pembentukan malaysia

11
Pembentukan Malaysia (konsep/perubahan) 1.0 Pengenalan Idea bagi menubuhkan Gagasan Malaysia tidaklah hadir dari seorang tokoh tempatan mahupun saranan daripada pihak British semata - mata, sebaliknya idea ini telah melalui fasa pembaharuan secara berperingkat dan menempuh pelbagai cabaran sama ada secara fizikal mahupun ideologi. Menerusi penulisan Oong Hak Ching beliau menjelaskan bahawa idea British untuk mewujudkan pentadbiran berbentuk Persekutuan telah diutarakan sejak tahun 1936 lagi, meski yang demikian realisasi ke arah idea ini menjelma selepas tamatnya Perang Dunia Kedua apabila pihak Kolonial British melaksanakan dasar Dekolonisasi 1 . Setelah Malaya mencapai kemerdekaannya, diplomasi dari segi keselamatan dengan pihak British masih dijalankan, hal ini demikian kerana pihak British melihat bahawa Malaya masih perlu diselia untuk memastikan kelancaran pentadbiran serta menjamin keselamatan dalaman serta luarannya. Diplomasi keselamatan ini dijelmakan dengan termetrainya Perjanjian Anglo Malaya pada 12 Oktober 1957 seterusnya menjadi teraju utama kepada pembentukan Persekutuan Malaysia 2 . Persekutuan Malaysia telah dibentuk pada 16 September 1963 di mana wilayah asal yang membentuk Persekutuan Malaysia adalah Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Brunei.Meski yang demikian, Singapura tidak lagi menjadi anggota Persekutuan Malaysia dan menjadi sebuah negara Republik pada 9 Ogos 1965 3 .Hasil daripada penerangan ringkas yang dinyatakan di atas, penulisan ini adalah membincangkan perkara mengenai kupasan fakta sejarah serta aplikasi pembentukan Malaysia dan konsep pentadbirannya dari tahun 1960 sehingga 1965. 2.0 Pembentukan Malaysia: Rentetan Peristiwa, Permasalahan SertaIsu Setelah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 Malaya mengguna pakai formula pentadbiran Raja Berpelembagaan serta mengamalkan 1 Oong Hak Ching, Penggubalan Dasar British Terhadap Tanah Melayu Semasa Perang Dunia Kedua, Jebat: 24, 1996, hlm. 90. 2 Pathak Archana, British Foreign Policy Toward Malaysia: 1957 – 1967, Hull: University Of Hull, 1988, hlm. 81. 3 Fisher. A,C, The Malaysian Federation, Indonesia and the Philippines: A Study in Political Geography, The Geographical Journal: 129 (3), 1963, hlm. 312. 1

Upload: scott-sheppard

Post on 10-Feb-2016

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gj

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Malaysia

Pembentukan Malaysia (konsep/perubahan)1.0 PengenalanIdea bagi menubuhkan Gagasan Malaysia tidaklah hadir dari seorang tokoh tempatan mahupun saranan daripada pihak British semata - mata, sebaliknya idea ini telah melalui fasa pembaharuan secara berperingkat dan menempuh pelbagai cabaran sama ada secara fizikal mahupun ideologi. Menerusi penulisan Oong Hak Ching beliau menjelaskan bahawa idea British untuk mewujudkan pentadbiran berbentuk Persekutuan telah diutarakan sejak tahun 1936 lagi, meski yang demikian realisasi ke arah idea ini menjelma selepas tamatnya Perang Dunia Kedua apabila pihak Kolonial British melaksanakan dasar Dekolonisasi1. Setelah Malaya mencapai kemerdekaannya, diplomasi dari segi keselamatan dengan pihak British masih dijalankan, hal ini demikian kerana pihak British melihat bahawa Malaya masih perlu diselia untuk memastikan kelancaran pentadbiran serta menjamin keselamatan dalaman serta luarannya. Diplomasi keselamatan ini dijelmakan dengan termetrainya Perjanjian Anglo Malaya pada 12 Oktober 1957 seterusnya menjadi teraju utama kepada pembentukan Persekutuan Malaysia2. Persekutuan Malaysia telah dibentuk pada 16 September 1963 di mana wilayah asal yang membentuk Persekutuan Malaysia adalah Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Brunei.Meski yang demikian, Singapura tidak lagi menjadi anggota Persekutuan Malaysia dan menjadi sebuah negara Republik pada 9 Ogos 19653.Hasil daripada penerangan ringkas yang dinyatakan di atas, penulisan ini adalah membincangkan perkara mengenai kupasan fakta sejarah serta aplikasi pembentukan Malaysia dan konsep pentadbirannya dari tahun 1960 sehingga 1965.

