pembelajaran kendiri fotografi€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai...

26
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI 1 Disusun Alz/fotografi/2014 MODUL ASAS PENGGUNAAN KAMERA ALIZA ADNAN JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN IPG KAMPUS ILMU KHAS

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

1 Disusun Alz/fotografi/2014

MODUL ASAS PENGGUNAAN KAMERA

ALIZA ADNAN JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

IPG KAMPUS ILMU KHAS

Page 2: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

2 Disusun Alz/fotografi/2014

MODUL ASAS KAMERA

ISI KANDUNGAN

1.0 BAHAGIAN-BAHAGIAN ASAS DAN FUNGSI KAMERA ............................................... 3

1.1 APERTURE......................................................................................................................... 6

1.2 KESAN APERTURE KEPADA KECERAHAN GAMBAR ................................................... 8

1.3 APERTURE DAN DEPTH OF FIELD ................................................................................. 10

1.4 SHUTTER SPEED .............................................................................................................. 11

Subjek Statik dan Sharp .................................................................................................... 14

1.5 HUBUNGAN APERTURE, SHUTTER SPEED ..................................................................... 15

2.0 ISO .................................................................................................................................. 15

2.1 KESESUAIAN ISO MENGIKUT SENSISTIVITY ................................................................... 16

2.2 HUBUNGAN APERTURE, SHUTTER SPEED DAN ISO ..................................................... 17

2.3 MENILAI DEDAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK WAKTU LAIN... Error! Bookmark not

defined.

2.4 TIP-TIP UNTUK MENGAWAL EXPOSURE ....................................................................... 17

3.0 LENSA KAMERA ............................................................................................................. 18

3.1 JENIS LENSA DAN KEGUNAAN ................................................................................... 21

Page 3: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

3 Disusun Alz/fotografi/2014

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

JUMLAH JAM: 4 JAM (BERSEMUKA)

4 JAM (TUGASAN DAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI)

1.0 SINOPSIS

Modul ini memperkenalkan pelajar kepada sejarah fotografi, bahagian asas

kamera, dan fungsi komponen kamera.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sub modul ini, peserta kursus akan dapat

i. Mengenal pasti sejarah fotografi

Mengetahui komponen asas sebuah kamera dan menghasilkan gambar yang

baik dengan penguasaan cara mengubahsuai shutter speed, aperture dan ISO

untuk menghasilkan bahan pengajaran danpembelajaran yang sesuai dan

berkesan

1.0 SEJARAH FOTOGRAFI

Istilah fotografi atau "Photography" diambil

daripada perkataan Greek. Perkataan

photos ("light") bermaksud cahaya dan graphein

("to draw") bermaksud melukis.Perkataan ini mula

diguna pertama kalinya oleh seorang saintis

bernama Sir John F.W. Herschel pada tahun 1839.

Ianya adalah kaedah merekod imej melalui

tindakan cahaya, atau radiasi yang tertentu

pada sesuatu bahan yang sensitif kepada

cahaya atau radiasi tersebut.

Sir John F.W. Herschel

Kamera Lubang Jarum

Page 4: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

4 Disusun Alz/fotografi/2014

Alhazen (Ibn Al-Haytham),

seorang yang berpengaruh

dalam bidang optik di zaman

pertengahan, mencipta

kamera lubang jarum yang

pertama (juga dikenali

sebagai kamera obscura) dan

berjaya memberi penjelasan

bagaimana imej yang

dihasilkan berada dalam

Alhazen (Ibn Al-Haytham) dan

kamera obscura

kedudukan terbalik. Ibn Al-Haytham menggunakan kanta untuk memfokus

cahaya ke dalam kotak gelap. Imej yang difokuskan menjelma pada permukaan

kertas di dalam kotak tersebut.

Kamera obscura

Page 5: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

5 Disusun Alz/fotografi/2014

2.0 BAHAGIAN-BAHAGIAN ASAS DAN FUNGSI KAMERA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sub modul ini, peserta kursus akan dapat

i. Mengenal pasti komponen asas sebuah kamera

ii. Mengenal pasti fungsi komponen asas sebuah kamera

iii. Mengenal pasti fungsi aperture, shutter speed dan ISO

iv. Mengenalpasti pengubahsuaian aperture, shutter speed dan ISO

Pada asasnya konsep sebuah kamera adalah sama sahaja, sama ada yang murah

mahupun yang mahal. Secara umumnya, bahagian asas kamera, adalah seperti

yang dapat dilihat di bawah. kedudukannya bergantung kepada jenis dan jenama

kamera.

