pembetulan kesilapan

9
4.1 Pembetulan kesilapan a) Wujud kesilapan dan imbangan tidak seimbang Kebiasaannya kesilapan menyebabkan imbangan duga tidak seimbang adalah kesilapan sebelah, iaitu kesilapan yang membabitkan hanya salah satu daripada catatan di dalam akaun – akaun yang terlibat seperti: 1.kesilapan mencatat nilai urusniaga Urusniaga mungkin dicatat dengan nilai di dalam satu akaun tetapi dengan nilai yang lain di dalam akaun yang lain 2. kesilapan catatan beregu Urusniaga dicatat di bahagian yang salah di dalam salah satu akaun 3. Kesilapan operasi matematik Kesilapan mencampur atau menolak di dalam salah satu atau kedua –dua akaun di dalam imbang duga 4.Kesilapan ketinggan pengeposan Urusniaga telah diicatat pindah dengan betul ke dalam satu akaun tetapi tidak diposkan ke dalam akaun yang lain. 5. kesilapan penyusunan baki – baki akaun Baki akaun yang sepatutnya disenaraikan disebelah debit telah tersalah senarai kredit atau sebaliknya dalam imbang duga. b) Wujud kesilapan tetapi imbang duga seimbang Terdapat juga kesilapan yang tidak ketara, iaitu imbang duga seimbang walaupun telah berlaku kesilapan mencatat urusniaga di dalam rekod – rekod perakaunan . Kesilapan seperti ini biasanya melibatkan kesilapan mencatat di dalam kedua – dua akaun yang terlibat atau kesilapan kedua – dua belah. Antara kesilapan yang menyebabkan imbangan duga seimbang adalah;

Upload: zara-lumina

Post on 25-Jun-2015

2.566 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembetulan kesilapan

4.1 Pembetulan kesilapan

a) Wujud kesilapan dan imbangan tidak seimbang

Kebiasaannya kesilapan menyebabkan imbangan duga tidak seimbang adalah kesilapan sebelah, iaitu kesilapan yang membabitkan hanya salah satu daripada catatan di dalam akaun – akaun yang terlibat seperti:

1.kesilapan mencatat nilai urusniagaUrusniaga mungkin dicatat dengan nilai di dalam satu akaun tetapi dengan nilai yang lain di dalam akaun yang lain

2. kesilapan catatan bereguUrusniaga dicatat di bahagian yang salah di dalam salah satu akaun

3. Kesilapan operasi matematikKesilapan mencampur atau menolak di dalam salah satu atau kedua –dua akaun di dalam imbang duga

4.Kesilapan ketinggan pengeposanUrusniaga telah diicatat pindah dengan betul ke dalam satu akaun tetapi tidak diposkan ke dalam akaun yang lain.

5. kesilapan penyusunan baki – baki akaunBaki akaun yang sepatutnya disenaraikan disebelah debit telah tersalah senarai kredit atau sebaliknya dalam imbang duga.

b) Wujud kesilapan tetapi imbang duga seimbang

Terdapat juga kesilapan yang tidak ketara, iaitu imbang duga seimbang walaupun telah berlaku kesilapan mencatat urusniaga di dalam rekod – rekod perakaunan . Kesilapan seperti ini biasanya melibatkan kesilapan mencatat di dalam kedua – dua akaun yang terlibat atau kesilapan kedua – dua belah.

Antara kesilapan yang menyebabkan imbangan duga seimbang adalah;

1. Kesilapan ketinggalanKesilapan ini biasanya melibatkan urusniaga yang tidak langsung dicatat dimana –mana rekod kewangan sedangkan dokumen sokongan menunjukkan urusniaga telah berlaku.

2. Kesilapan AkaunAmaun debit dan kredit adalah betul tetapi akaun yang direkod salah tetapi mematuhi prinsip catatan bergu.

Page 2: Pembetulan kesilapan

3. Kesilapaan seimbang.Kesilapan bahagian debit telah diseimbangkan dengan kesilapan bahagian kredit dengan amaun yang sama.

4. Kesilapan terbalik catat sepenuhnyaKesilapan ini melibatkan sesuatu urusniaga dicatat dengan terbalik,catatan yang sepatutnya dikredit telah didebitkan dan sebaliknya di dalam kedua-dua akaun yang terlibat.

4.2 Tatacara pembetulan kesilapan

1.kesilapan pada jurnal sebelum pindah catat

Jika sebelum langkah pindah catat dilakukan dan berlakunya kesilapan di dalam jurnal (sama ada pada nama akaun atau jumlah) maka mereka yang bertanggungjawab hanya perlu memotong dengan membuat garisan diatasnya dan menulis nama atau amaun yang sebenar.

2.Kesilapan semasa pindahcatat

Amaun dan akaun yang dicatatkan di dalam jurnal adalah betul tetapi berlaku kesilapan apabila dipindahcatat. Proses pembetulan yang sama dilakukan iaitu memotong item yang salah ini dan pindahcatat semula dengan betul. Pihak yang bertanggungjawab perlu menandatangani pada kesilapan ini.

