sistem beraja

34
TAJUK: TAFSIRAN DAN HURAIAN BERAJA SEJARAH KEWUJUDAN SISTEM BERAJA SECARA UMUM Sistem beraja sudah bermula di Asia Tenggara iaitu sebelum abad pertama lagi. Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara adalah seperti berikut: 1. Kerajaan Langkasuka (Patani) dan Tambralinga ( di Daerah Ligor Sri Thammarat) ( sekarang ini dipanggil Thailand ) . Mengikut rekod Dinasti Liang (T.M 502-566). 2. Kerajaan Funan wujud pada abad 1 hingga pertengahan abad ke-7.

Upload: haslina-shyh

Post on 03-Jul-2015

2.720 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: sistem beraja

TAJUK: TAFSIRAN DAN HURAIAN BERAJASEJARAH KEWUJUDAN SISTEM BERAJA SECARA UMUM•Sistem beraja sudah bermula di Asia Tenggara iaitu sebelum abad pertama lagi.•Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara adalah seperti berikut:1. Kerajaan Langkasuka (Patani) dan Tambralinga ( di Daerah Ligor

Sri Thammarat) ( sekarang ini dipanggil Thailand ) . Mengikut rekod Dinasti Liang (T.M 502-566).

2. Kerajaan Funan wujud pada abad 1 hingga pertengahan abad ke-7.

Page 2: sistem beraja

3. Empayar Khmer atau kerajaan Kemboja pada pertengahan abad ke-7 hingga abad ke-15.

4. Kerajaan Ayudhya ( Thailand ), (1347-1767).5. Kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-14.6. Kerajaan Majapahit (1293-1520).

Sistem pemerintahan yang digunakan oleh kesemua kerajaan ini ialah sistem beraja dan kepercayaan atau agama yang diamalkan ialah Animisme dan Hindu Buddha.

Setelah agama Islam datang di Nusantara (Kepulauan Melayu) khususnya di Melaka. Ia telah mengubah kepercayaan dan sistem kerajaan Melaka.

Kepercayaan dan agama yang dahulunya berlandaskan Animisme dan Hindu Buddha bertukar kepada kepercayaan agama Islam.

Page 3: sistem beraja

Begitu juga sistem beraja yang berlandaskan Hindu Buddha berubah kepada sistem beraja atau berkesultanan yang berlandaskan agama Islam.

Maka wujudlah sistem beraja atau berkesultanan di Nusantara ini dan ia mengubah kepada sistem kerajaan (sistem beraja) yang berunsurkan agama Hindu-Buddha seperti kerajaan Funan, Kemboja, Ayudhya, Srivijaya dan Majapahit kepada sistem berkesultanan atau beraja yang berunsurkan agama Islam seperti di Melaka, Acheh,Johor, Brunei dan lain-lain.

Page 4: sistem beraja

SISTEM BERAJA:• Sistem beraja adalah ciri utama dalam system politik Melayu

tradisional. Dalam system ini raja adalah ketua Negara.

• Gelaran raja adalah istilah yang berasal daripada perkataan Sanskrit.

• Sistem beraja yang digunakan dalam kerajaan Melayu tradisional merupakan kesinambungan daripada system beraja yang wujud dalam kerajaan – kerajaan Melayu sebelumnya seperti kerajaan Srivijaya dan Majapahit yang merupakan kerajaan – kerajaan teragung di Asia Tenggara.

• Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai ketua kerajaan.

• Perkataan raja berasal dari India. Raja dikatakan sebagai berketurunan dewa – dewa atau tuhan – tuhan yang disebut sebagai Devaraja. Hal ini terkandung dalam Hikayat Pendawa Lima yang merupakan saduran dari kitab Mahabhrata.

Page 5: sistem beraja

Sistem politik yang menerima pengaruh Hindu meletakkan kedudukan raja di tempat yang paling tinggi dan mempunyai kuasa mutlak tanpa dapat dipersoalkan oleh mana – mana pihak.

 Berikutan dengan kedatangan Islam, raja – raja Melayu telah

menggunakan gelaran sultan yang diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud pemerintah dan tarafnya sebagai berketurunan dewa – dewa tidak lagi relevan dengan ajaran Islam.

Walaubagaimanapun, kedudukan sultan tetap berada pada tingkat yang paling atas dalam system politik Melayu dan dianggap sebagai wakil Allah serta menjadi ketua agama Islam.

