dr khairi pembetulan

30
1.0. Pendahuluan Ekonomi Tanah Melayu terbentuk dengan uniknya hasil dari pengalaman dijajah oleh British. Apabila Tanah Melayu dijajah, British telah memperkenalkan sistem Residen yang berjaya mengubah politik, ekonomi dan sosial negara kita. Penjajahan British memberikan peluang kepada pihak mereka untuk mewujudkan suasana ekonomi Tanah Melayu yang berkembang dengan pesat dan mengubah sistem ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi bercorak komersil secara beransur-ansur. British bukan sahaja membawa mendapat modal dari saudagar di Negeri-negeri Selat dan membawa masuk pemodal asing untuk melabur dalam sektor ekonomi bagi tujuan eksport. Pelaksanaan Sistem Residen membawa kepada perubahan dan kemajuan di Negeri-negeri Melayu. Pembangunan ekonomi berkembang pesat kerana Residen bertanggungjawab untuk memajukan sumber ekonomi seperti perusahaan bijih timah dan pertanian. Selama penggunaan sistem ekonomi ini, terdapat banyak perkembangan ekonomi, sosial dan pentadbiran di Tanah Melayu. Bukan hanya perkembangan sahaja malahan kesan nya turut berlaku. British juga turut memperkenalkan undang-undang, pungutan cukai, aktiviti perlombongan dan pertanian, serta membawa pemodal asing untuk melabur di Tanah Melayu. 1

Upload: muhammad-firdaus-bin-omar

Post on 10-Jul-2016

64 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dr Khairi Pembetulan

1.0. Pendahuluan

Ekonomi Tanah Melayu terbentuk dengan uniknya hasil dari pengalaman dijajah oleh

British. Apabila Tanah Melayu dijajah, British telah memperkenalkan sistem Residen yang

berjaya mengubah politik, ekonomi dan sosial negara kita. Penjajahan British memberikan

peluang kepada pihak mereka untuk mewujudkan suasana ekonomi Tanah Melayu yang

berkembang dengan pesat dan mengubah sistem ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi

bercorak komersil secara beransur-ansur. British bukan sahaja membawa mendapat modal dari

saudagar di Negeri-negeri Selat dan membawa masuk pemodal asing untuk melabur dalam

sektor ekonomi bagi tujuan eksport. Pelaksanaan Sistem Residen membawa kepada perubahan

dan kemajuan di Negeri-negeri Melayu. Pembangunan ekonomi berkembang pesat kerana

Residen bertanggungjawab untuk memajukan sumber ekonomi seperti perusahaan bijih timah

dan pertanian. Selama penggunaan sistem ekonomi ini, terdapat banyak perkembangan ekonomi,

sosial dan pentadbiran di Tanah Melayu. Bukan hanya perkembangan sahaja malahan kesan nya

turut berlaku. British juga turut memperkenalkan undang-undang, pungutan cukai, aktiviti

perlombongan dan pertanian, serta membawa pemodal asing untuk melabur di Tanah Melayu.

1

Page 2: Dr Khairi Pembetulan

2.0. Konsep Kapitalis dan Laisse faire

Kapitalis ialah orang yang berada dalam golongan yang mempunyai modal untuk

pelaburan dalam perniagaan, perusahaan dan sebagainya serta turut membawa maksud golongan

orang yang menyokong kapitalisme. Kapitalis merupakan sistem ekonomi dan politik yang

mengutamakan pengumpulan kekayaan bagi seseorang individu tanpa menerima sebarang

halangan daripada kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Sistem kapitalis ini turut tertumpu

kepada sektor swasta berbanding sektor kerajaan di mana syarikat-syarikat digalakkan bersaing

antara satu dengan lain untuk membuat keuntungan.

Kapitalisme berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu capital yang bermaksud modal.

Sistem kapitalis ini mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx yang

merupakan pengasas kepada idea komunisme1. Pemikiran Karl Marx adalah berasaskan konsep

materialisme sejarah. Menurut konsep ini, perubahan sosial bukanlah disebabkan nilai atau idea

tetapi perubahan sosial2. Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan sistem kapitalis

di Eropah adalah gerakan Renaisans dan Reformasi, fahaman Calvinisme, kemunculan Negara

Bangsa, dasar Merkantilisme, dasar Kolonialisme dan perkembangan institusi kewangan. Sistem

kapitalis menjadi dominan di negara Barat semenjak kejatuhan era Feudalisme. Sistem ekonomi

kapitalis ini menekankan hak milik persendirian, pasaran bebas ekonomi dan perniagaan untuk

keuntungan. Pemodal asing Eropah dan Cina yang menumpukan kepada ekonomi perdagangan

khususnya perlombongan dan pertanian. Antara ciri-ciri ekonomi kapitalis ialah pengkhususan

dalam aktiviti ekonomi, penggunaan sumber-sumber kapital secara intensif dan ekstensif,

kemunculan kelas sosial baru dan peluasan unit pengeluaran.

Adam Smith mengemukakan lima teori dasar dari kapitalisme iaitu pengakuan hak milik

pribadi tanpa batas – batas tertentu, pengakuan hak peribadi untuk melakukan kegiatan ekonomi

demi meningkatkan status sosial ekonomi, pengakuan adanya motivasi ekonomi dalam bentuk

semangat bagi meraih keuntungan semaksimum mungkin, kebebasan bersaing dan mengakui

hukum ekonomi pasar bebas atau mekanisme pasar. Manakala laissez faire pula membawa

maksud doktrin kebebasan penuh dalam perdagangan tanpa campur tangan kerajaan. Laissez

faire adalah ungkapan dari bahasa Perancis yang bermaksud “biarkan”. Di negeri-negeri Melayu,

1 Amir Hasan Dawi, Sekolah dan Masyarakat, Tanjong Malim: Quantum Books, 2009 hlmn 182 Ibid.

2

Page 3: Dr Khairi Pembetulan

laissez faire turut dikenali sebagai dasar perdagangan bebas. Sejarah permulaan konsep laisez

faire ini bermula apabila menteri kewangan Perancis Jean-Baptiste Colbert bersama dengan

sebuah kumpulan ahli perniagaan Perancis telah melakukan sebuah perjumpaan yang diketuai

oleh M. Le Gendre. Ini di mana, mereka menanyakan kepada M. Le Gendre bagaimana untuk

menjadikan Perancis sebagai sebuah negara yang boleh membantu dan mempromosikan

perniagaan kepada peniaga dan beliau menjawab dengan jawapan "Laissez-nous faire"3.

Sistem laisse faire wujud di negara Barat adalah untuk mempromosikan pasaran bebas di

dalam ekonomi seperti pembelian, penjualan, perdagangan, pembiayaan dan produksi. Sistem

ekonomi yang mengguna pakai sistem laissez faire merupakan teras kepada kepercayaan

sekularisme. Percubaan awal yang dilakukan oleh ahli falsafah Perancis yang dikenali sebagai

golongan fisiokrat, misalnya Francois Quesnay dalam tulisannya bertajuk Tableau Economique

turut mencadangkan konsep laissez faire4. Adam Smith turut menghasilkan sebuah buku yang

bertajuk An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations yang diterbitkan pada

tahun 1966. Smith menekankan kepentingan konsep laissez faire dengan menggariskan

kelebihan pengkhususan aktiviti ekonomi dan perdagangan, pelaburan dan peranan penyimpanan

untuk menghasilkan kekayaan negara untuk menyelesaikan masalah sosioekonomi masyarakat

Eropah5. Gaya hidup golongan ini lebih menjurus kepada pemujaan.

