pembinaan perisian pembelajaran berbantukan … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi...

18
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK KEREAKTIFAN LOGAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN 4 MIZARIME BINTI GHAZALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhhuong

Post on 29-May-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK KEREAKTIFAN LOGAM

MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN 4

MIZARIME BINTI GHAZALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN 1 BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK KEREAKTIFAN LOGAM, MATAPELAJARN SAINS TINGKATAN EMPAT 1

SESI PENGAJIAN : 2003 /2004

_________MIZARIME BINTI GHAZALI (820424-01-5630)_______

(HURUF BESAR)

Saya

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF MADYA DR. SETH B. SULAIMAN Nama Penyelia

Tarikh : ____11 MAC 2004 _

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: NO.5, KG PARIT HJ YUSUF, SERI MEDAN,_____________ 83400 BATU PAHAT, JOHOR. Tarikh : __11 MAC 2004 1

Page 3: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penyelia : PM. DR. SETH BIN SULAIMAN

Tarikh : 1 11 MAC 2004 1

Page 4: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BAGI TAJUK KEREAKTIFAN LOGAM

MATAPELAJARAN SAINS

TINGKATAN 4

MIZARIME BINTI GHAZALI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidkan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARY, 2004

Page 5: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : 1 MIZARIME BINTI GHAZALI 1

Tarikh : 11 MAC 2004 1

Page 6: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

iii

DEDIKASI

UNTUK ABAH,

GHAZALI BIN AHMAD

DAN EMAK,

MISLIHA BT ANSOR…

KASIH SAYANG DAN PENGORBANAN KALIAN

MENJADIKAN DAKU SEORANG INSAN

YANG BERGUNA…

UNTUK KAKAK & ‘ABANG’,

SITI MIZARINA & NOR FAIZAL

TERIMA KASIH ATAS SEGALA TUNJUK AJAR

& PERTOLONGAN YANG DIBERIKAN,

TERIMA KASIH SEGALANYA…

UNTUK ADIK-ADIK TERSAYANG,

MIZAAZNUR,

MIZANURFAKHRI,

MIZANURHILMI,

MUHAMMAD MIZAAZRI,

MUHAMMAD MIZANURHANIF,

IKUTILAH JEJAK LANGKAH KAKAK-KAKAKMU

SEHINGGA BERJAYA…

UNTUK YANG TERISTIMEWA,

ABDUL RAHMAN B. ABD WAHAB

TERIMA KASIH KERANA MENYAYANGI

DAN MEMAHAMI DIRIKU…

Mimie sayang semua….

Page 7: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian selayakNya bagi Allah S.W.T jua, Tuhan

pemerintah sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

S.A.W.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia

Projek Sarjana Muda ini, PM Dr. Seth B. Sulaiman atas bimbingan, dorongan dan

nasihat yang telah diberikan sepanjang tempoh penyeliaan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah memberikan

dorongan dan semangat bagi menjayakan projek ini. Terima kasih kepada pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari

semua pihak amatlah dihargai dan segala jasa baik yang dicurahkan, moga-moga akan

mendapat balasan pahala daripada Allah S.W.T

Sekian, terima kasih.

Page 8: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

v

ABSTRAK

Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat yang pesat telah meningkatkan

kepentingan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah mahupun di rumah. Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan di sekolah-sekolah di negara kita yang mengaplikasikan teknologi maklumat

dan komputer adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Pembelajaran menggunakan perisian PBK

lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional

kerana interaktivitinya yang tinggi dan kaedah penyampaian pengetahuannya yang

maya, dinamik dan menarik. Oleh itu, satu PBK bagi tajuk Kereaktifan Logam telah

dibangunkan. Perisian ini meliputi isi kandungan definisi kereaktifan logam, kereaktifan

logam dengan air, kereaktifan logam dengan asid, kereaktifan logam oksigen dan siri

kereaktifan logam. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian bahasa

gubahan atau pengarangan, Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama, Adobe

Premiere 6.5, Ulead 3D 3.0, Adobe Photoshop 6.0 dan lain-lain perisian sebagai perisian

sokongan.

Page 9: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

vi

ABSTRACT

The rapid development in the field of information technology has increased the

importance of computer utilization in the teaching and learning process, whether in

school or at home. One of the methods that is being explored is the application of

Computer-Aided Instruction (CAI) software in teaching and learning in the nation. This

method is found to be more effective in the delivery of knowledge in view of its high

interactivity making learning more virtual, dynamic and interesting. Upon this

understanding, therefore, this handy software entitled Metal Reaction is develop. Its

content covers definition metal reaction, metal reaction with water, metal reaction with

acid, metal reaction with oxygen and metal reaction series. This software was developed

using the authoring language software, Macromedia Authorware 6.5 as the main

software, Adobe Premiere 6.5, Ulead 3D 3.0, Adobe Photoshop 6.0 and other softwares

as the supporting softwares.