SEJARAH KEWUJUDAN SISTEM BERAJA DI BRUNEI:Sumber terawal menjelaskan tentang kewujudan system beraja

di Brunei ialah melalui catatan sejarah China pada T.M. 977 yang menyatakan bahawa raja Po – ni (Brunei) pada masa itu bernama Hiang Ta telah menghantar tiga orang utusan Islam ke China untuk menghadap Maharaja China. Catatan itu merupakan satu – satunya rujukan awal yang ada

Page 6: sistem beraja

menyebut nama seorang raja yang memerintah Po – ni (Brunei).

Selepas dari catatan T.M. 977 tersebut, tidak ada lagi catatan tentang raja yang memerintah Po – ni hinggalah pada T.M. 1370, baharulah ada catatan China oleh Sung Lien yang menyebutkan bahawa raja Po – ni pada masa itu bernama Ma – ha – mo – sa iaitu yang dipelatkan sebagai Muhammad Shah.

 Catatan China oleh Sung Lien ini telah dikuatkan dan

disepakati oleh tiga sumber sejarah yang lain iaitu:1. Batu nisan yang bertarikh T.M. 1422 kepunyaan

seorang perempuan bernama Rukayah binti Abdul Majid bin Muhammad Shah Al – Sultan. Dengan ini bermakna perempuan yang dicatatkan dalam batu nisan itu adalah cucu kepada Sultan Muhammad Shah.

 2. Syair Awang Semaun yang menyebutkan bahawa Awang

Alak Betatar bergelar Sultan Muhammad apabila beliau telah diislamkan oleh Sultan Johor (Singapura Tua).

Page 7: sistem beraja

3. Silsilah Raja – Raja Brunei mencatatkan bahawa “adalah yang awal – awal menjadi raja di dalamnegeri Berunai iaitu Awang Khalak Betatar dijadikan Sultan Muhammad, ialah yang awal – awal membawa agama Islam mengikut syariat Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.”

Maka dari keempat – empat sumber yang menyatakan bahawa Ma – ha – mo – sa iaitu Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar sebelum Islam), kewujudan Sultan Muhammad dalam sejarah Brunei tidak lagi dipertikaikan oleh sejarawan – sejarawan Brunei.

KONSEP BERAJA:Beraja merupakan unsur ketiga dalam MIB. Beraja ialah system pemerintahan beraja yang diketuai

oleh seorang raja atau sultan.

Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja memberikan takrifan beraja sebagai pemerintahan beraja iaitu sultan sebagai pemimpin dan penaung

Page 8: sistem beraja

kepada rakyat baginda adalah memegang amanah Allah bagi menjalankan kuasa tertinggi memerintah Negara.

Beraja juga ditakrifkan sebagai sebuah system politik atau system pentadbiran tradisional yang bercorak feudal. Kuasa sepenuhnya terletak di tangan raja atau sultan.

 Sistem politik tradisional ini bersumberkan kepada

sosiobudaya, politik dan agama orang – orang Melayu. Tiga unsur inilah yang dijadikan teras untukmembina Negara atau kerajaan.

 Bagi orang – orang Melayu Raja adalah kerajaan atau Negara.

Tidak ada raja bermakna tidak ada kerajaan atau Negara. Ini bermakna hidup mati sesebuah kerajaan atau Negara bergantung kepada hidup mati seseorang raja. Oleh kerana kerajaan atau Negara terdakap pada diri raja, maka identity bangsa terletak pada diri raja.

Demikian juga dengan bangsa. Oleh kerana beraja diciptakan oleh bangsa Melayu bersumberkan sosiobudaya dan agama bermakna hidup mati bangsa

Page 9: sistem beraja

Melayu berkait rapat dengan hidup mati seseorang raja dan jatuh bangun bangsa Melayu terletak kepada raja. Justeru itu beraja adalah warusan dan identity bangsa Melayu.

Seperti yang digambarkan oleh A.C Milner bahawa raja adalah sumber kehidupan masyarakat Melayu dan ia menjadi satu semangat hidup bernegara dan berbangsa bagi orang – orang Melayu.

 Menurut Heine – Geldern, Negara atau kerajaan Melayu tidak

wujud tersendiri melainkan ada raja.

Konsep ini bertentangan dengan pandangan orang – orang barat yang mengatakan raja dan Negara bukan satu kesatuan tetapi terasing. Bagi mereka Negara sebagai satu unit yang terasing.

