iii - fp.utm.my · 4.7 taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 taburan data...

23

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari
Page 2: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

ii

Page 3: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

iii

KEBOLEHAN MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN SERTA ILMU KIMIA

DALAM KEHIDUPAN OLEH PELAJAR TINGKATAN EMPAT SECARA

EKSPERIMENTAL

VIGNESVARAN A / L SUPPIAH

Naskah kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac 2006

Page 4: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

iv

Page 5: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

v

DEDIKASI

Ku tujukan khas sekalung budi buat kedua orang tua ku

Ayahanda yang disanjungi, EN. SUPPIAH A / L SHANMUGAM PILLAI

Ibunda yang dikasihi, PN. SARASWATHY A / P CHINNIAH

Makcik yang disayangi, CIK. PARUVATHY A / P CHINNIAH

Segala jasa dan pengorbanan ayah dan ibu serta tidak ternilai besarnya, kasih yang

dicurahkan dalam mendidik aku menjadi insan berguna

serta

insan yang teristimewa, DEVA NANTHINI A / P SINNIAH, segala dugaan dan

cabaran yang kutempuhi bersamamu, segala saat-saat manis yang kita kecapi bersama

tidak lupa

sahabat tercinta, CHIN KONG FOO, MOHD HAZMAN, ANDY CHAN, segala

nasihat serta pandangan anda akanku kenangi buat selamanya.

Kejayaan yang dicapai adalah milik kita semua.

Terima Kasih

Page 6: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

vi

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas restu dan limpah kurnianya, penulisan projek

Sarjana Muda ini berjaya saya laksanakan dengan sepenuhnya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang

telah turut serta berganding bahu bersama saya dalam melengkapkan penulisan ini.

Ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada penyelia saya, P.M. Hj. Aziz Bin

Nordin, atas segala bimbingan serta tunjuk ajar beliau yang berikan tanpa jemu atau

sebarang rungutan. Nasihat serta dorongan beliau amat dihargai.

Penghargaan juga saya tujukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia atas kebenaran untuk menjalankan penyelidikan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya tujukan kepada semua

Pengetua, Penolong Kanan, guru-guru Kimia serta para pelajar yang telah mengambil

bahagian dan memainkan peranan dalam menyelesaikan penyelidikan ini.

Setinggi penghargaan juga ingin saya lafazkan kepada kedua ibubapa serta ahli

keluarga yang menjadi dorongan dan pembakar semangat bagi saya dalam merintis

perjalanan sepanjang penyelidikan ini.

Sekalung penghargaan saya tujukan kepada rakan teristimewa, Deva Nanthini

yang banyak memberi sokongan moral dan semangat dalam meneruskan usaha

melengkapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan lain, Chin Kong Foo

dan Mohd Hazman yang turut menyumbang pendapat dalam menyelesaikan penulisan ini.

Page 7: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehan pelajar tingkatan empat dalam

mengaplikasikan kemahiran serta ilmu kimia dalam kehidupan harian. Item kajian adalah

terdiri daripada set soal selidik serta empat buah eksperimen yang menggunakan

barangan yang biasa digunakan dalam kehidupan harian. Sampel kajian adalah terdiri

daripada 100 orang pelajar dari tiga buah sekolah di daerah Kulai yang menjawab soal

selidik dan 25 orang pelajar terbaik yang dipilih untuk menjalankan eksperimen. Data-

data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social

Science (SPSS ) Versi 13.0 dan juga secara analisis manual yang melibatkan peratusan

serta min. Keputusan yang diperolehi diringkaskan dalam bentuk jadual peratusan serta

kekerapan. Hasil analisis mendapati tahap aplikasi ilmu kimia dalam kehidupan oleh

pelajar adalah sederhana dan kurang meyakinkan. Pelajar juga mempunyai daya kreativiti

yang lemah dalam mengaitkan kimia dengan kehidupan. Beberapa cadangan telah diberi

bagi kajian lanjut serta untuk meningkatkan mutu pelajar dalam memahami kimia dari

konteks kehidupan harian.