Namun begitu, terdapat negara Barat yang menerapkan penggunaan sistem laissez faire

menganggap bahawa masih terdapat peraturan yang perlu ada untuk mencegah monopoli, dan

korupsi yang berleluasa. Konsep yang diperkenalkan oleh Barat iaitu kemunculan golongan

kapitalis dan sistem laissez faire banyak mengubah corak kehidupan masyarakat di Tanah

Melayu pada abad ke19 di mana sebelum ini mereka bagi masyarakat Melayu mengamalkan

tradisi pertanian, Cina dengan aktiviti perlombongan dan India hanya bekerja di ladang-ladang.

Secara umumnya, golongan Barat telah memperkenalkan sistem amalan dasar pecah dan

perintah kerana wujudnya golongan kapitalis dan pengenalan sistem laissez faire ini di negara

mereka. kedatangan mereka di negeri-negeri Melayu untuk memperlihatkan keadaan sistem

ekonomi yang berbeza iaitu dengan kewujudan ekonomi komersial. Sistem ekonomi komersial

3 Jurnal Ekonomi 1751, Artikel oleh Menteri Kewangan Perancis.4 Ahmad Shukri Mohd Nain dan Rosman Yusoff(2003). Konsep, Teori, Dimensi dan Isu Pembangunan, Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. hlm 4.5 Ibid.

3

Page 4: Dr Khairi Pembetulan

berkait rapat dengan sistem kapitalis dan sistem ekonomi laissez faire yang khususnya merujuk

kepada lebihan hasil secara besar-besaran dan melibatkan banyak pihak yang memerlukan

barang ekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Pihak barat lebih menumpukan kepada

kegiatan eksport. Di dalam sistem ekonomi komersil yang telah diperkenalkan oleh pihak Barat,

tiada lagi sistem pungutan cukai yang sebelum ini dilaksanakan oleh sultan dan para pembesar.

3.0. Perkembangan Sistem Ekonomi Kapitalis

Sistem kapitalis barat dan laissez-faire yang berkembang di Tanah Melayu pada abad ke

– 19 setelah kemasukan British Di Tanah Melayu. Kedatangan British ke Tanah Melayu bermula

dengan penguasaan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Francis Light. Diikuti dengan Singapura

pada tahun 1819 dan telah mengambil alih Melaka daripada kuasa Belanda pada tahun 1824

sehinggalah berlaku perjanjian antara Inggeris-Belanda pada tahun 1824 yang telah

mengukuhkan lingkungan perngaruh British di Tanah Melayu. Pada masa itu, kuasa British

melalui Syarikat Dagang Borneo Utara telah bertapak di Sabah dan James Brooke telah

mengasaskan pemerintahan British di Sarawak. Pada zaman penjajahan oleh British di Tanah

Melayu, Sabah dan Sarawak telah memberi kesan mendalam dan mengubah corak ekonomi,

politik dan sosial masyarakat tempatan melalui corak pemerintahan yang telah memperkenalkan

dasar ekonomi bagi memudahkan perkembangan sistem kapitalis barat berkembang dengan lebih

pesat dengan wujudnya sistem pertanian, perlombongan, penguasaan tenaga buruh bagi

melancarkan lagi pengurusan ekonomi dan pentadbiran.

3.1. Perkembangan Dari Segi Ekonomi

3.1.1. Revolusi Pertanian

Sebelum kedatangan British di Tanah Melayu masyarakat tempatan telah menjalankan

aktiviti pertanian seperti menanam padi, sayur-sayuran, dan buah-buahan contohnya di Delta

Kelantan dan Kedah. Masyarakat tempatan telah pun menjalankan sistem ekonomi sara diri dan

sistem ekonomi separa komersial sebelum kedatangan British lagi. Sara diri yang dimaksudkan

ialah satu keadaan dan situasi yang menunjukkan majoriti orang Melayu bertani hanya untuk

menyara kehidupan seharian. Manakala tanaman komersial untuk tujuan eksport. Hasil eksport

lain ialah bijih timah, lada hitam, dan putih, sutera dan kapas, kain, gula dan rotan. Sebelum

kedatangan British juga masyarakat Melayu telah menjalankan aktiviti melombong di Sungai

4

Page 5: Dr Khairi Pembetulan

Ujong, Lembah Kinta di Perak, Lembah Kelang di Selangor dan juga di Kedah. Bijih timah ini

dileburkan dan dijadikan jongkong kemudian dihantar ke hilir sungai untuk dijual. Kerja ini

diawasi oleh seorang pembesar daerah. Manakala sultan pula menerima bahagiannya dalam

bentuk cukai daripada para pedagang bijih timah. Selain itu, masyarakat Melayu juga

menjalankan aktiviti perlombongan dengan cara mendulang.

Di samping itu, pada abad ke-l9, pusat perdagangan yang penting telah muncul di Kuala

Terengganu dan Kota Bharu. Hubungan perdagangan antara kedua-dua tempat ini dengan

Singapura dan Pulau Pinang juga telah wujud. Ini menunjukkan kepada kita tentang corak

perdagangan tempatan yang menghubungkan dunia luar dan ekonomi orang Melayu pada kurun

ke-19.

Selepas kedatangan British di Tanah Melayu ia memberi implikasi yang besar terhadap

ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam perusahaan bijih timah. Akibat Revolusi Industri

yang meletus di Eropah pada abad ke-l7 telah memaksakan mereka mencari kawasan utama yang

kaya dengan hasil bumi. Namun kedatangan British pada awal abad ke-19 telah mengubah

ekonomi di Tanah Melayu melalui dasar kapitalisme, komersialisme dan sebagainya. Dasar ini

banyak memberi keuntungan kepada pihak British. Pihak British telah membuat pembaharuan

terhadap ekonomi di Tanah Melayu dengan memperkenalkan penanaman getah dan

memperluaskan pelaburan dalam sektor penanaman lain seperti lada hitam, gambir, buah pala,

tebu dan sebagainya. Orang-orang Cina merupakan perintis kepada tanaman berikut tetapi aspek

modal yang besar dan teknologi itensif daripada pihak Eropah menyebabkan orang-orang Cina

tidak mampu bersaing6. Oleh sebab itu pemodal daripada Eropah ini mengeksploitasi sumber

alam secara maksimum berdasarkan kelebihan-kelebihan yang mereka miliki.

Pada pertengahan abad ke-19 pula, peladang Eropah talah membuka ladang baru di

Province Wellesley, Pulau Pinang dan Melaka. Pada tahun 1870-an tanaman tebu diperluaskan

ke negeri Perak sehingga gula menjadi eksport yang penting bagi Perak. Ubi kayu ditanam

secara komersial oleh orang Cina di Melaka. Dalam tahun 1850-an ia tidak lagi penting kerana

digantikan dengan getah. Mulai tahun l880-an kopi pula muncul sebagai tanaman jualan utama di

Tanah Melayu. Pada akhir abad ke-l9, harga kopi merosot menyebabkan penawaran terutama

6 Nicholas J. White, British Business in Post Colonial Malaysia’s 1957-1970, Neo-Colonialism or Disengagement, (terjemahan, London: Routledge Curzon, 2004) Hlm 6.

5

Page 6: Dr Khairi Pembetulan

dari Brazil berlebihan di pasaran dunia. Antara tanaman baru yang diperkenalkan semasa

pelaksanaan sistem ekonomi pasaran bebas adalah:-

I. Tanaman getah

Pada tahun 1900 hingga tahun 1941 telah muncul tanaman baru yang diperkenalkan oleh

British seperti tanaman getah dan kelapa sawit. Permintaan yang tinggi terhadap getah bermula

selepas berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah. Bagi memenuhi permintaan ini, tanaman

getah diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu. Pada awalnya, getah ditanam di

halaman rumah Residen British Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai tanaman hiasan.

