pembangunan perisian pembelajaran berbantukan … · dan komunikasi (ict) tingkatan 4 dibawah tajuk...

20

Upload: hatu

Post on 08-May-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk
Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

STILLAH BINTI SITIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk
Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

iii

Untuk suami tersayang,

Michael Endang

Untuk Ibunda yang di kasihi,

Sulinah Angkatak

Ingatan abadi buat ayahanda tercinta,

Mendiang Sitim Sobondok

Dan seluruh keluarga.

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas berkat dan limpah

karuni-Nya yang tidak terhingga sehingga saya dapat membangunkan sebuah perisian

yang telah dibina sepanjang 1 semester di UTM dengan jayanya.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Abdul Razak Bin Idris

selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya yang telah banyak memberi bimbingan dan

tunjuk ajar serta pandangan sepanjang saya membangunkan projek ini.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh keluarga saya terutamanya suami yang

tersayang dan juga ibu yang dikasihi yang banyak membantu saya dari segi kewangan,

sokongan dan dorongan sehingga saya dapat membangunkan projek ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu

saya samada secara langsung atau tidak langsung sehingga projek yang saya jalankan ini

siap dengan jayanya.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

v

ABSTRAK

Matlamat projek ini adalah membangunkan sebuah perisian pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) yang interaktif bagi matapelajaran Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun

menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk membangunkan perisian ini

dan mengaplikasikan Teori Behaviorisma sebagai pendekatan pengajarannya. Pengguna

akan dipaparkan kepada objektif perisian terlebih dahulu dan diberi pilihan samaada

pengguna ingin menjalankan tutorial ataupun latihan pengukuhan dalam bentuk soalan

yang pelbagai. Perisian dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris dimana ianya adalah

bahasa pengantar untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah.

Penggunaan gambar, teks, animasi dan butang-butang kawalan yang sepenuhnya

dikawal oleh pelajar dalam persekitaran pembelajaran secara penerokaan termasuk

latihan pengukuhan sebagai pengujian dan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar

untuk mempelajari topik ini. Perisian ini menggunakan Macromedia Authorware 6.5

sebagai perisian utama dan dibantu dengan perisian sokongan yang lain seperti Adobe

Photoshop CS, Macromedia Flash MX 2004, Sound Forge 6.0, Macromedia Captivate

dan Ulead Video Studio9.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

vi

ABSTRACT

The purpose of this project was to develop an interactive computer based-

learning courseware for the subject ‘Information and Communication Technology’,

Form 4 under topic ‘Computer Security’. Hanafin & Peck Instructional Design Model

was used as guide to develop this courseware and Behaviorism approached was used for

deliver contents. English Language is used in this courseware because it is the medium

of instruction for this subject in schools. Users can control their own learning by using

control button provided in this courseware. Games and activities provided to enhanced

student’s learning. Macromedia Authorware 6.5 has been used to develop this

courseware with support of other software such as Adobe Photoshop CS, Macromedia

Flash MX 2004, Sound Forge 6.0, Macromedia Captivate and Ulead Video Studio9.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Objektif Perisian 6

1.6 Rasional Projek 6

1.7 Kepentingan Projek 7

1.8 Skop Kajian 7

1.9 Pengguna Sasaran 8

1.10 Definisi Istilah 8

1.11 Penutup 9

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

viii

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Teknologi Pendidikan dalam P&P. 10