Dengan terciptanya kamera digital, terdapat bahagian pada kamera yang

ditambah sesuai dengan fungsinya.

Bagaimanapun, kedudukannya bergantung kepada jenis dan jenama kamera

Page 6: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

6 Disusun Alz/fotografi/2014

2.1 APERTURE

Aperture adalah bukaan pada lensa yang membenarkan cahaya melaluinya dan

jatuh ke atas sensor.

Page 7: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

7 Disusun Alz/fotografi/2014

Semakin besar bukaan aperture, semakin banyaklah cahaya yang masuk dan

gambar akan lebih terang.

Aperture merupakan kawalan cahaya yang masuk melalui bukaan cahaya pada

lensa. Kawalan di dalam lensa ini adalah dengan membuka bukaan lubang

cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop.

Kawalan f/stop adalah :

f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16, f/22

Aperture mempunyai beberapa peranan yang sangat penting dalam fotografi:

1. Mengimbang kemasukan cahaya mengikut shutter speed

2. Mengawal kesan depth of field

3. Memberikan kesan sharpness yang paling tinggi pada sesuatu lens.

Bukaan aperture dan Nombornya.

Page 8: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

8 Disusun Alz/fotografi/2014

2.2 KESAN APERTURE KEPADA KECERAHAN GAMBAR

Perhatikan impak aperture yang berbeza terhadap satu gambar yang sama,

dengan setting ISO dan shutter speed yang sama.

Perhatikan impak aperture yang berbeza terhadap satu gambar yang sama,

dengan setting ISO dan shutter speed yang sama.

Page 9: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

9 Disusun Alz/fotografi/2014

Gambar diatas mempunyai Exposure yang cukup dengan Aperture f4.

Apabila kita mengubah aperture kepada f/8, gambar menjadi lebih gelap kerana

cahaya yang masuk semakin berkurangan, akibat bukaan aperture yang semakin

kecil.

Page 10: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

10 Disusun Alz/fotografi/2014

Apabila kita mengubah Aperture kepada f/2.8, dan ISO serta Shutter speed masih

sama, gambar menjadi lebih terang. Ini disebabkan bukaan aperture lebih besar

dan cahaya masuk lebih banyak. Gambar ini dipanggil gambar overexposed

kerana details seperti warna baju sudah terlalu terang.

2.3 APERTURE DAN DEPTH OF FIELD

Aperture juga digunakan untuk mengawal kreativiti depth of field.

Dengan aperture besar seperti f/2.8, anda boleh mendapat depth of field nipis

seperti bunga dibawah. Perhatikan subjek sharp dan latar sudah out of focus.

Aperture f/2.8

Page 11: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

11 Disusun Alz/fotografi/2014

Dan dengan aperture yang kecil, anda boleh mendapat Depth of field yang luas

seperti gambar dibawah. Depth of field yang luas memberikan ketajaman imej

sehingga kepada latarbelakangnya.

Aperture f/16

Untuk memahami lebih lanjut lagi, perhatikan dua contoh Depth Of field yang

berbeza dibawah, menggunakan aperture yang berbeza

Aperture kecil (f-number besar) f/22 Aperture besar ( f-number kecil) f/2

depth of field yang lebih dalam depth of field yang lebih cetek

2.4 SHUTTER SPEED

Shutter speed bertujuan untuk mengawal kemasukkan cahaya mengikut masa.

Sekiranya kita ingin memegunkan sesuatu pergerakkan itu, kita perlu menggunakan

shutter speed yang tinggi.

Page 12: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

12 Disusun Alz/fotografi/2014

Kadang2 apabila kita menghadapi masalah kekurangan cahaya, maka kita

terpaksa menggunakan shutter speed yang perlahan untuk membenarkan lebih

cahaya masuk ke sensor kita.

Kawalan Shutter Speed adalah seperti berikut :

1/2 s, 1/4 s, 1/15s, 1/30s, 1/60s, 1/125s, 1/250s, 1/500s, 1/1000s, 1/2000s

Kelajuan shutter ( shutter speed)

Rendah Tinggi

setiap pertukaran speed ini dipanggil 1 stop.

