah

melanggar larangan-larangan agama. Malah, ini turut menjadikan seseorang itu berdosa serta

mendapat balasan neraka di kehidupan akhirat yang kekal abadi. Perbuatan munkar yang

dikategorikan sebagai sebagai amalan kejahatan adalah seperti perbuatan meminum arak,

menyentuh atau memakan khinzir dan anjing, berjudi, berzina, mencuri, menyamun, merampas,

membunuh dan perbuatan jahat lain yang dikelaskan sebagai perbuatan fahsya dan munkar.

Tetapi amal kejahatan ini tidak termasuk dalam kelompok amalan yang terbit dari kepercayaan

sesetengah masyarakat dahulu kala iaitu perbuatan khurafat sehingga membawa kepada

perbuatan mensyirikkan Allah.

Namun begitu, tidak mengerjakan segala suruhan Tuhan seperti mendirikan solat lima

waktu, berpuasa, zakat dan sebagainya adalah merupakan kesalahan yang berdosa besar sama

seperti melakukan perkara-perkara munkar. Namun nikmat serta kebaikan mengerjakan semua

Page 34: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

34

suruhan ini tidak pernah cuba difahami mahupun diambil tahu oleh sesebuah pihak. Begitulah

yang dikatakan sempitnya fahaman ini dalam menilai amalan baik dan buruk.

Perbuatan yang jahat tidak pernah dititikberatkan bagi menerangkan larangan ke atas

perbuatan tersebut. Bagi memperbaiki akhlak, kita perlu menjauhi perkara-perkara yang dilarang

untuk membersihkan hati dan budi pekerti daripada sifat-sifat serta perangai yang rendah dan

keji. Perkara yang dititikberatkan ialah apa sahaja yang ‘haram’ iaitu perkara yang dilarang oleh

Tuhan. Apabila kita melanggar larangan maka kita akan berdosa dan seterusnya kita akan

mendapat balasan neraka jika tidak diberi pengampunan.

‘Ibadat’ bermaksud segala kerja menyembah Tuhan. Kita sebagai hamba dan perlu

menyerahkan diri kepada-Nya dengan melakukan sesuatu yang telah ditentukan kaedah untuk

mengerjakannya dalam agama ataupun sebaliknya. Oleh itu, ‘ibadat’ merupakan segala perkara

mentaati larangan dan perintah Tuhan untuk kehidupan dan juga persediaan untuk menghadapi

kematian, iaitu untuk dunia dan juga untuk akhirat. Semua larangan atau perintah-Nya itu adalah

perkara yang ditetapkan dan dianggap betul dan terpuji pada penilaian agama yang sebenar serta

bersesuaian dengan akal dan ilmu pengetahuan yang diberikan-Nya kepada manusia dari semasa

ke semasa.

Kesimpulannya, sama ada ‘amal yang salih’ atau ‘ibadat atau amal salih’, jika mereka

berfikiran sempit, ia hanya membawa maksud sebagai perlakuan yang dilakukan untuk

kehidupan akhirat atau kehidupan selepas mati sahaja. Tidak termasuk perkara yang berkaitan

dengan tujuan membaiki akhlak, membaiki perangai, membaiki kelakuan hidup dan sesuatu

untuk mengelokkan sifat-sifat perangai dan budi pekerti supaya membetulkan hal ehwal kita

hidup di dunia bagi memberi faedah di dunia yang fana dan di akhirat yang sudah sahih

kewujudannya.

Segala kefahaman yang sempit ini masih digunakan oleh alim ulama yang berperasaan

sedemikian dalam penghasilan pendahuluan kitab-kitab hasil karangan mereka, di mana mereka

melafazkan harapan dan beranggapan akan mendapat sesuatu manfaat atau upah daripada

kepenatan mereka menghasilkan karangan kitab tersebut malah dalam bahasa arabnya juga

disebut sebagai “al-ajra wa’l-thawab”. Antara contoh-contoh perkataan yang sering digunakan

seperti “Mudah-mudahan diberi Allah pahala akan fakir dan dijadikannya kitab ini jalan

Page 35: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

35

kelepasan bagi fakir di akhirat”. Dengan berbuat demikian, pengarang beranggapan bahawa

penghasilan kitab karangan mereka akan terlepas daripada terkena hukuman buruk di akhirat

nanti. Persoalannya adakah kitab tersebut dapat memberi manfaat dan faedah kepada

penggunanya tidak penting kerana bagi pengarang apa yang diharapkan adalah pertolongan yang

akan diperolehi daripada kitab tersebut kepada diri mereka sendiri.

