pembangunan perisian pembelajaran berbantukan … · dengan perisian lain seperti swishmax, adobe...

22

Upload: buinhu

Post on 22-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BAGI TAJUK PENJELMAAN DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KBSM MELALUI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

NORMA AIDA BINTI MOHD NOR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

DEDIKASI

Biar ku daki gunung harapan ini

Walau ranjaunya runcing berduri

Demi mencapai cita-cita yang di impi

Namun hanya dengan izinmu Ya Allah Ya Tuhanku

Dan dengan berkat dari ayahanda dan bondaku

Serta semangat dari saudara-saudaraku

Akhirnya kejayaan ini telah menjadi milikku..

Kepada abah dan emak Kepada abah dan emak Kepada abah dan emak Kepada abah dan emak

Mohd Nor b. Abu Hasan dan Maimon bt. Ahmad, Mohd Nor b. Abu Hasan dan Maimon bt. Ahmad, Mohd Nor b. Abu Hasan dan Maimon bt. Ahmad, Mohd Nor b. Abu Hasan dan Maimon bt. Ahmad,

Tidak ternilai pengorbanan kalian berdua yang sentiasa menerima kak teh sebagai anakmu dan Tidak ternilai pengorbanan kalian berdua yang sentiasa menerima kak teh sebagai anakmu dan Tidak ternilai pengorbanan kalian berdua yang sentiasa menerima kak teh sebagai anakmu dan Tidak ternilai pengorbanan kalian berdua yang sentiasa menerima kak teh sebagai anakmu dan

tidak pernah jemu mendorong sehingga kak teh sampai ke tahap ini.tidak pernah jemu mendorong sehingga kak teh sampai ke tahap ini.tidak pernah jemu mendorong sehingga kak teh sampai ke tahap ini.tidak pernah jemu mendorong sehingga kak teh sampai ke tahap ini.

Kepada Kak Long,Kepada Kak Long,Kepada Kak Long,Kepada Kak Long, Kak Ngah, Bang De, Bang Cik, Bang Yang dan Adik’ Kak Ngah, Bang De, Bang Cik, Bang Yang dan Adik’ Kak Ngah, Bang De, Bang Cik, Bang Yang dan Adik’ Kak Ngah, Bang De, Bang Cik, Bang Yang dan Adik’

Sesungguhnya Kak Teh sangat bersyukur mempunyai kakakSesungguhnya Kak Teh sangat bersyukur mempunyai kakakSesungguhnya Kak Teh sangat bersyukur mempunyai kakakSesungguhnya Kak Teh sangat bersyukur mempunyai kakak----kakak, abang dan adikkakak, abang dan adikkakak, abang dan adikkakak, abang dan adik----adik seperti adik seperti adik seperti adik seperti

kalian. Semoga ikatan kita adikkalian. Semoga ikatan kita adikkalian. Semoga ikatan kita adikkalian. Semoga ikatan kita adik----beradik tidak akan putus hingga nafas terakhir.beradik tidak akan putus hingga nafas terakhir.beradik tidak akan putus hingga nafas terakhir.beradik tidak akan putus hingga nafas terakhir.

Keluarga ini diserikan juga dengan kKeluarga ini diserikan juga dengan kKeluarga ini diserikan juga dengan kKeluarga ini diserikan juga dengan kehadiran Abg long, Abg Ngah, Kak Liza dan anak saudara ehadiran Abg long, Abg Ngah, Kak Liza dan anak saudara ehadiran Abg long, Abg Ngah, Kak Liza dan anak saudara ehadiran Abg long, Abg Ngah, Kak Liza dan anak saudara

yang kelakar Nur Nabilah Dinie serta Ahmad Zafran yang kacak. Dipanjatkan doa agar keluarga yang kelakar Nur Nabilah Dinie serta Ahmad Zafran yang kacak. Dipanjatkan doa agar keluarga yang kelakar Nur Nabilah Dinie serta Ahmad Zafran yang kacak. Dipanjatkan doa agar keluarga yang kelakar Nur Nabilah Dinie serta Ahmad Zafran yang kacak. Dipanjatkan doa agar keluarga

besar ini bahagia selamanya..besar ini bahagia selamanya..besar ini bahagia selamanya..besar ini bahagia selamanya..

Kepada sahabat karibku Nazzura binti Zulkifli. Kepada sahabat karibku Nazzura binti Zulkifli. Kepada sahabat karibku Nazzura binti Zulkifli. Kepada sahabat karibku Nazzura binti Zulkifli.

