pembinaan motor aruhan tiga fasa

21
TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP ELEKTRONIK INDUSTRI – TAHAP 2 (SEMESTER 2) No. DAN TAJUK MODUL M06 ELECTRIC MACHINE No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE1 MAINTAIN DC MOTOR LE2 MAINTAIN AC MOTOR LE3 CHECK FUNCTION OF SERVO MOTOR OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE MAINTAIN AC/DC MOTOR AND CHECK OPERATING CONDITION OF SERVO SYSTEM USING SPECIFIED EQUIPMENT AND HAND TOOLS SO THAT OPERATING CONDITION AS PER SPECIFICATION. 163 INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (B05-02-06-LE2-IS2c)

Upload: raxief-zhi

Post on 02-Dec-2015

200 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

mesin

TRANSCRIPT

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

ELEKTRONIK INDUSTRI – TAHAP 2 (SEMESTER 2)

No. DAN TAJUK MODUL M06 ELECTRIC MACHINE

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 MAINTAIN DC MOTORLE2 MAINTAIN AC MOTORLE3 CHECK FUNCTION OF SERVO MOTOR

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

MAINTAIN AC/DC MOTOR AND CHECK OPERATING CONDITION OF SERVO SYSTEM USING SPECIFIED EQUIPMENT AND HAND TOOLS SO THAT OPERATING CONDITION AS PER SPECIFICATION.

163

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

(B05-02-06-LE2-IS2c)

ISI KANDUNGAN

LE2 – MAINTAIN AC MOTOR

TASK 05.06 – Maintain AC Motor

164

No. & TAJUKPENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE2 Maintain AC Motor

No. & TAJUK TUGASAN

TASK 05.06 – Maintain AC Motor

Code No. : B05-02-06-LE2-IS2c Muka : 1 drp. 9

TAJUK : PEMBINAAN MOTOR ARUHAN TIGA FASA

TUJUAN : Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan tentang bahagian, pembinaan dan kegunaan Motor AU serta jenis-jenis penebatan lilitan yang terdapat pada Motor AU.

PENERANGAN :

KOMPONEN-KOMPONEN MOTOR.

Pada asasnya, semua motor a.u terdiri dari bahagian komponen-komponen berikut:-

a) Badan (frame)

Motor jenis kecil biasanya diperbuat dari keluli tuangan yang berbentuk silinder. Motor jenis sederhana dan besar dibuatkan dalam bentuk kotak. Bahagian dalam menempatkan teras stator dan lilitan stator. Teras stator terdiri dari lapisan keluli yang bermutu tinggi. Lapisan-lapisan ini bertebat diantaranya

dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan arus pusar. Tudung-tudung motor direka untuk mendapatkan ketegaran yang maksima.

b) Stator

Mempunyai alur-alur untuk menempatkan lilitan-lilitan gelung tembaga.

Lilitan - lilitan stator yang telah siap kemudiannya direndamkan kedalam varnis sintex dan dipanaskan untuk membentuk lilitan kemas dan tidak telap habuk serta kelembapan.

Hablur silica-gel ditempatkan didalam peti punca motor-motor voltan tinggi. Hablur ini menyerap lembapan yang terdapat dalam peti punca.

c) Peti Punca

Terdiri dari bingkai punca bertebat yang ditempatkan dalam peti logam. Ianya dipanaskan untuk membentuk lilitan kemas dan tidak telap habuk serta kelembapan. Bagi motor-motor besar, penyambung didudukkan diatas bar - bar penebat dan dijarakkan

diantaranya bagi memudahkan penempatan kabel - kabel besar. Hablur Silica - gel ditempatkan didalam peti punca motor-motor voltan tinggi. Hablur ini menyerap

lembapan yang terdapat dalam peti punca. Hablur bertukar warna dari biru ke merah jambu.

Code No. : B05-02-06-LE2-IS2c Muka : 2 drp. 9

165

d) Rotor

Rotor sangkar tupai dalam motor-motor kecil mengandungi pengalir tembaga atau aluminium yang ditempatkan ke dalam teras rotor yang berlapis.

Biasanya alur - alur teras rotor berbentuk sangkar digunakan bagi mengurangkan dengungan dan pusuan-pusuan magnetik dan meninggikan dayakilas.

Rotor-rotor besar mempunyai pengalir-pengalir tembaga atau loyang melalui alur-alur didalam lapisannya, dengan hujungnya dipateri kegelang hujung.

