pembelajaran kimia kbsm melalui aktiviti amali · pdf filepembelajaran kimia kbsm melalui...

20
i PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan ( Kimia ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia March, 2004

Upload: lequynh

Post on 31-Mar-2018

241 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

i

PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI

KALAIVALLI KALIAPPAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

( Kimia )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

March, 2004

Page 2: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

ii

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan ( Kimia ).

Tandatangan : ……………………….

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABU HASSAN BIN KASSIM

Tarikh : ……………………….

Page 3: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

iii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………….

Nama Penulis : KALAIVALLI KALIAPPAN

Tarikh : ……………………….

Page 4: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

iv

Specially dedicated to:

my beloved parents, Mr.Kaliappan and Mrs.Muniamah

my dear Ganesh Subramaniam

my loving sisters Sagthi Subramaniam, Usha Kathiresan,

Parameswari Murugan

my loving brother Sivakumaran and

the sweets little flowers Thivyashini, Saarwin, Mayshni,

Ghowin Henesh, my loving friends Navanitha, Yogarajen, Muthukumaran, Arasi

for all the love, support and continuous prayer

to complete this work.

“All of you are such a blessing for me"

Page 5: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

v

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Tuhan yang maha esa dan di atas limpah kurniaNya, saya

dapat menyiapkan projek sarjana muda ini

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tujukan buat PM Dr.

Abu Hassan Bin Kassim, selaku penyelia projek sarjana muda yang telah banyak

memberi tunjuk ajar, nasihat, motivasi dan komen-komen membina yang banyak

membantu saya dalam menulis projek ini.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas kesudian memberi kebenaran

untuk menjalankan kajian. Tidak lupa kepada pihak sekolah, pengetua, guru-guru

kimia dan pelajar-pelajar tingkatan empat yang telah banyak membantu untuk

dapatkan data kajian.

Penghargaan ini turut ditujukan kepada rakan-rakan yang telah memberi idea

dan sokongan yang tidak terhingga semasa saya menghadapi masalah.

Akhir sekali kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih di atas

segala budi baik yang kalian berikan.

Page 6: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

vi

ABSTRAK Pembelajaran kimia melalui aktiviti amali sangat ditekankan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun timbul beberapa persoalan

terhadap pelaksanaan aktiviti amali kimia. Antaranya, apakah persepsi pelajar

terhadap aktiviti amali kimia? Adakah guru memainkan peranan mereka dalam

mengendalikan aktiviti amali selaras dengan keperluan kimia KBSM dan sejauh

manakah keadaan makmal selamat dan kondusif untuk menjalankan aktiviti amali.

Maka, satu kajian bertujuan meninjau pembelajaran kimia melalui aktiviti amali telah

dijalankan. Aspek yang dikaji berkaiatan dengan persepsi pelajar terhadap aktiviti

amali kimia, menganalisis peranan yang dimainkan oleh guru dalam mengendalikan

aktiviti amali serta meninjau kemudahan yang disediakan untuk menjalankan aktiviti

amali. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang

mengandungi dua bahagian, Bahagian A merangkumi latar belakang responden dan

Bahagian B melibatkan aspek kajian. Seramai 108 orang responden telah dipilih

secara rawak kelompok di tiga buah di daerah Kota Tinggi, Johor. Data dianalisis

secara manual untuk mendapat kekerapan, peratusan kekerapan dan mod.. Dapatan

kajian menunjukkan ketiga-tiga aspek utama yang dikaji berada pada tahap baik.

Batasan kajian, implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan untuk

mempertingkatkan aktiviti amali turut disertakan.