Raja bagi mereka hanya sebagai lambang sahaja dan tidak mempunyai kuasa atau kedaulatan. Kedaulatan pada tanggapan mereka hanya berada pada negara sahaja bukan kepada raja.

Maka perbezaan system beraja di Negara Brunei Darussalam dengan negara – negara lain ialah di

Page 10: sistem beraja

Brunei, raja bukan saja sebagai ketua negara tetapi mempunyai kuasa penuh sebagai ketua pemerintah (absolute Monarchy), sedangkan di negara – negara lain, raja itu merupakan symbol tanpa ada kuasa memerintah ataulebih dimenali sebagai raja berperlembagaan.

 KEDUDUKAN RAJA DALAM KONTEKS MIB:

sebagai teras kepada system politik Melayu dan stratifikasi social masyarakat Melayu.

Raja atau sultan dianggap sebagai bayang – bayang Allah atau wakil Allah di bumi dan pengganti atau penerus tugas Rasulullah yang bergelar khalifah.

 Mempunyai konsep “daulat” yang hanya dimiliki oleh raja atau sultan.

Raja adalah payung Allah di bumi Brunei.

Raja adalah ketua agama Islam.

Raja adalah kepala Negara.

Raja adalah ketua kerajaan.

Page 11: sistem beraja

 Raja adalah ketua adat istiadat.

Raja adalah ketua kewangan.

Raja adalah ketua legislatif atau perundangan.

Raja adalah ketua angkatan bersenjata.

Bab 4(1) dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 menegaskan bahawa kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negeri Brunei terletak di tangan raja atau sultan.

JAMINAN DAN KEKUATAN BERAJA DALAM FALSAFAH NEGARA:Beraja mempunyai kekuatan yang tersendiri dan memiliki

kesaktian.

Sejarah telah membuktikan beraja mampu mewujudkan keadilan, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian serta mampu membina tamadun dan empayar.

Kejayaan ini disebabkan peranan dan tanggungjawab raja yang beridentitikan moral dan dasar

Page 12: sistem beraja

pemerintahan yang berteraskan agama. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa agama membawa kebaikan kepada manusia.

 Sebelum kedatangan agama Islam, konsep raja dipengaruhi

oleh Hindu Buddha. Raja diumpamakan sebagai titisan para dewa yang membawa manusia ke jalan hidup yang sempurna.

Seseorang raja yang dipilih mestilah memiliki moral, kebolehan dan kebijaksanaan. Sekiranya seorang raja gagal mempamerkan ketiga – tiga unsur tersebut kedudukannya sebagai seorang raja akan tercabar.

Kedatangan agama Islam menjadikan konsep raja semakin kukuh. Konsep raja tidak lagi kepada para dewa sebaliknya berasaskan kepada syariah dan tauhid.

Raja dianggap sebagai khalifah atau wakil Allah di bumi.

Raja juga dihubungkaitkan dengan para nabi dan tokoh – tokoh Islam. Rajamestilah adil dan dituntut

Page 13: sistem beraja

menjadi model semua bidang termasuk agama, masyarakat dan juga kerajaan.

Ugama Islam telah menanamkan sifat taat rakyat kepada rajasebagai ulil amri iaitu orang yang berkuasa. Sehingga melahirkan satu slogan Taat kepada raja”, yang menjadi salah satu nilai dalam kehidupan dan etika di kalangan masyarakat Melayu.

Dengan ini agama Islam telah dijadikan sebagai amalan dan teras kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Di sinilah letaknya kekuatan dan jaminan system beraja lebih unggul dan memenuhi keperluan masyarakat manusia. Berdasarkan kepada agama kekuasaan yang diberi kepada raja merupakan amanah dan dituntut untuk dilaksanakan.

Dengan berteraskan Islam sebagai “ad – deen”, ia menjadi pemangkin kepada system beraja sebagai falsafah Negara.

Dengan berteraskan Islam ini juga telah mewujudkan:i. Solidariti (melahirkan rasa bersama).

ii. Memberi jaminan hak individu.

Page 14: sistem beraja

iii. Bebas dari perhambaan.iv. Hubungan bukan hanya antara manusia dengan Allah,

malah merangkumi setiap dimensi kehidupan manusia.