3. Kesilapan pada jurnal selepas pindah catat

Kesilapan telah berlaku semasa catatan di dalam jurnal lagi, kemudian dipindahcatat pula kesilapan ini maka pembetulan yang perlu dibuat melibatkan perekodan catatan jurnal yang baru, yang mana ia dapat membetulkan semula perekodan pada catatan asal.

4.3 Jurnal Pembetulan

Contoh kes 1: Kesilapan ketinggalanBayaran belanja iklan yang sepatutnya direkod sebagai RM200 telah tidak direkodkan.Analisa kes: Di dalam kes ini belanja iklan dan tunai keluar yang sepatutnya direkod telah tidak direkod.Catatan pembetulan:

Dt Belanja iklan Kt Tunai

200 200

Contoh kes 2: Kesilapan SeimbangBayaran belanja iklan yang sepatutnya direkodkan sebagai RM252 telah direkodkan sebagai RM525Kesilapan merekod yang dibuat

Dt Belanja iklan Kt Tunai

525525

Page 3: Pembetulan kesilapan

Analisa kes:Di dalam kes ini berlaku terlebih catat pada akaun belanja iklan dan akaun tunai keluar sebanyak RM 273Catatan pembetulan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

Dt Tunai Kt Belanja iklan

273273

Contoh Kes 3:Kesilapan merekod akaunBelanja sewa berjumlah Rm 400 telah pun dibayar telah direkodkan sebagai belum bayarKesilapan merekodkan yang dibuat

Dt Belanja sewa Kt Akaun Belum Bayar

400400

Analisa kes :

Di dalam kes ini berlaku terlebih catat pada Akaun Belum Bayar sebanyak Rm 400 dan tertinggal catatan bagi akaun tunai keluar sebanyak RM400

Catatan pembetulan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

Dt Akaun Belum Bayar Kt Tunai

400400

Contoh kes 4:Kesilapan terbalik catatan

Belanja sewa berjumlah RM400 yang telah direkodkan sebagai debit tunai dan kredit belanja sewa.

Kesilapan merekod yang dibuat

Dt tunai Kt Belanja Sewa

400400

Analisa kes:

Di dalam kes ini catatan yang dibuat adalah terbalik.Catatan terbalik akan member kesan berganda kepada amaun yang hendak diperbetulkan.

Catatan pembetulan yang peru dibuat seperti berikut:

Dt Belanja sewa Kt Tunai

400400

4.4 Penyediaan Imbang duga Terselaras

Page 4: Pembetulan kesilapan

Penyelarasan ke atas akaun –akaun yang terlibat dengan item pelarasan dibuat selepas imbang duga telah disediakan. Oleh sebab itu, selepas pelarasan di buat beberapa akaun yang terlibat akan berubah dari baki –baki dalam imbangan duga sebelum pelarasan seperti akaun belum terima, akaun – akaun hasil, akaun belanja gaji dan lain – lain belanja, akaun belanja susutnilai , akaun peruntukan susutnilai dan akaun peruntukan hutang lapuk.

Contoh imbangan duga sebelum pelarasan bagi syarikat jururunding pemasaran Sri Hartamas pada bulan pertama operasi adalah seperti berikut:

Syarikat Jururunding Pemasaran Sri HartamasImbang duga 30 Jun 2004

Akaun Debit (RM) Kredit (RM)Tunai 13000Insuran Prabayar 7200Peralatan pejabat 21 800Pinjaman bank 3000Hasil perundingan belum diperoleh 14000Modal Encik Ahmad 50 000Hasil perundingan diperoleh 18000Belanja gaji 29000Belanja pengiklanan 2800Belanja perjalanan 11100Belanja utility 1000

85 900 85 900

Maklumat tambahan:

1.Polisi insurans ialah untuk jangkamasa 12 bulan bermula 1 Jun 20042.Susutnilai untuk peralatan ialah RM 100 sebulan3. Faedah terakru atas pinjaman adalah RM70 untuk setiap bulan4. Deposit (pendahuluan) sebanyak RM2000 telah diterima dari beberapa pelanggan.Pada 30 Jun hanya Rm 500 dari deposit ini telah diperoleh (wang diterima dan perkhidmatan rundingan sudah beri)5.Gaji yang belum dibayar kepada pekerja – kerja pada 30 Jun ialah sebanyak RM 10 000.6. seorang pelanggan diiktirafkan sebagai si penghutang (akaun belum terima) kerana belum membayar hasil perundingan bernilai RM 3500 selepas kerja – kerja rundingan telahpun dibuat.