Page 7: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

vii

ABSTRACT

This study is carried out to observe the learning of chemistry via laboratory

practices. The focal point that is being highlighted in this research paper is student’s

perception about laboratory practices, analyze the role of teacher in conducting

laboratory practices, and to observe whether the related facilities are safe and

conducive. The instrument used for this research is a questionnaire that contains two

parts. The first part A, regarding the respondents back ground, while the second part

B, to examine on the student’s perception. About 108 respondents were randomly

selected from three schools in Kota Tinggi district, Johor. Data was analyzed

manually and the frequency, frequency percentage and were calculated. The results

indicates that the three important aspects being studied in this research are at good

level. The limitations of the study, implications and suggestions for further research

work to enhance laboratory practices were discussed.

Page 8: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

Page 9: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

ix

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN PENULISAN 9

2.1 Pengenalan 9

2.2 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 10

2.3 Amali Kimia KBSM 12

2.4 Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran Amali Kimia 13

2.5 Taksonomi Proses Kerja Amali 15

2.6 Peranan Guru Dalam Mata Pelajaran Kimia 15

2.7 Teknik Pengendalian Aktiviti Amali 18

2.7.1 Peringkat Perancangan 18

2.7.2 Peringkat Pelaksanaan 19

2.8 Peranan Makmal Dalam Pembelajaran Kimia 20

2.8.1 Keselamatan Makmal 21

2.8.2 Peraturan Am Makmal 22

2.8.3 Tanda-Tanda Amaran 22

2.8.4 Alat Pemadam Api 22

2.8.5 Peti Pertolongan Cemas 23

2.9 Alat Radas Dan Peralatan Kimia 23

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN 25

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Instrumen Kajian 26

Page 10: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

x

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 27

3.5 Prosedur Kajian 27

3.6 Kajian Rintis 28

3.7 Analisis Data 29

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA & PERBINCANGAN 30 4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Data 30

4.2.1 Latar Belakang Responden 31

4.2.2 Aspek Kajian 31

4.3 Perbincangan Hasil 34

4.3.2.1 Aspek Pelajar 34

4.3.2.2 Aspek Guru 37

4.3.2.3 Aspek Kemudahan 39

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN & 42 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 5.1 Pengenalan 42

5.2 Kesimpulan 42

5.2.1 Aspek Pelajar 43

5.2.2 Aspek Guru 43

5.2.3 Aspek Kemudahan 43

5.3 Implikasi Kajian 44

Page 11: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

xi

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 45

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 46

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

Page 12: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBSM 13

2.2 Objektif kerja amali 12

3.1 Taburan item mengikut aspek 11

3.2 Skala penilaian 16

4.1 Latar belakang responden 90

4.2 Kekerapan dan peratus kekerapan respon pelajar terhadap

aspek kajian

Page 13: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Perkembangan dan pencapaian dalam bidang sains berlaku dengan sangat

pesat, terutama di negara-negara maju. Perkembangan dalam bidang sains secara

global telah mempengaruhi bidang pendidikan di negara-negara yang sedang

membangun seperti Malaysia. Di Malaysia pendidikan sains di sekolah telah

diperkenalkan sejak dari enam dekad yang lalu. Pada peringkat awal, pengajaran

sains di sekolah hanya menitikberatkan perkembangan aspek kognitif sahaja. Segala

maklumat berkaitan dengan sains disalurkan kepada pelajar oleh guru. Pelajar hanya

menerima maklumat yang disampaikan tanpa banyak persoalan (Carin, 1975). Kerja

amali dilaksanakan hanya untuk mengesahkan fakta dan menguji kebenaran teori

yang dipelajari dalam bilik darjah (Abu Hassan, 1999a). Aktiviti amali hanya

memberi peluang kepada pelajar ‘mengembangkan’ kemahiran manipulatif mereka.

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju,

Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di

samping itu, masyarakat Malaysia juga perlu berkebolehan untuk mengurus alam dan

sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita

perlu membentuk warganegara yang berfikiran kritis, kreatif dan berketrampilan di

mana mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Page 14: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

2

Sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan, di mana membekalkan satu

rangka konsep yang membolehkan pelajar memahami alam di sekeliling mereka.

Sains sebagai proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah,

di samping memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar,

melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik.