1/1000s bermaksud, shutter akan dibuka bersamaan dengan 1/1000 saat cahaya

yang masuk. 1/4s bermaksud, shutter akan dibuka selama 1/4 saat.

Kelajuan shutter perlu diubah suai apabila mengambil gambar objek pegun atau

objek bergerak. Kelajuan shutter yang tinggi diperlukan untuk merakam objek

bergerak dan kelajuan shutter yang rendah diperlukan untuk merakam objek

pegun.

Page 13: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

13 Disusun Alz/fotografi/2014

CONTOH perubahan shutter speed dan kesan pada imej

1/1000S

1/800S

1/300

1/30S

Page 14: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

14 Disusun Alz/fotografi/2014

1/10S

Dalam fotografi, kita bukan saja perlu merakam subjek statik, tapi kita juga perlu

merakam subjek yang bergerak. Bagaimana caranya untuk merakam subjek yang

bergerak?

Subjek Statik dan Sharp

Cara pertama adalah dengan menghentikan terus moment tersebut,

mendapatkan subjek yang sharp dan statik. Untuk mendapatkan imej sharp seperti

dibawah, shutter speed yang laju amat diperlukan.

Sebagai contoh, shutter selaju 1/1000 boleh digunakan untuk mendapatkan

gambar statik seperti ini.

Page 15: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

15 Disusun Alz/fotografi/2014

Anda boleh gunakan Mode S atau TV dengan menetapkan shutter kepada 1/1000.

Nilai aperture akan ditetapkan secara automatik oleh kamera

2.5 HUBUNGAN APERTURE, SHUTTER SPEED

FUNGSI NO KECIL

NO BESAR

Aperture Mengawal saiz

bukaan lensa

Aperture besar

membenarkan

banyak cahaya

masuk ke dalam

kamera

Contoh f/2

Aperture kecil,

kurang cahaya

masuk ke dalam

kamera

Contoh f/16

Shutter Speed Mengawal

kelajuan

Tempoh bukaan

sekejap,

membekukan aksi

Contoh 1/2000s

Tempoh bukaan

panjang, gambar

lebih terang

Contoh 1/15s

ISO Mengawal

sensitivity sensor

kamera kepada

cahaya

Kurang sensitif

kepada cahaya

Contoh ISO 100

Lebih sensitif

kepada cahaya

Contoh ISO 800

2.6 ISO

Berikut adalah masa-masa anda boleh pertimbangkan menggunakan ISO tinggi.

Merakam waktu senja, tanpa tripod. Dan Cahaya tidak cukup terang untuk

menggunakan kelajuan lebih tinggi dari 1/60s. Apabila anda menggunakan

kurang dari 1/60s, risiko gegaran tangan lebih tinggi.

Apabila menggunakan telefoto lens dan tidak cukup cahaya untuk

menggunakan shutter speed pada nombor yang sekurang-kurangnya sama

dengan nombor focal length. Sebagai contoh, apabila menggunakan lensa

200mm, sebaiknya gunakan shutter speed 1/200saat untuk mengurangkan risiko

kamera bergegar.

Apabila merakam subjek yang pantas bergerak, dan cahaya tidak cukup pantas

untuk memberikan kita menggunakan shutter speed yang sesuai untuk merakam

subjek dengan tajam.

Page 16: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

16 Disusun Alz/fotografi/2014

Apabila menggunakan flash, dan flash tidak cukup kuat untuk mendapatkan

dedahan yang cukup. Samada ambience terlalu gelap mahupun subjek terlalu

jauh.

Apabila merakam indoor, dan flash tidak dibenarkan kerana mungkin akan

mengganggu pencahayaan ambience, sebagai contoh didalam konsert.

Apabila anda memerlukan aperture yang kecil untuk mendapatkan Depth of

field yang luas, dan dengan memilih aperture kecil akan menyebabkan shutter

speed terlalu perlahan.

2.7 KESESUAIAN ISO MENGIKUT SENSITIVIT1

Page 17: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

17 Disusun Alz/fotografi/2014

2.8 KESESUAIAN ISO DAN DEDAHAN CAHAYA

Aperture perlu diubahsuai untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang

berlainan

2.9 TIP-TIP UNTUK MENGAWAL EXPOSURE

1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan

exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau

cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subjek utama atau

cerah sedikit sahaja.

