pembangunan perisian simulasi amali kimia tingkatan 5 ... · penganugerahan ijazah sarjana muda...

27
PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 BERASASKAN WEB BAGI EKSPERIMEN TERPILIH NUR HARLYANA BINTI HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamcong

Post on 18-Apr-2018

296 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5

BERASASKAN WEB BAGI EKSPERIMEN TERPILIH

NUR HARLYANA BINTI HARUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JUDUL: PEMB

BERAS

Saya

mengaku membenarkUniversiti Teknologi

1. Tesis adalah h2. Perpustakaan3. Perpustakaan

institusi peng4. **Sila tandak

SULI

TERH

TIDA

________________

(TANDATANGAN

Alamat Tetap:

No. 101, Jalan Sung

Perkampungan Sung

25150 Kuantan, Pah

Tarikh: 15 NOVEM

CATATAN: * Poto

** Jikaden

♦ Tesbag

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ASKAN LAMAN WEB BAGI EKSPERIMEN TERPILIH

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

NUR HARLYANA BINTI HARUN

(HURUF BESAR)

an tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

akmilik Universiti Teknologi Malaysia. dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antaraajian tinggi. an ( √ )

T (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

AD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

K TERHAD

__________ __________________________

PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

ai Isap 4, PN NORAH BINTI MD NOOR

ai Isap 2, (Nama Penyelia)

ang.

BER 2007 Tarikh: 15 NOVEMBER 2007

Disahkan oleh

ng yang tidak berkenaan tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan gan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. is dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi i pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan : ………………………….

Nama Penyelia : Puan Norah Md Noor

Tarikh : 15 November 2007

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5

BERASASKAN WEB BAGI EKSPERIMEN TERPILIH

NUR HARLYANA BINTI HARUN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .........................................

Nama Penulis : Nur Harlyana Binti Harun

Tarikh : 15 November 2007

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

iii

Dedikasi khas buat....

Abah....

Engkau melindungi anak-anakmu tanpa menghiraukan penat lelah

Emak....

Engkau mengasihi dan menyayangi anak-anakmu dengan penuh

kehalusan dan kelembutan

Adik-adik....

Kalian adalah penguat semangatku

Kehadiran kalian benar-benar menceriakan kehidupan Along

Istimewa buat Emak dan Abah yang dicintai

Terima kasih di atas segala pengorbanan dan doa restu kalian yang

berpanjanagan

Istimewa buat Adik-adik yang dikasihi

Terima kasih di atas segala dorongan yang dicurahkan

Moga berkat doa Emak dan Abah serta sokongan daripada Adik-adik,

Along dapat menghadapi kehidupan ini dan berjaya ke peringkat yang

lebih tinggi

Insya-Allah....

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim dan alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana

dengan limpah kurnia-Nya, Projek Sarjana Muda ini berjaya disempurnakan.

Setingi-tinggi penghargaan dititipkan buat Penyelia Projek Sarjana Muda, Puan

Norah Binti Md Noor. Terima kasih kerana sudi melapangkan waktu dalam memberi

tunjuk ajar, nasihat dan dorongan serta idea-idea yang bernas dalam menjayakan Projek

Sarjana Muda ini. Segala komitmen yang diberikan, kesabaran dan kebaikan puan amat

dihargai.

Jutaan terima kasih diucapkan buat keluarga yang sentiasa berdiri di belakang

kerana tidak jemu-jemu mendoakan dan memberi semangat agar projek ini dapat

disiapkan dengan baik.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa

memberi semangat dan dorongan di sepanjang penghasilan projek ini. Sokongan dan

bantuan kalian amat dihargai.