Di sinilah letaknya kekuatan dan jaminan supaya keadilan, kesejahteraan, keamanan dan keharmonian dapat dicapai seperti yang diperlukan dan diinginkan oleh umat manusia.

Menerusi unsur - unsur ini juga rakyat akan terus mengabdikan diri kepada raja. Jatuh bangun sesebuah Negara bergantung kepada moral, kewibawaan dan kebijaksanaan seseorang raja dan pemimpin.

Dalam adat Raja – Raja Melayu, menggambarkan tugas dan tanggungjawab raja yang dipilih mestilah tua hatinya, bermuka manis, berlidah fasih dan bertangan murah.

Apabila menjalankan hukuman mestilah adil, mengasihani, sikap keras dan berani.

Page 15: sistem beraja

Ini menunjukkan pemilihan seseorang raja bergantung kepada beberapa criteria yang tertentu supaya dalam menjalankan pemerintahan akan disenangi oleh rakyat dan mempunyai sikap yang bertanggungjawab.

Bertitik tolak dari pemikiran tersebut dapatlah disimpulkan bahawa beraja dalam konteks ini bukan hanya dilihat sebagai satu system politik tetapi ia juga merupakan satu konsep yang cukup luas merangkumi semua nilai, norma dan etika orang Melayu Brunei.

Asas pembentukan beraja yang diciptakan menerusi sosiobudaya, politik dan agama ini menunjukkan system nilai, norma dan etika orang Melayu terdakap dalam diri raja.

Kerana itulah beraja dalam kehidupan orang Melayu tidak dapat dipisahkan dan menjadi identiti orang – orang Melayu.

Selain itu, dalam konteks Brunei, perlantikan atau pemilihan seseorang raja telah ditetapkan atau ditentukan oleh Allah Subhanahu Wata’ala seperti yang dinyatakan semasa perpuspaan atau mengangkat raja:

Page 16: sistem beraja

Sudah dengan kehendak Allah Tuanku menjadi raja dalam negeri Brunei ini.

Sudah dengan kehendak Allah Tuanku menjadi Junjungan rakyat dalamnegeri Brunei ini.

Sudah dengan kehendak Allah Tuanku menjadi pemimpin kepada rakyat negeri Brunei ini.

Sudah dengan kehendak Allah Tuanku menjadi penaung kepada rakyat negeri Brunei ini.

Sudah dengan kehendak Allah Tuanku menjadi turus tunggak negeri Brunei ini.

  Sudah menjadi kehendak Allah Tuanku menjadi Yang

Di Pertuan bagi negeri Brunei ini.  Mudah – mudahan Kebawah Duli Tuanku kekal karar

di atas singgahsana Kerajaan Brunei turun temurun memerintah dan memimpin rakyat Negeri Brunei Darussalam, Amin Ya Rabbal Alamin.

Page 17: sistem beraja

Dari konsep pemilihan dan tanggungjawab dalam konsep beraja, seorang raja mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat berat.

Selain menjadi ketua Negara dia juga menjadi ketua agama,pentadbiran, adat istiadat dan undang – undang.

Pembesar pula bertugas menjalankan pentadbiran bagi pihak raja. Setiap titah merupakan perintah untuk dilaksanakan. Mereka bertanggungjawab kepada amanah yang diberikan oleh raja kepada mereka demi mencapai hala tuju matlamat Negara.

Rakyat pula sebagai pendukung kepada kerajaan dan sentiasa menyanjung segala perintah. Rakyat mempunyai nilai dalam mempertahankan Negara sebagai tempat tumpah darah mereka. Di sinilah prinsip “di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.”

Hubungan tiga serangkai iitu Raja, Pembesar dan Rakyat telah menciptakan satu wa’ad atau perjanjian yang bersandarkan kepada keadilan dan kemuafakatan yang telah berjaya mewujudkan

Page 18: sistem beraja

keharmonian, kesejahteraan, keadilan dan kestabilan bagi kerajaan Melayu.

Ia juga melahirkan hubungan berbagai hala di antara raja, pembesar dan rakyat.

Menerusi konsep inilah orang – orang Melayu berjaya membina empayar seperti Srivijaya, Majapahit, Melaka, Mataram dan Brunei.

BERAJA SEBAGAI TERAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA:Pembinaan Negara bangsa berteraskan kepada

rajamerupakan sebuah system ciptaan orang Melayu yang bersumberkan sosiobudaya, politik dan agama bangsa Melayu.

