assihgnment f&f

35
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut bahasa lisan pertututran, kalimat atau ujaran. Bahasa lisan merupakan percantuman bunyi-bunyi bahasa yang hadir secara berurutan dan berulang-ulang, yakni satu sistem bunyi yang teratur. Bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara dari paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut atau rongga hidung, udara mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar dalam bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga dan terhasillah bunyi. Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik manakala bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai peraturan pula dikaji dalam bidang fonologi. Menurut Rahim Aman (2007) Fonetik dan Fonologi adalah satu disiplin dalam linguistik. Fonetik adalah ilmu yang mengkaji bunyi- bunyi bahasa secara per se, ertinya tanpa memperhatikan fungsinya untuk membezakan makna, manakala fonologi pula adalah ilmu yang menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi dan makna itu, disepakati dalam satu sistem komunikasi manusia. Untuk memudahkan pemahaman, ada baiknya kita memperjelaskan dahulu seelok-belok ilmu fonetik dan kemudian disusuli pula dengan penjelasan berkaitan ilmu fonologi. Secara kesimpulanya, untuk mengetahui bunyi-bunyi yang terlibat dalam satu-satu pertuturan, kita boleh mensintesiskan ujaran tersebut. Walau bagaimanapun, keputusan yang diperoleh tidaklah sama seratus FONETIK &FONOLOGI 1 1.0 PENGENALA N

Upload: amanda-clark

Post on 16-Nov-2015

257 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut bahasa lisan pertututran, kalimat atau ujaran. Bahasa lisan merupakan percantuman bunyi-bunyi bahasa yang hadir secara berurutan dan berulang-ulang, yakni satu sistem bunyi yang teratur. Bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara dari paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut atau rongga hidung, udara mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar dalam bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga dan terhasillah bunyi. Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik manakala bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai peraturan pula dikaji dalam bidang fonologi.Menurut Rahim Aman (2007) Fonetik dan Fonologi adalah satu disiplin dalam linguistik. Fonetik adalah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa secara per se, ertinya tanpa memperhatikan fungsinya untuk membezakan makna, manakala fonologi pula adalah ilmu yang menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi dan makna itu, disepakati dalam satu sistem komunikasi manusia. Untuk memudahkan pemahaman, ada baiknya kita memperjelaskan dahulu seelok-belok ilmu fonetik dan kemudian disusuli pula dengan penjelasan berkaitan ilmu fonologi. Secara kesimpulanya, untuk mengetahui bunyi-bunyi yang terlibat dalam satu-satu pertuturan, kita boleh mensintesiskan ujaran tersebut. Walau bagaimanapun, keputusan yang diperoleh tidaklah sama seratus peratus atau benar-benar tepat dengan percakapan sebenar. Malahan kita sendiri tidak dapat mengenali bunyi-bunyi yang telah atau pernah kita hasilkan. Justeru, bidang kajian fonetik dan fonologi sedikit sebanyak telah membu dan memberikan manfaat kepada ahli-ahli bahasa untuk menyelesaikan permasalahan tersebut serta memberi pengetahuan kepada kita untuk mengenali bidang fonetik dan fonologi secara terperinci.

2.0 MEMBANDING BEZA TEORI FONETIK & FONOLOGI; ARTIKULASI & ARTIKULATOR

2.1 TEORI FONETIK

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Fonetik adalah bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterprestasikan. Kajian fonetik lebih tertumpu pada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyi-bunyi itu digunakan dalam sesuatu bahasa. Fonetik menyelidikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan dan dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia berkerja untuk menghasilakan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Tegasnya bidang fonetik melihat dari segi fizikal bagaimana sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan. Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya. Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Dalam bidang fonetik, terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan, iaitu:(i) fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkanoleh alat-alat artikulasi(ii) fonetik akustik mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya(iii) fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat. Menurut Arbak Othman (1983) (dalam modul BMM3108), Fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar ituMenurut Rahim Aman (2007:49) Fonetik dapat dibahagikan kepad tiga jenis iaitu fonetik akustik, fonetik auditori dan fonetik artikulatori. Fonetik yang mengkaji tentang penghasilan bunyi-bunyi bahasa ini adalah amat penting dalam linguistic. Justeru perincian selok-belok jenis fonetik ini diutarakan dalam bahagian berikutnya. Selain itu, ciri khas masing-masing cabang fonetik yang telah diutarakan diatas dapat digambarkan seperti rajah 1.1 berikut.PENDENGAR