Tidak lupa juga kepada individu-individu yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih di atas segalanya.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

v

ABSTRAK

Tujuan penghasilan projek yang bertajuk Pembangunan Perisian Simulasi Amali

Kimia Tingkatan 5 Berasaskan Web Bagi Eksperimen Terpilih adalah untuk

membangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dengan

menjadikan halaman web sebagai medium pembelajaran. Pembangunan perisian

multimedia ini berfokus kepada dua eksperimen dalam Amali Kimia Tingkatan 5 yang

terpilih berdasarkan kesukaran dalam menjalankan eksperimen di dalam makmal

sekolah iaitu penentuan kedudukan hidrogen dalam siri kreaktifan logam dan

penyediaan produk lateks di dalam makmal. Perisian multimedia ini dibangunkan

dengan menggunakan aplikasi Teori Pembelajaran Behaviourisme sebagai prinsip asas

dalam reka bentuk perisian simulasi ini. Manakala model reka bentuk perisian yang

digunakan adalah Model ADDIE. Penghasilan perisian multimedia ini adalah dengan

menggunakan Macromedia Flash MX 2004 sebagai perisian yang membenarkan

pengintegrasian elemen-elemen multimedia interaktif dalam penghasilan simulasi dan

Macromedia Dreamweaver MX 2004 sebagai perisian pembangunan halaman web.

Manakala Adobe Photoshop CS2 digunakan sebagai perisian penghasilan grafik dan

imej untuk halaman web dan simulasi. Diharapkan pembangunan perisian multimedia

ini dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam membantu

pengguna mempelajari amali kimia secara berkesan.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

vi

ABSTRACT

The purpose of this courseware entitled Web Based Simulation Software

Development of Form 5 Chemistry Practical for Chosen Experiments is to develop

Computer Based Learning (CBL) software using web as the medium. This multimedia

software development focuses on two experiments in Form 5 Chemistry Practical that

have been chosen based on the difficulties to carry out the experiments in the school lab

which are determination of the position of hydrogen in the reactivity series of metal and

the preparation of latex product. It is developed by using the application of

Behaviourism Learning Theory as the basic principle in this software simulation design.

While, the model of software design that was used is the ADDIE Model. This

multimedia software production was constructed using Macromedia Flash MX 2004 that

enables the integration of interactive multimedia elements in the production of

simulation and Macromedia MX 2004 as the web development software. Adobe

Photoshop CS2 was also being used to create graphics and images for the web and

simulation. Hopefully this multimedia software development will provide conducive

learning environment in helping students studying practical chemistry effectively.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

1

PENGESAHAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Rasional Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Kajian

1.8 Definisi Kajian

1.8.1 Amali

1.8.2 Eksperimen

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiii

xv

xvi

1

1

3

7

8

8

9

9

10

10

11

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

viii

2

1.8.3 Kimia

1.8.4 Simulasi

1.8.5 Web

1.9 Penutup

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Kurikulum Kimia untuk Sekolah Menengah

2.3 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) Dalam Pendidikan

2.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

2.4.1 Jenis-jenis PBK

2.4.1.1 Latih Tubi

2.4.1.2 Tutorial

2.4.1.3 Permainan

2.4.1.4 Simulasi

2.4.1.5 Penemuan

2.4.1.6 Penyelesaian Masalah

2.4.2 Teori Pembelajaran PBK

2.4.2.1 Teori Behaviourisme

2.4.2.2 Teori Konstruktivisme

2.4.2.3 Teori Kognitivisme

2.4.3 Model Reka Bentuk Perisian

2.4.3.1 Model ADDIE

2.4.3.1 Model ASSURE

2.4.3.1 Model Hannaffin & Peck

2.4.3.1 Model Dick & Carey

2.4.3.1 Model Robert Glasea

2.4.3.1 Model Waterfall

2.4.4 Kelebihan PBK

2.5 Pembelajaran Melalui Laman Web (Web-Based

11

11

12

12

13

13

14

14

17

17

18

18

18

18

19

19

19

19

21

22

22

22

23

23

24

24

25

25

26

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

ix

Learning)

2.5.1 Pengertian Internet

2.5.2 Pengertian Pembelajaran Melalui Web

2.5.3 Kelebihan Pembelajaran Melalui Web

2.5.3.1 Kepelbagaian Strategi Penggunaan

2.5.3.2 Kos Efektif

2.5.3.3 Kandungan Bahan Terkini

2.5.3.4 Perkongsian Maklumat

2.5.3.5 Bersifat Interaktif

2.5.3.6 Maklumat Diakses Secara

Serentak

2.5.4 Model Persekitaran Pembelajaran Melalui

Web

2.5.4.1 Model oleh Duchastel (1997)

2.5.4.2 Model oleh Reeves dan Reeves

(1997)