Menyedari kepentingan sains dari segi sosial dan ekonomi, pendidikan sains telah

mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat. Di Malaysia, kurikulum sains

telah mengalami reformasi pendidikan pada akhir tahun 1960-an. Hasil reformasi

melaksanakan Kurikulum Sains Paduan pada tahun 1969, untuk peringkat sekolah

menengah rendah, Kurikulum Sains Tulen (Biologi, Fizik, Kimia) pada tahun 1972

untuk peringkat sekolah menengah atas dan Kurikulum Rampaian Sains Moden pada

tahun 1974 untuk pelajar aliran sastera.

Bagi mempertingkatkan lagi tahap pendidikan sains, KBSM mula digubal

pada tahun 1980 selaras dengan cadangan yang dibuat dalam Laporan Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dan dilaksanakan pada tahun 1989

(Abu Hassan, 1999b). Pada tahun 1999 KBSM bagi mata pelajaran kimia tingkatan

empat telah disemak semula menjadi Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)

dan telah dilaksanakan pada tahun 2002. Perubahan dalam kurikulum sains bertujuan

untuk mempertingkatkan mutu pendidikan sains dengan cara:

i Mengemaskini kandungan sains dan menggunakan bahan tempatan

di mana sesuai ii Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan inkuiri dan

penemuan dengan pelajar. iii Kefahaman konseptual dan penggunaan kepada situasi kehidupan

sebenar

( Tamby Subahan, 1987)

Page 15: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan awal amali sains bermula di England dengan tertubuhnya

Jabatan Sains Dan Sastera (Gee dan Clackson, 1992). Makmal sains telah dibina dan

dilengkapi dengan segala kemudahan walaupun demonstrasi sahaja dijalankan untuk

mengesahkan sesuatu teori atau fakta. Kaedah saintifik tidak boleh diajar secara

kuliah atau melalui teknik demonstrasi. Pelajar perlu melakukan eksperimen dengan

sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sains atau penyelidik

Pelajar yang didedahkan dengan kerja amali dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sains dapat mencapai keputusan yang lebih tinggi berbanding dengan

pelajar yang jarang didedahkan kepada kerja amali (Patricia,1996). Kerja amali

memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan sains tetapi cara

pelaksanaan yang dilakukan tidak menggambarkan kepentingannya. Konsep asas

sains yang dimiliki oleh pelajar adalah terlalu kabur dan samar.

Di Malaysia, Kurikulum Kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi

menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini. Kurikulum yang

sedia ada telah disemak semula untuk memenuhi semangat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada

abad 21. Dengan adanya satu kurikulum yang boleh dijadikan panduan dapat

mendidik pelajar untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana

serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.

Matlamat pendidikan sains di seluruh Malaysia adalah untuk melahirkan

rakyat yang berpengetahuan sains serta memahami keperluan sains dalam kehidupan

harian. Pada dasar, Kimia KBSM bertujuan untuk melatih pelajar menyelesaikan

masalah melalui aktiviti penyiasatan; dengan ini mereka dapat mengembangkan

kemahiran berfikir serta kemahiran saintifik. Melalui pendidikan kimia diharapkan

pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian berlandaskan sikap

saintifik dan nilai murni. Kimia KBSM juga memberi penekanan untuk melatih

pelajar supaya boleh membuat keputusan yang bijaksana dan mengenal diri sebagai

insan yang diamanahkan untuk mengurus alam dengan penuh tanggungjawab, demi

kesejahteraan hidup manusia sejagat.

Page 16: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

4

Selaras dengan hasrat KBSM, strategi pengajaran dan pembelajaran sains

memberi penekanan kepada kesepaduan antara pemerolehan pengetahuan,

penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukkan nilai-nilai murni. Strategi

pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran kimia berteraskan kepada

pembelajaran menerusi pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri dan

penemuan. Bermakna segala aktiviti pembelajaran yang dirancang perlu melibatkan

pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukkan pemikiran yang analitis,

kritis dan kreatif. Pembentukkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

mengutamakan inkuiri dan penemuan bertujuan untuk membolehkan pelajar

memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran dengan berkesan.