Anda dikehendaki:

a) Jurnalkan catatan pelarasan pada 30 Jun 2004b) Sediakan imbangan duga selepas pelarasan .Pada 30 Jun 2004

Jawapan:Catatan pelarasan dalam jurnal am

Page 5: Pembetulan kesilapan

Tarikh Butir Debit (RM) Kredit (RM)Jun 30, 20041. Belanja insuran (RM7200X1/12) 600

Insurans Prabayar 600

2. Belanja susutnilai peralatan 100 Susutnilai terkumpul 100

3. Belanja Faedah 70 Faedah terakru berbayar 70

4. Hasil belum terperoleh 500 Hasil perkhidmatan 500

5. Belanja gaji 10 000 Gaji belum bayar 10 000

6. Akaun belum terima 3500 Hasil perkhidmatan 3500

Syarikat Sri HartamasImbang Duga Terselaras

30 Jun 2004Akaun Debit (RM) Kredit (RM)Tunai 13000Akaun belum terima 3500Insurans prabayar 6600Peralatan pejabat 21800Susutnilai terkumpul peralatan 100Pinjaman bank 3000Hasil belum terperoleh 13500Modal En Ahmad 50000Hasil perkhidmatan 22900Belanja gaji 39000Belanja perjalanan 11100Belanja utility 1000Gaji belum bayar 10000Faedah terakru 70Belanja faedah 70Belanja susutnilai peralatan 100Belanja insurans 600Belanja pengiklanan 2800

99 570 99 5704.5 Melengkapkan Kitaran Perakaunan dan Lembaran kerja

Page 6: Pembetulan kesilapan

Lembaran kerja adlah satu jadual yang menpunyai banyak ruang .Ia digunakan untuk membantu membuat pelarasan, penyata kewangan dan seterusnya catatan jurnal penutup. Penyediaan lembaran kerja adalh tidak dimestikan dan terpulang kepada individu akauntan untuk menentukan samaada ingin menyediakan lembaran kerja ataupun tidak . Bagi syarikat yang menyediakan lembaran kerja berpandukan maklumat yang terdapat di dalam lembaran ini. Melalui lembaran kerja banyak kerja – kerja terutama kerja pindah catat dapat dipermudahkan dan seterusnya penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat.

Format menyediakan lembaran kerja ditunjukkan seperti di bawah: Format Lembaran Kerja

Tarikh Akaun

Imbangan Duga Pelarasan Imbangan duga /terlaras

Penyata Pendapatan

Lembaran Imbangan

Dt Kt Dt Kt Dt Kt Dt Kt Dt Kt

4.6 Penyediaan Lembaran Kerja1. Sediakan imbangan duga dengan memasukkan semua maklumat yang diberi ke dalam ruang

imbangan duga.2. Masukkan semua item pelarasan ke bahagian pelarasan di dalam lembaran kerja. Setiap

pelarasan perlu ditandakan untuk memudahkan proses jurnal dan memindah catat kelak. Selalunya tanda yang digunakan adalah (a), (b) atau (i) , (ii)… . Jika terdapat mana-mana akaun pelarasab yang belum ada dalam imbang duga asal, ianya perlu diwujudkan dibawah item akaun imbang duga yang asal.

3. Memasukkan baki –baki terlaras ke bahagian imbang duga terlaras di dalam lembaran kerja.Penggiraan baki boleh dibuat dengan mengambil baki dari imbangan duga yang dicampur atau tolak item pelarasan. Jika kedudukan amaun di bahagian imbang duga adalah debit maka ia perlu dicampur jika item pelarasan juga berada di bahagian debit.Tetapi jika item pelarasan berada diruang kredit maka ia harus ditolak. Bagi item dimana kedudukan asalnya dibahagian kredit ia perlu dicampur jika item pelarasan berada pada ruang kredit dan sebaliknya perlu ditolak jika item pelarasannya berada pada ruang yang bertentangan (debit)

4. Pada peringkat ini anda perlu mengelaskan dulu antara akaun – akaun yang akan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan dan lembaran imbangan. Di dalam ruang penyata pendapatan hanya akaun hasil dan belanja yang diambil dari imbangan duga terlaras sahaja yang dimasukan . Jumlahkan dibahagian debit dan kredit ruang penyata pendapatan. Jika ruangan debit lebih kecil dari ruang kredit itu menandakan syarikat memperolehi keuntungan.Jika keadaan sebaliknya berlaku bermakna syarikat mengalami kerugian. Amaun untung atau rugi diletakkan bagi tujuan mengimbangkan amaun dikedua – dua bahagian debit dan kredit.

5. Masukkan semua baki – baki akaun asset,liability dan ekuiti pemilik yang diambil dari imbang duga terlaras ke bahagianke bahagian lembaran imbangan di dalam lembaran kerja. Perluu diingat selain akaun yang disebutkan atas akaun ambilandan akaun untung rugi juga dimasukkan

Page 7: Pembetulan kesilapan

kerana kedua- dua item ini akan mempengaruhi jumlah akaun ekuiti pemilik. Jika untung yang diperolehi maka ianya haruslah diletakkan diruang kredit di dalam lembaran imbang