pembentangan usul bahas ketua pembangkang

5
PEMBENTANGAN USUL BAHAS KETUA PEMBANGKANG Tajuk usul : “TRANFORMASI PENDIDIKAN SEUMPAMA MENDENGAR GURUH DILANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN” Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, Yang Berhormat Tuan Yang Dipetua Dewan, Pegawai-pegawai Persidangan, Yang Berhormat Pembangkang, Yang Berhormat Kerajaan yang sudah cukup yakin dengan usul yang dibawa hari ini serta ahli-ahli dewan sekalian. Saya selaku ketua pembangkang pada hari ini bangkit untuk menyatakan bahawa kami di barisan pembangkang menolak usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan bahkan kami ingin menegaskan bahawa pilihan raya kampus tidak melahirkan pemimpin yang berintegriti. Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang. Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan Menurut kamus dewan Edisi Keempat perkataan “Transformasi” diertikan sebagai perubahan rupa, bentuk sifat atau keadaan. Maksud bagi peribahasa seumpama mendengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan pula adalah Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti dapat diperolehi, keuntungan yang kecil yang sudah ada sanggup dilepaskan. Walau bagaimanapun,

Upload: azim-ria

Post on 28-Sep-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

PEMBENTANGAN USUL BAHAS KETUA PEMBANGKANGTajuk usul :TRANFORMASI PENDIDIKAN SEUMPAMA MENDENGAR GURUH DILANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, Yang Berhormat Tuan Yang Dipetua Dewan, Pegawai-pegawai Persidangan, Yang Berhormat Pembangkang, Yang Berhormat Kerajaan yang sudah cukup yakin dengan usul yang dibawa hari ini serta ahli-ahli dewan sekalian. Saya selaku ketua pembangkang pada hari ini bangkit untuk menyatakan bahawa kami di barisan pembangkang menolak usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan bahkan kami ingin menegaskan bahawa pilihan raya kampus tidak melahirkan pemimpin yang berintegriti.Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakanMenurut kamus dewan Edisi Keempat perkataan Transformasi diertikan sebagai perubahan rupa, bentuk sifat atau keadaan. Maksud bagi peribahasa seumpama mendengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan pula adalah Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti dapat diperolehi, keuntungan yang kecil yang sudah ada sanggup dilepaskan. Walau bagaimanapun, berdirinya saya di sini bertugas untuk menolak usul tersebut, satu perkara yang tidak difahami daripada pihak kerajaan adalah konsep transformasi itu sendiri, ini kerana transformasi mempunyai signifikan yang tersendiri iaitu perubahan,pembaharuan kearah yang lebih baik daripada sebelum, oleh itu erti transformasi pendidikan adalah perubahan atau pembaharuan kearah yang lebih baik dari sebelum dalam kontesk pendidikan negara. Seterusnya mendengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan seperti yang diberikan oleh pihak kerajaan juga kurang jelas kerana transformasi pendidikan dilihat dari segi perlaksanaan sedangkan pihak kerajaan mengabaikan hasil daripada transformasi itu sendiri. Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2015 merupakan kesinambugan dan penambahbaikkan daripada pelan-pelan pendidikan Malaysia sebelum ini, ia juga merupakan pelan jangka panjang sistem pendidikan Malaysia dalam menempuh wawasan 2020. Pelan pendidikan ini adalah salah satu daripada transformasi pendidikan di Malaysia bertujuan bagi menambahbaik sistem pendidikan bukan untuk mengubah sistem pendidikan seperti yang difahami pihak kerajaan. Dalam setiap transformasi pendidikan yang dibuat, sudah tentu ditetapkan matlamat-matlamat yang perlu dicapai. Antara matlamat Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2015 adalah memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025 dan Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi awamTuan Yang Dipertua,Daripada objektif pelan pembangunan pendidikan 2013-2025 itu kita dapat lihat dan memahami bahawa perubahan yang ingin dibawa dan dicapai dipertingkatkan dan diluaskan, dimana ia dirancang untuk memperkuatkan barisan generasi hadapan dalam menempuh cabaran masa akan datang yang lebih mencabar serta menambahbaik lagi matlamat dan hasil daripada pelan-pelan pendidikan sebelum ini. Selain itu, melalui pelan ini melambangkan bahawa transformasi pendidikan yang dibawa ingin mengekalkan kualiti yang telah dicapai dan mengejar kejayaan yang lain demi Malaysia tercinta ini.Tuan Yang Dipertua, Sedar atau tidak sedar kita masih lagi berada dalam negara berpendapatan sederhana tinggi dan dalam beberapa tahun lagi ingin mencapai status negara maju, hal yang demikian telah diakui sendiri oleh banyak pihak baik dalam dan luar negara disamping pelbagai kejayaan yang telah dibuat oleh Malaysia. Antara kejayaan yang telah berjaya Malaysia capai adalah dalam memberi kualiti yang tebaik dalam sistem pendidikannya, tidak dapat dinafikan banyak lagi yang Malaysia boleh capai dan perlu ditingaktkan demi membentuk sistem pendidikan yang berkualiti namun Malaysia yang baru setengah abad merdeka telah berjaya membentuk sistem pendidikan yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, malah merupakan antara sistem pendidikan yang terbaik didunia. Ini Tuan Yang di pertua dan hadirin sekalian,Pihak kerajaan dan semua pihak di Malaysia perlu bekerja sama dalam mendokong transformasi ini, malah setiap daripada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam sistem pendidikan wajar mengambil perhatian dan cakna dalam isu-isu melibatkan pendidikan. Transformasi pendidikan tidak akan pernah berjaya sekiranya hanya satu pihak sahaja yang bertepuk sebelah tangan, sedangkan dipihak yang lain hanya melihat tanpa bekerjasama dalam merealisasikannya.Tuan Yang Dipertua,Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kami pihak pembangkang tetap tidak bersetuju dengan tajuk perbahasan yang dikemukan pada hari ini, Kami berpendapat bahawa transformasi pendidikan yang dilaksanakan di negara ini adalah satu yang sangat bertepatan dalam meningkatkan, menambahbaik dan memperbaharui sistem pendidikan negara demi menyediakan asas yang lebih baik kepada generasi akan datang. Hujah saya akan diteruskan oleh rakan pembangkang yang seterusnya, dan dengan ini saya mengundur diri. Mohon untuk terus membangkang.Sekian daripada saya selaku ketua pembangkang.