Usaha ke arah perkembangan perusahaan getah telah dijalankan oleh Henry N. Ridley apabila

beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888. Antara usaha

penting yang telah dibuat oleh Ridley termasuklah meyakinkan para peladang untuk menanam

getah dengan mengadakan pameran serta mengagihkan benih getah secara percuma. Henry

Ridley seterusnya berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai iaitu sistem menoreh

secara ibidem atau seperti bentuk tulang ikan hering, yang tidak merosakkan pokok.

Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal, dan peralatan

elektrik telah meningkatkan permintaan getah dan menyebabkan harga getah melambung tinggi.

Akhirnya perusahaan getah menjadi perusahaan yang penting di Tanah Melayu. Menjelang tahun

1909, getah telah ditanam hampir keseluruhan Tanah Melayu berjumlah kira-kira 190 000

hektar. Jumlah ini merupakan lebih banyak daripada tanaman lain. Perusahaan ini juga

bertambah pesat kerana disokong oleh kemasukan modal asing, iaitu modal milik pelabur

Eropah. Syarikat yang beribu pejabat di London telah membawa masuk modal melalui

penubuhan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu. Antara syarikat perwakilan penting yang

telah membuka ladang serta menguruskan eksport getah termasuklah Harrisons and Crosfield,

Boustead Butterfly Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby. Namun begitu, perusahaan getah

telah mengalami kemerosotan semasa Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia pada tahun 1929

hingga 1933. Hal ini sedikit sebanyak telah menjejaskan peranan getah, lebih parah lagi dengan

wujudnya getah tiruan yang menyaingi getah asli. Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan

bagi menghalang harga getah daripada terus jatuh. Prinsip asas rancangan ini adalah untuk

menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar. Rancangan Sekatan Stevenson ini

6

Page 7: Dr Khairi Pembetulan

dikuatkuasakan antara November 1922 hingga Oktober 1928. Nilai eksport getah mula kembali

stabil selepas tahun 1934 disebabkan oleh permintaan dunia dan kawalan oleh negara pengeluar.

Jumlah eksport getah Tanah Melayu antara tahun 1929 hingga 1934

II. Tanaman kelapa sawit

Menjelang tahun 1917 kemunculan ladang kelapa sawit yang pertama telah

menampakkan usaha untuk mengkomersialkannya. Penggunaanya melibatkan pembuatan sabun,

lilin, menyadur timah, majerin, minyak sayur, gris dan minyak untuk enjin pembakaran. Namun

demikian penggunaannya hanya bersifat sedikit sehingga merosotnya harga getah telah

menyebabkan pihak syarikat yang terlibat mencari tanaman ganti. Bagaimanapun pembangunan

secara besar-besaran dilaksanakan menjelang tahun 1924 apabila tiga buah syarikat getah dalam

Guthrie telah menubuhkan Kelapa Sawit Malaya Berhad. Kemudian terdapat firma lain mencuba

nasib dalam tanaman ini dan berharap mendapat pulangan yang besar. Modal yang besar dalam

pengoperasian memerlukan tenaga yang pakar sering merusingkan pihak kolonial dan secara

tidak langsung mengekalkan tanaman ini berdekatan dengan kawasan getah agar mendapat

manfaat daripada infrastruktur getah itu sendiri. Kebanyakkan ladang sawit terdapat di kawasan

7

TAHUN NILAI(dalam nilai Pound Sterling)

1929 50 785 000

1930 28 208 000

1931 13 806 000

1932 9 077 000

1933 14 253 000

1934 32 557 000

Page 8: Dr Khairi Pembetulan

pantai barat dan bertambah besar sehingga tahun 1930-an. Komoditi ini mencatatkan

pertumbuhan pengeluaran yang memberangsangkan contohnya pada tahun 1938 telah berjaya

meningkat kepada 58300 tan iaitu 11% daripada pengeluaran minyak sawit dunia. Kemajuan ini

telah dibantu dengan kemasukan teknologi baru serta kepakaran yang tinggi dalam teknik

penanaman. Menjelang pendudukan Jepun banyak ladang telah musnah serta terbakar. Justeru,

pengeluarannya terhenti seketika dan bersambung semula selepas perang.

III. Komoditi Padi

Bermula sejak akhir kurun ke-19 golongan bangsawan di Kedah telah memperluaskan

kawasan padi sehingga ke kawasan barat laut negeri. Sementara itu kerajaan negeri juga telah

memperkenalkan sistem saliran secara besar-besaran bagi mengairi sawah padi dengan lebih

sistematik lagi. Secara keseluruhannya 60% dari kawasan padi di Tanah Melayu berada di

kawasan seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak manakala 23% lagi di negeri Kelantan

dan Terengganu. Bagi Borneo Utara dan Sarawak padi telah ditanam berdasarkan kepada

keperluan kecil sahaja kerana masih terdapat masyarakat yang hidup secara pindah. Secara

keseluruhanya Padi juga mengalami perkembangan yang positif kesan daripada pertambahan

penduduk di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

IV. Perlombongan bijih timah

Pada peringkat awal, kawasan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu dikuasai oleh

pembesar-pembesar tempatan. Perlombong Cina terpaksa memperoleh kebenaran daripada

pembesar Melayu untuk mengusahakan kawasan perlombongan. Semua hasil bijih yang

dilombong akan dijual kepada pembesar Melayu dan harga bijih timah ditentukan oleh

pembesar. Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan kawasan lombong mereka kepada

saudagar Cina dari negeri-negeri Selat. Namum penglibatan pemodal Eropah ke dalam aktiviti

perlombongan telah menjejaskan peranan pembesar Melayu. Hal ini disebabkan, pemodal barat

seperti Traits Trading Company, Syarikat Messrs, Osborne dan Chapel di Tanjung Rambutan

dan Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak telah memperkenalkan teknologi

perlombongan moden seperti pam kelikir, monitor dan kapal korek seperti yang digunakan di

New Zealand dan Australia7. Kapal Korek yang pertama digunakan dengan jayanya, telah

7 Mohd. Isa Othman. Sejarah Malaysia 1800-1963. (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2002) hlm.193

8

Page 9: Dr Khairi Pembetulan

dipasang pada 1912 oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Kinta. Kapal korek

yang pertama di Selangor telah dipasang pada 1918. Semasa pemerintahan British pengeluaran

bijih timah meningkat daripada 4200 tan pada tahun 1874 kepada 45529 tan pada 1895. Dalam

tempoh 20 tahun Tanah Melayu telah menyumbang bijih timah melebihi 50% daripada jumlah

pengeluaran bijih timah dunia8. Pertambahan jumlah pengeluaran ini menguntungkan kerajaan

British dari segi pendapatan cukai eksport di Selangor dan Perak yang berjumlah $389,381 dari

jumlah hasil $536,7599. Berdasarkan Laporan Jabatan Perlombongan Negeri-negeri Melayu

Bersekutu pada tahun 1901, didapati bahawa jumlah timah yang dieksport adalah sebanyak 364,

000 tan dan jumlah eksport timah yang masih dalam bentuk biji galian adalah sebanyak 412,000

tan dengan jumlah eksport keseluruhannya sebanyak 785,000 tan. Pada akhir abad ke-19,

Amerika Syarikat telah menjadi pengguna terbesar bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu

sehingga tahun 1925 Amerika Syarikat telah menggunakan 76000 iaitu sebanyak 50.6% daripada

150,000 tan yang digunakan pada tahun tersebut10.

3.1.2. Kedatangan golongan pemodal

Pemodal memainkan peranan penting dalam menggalakkan ekonomi kapitalis. Modal

dikeluarkan bukan sahaja dari aspek kewangan malah turut disumbangkan dari aspek teknologi,

peralatan dan juga bangunan. Dalam perusahaan getah telah dibawa masuk oleh syarikat milik

Eropah yang beribu pejabat di London seperti syarikat Harissons dan Crosfield, Boustead

Buffery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby. Pada abad ke-19, ahli perniagaan British,

William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co dalam sektor

perladangan getah. William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun merupakan pengembara

dari Scotland yang terlibat dalam perniagaan import dan eksport serta ladang kopi. Henry Darby

pula berusia 50-an yang merupakan ahli perbankan serta memiliki beberapa hartanah di utara

Tanah Melayu.