PENUTURPENUTUR

Alat-alat ujarangelombang-gelombang udara yang telinga dan sistemdihasilkan neurologinyaFONETIK AKUSTIKFONETIK AUDITORIFONETIK ARTIKULATORI

Menurut Indirawati Zaihid & Mardian Shah Omar (2006:1) Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Secara ringkasnya dapatlah kita katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan adalah bagi menjawab soalan seperti bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ sebutan manusia; bagaimana bunyi-bunyi tersebut dapat diklasifikasikan; bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu berbeza antara satu dengan yang lain?; bagaimana pendengar dapat mengenali bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh penutur lain?. Dengan demikian dapatlah kita katakana fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa itu adalah bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi. Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi manusia tidaklah menjadi bahan kajian fonetik. Umumnya ilmu fonetik terbahagi kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori, dan fonetik akustik.2.1.1 CABANG ILMU FONETIKFonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

2.2 TEORI FONOLOGI

Menurut Abdullah Hassan (1993) Fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011:87) Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran manusia dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut.kajian fonologi juga termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan symbol-simbol khusus. Kajian fonologi tidak memerlukan transkripsi fonetik secara khusus. Beberapa pengertian fonologi adalah seperti berikut:a) Fonologi ialah kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan dengan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain.b) Fonologi mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik, iaitu struktur bunyi bahasa yang diujarkan. Walau bagaimanapun, kajian fonologi sering didahului oleh fonetik kerana bidang fonetik membekalkan maklumat yang diperlukannya untuk dianalisis, iaitu lambang-lambang huruf vocal dan konsonan bagi menggambarkan bunyi-bunyi tersebut.c) Fonologi mengkaji bentuk-bentuk bunyi yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Fonologi turut melihat cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan dengan tujuan bagi mendapatkan satu cara yang tepat untuk menyebut sesuatu bunyi bahasa.Menurut Dr Faridah binti Nazir & Dr Hjh Maridah binti Hj Alias (2013:1) Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. Bunyi- bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Bunyi- bunyi bermakna ialah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menetukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Fonogi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonologi.Menurut Rahim Aman (2007:59) Fonologi adalah salah satu cabang linguistic yang mengkaji tentang sistem dan fungsi bunyi dalam sesuatu bahasa. Berkaitan dengan bahasa Melayu, penutur Melayu hanya boleh menghasilkan bunyi-bunyi yang hanya ada di dalam bahasa Melayu. Sebenarnya sistem bunyi dalam fonologi berkisar pada usaha untuk mengenal pasti bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu disusun,diatur dan distrukturkan. Setiap bunyi dalam tutura itu dapat dipenggal-penggalkan, diberi lambing dan kemudiannya dikelompokkan dalam sekumpulan bunyi tertentu berdasarkan ciri fonetiknya.Modul BMM3108 Fonologi (daripada Greek: , phn, "suara, bunyi" dan , lgos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab kadir & Abdul Hamid Mahmmod (2005:39) Fonologi ialah kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Dengan kata lain, fonologi ialah bidang yang menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi satu-satu bahasa. Oleh itu, bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan itu dikaji dalam bidang fonologi.2.3 jadual banding beza fonetik & fonologi

FONETIK

FONOLOGI

Fonetik adalah subdisiplin linguistik, kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya.

Fonologi adalah subdisiplin linguistic yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistic.

Kajian tentang sifat-sifat semula jadi,produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.

Kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya.

Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga iaitu fonetik akustik, fonetik auditori, dan fonetik artikulatori. Kajian adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.

Mengkaji unsur setiap bunyi.

Kajian berkaitan dengan penelitian pola-pola intonansi.

Menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya.

Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. Dapat merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

2.4 artikulasi

Menurut Dr. Faridah binti Nazir & Dr Hjh Maridah binti hj Alias (2013:13) Artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas- tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi tebahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011:91) Artikulasi ialah alat atau organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa. Teradapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu:a) Alat yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut.b) Daerah pengeluaran, iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas pengeluar itu. Tempat ini boleh dicapai oleh alat-alat pengeluar itu.Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood Seperti yang diterangkan bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau gangguan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci, bahagian bahagian anggota tubuh yang ikut membentuk bunyi, baik secara langsung ataupun tidak langsung ialah alat artikulasi. Alat artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada yang berikut:(1) Paru-paru (lungs)(2) Batang tenggorok (trachea)(3) Pangkal tenggorok (larynx)(4) Pita suara (vocal cords)(5) Krikoid (cricoid)(6) Tiroid (thyroid) atau halkum(7) Aritenoid (arythenoids)(8) Dinding rongga kerongkongan (wall of pharynx)(9) Epiglotis (epiglottis)(10) Akar lidah (root of tongue)(11) Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah (hump, back of tongue, dorsum)(12) Tengah lidah (middle of the tongue, medium)(13) Daun lidah (blade of the tongue, laminal)(14) Hujung lidah (tip of the tongue, apex)(15) Anak tekak (uvula)(16) Langit-langit lembut (soft palate, velum)(17) Langit-langit keras (hard palate, palatum)(18) Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi (alveola,alveolum)(19) Gigi atas (upper teeth, denia)(20) Gigi bawah (lower teeth, denta)(21) Bibir atas (upper lip, labia)(22) Bibir bawah (lower lip, labia)(23) Mulut (mouth)(24) Rongga mulut (oral cavity, mouth cavity)25) Rongga hidung (nose cavity, nasal cavity)

Alat-alat artikulasi

Menurut Indirawati Zahid Mardian Shah Omar (2006:28)

Setiap manusia yang sempurna kejadiannya dilengkapi dengan alat-alat yang berfungsi menghasilkan bunyi. Alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi ini boleh dipecahkan kepada tiga iaitu:

Alat-alat bahagian dalam tubuhAlat artikulasiDaerah artikulasi

- Bahagian dalam tubuh adalah bahagian yang memulakan sesuatu gerakan udara seperti paru-paru, trakea, kotak suara, pita suara, epiglotis, dan farinks- Alat artikulasi adalah alat yang digunakan bag menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. - Alat ini terbahagi kepada dua iaitu yang aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula ada sebaliknya.- Alat Artikulasi aktif(Lidah, bibir, gigi, lelangit lembut)- Alat artikulasi pasif(gigi atas, lelangit keras)

- ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasi.- Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.

2.5 artikulator

Menurut Dr. Faridah binti Nazir & Dr Hjh Maridah binti hj Alias (2013:14) Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan , iaitu:1. Lidah2. Bibir yang terletak di bawah rongga mulut3. Gigi bawah Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa iaitu:1. Gigi atas2. Gusiyang terletak di atas rongga mulut3. Lelangit keras4. Lelangit lembut

Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah 10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak 13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok

2.6 jadual banding beza artikulasi & artikulator

ARTIKULASIARTIKULATOR

Alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi dan memainkan peranan semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan,

Mempunyai tugasan asas iaitu mengunyah makanan, menelan, menghembus nafas Mempunyai tugasan asas bagi mengeluarkan bunyi apabila alat artikulator bergerak dan menyentuh daerah artikulasi.

Terbahagi kepada dua bahagian :a) Artikulatorb) Daerah Artikulasi

Salah satu bahagian dripada alat artikulasi

Daerah artikulasi alat artikulasi yang terletak di atas rongga mulut dan tidak dapat digerakkan dan hanya dapat didekati dan disentuh dalam proses pengeluaran bunyi. Artikulator alat artikulasi yang terletak di bawah rongga mulut dan boleh digerak-gerakkan.

