pembentangan bmm 3173.docx

2
BMM 3173 - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Nama : Siti Halimah binti Abd Rahman No kad pengenalan : 810630-11-5270 Soalan 4 Pelajar anda tidak dapat menguasai aspek bacaan lantang dengan baik. Cadangkan cara bagi memperbaiki kelemahan ini. Cara untuk memperbaiki kelemahan aspek bacaan lantang ialah 1. Guru boleh menggunakan kaedah pandang sebut dimana melibatkan dua aktiviti iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita. 2. Kaedah pandang dan sebut adalah melibatkan perkara yang dipandang ialah gambar manakala yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. 3. Cara ini dapat melatih murid yang lemah mengenali sesuatu perkataan atau ayat tanpa mengejanya terlebih dahulu melalui latih tubi. Kaedah ini dapat memendekkan masa murid untuk mengeja perkataan dan masa yang boleh digunakan untuk tujuan pemahaman apa jua yang dibaca. 4. Pengajaran kaedah pandang dan sebut mengambil kira pengalaman sedia ada murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan yang dicam. 5. Guru boleh menggunakan gambar terlebih dahulu kemudian murid akan sebut perkataan dan ayat-ayat pendek yang ditulis pada kad- kad imbasan secara beramai-ramai dengan bimbingan guru. 6. Seterusnya langkah ini diikuti dengan membaca bahan yang sama daripada buku teks. Murid hanya perlu mengecam gambar dan menyebut perkataan berdasarkan gambar berkenaan. 7. Guru boleh membuat latihan menyebut perkataan yang terdapat dalam kad imbasan sambil menunjukkan kad imbasan dan mereka dikehendaki menyebut perkataan tersebut beberapa kali. PPG/6M

Upload: masrulhasdi-mansur

Post on 03-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

- Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM 3173 - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Nama : Siti Halimah binti Abd RahmanNo kad pengenalan : 810630-11-5270Soalan 4Pelajar anda tidak dapat menguasai aspek bacaan lantang dengan baik. Cadangkan cara bagi memperbaiki kelemahan ini.Cara untuk memperbaiki kelemahan aspek bacaan lantang ialah1. Guru boleh menggunakan kaedah pandang sebut dimana melibatkan dua aktiviti iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita. 2. Kaedah pandang dan sebut adalah melibatkan perkara yang dipandang ialah gambar manakala yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. 3. Cara ini dapat melatih murid yang lemah mengenali sesuatu perkataan atau ayat tanpa mengejanya terlebih dahulu melalui latih tubi. Kaedah ini dapat memendekkan masa murid untuk mengeja perkataan dan masa yang boleh digunakan untuk tujuan pemahaman apa jua yang dibaca.4. Pengajaran kaedah pandang dan sebut mengambil kira pengalaman sedia ada murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan yang dicam.5. Guru boleh menggunakan gambar terlebih dahulu kemudian murid akan sebut perkataan dan ayat-ayat pendek yang ditulis pada kad-kad imbasan secara beramai-ramai dengan bimbingan guru.6. Seterusnya langkah ini diikuti dengan membaca bahan yang sama daripada buku teks. Murid hanya perlu mengecam gambar dan menyebut perkataan berdasarkan gambar berkenaan. 7. Guru boleh membuat latihan menyebut perkataan yang terdapat dalam kad imbasan sambil menunjukkan kad imbasan dan mereka dikehendaki menyebut perkataan tersebut beberapa kali.8. Selain itu, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama membantu murid menyebut semula perkataan yang telah dicerakinkan secara berulang-ulang.9. Latihan membina dan membaca ayat menggunakan bahan pengajaran yang sesuai seperti seni kata lagu, pantun, dan bercerita lebih memudahkan murid yang lemah kerana murid mudah menghafal seperti seni kata lagu. 10. Aktiviti seperti membina dan membaca ayat menggunakan cerita juga penting supaya dapat membantu murid yang tidak menguasai aspek bacaan lantang agar dapat membaca dengan baik.PPG/6M