8 Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia. ( terjemahan, Kuala Lumpur : Mac Milan Publisher Sdn. Bhd. 1983) hlm.2459 Institut Tadbiran Awam Negara. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan. (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1982) hlm.18.10 Yip Yat Hoong, The Development of the Mining Industry of Malaya, (Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1969).hlm.113.

9

Page 10: Dr Khairi Pembetulan

Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada tahun 1821 di Singapura.

Syarikat ini adalah syarikat British yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie memperkenalkan

tanaman getah dan kelapa sawit Tanah Melayu pada 1896 dan 1924 di Kuala Selangor. Pada

1905, Syarikat Harrison and Crosfield membeli beberapa ladang di Semenanjung Tanah Melayu

dan mengusahakan tanaman teh serta kopi.

Manakala dalam aktiviti perlombongan pula, Syarikat Eropah pertama yang melabur

ialah syarikat dari Francis iaitu Societe des Mines d’Etain de Perak yang melabur di Perak.

Pelabur dari Eropah terpaksa bersaing dengan pelabur Cina. Atas galakan British ini telah

menyebabkan ramai pengusaha Cina seperti Yap Ah Loy, Yap Kuang Seng, Yap Chow Kit dan

lain-lain yang telah datang ke Selangor untuk mengusahakan tanah dan perlombongan bijih

timah. Pemodal daripada Eropah mula melabur di Tanah Melayu secara besar-besaran misalnya

Straits Trading Company, Syarikat Messrs, Osborne dan Chapel di Tanjung Rambutan dan

Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak yang telah memperkenalkan pemasangan

kapal korek yang pertama pada tahun 1912 dan pemasangan seterusnya di Selangor pada tahun

1918. Kesemua syarikat ini memperkenalkan teknologi perlombongan moden misalnya pam

kelikir, monitor dan kapal korek seperti yang digunakan di New Zealand dan Australia.

Peningkatan permintaan bijih timah telah menyebabkan kerajaan British membawa

masuk ramai pelombong-pelombong dari China kerana kepakaran, kerajinan dan kos bayaran

yang rendah. Bukan sahaja mendapat keuntungan daripada cukai ekspot bijih timah, pihak

British juga mengenakan cukai ke atas aktiviti orang Cina misalnya cukai arak, perjudian,

kegiatan pelacuran, kedai pajak, candu dan sebagainya. Selain hasil keuntungan bijih timah yang

dikaut oleh pihak British malah kepada pekerja yang memberi mereka keuntungan juga seperti

orang-orang Cina yang dibebankan dengan kepelbagaian cukai.

Di Sarawak pula, James Brooke mula mentadbir pada Februari 1841, setelah menerima

gelaran ‘Residen Sarawak’ oleh Raja Muda. Perlombongan petroleum yang dijalankan di Miri

seawal tahun 1910an, Syarikat Petroleum Anglo-Saxon dan Royal Ducth-Shell Group telah

mendapat lesen untuk mengusahakan cari gali minyak di kawasan tersebut. Walaupun hasil bumi

Sabah dan Sarawak kaya dengan arang batu, emas, antimoni, petroleum dan bauksit, kaum

pribumi masih hidup dalam keadaan primitif. Segala keuntungan dieksploitasi oleh Syarikat

10

Page 11: Dr Khairi Pembetulan

Borneo Utara British dan Brooke dalam usaha mereka untuk mengaut segala keuntungan yang

ada di Tanah Melayu.

4.0. Kemasukan Imigran Dari Cina Dan India

4.1. Sebab-sebab kedatangan imigran Cina dan India

Kaum Cina merupakan kaum yang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah kemasukan

imigran dari luar ke Tanah Melayu. Orang Cina pada awalnya telah masuk ke Tanah Melayu

sebagai pedagang dan sebilangan kecil pernah menetap di Tanah Melayu khasnya pada zaman

Kesultanan Melaka11.

Perkembangan penempatan Cina di Tanah Melayu berkaitan perhubungannya dengan

penjajahan British. Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya, “masyarakat Cina daripada negara

China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan12.

Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Semasa British

memerintah pula, orang British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu

kerana berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha dan

bersifat keusahawanan13. Sifat-sifat yang mereka miliki menyebabkan British tertarik untuk

mengambil mereka sebagai pekerja di Tanah Melayu. Menurut W.L. Blythe, “bilangan buruh

Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa”14. Selain

itu, keadaan ekonomi dan politik di China sendiri juga menjadi faktor penolak bagi kaum Cina

untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Manakala kemasukan orang India ke Tanah Melayu juga telah berlaku sejak zaman

kegemilangan Kesultanan Melaka lagi, malah berdasarkan kajian latar belakang sejarah

masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu menyatakan bahawa ia mungkin telah berlaku

sekitar awal tahun masihi, ketika itu hubungan Kedah dan India sungguh rapat15. Pada awal

11 Khoo Kay Kim. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72. Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.12 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. London : Macmillan, 1987. hlm. 15913 Chan Hon Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur. hlm. 10214 W.L. Blythe. Historical Sketch of Chinese Labour in Malaya. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 1953. hlm.3.15 Khoo Kay Kim. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72. Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.

11

Page 12: Dr Khairi Pembetulan

kemasukan imigran India ini, mereka hanya bertindak sebagai pedagang dan tukang bukan pula

untuk hidup secara menetap di Tanah Melayu.

Namun seiring dengan peredaran masa, imigran India ini mula berubah matlamat

menjelang abad ke-19. Selepas British menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda sebenarnya

turut mendorong kemasukan orang India yang menjadi tawanan di Negeri-negeri Selat. Kaum

India ini telah dijadikan buruh untuk membina bangunan-bangunan dan jalan-jalan di kawasan

Negeri-negeri Selat16. Seiring peredaran masa, imigran-imigran India ini juga telah diimport

untuk tujuan perladangan tebu di Province Wellesly Tambahan pula, pembukaan ladang-ladang

kopi di Semenanjung Tanah Melayu menjadikan bilangan imigran India ini terus meningkat.

Sehinggalah menjelang pertengahan abad ke-19, apabila pembukaan ladang- ladang getah di

Tanah Melayu telah berlaku yang sememangnya merupakan tanaman yang semakin mendapat

permintaan yang tinggi ketika itu, telah merancakkan lagi pertambahan jumlah imigran India di

Tanah Melayu17.

4.1.1. Imigran dari Cina

Kemasukan imigran Cina melalui beberapa cara iaitu :

a) Sistem Pengambilan Kakitangan

Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke

China bagi mendapatkan tenaga buruh. Segala tambang dan perbelanjaan adalah dibawah

tanggungan majikan sepenuhnya. Pegawai yang dihantar akan dipertanggungjawabkan untuk

mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai ke tempat majikannya.

b) Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

Di bawah sistem ini pula pengambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai di negara

China sendiri yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai

segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai ke rumah kongsi. Pembawa

buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi

setiap buruh yang dibawanya.

16 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 17617 Ibid.

12

Page 13: Dr Khairi Pembetulan

c) Secara Berkumpulan ( Foochow )

Pada akhir abad ke-19, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di

Sarawak. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke

Sarawak.Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang

Foochow di Sarawak. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adanya persetujuan di antara

Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput

petani Cina menerokai Lembah Rajang. Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa masuk

ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac. Kaum imigran ini amat diperlukan untuk

mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

Kedatangan buruh ini mendapat galakan British dan tidak ditentang oleh orang Melayu.

