pemerintahan beraja

3
Unsur pemerintahan beraja dalam perlembagaan Malaysia telah menjadi asas jati diri dan negara bangsa untuk mengekalkan hubungan etnik yang harmoni. Institusi beraja di Tanah Melayu dikesan seawal abad ke-15, iaitu semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Pada masa itu, sistem pemerintahan beraja telah terpengaruh kuat dari India dan agama Hindu-Buddha. Mengikut sistem ini, raja merupakan seorang ketua negara dan baginda dibantu oleh golongan pembesar. Sistem pemerintahan beraja Kerajaan Melayu Melaka ini kemudian diwarisi oleh negeri-negeri Malayu yang lain seperti Johor, Perak, Pahang dan Terengganu. Dalam sistem beraja, raja itu dianggap sebagai dewa raja. Baginda disifatkan sebagai seorang yang mulia dan berkebolehan dalam pelbagai bidang. Menurut Sejarah Melayu, raja dianggap sebagai wakil Tuhan di bumi atau Zul-Illahi fil-alam. Menurut Adat Raja-raja Melayu dan Undang-undang Melaka pula, raja dianggap sebagai “Khalifah Allah di Dunia”. Raja juga dianggap sebagai seseorang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat dan Tuhan. Di samping itu, raja dianggap sebagai seorang yang mulia. Keadaan ini dapat dilihat dari segi pentadbiran. Raja dianggap sebagai ketua kerajaan di mana semua keputusan yang hendak diambil perlu disahkan oleh baginda. Baginda berkuasa untuk melakukan apa sahaja mengikut budi bicaranya. Kekuasaannya bukan sahaja meliputi bidang pentadbiran tetapi juga soal ekonomi, agama dan peradatan orang Melayu. Kata-kata baginda adalah muktamat dan menjadi undang-undang. Oleh itu, raja bertanggungjawab sebagai seorang ketua kerajaan serta merupakan kuasa tertinggi dengan budi pekerti yang mulia.

Upload: angel-yee

Post on 15-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

mmm

TRANSCRIPT

Unsur pemerintahan beraja dalam perlembagaan Malaysia telah menjadi asas jati diri dan negara bangsa untuk mengekalkan hubungan etnik yang harmoni. Institusi beraja di Tanah Melayu dikesan seawal abad ke-15, iaitu semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Pada masa itu, sistem pemerintahan beraja telah terpengaruh kuat dari India dan agama Hindu-Buddha. Mengikut sistem ini, raja merupakan seorang ketua negara dan baginda dibantu oleh golongan pembesar. Sistem pemerintahan beraja Kerajaan Melayu Melaka ini kemudian diwarisi oleh negeri-negeri Malayu yang lain seperti Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.Dalam sistem beraja, raja itu dianggap sebagai dewa raja. Baginda disifatkan sebagai seorang yang mulia dan berkebolehan dalam pelbagai bidang. Menurut Sejarah Melayu, raja dianggap sebagai wakil Tuhan di bumi atau Zul-Illahi fil-alam. Menurut Adat Raja-raja Melayu dan Undang-undang Melaka pula, raja dianggap sebagai Khalifah Allah di Dunia. Raja juga dianggap sebagai seseorang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat dan Tuhan. Di samping itu, raja dianggap sebagai seorang yang mulia. Keadaan ini dapat dilihat dari segi pentadbiran. Raja dianggap sebagai ketua kerajaan di mana semua keputusan yang hendak diambil perlu disahkan oleh baginda. Baginda berkuasa untuk melakukan apa sahaja mengikut budi bicaranya. Kekuasaannya bukan sahaja meliputi bidang pentadbiran tetapi juga soal ekonomi, agama dan peradatan orang Melayu. Kata-kata baginda adalah muktamat dan menjadi undang-undang. Oleh itu, raja bertanggungjawab sebagai seorang ketua kerajaan serta merupakan kuasa tertinggi dengan budi pekerti yang mulia.Tidak dapat menafikan bahawa raja itu berkuasa mutlak dalam pemerintahan. Raja berkuasa mutlak kerana semua undang-undang yang dibuat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya. Rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan segala undang-undang yang dibuat oleh baginda. Baginda jugaberkuasa penuh ke atas semua aspek dalam kerajaan seperti memegang jawatan penting dan menjatuhkan hukuman mati. Selain itu, baginda juga boleh melantik sesiapa sahaja yang akan menjadi pembesar. Walaupun baginda berkuasa mutlak tetapi baginda masih tidak boleh memerintah sesuka hati. Daulat dikatakan berasal daripada perkataan Arab, daulat yang bermaksud negeri. Walau bagaimanapun, daulat bermaksud kesucian seseorang raja. Bagi masyarakat melayu, konsep ini menjadi batas pemisah antara raja dengan rakyat biasa. Konsep ini juga merupakan unsur asas kepada kekuasaan dan keagungan seseorang raja dan kerajaannya. Raja-raja Melayu ini mempunyai hak-hak istimewa dan hak ini tidak boleh digunakan oleh rakyat. Contohnya, warna kuning merupakan warna diraja dan hanya boleh digunakan oleh raja dan keluarga raja. Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir dan tilam. Rakyat dilarang menggunakan kain berwarna kuning kecuali untuk baju. Selain itu, payung putih adalah khas untuk sultan yang memerintah dan payung kuning adalah khas bagi anak raja. Penggunaan bahasa dalaman seperti santap, gering dan beta juga dilarang sekali terhadap rakyat jelata. Hanya golongan diraja sahaja berhak menggunakannya.Sejak dahulu, sultan adalah lambang kebesaran dan kedudukan sultan sebagai pucuk kerajaan bergantung kepada alat-alat kebesaran yang dimilikinya. Alat-alat kebesaran ini ialah cop mohor, keris, payung, kendi, lembing, tombak dan sebagainya. Alat kebesaran ini yang akan membezakan hak istimewa sultan daripada pembesarnya. Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakan dalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripada kerajaan. Nama raja yang memerintah terukir dalam cop mohor ini. Dengan cop mohor ini, baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.Terdapat beberapa struktur sultan dan raja yang berbeza di negeri-negeri yang berlainan di Malaysia. Di negeri Perak, raja yang memerintah dipanggil sultan. Pengganti yang akan menaiki takhta adalah secara bergilir-gilir di antara 3 ketua keluarga iaitu apabila sultan mangkat, Raja Muda menjadi Sultan, Raja Bendahara pula menjadi Raja Muda, Raja Dihilir menjadi Raja Bendahara dan putera sulung sultan menjadi Raja Dihilir.Di Negeri Sembilan, raja yang memerintah dipanggil Yang Dipertuan Besar. Sistem politik yang diamalkan dipengaruhi oleh adat perpatih. Baginda dilantik oleh 4 orang Undang atau Penghulu yang menjadi ketua Luak, iaitu Undang Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu.Baginegeri-negeri Melayu yang lain, sistem pemerintahan yang diamalkan dipengaruhi oleh adat temegung. Raja yang memerintah digelar sultan kecuali negeri Perlis dimana dikenali sebagai Raja. Apabila sultan yang memerintah mangkat, baginda akan diganti oleh putera baginda yang sulung yang masih hidup.