Sungguh bertuah dipertemukan sSungguh bertuah dipertemukan sSungguh bertuah dipertemukan sSungguh bertuah dipertemukan sahabat seperti kamu..Sentiasa ada walau di saat susah atau ahabat seperti kamu..Sentiasa ada walau di saat susah atau ahabat seperti kamu..Sentiasa ada walau di saat susah atau ahabat seperti kamu..Sentiasa ada walau di saat susah atau

senang.senang.senang.senang.

----Terima kasih SemuaTerima kasih SemuaTerima kasih SemuaTerima kasih Semua----

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan

projek sarjana muda saya ini dengan lancar. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih

yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Razak bin Idris yang

tidak pernah jemu memberi dorongan serta tunjuk ajar di dalam menyiapkan projek

sarjana muda ini. Segala pandangan dan tunjuk ajar dari beliau amat saya hargai.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan

kepada saya untuk terus berusaha sehingga projek ini berjaya disiapkan Setinggi-tinggi

penghargaan saya kepada kakak dan keluarga yang banyak membantu dan memberi

bimbingan dan memberi maklumat-maklumat yang amat berguna pada setiap masa

semasa menyiapkan projek sarjana muda ini.

Kepada rakan-rakan, ribuan terima kasih kerana tidak jemu memberi pertolongan

semasa saya menghadapi masalah.

ABSTRAK

Penghasilan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk

Penjelmaan Dalam Matapelajaran Matematik KBSM Melalui Pembelajaran Secara

Kontekstual ini adalah untuk menyediakan satu alternatif kepada para pelajar dalam

menguasai topik ini dengan lebih baik. Selain itu, ia juga adalah salah satu langkah dalam

mengurangkan beban guru untuk mengajar topik ini yang telah diketahui memerlukan

banyak visualisasi. Isi kandungan perisian PBK ini adalah berlandaskan kepada silibus

matematik KBSM dan telah diringkaskan supaya dapat membantu pelajar terutamanya

dalam peperiksaan SPM. Perisian ini menerapkan pendekatan pembelajaran secara

Kontekstual di mana pendekatan ini merupakan suatu kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat

menyumbang ke arah peningkatan penguasaan dan prestasi pelajar. Dengan penerapan

pendekatan ini membolehkan pelajar mengaitkan topik Penjelmaan dengan kehidupan

harian mereka serta kepentingannya terhadap kehidupan manusia. Melalui pendekatan ini

juga membolehkan pelajar memindahkan kemahiran, meneroka dan mendapatkan bukti.

Model reka bentuk perisian ini adalah berdasarkan model ADDIE yang melibatkan lima

fasa pembangunan iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian.

Model reka bentuk ini dipilih memandangkan model ini menyediakan fasa-fasa reka

bentuk yang ringkas tetapi padat dan jelas. Perisian PBK ini dibangunkan dengan

menggunakan perisian bahasa gubahan Macromedia Authorware Attain 7.0 dan dibantu

dengan perisian lain seperti Swishmax, Adobe Photoshop CS, Sony Sound Forge 8.0 dan

Adobe Premiere Pro serta disokong oleh sistem pengoperasi Microsoft Windows XP

dalam usaha menghasilkan perisian PBK yang interaktif . Justeru itu, dengan adanya

perisian ini diharapkan dapat membantu guru dan juga pelajar dalam mengajar dan

belajar topik ini secara optimum.

ABSTRACT

The purpose to develop this Computer Assisted Learning (CAL) courseware for

Mathematics KBSM under the topic Transformation Through Contextual Learning is to

provide an alternative for students to master in this topic. The content of this CAL

courseware based on KBSM Mathematics syllabus to help student especially in SPM

examination. Contextual Learning approach was used in develering the contents, that will

make teaching and learning activities more challenging, effective and enjoyable, which

also increase students performance. By integrating Contextual Learning approach, will

enable students to relate the Transformation concept with their daily life and at the same

time transfer their skills, exploring and searching for evidence. The development of this

CAL courseware was based on the ADDIE model which includes five phases such as

analysis, design, development, implementation and evaluation. This CAL courseware was

developed using the Macromedia Authorware Attain 7.0 authoring software and a few

supporter software such as Swishmax, Adobe Photoshop CS, Sony Sound Forge 8.0 and

Adobe Premiere Pro. It is hope that this CAL courseware will help teachers and students

in their teaching and learning process for this topic.

