pembinaan negara bangsa

7
3. ISU DAN CABARAN MALAYSIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA 3.1 Pengenalan Umum diketahui ramai, proses pembinaan negara bangsa amat menitikberatkan elemen perpaduan. Ianya menjadi matlamat utama sesebuah negara untuk memastikan dan mewujudkan keamanaan dan keharmonian melalui aspek perpaduan. Perpaduan merupakan sesuatu yang amat penting, ini kerana dengan adanya perpaduan ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu perkara yang buruk yang tidak diingini. Sebagai contoh peristiwa 13 Mei 1969, ia merupakan suatu peristiwa hitam bagi negara kita berkaitan dengan perpecahan rakyat antara kaum melayu dan cina. Ketika ini Malaysia berdepan dengan cabaran dalam merealisasikan aspirasi Tun Dr. Mahathir iaitu Wawasan 2020. Membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu diletakkan sebagai cabaran pertama Wawasan 2020. Ini memberikan gambaran bahawa ia adalah cabaran terpenting. Gambaran ini adalah tepat kerana pembentukan bangsa yang bersatu dianggap syarat utama di dalam menjayakan segala cita-cita negara yang terkandung di dalam Wawasan 2020. 3.2 Cabaran Dalaman Malaysia dalam Pembinaan Negara Bangsa Cabaran yang pertama di dalam pembinaan negara bangsa ialah memartabatkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga dikenali sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Setiap individu perlu memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu di dalam kehidupan seharian. Ini kerana tanpa bahasa rasmi yang

Upload: hafiz-yatin

Post on 16-Nov-2015

75 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

SJH 1044

TRANSCRIPT

3.ISU DAN CABARAN MALAYSIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

3.1PengenalanUmum diketahui ramai, proses pembinaan negara bangsa amat menitikberatkan elemen perpaduan. Ianya menjadi matlamat utama sesebuah negara untuk memastikan dan mewujudkan keamanaan dan keharmonian melalui aspek perpaduan. Perpaduan merupakan sesuatu yang amat penting, ini kerana dengan adanya perpaduan ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu perkara yang buruk yang tidak diingini. Sebagai contoh peristiwa 13 Mei 1969, ia merupakan suatu peristiwa hitam bagi negara kita berkaitan dengan perpecahan rakyat antara kaum melayu dan cina.

Ketika ini Malaysia berdepan dengan cabaran dalam merealisasikan aspirasi Tun Dr. Mahathir iaitu Wawasan 2020. Membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu diletakkan sebagai cabaran pertama Wawasan 2020. Ini memberikan gambaran bahawa ia adalah cabaran terpenting. Gambaran ini adalah tepat kerana pembentukan bangsa yang bersatu dianggap syarat utama di dalam menjayakan segala cita-cita negara yang terkandung di dalam Wawasan 2020.

3.2Cabaran Dalaman Malaysia dalam Pembinaan Negara BangsaCabaran yang pertama di dalam pembinaan negara bangsa ialah memartabatkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga dikenali sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Setiap individu perlu memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu di dalam kehidupan seharian. Ini kerana tanpa bahasa rasmi yang dihormati ianya akan menjadikan bahasa lain sebagai bahasa dominan dan ia tidak mencerminkan jiwa sesuatu bangsa. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua, ada mengatakan bahawa di dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan merupakan suatu strategi jangka panjang untuk mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Kepentingan bahasa Melayu adalah sesuatu yang asas dalam proses integrasi antara kaum. Asas perlembagaan dan dasar bahasa Melayu penting bagi mencorak jenis manusia yang diperlukan dalam proses pembangunan negara.

Malangnya, hari ini bahasa Melayu yang terkenal dengan jolokan Bahasa Kebangsaan sedang menemui jalan yang suram. Masyarakat Malaysia terutamanya golonan muda dihimpit osmosis budaya luar yang merojakkan bahasa Melayu dan bahasa luar iaitu bahasa Inggeris. Perkara sedemikian berlaku kerana bahasa Inggeris melambangkan simbol moden, maju dan kontemporari. Sesiapa yang menggunakan bahasa Melayu akan dipandang serong dan hina kerana disifatkan sebagai kekampungan. Ini berbeza sekali dengan negara-negara lain seperti Jepun, China dan Korea, mereka lebih didedahkan untuk menggunakan bahasa mereka sendiri berbanding bahasa luar. Wajar jika dikatakan negara mereka sudah terlebih dahulu berada di tahap negara bangsa. Jelas disini bahawa masyarakat melayu perlu menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam kehidupan seharian. Ini kerana langkah memartabatkan bahasa Melayu akan mempercepatkan proses pembinaan negara bangsa.