Sistem inimenjadi warisan bangsa Melayu yang telah berjaya menciptakan tamadun dan telah menjadi imej dan identity bangsa Melayu.

Sistem ini menjadi calak bagi hidup berbangsa dan bernegara bagi Brunei.

Page 19: sistem beraja

Kedatangan orang – orang barat, konsep Melayu mula mengharungi perubahan. Melayu tidak lagimerujuk kepada konsep tradisional.

Orang – orang Melayu yang dikenal menerusi geonologinya dan sebagai pengikut kepada raja sudah mengalami perubahan. Orang Melayu sudah dipengaruhi oleh perkembangan politik semasa yang digelar sebagai konstruksi social.

Bagi Brunei usaha untuk mengangkat martabat bangsa Melayu sebagai pencipta tamadun bangsa terus dipertahankan dengan mempertahankan system beraja.

Sistem ini sajalah yang dapat menyelamatkan bangsa Melayu kerana kedudukan bangsa Melayu terdakap pada diri raja.

Sejarah jatuh bangun bangsa Melayu dalam era penjajahan menjadi pengajaran kepada Brunei.

Sistem beraja terus dipertahankan dan diperlembagakan. Pengisytiharan kemerdekaan

Page 20: sistem beraja

menjadi bukti Brunei akan terus menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja.

Kerana itulah Negara Brunei Darussalam tidak perlu membina satukonsep baru dalammembina Negara bangsa kerana konsep baru ini akan melahirkan bangsa baru yang akhirnya melemahkan identity bangsa Melayu itu sendiri.

Kemajuan yang hendak kita capai tidak semestinya menukar identity.

Jadinya apabila saja disebut orang – orang Melayu ia akan merujuk kepada Negara bangsa kerana di dalamnya mengandungi ciri – cirri bernegara, Islam agamanya, raja ketuanya dan budaya Melayu cara hidupnya.

Orang Melayu akan dikenal melalui sistempolitik beraja ataubersultan kerana identity Melayu hidup berakar umbi dalam dakapan sultan atau kerajaannya.

Jadi untuk mengenal identity bangsa Melayu Brunei terletak pada diri raja. Pada diri rajalah tersemat asas

Page 21: sistem beraja

kepada teras kekuatan, kesatuan danketaatsetiaan kepada Negara.

Orang Melayu adalah pengikut raja atau sultan yang mengandungi ciri berdasarkan keturunan atau geonologi bukan celupan.

Dari geonologi atau keturunan inilah dapat melahirkan semangat patriotik dalam mewujudkan pembinaan Negara bangsa.

Berdasarkan geonologi inilah juga akan melahirkan ketulinan nilai dan tunjang kekuatan bangsa Melayu.

Orang Melayu sahaja yang memahami ke atas nilainya sendiri.

Ungkapan Melayu Islam Beraja (MIB) yang telah diisytiharkan oleh KDYMM semasa permasyhuran kemerdekaan merupakan satu rumusan cara hidup berbangsa, bernegara dan beragama.

BERAJA DALAM MENYUNGSUNG ARUS BARAT:Kedatangan orang – orang barat dan seterusnya menjajah Alam

Melayu telah melahirkan satu

Page 22: sistem beraja

tanggapan yang diri mereka sebagai bangsa yang superior dan yang dijajah sebagai inferior.

 Kedatangan mereka ini telah berjaya memprogram mind set

barat kepada orang – orang Melayu melalui system pendidikan dan pemikiran mereka.

Bangsa Melayu yang hidupsekian lama dalam dakapan raja telah berubah menjadi ras dan etnik.

Pemerintahan beraja terus dikritik sebagai system yang lemah dan menindas serta menonjolkan para raja menggunakan kuasa sewenang – wenangnya dan menindas serta rakyat dibuat seperti barangan.

Gambaran sebegini seolah – olahmahu melupakan keupayaan bangsa Melayu membina Negara bangsa. Kegemilangan yang tercatat dalam sejarah yang menciptakan tamadun bangsa Melayu mahu dilenyapkan. Sistem tradisional bagi tanggapan mereka tidak selaras dan tidak relevan dengan tuntutan masa.

Usaha untuk mengakhiri sistem tradisi ini terus dilakukan bukan saja di kalangan para imperialisme

Page 23: sistem beraja

barat, tetapi juga di kalangan orang – orang Melayu sendiri yang pernah mengamalkan system tradisiini.