Kebanyakan buruh China ini datang dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan

Fukien. Kedatangan mereka ini untuk bekerja dilombong bijih timah khususnya. Buruh China

datang dengan cara sistem kredit, sebelum ke Tanah Melayu mereka dikumpul di kampung

mereka di China oleh Kheh thau (ketua). Bakal imigran ini dikenali sebagai Sin Kheh. Ketua ini

akan mendapat upah wang bagi setiap Sin Kheh.Seterusnya Sin Kheh dikawal oleh nakhoda

kapal atau agensi buruh terlebih dahulu setelah mendapat bayaran daripada bakal majikan Sin

Kheh. Kemudiannya Sin Kheh perlu membuat perjanjian secara bertulis atau lisan membayar

hutang (kos kedatangan ke Tanah Melayu) dengan cara bekerja di bawah bakal majikan

berkenaan dalam jangka waktu tertentu. Mereka akan diberikan tiket yang menyatakan

pelabuhan yang perlu dituju, di pelabuhan mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang

menjadi orang tengah bagi mendapatkan majikan dengan bayaran tertentu. Kemudian jawatan

pegawai pelindung buruh dan imigran dari China diwujudkan, mereka akan mengawasi

kemasukan buruh dan imigran China ini.

Kemudian sistem tiket kredit akan diganti dengan sistem pengambilan kakitangan dan

sistem pengambilan rumah kongsi. Melalui sistem pengambilan kakitangan ini majikan yang

memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China. Tambang dan pembiayaan buruh

akan ditanggung sepenuhnya oleh majikan. Pegawai berkenaan akan mengiringi buruh – buruh

hingga ke tempat majikan. Melalui sistem pengambilan rumah kongsi pula, pengambilan buruh

akan dilakukan oleh pegawai di negara china yang dilantik oleh rumah kongsi. Pegawai tersebut

akan menanggung kos membawa buruh hingga ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Setelah buruh

13

Page 14: Dr Khairi Pembetulan

diserahkan pegawai dari China tersebut akan mendapat sejumlah bayaran tertentu. Di Sarawak,

imigran keturunan China Foochow secara berkumpulan dibenarkan masuk melalui persetujuan

Charles Brooke dan Wong Nai Siong 9 ketua Foochow di Sibu. Mereka ini akan menjadi buruh

gambir dan lada hitam.

4.1.2. Imigran dari India

Buruh India datang untuk bekerja di ladang – ladang getah. Kedatangan mereka ini juga

tidak dihalang oleh orang Melayu dan mendapat galakan daripada pihak British, di samping itu

orang India juga sudah mempunyai hubungan tradisi dengan Tanah Melayu. Kemasukan buruh

India melalui sistem buruh bebas atau merdeka, sistem kontrak dan sistem kangani. Melalui

sistem buruh bebas, mereka datang dengan biaya sendiri yang diatur oleh orang atau kumpulan

tertentu. Di Tanah Melayu mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan mereka. Melalui sistem

kontrak, majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan buruh India ini akan bekerja dalam

tempoh masa tertentu ( 1-3 tahun) dengan gaji minimum dianggap 9 –13 sen sehari. Sistem ini

amat menindas dan dianggap perhambaan tidak ketara.

Sistem ini digantikan dengan sistem kangani. Kangani bermaksud ketua, tandil atau

mandur. Kangani diberi kepercayaan oleh majikan dan diberi lesen dan kemudiannya akan ke

India mencari tenaga buruh. Kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai kos buruh

hingga ke Tanah Melayu. Kangani kemudiannya dijadikan pengurus agensi membawa masuk

buruh dan akhirnya sistem ini diharamkan kerana adanya penyelewengan. Waktu yang

sebenarnya untuk menentukan kedatangan kaum India tidak dapat dipastikan dengan jelas. Hal

ini kerana sejak zaman Melaka lagi sudah ada catatan mengenai kedatangan kaum India ke

negara ini. Namun kedatangannya ke negara ini pada masa itu adalah untuk berdagang semata-

mata. Namun tidak mustahil ada sebahagian daripada mereka yang tinggal atau menetap terus di

negara ini kerana sudah berkahwin dengan penduduk tempatan. Namun jumlahnya mungkin

terlalu kecil sehingga diabaikan oleh ahli sejarah. Maka wujud pelbagai andaian mengenai bila

tarikh terawal kedatangan kaum ini ke negara ini. Pada pandangan R.O.Winsted,orang India

mula datang ke Tanah Melayu sejak kurun ke-14 lagi jauh mendahului daripada kaum Cina.

Menurut Winsted lagi,oleh sebab kedatangan mereka dalam kelompok yang kecil,mereka tidak

menggunakan bahasa Prakrit tetapi menggunakan bahasa penduduk tempatan.

14

Page 15: Dr Khairi Pembetulan

Buruh India telah berhijrah dari India Selatan dan mereka berasal dari Nagapatam dan

Madras18. Imigran India yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai keturunan.

Antara keturunan India yang datang ke Tanah Melayu ialah Tamil dari Tamil Naidu, Malayali

dari Karala/Malabar, Telegu dari Andra Pradesh, Sikh dari Punjab, Tamil Chettiar dari Tamil

Naidu, Gujrati dari India Utara. Kebanyakan mereka yang datang daripada pelbagai golongan

seperti golongan Chettier, golongan professional seperti doktor, askar terutamanya Gurkha,

pekerja di ladang dan juga untuk membina jalan keretapi.

Selepas berlakunya perkembangan ladang, kopi, tebu dan getah telah memaksa British

untuk mengambil pekerja dari India untuk mengusahakannya. Perkembangan dalam industri

getah adalah berlaku secara mendadak. Namun tidak semua orang India yang dibawa masuk

bekerja di ladang getah ada juga antara mereka yang bekerja di landasan keretapi. Pada tahun

1921, dianggarkan seramai 8009 orang India telah bekerja di landasan keretapi.

Negeri 191 ( orang) 1921 ( orang ) 1931 ( orang )

Negeri-Negeri

Selat

82 055 104 628 132 277

Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu

172 465 305 219 379 996

Negeri-Negeri

Melayu Tidak

Bersekutu

12 639 61 781 110 951

Jumlah 267 159 471 628 623 224

Jadual 1 : Kedatangan kaum India ke Tanah Melayu antara 1911-1931

( Sumber : Daripada buku . Sejarah Masih Relevan m/s 243 )18 P.Sivarajan Phd S.Malar Arasi. 2012. Sejarah Sosioekonomi Malaysia sehingga 1970 .Selangor : Multimedia Sdn.Bhd. hlm.22

15

Page 16: Dr Khairi Pembetulan

Kemasukan Orang India ke Tanah Melayu secara mendadak ini kerana faktor penarik dan

faktor penolak. Antara faktor penarik kedatangan mereka ke sini ialah peluang pekerjaan yang

ada di negara ini. Selain itu, mereka merasakan hidup di negara ini lebih selamat berbanding di

negara sendiri. Faktor penolak pula ialah keadaan masyarakat di India yang tidak mahu hidup

dalam kemiskinan dan kebuluran. Ini dapat dibuktikan apabila berlakunya kemelesetan ekonomi

pada masa itu. Semasa berlakunya kemelesetan ekonomi kemasukan Orang India ke Tanah

Melayu sangat kurang.

Hal ini menunjukkan kedatangan mereka ke Tanah Melayu semata-mata kerana

kepentingan ekonomi. Kemasukan masyarakat India ke negara ini melalui beberapa cara iaitu

melalui sistem buruh bebas, sistem kangani dan juga sistem kontrak. Sistem ini begitu menindas

pekerja, kerana Orang India bekerja semata-mata untuk membayar kembali hutang untuk datang

ke sini. Oleh itu, telah wujudnya sekolah vernakular tamil ini kerana perkembangan dalam

pembukaan ladang getah dan kopi. Pendidikan Vernakular Tamil hanya disediakan pada

peringkat rendah sahaja untuk membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat itu.