2.0 Pembentukan Malaysia: Rentetan Peristiwa, Permasalahan SertaIsu Setelah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 Malaya mengguna pakai formula pentadbiran Raja Berpelembagaan serta mengamalkan Demokrasi Berparlimen, fokus utama dalam pembinaan Negara Bangsanya adalah mengukuhkan toleransi antara etnik. Hasil permuafakatan politik antara pemimpin bagi tiga kelompok etnik utama di Malaya telah mewujudkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin keistimewaan masyarakat Melayu dalam beberapa perkara dan diakui kerakyatan warganegara bukan berbangsa Melayu berlandaskan syarat yang telah ditetapkan4. Menjelang tahun 1960, penularan pengaruh Komunis adalah semakin meruncing sehingga mengganggu kestabilan Singapura.Keadaan ini mewujudkan suatu cetusan idea mengenai 1 Oong Hak Ching, Penggubalan Dasar British Terhadap Tanah Melayu Semasa Perang

Dunia Kedua, Jebat: 24, 1996, hlm. 90.

2 Pathak Archana, British Foreign Policy Toward Malaysia: 1957 – 1967, Hull: University Of Hull, 1988, hlm. 81.

3 Fisher. A,C, The Malaysian Federation, Indonesia and the Philippines: A Study in Political Geography, The Geographical Journal: 129 (3), 1963, hlm. 312.

4 Mohammad Agus Yusoff, Consociational Politics: The Malaysian Experience, Kuala Lumpur: Perwira Enterprise, 1992, hlm. 47.

1

Page 2: Pembentukan Malaysia

perlunya suatu bentuk penggabungan dilaksanakan dimana kerangka penggabungan tersebut melibatkan wilayah sekitar Malaya yang masih dibawah naungan British iaitu Singapura, Sarawak, Borneo Utara serta Brunei. Idea ini dihebah kepada umum oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 ketika menghadiri Persidangan Perdagangan Asia Tenggara di Singapura dan mendapat respon positif daripada pihak British dan Singapura5.

2.1 Reaksi SingapuraFaktor dari Singapura yang dilihat menjadi penyumbang kepada realisasi Gagasan Malaysia adalah ketidakstabilan politik di Singapura.Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yewdilihat menghadapi tentangan sengit dengan parti aliran Sosialis. Perkara ini dilihat semakin meruncing ketika Pilihan Raya Bandaran Singapura pada April 1961 calon dari PAP dilihat semakin disaingi dan keadaan ini menimbulkan kegelisahan kepada Tunku Abdul Rahman yang melihat Singapura akan menjadi Seperti Cuba jika tidak diselamatkan6.Lee Kuan Yew sendiri selaku ketua Menteri Singapura ketika diwawancara oleh Radio Penyiaran Singapura pada 13 September dan 9 Oktober 1961 memberikan jawapan yang konsisten mengenai perlunya Singapura dicantumkan bersama Malaya untuk mengekang anasir Komunis dengan merujuk pengalaman Malaya yang terlebih dahulu menerima impak anasir Komunis. Bagi pandangan pihak British, keupayaan ketenteraan yang dimiliki oleh Singapura serta kestabilan ekonominya menerusi perdagangan akan bertambah utuh jika digabungkan dengan Malaya kerana mampu menampung keperluan sumber manusia dalam jangka panjang7.

Dari sudut pandang Singapura, keuntungan yang diperolehi hasil gabungan Gagasan Malaysia adalah memperolehi status kemerdekaan.Menerusi perolehan kemerdekaan, Lee Kuan Yew dapat meningkatkan semula kredibiliti PAP dalam aspek politik serta menjamin pertumbuhan pendapatan Per Kapita Singapura dari aspek ekonomi.Usaha seterusnya yang dilakukan oleh Singapura bagi merealisasikan pengabungan bersama Malaya adalah dengan mengadakan pungutan suara serta Referendum pada 1 September 19628.Beberapa siri rundingan secara konsisten juga turut dilakukan antara Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai polisi serta status kuo yang akan diperolehi bagi pihak Singapura dan Malaya terutamanya dalam aspek pendidikan, kebajikan masyarakat di kedua–dua wilayah, mobiliti buruh serta polisi kesihatan. 5 Means. Gordon, P, Malaysia: A New Federation in Southeast Asia, Pacific Affairs:36 (2),

1963, hlm. 139.