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Skop Kajian 7

1.6 Kepentingan Projek 7

1.7 Definisi Istilah 9

1.7.1 Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) 9

1.7.2 Pembelajaran Secara Kontekstual 9

2 SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran

Matematik 12

2.3 Penggunaan Perisian PBK Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran 17

2.4 Pembelajaran Secara Kontekstual 19

2.5 Model Reka Bentuk Pembangunan Perisian 25

2.5.1 Model ADDIE 25

2.5.1.1Fasa Analisis 26

2.5.1.2 Fasa Reka bentuk 26

2.5.1.3 Fasa Pembangunan 26

2.5.1.4 Fasa Perlaksanaan 27

2.5.1.5 Fasa Penilaian 27

3 REKA BENTUK PERISIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Model Rekabentuk Pembangunan Perisian 29

3.2.1 Fasa Analisis 30

3.2.1.1 Analisis Terhadap Matlamat

Pembangunan Perisian 30

3.2.1.2 Analisis Terhadap Kumpulan

Sasaran 30

3.2.1.3 Analisis Terhadap Isi

Kandungan Pelajaran 31

3.2.2 Fasa Rekabentuk 31

3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi 32

3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi 33

3.2.2.3 Reka Bentuk Antaramuka 34

3.2.3 Fasa Pembangunan 35

3.2.3.1 Pemilihan Perkakasan,

Alat Pengarangan dan Perisian

Sokongan 36

3.2.2.1 Carta Alir 39

3.2.4 Fasa Perlaksanaan 42

3.2.5 Fasa Penilaian 42

4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Komponen Utama Yang Terdapat Dalam PBK 43

4.2.1 Skrin montaj 44

4.2.2 Skrin Video 44

4.2.3 Skrin Main Menu 45

4.2.4 Skrin Introduction 46

4.2.5 Skrin Objektif Pembelajaran 47

4.2.6 Skrin Nota 48

4.2.7 Skrin Smart Notes 49

4.2.8 Skrin Latihan 49

4.2.9 Skrin Glossary 51

4.2.10 Skrin Aktiviti 51

4.2.11 Skrin A1 For SPM 53

4.2.12 Skrin Pautan Ke Laman Web 55

4.2.12 Skrin Exit 56

4.3 Pempakejan, Pengurusan Fail dan Penyebaran

Perisian 57

4.4 Penutup 57

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 59

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan 59

5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa

Proses Pembangunan Perisian 61

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 61

5.4 Kelebihan Perisian 62

5.5 Cadangan 63

5.6 Penutup 63

RUJUKAN 65

Lampiran A - B 68-72

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Pembelajaran Kontekstual Mengambil Kira

Pelbagai Gaya Pembelajaran 23

2.2 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 25

3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 29

3.2 Carta Alir Perisian 39

3.3 Carta Alir Subtopik Translasi 39

3.4 Carta Alir Subtopik Pantulan 40

3.5 Carta Alir Subtopik Putaran 40

3.6 Carta Alir Subtopik Pembesaran 40

3.7 Carta Alir Subtopik Kombinasi Penjelmaan 41

3.8 Carta Alir Brain Spa (Aktiviti) 41

3.9 Carta Alir A1 For SPM 41

4.1 Skrin Paparan Montaj 44

4.2 Skrin Tayangan Video 45

4.3 Skrin Menu Utama 46

4.4 Skrin Pengenalan 47

4.5 Skrin Objektif Pembelajaran 47

4.6 Skrin Nota Putaran 48

4.7 Skrin Nota Pembesaran 48

4.8 Skrin Smart Notes 49

4.9 Skrin Latihan Dengan Peneguhan Positif 50

4.10 Skrin Latihan Dengan Peneguhan Negatif 50

4.11 Skrin Glossary 51

4.12 Skrin Pilihan Aktiviti 52

4.13 Skrin Aktiviti Treasure Hunt 52

4.14 Skrin Aktiviti Police And Thief 53

4.15 Skrin A1 For SPM 53

4.16 Skrin Analisis Soalan SPM 54

4.17 Skrin Paparan Tips-Tips SPM 55

4.18 Skrin Paparan e-Xplore 55

4.19 Skrin Exit 56

4.20 Skrin Kredit 57

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Jadual Analisis Kekerapan Soalan Bagi