2

Baik di Dunia Baiklah di Akhirat

Seseorang yang berbuat kebajikan atau kebaikan di dunia mahupun di akhirat dengan niat

untuk mendapatkan balasan atau untuk kepentingan diri sendiri merupakan satu amalan yang

tidak baik dan dipandang rendah. Hal ini kerana tidak rugi jika seseorang berbuat kebajikan,

tidak rugi jika hendak berjasa atau bebuat baik kepada orang lain, dan tidak rugi jika hendak

memperbaiki kekurangan pada makhluk Allah yang lain, iaitu suci kerana Allah dan keredaan

Allah.

Orang-orang yang berfahaman sempit sedemikian sebenarnya mengetahui dan mengerti

akan ajaran-ajaran al-Quran, namun mereka tidak mempedulikan dan patuh kepada semua ajaran

tersebut yang mengatakan bahawa sekalian orang yang beriman haruslah menjaga dengan sebaik

mungkin daripada segala larangan Allah dan menjaga segala pertuturan dengan betul serta taat

akan peritah Allah dan rasul-Nya. Dengan demikian akan mendapat balasan yang baik daripada

Allah dan diampunkan segala dosa-dosanya.

Alam akhirat ialah alam kehidupan yang kekal selamanya berbanding alam dunia kerana

alam dunia dicipta oleh Allah S.W.T. bertujuan supaya mereka membuat persediaan untuk

bekalan di alam akhirat yang kekal selamanya. Oleh itu, mereka mempercayai amalan yang baik

atau jahat walau sebesar zarah sekalipun yang dilakukan oleh mereka, akan tetap dibalas oleh

Allah S.W.T di akhirat kelak serta mereka mengetahui dan mengakui apabila mereka melakukan

kebaikan di dunia, mereka juga akan mendapat kebaikan di akhirat.

Oleh itu, mereka amat mempercayai kebenaran yang disebut di dalam ayat al-Quran

dalam surah Al-Baqarah:197 yang bermaksud Allah memerintahkan mereka yang mempunyai

mata hati atau yang dikatakan orang yang dapat melihat kebenaran melalui hati supaya

Page 36: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

36

membekalkan diri mereka untuk persediaan di akhirat. Bekalan yang utama untuk persediaan

tersebut ialah Taqwa iaitu ketaatan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya

agar dapat mempengaruhi atau menerbitkan amalan yang baik dalam diri mereka.

Mereka juga amat memahami ajaran Islam yang disebut di dalam Al-Quran melalui surah

Al-Muzammil:20 yang bermaksud mereka yang membuat kebajikan dengan mendahulukan

perbuatan yang baik untuk membaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya dalam

melakukan amalan kepada Allah S.W.T. akan mendapat tempat di sisi Allah S.W.T. Secara

ringkasnya, mereka amat memahami bahawa perbuatan yang baik yang dilakukan di dunia ialah

sebagai kayu pengukur atau sebagai gambaran keadaan atau balasan baik dan buruk di alam

akhirat kelak iaitu jikalau mereka membuat amalan yang baik di dunia, sudah tentu di akhirat

kelak mereka akan dibalas dengan yang lebih baik.

Namun demikian, seseorang yang beranggapan tidak perlu melakukan amalan yang baik

ketika hidup di dunia iaitu berbuat baik selepas meninggal dunia adalah tidak menepati suruhan

Allah S.W.T. supaya melakukan amalan yang baik sebelum meninggal dunia. Hal ini demikian,

kerana Allah S.W.T. sangat mengkehendaki mereka melakukan amalan yang baik setiap masa

kerana ia menjadi syarat untuk mendapat kebahagiaan di alam akhirat kelak.