6 Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysian Region 1945-65, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1974, hlm. 125.

7 Mohammad Agus Yusoff, Federalism InMalaysia: A Study Of The Politics Of Centre-State Relations, Disertasi Phd: University of Manchester, 1998, hlm. 70.

8 Means.Gordon, op.cit, hlm. 147.

2

Page 3: Pembentukan Malaysia

Daripada hasil perbincangan persetujuan bersama dicapai dengan Singapura memperolehi 75% autonomi pentadbirannya sendiri khsusnya dalam pendidikan serta mobiliti buruh namun perlu mengguna pakai Perlembagaan Persekutuan Malaysia9.

2.2 Reaksi Sarawak Dan SabahMenerusi Milner beliau menyatakan bahawa Sarawak dan Sabah mempunyai toleransi yang tinggi dalam usaha pembentukan Malaysia kerana melihat pertimbangan positif yang akan diperolehi dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Keadaan pada masa tersebut yang membelenggu kemajuan Sarawak dan Sabah adalah kekurangan fasiliti, kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi, pengaliran ekonomi yang tidak stabil serta kelembapan sosio ekonomi di peringkat dalaman menyebabkan pihak British melihat bahawa langkah keluar bagi masalah ini adalah dengan menjadikan Sarawak serta Sabah sebahagian wilayah Malaysia10.Bagi melihat reaksi daripada penduduk di Sarawak serta Sabah sendiri Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk dan menjalankan tinjauan pada bulan Febuari 1962 dengan menemui 4000 penduduk di kedua – dua wilayah bagi mendapatkan respon. Suruhanjaya ini telah menerima sekitar 2 200 pucuk surat serta memorandum dari pelbagai pertubuhan masyarakat serta individu dengan pelbagai tindak balas hasil tinjauan yang dilaksanakan. Pada 21 Jun 1962,Suruhanjaya ini mengumumkan mengenai persetujuan majoriti sehingga 80% penduduk di Sarawak dan Sabah untuk menyertai Gagasan Malaysia dengan syarat tertentu yang dipersetujui bersama dan hal ini dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia 1962 iaitu:

About one-third of the population in each territory strongly favours early realisation of Malaysia without too much concern about terms and conditions. Another third,many of them favourable tothe Malaysia project, ask,with varying degrees of emphasis,for conditions and safeguards varying in nature and extent.The remaining third is divided between those who insist on independence before Malaysia is considered and those who would strongly prefer to see British rule continue for some years to come.There will remain hard Malaysia a core,vocal and politically active, which will oppose on any terms unless it is preceded by independence and self-government: this hardcore [consisting largely of Chinese

9 Rudolf. Joseph R, Jr, Federalism and Nation – Building: India, Pakistan, Malaysia and Nigeria, Disertasi Ph.D: University of Virginia, hlm. 288.

10 Milner.A, The Invention of Politics in Colonial Malaya: Contesting Nationalisme and the Expansion of the Public Sphere, Cambridge: Cambridge University Press, 1995, hlm. 80.

3

Page 4: Pembentukan Malaysia

residents] might amount to near 20 percent of the population of Sarawak and somewhat less in North Borneo11.

Berlandaskan daripada laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Cobbold meskipun dilihat pimpinan politik serta masyarakat di Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Gagasan Malaysia, namun kebimbangan mereka adalah mengenai kemasukan masyarakat dari Malaya serta Singapura akan menggugat keadaan sosial mereka oleh yang demikian beberapa keistimewaan berbentuk autonomi perlu diberikan12.2.3 Reaksi BruneiMeansmenyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang menjadi dilema kepada Sultan Brunei pada masa tersebut untuk menyertai Gagasan Malaysia.Antara faktornya adalah isu kutipan ke atas Levi serta cukai termasuklah kutipan cukai eksport Petroleum di Brunei perlu dikongsi bersama dengan Kerajaan Persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur13. Meski yang demikian terdapat beberapa siri rundingan antara Kuala Lumpur dan Bandar Seri Begawan mengenai hal ini namun kekal menemui jalan buntu kerana pemerintah Brunei enggan menerima syarat pemilikan kutipan Royalti minyak selama sepuluh tahun oleh Brunei sebelum diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk diagihkan bersama ke setiap negeri.Dari suatu sudut, pemerintah Brunei dilihat keberatan untuk akur prinsip persamaan di dalam Perlembagaan Malaysia kerana mahu diiktiraf sebagai Wilayah Istimewa.Keadaan ini bertambah runcing apabila berlaku pemberontakan yang dilancarkan oleh A.M. Azhari pada Disember 1962 kerana berhasrat untuk menubuhkan Kerajaan Kalimantan Utara14.Pada bulan Julai 1963, Sultan Brunei memberikan kata putus untuk tidak menyertai Gagasan Malaysia dan tidak menandatangani Perjanjian Malaysia yang berlangsung pada 9 Julai 1963.Oleh yang