Topik Penjelmaan Dikeluarkan Dalam

Peperiksaan SPM Dari Tahun 2003 hingga

Tahun 2008 8

2.1 Perbandingan Pencapaian Pelajar

Dalam Subjek Matematik Sesebuah Negara

Di Peringkat Dunia 13

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Sokongan Pemilihan Topik

(Penjelmaan) 68

B Borang Soal Selidik Perisian Multimedia 70

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik ialah suatu bidang ilmu yang berkaitan dengan nombor dan dapat

memperkembangkan pemikiran manusia dari pelbagai sudut. Menurut Noraini Idris

(2005), matematik meliputi pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi,

membuat keputusan dan komunikasi. Mempelajari konsep dan kemahiran dalam bidang

matematik merupakan satu proses yang aktif. Pembelajaran matematik bukan semata-

mata pengiraan, penghafalan formula atau teori, bahkan ia melibatkan penyelidikan,

pengujian dan penyelesaian masalah.

Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini seperti bidang

perubatan, pengurusan, kejuruteraan, pertanian, sains dan lain-lain. Matematik boleh

diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan merupakan senaman untuk minda supaya

tidak beku berfikir serta melatih manusia supaya berfikir secara logik dan rasional. Selain

itu, tujuan pendidikan matematik juga adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja

berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia

sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui.

Dalam isu pendidikan, penguasaan matematik telah menjadi asas bagi semua bidang

ilmu.

Walaupun telah diketahui bahawa penggunaan matematik amat penting dalam

kehidupan manusia, namun setiap hari kita akan mendapati banyak isu yang

membincangkan tentang permasalahan mempelajari matematik dalam kalangan pelajar.

Salah satu isu yang sering diperkatakan ialah tentang kemerosotan pencapaian pelajar di

dalam peperiksaan matematik. Antara sebab utama kemerosotan ini adalah kerana

kebanyakan para pelajar menganggap matematik suatu matapelajaran yang sukar dan

menjemukan (Utusan Malaysia, 15 Oktober 2007).

Secara umumnya, pelajar akan berminat dengan matapelajaran yang mereka rasa

memenuhi citarasa dan minat mereka, berkaitan dengan kemahuan mereka dan sesuatu

yang mudah (Hurlock, 1972). Ini menjelaskan bahawa pelajar kurang berminat dengan

pelajaran yang dirasakan tidak mempunyai kaitan dengan pengalaman mereka,

membosankan dan proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menyeronokkan.

Kelemahan pembelajaran matematik pada masa kini adalah disebabkan kegagalan guru

untuk membantu pelajar mencari hubungkait antara maklumat baru dengan pengalaman

sedia ada, sekolah dengan dunia luar, satu matapelajaran dengan matapelajaran yang lain

dan cabaran masa kini dan tanggungjawab untuk masa depan.

Justeru itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan

suatu pengalaman yang menyeronokan dan mencabar bagi semua pelajar. Bagi tujuan ini,

penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran serta latihan yang

berperingkat, bermakna dan sesuai perlu digunakan. Penekanan perlu ditumpukan kepada

penguasaan kemahiran asas, penerapan nilai murni dan pemupukan minat dan bakat.

Potensi dan bakat pelajar perlu diperluaskan dengan memberi peluang kepada setiap

pelajar untuk berkembang mengikut keupayaan dan minat masing-masing. Hal ini

memerlukan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar.

Menyedari hakikat ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa kini lebih

berpusatkan kepada penggunaan teknologi contohnya penggunaan perisian pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) dan langkah ini adalah satu usaha untuk mempelbagaikan

kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik. Penggunaan komputer sebagai alat

penyebaran maklumat dan juga sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih canggih apabila diperkenalkan teknologi komunikasi yang disepadukan

dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Corak pengajaran

yang dahulunya berpusatkan guru kini berubah kepada corak berpusatkan pelajar, lebih-

lebih lagi setelah wujudnya projek rintis sekolah bestari yang mengaplikasikan ICT

dalam sistem pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran dengan berbantukan komputer dapat menarik dan merangsang

minat pelajar untuk mempelajari dan seterusnya memahami sesuatu topik matematik.

Dengan penggunaan komputer, pengajaran bagi topik yang memerlukan banyak

visualisasi akan menjadi lebih mudah berbanding pengajaran secara tradisional yang

memerlukan masa bagi guru untuk melukis dan sebagainya (Carlton dan David, 1972).

