perisian pembelajaran berbantukan komputer bab … · perisian pembelajaran berbantukan komputer...

32
PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB JIRIM (MATTER) DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSM TINGKATAN SATU NOOR ASHIKIN BT ABD RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

34 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

BAB JIRIM (MATTER) DALAM MATA PELAJARAN SAINS

KBSM TINGKATAN SATU

NOOR ASHIKIN BT ABD RAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ◆

JUDUL: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB “MATTER” DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSM TNGKATAN SATU .

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya : __________________NOOR ASHIKIN BT ABD RAHIM_____________________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 372, LORONG EMAS L2/9 EN ROSNIZAMUDDIN SHAH B SIDEK PEKAN BARU, 36000 Nama Penyelia TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh: 24 APRIL 2006 Tarikh: 24 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”

Tandatangan : …………..........

Nama Penulis : En. Rosni Zamuddin Shah b Sidek

Tarikh : 24 APRIL 2006

Page 4: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB JIRIM (MATTER) DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSM TINGKATAN SATU.

NOOR ASHIKIN BT ABD RAHIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ..............................................

Nama Penulis : Noor Ashikin Bt Abd Rahim Tarikh : 24 APRIL 2006

Page 6: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

iii

Dedikasi Teristimewa buat mak dan abah,

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi sokongan dan dorongan sejak kaki

ini mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang…

sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi…

Buat my lovely sis, Kaklong dan Abanglong,

Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat dan apa jua bantuan yang diperlukan…

Buat semua ahli keluarga,

Terima kasih di atas segala-galanya…

Abang Abaddullah yang dikasihi....

Jasa dan budi baik yang telah diberikan amat kuhargai...suka dan duka mengharungi segala cabaran dan

dugaan cukup untuk mengajar kita erti kedewasaan...Semoga Allah S.W.T merestui hubungan ini...

Buat sahabat sehati dan sejiwa,

Terutamanya my lovely roomate, Sis Lis yang sudi membantu dan berkongsi pengalaman bersama, kenangan

manis bersama tidak akan dilupakan...Sis Jenab, Wanie, Ada, Sue, Fid, Ina, Uyun dan Rozi,...kenangan kita

sangat berharga sepanjang bergelar sebagai mahasiswi di UTM ini…

dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung…

Terima kasih, semoga jasa kalian diberkati Allah S.W.T…

”Kejayaan ini kita kongsi bersama...”

Page 7: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan

hidayahNYA, penulisan ini dapat disiapkan juga akhirnya.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam

menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada

saya serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan

jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada

En.Rosnizamuddin Shah b Sidek selaku penyelia bagi projek ini di atas segala tunjuk

ajar, nasihat serta bimbingan yang diberi sepanjang tempoh projek ini dibangunkan.

Tidak lupa kepada Unit Audio Video, Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan yang

memberi peluang kepada saya untuk menggunakan kemudahan komputer dan video

kamera. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak pentadbiran SMK

Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang memberikan kerjasama kepada saya

menjalankan kajian di sekolah tersebut.

Penghargaan teristimewa buat keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang tidak

jemu-jemu memberikan sokongan dan semangat kepada saya sepanjang berada di UTM

ini. Mak, Abah, Kaklong, Abglong, Ogy, Andy, Abg Abaddullah dan Sis Lis. Nama

kalian sentiasa tersemat di hati ini. Terima kasih semua. Wassalam......

Page 8: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

v

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk membina satu perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) bagi tajuk Jirim (Matter) dalam mata pelajaran Sains

KBSM tingkatan satu. Tujuan perisian ini dibangunkan adalah untuk memudahkan

pelajar mempelajari tentang konsep jirim dan konsep ketumpatan secara khususnya. Isi

kandungan perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran Sains KBSM. Teori

Konstruktivisme telah di gunakan sebagai teori pembelajaran utama di dalam perisian

ini. Perisian pengarangan Macromedia Authoware Attain 6.5 telah digunakan untuk

membina perisian PBK ini kerana ia dapat menggabungkan pelbagai elemen multimedia

seperti grafik, teks, suara, dan animasi untuk menghasilkan perisian multimedia

interaktif yang lebih menarik dan berkesan. Gabungan kepelbagaian unsur multimedia

memberi kelebihan kepada pengguna untuk memahami konsep jirim dan konsep

ketumpatan yang abstrak dan sukar untuk digambarkan. Metodologi pembangunan

perisian ini adalah berasaskan "Model Rapid Prototyping". Model ini membahagikan

aktiviti pembangunan perisian kepada lima fasa iaitu Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk,

Fasa Pembangunan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Penilaian. Proses penilaian dan

pembaikan yang telah dilakukan sepanjang proses pembinaan perisian ini diharapkan

dapat memberikan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada

pelajar-pelajar.