Merekaberjaya meruntuhkan system yang dibina oleh bangsa sendiri sehingga raja hanya menjadi symbol dan ceremony sahaja.

Bagi Negara Brunei Darussalam usaha untuk meruntuhkan system ini tidak berjaya. Semangat para pemimpin dan rakyat Brunei tidak luntur untuk terus mengimplementasikan warisan tamadun bangsa Melayu tersebut.

Perkara ini jelas tergambar dalam titah Permasyhuran Kemerdekaan penuh bagi Brunei pada 1 Januari 1984 yang menjelaskan bahawa: “Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin Allah serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata’ala akan untuk selama – lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran agama Islam menurut ahli Sunnah Waljama’ah.”

Berdasarkan titah ini para pemimpin dan rakyat Brunei harus menanai warisan bangsa ini menerusi kerjasama dan semangat patriotik yang tersemat

Page 24: sistem beraja

dalam konsep berbangsa dan bernegara bangsa Melayu dalam memartabatkan semula tamadun bangsa Melayu.

 Proses sejarah yang dilalui menjadi contoh untuk Brunei bagi

memantapkan system ini.

Sikap wa’ad yang ditunjukkan oleh pemimpin dan rakyat dapat dilihat dengan jelas ketika Brunei diserang dan ditakluki oleh orang – orang Sepanyol pada tahun 1578M walaupun terdapat pembelotan yang dilakukan oleh pembesar Negara tetapi dengan adanya semangat kenegaraan dab kewarganegaraan usaha orang – orang Sepanyol yang bercita – cita untuk menakluki Brunei dapat dipatahkan.

Demikian juga dengan ketaatsetiaan pembesar danrakyat jelas digambarkan bagaimana mereka berusaha menyelamatkan raja darimenjadi tawanan Sepanyol.

Ini jelas menunjukkan bahawa kedudukan raja bukan hanya sebagai satu system politik tetapi lebih luas daripada itu kerana dalam diri raja tersemat nilai yang boleh dijadikan alat untuk mewujudkan

Page 25: sistem beraja

perpaduan nasional, kestabilan politik, kemajuan ekonomi, keadilan dannilai – nilai sisial yang berunsurkan Melayu yang beridentitikan Brunei.

Ketaatan dan kasih kepada raja merupakan identity Brunei yang berakar umbi di kalangan rakyat danpenduduk Brunei kerana antara raja dan rakyat terdapat hubungan dua hala yang berasaskan kepada “raja wajib adil dan rakyat wajib taat.”

Page 26: sistem beraja

KESIMPULAN

Beraja harus dilihat sebagai satu sistem yang menyeluruh bukan hanya satu segi sahaja.

Sistem beraja ada nilai tersendiri tidak boleh ada ketimpangan.

Jika berlaku ketimpangan ia akan menjejaskan imej dan identiti bangsa.

Hukum hakam agama Islam menjadi teras pelaksanaannya.

Beraja yang berlandaskan Islam akan dapat memberi keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Beraja juga menjadi teras kepada kekuatan bangsa kerana konsep taat.

Kesedaran juga perlu supaya beraja dalam falsafah negara akan terus menjadi teras dan hala tuju negara.

Page 27: sistem beraja

Berdasarkan kekuatan sistem beraja ini juga dapat mengukuhkan kesinambungan falsafah Negara Melayu Islam Beraja.

- Maka dalam usaha untuk menguat dan mengukuhkan sistem beraja ini, ada beberapa unsur yang rakyat mesti diketahui dan diamalkan di samping kuatkuasa undung-undang.Antaranya:

i. Raja atau ketua Negara dan peraturan-peraturan sebagai raja termasuk adat istiadat, kedudukan raja, keistimewaan raja, diri raja dan keluarganya, hubungan raja dengan rakyat secara timbal balik.

ii. Hukum Islammengenainya.

- Raja adalah orang yang tertinggi sekali yang berkuasa dan berhak dalam sesebuah negara. Untuk itu Raja perlu diberi ketinggian dan kehormatan, perlu diketahui oleh rakyat, dikenali dan dihubungi menurut tatacara, bahasa, masa serta keadaan yang sesuai. Perlakuan tidak boleh selarah-selarahnya atau dengan suruk langkah mengikut gaya dan selera, khasnya di zaman sekarang iaitu zaman serba kemajuan dan kebebasan.