Page 8: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

viii

ABSTRACT

The purpose of this research is to determine the ability of form four students in applying

chemistry in daily life basis. Set of questionaires and four simple experiments using daily

life materials were the methods used to conduct this research. Total of 100 form four

students from three different schools in the district of Kulai were chosen as the sample to

answer the questionaire and among them, 25 best students were selected to carry out the

four experiments. Data obtained from the research were analyzed using computer

software called Statistical Package for Social Science ( SPSS ) version 13.0 and also

manually through the percentage and mean value. Analytical results were shown in

percentage and frequency tables. The final results shows that application of chemistry in

daily life among form four students are rather moderate not convincing. Students also

show a very low creativity level in applying chemistry in everyday life.

Recommendations were suggested for further research and to improve the quality of

students to understand the importance of chemistry from the daily life point of view.

Page 9: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL TESIS iii

PERAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 7

Page 10: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

x

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Amali 9

1.8.2 Kimia 9

1.8.3 Sains 9

1.8.4 Aplikasi 10

1.8.5 Kemahiran 10

1.8.6 Eksperimen 10

1.8.7 Ilmu 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11

2.0 Pengenalan 11

2.1 Matlamat Kurikulum Kimia KBSM 12

2.2 Kemahiran Saintifik Dalam Mempelajari Sains 12

2.3 Aktiviti Makmal Menjana Semangat Inkuiri 13

2.4 Matlamat Aktiviti Amali Dalam Mempelajari Kimia 15

2.5 Perkaitan Kimia Dengan Kehidupan Harian 16

2.6 Kesimpulan 18

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN 20

3.0 Pengenalan 20

3.1 Rekabentuk Kajian 21

3.2 Tempat Kajian 21

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 22

3.4 Instrumen Kajian 23

Page 11: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

xi

3.5 Prosedur Kajian 25

3.6 Kajian Rintis 26

3.7 Analisis Data 26

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS DATA 29

4.0 Pengenalan 29

4.1 Kategori Data 30

4.2 Analisis Latar Belakang Responden

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Kaum 31

4.2.2 Pencapaian (PMR) Untuk Subjek Sains 32

4.2.3 Pencapaian Kimia Dalam Penilaian

Pertengahan Tahun 33

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.3 Analisis Sikap, Persepsi Serta Kebolehan Mengaitkan