Dalam masa yang sama, penggunaan komputer dalam pengajaran dapat membantu guru

menyalurkan sumber maklumat yang bermakna kepada pelajar. Pembelajaran

berbantukan komputer akan lebih berkesan sekiranya pelajar itu mendapat manfaat

sepenuhnya dan pelajar dapat melakukan aktiviti pembelajaran pada bila-bila masa, tidak

terhad hanya pada waktu persekolahan sahaja.

Menurut Shahril dan Habib (1999), selaras dengan kepelbagaian inovasi dalam

pelaksanaan kurikulum di negara ini, para guru perlu bersedia dan mengorak langkah

seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Ini bermakna guru tidak boleh terlalu

terikat dengan teknik pengajaran tradisional dan mengubah corak pengajaran dan

pembelajaran mereka ke arah pembelajaran berasaskan teknologi maklumat. Mereka

perlu lebih terbuka dalam menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna

kepada pelajar. Apa yang hendak ditekankan ialah kaedah tradisional seperti chalk and

talk atau scaffolding jika diintegrasikan dengan teknologi moden akan membuahkan hasil

yang lebih baik tanpa perlu mengorbankan nilai-nilai estetika pada diri setiap individu.

2.2 Latar Belakang Masalah

Sukatan pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

memerlukan pelajar menguasai berbagai kemahiran dan terlalu banyak topik yang perlu

difahami oleh pelajar untuk memastikan mereka dapat menjawab dengan baik dalam

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutamanya. Sekiranya pelajar tidak belajar

dengan bijak dan hanya terus berpandukan kepada kehendak sukatan pelajaran, ini sedikit

sebanyak akan membebankan pelajar serta membuang masa. Sebagai contoh, topik

penjelmaan telah dipecahkan kepada Penjelmaan I, Penjelmaan II dan Penjelmaan III.

Topik Penjelmaan I diajar semasa di tingkatan dua, Penjelmaan II semasa di tingkatan

tiga dan Penjelmaan III semasa di tingkatan lima. Melalui pemecahan topik ini kepada

tiga bahagian menyebabkan pelajar telah setkan pada pemikiran mereka bahawa tajuk ini

adalah sukar dan terlalu banyak perkara yang perlu difahami. National Curriculum and

Evaluation Standards for School Mathematics (NCTM) (1989) juga telah mengenalpasti

kepentingan tajuk geometri transformasi (penjelmaan) pada peringkat sekolah menengah

dalam kurikulum matematik dengan menyenaraikan tajuk ini antara tajuk yang

memerlukan pemerhatian yang tinggi.

Selain itu, pelajar tingkatan lima selalunya akan lupa tentang asas dalam topik

penjelmaan yang telah mereka pelajari semasa mereka di tingkatan dua (Penjelmaan I)

dan tingkatan tiga (Penjelmaan II). Jadi inilah yang menjadi punca utama pelajar menjadi

kurang berminat untuk belajar dan menguasai topik ini. Pengetahuan sedia ada pelajar

yang bersangkut-paut dengan topik Penjelmaan ini ialah mengenal sistem koordinat

Cartesian, boleh menyatakan titik koordinat daripada garis lurus yang diberikan, tahu

tentang empat jenis penjelmaan iaitu translasi, pantulan, putaran dan pembesaran. Pelajar

juga perlu tahu menggunakan matriks lajur dan dapat melakukan operasi penambahan

dan pendaraban matriks. Sekiranya pengetahuan asas pelajar amat lemah, maka ia akan

menambahkan lagi kesukaran pelajar untuk memahami konsep lanjutan di dalam

Penjelmaan III.

Menurut Yudariah Yusof et al. (2005). terdapat beberapa kesalahan lazim yang

dilakukan oleh pelajar semasa mempelajari topik penjelamaan ini dan kesalahan ini boleh

dikategorikan kepada dua iaitu kesalahan berstruktur dan kesalahan aplikasi kaedah atau

maklumat. Antara kesalahan berstruktur yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah pelajar

tidak mampu membezakan penjelmaan tunggal antara translasi, pantulan, putaran dan

pembesaran dengan baik serta tidak boleh menghuraikan satu penjelmaan tunggal yang