Page 10: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latarbelakang Projek.

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Kepentingan Projek

-

-

ii

iii

iv

v

vi

vii

1

3

4

7

7

Page 11: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Berita tentang kecanggihan teknologi maklumat sering dipaparkan melalui

media cetak dan media eletronik. Penggunaan komputer semakin penting dalam

kehidupan seharian sama ada di pejabat ataupun di rumah. Wawasan 2020 menghadapi

cabaran masyarakat yang hidup berasaskan sains dan teknologi sebagai salah satu

agenda penting. Namun begitu kita tidak pasti sejauhmana pelajar sekolah masa kini

bersedia menghadapi situasi sedemikian.

Dewasa ini, orang yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan

yang luas dalam bidang komputer boleh dianggap sebagai sumber atau aset yang sangat

berharga kepada masyarakat industri. Sebaliknya manusia yang jahil atau tidak

mempunyai pengetahuan langsung terhadap komputer, boleh dikenali sebagai buta

komputer dan dianggap sebagai penghalang kemajuan sesebuah negara yang

kemajuannya berasaskan teknologi maklumat (Lim, 1995).

Pelajar yang tamat pengajiannya tanpa mendapat pendedahan yang sewajarnya

terhadap komputer juga boleh dianggap sebagai masih belum mengalami proses

pendidikan yang sempurna. Buta komputer perlu dibasmi dengan segera sebagaimana

usaha kerajaan membasmi buta huruf suatu ketika dahulu. Apabila wujud konsep

globalisasi, dunia tanpa sempadan dan konsep-konsep lain yang wujud akibat

Page 12: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

perkembangan maklumat yang pesat, dunia perniagaan dan industri memerlukan

pekerja yang berkebolehan menggunakan teknologi komputer (Molnar, 1980).

Luehrman (1983) telah rnenyokong pendapat Molnar dengan mengatakan

bahawa kejahilan orang ramai terhadap komputer akan membawa kepada krisis negara.

Beliau menganggap kebolehan untuk menggunakan peralatan yang berasaskan

komputer adalah sama pentingnya dengan kemahiran 3M (membaca, menulis dan

mengira). Menurut Luehrman lagi, perhubungan adalah asas kepada konsep literasi, dan

untuk berhubung dengan komputer seseorang individu itu perlu pengaturcaraan supaya

komputer itu boleh berfungsi dengan baik.

Sebagai menyahut kepelbagaian teknologi yang kian berkembang, Kementerian

Pendidikan Malaysia di bawah Pusat Perkembangan Kurikulum, telah melaksanakan

projek Literasi Komputer pada tahun 1992. Di antara objektif utama pelaksanaan

program ini ialah untuk memupuk sikap positif pelajar terhadap penggunaan komputer

di samping bertujuan supaya pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam

pelbagai kegunaan komputer khususnya perkakasan dan perisian sesuai dengan zaman

teknologi maklumat (Kementerian Pendidikan, 1992).

Rasional mengapa projek komputer dilaksanakan ialah apabila dunia komputer

sudah berada di hadapan mata, maka ia perlu diperkenalkan kepada pelajar . Tambahan

pula, para pendidik di serata dunia melaung-laungkan kepentingan komputer untuk

pelajar di alam persekolahan. Ibu bapa pula mula menggesa sekolah membeli komputer

untuk kegunaan anak-anak mereka (Rashidah,1995). Mereka berpendapat eksplorasi

komputer menggabungkan pembelajaran metakognitif dan pemikiran logikal.

Dalarn konteks Malaysia lebuhraya maklumat khususnya Koridor Raya

Multimedia(MSC) semakin terbentuk dan akan berkembang pesat tidak lama lagi.

Tarikh pelaksanaan Sekolah Bestari (Smart School) juga semakin lama semakin dekat.

Senario ini memberi kesan yang positif kepada seluruh masyarakat khususnya guru dan

pelajar. Pembelajaran berbantukan komputer sepatutnya bukan sesuatu yang

Page 13: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

menakutkan (fobia) sebaliknya patut menjadi sesuatu yang menarik dan memberi

faedah kepada semua lapisan masyarakat. Sekolah Bestari akan gagal jika guru dan

pelajar takut kepada komputer ( Zoraini Wati Abas, 1997). Sebab itulah pembelajaran

berbantukan komputer amat penting.

Besag dan Levine (1984) berpendapat pada tahap asas penggunaan komputer

adalah kebolehan membaca dan menulis dengan menggunakan bahasa sendiri.

Manakala definisi yang lebih luas, ia bukan setakat boleh membaca sahaja tetapi juga

boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan

seharian.

Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan

hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat

yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, penggunaan komputer sebagai

alat bantu mengajar adalah bermaksud mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak

boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer

berbuat sesuatu yang dikehendaki.

1.2 Latarbelakang Projek.

Pada dewasa ini, penggunaan komputer semakin meluas di gunakan dalam

pelbagai bidang. Sejajar dengan itu, pelbagai ikhtiar telah diambil oleh kerajaan,

masyarakat dan individu untuk mempelajari dan memperlengkapkan diri dengan ilmu

komputer supaya kerajaan, masyarakat dan individu dapat bersaing dalam dunia

teknologi ini. Salah satu bidang yang kini memperlihatkan penggunaan komputer yang

meluas ialah bidang pendidikan. Bidang pendidikan memainkan peranan yang penting

untuk mencapai matlamat yang disasarkan ini.

Berbanding dengan sistem pembelajaran tradisional, sistem pendidikan

sekarang lebih tertumpu kepada pembelajaran interaktif di mana ia merupakan

Page 14: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

pembelajaran dua hala yang melibatkan interaksi antara guru dan pelajar, maka

pembinaan perisian ini adalah satu usaha yang baik untuk menarik minat pelajar. Untuk

tujuan ini, pendekatan cara pengajaran yang sedia ada perlu dikaji dan dipertimbangkan

semula untuk mencabar minda pelajar dan menyesuaikan cara pengajaran dan bentuk

pembelajaran selari dengan penggunaan komputer. Perisian yang dibangunkan dengan

baik dapat merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan behaviorisme

dan kognitif.

Penggunaan komputer dalam pendidikan di Malaysia hanya bermula pada lewat

70-an. Projek Perintis Literasi Komputer (Computer Literacy Pilot Project) dan aktiviti

ko-kurikulum Kelab Komputer Sekolah (School Computer Club Co-Curricular

Activities) telah disarankan oleh pihak Kementerian Malaysia (KPM) dalam usaha

untuk mempergiatkan penggunaan komputer di peringkat sekolah (Ngan, 1994).

Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad secara rasminya telah

mengumumkan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor, MSC) dalam

ucapan beliau semasa merasmikan pelancaran Putrajaya pada 27 Ogos 1995.

Kerajaan telah menggariskan 7 aplikasi perdana untuk menjayakan MSC.

Antaranya termasuklah projek pembentukan Sekolah Bestari. Sejajar dengan

perkembangan ini, pada tahun 1996 KPM telah menggubal konsep Sekolah Bestari

yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kristis dan kreatif.

Kerajaan berusaha menubuhkan sekolah bestari yang dilengkapi dengan perkakasan IT

dan multimedia. Penggubalan ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang celik

teknologi dan berupaya menghadapi cabaran zaman teknologi maklumat. Alat

teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah

Bestari. Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada

teknologi komputer yang membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam

sistem pendidikan

Page 15: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

1.3 Pernyataan Masalah

Di Malaysia, walaupun kerajaan telah melaksanakan program "Pengenalan

Kepada Komputer’ pada tahun 1986, kita tidak pasti secara terperinci dan menyeluruh

sejauhmanakah pelajar telah menguasai teknologi komputer ini secara berkesan. Selain

daripada itu, walaupun kajian sudah dan pernah dijalankan oleh beberapa penyelidik

tentang penggunaan komputer pelajar, kita tidak pasti adakah semua pelajar telah celik

komputer sedangkan mereka merupakan penentu kemajuan negara pada masa akan

datang. Jika pelajar celik komputer dapat menguasai kaedah pembelajaran berbantukan

komputer yang dapat mengukuhkan lagi kefahaman mereka tentang konsep-konsep

sains.

Bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Malaysia yang ingin menjadikan semua

sekolah di Malaysia menjelang tahun 2010 sebagai sekolah bestari, jadi semua masalah

yang berkaitan dengan sistem pembelajaran perlulah diperbaiki dengan sebaik

mungkin. Antara masalah yang sering dihadapi dalam sistem pembelajaran tradisional

ialah :

1. Latar belakang pendidikan pelajar yang berbeza-beza menghalang

tercapainya objektif pembelajaran yang dikehendaki.

2. Sistem pembelajaran tradisional menghalang pelajar daripada menentukan

cara pembelajaran mereka sendiri dimana semua sistem pembelajaran

telah ditentukan oleh guru yang boleh mendatangkan kebosanan pada

pelajar.

3. Guru sukar untuk menerangkan topik-topik yang agak sukar untuk difahami

pelajar dengan menggunakan teks sahaja.