Kebanyakan pekerja dari India berasal dari India Selatan dan kebanyakan daripada mereka ini

buta huruf. Orang India datang ke Tanah Melayu dengan satu tujuan iaitu mencari kehidupan

yang lebih baik tambahan lagi sistem kasta yang diamalkan di India telah menindas golongan

yang berkasta rendah menyebabkan mereka berhijrah. Namun tidak semua orang India yang

datang ke Tanah Melayu menetap di kawasan Ladang. Hal ini disebabkan, sebahagian daripada

mereka menetap di kawasan bandar dan lebih cenderung kepada pendidikan Inggeris.

Sebelum wujudnya sekolah vernakular Tamil, telah wujud sekolah Tamil yang dikenali

sebagai Tinnai Pali yang mana guru-guru dan buku teks dari India telah dibawa masuk. Sekitar

abad ke-19 dan awal abad ke-20, industri getah telah berkembang pesat dan ini telah mendorong

British untuk mengambil buruh dari India Selatan dan dibayar dengan gaji yang murah. Oleh itu,

kebanyakan daripada sekolah Tamil berada dalam kawasan ladang getah. Melalui penubuhan

Tabung Imigran India pada tahun 1908 oleh Majlis Perundangan Singapura, ia juga telah

menarik kaum India masuk ke Tanah Melayu kerana Tabung Imigran India yang ditubuhkan

bertujuan memberi kemudahan kepada Orang India belayar dengan percuma dari Madras ke

Tanah Melayu bagi mereka yang menyumbang kepada tabung tersebut19.

19 Ibid.

16

Page 17: Dr Khairi Pembetulan

5.0. Perkembangan Dari Segi Pentadbiran

Pihak British dalam usaha yang telah mereka lakukan untuk mengaut keuntungan di

Tanah Melayu telah memperkenalkan dasar-dasar yang secara tidak langsung telah memberi

kesan positif kepada masyarakat Melayu. Dalam sektor pertanian, orang Melayu telah

diperkenalkan kepada tanaman baru yang mendapat pasaran yang sangat baik pada peringkat

antarabangsa oleh kerajaan British seperti kopi, tembakau dan getah. Kerajaan British juga turut

berusaha mengkomersialkan beberapa tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.

Tanaman komersial ini diusahakan secara langsung dengan menggunakan tenaga buruh yang di

bawa masuk dari China dan India.

Penguasaan kerajaan British terhadap ekonomi diteruskan dengan memperkenalkan

undang-undang berhubung dengan pemilikan tanah. Secara umum, undang- undang ini bertujuan

untuk melindungi orang Melayu daripada pemodal dan pelabur asing, namun keadaan tersebut

secara tidak langsung telah menindas golongan Melayu dengan ada beberapa undang-undang

yang diwujudkan.

5..1 Undang-Undang Berhubung Tanah

Sebelum kedatangan British, segala perkara yang berkaitan dengan pemilikan dan

penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama dalam kehidupan masyarakat Melayu, ini

disebabkan wujudnya kawasan tanah yang luas dan kepadatan penduduk yang rendah di Tanah

Melayu.

Segala hal yang berkaitan dengan tanah seperti kadar cukai dan aktiviti ekonomi yang

mahu diusahakan di atas tanah berkenaan mestilah mendapat kebenaran daripada para pembesar.

Kebenaran yang sama mesti diperolehi oleh mana-mana golongan yang mahu menguasahakan

tanah. Tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik serta mencerminkan

kedudukan sosial pembesar Melayu. Menurut undang-undang adat,sebuah kawasan tanah itu

akan menjadi milik orang yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut dan tanah itu boleh

diwarisi oleh generasi seterusnya.

Tanah merupakan eleman utama dalam aspek ekonomi penjajah dan tatacara hak

pemilikan telah di ubah oleh kerajaan British. Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah

17

Page 18: Dr Khairi Pembetulan

yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sebelum ini tidak sesuai dengan sistem tanah di

barat. Keadaan ini kerana sistem pemilikan tanah dalam kalangan masyarakat melayu dikatakan

tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan

terhadapnya. Bagi pihak British, rekod bertulis penting bagi menjamin pengesahan hak

pemilikan tanah. Rekod dapat memudahkan urusan pentadbiran seperti cukai dan urusniaga

terhadap tanah seperti pajakan, sewa beli, penjualan dan pembelian. Mengikut konsep barat

tanah juga dapat dijadikan sebagai cagaran bagi mendapatkan modal. Kerajaan British

memperkenalkan undang-undang tanah berkonsepkan barat untuk memudahkan kerja

pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi.

5.2. Akta Tanah Simpanan Melayu

Akta Tanah Simpanan Melayu telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan, pada

25 November 1913. Kerajaan penjajah British mengatakan bahawa perundangan ini diperlukan

demi menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu di Tanah

Melayu.

Akta ini bertujuan mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.

Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah orang Melayu sebagai Tanah

Simpanan Melayu. pengisytiharaan sebegitu akan menyelamatkan tanah kawasan tersebut

daripada dijual, dipajak gadai atau ditukar milik kepada orang bukan Melayu.

5.3. Settlement Order

Akta yang melindungi hak milik tanah masyarakat pribumi dan milik komuniti daripada

dicerobohi oleh China untuk pertanian juga telah diperkenalkan di Sarawak. Akta ini

memberikan perlindungan kepada tanah milik masyarakat pribumi. Melalaui undang-undang ini

hak pemindahan tanah hanya dapat dilakukan melalui pewarisan yang bertujuan untuk

mengelakkan berlakunya pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah tersebut kepada orang luar.

Berdasarkan undang-undang tahun 1931 dan 1933, Land Order 1948 telah diperkenalkan.

Undang-undang ini telah membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan iaitu kawasan

tanah campuran, kawasan tanah simpanan, kawasan pendalaman. Golongan imigran hanya

18

Page 19: Dr Khairi Pembetulan

mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja. Dengan ini kepentingan pribumi terhadap

tanah simpanan dan tanah pendalaman dapat dilindungi.

5.4. Dasar British Terhadap Pekebun Kecil

Kerajaan British sememangnya mahu mengekalkan Orang Melayu sebagai golongan

petani dalam rangka ekonomi penjajah dan mereka telah memperkenalkan Enakmen Tanah Padi

1917 yang melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi bertujuan untuk

mengurangkan bilangan pekebun kecil terutamanya daripada kalangan orang Melayu dalam

sektor perusahaan getah.

Selain itu, premium untuk permohonan tanah baru untuk penanaman getah telah dinaikkan .

Pada tahun 1930-an pembukaan tanah–tanah baru untuk penanaman getah telah dilarang sama

sekali oleh kerajaan British. Maka, pada peringkat awal penglibatan orang Melayu dalam

penanaman getah berlatu secara kecil-kecilan dan tidak menimbulkan sebarang kebimbangan di

kalangan pengusaha Eropah dan kerajaan penjajah British.

Walau bagaimanapun, sentimen telah berubah apabila berlaku kemerosotan harga getah di

pasaran dunia pada awal tahun 1930.an. Akibat kejatuhan harga getah, kerajaan British

mengamalkan dasar yang memberi perlindungan kepada pemdal dan pengusaha ladang dari

Eropah menerusi Sekatan Stevenson 1922.

6.0. Perkembangan Dari Segi Sosial

6.1. Dasar Pembangunan Dan Pendidikan

Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh British di Tanah Melayu telah

menyebabkan kaum pribumi terpisah jauh dari arus pembangunan ekonomi. Tujuan British

19

Page 20: Dr Khairi Pembetulan

memperkenalkan dasar ini adalah untuk memudahkan pentadbiran agar pertelingkahan kaum

dapat dapat dielakkan.