Cabaran yang kedua adalah memupuk dan membina masyarakat makmur. Masyarakat makmur bererti masyarakat yang berada pada tahap ekonomi yang sangat baik. Makmur juga merujuk kepada keadaan serba ada dan kaya raya. Di dalam masyarakat makmur tidak akan wujud kemiskinan dan kesengsaraan yang disebabkan oleh kemiskinan. Oleh itu perkataan Makmur merujuk kepada kemajuan dari segi kebendaan. Ini menumpukan perhatiannya kepada bidang ekonomi dan pembangunan fizikal.Untuk menjamin kemakmuran negara, Malaysia harus mempunyai kegiatan ekonomi yang mampu untuk bertindak dengan pantas dan dapat menyesuaikan diri mengikut perubahan penawaran, permintaan dan persaingan antarabangsa. Untuk mencapai taraf masyarakat makmur, rakyat negara ini mestilah mempunyai daya keusahawanan yang tinggi, mampu berfikir, mahir, tekun, bermaklumat dan bijak bertindak. Mereka hendaklah bersedia dan berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan di dalam pencapaian mereka. Semua ini didokong oleh penggunaan teknologi tinggi dan sentiasa diubahsuai untuk meningkatkan kekesanan. Peningkatan teknologi dan pendapatan rakyat tidak pula bermakna kos sara hidup akan turut meninggi. Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sejahtera dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang rendah.Negara makmur yang kita ingini ialah negara yang gagah di dalam bidang industri dan perdagangan dan indah pula dari segi budaya dan peribadi. Setiap rakyat bekerja dengan tekun untuk meningkatkan kecemerlangan diri tetapi tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada bangsa dan negara.Cabaran yang ketiga ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Taraf ekonomi juga menjadi penanda aras dalam pembinaan negara bangsa. Namun di dalam negara bangsa kemajua yang diukur adalah dari sudut segenap bidang kehidupan. Ini adalah kerana pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya. Apalah ertinya kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh berbagai jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Berjuta-juta rakyat menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku berbagai masalah sosial seperti perpecahan keluarga. Fenomena yang berlaku di negara-negara maju pada masa ini seolah-olah menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia, semakin lemah daya tahan moralnya. Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik. Masyarakat yang bermoral dan beretika lebih merujuk kepada pembangunan insaniah dan dalaman seseorang. Dalam erti kata lain, moral dan etika merujuk kepada tingkah laku masyarakat sama ada ketika bersendirian mahupun di khalayak ramai. Contohnya, masyarakat yang bermoral dan beretika tidak akan membuang sampah merata tempat mahupun sampah tersebut sekecil zarah. Namun apa yang terlihat kini di negara kita, masyarakat sering kali membuang sampah di mana sahaja terutama sekali ketika menaiki kenderaan. Singapura merupaka satu contoh ikutan terbaik dalam membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika. Ini kerana di Singapura, sesiapa sahaja yang membuang sampah di merata tepat akan dikenakan saman.Cabaran yang keempat ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi. Salah satu pencapaian di dalam negara bangsa adalah dapat mewujudkan suasana yang stavil, harmoni dan aman. Keadaan sedemikian sahaja yang mampu melahirkan generasi bijak pandai yang dapat memberi sumbangan berbentuk idea mahupun tenaga kerja kepada negaranya. Keadaan yang kacau bilau sebaliknya akan menyumbang kepada persengketaan dan perpecahan masyarakat.

Di dalam konteks ini, matang merujuk kepada masyarakat yang dapat berfikir secara rasional dan menolak elemen emosi. Mereka akan berfikiran selangkah kehadapan dengan mengambil kira kesan terhadap keputusan yang akan lakukan kelak. Selain itu, mereka juga tidak akan bertindak melulu tanpa berfikir panjang. Manakala liberal membawa maksud masyarakat yang membebaskan diri dari fahaman yang sempit. Masyarakat liberal akan lebih berfikiran terbuka dalam menerima sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain mereka tidak berfikiran kolot ataupun konservatif. Toleransi pula bermaksud sikap bertolak ansur antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit mahupun agama. Sikap Toleransi amat penting di dalam kehidupan bermasyarakat. Tanpa sikap toleransi ianya akan membawa satu keadaan huru-hara yang berkemungkinan akan mencetuskan satu lagi peristiwa berdarah seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Apa yang kita lihat hari ini adalah perkara yang sebaliknya. Tahap kesedaran masyarakat hari ini masih di bawa tahap yang sederhana kerana sehinga hari ini masih banyak isu-isu berkait rapat sikap toleransi masyaraakat. Sebagai contoh ketika menaiki kenderaan awam seperti bas dan kereta api, masih terdapat golongan muda yang tidak memberi tempat duduk mereka kepada orang yang lebih memerlukan seperti warga emas, ibu mengandung dan kanak-kanak.

Cabaran yang terakhir ialah membina masyarakat yang maju dan saintifik. Masyarakat yang maju bererti masyarakat yang sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik. Kemajuan bererti berubah dari keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Masyarakat yang maju sentiasa terbuka untuk menerima idea dan dapat mengubahsuai dengan situasi yang baru demi meningkatkan taraf hidup mereka. Masyarakat yang berdaya maju tidak akan menutup pemikiran mereka kepada unsur-unsur dari luar selagi mana unsur-unsur itu dapat digunakan untuk kebaikan. Masyarakat progresif tidak kekal di dalam kekolotan tetapi sentiasa mengikuti peredaran zaman.Perkataan saintifik pula merujuk kepada pengetahuan atau ilmu yang sistematik dan dapat dibuktikan kebenarannya. Oleh itu maju dan saintifik bermaksud sentiasa meningkatkan mutu kehidupan dengan cara meningkatkan pengetahuan yang saintifik. Dahulunya masyarakat sering memandang rendah terhadap ilmu, hasilnya mereka tidak menyekolahkan anak mereka atas alasan mereka yang tidak mempunyai pelajaran masih mampu mencari rezeki. Hari ini, masyarakat mulai sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan.

3.3RumusanKesimpulannya, terdapat banyak cabaran di dalam pembinaan negara bangsa. Namun semua cabaran itu pasti akan mampu kita hadapi dengan langkah yang dinamik dan proaktif. Apa yang menjadi kewajipan ketika ini adalah agar kita semua berganding bahu untuk menyokong pembinaan negara bangsa kerana kejayaan membina negara bangsa akan memberi manfaat kepada semua sejagat.