3

Terpesong Dari Arahan Yang Dimaksudkan

Sebagaimana yang telah diberitahu sebelumnya, mereka beranggapan dan mempercayai

bahawa persediaan untuk alam akhirat hanya terbatas kepada amalan yang dikatakan sebagai

‘amal ibadat’ iaitu hanya mengamalkan amalan salih sahaja seperti sembahyang, berzikir dan

berwirid beribu-ribu kali, puasa dan sebagainya sehingga mereka lupa mengamalkannya dan

tujuan sebenar amalan tersebut dilakukan adalah untuk melatih jiwa memperbaiki diri dan

tingkah laku serta budi pekerti menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Mereka beranggapan selain mengamalkan amalan yang dikatakan sebagai ‘amal ibadat’

tersebut bukan dinamakan sebagai ibadat atau bekalan untuk alam akhirat atau ketaatan kepada

Allah S.W.T., tetapi mereka menganggap hanya ‘amal ibadat’ yang mereka amalkan adalah

sebagai bekalan untuk hari akhirat dan ibadat, taqwa yang sebenarnya dan amalan tersebut

Page 37: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

37

dilakukan oleh mereka bertujuan untuk mendapat balasan atau sebagai ‘penebus’ kerana mereka

menganggap bahawa Allah S.W.T. sudah menentukan balasan seksaan mereka di akhirat. Hal ini

menunjukkan mereka tidak ikhlas mengamalkan amal ibadat tersebut sebagai hamba-Nya dan

sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. yang maha Esa.

Fahaman yang sedemikian ini berterusan sehingga ada yang berpendapat bahawa

sebenarnya bekalan dan persediaan bagi akhirat adalah perkara –perkara yang baik dan disukai

Allah. Sekiranya perangai, hati dan budi tidak baik pun tidak mengapa asalkan masih

mengamalkan amalan-amalan yang baik tersebut. Mereka berfahaman begitu dan mereka

menyeru orang lain supaya berbuat begitu juga. Sekiranya tidak dapat mengikuti amalan

tersebut, berilah ganjaran kepada mereka sahaja.

Bagi mereka yang melakukan kejahatan pula, mereka menganggap bahawa itu adalah

perkara yang melanggar syarak dan tentunya salah dan mengakibatkan berdosa. Apakah hukum

syarak? Hukum syarak merupakan hukum agama yang menurut pendapat Imam mazhab lebih

daripada seribu tahun dahulu. Sekiranya melanggar hukum ini, ataupun jika memperlekehkan

hukum ini dengan wang kertas, dikira ianya tak wajib zakat kerana dalam Islam, wang emas dan

perak sahaja yang dikira wajib.

Apakah sebab timbulnya kejadian yang mengaibkan seperti ini pada kaum Islam

berkenaan dengan perkara berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan? Tidak lain melainkan

sebabnya ialah salah faham akan kegunaan dunia dan cara menggunakan dunia bagi mendapat

kejayaan akhirat yang dicita-citakan itu. Penyebab yang kedua pula ialah salah pengertian akan

tujuan dan hikmat dalam hukum-hukum yang telah diaturkan itu dan telah ditentukan had-

hadnya oleh Allah dalam ajaran Islam. Oleh itu, kesannya terjadinya kesempitan, ketinggalan

dan kemunduran. Bahkan amat wajar jika dikatakan fahaman sempit inilah antara sebab

berlakunya kecelakaan, keruntuhan dan kemelaratan umat Islam dalam berkurun lamanya. Oleh

itu, kesedaran baharu pada zaman sekarang akan membantu mereka untuk pulih semula.

Page 38: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

38

Bab Keempat :

Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya

1

Punca Utama Kejatuhan

Umat Islam pada zaman dahulu merupakan sebuah masyarakat yang besar, maju,

berkuasa, disegani dan dipandang tinggi serta terkenal di seluruh dunia. Namun begitu,

kemasyhuran mereka akhirnya jatuh dan menjunam. Persoalannya, apakah yang telah

menyebabkan mereka menjadi terkenal, disegani serta dipandang tinggi dalam masyarakat dan

apakah pula punca yang mendorong kejatuhan mereka? Kegemilangan masyarakat Islam pada

zaman dahulu seharusnya berkekalan. Hal ini demikian kerana Allah S.W.T telah berfirman

dalam kitab suci al-Quran, surah Al-Munafiqun, ayat 8 yang bermaksud:

“Dan izzah yakni kebesaran, kekuatan dan kemuliaan itu kepunyaan Allah dan

bagi Rasulnya dan agi orang-orang yang beriman.”

Al-Munafiqun : 8

Antara firman Allah S.W.T lagi ialah dalam surah Ali-Imran, ayat 139 yang berbunyi:

“Dan jangan kamu berasa lemah semangat atau kecut hati, dan jangan kamu

berdukacita, kerana kamulah orangnya yang akan ke atas (beroleh ketinggian dan

kemenangan) jika kamu beriman.”