setara dengan gabungan penjelmaan. Kurangnya pengetahuan asas matematik juga

mengakibatkan pelajar kurang jelas dengan simbol dalam translasi

yang mana x mewakili pergerakan mengufuk manakala y mewakili pergerakan

mencancang. Kesalahan lain yang dilakukan oleh pelajar ialah pelajar tidak mampu

mencari pusat putaran dan paksi pantulan apabila diberi objek dan imej serta tidak pasti

persamaan-persamaan yang terlibat dalam memetakan sesuatu objek kepada imej

tertentu. Akhir sekali, pelajar tidak berupaya mengaitkan luas imej dengan luas objek

melalui faktor skala pembesaran. Kesalahan bagi kategori aplikasi kaedah pula, pelajar

tidak dapat menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah mereka pelajari. Pelajar tidak

dapat menggunakan simbol bagi translasi dan pelajar selalunya akan menulis simbol

(x,y) sebagai simbol translasi. Kecuaian seperti ini perlulah dielakkan. Pelajar juga tidak

mahir melaksanakan gabungan penjelmaan mengikut tertib dan tidak tahu mengira luas

imej yang melibatkan faktor skala pembesaran.

Dengan berlakunya kesalahan-kesalahan lazim yang telah dinyatakan, jelaslah

bahawa pelajar akan menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan di dalam topik ini.

Melalui temubual dengan seorang guru matematik iaitu Noziema bt. Mohd Nor dan juga

surat sokongan dari beliau (rujuk Lampiran A), beliau menyatakan bahawa masalah yang

sering dihadapi oleh pelajar ialah semasa menjawab soalan peperiksaan SPM. Di dalam

kertas peperiksaan matematik SPM, soalan bagi topik Penjelmaan III adalah soalan wajib

bahagian B kertas dua. Manakala soalan bagi topik Penjelmaan I dan Penjelmaan II

kebiasaannya akan dikemukakan pada bahagian soalan objektif iaitu soalan kertas satu.

Jadi, ini menunjukkan topik Penjelmaan ini adalah salah satu topik yang penting dan

dapat membantu pelajar mendapat markah yang tinggi. Tetapi, kebanyakan pelajar tidak

dapat menjawab soalan di bawah topik ini dengan baik walaupun pada hakikatnya soalan

bagi topik penjelmaan ini adalah soalan yang mudah dan tidak memerlukan masa yang

panjang untuk menjawab berbanding soalan lain seperti Graf Fungsi yang memerlukan

pelajar menginterpretasikan data dan melukis graf. Jadi, ini adalah satu kesilapan besar

yang sering dilakukan oleh pelajar dalam strategi pemilihan soalan yang hendak dijawab.

x

y

x

y

Melalui pemerhatian tentang corak soalan matematik SPM setiap tahun, dapat

diperhatikan bahawa corak soalan bagi topik ini adalah sama. Sekiranya penekanan yang

sama dilakukan kepada pelajar maka kemungkinan besar pelajar dapat mencapai markah

yang tinggi semasa menjawab soalan bagi topik ini.

Selain daripada masalah yang timbul dari pelajar itu sendiri, terdapat juga

masalah yang dihadapi oleh guru. Seperti yang kita ketahui, topik Penjelmaan ini adalah

salah satu topik matapelajaran yang melibatkan penggunaan gambarajah yang banyak,

animasi dan pergerakan (Yudariah Yusof et al., 2005). Jadi, adalah sukar untuk mengajar

topik ini dengan hanya menggunakan kaedah pengajaran tradisional iaitu chalk and talk.

Guru akan mengambil masa yang lama untuk melukis gambarajah pada papan hijau atau

pada papan graf dengan kerap. Tetapi dengan penggunaan perisian ini, guru dapat

menjimatkan masa dan perisian ini dapat digunakan berulang kali.

1.3 Penyataan Masalah

Projek pembangunan perisian PBK ini adalah satu usaha untuk membangunkan

perisian yang dapat membantu pelajar untuk menguasai topik Penjelmaan. Untuk

mengajar topik penjelmaan, banyak gambarajah dan penggunaan animasi diperlukan. Jadi

dengan bantuan perisian ini, proses visualisasi akan menjadi lebih mudah dengan adanya

elemen-elemen multimedia yang telah diintegrasikan agar proses pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan bermakna.

1.4 Objektif Projek

Objektif pembangunan perisian PBK ini adalah untuk menghasilkan perisian bagi

topik Penjelmaan yang berlandaskan kepada silibus Matematik KBSM.