Page 9: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

vi

ABSTRACT

The objective of this research is to develop a Computer Assisted Instruction and

Learning (CAIL) prototype software for the subject of Science KBSM form one entitled

Matter. The purpose of this software is to assist the students in learning the concept of

matter and the concept of density. The contents of this courseware are based on the

Science syllabus for the Secondary School Integrated Curriculum. Constructivism theory

is used as the main learning theory in this software. Macromedia Authoware Attain 6.5

authoring tool is used to develop this software as it can integrate several media such as

graphics, text, sound, and animation to produce a multimedia interactive courseware

which is more attractive and effective. The incorporation of the various elements of the

multimedia helps the user to better understand the concept of matter and concept of

density that are abstract and very difficult to visualize. The development of this software

is based on "Rapid Prototyping Model" which divides the development activities to five

phases: analysis, design, development, implementation and evaluation. With this

evaluation and improvement that have been made during the development level, it is

hoped that it will provide an effective teaching and learning environment for the

students.

Page 10: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Tujuan Perisian 8

1.5 Skop Projek 8

Page 11: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

viii

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 9

1.7 Kepentingan Projek 11

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Pembelajaran Berbantukan 12

Komputer (PBK)

1.8.2 Perisian 13

1.8.3 Sains 13

1.8.4 Bab ”Matter” 13

1.8.5 Pengajaran 13

1.8.6 Pembelajaran 13

1.8.7 Pelajar 14

1.9 Penutup 14

II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 15

2.1 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan 16

Komputer (PBK) Berbanding Media

Pengajaran yang Lain

2.2 Definisi Multimedia 18

2.3 Elemen-elemen Multimedia 20

2.3.1 Teks 20

2.3.2 Grafik 21

2.3.3 Video 21

2.3.4 Animasi 22

2.3.5 Audio 22

2.4 Kepentingan Penggunaan Elemen Multimedia 22

2.5 Strategi Pengajaran dalam Perisian PBK 23

2.5.1 Tutorial/Nota 23

2.5.2 Latih Tubi 24

Page 12: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

ix

2.5.3 Simulasi 24

2.5.4 Permainan 25

2.6 Teori Pembelajaran 25

2.6.1 Teori Konstruktivisme 26

III REKA BENTUK PERISIAN

3.0 Pengenalan 29

3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 30

3.2 Fasa Analisis 31

3.2.1 Pembinaan Konsep Perisian 32

3.2.2 Menyatakan Tujuan 33

3.2.3 Mengenalpasti Skop Tajuk dan 34

Kumpulan Sasaran

3.3 Fasa Reka Bentuk 34

3.3.1 Perisian Pembangunan 35

3.3.2 Perkakasan Pembangunan 36

3.3.3 Perisian dan Spesifikasi Perkakasan 36

Main Balik

3.3.4 Carta Alir Perisian 38

3.4 Fasa Pembangunan 46

3.5 Fasa Perlaksanaan 47

3.6 Fasa Penilaian 47

IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.0 Pengenalan 49

4.1 Pakej Perisian 49

4.2 Panduan Penggunaan Perisian (PBK) 50

4.3 Struktur Asas Perisian 51

4.4 Perbincangan Perisian 51

Page 13: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

x

4.4.1 Tutorial 54

4.4.2 Isi Pelajaran (Topik) 54

4.4.3 Kuiz 56

4.4.4 Glosari 61

4.4.5 Permainan 62

4.4.6 Panduan Pengguna 64

4.4.7 Keluar 65

V KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 66

5.1 Perbincangan Soal Selidik Secara Umum 67

5.2 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa 68

Proses Pembangunan Perisian

5.2.1 Kekangan Masa 68

5.2.2 Kos 69

5.2.3 Kekurangan Perkakasan 69

5.3 Kekuatan dan Kelemahan Perisian PBK 69

5.3.1 Kekuatan Perisian 70

5.3.2 Kelemahan Perisian 71

5.4 Cadangan 71

5.5 Kesimpulan 72

RUJUKAN 74

LAMPIRAN 79

Page 14: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 : Aliran kerja berdasarkan Model