Ali-Imran : 139

Masyarakat Islam pada hari ini juga turut beriman sama seperti nenek moyang mereka pada

zaman dahulu. Namun begitu, di manakah izzah, kebesaran, kekuatan dan kemuliaan yang telah

dikatakan kepada mereka? Di manakah ketinggian dan kemenangan yang telah dijanjikan oleh

Allah S.W.T dahulu? Hakikatnya, masyarakat Islam pada zaman dahulu sememangnya

dikurniakan kebesaran, kekuatan, kemuliaan, ketinggian dan kedudukan. Hal ini berbeza dengan

keadaan masyarakat Islam sejak zaman kejatuhan hingga ke hari ini. Kegemilangan mereka

hilang akibat dari beberapa punca yang datang dari diri mereka sendiri.

Page 39: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

39

Sikap masyarakat Islam kini dengan sendirinya membuatkan orang ramai berfikir bahawa

adakah Allah S.W.T yang salah atau mereka sendiri yang silap. Hal ini demikian kerana Allah

S.W.T telah berfirman dalam kitab suci-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengubah apa-apa keadaan yang

ada pada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri (telah) mengubah keadaan yang

ada pada diri (jiwa hati) mereka itu...”

Surah Al-Ra’du : 12

Dengan terteranya ayat ini dalam al-Quran, telah terbuktilah kepada semua bahawa kita

sebagai manusialah yang sebenarnya salah. Masyarakat hari ini telah mengubah konsep

“beriman” yang sebenar menurut ajaran Islam kepada pemahaman yang bercanggah dari

landasan yang sebenar. Selain itu, masyarakat juga gagal menyesuaikan diri dan peribadi mereka

mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sesuai dengan peredaran masa dan zaman.

Oleh sebab itu, maka Allah S.W.T telah melakukan perubahan mengikut kehendak-Nya terhadap

diri kita sepertimana yang telah tercatat dalam ayat al-Quran. Apabila Allah S.W.T ingin

melakukan sesuatu, maka tidak ada sebarang makhluk yang dapat menghalang setiap kehendak-

Nya. Pernyataan ini terbukti melalui potongan ayat al-Quran yan bermaksud:

“Dan apabila Allah Taala telah berkehendak menghukum sesuatu kaum

dengan bencana yang menimpa mereka (disebabkan oleh perbuatan mereka

sendiri), maka tidaklah ada sesuatu yang akan menolak atau mencegahnya, dan

kaum tersebut juga, tidak ada sesiapa lagi yang akan menolong mempertahankan

mereka selain daripada Dia.”

Surah Al-Ra’du : 12

Demikianlah bahawa, tanpa kita sedari, Allah S.W.T telah mengubah situasi kita secara

perlahan-lahan daripada kedudukan yang tinggi hingga akhirnya kita jatuh. Allah S.W.T

menukarkan keadaan kita daripada sebuah masyarakat yang kuat kepada masyarakat yang lemah,

daripada status tuan kepada hamba suruhan, mulia kepada hina dan daripada mempunyai

kebesaran serta kedudukan kepada tidak memiliki apa-apa dalam arus kemodenan dunia hari ini.

Page 40: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

40

Di akhirat nanti, kita juga tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan kita seandainya kita

tidak kembali pada pegangan yang lurus dan benar.

2

Iman Yang Tipis, Lemah Dan Kosong

Apakah erti “beriman”? Adakah hanya sekadar percaya di dalam hati terhadap ajaran

yang datang dari Allah S.W.T dan Rasul-Nya tanpa mengamalkannya?

Seandainya terdapat doktor pakar yang menasihatkan agar kita mengambil ubat yang

disarankan olehnya untuk menjamin kesihatan yang baik, atau kita dimaklumkan olehnya

bahawa kita akan dihinggapi penyakit kronik sekiranya mengamalkan pemakanan yang tidak

sihat serta melakukan perkara-perkara yang ditegah, kita sebenarnya yakin dan percaya dengan

apa yang telah diperkatakan oleh doktor pakar tersebut. Namun kita hanya sekadar percaya

sahaja sedangkan hakikatnya kita langsung tidak melakukan seperti apa yang telah dinasihatkan

kepada kita sebelum ini. Adakah sekadar mempercayai dan yakin dengan kata-kata doktor tanpa

melakukan seperti yang dinasihatkan olehnya dapat membantu menjamin kesihatan yang baik

kepada kita?