2.5.4.3 Model oleh El Tigi dan Branch

(1997)

2.5.4.4 Model oleh Brown

2.5.4.5 Model Cadangan Persekitaran

Pembelajaran Web (Noraffandy

Yahaya dan Wan Salihin. 1999)

2.6 Simulasi

2.6.1 Pengertian

2.6.2 Simulasi Dalam Pendidikan

2.6.3 Kelebihan Simulasi

2.6.4 Simulasi Komputer dan Eksperimen

Makmal

2.6.5 “Learning By Doing”

2.6.6 World Wide Web-based Simulation

2.6.7 Jenis-Jenis Simulasi

26

27

28

29

29

29

29

30

30

30

31

31

32

32

33

33

34

35

38

39

40

41

44

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

x

3

4

2.7 Penutup

REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan Model Reka Bentuk

3.2 Model Reka Bentuk yang Digunakan Dalam

Pembangunan Perisian

3.3 Fasa Pertama: Analisis

3.3.1 Analisis Masalah

3.3.2 Analisis Pengguna

3.3.3 Analisis Isi Pembelajaran

3.3.4 Analisis Pembangunan

3.3.4.1 Analisis Keperluan Perisian

3.3.4.2 Analisis Keperluan Perkakasan

3.4 Fasa Kedua: Reka Bentuk

3.4.1 Aplikasi Teori Pembelajaran Behaviourisme

3.5 Fasa Ketiga: Pembangunan

3.6 Fasa Keempat: Perlaksanaan

3.7 Fasa Kelima: Penilaian

3.8 Carta Alir

3.9 Penyebaran Perisian

3.10 Penutup

PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Paparan Indeks

4.3 Paparan Laman Web

4.3.1 Paparan Laman Utama

4.3.2 Paparan Pengenalan

4.3.3 Paparan Objektif

4.3.4 Paparan Simulasi

4.3.5 Paparan Sumber

46

47

47

48

49

49

50

50

51

51

52

52

53

54

56

56

57

59

60

61

61

61

62

64

66

67

68

74

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

xi

5

4.3.6 Paparan Maklumat Laman Web

4.4 Simulasi

4.5 Penyebarab Dan Penggunaan Laman Web

4.6 Penutup

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Aspek Teori Pembelajaran

5.2.2 Aspek Model Reka Bentuk Perisian

5.2.3 Aspek Motivasi

5.2.4 Aspek Elemen-Elemen Multimedia

5.3 Rumusan

5.4 Masalah yang Dihadapi

5.5 Kelebihan dan Kekurangan

5.6 Cadangan

5.7 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN A

76

79

86

87

88

88

88

88

90

90

91

91

92

93

94

95

96

102

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.3 4.4 4.23

Petunjuk dan Penerangan Kepada Reka Letak Helaian Laman Web Penerangan Butang yang Digunakan Pada Laman Web Petunjuk dan Penerangan Kepada Reka Letak Paparan Utama Simulasi

63

65

80

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 3.1 3.8a 3.8b 4.1 4.2 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13

Laluan Unik yang Diambil oleh Pelajar Melalui Simulasi Berasaskan Web Fasa Utama Dalam Model ADDIE Carta Alir Perisian Simulasi Amali Kimia Berasaskan Web Carta Alir Perisian Simulasi Amali Kimia Berasaskan Web Paparan Indeks Reka Letak Helaian Laman Web Laman Home Laman Objectives Laman Simulations Laman Laboratory Work Simulation 1 Laman Laboratory Work Simulation 2 Laman Exercise - The Position of Hydrogen in the Reactivity Series of Metals Laman Exercise – Latex Product Butang Check dan Reset Maklumbalas Jawapan

37

48

57

58

62

63

66

67

68

69

69

70

71

72

73

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

xiv

4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19 4.20 4.21 4.22 4.24 4.25 4.26 4.27 4.28 4.29 4.30 4.31 4.32