11 Mohammad Agus Yusoff, op.cit, hlm. 73.

12 Sheridan. L,A, Constitutional Problems of Malaysia, The International and Comparative Law Quartely: 13 (4), 1964, hlm. 322.

13 Means.Gordon, op.cit, hlm. 150.

14 Pemberontakan ini berlangsung pada 8. 12. 1962 dimana Pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara telah Berjaya menawan Bandar seperti Seria, Tutong dan Kuala Belait di Brunei. Di Sarawak pula, kawasan yang ditawan adalah Limbang dan dan Sabah kawasan yang ditawan adalah Weston.Sultan Brunei telah mengistiharkan darurat dan meminta bantuan ketenteraan daripada British yang berpengkalan di Singapura.Selepas campur tangan tentera British pemberontakan ini Berjaya ditamatkan selepas 2 minggu dilancarkan. Lihat, Mohd Noor B Abdullah, Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1979, hlm. 64.

4

Page 5: Pembentukan Malaysia

demikian Brunei tidak menjadi wilayah yang bergabung bagi membentuk Malaysia15.

2.4 Permasalahan Lain Dalam Pembentukan Malaysia2.4.1 Penyingkiran SingapuraSetelah dua tahun penyertaan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia, berlaku krisis politik di antara Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew.Perselisihan ini tercetus ekoran daripada dua bentuk fahaman politik yang berbeza dimana Tunku inginkan formula politik Perikatan dikekalkan manakala Lee Kuan Yew pula melihat bahawa ‘Malayan Chinese Assocation’ (MCA) tidak lagi memainkan peranan besar dalam menjaga kepentingan masyarakat Cina16.Perkara ini semakin meruncing ketika pilihan raya Persekutuan pada tahun 1964 apabila PAP meletakkan calonnya menentang wakil MCA.Hal ini dilihat oleh Tunku sebagai melanggar prinsip Perikatan.Lee Kuan Yew pula yang dilihat tidak dapat mengikuti rentak politik Perikatan telah bertindak menentang Perikatan dengan menerapkan unsur demokrasi sosialisme melalui kesaksamaan kaum yang dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada masalah perkauman. Pada awal tahun 1965, PAP telah menubuhkan ‘Malaysian Solidarity Convention’di Singapura. Melalui penubuhan Konvensyen ini idea kesaksamaan ini dijaja sehingga ke Sarawak serta Sabah dan mengkritik keistimewaan yang diperolehi oleh masyarakat Melayu. Pertelingkahan terbesar antara Perikatan dan PAP timbul apabila Lee Kuan Yew mempromosikan idea ‘Malaysian Malaysia’ bagi memperjuangkan kesamarataan kepada semua kaum di Malaysia17.Idea ini ditentang sekerasnya oleh Perikatan serta wujudnya beberapa isu berbangkit yang memungkiri syarat Perjanjian Malaysia seperti pertikaian mengenai pinjaman pembangunan Borneo dan pertikaian polisi perdagangan serta industri meningkatkan lagi ketegangan antara kedua – dua pihak dan kegagalan menyelesaikan kemelut yang berlaku menyebabkan perpisahan antara Malaysia dan Singapura pada 9 Ogos 1965.