Ia juga membawa kipas yang dipasang berasingan, alur - alur ganti pengudaraan diadakan didalam teras motor.

Kedua - dua permukaan rotor dan stator di mesin halus untuk memastikan celaan udara antara rotor dan stator adalah tepat.

e) Aci (Shaft)

Diperbuat dari keluli ketahanan tinggi dan mempunyai kekunci untuk menempatkan rotor dan kipas.

Saiznya bergantung kepada rotor yang dibawa.

f) Alas (Bearing)

Terdiri dari alas bebola (ball) dan alas rola (sleve) di dalam motor - motor kecil dan menggunakan gris sebagai pelincir.

Tangkup alas dibuat dari besi tuangan memegang dan melindungi alas didalam kandungan alas dari habuk.

Palam pelepas gris ditempatkan dibawah tangkup bearing untuk membenarkan bekalan geris yang cukup.

Alas jernal lazimnya terdapat pada motor jenis besar.

Rajah 1: Keratan Rajah 2: Pelindung Rajah 3: Pelindung alas

alas bebola single-row alas bebola

g) Gear

Tujuannya untuk menghasilkan kelajuan yang rendah atau yang dikehendaki dengan tidak mengubah dayakilas bagi motor tersebut.

Untuk menghasilkan kelajuan yang sangat rendah, dua atau lebih gear adalah diperlukan.

Code No. : B05-02-06-LE2-IS2c Muka : 3 drp. 9

166

MOTOR JENIS SANGKAR TUPAI

Mempunyai julat kelajuan antara 750 ke 3000 rpm dengan 2.5% gelincir.

Motor-motor ini berkadar maksima berterusan.

Alas bebola dipasang dibahagian hujung tak pemacu dan alas rola dihujung pemacu.

Rajah 1 : Menunjukkan suis pusat empar menggunakan litar sambungan motor.

Motor ini mempunyai badan jenis kotak bersama dengan alas kekaki.

Peti punca di motor voltan tinggi lebih besar dari yang terdapat divoltan rendah.

Ini adalah kerana ruang udara yang lebih besar antara punca diperlukan apabila voltan tinggi digunakan dan memudahkan pemasangan pengalir bekalan masuk yang bersaiz besar.

Bahagian bawah peti punca (atas penyendal kebal bekalan) dipenuhi oleh kompound yang menyekat kemasukan kelembapan dan memegang pengalir dengan kemas.

Rajah 2 : Pandangan keratan bagi permbinaan motor jenis aruhan sangkar tupai.

Rajah 3: Bahagian-bahagian utama bagi motor jenis aruhan sangkar tupai.

Code No. : B05-02-06-LE2-IS2c Muka : 4 drp. 9

167

Rajah 4 : Komponen-komponen Motor Aruhan jenis Sangkar Tupai.

Diantara komponen-komponen Motor Aruhan Sangkar Tupai ialah:

a. Tudung kipas

b. Skru tudung kipas

c. Kipas luar

d. Pelindung hujung (H.T.P)

e. Kelip lengkung alas

f. Alas (H.T.P)

g. Tudung tetap (H.T.P)

h. Penutup peti punca

i. Gasket peti punca

j. Bingkai punca

k. Nat dan sesendal bingkah

l.Tetebat dan skru masukan kebal

m. Peti punca

n. Bol tindek

o. Badan motor dengan tapak

p. Rotor dan aci

q. Kekunci aci

r. Bahu alas

s. Alas (H.P)

t. Sesendal tujuh alas

u. Sesendal pelincir alas dengan tudung kebuk

v. Pelindung-pelindung (H.P)

w. Pelindung-hujung

x. Bebibir

H.T.P. = Hujung Tak Pemacu

H.P. = Hujung Pemacu

Code No. : B05-02-06-LE2-IS2c Muka : 5 drp. 9

168

Rajah 5: Bentuk sangkar tupai untuk Motor Aruhan.

Rajah 6 : Rotor Sangkar Tupai

Rajah 7. Motor jenis sangkar tupai 50 k.k. hingga 350 k.k.

Code No. : B05-02-06-LE2-IS2c Muka : 6 drp. 9

169

MOTOR JENIS ROTOR BERLILITAN

Ia juga dikenali sebagai ‘slip-ring rotor’.

Rotornya terdiri dari susun aci, teras dan lilitan kipas, alas dan gelang arus.

Gelang arus dipasang dibahagian hujung tak pemacu.

Gelang arus diperbuat dari bahan fosfor - loyang tembaga nikel.