Maklumbalas Markah Laman Resources Laman Websites Laman Download Laman Site Info Laman Sitemap Laman Webmaster Paparan Simulasi Pada Laman Web Reka Letak Paparan Utama Simulasi Penggunaan Fon Verdana Dengan Saiz Berbeza Paparan Kawasan Letak dan Kawasan Target Objek Pilihan Diseret Objek Sebenar Dipaparkan untuk Pilihan yang Betul Objek Pilihan yang Salah Kembali Ke Kedudukan Asal Paparan Masuk Paparan Pengenalan Paparan yang Membenarkan Pengguna Membuat Pilihan Paparan Keluar

73

74

75

76

77

78

78

79

80

81

82

83

83

84

84

85

85

86

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

xv

SENARAI SINGKATAN

WWW - World Wide Web

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

TCP/IP - Transmission Control Protocol/Internet Protocol

WYSIWYG - what you see is what you get

KBSM - Kemahiran Berfikir Sekolah Menengah

HTML - HyperText Markup Language

MP3 - MPEG Level 3

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik Tak Formal 102

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada abad ke-21, manusia kini hidup dalam zaman global iaitu zaman di mana

masyarakat dunia menghadapi satu revolusi maklumat. Manusia telah diperkenalkan

kepada multimedia iaitu sebahagaian daripada teknologi. Sesungguhnya ia benar-benar

mengubah cara manusia dalam menyampai dan menerima maklumat serta pengetahuan

dengan cara yang lebih baik, efektif dan menarik. Tujuannya adalah untuk membaiki

dan mempertingkatkan mutu kehidupan dalam pelbagai bidang. Bidang pendidikan tidak

terlepas daripada merasai bahang perubahan dan perkembangannya.

Selain itu, penggunaan teknologi khususnya multimedia dalam bidang

pendidikan telah mengubah konsep pendidikan di sekolah dan juga persekitaran

pembelajaran di mana pembelajaran adalah berbentuk interaktif. Sebagai contoh,

seseorang pelajar yang menghadap komputer boleh membaca dan menjalani ujian

menerusi soalan-soalan yang memerlukannya untuk memetik tetikus. Dewasa ini,

perkembangan teknologi dalam pendidikan sains khususnya amat memberangsangkan.

Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) edisi 1993 dalam Zol

Azlan (2000) menerangkan istilah Sains sebagai ilmu pengetahuan yang teratur

(sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya dan merupakan cabang ilmu

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

2

pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata. Manakala Zol

Azlan (2000) dalam penulisannya pula menjelaskan bahawa sains merupakan satu

cabang ilmu pengetahuan yang sistematik dan teratur membincangkan fenomena atau

kejadian semulajadi yang didasarkan daripada pemerhatian, eksperimen dan induksi.

Cabang ilmu sains yang terlibat adalah seperti fizik, kimia dan biologi. Oleh kerana

sains merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang bersistem, maka suatu kajian yang

dilakukan terhadap sesuatu masalah tertentu akan melalui langkah-langkah yang

bersistem yang dikenali sebagai kaedah saintifik. Menurut Zol Azlan (2000) lagi, kaedah

saintifik bermula daripada menyatakan suatu pernyataan berkenaan masalah yang ingin

dikaji dan kemudian satu penjelasan berbentuk hipotesis dibuat bagi menyatakan

penerangan dan juga ramalan atau jangkaan yang boleh diujibuktikan kesahihannya

melalui eksperimen yang terancang dan bersistem. Keputusan yang diperolehi akan

menentukan sama ada hipotesis diterima atau ditolak. Maka, dapat dilihat di sini,

bahawa aspek penting dalam ilmu sains adalah melalui uji kaji atau eksperimen.

Mata pelajaran Kimia merupakan satu disiplin dalam sains yang mengkaji

tentang jirim secara mikroskopik, penghasilan dan penggunaan bahan (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2001). Oleh kerana kimia berkait rapat dengan kehidupan

harian manusia, maka pelajar perlu menguasai kimia dalam meneroka dan menyiasat

alam benda dan hubungannya dengan kehidupan. Oleh sebab itu, setiap pelajar wajar

mengikuti kelas amali dalam mata pelajaran Kimia. Tujuan eksperimen ini adalah untuk

merangsang minat pelajar dalam bidang sains amnya dan bidang kimia khususnya.