Mata pelajaran kimia yang berorientasikan aktiviti penyelidikan dan kerja

amali sesuai dengan sifat displin kimia. Banyak kemahiran dapat diperolehi apabila

pelajar melakukan aktiviti amali. Aktiviti amali melibatkan pelajar secara aktif untuk

merancang, menjalan dan menilai aktiviti yang dilakukan serta menyelesaikan

masalah melalui penyiasatan secara sistematik. Aktiviti dalam makmal merupakan

aktiviti manipulasi yang amat penting untuk pemahaman konsep-konsep sains oleh

pelajar.

Keberkesanan sesuatu pengajaran sangat bergantung pada cara penyampaian

guru. Cara pengajaran tradisional dalam bilik darjah memberikan sesuatu yang tidak

tepat daripada apa yang sebenarnya terkandung dalam sains dan pengetahuan

saintifik (Burbules dan Linn, 1992). Ramai di kalangan guru menganggap bahawa

melakukan aktiviti amali secara kerap merupakan satu perkara yang berfaedah tanpa

memikirkan tujuan atau hasil yang ingin dicapai daripada aktiviti tersebut.

Walaubagaimanapun, hasil kajian menunjukkan banyak perkara dalam aktiviti amali

hanya mengelirukan dan tidak mempunyai nilai yang sebenar (Hudson,1992).

Guru memainkan peranan penting dalam memupuk minat pelajar terhadap

sesuatu mata pelajaran. Guru kimia, misalnya, boleh mendorong pelajar supaya

berusaha dalam aktiviti amali dan latihan di dalam makmal. Dengan bantuan dan

kaedah pengajaran yang menarik dan berkesan sudah pasti akan memupuk lebih

ramai pelajar berminat terhadap mata pelajaran sains, khususnya kimia. Dalam

merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, para guru harus

Page 17: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

5

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dengan menggunakan pelbagai

kaedah seperti projek, lawatan, kajian kes, perbincangan dan simulasi untuk

meluaskan pengalaman pembelajaran serta memperkukuhkan pemahaman pelajar.

Guru harus dapat menghubungkaitkan aktiviti makmal dengan pengalaman hidup

pelajar.

Guru sebagai fasilitator atau pembimbing dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, guru merupakan sumber dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan

bukan penyuap ilmu. Penggunaan laras bahasa yang bermutu dan berkesan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran perlu diberi perhatian yang serius. Guru perlu

memberi arahan yang jelas agar apa yang dilakukan oleh pelajar dapat dilaksanakan

secara teratur dan memberikan hasil yang diharapkan dan berkesan (Abu Hassan &

Meor Ibrahim, 2000).

Tempat yang sesuai perlu ada bagi menjalankan aktiviti amali. Makmal

sebagai tempat pelajar melakukan sebahagian aktiviti pembelajaran perlu lengkap,

selamat dan kondusif (Hudson, op cit.). bagi memastikan pelajar dapat melakukan

aktiviti pembelajaran dengan berkesan dan selamat di dalam makmal pelajar perlu

mengetahui peraturan dan panduan keselamatan sebelum dan semasa berada di

dalam makmal. Kecuaian pelajar boleh mengakibatkan kemalangan. Sehubungan

dengan ini, suasana makmal perlu sentiasa berkeadaan bersih, selesa dan selamat.

Semua peralatan perlu dapat berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan.