2. Apabila mengambil gambar subjek yang gelap, lihat kawasan terang yang

akan menjadi overexpose.

3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone

subjek untuk mengelakkan silhouette.

4. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar

yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan

yang beliau inginkan.

Page 18: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

18 Disusun Alz/fotografi/2014

3.0 LENSA KAMERA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sub modul ini, peserta kursus akan dapat

i. Mengenal pasti fungsi lensa

ii. Mengenalpasti jenis dan kegunaan lensa

Lensa menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem di dalam

kamera

Page 19: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

19 Disusun Alz/fotografi/2014

Page 20: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

20 Disusun Alz/fotografi/2014

Page 21: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

21 Disusun Alz/fotografi/2014

3.1 JENIS LENSA DAN KEGUNAAN

JENIS LENSA KEGUNAAN

Lensa wide

angle

Lensa wide angle mempunyai sudut pandangan yang luas, cantik

digunakan untuk mengambil gambar landskap, dan mampu mengambil

gambar pada ruang yang sempit.

Lensa ini senang untuk difokuskan, ia mempunyai kesan depth of field

yang tinggi, yang mana fotografer tidak perlu susah untuk memfokuskan

objek.

ia juga boleh mengambil gambar pada jarak yang dekat, dan boleh

menampakkan kesanlengkungan

Lensa wide angle tidak sesuai digunakan untuk mengambil gambar

potrait, kerana ia menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gemuk

kerana kesan lengkungan.

Mengambil gambar menggunakan lensa ini akan menyebabkan sesuatu

ruang itu kelihatan lebih luas. Jadi jangan mudah terpedaya apabila

melihat gambar yang luas apabila gambar

tersebut diambil menggunakan lens wide angle.

lensa wide angle mempunyai focal lenght dari 14mm - 28mm

Standard

Lens

Standard Lens 50mm

Standard Lens bagi kamera Fullframe adalah 50mm, lensa ini mempunyai

sudut pandangan yang paling hampir dengan mata. Ia amat mudah

untuk digunakan kerana seseorang fotografer itu boleh mengagak sudut

pandangan merujuk kepada mata. Bagi kamera APSC kesan standard

lens ini boleh dicapai apabila kita menggunakan lens 35mm. Lens 50mm

mempunyai aperture paling maksima f/1.2 ke f/1.8. Ini menyebabkan

ianya sesuai untuk

mengambil gambar sukan dan keadaan low light.

Telephoto Telephoto adalah lens yang mampu membesarkan imej yang berjarak

jauh. Kadang2 ia dikenali dengan ‘Long Lens’ kerana lens ini selalunya

memang panjang. Lensa ini mempunyai Jarak Depth of Field yang

pendek berbanding dengan lens2 yang lain. Ia senang menghasilkan

bokeh dan subject mudah untuk diasingkan dari backgroundnya.

Zoom Lens Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur glasses yang sangat

komplek. Ia mempunyai kumpulan2 lensa dan mempunyai tujuan2 yang

tertentu. Salah satu bertujuan untuk mengubah pembesaran imej,

memfokuskan dan membuat pembetulan.

Zoom Lens boleh mengubah focal lenght dalam tahap beberapa kali

seperti 2x, 3x, 4x dsbnya. Contoh2 Lensa Zoom adalah:

18-24mm : Zoom Wide Angle

24-85mm : Zoom Standard

70-210mm : Zoom Telephoto

Masalah dalam zoom lens ini adalah, ia selalunya tidak mempunyai

aperture yang besar, tidak boleh mengekal aperture yang sama pada

focal lenght yang berbeza dan harganya

Page 22: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

22 Disusun Alz/fotografi/2014

yang agak mahal. Seperti contoh lensa 18-55mm mempunyai aperture

f/3.6-5.6.

Jika adapun aperture yang maksima adalah f/2.8 tetapi harganya terlalu

mahal. Aperture maksima pada 18mm adalah f/3.5 manakala aperture

maksima pada 55mm adalah f/5.6.

Fikirkan jika harga Lensa 18-55mm adalah RM1,100 adakah berbalaoi

untuk menggunakan focal lenght pada 50mm f/5.6??? sedangkan harga

50mm f/1.8 adalah RM480!!

Sebab itu saya lebih gemar menggunakan fixed lens untuk mengekalkan

kualiti gambar dan mendapatkan bukaan aperture yang maksima.