Selain itu, eksperimen yang dilakukan diharapkan dapat mengukuhkan pemahaman dan

penguasaan pelajar tentang konsep-konsep kimia yang dipelajari

Namun, tidak kesemua eksperimen-eksperimen yang dicadangkan sebagai

aktiviti pembelajaran di makmal dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hal ini

disebabkan wujudnya gangguan-gangguan yang merencatkan sistem perlaksanaan

eksperimen di dalam makmal dan menghalang kelancaran proses pemahaman lanjut

pelajar terhadap sesuatu konsep yang berkaitan. Antara masalah yang dihadapi semasa

melakukan ekperimen kimia di makmal adalah pelajar berhadapan dengan risiko

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

3

prosedur yang berbahaya, dapatan hasil kajian yang tidak tepat dan penggunaan masa

yang panjang untuk melakukan sesuatu eksperimen.

1.2 Latar Belakang Masalah

Eksperimen merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dalam kajian sains

(Brinkworth 1973). Hal ini menunjukkan betapa eksperimen memainkan peranan

penting dalam penemuan sesuatu teori baru. Menurut Brinkworth (1973) lagi,

eksperimen tersebut adalah untuk memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu

fenomena di mana, kemudiannya boleh dijelaskan dengan memberi sebab, berdasarkan

pengetahuan sedia ada dan membuat andaian, bukti atau hipotesis.

Justeru, menjalankan eksperimen di makmal merupakan salah satu pendekatan

yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah bagi pelajar

aliran sains. Para pelajar akan menjalankan penyiasatan dengan menggunakan kaedah

yang saintifik untuk menguji hipotesis dalam mengukuhkan sesuatu konsep atau teori

yang dipelajari. Di samping itu, pelajar diharapkan dapat menggunakan kemahiran

berfikir, kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif serta dapat membentuk sikap

dan nilai positif yang merangkumi sikap saintifik dan nilai murni. Pendekatan melalui

aktiviti eksperimen di makmal juga diharapkan dapat meningkatkan minat murid

terhadap sains dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik dan

menyeronokkan kepada pelajar.

Namun, ada di antara eksperimen-eksperimen kimia yang dicadangkan sukar

dilaksanakan di makmal sekolah. Hal ini menyebabkan perlaksanaannya dalam sistem

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut terganggu. Terdapat beberapa

situasi tertentu yang menyebabkan sesuatu eksperimen tersebut sukar dilakukan.

Antaranya, situasi di mana eksperimen yang dilakukan adalah berbahaya iaitu sama ada

langkah kerjanya berbahaya ataupun hasilnya yang berbahaya. Contohnya eksperimen

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

4

elektrolisis plumbum(II) bromida lebur dalam matapelajaran Kimia Tingkatan 4. Dalam

eksperimen tersebut, elektrolisis plumbum(II) bromida lebur akan menghasilkan logam

plumbum di katod dan gas bromin di anod. Menurut Ooi Chong Beng dan Mohd

Khairuddi (1982), plumbum dan sebatiannya merupakan bahan kimia yang beracun di

mana apabila tertelan, ia tidak dapat dikumuhkan oleh badan dan akan disimpan di

dalam hati sedikit demi sedikit sehingga meningkat ke paras bahaya. Gas bromin yang

terhasil di anod pula adalah gas yang sangat berbahaya dan beracun. Ianya merbahaya

kepada mata, hidung, dan paru-paru. Gas bromin juga berbahaya apabila bersentuhan

dengan kulit. Berdasarkan pengalaman guru yang mengajar mata pelajaran Kimia di

sekolah, eksperimen tersebut tidak dapat dilakukan kerana bimbang akan memudaratkan

kesihatan pelajar dan guru ketika melakukan eksperimen.