1.3 Penyataan Masalah Bagi menjayakan pembelajaran kimia melalui aktiviti amali, pelajar perlu

mempunyai sikap positif terhadap kerja amali. Guru juga hendaklah memainkan

peranannya sebagai seorang pembimbing atau fasilitator dan memdorong pelajar

mencari ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan kimia akan diperolehi

apabila pelajar menjalankan aktiviti amali. Makmal tersebut hendaklah dalam

Page 18: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

6

keadaan yang selamat dan kondusif untuk digunakan. Walaubagaimanapun,

persoalan yang timbul adalah seperti berikut:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap amali kimia? ii. Adakah guru memainkan peranan mereka dalam mengendalikan

aktiviti amali selaras dengan keperluan kimia KBSM?

iii. Sejauh manakah keadaan makmal untuk menjalankan aktiviti amali

selamat dan kondusif

1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau aktiviti pelajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran Kimia KBSM dengan memberi tumpuan kepada aktiviti amali.

Secara khusus objektif kajian adalah untuk :

i. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap aktiviti amali kimia di dalam

makmal

ii. Mengenal pasti peranan guru dalam mengendalikan aktiviti kimia

dalam mata pelajaran kimia.

iii. Meninjau kesesuaian makmal kimia untuk menjalankan aktiviti

amali dari segi keselamatan dan kemudahan

1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini diharap dapat membantu dan memberi manfaat kepada pihak

tertentu seperti pelajar, guru, pihak sekolah dan pihak kementerian. Pelajar dapat

menyedari kepentingan kerja amali. Di samping itu, hasil kajian ini diharap dapat

Page 19: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

7

membantu para guru untuk merancang dan mengurus aktiviti amali dengan berkesan.

Mereka dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yang selalu timbul

semasa proses pengajaran dan pembelajaran .Perancangan yang teliti dapat memberi

kesan positif kepada pelajar dan guru dan membantu mempertingkatkan penampilan

guru kimia.

Pihak sekolah dan pihak kementerian serta agensi-agensi kerajaan yang

mempunyai kaitan secara langsung dalam pendidikan dapat memahami masalah yang

timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia. Pihak atasan perlu berusaha

mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kimia; khususnya aktiviti amali dari segi kemudahan bahan bantu

mengajar, bahan kimia, alat radas yang sempurna dan alat keselamatan. Pihak atasan

juga perlu berganding bahu dengan guru bagi memperbaiki sebarang kelemahan

yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia.

1.6 Skop kajian Skop kajian ini melibatkan aspek pelajar, guru dan kemudahan dalam

pelaksanaan aktiviti amali bagi mata pelajaran kimia. Kajian ini hanya tertumpu

kepada persepsi pelajar, pandangan mereka terhadap peranan guru dalam

mengendalikan aktiviti amali dan kesesuaian makmal dari segi keselamatan dan

kemudahan untuk aktiviti tersebut.

1.7 Batasan Kajian Kajian ini hanya melibatkan 120 orang tingkatan empat aliran sains di tiga

buah sekolah di bandar Kota Tinggi. Responden yang dipilih mengambil mata

pelajaran kimia sebagai mata pelajaran elektif. Responden terbatas kepada pelajar

tingkatan empat sahaja kerana mereka mempunyai pengalaman yang berbeza semasa

berada dalam tingkatan menengah rendah.

Page 20: PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI · PDF filePEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini ... membantu saya dalam menulis projek

8

1.8 Definisi Istilah Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini dibincang dalam bahagian

berikut.

1.8.1 Persepsi Persepsi merujuk kepada tanggapan atau fahaman seseorang terhadap sesuatu

perkara atau fenomena berdasarkan pengalaman dan kepercayaan serta nilai yang

dipegang (Noraini,1996). Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza terhadap

sesuatu perkara atau fenomena daripada individu lain. Dalam kajian ini, persepsi

bermaksud tanggapan para pelajar terhadap kerja-kerja amali kimia yang mereka

lakukan di dalam makmal.

1.8.2 Amali kimia

Amali bermaksud pelaksanaan prinsip atau teori berasaskan pengalaman

sebenar suatu ilmu pengetahuan (Noresah,1994). Merujuk kepada Falsafah

Pendidikan Kimia KBSM, aktiviti amali adalah untuk memperolehi pengetahuan,

kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik bagi menyelesaikan masalah.