Pada tahun 1872, A. M. Skinner iaitu Inspektor sekolah-sekolah selat telah mewujudkan

sekolah Melayu sebanyak 16 buah dengan jumlah pelajar 427 orang20. Konsep pengajaran hanya

berteraskan tiga aspek iaitu membaca, mengira dan menulis. Matlamatnya bukan mahu

melahirkan pelajar Melayu yang cemerlang tetapi sekadar lebih baik daripada ibu bapa mereka,

sama juga dengan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada 2 januari 1905 kepada

golongan elit daripada kalangan orang Melayu21.Tujuannya untuk melahirkan pelajar yang

pandai dalam pendidikan barat supaya pentadbiran berjalan dengan lebih lancar misalnya Tunku

Abdul Rahman sendiri kehidupannya seperti orang British.

Sekolah – sekolah itu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi pendidikan dan

pengajaran , namun yuran yang mahal menyebabkan orang melayu tidak mampu dan tidak ramai

yang menuntut di sana22.

7.0. Kesan Kapitalis Barat Dan Laissez-Faire di Negeri-negeri Melayu

Semenjak 20 Januari 1874, British mula campur tangan dalam pentadbiran politik dan

ekonomi penduduk Tanah Melayu kerana pada pandangan mereka ekonomi Tanah Melayu pada

ketika itu adalah tidak stabil. Campur tangan British ke atas Tanah Melayu disebabkan oleh

tekanan daripada golongan pemodal Barat yang mendesak British bagi mempertahankan semua

kepentingan mereka di Tanah Melayu. Akibat campur tangan mereka, telah banyak perubahan

yang berlaku kepada sosioekonomi masyarakat Tanah Melayu. Kesan kapitalis barat ini dapat

dilihat daripada aspek sosial, pentadbiran dan ekonomi.

7.1. Kesan Dari Segi Sosial

Ekonomi pasaran bebas ini telah melahirkan ramai pengusaha buruh China. Pihak British

telah membawa masuk pekerja-pekerja dari negara China untuk melakukan kerja-kerja di

kawasan lombong bijih timah. Kedatangan penduduk Cina ke Tanah Melayu disebabkan

20 Awang Had Salleh(1979). Malay Secular Education and Teacher Training in British Malaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hHm3-4.21 Ibid. Hlm 10.22 D.D Chelliah(1947). A Short History of The Educational Policy of the Straits Settlement, 1800-1925,.Kuala Lumpur: Government Press. Hlm 42.

20

Page 21: Dr Khairi Pembetulan

keinginan untuk keluar daripada kemiskinan mereka di negara China.23 Pegusaha buruh ini telah

dibawa masuk dari kawasan wilayah Kwangtung, Kwangsi dan Fukien di China. Buruh China ini

akan datang melalui sistem tiket kredit iaitu mereka akan dikumpulkan di kampung mereka

terlebih dahulu sebelum dibawa masuk ke Tanah Melayu. Selain itu, sistem ekonomi ini juga

telah menyebabkan kemasukan pedagang dari India ke Tanah Melayu melalui sistem kontrak

atau kangani. Kesan daripada kemasukan imigran Cina, ia menyebabkan jumlah penduduk Cina

di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak telah bertambah sebanyak dua kali ganda antara

tahun 1891 hingga 1901. Kedatangan buruh India ke sini untuk bekerja di bahagian-bahagian

ladang. Namun, pada akhirnya sistem ini telah diharamkan kerana berlakunya penyelewengan.

Melalui kedatangan buruh China dan India ini, ia telah mewujudkan suatu suasana masyarakat

Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Kewujudan pelbagai

kaum ini dicirikan berdasarkan kepada pelbagai etnik yang berbeza dan dikenali berdasarkan

kepada bidang pekerjaan, lokasi kediaman, agama dan bahasa yang berbeza. Menjelang akhir

abad ke 19, kewujudan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum tidak menjadi isu yang pelik

di negeri-negeri Tanah Melayu.

Walaupun, ketika itu Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kaum ia memberi kesan

kepada interaksosial di Tanah Melayu kerana pihak British telah mengasingkan imigran dan

masyarakat tempatan mengikut bidang pekerjaan mereka pada ketika itu mengikut dasar yang

dibentuk oleh mereka. Disebabkan pengasingan tempat tinggal, ia menyebabkan munculnya

fahaman yang berbeza di antara kaum. Situasi tersebut menyebabkan wujudnya jurang yang

besar di antara kaum dan berlaku ketidakseimbangan ekonomi. Kaum yang berbeza-beza

menyebabkan wujudnya kebudayaan yang unik dan baru di Tanah Melayu yang mencakupi

kepercayaan, resam agama, bahasa ekonomi dan sebagainya yang diwarisi dari satu generasi ke

generasi lain24. Jika di China, pertubuhan beberapa kumpulan kongsi gelap seperti kumpulan

Hokkien, Kantonis, Hakka, Hainan dan Teochew merupakan budaya mereka di China. Lebih

tepat lagi, di sana kehidupan mereka lebih kepada berpuak-puak dan cuma bergaul dalam

kalangan suku mereka sahaja. Apabila mereka berhijrah ke Tanah Melayu pada abad ke 19,

mereka telah membawa masuk budaya mereka ke Tanah Melayu, lalu menyebabkan

berleluasanya kongsi gelap di Tanah Melayu. Tujuan buruh-buruh Cina masuk ke dalam

23 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. London : Macmillan, 1987. Hlm 159.24 Mohamad Idris Saleh. 1944. .Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Hlm 62.

21

Page 22: Dr Khairi Pembetulan

pertubuhan kongsi gelap adalah untuk mendapatkan sokongan dan perlindungan diri disebabkan

mereka terpisah dari keluarga. Ejen-ejen buruh yang membawa orang Cina masuk ke Tanah

Melayu juga terdiri dari ahli-ahli kongsi gelap. Di Negeri-negeri Selat, pentadbiran Negeri-

negeri Selat adalah lemah dan tidak memandang serius kepada masalah kongsi gelap yang

berlaku. Bilangan penguatkuasa awam seperti polis tidak seiring dengan bilangan penduduk yang

ada pada ketika itu. Malahan perkara yang menjadikannya bertambah buruk apabila pegawai-

pegawai polis yang dilantik tidak dapat dan tidak fasih bertutur dalam bahasa Cina lalu

menghalang penjagaan hal ehwal buruh Cina secara sistematik. Kegiatan kongsi gelap yang

berleluasa ini menjejaskan pengeluaran bijih timah dan pelaburan pemodal British dalam sektor

perlombongan bijih timah. Selain itu, kegiatan kongsi gelap ini telah membawa kepada keadaan

huru-hara di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu dari tahun 1830-an dan 1860-an.

Keadaan yang berlaku telah menyebabkan kerajaan British ditekan untuk menggubal undang-

undang untuk mengawal masalah yang berlaku.

7.2. Kesan Dari Segi Ekonomi.

Kesan seterusnya adalah pembukaan bandar dan daerah di kawasan Tanah Melayu.

Disebabkan perkembangan ekonomi, kawasan kampung mula berubah menjadi bandar dan

daerah agar seiring dengan perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu. Pembandaran

lebih banyak berkembang di kawasan-kawasan yang aktif kegiatan ekonominya contohnya di

Miri disebabkan oleh petroleum. Bandar ini telah berkembang dan mempunyai kemudahan

infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, sekolah, elektrik, pusat kesihatan dan institusi

kewangan. Selain itu, kampung berkembang menjadi bandar malahan pelabuhan-pelabuhan turut

berkembang kerana bijih timah dan getah dieksport ke luar negara. Daerah-daerah pula ditadbir

oleh pembesar-pembesar daerah yang terdiri daripada pegawai-pegawai daerah yang dilantik

untuk menguruskan urusan sewa tanah, menjaga keamanan dan melaksanakan undang-undang

yang dibentuk oleh British. Permintaan untuk pertanian juga semakin meningkat disebabkan oleh

pertambahan penduduk dan eksport.