Gigi atas, gusi, lelangit keras, dan lelangit lembut Gigi bawah, lidah, bibir atas dan bawah

3.0 ANALISIS HURUF-HURUF DAN SIMBOL FONETIK, FONEM SEGMENTAL DAN FONEM SUPRASEGMENTAL

3.1 huruf-huruf dalam bahasa melayu

Bilangan abjad dalam ejaan Rumi bahasa Melayu ada 26 huruf kesemuanya. Nama huruf-huruf tersebut dikekalkan berdasarkan sebutan menurut kaedah bahasa Inggeris.Aa, Bb, Cc, Dd, Ee, Ff, Gg, Hh, Ii, Jj, Kk, Ll, Mm, Nn, Oo, Pp, Qq, Rr, Ss, Tt, Uu, Vv, Ww, Xx, Yy, Zz

3.2 fonem dalam bahasa melayu

Menurut Dr. Faridah binti Nazir & Dr Hjh Maridah binti hj Alias (2013:38)

Fonem ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna. Fonem dianggap lebih besar daripada fon. Misalnya, fon [o], [] dan bunyi sengau kedua-dua fon ini membentuk satu fonem sahaja, iaitu /o/. Sehubungan dengan itu, perkataan buku terdiri daripada empat fonem iaitu /b/, /u/, /k/, dan /u/. Analisis seperti ini dinamakan fonem penggalan atau fonem segmental. Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan pasangan minimum atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling minimum tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon daripada satu fonem. Keadaan ini disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas contohnya /film/ - /pilm/ dan /balik/ - /bali?/.

3.2.1 Fonem Vokal

Fonem vokal Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu dapat dijelaskan dalam linguagram atau keratan rentas lidah seperti di bawah.

Kedudukan Fonem Vokal Bahasa Melayu

Fonem vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan lidah yang terlibat dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas; manakala bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram.

Keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam bahasa Melayu standard terdapat tujuh fonem vokal yang dapat dihasilkan, iaitu /i, e, a, o, u, / dan tiga vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu //, // dan //.

3.2.2 Fonem Konsonan

Fonem konsonan dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Fonem konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain. Fonem konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h]. Kesemua fonem konsonan ini ditunjukkan dalam Jadual di bawah.

Cara PenghasilanDaerah Sebutan

BibirGusiGusi-L KerasLelangit KerasLelangit Lembut Pita Suara

Letupantbptk

bbdg

Letusantb

bj

Sengauanbmn

Geserantbfsxh

bvz

Getaranbr

Sisianbl

Separuh Vokalbwy

3.3 fonem segmental

Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis kewujudannya. Fonem segmental dapat dibahagikan kepada vokal dan konsonan. Perbezaan antara vokal dan konsonan hanya terletak pada ada atau ketiadaan halangan ketika bunyi-bunyi itu difonasikan. Sekiranya bunyi itu mendapat halangan ketika difonasikan, maka fonem itu disebut sebagai konsonan misalnya /b, d, g, h, k, l,/ dan sebagainya. Jika bunyi itu keluar secara leluasa ketika difonasikan, maka bunyi tersebut digelar vokal misalnya,/ a, i, u, /.Sebagai contoh, apabila disegmenkan atau dipenggal, maka perkataan / #makan# / terbahagi kepada fonem-fonem berikut, iaitu /m/, /a/, /k/, /a/, /n/.3.4 jadual analisis huruf, fonetik, fonem, fonem segmental & transkripsi

3.4.1 Jadual Analisis Huruf VokalHURUFFONETIKFONEMFONEM SEGMENTALTRANSKRIPSI

a[a]/a/ambil/a/+/m/+/b/+/i/+/l/[ambl]

e- taling[e]/e/dewan/d/+/e/+/w/+/a/+/n/[dewan]

e- pepet[]/e/lebih/l/+/e/+/b/+/i/+/h/[lbeh]

i[i]/i/itik/i/+/t/+/i/+/k/[ite?]

o[o]/o/orang/o/+/r/+/a/+/ng/[ora]

u[u]/u/ular/u/+/l/+/a/+/r/[ular]