Page 28: sistem beraja

- Keperluan untuk mengetahui dan memperdekatkan diri kepada Raja bagi rakyat adalah satu kemestian; adalah satu hal yang sangat tidak bermakna seandainya seorang rakyat yang mengaku taat setia kepada Rajanya, tetapi tidak tahu akan terasul Raja itu; bila Raja itu diputerakan; tidak mengambil tahu mengenai arahan-arahan Kerajaan Raja itu untuk menghormati Raja, seperti berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dimainkan atau ketika bendera dinaikkan dalam perayaan memperingati hari-hari yang berkaitan dengan Raja.Sebahagian rakyat kadang-kadang tidak peka terhadap perkara-perkara tersebut, pada hal ianya bertujuan untuk memberi penghormatan dan kesan institusi Raja itu dalam Negara, dalam erti kata lain dengan tujuan untuk dihayati.

- Sebagai contoh kepada kaedah untuk mengawal dan menguatkuasakan nama dan peribadi seorang Ketua Negara dalam zaman-zaman pemerintahan Islam sejak zaman Bani Umaiyah hingga ke zaman Usmaniyah Turki iaitu apabila seorang Raja atau Ketua Negara ditabalkan atau mengambil alih kuasa, terdapat tiga unsur diamalkan iaitu:

1. Nama Raja itu disebut di dalam khutbah Jumaat dan didoakan raja pemerintah sesebuah negeri itu dengan doa yang baik-baik dengan tujuan apabila raja itu dengan doa yang baik-baik dengan tujuan apabila raja itu baik maka dengan sendirinya Negara dan rakyat itu menjadi baik.

2. Nama raja juga akan dimasukkan dalam matawang emas dan perak yang dibuat pada zaman pemerintahannya.

3. Bagi kerajaan Usmaniyah, apabila seorang Sultan Usmani naik tahta, baginda akan menyandang pedang yang diwarisi dari zaman pemerintahan Sayidina Umar Ibni Khattab.

Page 29: sistem beraja

- Bagi Negara Brunei Darussalam, Istiadat Menyusupkan “Keris Si Naga” kepada Sultan yang baru dipuspakan adalah sama dengan kaedah yang dipakai oleh Sultan-Sultan Usmaniyah itu, kerana Keris Si Naga adalah lambing kekuasaan tanda penyerahan Kerajaan dari seorang Sultan kepada seorang sultan yang baharu naik takhta, Tanpa keris Si Naga bererti tiada cukup kuasa yang didapat oleh mana-mana raja Brunei yang hendak berpuspa (menjadi raja dan Yang Di Pertuan) malah mungkin tiada akan dijalankan istiadat puspa baginya.

- Di Negara Brunei Darussalam, kedua-dua pihak, raja dan rakyat dapat dilihat menghayati dan menjadi pengawal yang kuat bagi meneguhkan institusi dan sistem beraja ini.

- Konsep tradisi dalam kenegaraan Brunei ialah Negara Brunei Darussalam berdiri dengan persatuan dan perpaduan hati rakyat yang telah menyerahkan kuasa masing-masing kepada raja (Sultan) untuk menjadi hak negara dengan berdasarkan “raja tidak boleh zalim” dan “rakyat tidak boleh derhaka kepada raja”. Hal ini dihayati hingga sekarang.

Page 30: sistem beraja

- Dalam kehidupan sehari-hari pada masa sekarang, didapati “raja bersama rakyat” dan “rakyat bersama raja”, masing-masing meluahkan hasrat hati dengan berterus terang melalui adat istiadat, bahasa dan gaya tersendiri yang telah diwarisi sejak 600 tahun yang lalu.

- Hubungan dua hala yang kuat ini, wujud di dalam majlis-majlis rasmi, seperti perayaan puja usia, lawatan ke daerah-daerah dan kampung-kampung, malahan ke pejabat-pejabat, hari terbuka istana selama beberapa hari untuk memberi peluang kepada rakyat ziarah dan menyembahkan ucap selamat hari raya kepada raja dan keluarga baginda, keberangkatan baginda Jumaat ke masjid-masjid, upacara mengurniakan anak kunci rumah kepada penerima-penerima Skim Perumahan Tanah Kurnia Rakyat Jati dan lain-lain lagi, adalah cara yang paling berkesan dan Nampak kejayaannya bagi mengukuhkan sistem itu dalam masyarakat.