Satu lagi contoh eksperimen yang berbahaya ialah eksperimen menentukan

formula empirik kuprum(II) oksida. Dalam ekperimen tersebut, gas hidrogen yang

dikeringkan dialirkan ke dalam tabung uji pembakaran selama beberapa minit untuk

menyingkirkan semua udara di dalamnya. Semua udara perlu disingkirkan daripada

susunan radas sebelum menyalakan hidrogen yang keluar daripada lubang pembakaran

atau sebelum memanaskan karbon dioksida. Jika prosedur ini tidak dilakukan dengan

berhati-hati, maka letupan akan berlaku. Hal ini turut diperkuat dengan penjelasan Ooi

Chong Beng dan Mohd Khairuddi (1982) iaitu sekiranya gas hidrogen yang digunakan

untuk menurunkan oksida-oksida logam yang panas adalah tidak tulen, mungkin

disebabkan kebocoran dalam salur penyambung, maka letupan akan berlaku.

Pembakaran gas hidrogen boleh menjadi salah satu punca utama letupan dalam makmal

sekolah. Eksperimen di atas jarang dilaksanakan ke atas pelajar dan biasanya hanya

dilakukan sebagai demonstrasi oleh guru yang berpengalaman dalam mengendalikan

eksperimen tersebut. Hal ini kerana pelajar tidak mempunyai kemahiran dalam

mengendalikan eksperimen dan sedikit kecuaian akan mengundang bahaya.

Selain itu, pelajar juga terdedah kepada penggunaan bahan kimia yang

berbahaya. Terdapat pelbagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan di

dalam makmal sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar, mengkakis,

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

5

beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya

seperti di atas. Pepejal reaktif seperti logam natrium dan kalium jika terkena pada

larutan berair akan mudah terbakar. Sekiranya dalam jumlah yang banyak letupan

mungkin berlaku. Manakala, cecair mudah terbakar yang terdapat dalam botol

Winchester seperti etanol propana, dan karbon disulfida jika didekatkan kepada sumber

nyalaan seperti bara api dan sumber elektrik akan menghasilkan wap yang boleh

menyebabkan letupan. Menurut Ooi Chong Beng dan Mohd Khairuddi (1982), kedua-

dua bahan tersebut merupakan bahan-bahan organik yang mudah terbakar di mana

bahan-bahan kimia tersebut mempunyai takat nyalaan (flash point) yang lebih rendah

daripada 32oC, serta bersifat meruap. Contoh bahan-bahan kimia yang bersifat

mengkakis pula adalah asid-asid pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik,

asid etanoik, asid metanoik, ammonium pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, cecair

bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Asid-asid yang digunakan dalam

eksperimen yang menggunakan kepekatan larutan yang tinggi adalah bersifat sangat

mengakis dan boleh melukakan dan melecurkan kulit. Eksperimen bukan sahaja menjadi

sukar malah berisiko tinggi terdedah kepada bahaya jika penggunaan bahan kimia

tersebut dipandang remeh oleh pelajar dan tiada langkah berjaga-jaga di ambil ketika

menjalankan eksperimen di makmal.

Di samping itu, terdapat juga situasi di mana radas dan bahan eksperimen yang

ingin digunakan tidak mencukupi, tidak boleh digunakan ataupun mahal. Bagi

eksperimen yang menggunakan tekanan tinggi, alat-alat radas seperti tabung didih, salur

kaca, kelalang, dan sebagainya perlu mempunyai dinding yang tebal dan berada dalam

keadaan baik. Sebagai contoh, jika menggunakan tabung didih yang mempunyai dinding

yang nipis dan mempunyai kualiti yang rendah dalam eksperimen yang melibatkan

pemanasan secara terus kepada sumber api, maka tabung didih akan mnejadi retak dan

mungkin pecah. Akibatya serpihan kaca dan bahan kimia yang diuji mungkin tertumpah

dan terkena pada pelajar. Dalam eksperimen penggumpalan lateks di makmal, bahan

utama yang digunakan ialah lateks segar atau dikenali sebagai getah asli. Harga lateks

adalah sangat mahal dan ada di antara sekolah-sekolah yang tidak mampu membeli

bahan tersebut. Jika tiada bahan utama, eksperimen sukar dilakukan dan akibatnya,

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

6

aktiviti makmal berikutnya iaitu penyediaan produk lateks dalam makmal tidak dapat

diteruskan. Hal ini kerana untuk penyediaan produk lateks, aktiviti makmal ini

memerlukan lateks yang telah dibekukan atau digumpalkan dalam eksperimen

penggumpalan lateks untuk menghasilkan produk getah yang lembut, kenyal, dan

menyerupai bentuk yang ingin dihasilkan.