3.4.1 Jadual Analisis Huruf KonsonanHURUFFONETIKFONEMFONEM SEGMENTALTRANSKRIPSI

b[b]/b/budaya/b/+/u/+/d/+/a/+/y/+/a/[budaja]

C

[]/c/cekap/c/+/e/+/k/+/a/+/p/[ckap]

d[d]/d/daun/d/+/a/+/u/+/n/

[dawn]

f[f]/f/tafsir/t/+/a/+/f/+/s/+/i/+/r/[tafser]

g[g]/g/beg/b/+/e/+/g/[beg]

h[h]/h/buah/b/+/u/+/a/+/h/[buwah]

j[]/j/jala/j/+/a/+/l/+/a/[ala]

k[k], [?]/k/paksa, kakak/p/+/a/+/k/+/s/+/a//k/+/a/+/k/+/a/+/k/[paksa][kaka?]

l[l]/l/alas/a/+/l/+/a/+/s/[alas]

m[m]/m/manis/m/+/a/+/n/+/i/+/s/[manes]

n[n]/n/anak/a/+/n/+/a/+/k/[ana?]

p[p]/p/siap/s/+/i/+/a/+/p/[siyap]

q[q]/q/buraq/b/+/u/+/r/+/a/+/q/[buraq]

r[r]/r/racun/r/+/a/+/c/+/u/+/n/[racn]

s[s]/s/senyap/s/+/e/+/ny/+/a/+/p/[sap]

t[t]/t/tuala/t/+/u/+/a/+/l/+/a/[tuwala]

v

[v]/v/van/v/+/a/+/n/[van]

w[w]/w/wayang/w/+/a/+/y/+/a/+/ng/[waja]

x[x]/x/xenon/x/+/e/+/n/+/o/+/n/[xenn]

y[j]/y/yuran/y/+/u/+/r/+/a/+/n/[juran]

z[z]/z/Lazat/l/+/a/+/z/+/a/+/t/[lazat]

3.4.1 Jadual Analisis Huruf Konsonan Rangkap/ GandinganHURUF LAMAHURUF BARUFONETIKFONEMFONEM SEGMENTALTRANSKRIPSI

khkh[x]/kh/akhbar/a/+/kh/+/b/+/a/+/r/[axbar]

ghgh[]/gh/ghaib/gh/+/a/+/i/+/b/[aeb]

nyny[]/ny/hanyut/h/+/a/+/ny/+/u/+/t/[hat]

ngng[]/ng/kampung/k/+/a/+/m/+/p/+/u/+/ng/[kamp]

shsy[]/sy/syarat/sy/+/a/+/r/+/a/+/t/[arat]

ch(bacha)c (baca)[]/ch/baca/b/+/a/+/c/+/a/[baa]

dz(dzalim)z(zalim)[ ]/dz/zalim/z/+/a/+/l/+/i/+/m/[ alim]

th(mithal)s(misal)[]/th/misal/m/+/i/+/s/+/a/+/l/[mial]

3.4.1 Jadual Analisis Huruf DiftongHURUFFONETIKFONEMFONEM SEGMENTALTRANSKRIPSI

ai[ay]/ai/salai/s/+/a/+/l/+/a/+/i/[salay]

oi[oy]/oi/dodoi/d/+/o/+/d/+/o/+/i/[dodoy]

au[aw]/au/surau/s/+/u/+/r/+/a/+/u/[suraw]

3.5 FONEM SUPRASEGMENTAL

Dikenali juga sebagai suprapenggalan. Ciri atau sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Bukannya bunyi segmental atau bunyi penggalan. Terdiri daripada tekanan, panjang-pendek, jeda, nada dan intonasi. 3.5.1 Tekanan Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuktekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.

3.5.2 Jeda Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah # . Unsur ini boleh membezakan makna contohnya, [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi # ema?].

3.5.3 Nada Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi sekali. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1 contohnya, saya hendak balik. Sehubungan dengan itu, dalam bahasa Melayu juga terdapat nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa, nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.