Adakah kepercayaan tersebut benar dan sempurna serta mengandungi faedah terhadap kita

sebagai manusia? Adakah iman junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat

dan tokoh-tokoh Islam yang lain juga sama seperti konsep “percaya” pada zaman sekarang?

Beriman juga boleh didefinisikan sebagai beramal. Beramal dalam konteks ini membawa

maksud bekerja serta berjuang dalam menghadapi cabaran dan dugaan. “Percaya” iaitu yang

tidak diamal atau tidak dibuat ialah membawa maksud tidak cukup percaya. Buktinya

“kepercayaan melambangkan perbuatan yang dilakukan oleh kita. Dimana, ia bermula dengan

niat seseorang dan akan keluar menjadi perbuatan yang akan dilakukan oleh seseorang itu

melalui tindak balas didalam hati.

“Beriman” atau percaya pula mesti diamal berserta dengan kehendak iman. Dalam al-

Quran sendiri telah menyatakan menerusi perkataan “amanu” mesti diasingkan dengan

perkataan “wa ‘amilu ‘ l-salihat” yang membawa maksud “mengerjakan amal yang baik” dan

amal yang baik itu termasuklah dalam usaha untuk menjauhi kejahatan.

Page 41: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

41

Orang “ yang beriman ” tentunya percaya segala ajaran yang dibawa oleh agama islam

itu sendiri iaitu hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan serta kejahatan. Dimana dapat dilihat

melalui perkara-perkara ghaib serta benda yang nyata. Mereka yang beriman ini biasanya akan

mengamalkan ajaran - ajaran yang diimankannya itu supaya membaiki dirinya, budi

perangainya, Hal - ehwal kehidupannya, dan harapan - harapan didunia serta diakhirat. Mereka

yang beriman percaya segala kebaikan serta keburukan yang dilakukan itu akan mendapat

balasannya yang tersendiri. Seperti mana yang disebut dalam beberapa buah hadis.

Orang beriman yang “mengerjakan” atau melaksanakan segala perintah oleh Allah s.w.t

ini di panggil sebagai “al-muttaqin” seperti yang disebut didalam al Quran iaitu menerusi surah

yang kedua ( al - Baqarah) :

Ertinya: kitab itu (Quran) tidak ada syak lagi padanya: petunjuk bagi orang muttaqin.

Iaitu orang yang beriman dengan perkara - perkara ghaib ( Allah, malaikat, dan segala

hal ehwal alam rohani ), serta yang mendirikan sembahyang, bermurah hati

melaksanakan kebajikan kepada masyarakat ( harta benda, kekuatan badan, akal

fikiran, ilmu pengetahuan, dan lain-lainnya ). Dan mereka yang beriman kepada ajaran

yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w serta darinya dan percaya kepada kewujudan

dunia akhirat. Mereka itulah yang akan memperoleh kejayaaan.

3

Wajib Membetulkan Kesalahan dan Membaharui Pemahaman

Kebesaran, kekuatan, ketinggian dan kemuliaan yang sebenar bagi seseorang atau sesuatu

umat itu bila - bila masa pun sentiasa bergantung atau berasas kepada amalan dalam

mengejarkan kebajikan serta menjauhi kejahatan. Amalan tersebut haruslah dijadikan sebagai

latihan kepada diri kita agar dapat membaiki sifat atau perangai dan segala kekurangan yang

ada pada diri masing-masing untuk diri sendiri ataupun untuk diri orang lain.

Bagi umat islam yang melaksanakan segala suruha yang diperintah oleh Allah s.w.t, mereka

akan dijanjikan oleh Allah dengan diberikan kekhalifan atau kekuasaan dan kebesaran dimuka

bumi ini. Contohnya, seperti erti ayat dibawah:

Page 42: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

42

Ertinya, ” Allah Taala telah menjanjikan kepada sekalian umat yang beriman serta

yang beramal kebajikan kepadanya akan dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini

seperti mana mereka yang terdahulu. Disini, mereka akan menjadi pemimpin serta akan

menhakimi segala suruhan yang diperintah oleh – Nya itu serta tidak akan bersekutu.