2.3 Multimedia Dalam Pendidikan 12

2.4 Elemen-Elemen Multimedia 13

2.4.1 Teks 14

2.4.2 Grafik 14

2.4.3 Audio 15

2.4.4 Video 15

2.4.5 Animasi 15

2.5 Keberkesanan PBK 16

2.5.1 Kelebihan PBK 17

2.5.2 Kelemahan PBK 19

2.6 Teori-teori Pembelajaran 21

2.6.1 Teori Behaviourisme 22

2.7 Strategi Pengajaran Dalam PBK 25

2.7.1 Tutorial 25

2.7.2 Latih Tubi 26

2.7.3 Permainan 26

2.7.4 Simulasi 27

2.8 Proses Pembangunan PBK 27

2.9 Model Pembangunan Hanafin & Peck 28

2.9.1 Fasa Analisis Keperluan 28

2.9.2 Fasa Rekabentuk 29

2.9.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 29

2.10 Penutup 30

BAB 3 REKABENTUK PERISIAN 31

3.1 Pengenalan 31

3.2 Model Reka Bentuk Perisian 31

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 32

3.2.1.1 Tajuk Dan Skop Pelajaran 32

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

ix

3..2.1.2 Pengguna Sasaran 32

3..2.1.3 Objektif 33

3.2.2 Fasa Rekabentuk 33

3.2.2.1 Strategi Pengajaran 33

3.2.2.2 Carta Alir 34

3.2.2.3 Perisian Yang Digunakan 36

3.2.2.4 Perkakasan 37

(a) Perkakasan Yang Digunakan

Pembangun 37

(b) Perkakasan Main Balik 38

3.2.3 Fasa Pembangunan Perisian 38

3.3 Penutup 39

BAB 4 HASIL REKABENTUK PERISIAN 40

4.1 Pengenalan 40

4.2 Penyimpanan Dan Penyebaran 40

4.3 Kandungan Perisian 41

4.3.1 Montaj 41

4.3.2 Induksi 42

4.3.3 Objektif Perisian 42

4.3.4 Pendaftaran Pengguna 43

4.3.5 Menu Utama 44

4.3.6 ‘Definition’ 45

4.3.7 ‘Threat’ 47

4.3.8 ‘Measures’ 48

4.3.9 ‘Evaluation’ 50

4.3.10 ‘Activity’ 55

4.3.11 Audio On Dan Off 57

4.3.12 ‘Credit’ 58

4.3.13 ‘Quit’ 58

4.4 Ciri-Ciri Perisian 59

4.4.1 Interaktiviti 59

4.4.2 Teks 60

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

x

4.4.3 Grafik 60

4.4.4 Audio 60

4.4.5 Video 61

4.4.6 Animasi 61

4.5 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam Perisian 61

4.6 Penutup 64

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN 65

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan 66

5.3 Masalah-Masalah Yang Di Hadapi Semasa

Pembangunan Perisian. 67

5.3.1 Kepakaran Dan Pengalaman 67

5.3.2 Kekangan Masa 67

5.3.3 Kreativiti Untuk Merekabentuk Paparan 68

5.4 Kelebihan Perisian 68

5.5 Kelemahan Perisian 70

5.6 Cadangan 71

5.6.1 Meningkatkan Kemahiran 71

5.6.2 Meningkatkan Daya Kreativiti. 71

5.7 Kesimpulan 72

5.8 Penutup 73

RUJUKAN 74

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

xi

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKA

RAJAH SURAT

2.1 Model Hanaffin & Peck 28

3.1 Carta Alir Perisian 35

4.1 Paparan Montaj 42

4.2 Paparan Objektif Perisian 43

4.3 Paparan Pendaftaran Pengguna 44

4.4 Paparan Menu Utama 45

4.5 Paparan Montaj ‘Definition’ 46

4.6 Paparan Nota Dalam Menu ‘Definition’ 46

4.7 Paparan Nota ‘Definition’ 47

4.8 Paparan Sub topik ‘Security Threat’ 48

4.9 Paparan Muka Depan Dalam Nota

‘Security Measures’ 49

4.10 Paparan Nota ‘Data Backup’ 49

4.11 Paparan Simulasi Penyimpanan Data 50

4.12 Paparan Muka Depan ‘Evaluation’ 51

4.13 Paparan Soalan Dalam Bentuk Objektif 52

4.14 Paparan Maklum Balas Positif 52

4.15 Paparan Maklum Balas Negatif 53

4.16 Paparan Yang Menunjukkan Peluang Menjawab

Soalan Sebanyak 2 Kali Sahaja. 53

4.17 Paparan Soalan Betul Salah Bagi Peneguhan

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

xii

Positif 54

4.18 Paparan Soalan Betul Salah Bagi Peneguhan

Negatif 54

4.19 Paparan Skor Markah 55

4.20 Paparan Pemilihan Aktiviti 56

4.21 Paparan ‘Activity 1’ 56

4.22 Paparan ‘Activity 2’ 57

4.23 Paparan Pembangun Perisian 58

4.24 Paparan Keluar Perisian 59

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan teknologi pada masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang

kehidupan. Teknologi bukan sahaja berkembang pesat di dalam bidang perindustrian,

bidang pertanian dan sebagainya malah penggunaan teknologi di dalam bidang