Ilmu Kimia Dalam Kehidupan 36

4.3.1 Analisis Sikap Responden Terhadap Mata

Pelajaran Kimia 37

4.3.2 AnalisisMinat Responden Terhadap Aktiviti

Amali Kimia 38

4.3.3 Analisis Terhadap Persepsi Responden Terhadap

Aktiviti Makmal 40

4.3.4 Analisis Terhadap Kebolehan Mengaitkan

Eksperimen Kimia Dengan Kehidupan Seharian 42

4.4 Analisis Keupayaan Responden Mengaplikasikan

Kemahiran Serta Ilmu Kimia Dalam Menjalankan

Eksperimen Menggunakan Barangan Yang Diguna Dalam

Kehidupan Harian 44

Page 12: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

xii

4.5 Analisis Aplikasi Ilmu Kimia Dalam Kehidupan Serta

Kreativiti Dalam Mengaitkan Kimia Dalam Aspek

Kehidupan 54

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 64

5.0 Pengenalan 64

5.1 Perbincangan 64

5.1.1 Latar Belakang Responden 65

5.1.2 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Kimia 66

5.1.3 Minat Terhadap Aktiviti Amali Kimia 68

5.1.4 Persepsi Pelajar Mengenai Aktiviti

Makmal 69

5.1.5 Kebolehan Mengaitkan Kemahiran

Mengeksperimen Dengan Kehidupan

Seharian 71

5.1.6 Kebolehan Mengaplikasikan Ilmu Kimia

Dalam Kehidupan 74

5.1.7 Kreativiti Pelajar Dalam

Mengaplikasikan Pengetahuan Kimia 76

5.2 Kesimpulan 78

5.3 Implikasi Kajian 79

5.3.1 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 80

5.4 Cadangan Kajian Lanjut 80

RUJUKAN 82-85

LAMPIRAN 86-96

Page 13: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

xiii

SENARAI JADUAL

No.Jadual Tajuk Muka surat 3.1 Kategori item mengikut objektif kajian 25

3.2 Julat min dan tahap persetujuan bagi item skala

persetujuan Likert 27

3.3 Skema pemarkahan berdasarkan kepada kategori jawapan 28

3.4 Skema pemarkahan yang diubahsuai untuk analisis tahap

pencapaian 28

4.1 Taburan kekerapan serta peratusan responden mengikut

kaum 31

4.2 Keputusan pencapaian dalam Penilaian Menengah Rendah

(PMR) 33

4.3 Gred pencapaian mata pelajaran kimia 34

4.4 Peratus taburan responden mengikut jantina 35

4.5 Analisis tahap persetujuan respon pelajar 36

4.6 Taburan peratus pilihan responden mengenai sikap

terhadap kimia 37

4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39

4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal

kimia 40

4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari dalam

menjalankan amali kimia 41

4.10 Taburan data tentang semangat kerjasama dalam

menjalankan amali 42

4.11 Taburan data tentang kebolehan mengaitkan aktiviti amali

kimia dengan kehidupan seharian 43

4.12 Peratus data ketepatan melakarkan gambarajah Eksperimen 1 45

4.13 Peratus taburan data tentang ketelitian merekod pemerhatian 46

4.14 Peratus ketepatan ujian pengesahan jenis ion pada

Anod dan Katod 47

Page 14: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

xiv

4.15 Peratus taburan jawapan bagi simbol ion dari elektrolisis air 48

4.16 Peratus data ketepatan melakarkan gambarajah Eksperimen 2 48

4.17 Peratus responden yang berjaya memperolehi data eksperimen 49

4.18 Kategori pengkelasan data responden dan label yang diberikan 50

4.19 Peratus taburan data kesimpulan tentang susunan logam 50

4.20 Taburan data tentang ketelitian responden mencatat

perubahan warna 51

4.21 Peratus responden yang berjaya mendapatkan hasil

akhir yang dikehendaki 53

4.22 Taburan data mengenai ketelitian mencatatkan

pemerhatian 54

4.23 Taburan jawapan responden tentang cadangan

larutan A serta larutan B 55

4.24 Peratus cadangan bahan yang dapat diguna sebagai

gam 56

4.25 Peratus Jawapan bagi nama kimia untuk serbuk penaik 57

4.26 Peratus responden yang dapat mencadangkan kedua-dua bahan

berasid dan berbes 57

4.27 Pilihan jawapan yang diberikan oleh responden 58

4.28 Peratus taburan pendapat responden 59

4.29 Taburan jawapan responden berdasarkan kategori 60

4.30 Peratus taburan jawapan bagi idea kreatif responden dalam

mencadangkan aktiviti eksperimen 61

4.31 Peratus tahap pencapaian responden secara keseluruhannya

bagi keempat-empat eksperimen kajian 62

4.32 Peratus tahap pencapaian responden mengikut kriteria kajian 63

5.1 Taburan maklumat latar belakang responden (Item Skala Likert) 65

5.2 Taburan maklumat latar belakang responden (Data Eksperimen) 66

5.3 Perbandingan catatan pemerhatian oleh responden dengan

pemerhatian yang lebih tepat 73

Page 15: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

xv

SENARAI RAJAH

No.Jadual Tajuk Muka surat 4.1 Peratus taburan responden mengikut kaum 32

4.2 Keputusan mata pelajaran sains dalam (PMR) 33

4.3 Peratus pencapaian mata pelajaran kimia bagi penilaian

pertengahan tahun mengikut gred 34

4.4 Peratus taburan responden mengikut jantina 35

5.1 Perbandingan lakaran gambarajah eksperimen 71

Page 16: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik kajian 86

B Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPPDP) 94

C Surat kebenaran daripada Fakulti Pendidikan 95

D Surat pengesahan soal selidik 96

E Gambarajah eksperimen 97

Page 17: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Negara kita Malaysia sedang menuju ke arah mencapai wawasan 2020. Asas

sains dan teknologi adalah tunjang kepada impian negara kita untuk mencapai status

negara maju yang mampu menggegar di arena global. Kepesatan pembangunan sains dan

teknologi perlu berkembang seiring dengan arus permodenan dalam era globalisasi ini.