4. Pelajar sukar untuk mengingati fakta-fakta penting dalam pembelajaran.

5. Guru sukar untuk menyediakan alat bantu mengajar yang boleh menarik

perhatian pelajar dalam sesi pembelajaran. Oleh sebab itu guru sering

mengelakkan diri daripada menyediakan alat bantu mengajar dan

menyebabkan penglibatan pelajar yang minimum seterusnya

menghasilkan sesi pembelajaran yang membosankan.

Page 16: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

Kebanyakan masalah di dalam proses pengajaran dam pembelajaran berpunca

dari pelajar dan guru itu sendiri. Sikap guru itu sendiri yang tidak mahu melibatkan diri

dengan resolusi teknologi dalam pendidikan menyebabkan pelajar tidak bersedia untuk

menempuh zaman serba maju ini (Zaleha ,1996).

Pembangunan perisian PBK adalah salah satu cara untuk menyelesaikan

masalah-masalah yang timbul dalam pembelajaran. Antara sebab yang menjadikan

PBK ini sebagai penyelesaian masalah ialah :

1. Interaktif. Perisian PBK yang dibina dapat mewujudkan interaksi dua hala di

antara pelajar dan perisian. Masalah dapat di atasi malah

meningkatkan tahap pencapaian pelajar kerana pembelajaran secara

aktif akan berlaku dimana pelajar akan berinteraksi secara dua hala

dengan perisian PBK ini. Cara ini juga dapat menaikkan semangat dan

mewujudkan daya saing di antara pelajar.

2. Kemungkinan pelajar berminat untuk terus belajar adalah tinggi sekiranya

PBK yang mempunyai kaedah penyampaian yang menarik

dibangunkan. Kemunculan mikrokomputer dalam bilik darjah dapat

menaikkan semangat pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu

yang baru dalam hidup mereka

3. PBK yang membenarkan penggunanya belajar mengikut kemampuan dan

kebolehan mereka sendiri akan menimbulkan keseronokkan dan minat

di dalam diri pelajar terhadap sesi pembelajaran.

4. Kebolehpilihan untuk menentukan waktu belajar sendiri membuatkan

pelajar rasa lebih bebas untuk menentukan waktu belajar mereka

sendiri

5. Penggunaan PBK yang melibatkan pelbagai unsur multimedia dapat

memudahkan penerangan seterusnya mengekalkan segala informasi

yang telah dipelajari

6. Aplikasi komputer di dalam proses pembelajaran dapat menyediakan

pembelajaran kendiri yang peka dan sensitif terhadap keperluan

pelajar. Ia meningkatkan keyakinan pada pelajar dimana tiada lagi

Page 17: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

perasaan malu yang timbul untuk bertanyakan soalan atau

memberikan jawapan walaupun jawapan yang diberikan salah.

Projek pembelajaran berbantukan komputer ini diharap dapat membuka mata

para pendidik untuk melibatkan diri mereka di dalam resolusi teknologi dalam

pemdidikan. Projek ini juga merupakan satu usaha ke arah menghasilkan satu perisian

pembelajaran Sains yang mengikut sukatan pelajaran Negara kita dalam meningkatkan

pembangun-pembangun perisian dari kalangan pendidik.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk : a) Membina satu perisian PBK bagi tajuk Kereaktifan Logam dalam mata

pelajaran Sains Tingkatan 4

b) Meningkatkan pemahaman yang bermakna dan maksimum kepada pelajar

begi konsep Kereaktifan Logam melalui penggunaan PBK yang dibina.

1.5 Kepentingan Projek

Bagi mengatasi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran tradisional

dan masalah kekurangan perisian PBK yang memenuhi sukatan pelajaran Kementerian

Pendidikan Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu serta mempunyai kaedah

pengajaran yang berkesan, maka perisian yang dibina ini merupakan salah satu

alternatif untuk mengatasi masalah –masalah yang dinyatakan diatas.

Perisian ini dapat memberi gambaran dan penjelasan yang mudah bagi pelajar

memahami konsep abstrak. Pelajar akan dapat mengetahui siri kereaktifan logam

dengan lebih berkesan kerana perisian ini dilengkapi dengan penggunaan animasi.

Page 18: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … fileterlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini. Sokongan dari Sokongan dari semua pihak amatlah dihargai

Penggunaan video pula mendedahkan pelajar kepda pelajaran yang lebih realistik.

Untuk menarik minat dan perhatian pelajar dalam proses pembelajaran, penggunaan

unsur-unsur multimedia dan perisian yang interaktif telah menjadikan proses

pengajaran lebih menarik.

Perisian yang dibina ini juga dapat menggalakkan pelajar mempunyai sikap

yang positif terhadap mata pelajaran kereaktifan logam. Ini kerana pelajar diberi

peluang untuk belajar mengikut keupayaan, kehendak, minat dan masa pembelajaran

pelajar itu sendiri.