Eksperimen di makmal juga sukar dilakukan apabila mengambil masa yang

terlalu lama untuk mendapatkan keputusan hasil ekperimen. Eksperimen menjadi lebih

sukar apabila keputusan yang diperolehi adalah tidak tepat. Tempoh yang lama ketika

melakukan eksperimen mungkin disebabkan prosedur yang perlu dilakukan adalah

rumit. Misalnya, dalam eksperimen pentitratan asid-bes, pelajar perlu melakukan

beberapa prosedur yang agak rumit seperti membilas buret dengan sedikit asid agar sisa

air dalam buret tidak mencairkan asid yang hendak diisikan di dalam buret tersebut.

Selain itu, pelajar juga perlu cermat ketika melakukan pentitratan serta cekap dan pantas

dalam mengambil bacaan dengan tepat dan merekodkan data. Pelajar juga juga perlu

melakukan pengiraan untuk mendapatkan kepekatan asid yang digunakan untuk

meneutralkan bes.

Berdasarkan permasalahan-permasalahan di atas, terdapat di kalangan guru

mengabaikan eksperimen-eksperimen yang sukar. Mereka juga tidak melakukan

eksperimen-eksperimen tersebut kerana ingin mengejar sukatan pelajaran yang perlu

dihabiskan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Hal ini menyebabkan

eksperimen-eksperimen yang perlu diberi perhatian dalam mata pelajaran Kimia

diabaikan. Hal ini juga tidak menggambarkan kepentingan menjalankan eksperimen

sebagai pembelajaran berorientasikan aktiviti penyelidikan dalam pengajaran dan

pembelajaran kimia di sekolah.

Kedaaan yang berlaku ini menyebabkan matlamat kurikulum kimia untuk

melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia

dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berlandaskan sikap saintifik

dan nilai murni dalam membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah sukar

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

7

untuk dicapai. Tambahan pula, pencapaian sekolah dalam akademik juga turut terjejas

apabila prestasi pelajar menurun dalam subjek kimia khususnya.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pengalaman lalu, soal selidik secara tidak formal di kalangan guru

dan perbincangan dengan rakan-rakan, terdapat pelbagai masalah yang timbul semasa

melakukan eksperimen sebenar di makmal. Kerja-kerja amali yang sebenar adalah rumit

dan memerlukan penelitian. Hal ini mengakibatkan ketepatan dan kejituan sesuatu hasil

eksperimen mungkin sukar untuk diperolehi. Beberapa faktor telah dikenalpasti yang

menyebabkan sesuatu eksperimen kimia sukar untuk dilakukan. Antaranya adalah

seperti berikut:-

1) Keperluan radas dan bahan yang tidak mencukupi

2) Penggunaan bahan kimia yang berbahaya

3) Keputusan hasil eksperimen sukar diperolehi

4) Guru perlu mengejar sukatan

5) Kos yang mahal untuk mendapatkan atau menggantikan alat radas dan bahan

kimia

6) Alat radas tidak berfungsi dengan baik dan bahan kimia sudah tamat tempoh

Oleh yang demikian, penyelidik ingin menggunakan aplikasi teknologi dalam

pendidikan sebagai satu langkah untuk mengatasi permasalahan yang berlaku dalam

pembelajaran yang berorientasikan aktiviti makmal atau dikenali sebagai eksperimen.

Penyelidik ingin membangunkan sebuah perisisan multimedia iaitu menghasilkan

simulasi eksperimen kimia yang berasaskan laman web bagi eksperimen-eksperimen

kimia yang terpilih.

Page 27: PEMBANGUNAN PERISIAN SIMULASI AMALI KIMIA TINGKATAN 5 ... · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) ... multimedia ini berfokus kepada dua

8

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama yang ingin dicapai adalah untuk membangunkan perisian

multimedia yang mengaplikasikan pembelajaran amali kimia secara simulasi berasaskan

web sebagai bahan bantu pembelajaran kendiri.