Dengan ini, generasi muda seharusnya bersedia menempuh pelbagai rintangan dan

dugaan jika inginkan negara kita dikenal di mata dunia. Pengalaman, kebolehan serta

kecerdasan pelajar adalah antara persediaan untuk menghadapi cabaran di dunia yang

pesat membangun ini. Aplikasi ilmu sains dan teknologi dalam menghadapi masalah

harian dan kebolehan mengaitkan ilmu sains dengan kehidupan harian adalah aspek

penting yang begitu diharapkan oleh kurikulum pendidikan Negara.

Pengajaran dan pembelajaran sains amat penting untuk mewujudkan masyarakat

yang berfikiran saintifik kerana melalui cara ini pelajar dapat lebih memahami fenomena

harian dan menilai kejadian alam secara saintifik. Tetapi pada masa kini, ramai pelajar di

peringkat menengah tinggi enggan mengambil jurusan sains tulen kerana bagi mereka

mata pelajaran seperti kimia, fizik dan biologi dianggap terlalu susah dipelajari dan

untuk lulus dengan cemerlang (Pusat Perkembangan Kurikulam, 1996). Penyataan ini

amat membimbangkan dan boleh memandulkan hasrat Negara untuk merealisasikan

Page 18: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

2

wawasan 2020. Maka pada tahun 1999-2000, kurikulum sains KBSM disemak semula

setelah lebih 10 tahun digubal. Penyemakan ini dilaksanakan bagi memastikan

kurikulum yang digunakan dapat memenuhi keperluan negara yang memerlukan tenaga

kerja yang berpengalaman serta mahir. Kurikulum sains bertujuan melahirkan pelajar

yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi serta

mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara saintifik dalam kehidupan

harian (PPK 1996).

Pengalaman, kebolehan serta kecerdasan amat mempengaruhi cara seorang

mempelajari, mentafsir, menganalisis, memahami sesuatu perkara dan mencerap

pengetahuan yang diajar (Aziz Nordin, 1992). Kimia merupakan salah satu bidang sains

yang menarik yang diajar di kalangan para pelajar sekolah menengah. Hakikatnya subjek

kimia merupakan mata pelajaran yang amat penting untuk pelajar yang ingin

melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, aliran biologi, kejuruteraan dan

sebagainya (Garfoth, 1980). Masalah yang sering timbul dalam pengajaran kimia adalah

kandungan mata pelajaran tersebut yang mengandungi konsep yang sukar untuk

difahami dan yang rumit untuk dipelajari (Aziz Nordin, 1987). Kimia juga melibatkan

persoalan yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah (Aziz Nordin, 2000).

Konsep-konsep asas dalam kimia sepatutnya didedahkan kepada pelajar sejak awal lagi

supaya ia dapat dijadikan sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian, dengan

demikian apabila pelajar-pelajar ini mempelajari kimia di sekolah, mereka tidak

merasakan konsep ini bercanggah dengan kepercayaan budaya serta idea mereka

(PPK,1996).

Kajian oleh Osborne et al.(1983), menunjukkan bahawa pelajar telah membina

konsep sains sendiri yang berasaskan kepada persepsi dan pengalaman sebelum mereka

memasuki alam persekolahan lagi. Selain itu, melalui kajian Taber (1994) dalam

‘Children’s Learning in Science project (CLISP) menyatakan bahawa ramai pelajar

menerima pengetahuan tanpa disoal selidik walaupun ia bercanggah dengan pengalaman

sebelum ini. Bueger dan Mabille (1989), menyatakan bahawa kebanyakan konsep yang

dibina adalah kekal, tetap dan sukar diubah jika pelajar-pelajar diajar secara kaedah biasa

di sekolah.