Rapid Prototyping 30

4.1 : Paparan montaj 53

4.2 : Paparan masukkan nama pengguna 53

4.3 : Paparan selamat datang 53

4.4 : Paparan objektif pembelajaran 53

4.5 : Paparan menu utama 53

4.6 : Paparan menu tutorial dan isi pelajaran (topik) 55

4.7 : Paparan isi pelajaran mengikut subtopik 55

4.8 : Paparan susunan isi pelajaran 56

4.9 : Paparan galeri sains 56

4.10 : Paparan rumusan yang menggunakan animasi 56

4.11 : Paparan soalan formatif dan soalan PMR yang 56

lepas

4.12 : Paparan menu kuiz 58

4.13 : Paparan soalan objektif 15 58

4.14 : Paparan peneguhan positif 58

4.15 : Paparan peneguhan negatif 58

4.16 : Paparan kekangan masa 58

4.17 : Paparan skor markah 58

4.18 : Paparan hadiah istimewa 60

Page 15: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.19 : Paparan soalan berbentuk subjektif 60

4.20 : Paparan pilihan pengulangan semula 60

4.21 : Paparan soalan suai dan padan 60

4.22 : Paparan maklum balas positif 60

4.23 : Paparan keputusan bagi soalan yang betul 60

4.24 : Paparan menu glosari 61

4.25 : Paparan makna perkataan beserta grafik 61

4.26 : Paparan yang tiada makna perkataan 61

4.27 : Paparan menu permainan 62

4.28 : Paparan montaj permainan 62

4.29 : Paparan arahan permainan 63

4.30 : Paparan permainan ”Poison Balloon” 63

4.31 : Paparan permainan ”Crossword Puzzle” 63

4.32 : Paparan kemasukan kata laluan atau ”password” 63

4.33 : Paparan permainan ”A Day of Slacking” 63

4.34 : Paparan permainan ”Gallactic Warrior” 63

4.35 : Paparan menu panduan pengguna 64

4.36 : Paparan panduan pengguna 1 64

4.37 : Paparan panduan pengguna 2 64

Page 16: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.38 : Paparan menu keluar 65

4.39 : Paparan montaj penamat 65

Page 17: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CAI - Computer Assisted Instruction

CD - Cakera Padat

ICT - Information and Communication Technology

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MSC - Multimedia Super Corridor

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PMR - Penilaian Menengah Rendah

P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

Page 18: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Borang Soal Selidik untuk Mengenal 79

Pasti Pengetahuan Sedia Ada Pelajar

Lampiran B Borang Penilaian Pakar 85

Page 19: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kenyataan ‘ilmu pengetahuan era kini tidak diberi tetapi diteroka’ menjadi lebih

relevan dengan perubahan arus pendidikan kepada suasana pembelajaran era globalisasi.

Pembelajaran secara penerokaan kendiri di Malaysia masih lagi baru, tambahan pula ia

berasaskan teknologi maklumat yang begitu pantas berubah. Oleh itu, pandangan

kebiasaan mereka yang mencintai dunia pendidikan juga harus berubah dan beredar

mengikut perkembangan canggih ini. Perkembangan teknologi tinggi kini

memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Segala-galanya boleh

didapati dengan segera dan pantas melalui media elektronik. Kemajuan canggih yang

mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan dan

tranformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya

yang tiada lokasinya, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia

(Azwan & Rozita. 2002).

Penggunaan komputer sebagai alat penyebaran maklumat dan juga sebagai alat

bantuan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih canggih apabila diperkenalkan

teknologi komunikasi yang disepadukan dengan penggunaan komputer dalam

Page 20: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

2

pengajaran dan pembelajaran. Corak pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya lebih

berpusatkan guru kini berubah kepada corak berpusatkan pelajar, lebih-lebih lagi setelah

wujudnya projek rintis sekolah bestari yang mengaplikasikan ICT dalam sistem

pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 2003 pula dasar Kementerian Pendidikan dalam penggunaan Bahasa

Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik merancakkan lagi penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan di mana sebanyak 5 bilion

ringgit telah diperuntukkan untuk melakasanakan pengajaran matematik dan sains dalam

Bahasa Inggeris. Ini termasuk membekalkan alat ICT di sekolah seperti Projektor LCD

dan komputer ‘notebook’ (Berita Harian, 20 Julai, 2002).