2.4.2 Perkara 18 Dan 20 Sarawak Dan SabahPerjanjian Perkara 18 dan 20 SarawakdanSabah ialah senarai perkara yang dibuat oleh Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak untuk pembentukan Malaysia. Tuntutan ini mengandungi isi kandungan tentang soal perlindungan dan syarat-syarat Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Perkara yang termaktub dalam senarai perkara tersebut termasuklah agama, bahasa, perlembagaan, ketua persekutuan, nama persekutuan, imigresen, hak menarik diri, Borneonisasi, pegawai-pegawai British, kewarganegaraan, cukai dan kewangan, kedudukan khas bumiputera, kerajaan negeri, tempoh peralihan, pelajaran, perlindungan

15 John.C,H,, The Federation of Malaysia: An Experiment in Nation Building, American Journal of Economics and Sociology: 26 (4), hlm. 427.

16Means.Gordon, op.cit, hlm. 337.

17 Fletcher Nancy Mchenry, The Seperation of Singapore From Malaysia, Ithaca: Cornell University Press, 1969, hlm. 91.

5

Page 6: Pembentukan Malaysia

perlembagaan, wakil di Parlimen, nama ketua negara, nama negara, tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain18.

3.0 Konsep Pembentukan MalaysiaSetelah diumumkan mengenai penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, secara rasminya sistem politik yang diamalkan adalah sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berParlimen19.Perlembagaan Persekutuan merupakan undang–undang tertinggi serta sumber utama bagi menjalankan pemerintahan serta digerakkan lagi dengan kewujudan Parlimen yang berperanan sebagai badan perundangan dimana komponen yang menghidupkan Parlimen adalah Jemaah Menteri yang bertindak sebagai badan pemerintah yang memiliki kuasa eksekutif20.Tunggak tertinggi yang menaungi Badan Perundangan adalah Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara. Perkara ini telah termaktub di dalam Artikel 40 (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Yang di- Pertuan Agong dipilih daripada Sembilan Sultan negeri Melayu dan akan menyandang jawatan tersebut selama lima tahun secara giliran21.

Meski Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Negara, namun baginda tidak melaksanakan tugas pentadbiran sebaliknya akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan. Syarat utama menjadi Perdana Menteri adalah menjadi anggota Dewan Rakyat22 serta dipilih oleh Wakil Rakyat dari parti 18James P. Ongkili, The Borneo Response to Malaysia, 1961-1963, Donald Moore Press, 1967, hlm. 99.

19 Siti Daud dalam Abdul Rahman Embong, et.al, Negara, Pasaran dan Pemodenan Malaysia, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000, hlm. 181.

20 Pemerintahan federalism merupakan sistem kerajaan yang mengandungi kerajaan pusat dan negeri yang masing-masing mempunyai bidang kuasa tersendiri yang bersifat sedarjat (co-equal) dan bebas seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan.Ia merupakan pergabungan beberapa wilayah yang bebas dan seterusnya membentuk negara bersekutu dibawah perlembagaan pusat. Sistem ini menekankan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan negeri sebagai asas paling utama dalam pentadbiran negara. Lihat, Kincaid. J, Values and Value Trade-Offs in Federalism, Publics: Journal of Federalism: 25 (2), 1995, Oxford University Press.

21 Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan Menyatakan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana – mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja – Raja setiap lima tahun turut berperanan sebagai raja berpelembagaan dengan menjalankan tugas – tugas rasminya seperti pembukaan dan pembubaran Parlimen mengikut nasihat Jemaah Menteri. Walaupun segala undang – undang yang dibawa ke Parlimen mesti diluluskan oleh ketiga – tiga komponen Parlimen, Yang di-Pertuan Agong tidak bersama – sama bersidang di dalam Perlimen. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memberikan kata pemutus tentang undang – undang di Parlimen kerana baginda hanya bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Lihat, Siti Daud dalam Abdul Rahman Embong op.cit, hlm. 187.

22 Terdiri daripada 192 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun atau kurang daripadanya bagi membolehkan rakyat menentukan

6

Page 7: Pembentukan Malaysia

yang memenangi pilihan raya umum. Selain daripada Dewan Rakyat, suatu lagi entiti yang wujud dalam badan Eksekutif adalah Dewan Negara yang keanggotaannya dipilih secara terus oleh Yang di-Pertuan Agong atas kapasiti kepakaran yang dimiliki serta diperlukan oleh Negara. Bagi Nik Abdul Rashid, beliau mendefinisikan Dewan Negara sebagai:

“First, it has been envisaged as a forum to which seasoned and experienced politicians and public men might get an easy access without undergoing the din and bustle of a general election which is inevitable for finding a seat in the Dewan Ra'ayat. Secondly, the Dewan Negara serves as a debating chamber to hold dignified debates and it acts as a revising chamber over the Dewan Ra'ayat which, being a popular chamber, may at times be swayed to act hastily under pressure of public opinion or in the heat of passion of the moment. Lastly, the Dewan Negara is designed to serve as a chamber where the States of the Federation are, to some extent, represented as States in keeping with the federal principle and, therefore,the House has been given some federal functions to discharge on the theory, and in its character, of a House representing the States rather than the people”23.