Page 19: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Idea konstruktivisme mengatakan bahawa pelajar-pelajar membina

pengetahuan mereka sendiri, yakni pengetahuan tersebut tidak boleh wujud di luar

minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Selain itu,

menurut Nor Bakar (1993) pelajar memilih dan menyusun maklumat serta membina

idea sendiri berpandukan kepada maklumat tersebut. Setiap orang pelajar mempunyai

idea serta pendapat yang berbeza mengenai sesuatu fenomena. Ini adalah kerana,

pengalaman yang dialami oleh setiap orang pelajar adalah berbeza-beza mengikut

keadaan. Oleh yang demikian konsep sains yang dibina oleh pelajar secara informal

bercanggah dengan konsep sains yang diperkenalkan oleh saintis.

Interaksi pelajar dengan alam sekitar serta individu yang lain dapat

membentuk idea terhadap alam semesta dari segi persepsi dan interpretasi. Persepsi

adalah hasil pemerhatian, manakala interpretasi ialah hasil taksiran minda. Seorang

pelajar dapat membina idea dalam minda mereka yang mengandungi maksud dan

kefahaman mengenai dunia luar berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui. Maka

setiap pelajar dapat membina struktur kognitif sendiri walaupun mengenai perkara

yang sama. Keadaan sebegini iaitu penjanaan idea yang berbeza dipanggil kerangka

alternatif atau miskonsepsi. Pertindihan idea antara pelajar dan para pendidik sains

mengelirukan pelajar dan mengganggu pemahaman sains mereka.

Teori atau konsep yang dipegang oleh pelajar mempengaruhi proses

pembelajaran dalam bilik darjah. Maklumat serta penjelasan yang diterima oleh

pelajar pada peringkat awal memainkan peranan kerana ia dijadikan sebagai

pengetahuan asas bagi sesuatu konsep. Oleh yang demikian, jika penjelasan guru

tidak selari dengan teori yang dipegang oleh pelajar, kesannya ialah pelajar akan

menghadapi masalah kesalahfahaman konsep (Aziz dan Hasnah,1990). Selain itu,

menurut Sharifah Feton dan Mohd Yusof (1996), ‘Prior Idea’ yang tidak selari

dengan idea sains yang masih kekal pada pelajar walaupun mereka mengikuti kelas

secara formal akan membawa masalah dalam pembelajaran. Jika keadaan sedemikian

berterusan, pelajar akan mula hilang minat serta akan merasakan fobia dengan subjek

sains mahupun kimia kerana mereka akan bertanggapan bahawa sains adalah satu

subjek yang amat sukar.

Page 20: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

4

Para pendidik harus mengenalpasti serta mengkaji masalah yang dihadapi oleh

para pelajar dalam mata pelajaran berasaskan sains. Guru perlu memperkenalkan

konsep sains yang bersesuaian untuk mengubah kerangka alternatif pelajar, jika tidak

para pelajar akan menghadapi kesukaran dalam memahami konsep tersebut dan

dalam mengasimilasikan maklumat baru. Keadaan sebegini menyebabkan pelajar

kekal dengan pegangan idea yang tidak tepat yang telah dikenali lebih awal lagi.

Konsep yang terbentuk melalui pengalaman dan aplikasi dalam kehidupan

harian sukar dapat diubah oleh guru walaupun diajar dengan konsep yang betul. Ini

menunjukkan murid mempunyai dua domain pengetahuan. Satu diperolehi melalui

pengalaman dan lagi satu melalui pengajaran sains di sekolah. Pada pandangan

seorang pelajar, konsep dan idea yang telah dibina akan tetap betul untuk diri mereka

walaupun sebenarnya konsep tersebut tidak tepat dan amat sukar untuk diubah

walaupun konsep tersebut tidak selari dengan teori sains sebenar (Simpson dan Marek,

1988).