Dengan pengaruh globalisasi yang kita tidak dapat elak, penggunaan teknologi

maklumat secara meluas tidak dapat disekat. Ledakan maklumat hari ini adalah kesan

daripada kejayaan teknologi. Rekaan peralatan teknologi yang canggih membantu

meletakkan maklumat di hujung jari. Realitinya, implikasi kemajuan teknologi

maklumat yang dikecapi ini telah mempengaruhi dan menginovasikan corak pendidikan

di negara kita. Justeru, corak pendidikan negara yang agak ketinggalan zaman perlulah

diubah mengikut peredaran zaman.

“Dan bahawasanya adalah menjadi satu kewajipan untuk menghasilkan sistem

pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperlambangkan potensi individu

sepenuhnya dan mencapai aspirasi Negara Malaysia”.

(Akta Pendidikan,1995)

Terdapat banyak faktor atau perubahan dasar pendidikan negara yang akan

mempengaruh corak pendidikan di negara kita menjelang tahun 2020. Ini kerana

terdapat beberapa peranan pendidikan bagi memenuhi Wawasan 2020. Di antaranya

adalah membekalkan pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan mereka

mengendalikan kehidupan secara produktif dalam bidang teknologi, perdagangan dan

Page 21: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

3

ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk

dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action

bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan

Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini

wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti

tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai,

penekanan kepada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang

lebih dinamik.

1.1 Latar Belakang Masalah

Amalan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah amat penting dalam

merealisasikan matlamat kurikulum. Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk

sesuatu pelajaran amat dipengaruhi oleh kepercayaannya yang benar tentang sesuatu

pelajaran itu. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),

para pendidik khususnya harus membuka mata serta mengambil peluang yang tersedia

bagi memperkaya produktiviti dan kreativiti mereka secara meluas.

Peranan guru seharusnya mengalami anjakan paradigma seiring dengan

peredaran zaman yang lebih memerlukan peranan seorang guru sebagai pemudah cara,

pembimbing dan sebagai fasilitator. Pandangan guru yang menganggap murid-murid

yang datang ke situasi pembelajaran sebagai bekas kosong yang perlu diisi penuh oleh

guru dengan pelbagai ilmu pengetahuan perlu di ubah sejajar dengan peredaran masa.

Aktiviti-aktiviti pengajaran yang menggalakkan penglibatan murid -murid dalam

pembelajaran amat kurang digunakan dan diamalkan oleh guru dalam sesi-sesi

pengajaran mereka (Jemaah Nazir Sekolah, 1992; PPD Kuala Terengganu, 1994) .

Page 22: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

4

Para pelajar juga menghadapi masalah untuk belajar dimana mereka menghadapi

kesukaran di dalam memahami konsep dan kemahiran dalam pembelajaran bagi sesuatu

mata pelajaran.

Guru sebagai agen perantara perlulah memainkan peranan yang penting di dalam

mengatasi masalah ini. Guru-guru perlulah menjadi lebih kreatif dan inovatif bagi

memastikan matlamat yang digariskan dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Menurut

Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), guru kurang memberi

perhatian kepada gaya pembelajaran dan pengajaran berbantukan teknologi.

Satu permasalahan yang dihadapi oleh guru ialah mereka kurang berjaya

menggunakan bahan sumber secara kreatif, inovatif dan mengakibatkan pengajaran dan

pembelajaran kurang efektif dan tidak dapat menarik minat pelajar. Ini kerana, mereka

masih kurang faham konsep pedagogi bestari dan penguasaan Integrated Computer

Teaching (ICT) mereka adalah pada tahap yang rendah. Lantaran itu, guru-guru perlulah

memperlengkapkan diri mereka dengan pengetahuan-pengetahuan asas berkaitan dengan

ICT.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah melalui penggunaan Bahan

Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar khususnya

perlulah dipelbagai bagi mencorak minda generasi yang akan datang dengan lebih

matang dan cemerlang. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik

dalam pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pengajaran dan

pembelajaran. BBM juga boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk

mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan

pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Bahan ini bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dengan

pelajar dan pelajar sesama pelajar serta membantu mempercepatkan proses pemahaman

mereka. PBK ataupun perisian pembelajaran berbantukan komputer bukanlah sesuatu

Page 23: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

5

yang asing di dalam dunia pendidikan. PBK merupakan salah satu alternatif bagi

mempelbagai kaedah ataupun cara di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Zuraida dan Munirah (1997), menyatakan penggunaan PBK dalam mata pelajaran sains

dan matematik dapat meningkatkan kefahaman tentang konsep dengan adanya unsur-

unsur interaktif dan rekabentuk yang menarik.