Dasar British telah menyebabkan kerugian kepada masyarakat tempatan dan memberi

kelebihan kepada imigran untuk menguasai punca ekonomi. Dasar yang telah dilaksanakan

British dalam semua bidang iaitu pertanian, pemilikan tanah dan pelajaran tidak mengikut

kepentingan kepada penduduk bumiputera. Setiap kaum telah dibahagikan kepada kegiatan

22

Page 23: Dr Khairi Pembetulan

ekonomi, masyarakat Melayu akan terlibat dalam bidang pertanian dan kegiatan penangkapan

ikan, orang Cina pula mendominasi kegiatan perlombongan dan perdagangan manakala orang

India pula mendominasi kegiatan perladangan. Selain kegiatan ekonomi, penempatan juga turut

dipisahkan. Kedatangan orang Cina telah membawa kepada perkembangan bijih timah di Tanah

Melayu terutama di kawasan Larut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong dan pembukaan

lombong-lombong di Larut, Lembah Kelang dan Sungai Ujong25.

Selain itu, kedatangan imigran India yang bekerja di ladang-ladang telah menyebabkan

lebih banyak pembukaan ladang getah dan perusahaan kelapa sawit. Namun, selain bekerja di

kawasan ladang getah dan perusahaan kelapa sawit terdapat juga imigran India yang bekerja

sebagai peguam, doktor dan polis. Ini kerana pihak British menggalakkan kemasukan orang-

orang India yang berpendidikan tinggi untuk bekerja di Tanah Melayu. Disebabkan perbandaran

yang wujud di kawasan-kawasan tumpuan ekonomi, maka mereka boleh bertindak sebagai buruh

dan usahawan di kawasan bandar. Pihak British juga menggunakan orang Cina untuk mengutip

cukai candu yang menyebabkan British memberikan pajakan tanah kepada orang Cina bagi

memastikan kekayaan mereka berterusan. Disebabkan banyak tanah-tanah orang Melayu

menjadi tumpuan orang-orang bukan Melayu maka pihak British telah memberi keizinan kepada

pihak pemodal asing untuk menggunakan tanah tersebut sebagai pertanian.

7.3. Kesan Dari Segi Pentadbiran

Apabila pihak British telah mula mengambil alih pemerintahan di Tanah Melayu,

perubahan dari segi bilangan kaum dalam pentadbiran telah dirombak. Wujudnya pertambahan

bilangan kaum lain apabila dalam Majlis Mesyuarat Negeri(MMN) melibatkan 3 orang Melayu,

2 orang Inggeris dan 2 orang Cina. Ini menunjukkan perubahan yang pada mulanya Tanah

Melayu yang dijajah oleh orang Melayu telah berubah di tadbir oleh orang bukan Melayu. Orang

Melayu diberikan pemerintahan mutlak untuk mengawal politik, ekonomi dan sosial, manakala

orang Cina dan India pula turut terlibat secara langsung. Perkhidmatan Awam Negeri-negeri

Selat juga telah mengalami perubahan dengan kedatangan imigran Cina di Tanah Melayu apabila

beberapa majistret dan pegawai-pegawai Cina dilantik26.

25 Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 31026 Nik Hasnaa Nik Mahmood (penterjemah). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Johor Bahru: UniversitiTeknologi Malaysia, 1997. Hlm 155.

23

Page 24: Dr Khairi Pembetulan

Selain daripada pembukaan bandar, pihak British juga telah mengelola dan

mengendalikan sistem pendidikan di Tanah Melayu tanpa mempunyai falsafah atau Dasar

Pendidikan Kebangsaan pendidikan. Kedatangan pihak Barat telah memperkenalkan sistem

pendidikan vernakular kepada masyarakat tempatan dan mengikut dasar British iaitu dasar pecah

dan perintah. British memberi peluang pendidikan kepada masyarakat tempatan untuk

membolehkan mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Perkembangan sekolah

vernakular yang mengikut kaum ini telah bergantung kepada dua iaitu sekolah vernakular Cina

dan Tamil. Ajaran di sekolah-sekolah vernakular ini dibawa masuk dari negara masing-masing

iaitu dari China dan India. Pendidikan pada ketika ini, berkembang secara sewenang-wenangnya

tanpa satu dasar yang dapat membina dan memupuk semangat kebangsaan dalam diri masing-

masing. Kesan daripada dasar pendidikan British maka wujudlah sistem pendidikan yang sesuai

dengan keadaan masyarakat majmuk.

8.0 Kesimpulan

Sistem ekonomi komersial berkait rapat dengan sistem kapitalis dan sistem ekonomi

laisse faire yang khususnya merujuk kepada lebihan hasil secara besar-besaran dan melibatkan

banyak pihak yang memerlukan barang ekonomi yang berbeza antara satu sama lain.

Kesimpulannya,pada zaman penjajahan British, kebanyakan hasil keuntungan daripada kegiatan

ekonomi dibawa pulang ke Britain. Masyarakat Melayu tidak mampu bersaing dengan

24

Page 25: Dr Khairi Pembetulan

pengusaha Eropah yang menguasai modal,tanah,dan teknologi. Faedah yang diterima oleh rakyat

tempatan lebih merupakan tempias sahaja daripada keuntungan besar yang dikaut oleh pihak

penjajah. Kedatangan ekonomi kapitalis Barat ini telah membawa kesan kepada Tanah Melayu

dari dulu sehingga kini apabila nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia. Malahan pemodal-

pemodal Barat yang melabur di Tanah Melayu pada waktu ketika itu seperti Sime Darby masih

bertapak di sini sehingga kini. Selain daripada ekonomi, konsep Laissez Faire ini juga ia telah

merubah sistem pentadbiran dan sistem sosial di Tanah Melayu antaranya kewujudan masyarakat

majmuk dan penubuhan sekolah vernakular India dan China.

Rujukan.

Awang Had Salleh(1979). Malay Secular Education and Teacher Training in British Malaya.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

25

Page 26: Dr Khairi Pembetulan

Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, (1983), Sejarah Malaysia (Edisi Baru),

London: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.

Cheah Boon Kheng & Abu Talib Ahmad(1990). Kolonialisme di Malaysia dan di Negara-

negara Lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

D.D Chelliah(1947). A Short History of The Educational Policy of the Straits Settlement, 1800-

1925. Kuala Lumpur: Government Press.

Institut Tadbiran Awam Negara(1982) Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar

Pembangunan. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

J. Kennedy(1962). A History of Malaya. London: Macmillan And Company.

Khoo Kay Kim(1971). Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu.

Jebat,Bil. 1. 1971/72. Jabatan Sejarah. Universiti Malaya.

Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd.

Nik Hasnaa Nik Mahmood(1997). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Johor Bahru: Universiti

Teknologi Malaysia.

Nicholas J.White. British Business in Post Colonial Malaysia’s 1957-1970,(2004),Neo-

Colonialism or Disengagement(terjemahan . )London: Routledge Curzon.

P. Sivarajan & S.Malar Arasi (2013). Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga Tahun 1970.

Selangor : Multimedia Sdn.Bhd.

Ruslan Zainuddin(2003). Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sadka Emily(1968). The Protected Malay States 1874-1895. Selangor : Penerbitan Multimedia

Sdn Bhd.

26

Page 27: Dr Khairi Pembetulan

Vejai Balasundram(1998). Politik Nasionalisme dan Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Yip Yat Hoong. 1969. The Development of the Mining Industry of Malaya. Kuala Lumpur:

University of Malaya Press.

27

Page 28: Dr Khairi Pembetulan

LAMPIRAN (POWER POINT)

28