3.5.4 Panjang-Pendek Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna.

4.0 TRANSKRIPSI

NOVEL OMBAK SENJA (M/S 108-109)PENGARANG: AMIR HUSAINI

_______________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

5.0 REFLEKSI

TANALAKSHMI A/P SUKUMARAN8801415-14-6158

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Melalui kerja kursus ini saya sebagai seorang pelajar dapat berpeluang memahami dan mengenai teori fonetik dan fonologi; alat-alat atrtikulasi dan artikulator serta simbol fonetik secara terperinci. Di samping itu, saya juga mempelajari dan mengelapasti perbezaan antara fonem, fonem segmental dan fonem suprasegmental dengan membuat banyak rujukan dari pusat sumber dan melayari internet. Seterusnya, saya juga berpeluang mendapat tahu pengajaran tentang transkripnsi. Walaupun saya telah mempelajari tajuk ini terlebih dahulu semasa saya PPISMP Semester 2, namun saya dapat lebih pengajaran dan input yang manfaat semasa mempelajari tajuk ini pada semester ini. Pembelajaran menulis transkripsi merupakan satu pengajaran sangat berfaedah kepada saya dan saya telah memberi penglibatan yang penuh semasa mempelajari penulisan transkripsi. Maka, sebagai satu pengukuhan pada diri saya, dengan melaksanakan kerja kursus ini saya telah mempelajari dan menghafal simbol-simbol fonetik. Pada asalnya, saya sangat lemah mengenal dan memahami simbol-simbol fonetik kerana ia agak susah kepada saya kerana ada symbol-simbol yang pelik. Tetapi akhirnya saya dapat menghafal dan mengenali semua simbol-simbol fonetik dengan berjayanya. Di sini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya dan rakan-rakan sekelas telah membantu saya untuk mengenali simbol-simbol fonetik dengan cepat dan tepat pada masanya. Saya juga telah berjaya mentranskripsikan 300 patah perkataan secara persendirian dalam kerja kursus ini. Pembelajaran simbol fonetik dan penulisan transkripsi adalah satu ilmu bertambah kepada saya dan saya harap ia akan membantu saya pada masa hadapan semasa membuat kajian tindakan dalam bidang fonetik atau meneruskan pengajian ke Master dalam bidang fonetik dan fonologi. Selain itu, melalui kerja kursus ini saya juga dapat mengetahui tentang cara pengeluaran bunyi iaitu melalui alat-alat artkulasi dan artikulator. Sebelum mempelajari tajuk ini, saya telah mengalami kekeliruan dalam perbezaan tentang artikulasi dan artikulator. Tetapi, kekeliruan saya terus hilang semasa saya membuat banyak rujukan dan memberi tumpuan semasa pengajaran pensyarah dan sekarang saya lebih teliti tentang perbezaan di antara artikulasi dan artikulator. Seterusnya, kebanyakkan rujukan membantu saya untuk menganalisis fonem, fonetik, fonem segmental dan fonem suprasegmental dengan lebih mendalam. Maka kerja kursus ini membantu saya menghasilkan suatu tugasan yang ilmiah dan akademik. Oleh itu, saya memberi banyak penyertaan diri saya dalam membuat kerja kursus ini dengan baik dan sempurna. Seterusnya, kerja kursus ini juga dapat saya berfikir secara kreatif dan kritis. Antaranya, yang membantu saya berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencari maklumat dan menganalisi maklumat yang saya diperolehi bagi membuat jadual banding beza tentang fonetik dan fonologi; artikulasi dan articulator serta membuat jadual analisis bagi fonem, fonetik, fonem segmental dan fonem suprasegmental. Saya juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini. Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, Selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan dalam buku-buku yang berkaitan dengan kerja kursus ini di perpustakaan, surat khabar, tesis, jurnal dan sebagainya. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya. Kami bersama-sama berkogsi idea dan membantu menulis transkripsi serta mencari maklumat, mengumpul maklumat serta menganalisis maklumat sehingga saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Dr Faridah binti Nazir untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan. Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua sentiasa saya hormati dan sanjungi. Sekian, terima kasih.

FONETIK &FONOLOGI22