pendidikan juga kian meluas.

Program pendidikan di negara ini, khususnya bagi peringkat sekolah digubal

berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan

bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh

perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam usaha untuk

membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai

dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.

“Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah satu bidang ilmu yang

berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

2

komputer. Bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat

berkembang dan takrifan serta skopnya sentiasa disesuaikan seiring

dengan perkembangan bidang ilmunya.”

(Zanariah dan Rosmayuzie, 2001)

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Hon Choon Kim (2005),

sebagai langkah untuk meningkatkan pendedahan serta pengetahuan ICT di kalangan

pelajar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai

program antaranya program bestari, komputer dalam pendidikan, pengajaran dan

pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, My-schoolnet dan portal

My-GFL atau Malaysian Great For Learning.

Dalam konsep Sekolah Bestari, pembelajaran yang dikaitkan adalah bercorak

terarah kendiri, lebih memberikan kemampuan terhadap individu, kesinambungan

dan reflektif. Ini berlaku dengan adanya bekalan teknologi daripada sumber media

dan jaringan yang terdapat dalam sistem komputer yang dapat dihubungkan ke serata

dunia untuk mendapatkan sumber maklumat. Kaedah seperti ini dapat membantu

pelajar meneroka dengan lebih luas maklumat melalui kaedah pembelajaran yang

berpusatkan kepada pelajar dimana guru berperanan sebagai fasilitator untuk

mengembang pengetahuan generik pelajar tersebut.

Perlaksanaan Sekolah Bestari ini telah membuka ruang seluas-luasnya kepada

teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina

dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara

mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan

mereka yang kurang berada (KPM, 1997).

Pendedahan terhadap pengetahuan komputer perlu diterapkan di peringkat awal

lagi di mana matlamat ICT di peringkat sekolah menyatakan bahawa ianya dapat

membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

3

maklumat dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan

perkakasan teknologi maklumat bagi menyelesaikan masalah.

Di samping pengetahuan dan kemahiran, ICT juga membentuk pelajar yang

bersikap positif terhadap impak dan sumbangan teknologi maklumat kepada

masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan

sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup

dan bekerja (PPK, 2001).

Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini ialah satu mata

pelajaran pilihan yang ditawarkan di peringkat sekolah menengah atas. Mata

pelajaran ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran tentang

teknologi maklumat dan membina sikap yang bersesuaian untuk menghadapi cabaran

dalam era maklumat.

Pengetahuan, kemahiran serta sikap yang diperoleh melalui mata pelajaran

ini membolehkan para pelajar menyambung pelajaran dalam bidang teknologi

maklumat di peringkat pengajian yang lebih tinggi mahupun menggunakan

pengetahuan dan kemahiran ini dalam bidang pengajian yang lain atau bidang

kerjaya yang mereka ceburi (PPK, 2001).

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam pengajaran tradisi, komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang

guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula

hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan.

Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

4

mata pelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan ianya sebagai satu mata

pelajaran yang sukar untuk difahami (Jamaludin & Zaidatun, 2003).