Menurut Shaharom Noordin (1993), pembelajaran berkesan apabila pelajar

menunjukkan perubahan tingkah laku secara khusus melalui aktiviti-aktiviti yang

dicadangkan. Ini bermaksud, pembelajaran dikatakan berkesan apabila objektif dan

matlamat pembelajaran dapat memperlihatkan reaksi yang baik di akhir pengajaran.

1.2 Pernyataan Masalah

Matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah untuk

memastikan pelajar dapat menguasai konsep dan kemahiran tentang sains, seterusnya

melahirkan generasi yang tahu menghargai kepentingan dan kemahiran alam ciptaan

Allah. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains masih lagi rendah. Kebimbangan

ini pernah dinyatakan oleh bekas Menteri Pendidikan Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu:-

“Pencapaian dalam usaha meningkatkan pendidikan sains di negara ini masih jauh.

Justeru itu kita perlu mempunyai dasar strategik yang menyeluruh untuk menjadikan

mata pelajaran sains dan teknikal sebagai mata pelajaran diminati”.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996)

Pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran sains melambangkan pelajar

menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran mereka. Kegagalan pelajar

memahami dan menguasai konsep-konsep sains menyebabkan mereka tidak dapat

Page 24: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

6

menyelesaikan soalan yang menguji kefahaman konsep dan juga soalan kiraan. (Tan Kar

Seng, 1996).

Permasalah yang meruncing ini perlu di kenal pasti punca dan sebabnya di

peringkat akar umbinya lagi. Ini kerana, negara kita telah menetapkan sasaran ahli sains

ditambah daripada 300 orang ke 2300 orang bagi setiap juta rakyat Malaysia menjelang

tahun 2010. Sekiranya masalah ini tidak di bendung, hasrat dan impian negara tidak

dapat direalisasikan. Pokok utama kepada penyelesaian permasalahan ini haruslah

ditumpukan sepenuhnya kepada sistem pendidikan kita.

Konsep-konsep sains adalah abstrak dan sukar divisualisasikan. Pendapat ini

diutarakan oleh Wan Salihin dan Mohd Yusuf (1997). Kesukaran pelajar memahami

konsep sains yang sukar telah diberikan dengan berbagai label, seperti miskonsepsi oleh

(Gilbert dan Watts, 1983), alternatif scema (Driver dan Easley, 1978) dalam Wan

Salihin dan Mohd Yusof (1996).

Perkembangan dalam teknologi menjadi lebih bermakna dengan terciptanya

teknologi multimedia yang merupakan revolusi terbesar dalam bidang pendidikan dan

komunikasi. Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) mempunyai banyak

kelebihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Baharuddin Aris, et.al

(1998), kadar pengekalan informasi menggunakan multimedia berasaskan komputer

yang interaktif mampu mencapai sehingga 30 peratus lebih dari kadar pengekalan

informasi oleh pelajar yang menggunakan kaedah tradisional.

Sungguhpun begitu, perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ini

masih kurang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah

di Malaysia. Terdapat beberapa alasan dan sebab yang mendorong kepada situasi yang

dihadapi ini. Menurut Rio Sumarni (1996), kebolehdapatan perisian di sekolah adalah

rendah dan kebanyakan perisian yang digunakan adalah jenis produk komersial serta

tidak sesuai dari segi bahasa, budaya dan kurikulum sekolah di Malaysia.

Page 25: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

7

Kekurangan perisian PBK tempatan khususnya berunsurkan pendidikan sains

interaktif begitu ketara. Pendapat ini disokong oleh Zuraida dan Munirah (1997), yang

menyatakan kekurangan perisian PBK yang sesuai menghalang guru-guru dari

menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun mereka

menyedari akan kelebihannya.