Dari segi pentadbiran antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri khususnya dalam hal perundangan, sebarang perundangan negeri yang bercanggahan dengan perundangan persekutuan akan dikira sebagai tidak sah. Hal ini dapat dilihat menerusi Artikel 75 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:

“If any State Law is inconsistent with federal law, the federal law shall prevail and the State law shall, to the extent of the inconsistency, be void”24.

Menerusi pernyataan ini kerajaan pusat mempunyai kuasa mengatasi kuasa kerajaan negeri berdasarkan pembahagian kuasa yang dipersetujui secara bersama25. Menurut Mohammad Agus Yusoff beliau menyatakan bahawa

wakil mereka di Parlimen. Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen dibubarkan. Seorang Yang Dipertua dipilih di kalangan ahli atau bukan ahli Dewan Rakyat tetapi tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.Tetapi Timbalan Yang Dipertua mestilah ahli Dewan Rakyat.Lihat, Siti Daud dalam Abdul Rahman Embong op.cit, hlm. 187.

23 Nik Abdul Rashid, The Malaysian Parliament, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979, hlm. 139.

24Mohammad Agus Yusoff, op.cit, hlm. 81.

25 Secara ringkasnya ciri-ciri asas negara yang mengamalkan sistem persekutuan ialah mempunyai dua bentuk kerajaan yang memerintah negara iaitu peringkat pusat dan negeri. Negara Persekutuan akan dibentuk berlandaskan persetujuan negeri untuk bergabung di bawah satu pentadbiran. Apabila sebuah persekutuan dibentuk, ia

7

Page 8: Pembentukan Malaysia

Perlembagaan Malaysia secara jelas memberikan kuasa yang lebih kepada kerajaan pusat. Meski yang demikian beliau tidak menafikan terdapat beberapa kes kerajaan negeri mempunyai autonominya yang tersendiri dalam hal yang dipersetujui seperti duti import dan cukai eksais produk petroleum, cukai balak, cukai jualan dalam negeri dan cukai pelabuhan26.4.0AnalisisDalam membincangkan perkara berkaitan pembentukan Malaysia, terdapat beberapa sarjana telah menyatakan pendirian mereka seperti Archana Pathak dalam Disertasi Doktor Falsafahnya pada tahun 1988 bertajuk “British Foreign Policy Towards Malaysia: 1957-1967” dengan jelas telah menyatakan bahawa idea pembentukan sebuah Persekutuan antara Malaya dengan wilayah naungan British telah timbul sekitar tahun 1948 lagi. Hal ini demikian kerana dasar Dekolonisasi British dilihat sebagai langkah membebaskan tanah jajahan miliknya tidak sekadar melepaskan sebaliknya memberikan pendidikan mengenai pentadbiran sesebuah Negara.Hal ini ditambah lagi dengan ancaman Komunis yang meruncing di Asia Tenggara sehingga British menanggung bebanan ekonomi yang tinggi serta kedudukan komposisi kaum yang tidak seimbang di Malaya. British berpendapat keadaan seperti ini akan menimbulkan situasi yang rencam seperti mana di India Utara serta India selatan yang akhirnya membawa kepada terbentuknya Negara baru iaitu Pakistan. Oleh yang demikian, penggabungan wilayah naungan British adalah langkah terbaik.