Page 31: sistem beraja

- Di Brunei sejak dahulu lagi, apabila dikaji mengenai raja dengan segala “kemestian” yang diperuntukkan kepadanya, ianya mesti dihubungkan dengan adat istiadat, kerana bagi Brunei, adat istiadat itu khasnya sesudah ia diperlengkapkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Hasan(T.M 1582-T.M 1598), Sultan Brunei ke – 9 adalah undang-undang dan peraturan kerajaan . Sebahagian besar daripada peraturan adat istiadat itu masih kekal dalam amalan rakyat, peruntukan-peruntukan perlembagaan negeri dan yang berhubung dengannya.

- Dari sudut agama pula perlantikan atau kewujudan raja atau ketua Negara dalam sesebuah Negara menjadi kewajipan kepada semua orang Islam. Tujuan untuk melantik atau mengadakan raja itu dari segi perjalanan pemerintahan Negara dan menjaga perjalanan agama adalah nyata sekali. Ini berdasarkan kepada dua perkara iaitu:

i. Hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:Ertinya: “Barangsiapa mati dan tiada kenalkan raja yang ada pada masanya nescaya ia mati dengan cara jahiliyah”.

Page 32: sistem beraja

- Umat Islam Mendahulukan dan memustahakkan melantik ketua Negara selepas wafat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (setelah khalifah pengganti Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dilantik baharulah jenazah baginda dimakamkan). Dan ini menjadi ikutan kepada semua Negara Islam di seluruh dunia, kerana jika tidak dilantik maka banyak perkara wajib yang tergendala.

- Al Imam Umar bin Muhammad An-Nasafi (meninggal pada T.H 537) dalam kitabnya “ Al-‘Aqaid An-Nasafiyah” berkata:

“Orang-orang Islam mestilah mereka itu melantik seorang raja yang dapat menjalankan hukum-hukum Islam dan mendirikan hukum seksa dan dera(had) dan menguatkan pusat-pusat dan tempat pertahanan di sepanjang sempadan negeri, dan menyediakan angkatan tentera, dan menghimpunkan (mengutip) zakat dan menguasai ke atas penjahat-penjahat, pencuri-pencuri dan perompak dan mendirikan sembahyang Jumaat dan sembahyang hari raya, dan menyelesaikan perbalahan serta pergaduhan yang berlaku di antara umat Islam dan menerima saksi yang ada hubungannya dengan berbagai-bagai hak diantara manusia dan mengahwinkan budak-budak kecil dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang tiada mempunyai wali khas dan membahagi-bahagikan harta tawanan”.

Page 33: sistem beraja

- Imam At-Taftazani pula menambah: “Dan lain-lain perkara yang tiada dapat dibuat oleh orang perseorangan”.

- Pada kesimpulannya apabila seseorang hendak menghayati Konsep Melayu Islam Beraja melalui institusi raja, hendaklah:

i. Mempelajari secara bersungguh-sungguh sejarah raja-raja Brunei, peristiwa-peristiwa dan detik-detik “decisive” yang menentukan hidup mati sistem beraja itu di Brunei, dengan tujuan supaya dapat memahami dan mengakui bahawa sistem beraja yang dipakai sebagai salah satu unsur konsep itu adalah sistem yang telah pernah dicuba dan berjaya dengan keunggulan, bukan perkara baru dan bukan ciptaan orang lain. Kita tidak perlu mempunyai rasa rendah diri dengan sistem itu, Bahkan ia telah mendarah daging dan ada dalam masyarakat Brunei sejak berates-ratus tahun dahulu.

ii. Hendaklah turut menghayati sebagai pelaku dan pengawal yang setia mengukuhkan konsep itu melalui amalan-amalan yang dihasratkan untuk tujuan itu dalam kehidupan sehari-hari walaupun perkara itu nampaknya mudah dan sedikit, tetapi sebenarnya dibelakangnya tersirat erti yang besar dan mendalam.

iii. Hukum syarak mewajibkan setiap rakyat mengetahui dan memahami kedudukan raja dan taat kepada raja itu adalah perkara yang tidak boleh dipertikaikan.

Page 34: sistem beraja

AKHIR KATA

PANTANG MELAYU MENDERHAKA KEPADA RAJA

SEKIAN, TERIMA KASIH

WASSALAM