Aziz Nordin (1989) menyatakan, bahasa juga boleh memberi masalah dalam

pembelajaran Sains. Tambahan pula mata pelajaran Sains telah menggunakan Bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar secara keseluruhannya. Masalah bahasa dalam

pembelajaran Sains adalah merupakan satu perkara yang perlu disedari oleh guru.

Bahasa adalah alat yang digunakan untuk memindahkan idea atau pengetahuan sains

kepada pelajar dan bahasa mungkin akan menyebabkan masalah salah konsep di dalam

pembelajaran sains jika tidak digunakan dengan betul.

Justeru, Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan jalan

penyelesaian kepada masalah-masalah pembelajaran sains masa kini, di mana

penggunaannya adalah selaras dengan era sains dan teknologi. Dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah, penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru memainkan

peranan yang penting sekali terutamanya untuk memahami suatu konsep dalam mata

pelajaran di samping menarik perhatian pelajar-pelajar. PBK yang dibina perlulah

menepati beberapa kriteria yang telah dikenalpasti seperti sesuai dari segi gaya bahasa,

budaya, bercirikan tempatan serta menepati kurikulum sekolah di Malaysia.

1.3 Objektif Projek

Projek ini dibina dengan tujuan untuk;

Page 26: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

8

1. Membangun dan membina satu perisian PBK bertajuk Jirim (Matter) mengikut

sukatan Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tingkatan

satu berasaskan teori Konstruktivisme.

2. Meningkatkan minat dan fokus pelajar terhadap mata pelajaran Sains dengan

mengubah cara pembelajaran menggunakan PBK dengan mengimplementasi

elemen-elemen multimedia.

1.4 Tujuan Pembangunan Perisian

Selain dari itu, pembinaan perisian PBK ini juga mempunyai beberapa objektif

yang ingin dicapai iaitu:

1. Sebagai pemudah cara terhadap pemahaman pelajar berkenaan topik Jirim

(Matter) yang mengandungi beberapa konsep yang abstrak dan melibatkan

kemahiran visual pelajar terhadap topik ini. PBK yang dihasilkan akan

membantu menerangkan secara lebih jelas dan berkesan dengan mengaplikasi

elemen-elemen multimedia seperti animasi dan grafik.

2. Membantu guru dan pelajar menjalankan ulangkaji tentang topik yang

berkaitan dalam bab Jirim (Matter) pada masa yang diperlukan oleh pengguna.

3. Memberi pendedahan pendidikan berasaskan teknologi kepada para pelajar

sejajar dengan tuntutan semasa bagi melahirkan generasi celik IT.

1.5 Skop Projek

Memandangkan Pihak Kementerian Pendidikan begitu menitik beratkan

penguasaan Bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran Sains dan Teknologi, pembangun

Page 27: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

9

berasa amat tertarik untuk membangunkan perisian di kalangan subjek yang menjadi

fokus utama ketika ini iaitu para pelajar di sekolah menengah. Perisian yang bakal

dibina dan dibangunkan ini adalah meliputi sukatan mata pelajaran Sains tingkatan satu.

Bab yang dipilih adalah bab tiga di dalam mata pelajaran Sains tingkatan satu iaitu Jirim

(Matter).

Bab ini mengandungi empat subtopik yang akan membincangkan tentang

”Matter Has Mass and Occupies Space”, ”Three States of Matter”, ”Density” dan

”Properties of Matter”. Pembangun memilih subjek utama pelajar-pelajar tingkatan satu

kerana pada permulaan inilah mereka akan diuji secara menyeluruh tahap penguasaan

mereka terhadap mata pelajaran Sains di dalam Bahasa Inggeris. Bak kata pepatah

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kandungan BBM ini dibina berdasarkan

sukatan pelajaran Sains KBSM tingkatan satu serta diselitkan maklumat tambahan di

dalam galeri sains. Galeri sains yang akan diketengahkan merupakan bahan pengetahuan

am kepada para pelajar di samping dapat menjana pemikiran secara kreatif dan kritis.

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Konsep sains perlu diperkenal kepada pelajar-pelajar pada peringkat awal.

Menurut Sharifah Berlian (1996), memperkenal konsep sains yang betul dan tepat

kepada pelajar adalah mustahak supaya mereka tidak keliru apabila mereka menemui

konsep demikian di dalam konteks yang berlainan. Menurut Poh Swee Hiang (1994),

konsep sains adalah idea abstrak yang digeneralisasikan dengan fakta-fakta atau

pengalaman yang spesifik. Miskonsepsi atau idea alternatif adalah merujuk kepada

pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang pelajar tentang fenomena alam melalui

pengalaman sehariannya.