Renungkanlah, syarat – syarat yang telah dikemukan ini sebenarnya sudah diguna pakai

sejak beratus tahun lagi dan masih diguna pakai lagi sehingga ke hari ini. Seorang failasuf dan

pembangun kesedaran umat islam yang terbesar pada zaman ini iaitu Jamaluddin al – al Afghani

( telah meninggal dunia di Istabul pada 1897 ) telah berkata bahawa orang kristian akan lebih

maju berbanding orang islam apabila menjelang dunia akhir zaman. Beliau menegaskan lagi

kemajuan tersebut berlaku disebabkan oleh masyarakat itu sendiri, iaitu masyarakat kristian akan

mula meninggalkan kitab injil serta ajarannya untuk mengejar kemajuan, hal ini turut terjadi

kepada masyarakat islam, mereka juga akan turut sama meninggalkan kitab suci al - Quran dan

ajarannya. Apa yang diutarakan ini memang benar pun, jika dihuraikan kebenarannya nescaya

akan menjadi kitab yang besar.

Kesimpulannya, dapat kita nyatakan orang islam terdahulu telah memberi teladan yang

terbaik untuk diikuti oleh kita semua pada masa kini, tetapi kerana mengejar kemajuan

masyarakat hari ini tidak melihatnya sebagai contoh. Oleh sebab itulah dapat kita nyatakan

masyarakat hari ini sudah jatuh . Sekiranya ingin bangkit kembali kita haruslah bersama-sama

beramal dan berjuang. Bermula pada hari ini dan kita juga harus ambil mana yang penting dan

yang menjadi kehendak zaman iaitu dengan menimbangkan perubahan - perubahan hal – ehwal

dalam kehidupan manusia.

Oleh itu, tanda-tanda kebolehan dan persediaan bagi menghadapi segala macam jenis

perubahan dalam perjalanan kemajuan dunia dan manusia pada lain-lain masa dan zaman dan

juga keadaannya memang sedia ada di dalam Quran untuk membuat apa-apa penyesuaian yang

perlu itu.

Firman Tuhan: ertinya, “Tidak ada sesuatu apa pun yang Kami telah tinggalkan tidak

diberi peruntukkan dalam kitab itu...’iaitu semua perkara dibuat persediaan baginya di dalam

kitab Quran itu.

Page 43: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

43

Firman-Nya lagi: ertinya, “Dan telah Kami turunkan kepada engkau kitab Quran itu adalah

sebagai penerangan yang lengkap kepada tiap-tiap sesuatu dan sebagai petunjuk dan

pengasihanan serta khabar gembira kepada orang-orang yang menyerah diri kepada Tuhan

(orang Islam).

Oleh itu,dapat kita lihat persediaan dan keupayaan agama Islam dalam menghadapi

perubahan-perubahan masa menurut apa yang diperkatakan oleh Tuhan dalam kitab-Nya.

4

Bertaubat Dan Kembali Ke Pangkal Jalan

Oleh itu, dalam kedudukan umat Islam seperti yang dapat kita lihat dalam abad-abad yang

terakhir ini hingga sekarang timbullah soal “balik ke pangkal jalan’’ bagi membetulkan

kesalahan dan kesilapan yang diperkatakan itu,dan juga supaya dapat memperbaharui mana-

mana yang ingin diperbaharui.Bidal Melayu ada berkata “kalau sesat di hujung jalan baliklah ke

pangkal jalan.’’Dalam erti kata agama Islam balik ke pangkal jalan itu adalah “taubat”,iaitu yang

disebut oleh orang Melayu “ Tobat’’dan pengertiannya pada fahaman Melayu masih hampir

sama seperti asalnya.

Orang Melayu memahami “ tobat’’ atau “ bertobat’’ itu mempunyai dua pengertian,iaitu

(i) mengaku bersalah kepada Tuhan dan memohon keampunan ke hadrat-Nya; (2) bertekad dan

berazam di dalam hati untuk tidak mengulangi lagi perbuatan salah itu. “ taubat ‘’ dalam bahasa

Quran (Arab) bermakna kembali pada asalnya.:(1) berpaling semula ke tempat yang

dibelakangkan (iaitu boleh dilakukan oleh manusia kepada Allah dan juga oleh Allah kepada

manusia; (2) balik semula ke pangkal jalan atau ke tempat yang kita tersimpang dari jalan asal

yang ingin diikut; (3) berbalik dari jalan yang menyimpang kepada jalan lurus.Oleh itu,daripada

situ terciptalah maknanya yang dapat difahami dalam bahasa Arab sekarang ,iaitu (4) “ kembali

kepada Tuhan dan mengaku bersalah kepada-Nya dan menyatakan penyesalan dengan

bersungguh-sungguh di atas kesilapan yang telah dilakukan serta memohon ampun ke hadrat-

Nya dengan segala tulus ikhlas,dan bersubgguh-sungguh ,sambil mengikrakan janji di dalam

hati untuk tidak mengulanginya lagi’’.Permohonan ampun itu disebut “istighfar’’.