Penebat mica digunakan sebagai penebat diantara gelung - gelung arus.

Berus karbon dan pemegangnya boleh dikeluarkan dalam satu unit tanpa mengganggu gelang arus.

Lilitan pada rotor adalah sama jumlah kutubnya dengan lilitan pada stator.

Rajah 1: Bahagian-bahagian utama jenis motor berlilitan (Wound-rotor motor)

Rajah 2 : Komponen-komponen Motor Aruhan jenis Wound-Rotor Motor

Code No. : B05-02-06-LE2-IS2c Muka : 7 drp. 9

170

Rajah 3 : Rotor untuk jenis rotor-berlilitan

Rajah 4: Rotor untuk motor jenis berlilitan.

Di antara penebatan yang terdapat pada motor.

a) Penebatan lilitan motor

Penebatan lilitan motor adalah bahagian utama yang mengalami kesan suhu yang tinggi di motor.Terdapat lima kelas penebatan yang biasa didapati.

i. Penebatan kelas A (had setakat 105C) jarang digunakan.ii. Penebatan kelas E (had setakat 120C) iii. Penebatan kelas B (had setakat 130C) iv. Penebatan kelas B (had setakat 15C)v. Penebatan kelas B (had setakat 180C)

Code No. : B05-02-06-LE2-IS2c Muka : 8 drp. 9

171

b) Penebatan Badan Motor

Jenisnya bergantung kepada kedudukan motor di dalam keadaan sekeliling.

i. Badan kalis-titisan berpelindung skrin: Sesuai ditempat bersih dan kering. Pendakap hujung direka untuk melindungi motor dari titisan air. Badan Stator tidak ada ruang terbuka.

ii. Paip Ganti-udara: Digunakan dimana udara kasa boleh mengancam motor kerana kecemaran habuk atau Kakisan bahan kimia, dan digunakan dimana terdapat bekalan udara bersih berhampiran.

iii. Penyejukan Kipas dan Tertutup Penuh: Berguna ditempat-tempat:

1.Berhabuk seperti distesen janakuasa elektrik. 2.Udara kasa yang lembap. 3.Wap - wap berminyak yang banyak.

Motor tertutup penuh. Udara dalam di edar sekeliling oleh kipas dalam, melalui sekumpulan tiub di ruang antara

bahagian luar stator dan teras luar mesin tersebut. Kipas luar menghembus udara luar masuk melalui ruang tersebut (melalui permukaan luar

tiub) dan seterusnya kebelakang stator.

iv. Litar udara tertutup: Badan motor jenis litar udara tertutup lebih diutamakan dari badan motor jenis penyejuk

kipas tertutup penuh, bergantung pada tugas motor.

Bagi motor berkeupayaan besar, adalah perlu mengadakan suatu cara mengalirkan udara dalam melalui litar - udara dan seterusnya ia disejukkan oleh kipas luar.

v. Kalis-api: Ia boleh didapati ditempat yang terdapat gas dan wap mudah-letup seperti dilombong, loji

arang batu, loji minyak bahanapi dan sebagainya. Ia direka sedemekian supaya mana - mana api, arka atau letupan yang wujud dalam motor

tidak terkeluar dari unit motor tersebut.

vi.Badan berisitekan: Berguna ditempat yang mengandungi wap - wap yang berbahaya. Litar udara tertutup diisitekan dari udara luar atau dibekalkan dengan gas api pada tekanan

tinggi dari tekanan luar. Sistem ini memastikan supaya mana - mana kebocoran berlaku adalah keluar dari sistem

motor ke udara keliling, dengan itu ia menghalang gas yang merbahaya dari memasuki sistem motor tersebut.

vii.Badan pelindung cuaca:

Sesuai pada keadaan separa-dedah. Dalam sistem ini, ia menghembus masuk udara sejuk melalui ram - ram tambahan pada

halaju yang rendah supaya tiada air dibawa masuk kedalam motor.

172

Code No. : B05-02-06-LE2-IS2c Muka : 9 drp. 9

SOALAN :

1. Berikan 4 bahagian bagi komponen-komponen motor.

2. Berikan 5 jenis penebatan lilitan motor bagi motorjenis berlilitan.

3. Berikan lakaran lengkap binaan rotor untuk motor jenis:a) Sangkar Tupaib) Berlilitan

RUJUKAN:1. “Electrical And Electronics Engineering Studies”. Kementerian Pendidikan Malaysia; 2006;.

Dewan Bahasa dan Pustaka .

173