Page 28: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

10

Tajuk yang dipilih untuk dibangunkan dalam projek Perisian Berbantukan

Komputer (PBK) ini ialah Jirim (Matter). Tajuk ini menjadi pilihan kerana terdapat

beberapa salah faham ataupun salah konsep yang sering dilakukan oleh para pelajar

terhadap tajuk yang dipilih ini. Ambiola (1998) menegaskan, Sains membekalkan satu

rangka konsep yang membolehkan pelajar memahami alam sekeliling mereka. Setiap

pelajar mempunyai konsep yang telah dibina daripada pengalaman unik dan pemerhatian

dalam kehidupan mereka. Namun begitu, seringkali konsep mereka tidak bertepatan

dengan teori sains atau sekurang-kurangnya dengan apa yang diajar oleh guru. Salah

satu di antaranya adalah miskonsepsi para pelajar terhadap konsep ketumpatan yang

menganggap bahawa bahan yang lebih berat akan tenggelam. Namun jika mengikut

konsep sains yang sebenarnya ialah bahan yang lebih tumpat daripada air akan

tenggelam manakala bahan yang kurang tumpat daripada air akan timbul.

Begitu juga dengan pergerakan zarah-zarah yang berlaku di dalam sesuatu

keadaan di mana ianya tidak dapat dilihat dan digambarkan dengan mata kasar.

Kefahaman tentang konsep pergerakan ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi bagi

membolehkan seseorang pelajar membayangkan pergerakan zarah-zarah yang terjadi

dalam sesuatu keadaan. Selain daripada itu, para pelajar tidak dapat menghubung kait

konsep sains yang dipelajari dengan keadaan di sekeliling mereka. Kegunaan konsep

ketumpatan misalnya, terdapat pelbagai contoh yang boleh dihubung kaitkan dengan

kehidupan seharian seperti penggunaan pelampung, rakit, belon panas dan sebagainya.

Ini kerana, pelajar tidak menyedari dan tidak mengaplikasi akan kewujudan konsep sains

dengan kehidupan seharian mereka.

Maka di sinilah PBK akan memainkan peranan yang besar di dalam menjelaskan

konsep-konsep sains yang abstrak dan sukar divisualisasikan ini. Pendapat ini disokong

oleh kajian Balakrisnan (1992) dalam Rusnaini dan Hasanusi (2000) yang menyatakan

alat teknologi seperti perisian komputer dalam bilik darjah memberi kesan positif

kepada keyakinan pelajar untuk belajar. Sekiranya penggunaan PBK ini dilakukan

dengan cara yang tepat dan berkesan, pembelajaran Sains yang dihasilkan tidak akan

mengalami masalah dan miskonsepsi atau salah konsep tidak akan berlaku kepada para

Page 29: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

11

pelajar. Elemen-elemen multimedia seperti grafik dan animasi yang menarik dapat

diterjemahkan ke dalam perisian ini bagi menjelaskan sesuatu konsep sains dengan cara

yang lebih realistik, menarik, mudah difahami dan juga berkesan.

1.7 Kepentingan Projek

Pembinaan PBK ini adalah bertujuan bagi menggalak usaha untuk memperkenal

dan memperkembang PBK sebagai satu alternatif kepada bahan bantu mengajar bagi

mata pelajaran Sains di sekolah. PBK yang akan dihasilkan diharapkan akan dapat

membantu sedikit sebanyak bebanan seorang guru semasa menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru boleh menggunakan PBK ini bagi

memudahkan penyampaian maklumat kepada para pelajar dengan cara yang lebih efektif

dan interaktif. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang selama ini masih

berjalan secara tradisional seperti menggunakan buku teks semata-mata dapat di atasi.

Ketandusan perisian PBK Sains yang sesuai merupakan kekangan utama selain

daripada kekurangan peralatan komputer. Maka, dengan tercetusnya pembinaan PBK

seperti ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan menambah

koleksi PBK Sains dalam Bahasa Inggeris yang selari dengan sukatan pelajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia serta bercirikan tempatan.