Pelajar sering kali gagal mentafsir sesuatu konsep dengan baik dan ini

menyebabkan mereka gagal menguasainya dan seterusnya tidak dapat menyelesaikan

masalah yang berkaitan (Aziz dan Hasnah,1990). Antara topik yang menjadi igauan

para pelajar dalam subjek kimia ialah ikatan kimia. Konsep dalam topik ini, tanpa

disedari akan diaplikasikan dalam keseluruhan pembelajaran kimia. Kajian lepas oleh

para penyelidik barat menunjukkan topik ikatan ionik dan kovalen merupakan antara

topik yang sering kali pelajar menghadapi masalah dalam memahami konsepnya

(Taber, 1994). Seiring dengan permasalahan ini, penyelidik akan menjalankan kajian

khusus terhadap konsep ikatan ionik dan kovalen untuk meninjau setakat manakah

pemahaman pelajar terhadap konsep ini.

Page 21: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

5

1.2 Penyataan Masalah

Pembelajaran mengenai ikatan ionik, kovalen dan hubungan di antaranya

merupakan subtopik kecil daripada topik ikatan kimia yang dipelajari oleh pelajar

tingkatan empat. Konsep asas ikatan didedahkan buat pertama kali kepada pelajar

dengan harapan ianya dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah berkaitan dan

memahami fenomena alam sekitar secara lebih sistematik dan kreatif (PPK, 1992).

Hasil kajian yang dijalankan oleh Taber (1994) dan Wolfenden (1969)

menunjukkan pelajar-pelajar di peringkat atas mempunyai konsep yang kabur

terhadap ikatan ionik dan kovalen. Walaupun pelajar telah didedahkan mengenai

beberapa perkaitan mengenai konsep ini di bawah topik jadual berkala unsur namun

mereka masih gagal menguasainya dengan baik. Keadaan ini mungkin terjadi kerana

pelajar tidak dapat mengaitkan beberapa perkara penting seperti keelektronegatifan

dan elektron valens yang merupakan asas dalam memahami topik ini. Untuk

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari konsep ini,

maka satu kajian khusus perlu dijalankan di kalangan pelajar sekolah menengah

terutamanya pelajar tingkatan empat yang bakal menduduki peperiksaaan SPM pada

tahun seterusnya.

Dengan itu, diharapkan agar hasil kajian yang diperolehi ini dapat membantu

guru-guru kimia merancang pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar serta

dapat membantu pelajar mencapai tahap pembelajaran yang optimum dalam bilik

darjah. Pengajaran di bilik darjah tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal

mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan, (Mok Soon Seng, 2002). Matlamat

utama proses pengajaran dan pebelajaran adalah agar pelajar dapat menguasai dan

memahami konsep sains dan lebih mujarab jika mereka dapat mengaplikasi ilmu yang

dipelajari dalam aktiviti harian.

Page 22: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

6

1.3 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap pemahaman

pelajar tingkatan empat aliran sains dalam mata pelajaran kimia terhadap konsep

ikatan ionik dan kovalen

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengkaji kefahaman pelajar mengenai konsep asas ikatan ionik dan kovalen.

2. Mengkaji kefahaman pelajar terhadap konsep keelektronegatifan dan

elektron valens dalam ikatan ionik dan kovalen.

3. Mengkaji kefahaman terhadap hubungkait antara keelektronegatifan dan

elektron valens dalam memahami ikatan ionic dan kovalen.

4. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap mata

pelajaran kimia.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian yang cuba dicari jawapannya

berdasarkan objektif kajian yang telah disebut sebelum ini seperti yang berikut :

1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata

pelajaran kimia?

2. Sejauh manakah pelajar memahami konsep asas ikatan ionik dan kovalen?

3. Adakah pelajar mengetahui hubungan antara keelektronegatifan dan elektron

valens dengan konsep ikatan ionik dan kovalen?

Page 23: iii - fp.utm.my · 4.7 Taburan faktor minat terhadap aktiviti amali kimia 39 4.8 Taburan data tentang keselesaan persekitaraan makmal kimia 40 4.9 Taburan data tentang kebolehan berdikari

7

4. Mampukah pelajar menghubungkaitkan sifat kelektronegatifan dan pengaruh

elektron valens dalam pembentukan ikatan?

5. Adakah pengetahuan asas berkenaan dengan ikatan kimia dikuasai?

6. Mampukah pelajar mengaitkan rangsangan fizikal yang diberi dengan konsep

kimia yang dipelajari .