Means G.P pula menerusi penulisannya iaitu “Eastern Malaysia: The Politics Of Federalism” menyatakan bahawa Tunku Abdul Rahman sendiri melihat bahawa perkara ini merupakan suatu keperluan atas pertimbangan ekonomi serta keseimbangan sosial namun tidak mahukan penggabungan dengan Singapura semata–mata yang sememangnya ancaman ekonomi bagi Malaya dan saranan British sendiri adalah penggabungan antara Malaya dan wilayah lain adalah kerana pengalaman Malaya menangani ancaman Komunis. Meski yang demikian dalam usaha pembentukan Persekutuan ini pelbagai cabaran dihadapi dari dalam serta luar terutamanya cabaran dari Indonesia dan Filipina yang melihat bahawa pembentukan Persekutuan Malaysia adalah bentuk penjajahan baru di Asia

menjadi sebuah negara yang lebih besar geo politiknya. Disebabkan ia mempunyai dua kerajaan yang mempunyai bidang kuasa masing-masing, maka perlembagaan bertulis merupakan kunci penting dalam menggariskan sempadan kuasa antara kedua-duanya. Hal ini membolehkan kedua–dua pihak tidak memonopoli kuasa antara satu sama lain. Sekirannya wujud perubahan ke atas perlembagaan, maka ia mestilah dipinda terlebih dahulu dengan mendapat jumlah sokongan tertentu dari Ahli Dewan. Lihat, Feeley. M dan Rubin. E, Federalism: Political Identity and Tragic Compromise, University of Michigan Press, 2008, hlm. 9-11.

26 Di Malaysia, pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan negeri telah diperuntukkan dengan jelas dalam Bahagian Enam Perkara 73-95E dan Jadual Kesembilan Perlembagaan. Bagi negeri Sabah dan Sarawak perlindungaan tambahan diberikan dan termaktub dalam Bahagian 12A (Perlindungan tambahan bagi Sabah dan Sarawak) Perlembagaan Persekutuan. Lihat juga, Mohamed Salleh bin Abas dan Salleh Buang, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia, 1997, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 37.

8

Page 9: Pembentukan Malaysia

Tenggara.Bagi pihak Filipina pula cabaran yang diberikan kepada Malaysia adalah dengan membuattuntuan ke atas Borneo Utara.

Tony Stockwell pula menerusi penulisannya “Forging Malaysia and Singapore Colonialism: Decolonization and Nation-Building” menyatakan bahawa langkah pembentukan Malaysia merupakan tindakan politik multipola kepada bipola dengan konsep memakmurkan jiran. Meski terdapat keberantakan, namun hal tersebut adalah perkara biasa dalam percaturan politik. Dalam membicarakan mengenai penggabungan wilayah, beliau menyatakan British tidaklah boleh dilihat sebagai hero sebaliknya hanyalah sebagai pembuka jalan dan dalam masa yang sama usaha ini tidaklah bersandar kepada Tunku Abdul Rahman semata–mata. Hal ini demikian kerana, keadaan pada masa tersebut sememangnya membuka ruang kepada pembentukan Persekutuan Malaysia selaras dengan keperluan ekonomi, kedudukan komposisi kaum serta persetujuan daripada semua pemimpin politik bagi wilayah masing–masing.Brunei sendiri sebelum tidak bersetuju dilihat seperti setuju namun menarik diri ekoran daripada pemberontokan Parta’I Raayat Brunei pimpinan AMM Azhari yang lebih berhasrat menubuhkan kerajaan Kalimantan Utara.

Cabaran dari luar turut diterima seperti tentangan Deklarasi Manila yang melihat bahawa pembentukan Persekutuan Malaysia merupakan langkah baru di Asia Tenggara namun hal ini dapat diselesaikan dengan baik dan menjelang tahun 1965 suatu dugaan besar yang dihadapi oleh Persekutuan Malaysia adalah pemisahan Singapura daripada Malaysia yang diumumkan pada 9 Ogos 1965 telah menyebabkan Persekutuan Malaysia dibentuk daripada 3 entiti wilayah sahaja, namun hal ini tidaklah menyebabkan kegagalan kepada Persekutuan Malaysia itu sendiri.5.0 KesimpulanKesimpulan yang dapat dilakukan adalah pembentukan Malaysia telah melahirkan dua konsep iaitu integrasi struktural dan politik struktural dimana bagi integrasi struktural keseimbangan etnik mampu dicapai dengan pengukuhan semangat kebangsaan serta kesetiaan kepada negara hasil daripada keseimbangan populasi penduduk yang tidak mendominasi antara satu sama lain. Bagi politik Struktural pula, jalinan kerjasama politik berlandaskan ikatan etnik membawa kepada integrasi politik yang membawa kepada toleransi yang tinggi antara pemerintah serta masyarakat umum agar mampu membangunkan sebuah Negara yang harmoni.

9