Seperti yang kita sedia maklum, bahasa pengantar yang digunakan bagi mata

pelajaran Sains dan Matematik adalah di dalam Bahasa Inggeris. Ini sedikit sebanyak

telah menyumbang kepada salah tanggapan para pelajar terhadap sikap yang

menganggap bahawa Sains itu susah terutamanya di kalangan para pelajar Melayu.

Harapan pembangun adalah untuk mengikis salah tanggapan ini serta menarik minat

para pelajar khususnya dalam mata pelajaran Sains dengan kaedah dan cara yang lebih

interaktif. Oleh itu, PBK yang akan dihasilkan akan menggunakan Bahasa Inggeris yang

Page 30: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

12

mudah dan ringkas. Maka ianya dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan pelajar tanpa

jurang di antara mereka. Istilah-istilah Sains juga akan diterangkan dengan lebih

berkesan melalui penggunaan bahasa yang ringkas dan padat.

1.8 Definisi Istilah

Bagi memudahkan lagi pemahaman tentang tajuk kajian ini, beberapa definisi

istilah dinyatakan seperti di bawah:

1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Terdapat beberapa pendapat dan definisi PBK yang telah diberikan oleh

beberapa sumber yang berbeza. Alessi dan Trollip (1985) mendefinisikan

PBK sebagai penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat,

membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar, sama ada kesemuanya

selkali atau sebahagiannya sahaja. Zainab Arshad (1991) mendefinisikan

PBK sebagai satu bentuk mekanisme pengajaran yang mempuyai nilai-

nilai pendidikan yang dibina dalam bentuk perisian di mana proses

pembelajaran menjadi lebih menarik dengan aktiviti yang ada dan

menggalak ke arah peningkatan tahap pencapaian.

1.8.2 Perisian

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, perisian bermaksud data, program

dan sebagainya yang perlu untuk pengendalian komputer. Perisian juga

boleh didefinisikan sebagai program atau atur cara komputer yang dapat

digunakan dengan sistem komputer tertentu.

1.8.3 Sains

Page 31: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

13

Sains merujuk kepada susunan ilmu pengetahuan hasil dari kajian

terhadap alam sekitar. Mengikut Kamus Oxford Edisi 1983, Sains

merupakan cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan

eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman

terhadap fenomena alam semulajadi. Abu Hassan Kassim (2001)

menyatakan bahawa Sains merangkumi bidang pengetahuan yang

berkaitan dengan sebatian, kehidupan dan alam, yang dikaji secara

bersistem, dengan menggunakan kaedah saintifik.

1.8.4 Bab “Matter”

Bab “Matter” adalah bab ketiga dalam sukatan Sains KBSM tingkatan

satu yang mengandungi 4 subtopik iaitu ”Matter Has Mass and Occupies

Space”, ”Three States of Matter”, ”Density” dan ”Properties of Matter”.

1.8.5 Pengajaran

Suatu proses perlakuan-perlakuan guru yang dirancangkan dengan teliti

dan melihatkan langkah-langkah tertentu untuk membawa perubahan

tingkah laku di kalangan pelajar.

1.8.6 Pembelajaran

Perubahan tingkah laku di kalangan pelajar yang agak kekal kerana

pengalaman dan latihan yang diteguhkan melalui aktiviti-aktiviti bilik

darjah.

1.8.7 Pelajar

Mengikut Kamus Dewan adalah orang yang belajar iaitu meliputi murid

sekolah, penuntut-penuntut kolej dan sebagainya.

Page 32: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB … · perisian pembelajaran berbantukan komputer bab jirim (matter) dalam mata pelajaran sains kbsm tingkatan satu noor ashikin bt

14

1.9 Penutup

Pembelajaran bermula apabila seseorang itu bertindak sekiranya menerima

sesuatu rangsangan. Tindakan ini mungkin secara perbuatan atau pemikiran terhadap

rangsangan tersebut. Proses pembelajaran dianggap berakhir apabila perubahan

tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Pengajaran yang seiring dengan bahan

bantu mengajar yang terkini seperti perisian PBK akan dapat membantu meningkatkan

proses pengukuhan dan pembinaan konsep sains di kalangan para pelajar. Norhashim

et al (1991), menyatakan melalui PBK tugas seorang guru untuk mengajar di dalam

bilik darjah boleh digantikan dengan komputer. Sehubungan dengan itu, pembangun

akan membangunkan satu perisian pembelajaran berbantukan komputer bab Jirim

(Matter) dalam mata pelajaran Sains KBSM tingkatan satu.