Menurutnya lagi, penyediaan alat bantu mengajar bagi pengajaran tradisi juga

adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini secara tidak langsung

akan mengurangkan minat para pelajar terhadapnya. Biasanya pelajar memerlukan

rangsangan yang pelbagai untuk memotivasikan mereka belajar selain daripada

merujuk kepada buku yang merupakan sumber ilmu tradisional yang mana

membosankan dan kurang menarik.

Menurut Mahzan (2004), faktor pertama yang sering disebut sebagai

penghalang proses P&P ialah faktor jumlah pelajar yang ramai dalam sesebuah bilik

darjah di sekolah. Jumlah pelajar yang ramai ini akan menjadikan guru tidak dapat

memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada setiap individu pelajar, terutamanya

pelajar yang perlu kepada tumpuan yang khusus. Jumlah pelajar yang ramai ini

bukan sahaja menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah kurang selesa malah

interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar yang amat perlu bagi suasana

pembelajaran yang berkesan tidak dapat dilaksanakan oleh guru dengan mudah.

1.3 Pernyataan Masalah

Keselamatan komputer adalah salah satu daripada topik-topik yang terdapat

dalam Sukatan Mata pelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Tingkatan 4. Mata pelajaran ini adalah mata pelajaran yang baru diperkenalkan

kepada pelajar sekolah menengah. Oleh kerana matapelajaran ini baru diperkenalkan

di sekolah maka masih kurang perisian matapelajaran ICT di pasaran.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

5

Dalam mempelajari matapelajaran ICT, pelajar bukan sahaja didedahkan

tentang penggunaan teknologi komputer malah keselamatan komputer juga dititik

beratkan. Keselamatan komputer adalah sangat penting bukan sahaja untuk dipelajari

namun perlu disedari pada setiap individu khususnya pengguna komputer. Betapa

pentingnya keselamatan komputer ini boleh dilihat pada masa kini iaitu dengan

wujudnya kempen-kempen tentang kesedaran keselamatan komputer yang dijalankan

di universiti-universiti contohnya.

Bagi membantu guru dalam menyampaikan tajuk keselamatan komputer ini

pembangun ingin menghasilkan satu perisian pembelajaran berbantukan komputer

sebagai panduan yang lebih efektif untuk memudahkan pelajar memahami setiap

prosedur keselamatan komputer tersebut. Di samping itu, usaha pembangunan

perisian ini dapat menambahkan lagi sumber rujukan tambahan dan sebagai alat

bantu mengajar kepada pengguna yang disasarkan.

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek ini ialah membangunkan perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi di bawah tajuk

Keselamatan Komputer Tingkatan 4.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk

6

1.5 Objektif Perisian

Pembangun mengharapkan agar perisian ini akan dapat:

I. Membantu pelajar memahami maksud keselamatan komputer.

II. Memberi pengetahuan tentang ancaman-ancaman dalam keselamatan

komputer.

III. Membantu pelajar memahami langkah-langkah pencegahan dalam keselamatan

komputer.

1.6 Rasional Projek

Pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi tajuk

Keselamatan komputer adalah sebagai proses mengaplikasikan teknologi multimedia

dalam pendidikan di sekolah. Di samping itu, ianya menyediakan bahan pengajaran

dan pembelajaran bagi mengatasi kekurangan alat bantu mengajar terutamanya

dalam pengenalan kepada elemen-elemen keselamatan komputer ini. Dengan

bantuan grafik dan animasi ianya dapat membantu menunjukkan langkah-langkah

dalam mengaplikasikan elemen dalam keselamatan komputer.

Kaedah penyampaian isi pelajaran juga boleh digunakan oleh guru-guru atau

golongan pendidik dalam pengajaran mereka malahan boleh dijadikan sebagai

sumber rujukan kepada pelajar selain sumber buku teks.