Page 44: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

44

Tuhan sentiasa menyukai orang yang taubat-iaitu orang yang berpaling kembali kepada-

Nya,yang menyesali akan dosanya serta memohon limpah keampunan-Nya.Ia sentiasa menyuruh

orang bertaubat; dan apabila orang berpaling kembali kepada-Nya dengan itu, Ia akan lebih-lebih

berkali ganda lagi berpaling kepada orang itu dan menerima-Nya kembali. Berhubung dengan

firman-Nya: ertinya, “ Bahawasanya Allah Taala kasih akan orang-orang yang kuat bertaubat

kepada-Nya dan kasih akan orang-orang yang membersihkan diri daripada kotor dan

kesalahan’’.

Dan firman-Nya lagi : ertinya,” Dan berpalinglah (bertaubatlah) kamu sekalian kepada

Allah bersama-sama,hai orang –orang yang beriman ,supaya kamu beroleh kejayaan”

Firman Allah yang bermaksud, “Oleh itu bertaubatlah kamu semua kepada Tuhan kamu

(yang menjadikan kamu daripada tiada kepada ada) dengan rasa menyesal kepada kesalahan

kamu dan hapuskanlah nafsu-nafsu dirimu yang bersalah itu. Perbuatan tersebut adalah yang

sebaik-baiknya bagi kamu disisi Tuhan yang menjadikan kamu dan Dia akan kembali

mengasihani kepadamu kerana sesungguhnya bahawa Tuhan itu Maha Pengampun kepada

orang-orang yang bertaubat kepadaNya serta lagi Maha Mengasihani.”

Surah Al-Baqarah : 54

Firman-Nya lagi yang bermaksud, “Oleh itu, jika kamu bertaubat kepada Allah maka itu

adalah yang sebaik-baiknya bagi kamu tetapi jika kamu enggan bertaubat kepadaNya maka

ketahuilah bahawa kamu tidak akan dapat mengatasi kekuasaan Allah atau melepaskan diri

daripada Allah dan sampaikanlah wahai Muhammad kepada orang-orang yang tidak beriman

tentang balasan seksa yang amat sakit (menanti mereka).”

Surah Al-Taubah : 3

Page 45: Risalah Kedua Perangai Bergantung Pada Diri Sendiripustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD... · kepada doa orang atau kepada “fidyah” penebus yang dibuatkan

45

Selain itu, firman-Nya juga bermaksud, “Dan jika mereka bertaubat (bertaubat kepada

Allah dengan penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan dan berazam untuk tidak lagi

mengulanginya), maka adalah baik untuk mereka tetapi jika mereka ingkar daripadaNya

nescaya Allah akan menghukum mereka dengan seksaan yang amat sakit di dunia mahupun di

akhirat nanti dan tidak akan terdapat sesiapa pun di dunia ini yang dapat melindungi dan

menolong mereka pada ketika itu.”

Surah Al-Taubah : 74

Kesimpulannya bahawa adalah sangat penting dan baiknya taubat yang sebenar-benarnya

seperti yang dikehendaki untuk membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan. Jadi, sepertimana

perlunya bertaubat untuk menghapuskan dosa dan juga dijadikan bekalan di hari akhirat maka,

begitulah juga pentingnya untuk bertaubat bagi menghapuskan dosa di atas setiap kesalahan yang

dilakukan semasa nyawa di kandung badan di dunia ini. Malah, di dalam maksud satu ayat yang

dikemukakan tadi iaitu dalam surah Al-Taubah ayat 74 telah jelas bahawa balasan penyeksaan

dan penderitaan itu bukanlah hanya diberikan hari akhirat sahaja, tetapi juga di dalam kehidupan

dunia ini.

EDITOR :

Profesor Madya Dato’ Paduka Dr Mohd Rosli Saludin