Zoom Lens banyak membantu journalist & wedding photographer, kerana

ia banyak membantu untuk meringankan bag mereka, mereka tidak perlu

membawa lensa yang banyak. Ia memudahkan mereka untuk membuat

komposisi tanpa perlu bergerak belakang dan hadapan. Banyak flexibility

yang membantu mereka bila menggunakan lensa ini.

Fish Eye Lensa Fish Eye mempunyai sudut pandangan hampir kepada 180 darjah.

Ia mempunyai kelengkungan yang membulat apabila menggunakan

lensa ini. Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa

keadaan sahaja. Selain dari besar dan sukar dibawa, ia juga sukar untuk

dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter untuk mengelakkan dari lens

tercalar (scratch). Tetapi hasil gambar yang diambil akan kelihatan

menarik

Macro lens AF micro

Lensa makro adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak

yang sangat dekat seperti 5 inci dsbnya. Lensa ini selalunya digunakan

untuk mengambil gambar spesis2

serangga yang kecil, bunga, dan lain2 gambar still photo. Harganya

juga mahal tetapi berbaloi untuk dimiliki.

.

Page 23: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

23 Disusun Alz/fotografi/2014

4.0 TEKNIK PENGGAMBARAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sub modul ini, peserta kursus akan dapat

iii. Mengenal pasti teknik penggambaran untuk disesuaikan dengan bahan

pengajaran

Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran seni foto.

- Berikut adalah contoh-contoh teknik fotografi:

Page 24: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

24 Disusun Alz/fotografi/2014

5.0 KOMPOSISI PENGGAMBARAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sub modul ini, peserta kursus akan dapat

i. Mengenal pasti komposisi penggambaran untuk menghasilkan bahan

pengajaran

Komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar.

Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Jenis –

jenis komposisi penggambaran

Teknik Perspektif

Teknik Simetri

Rule of Third Perspektif

Framing Horizon

Page 25: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

25 Disusun Alz/fotografi/2014

TUGASAN

1. Dalam kumpulan berdua anda diminta menghasilkan 5 keping fotografi digital

berdasarkan topik dalam matapelajaran anda. Gambar tersebut dapat

menunjukkan aplikasi teknik penggambaran dan komposisi penggambaran

yang telah dipelajari. Setiap paparan gambar perlu dinyatakan perkara berikut:

i. Tajuk ( Teknik penggambaran, komposisi penggambaran)

ii. Model Camera

iii. Aperture

iv. Shutter speed

v. Iso reading

vi. Focal Length

vii. Depth of Field

Anda diminta memuat naik gambar tersebut kedalam ke folder Resources group

anda dalam Schoology

Proses kerja

Proses kerja dia bawah ini merupakan satu panduan menghasilkan fotografi untuk

tujuan pengajaran dan pembelajarn

a. Peringkat Analisis

Kenal pasti kumpulan sasaran anda, kesesuaian fotografi yang dihasilkan

dengan kandungan pelajaran

b. Peringkat Rekabentuk

Rekabentuk bahan. Pastikan rekabentuk bahan fotografi anda memenuhi

prinsip-prinsip grafik

Rekabentuk Pedagogi. Pastikan gabungan asas fotografi dapat memberi

kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran anda

c. Peringkat Pembangunan

Pilih teknik pengganmabaran bersesuaian dengan bahan fotografi yang

hendak dihasilkan

d. Peringkat Pelaksanaan

Kenalpasti masalah berkaitan penggunaan bahan fotografi dalam proses

pembelajaran pelajar

e. Peringkat Penilan

Kenalpasti keberkesanan penggunaan bahan fotografi dalam proses

pembelajarn pelajar

Page 26: PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI€¦ · cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop. Kawalan f/stop adalah : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16,

PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI

26 Disusun Alz/fotografi/2014

2. Sejauhmanakah fotografi penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

anda di sekolah?

RUJUKAN

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional

media and technologies for learning. Edisi ke 5. New Jersey: Prentice-Hall.

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996).

Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Razali Nor (1995). Teknologi pendidikan: media unjuran dan media elektronik.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber: komponen teknologi

pendidikan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2008). Modul Pembelajaran Grafik

Berkomputer (MPV) Teknik Pemerolehan Grafik: Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.adhadimohd.com/training

http://www.adhadimohd.com/training

https://alizaipik.wordpress.com

htto://www.klikduniaku.com