PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
1 Disusun Alz/fotografi/2014
MODUL ASAS PENGGUNAAN KAMERA
ALIZA ADNAN JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
IPG KAMPUS ILMU KHAS
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
2 Disusun Alz/fotografi/2014
MODUL ASAS KAMERA
ISI KANDUNGAN
1.0 BAHAGIAN-BAHAGIAN ASAS DAN FUNGSI KAMERA ............................................... 3
1.1 APERTURE......................................................................................................................... 6
1.2 KESAN APERTURE KEPADA KECERAHAN GAMBAR ................................................... 8
1.3 APERTURE DAN DEPTH OF FIELD ................................................................................. 10
1.4 SHUTTER SPEED .............................................................................................................. 11
Subjek Statik dan Sharp .................................................................................................... 14
1.5 HUBUNGAN APERTURE, SHUTTER SPEED ..................................................................... 15
2.0 ISO .................................................................................................................................. 15
2.1 KESESUAIAN ISO MENGIKUT SENSISTIVITY ................................................................... 16
2.2 HUBUNGAN APERTURE, SHUTTER SPEED DAN ISO ..................................................... 17
2.3 MENILAI DEDAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK WAKTU LAIN... Error! Bookmark not
defined.
2.4 TIP-TIP UNTUK MENGAWAL EXPOSURE ....................................................................... 17
3.0 LENSA KAMERA ............................................................................................................. 18
3.1 JENIS LENSA DAN KEGUNAAN ................................................................................... 21
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
3 Disusun Alz/fotografi/2014
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
JUMLAH JAM: 4 JAM (BERSEMUKA)
4 JAM (TUGASAN DAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI)
1.0 SINOPSIS
Modul ini memperkenalkan pelajar kepada sejarah fotografi, bahagian asas
kamera, dan fungsi komponen kamera.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir sub modul ini, peserta kursus akan dapat
i. Mengenal pasti sejarah fotografi
Mengetahui komponen asas sebuah kamera dan menghasilkan gambar yang
baik dengan penguasaan cara mengubahsuai shutter speed, aperture dan ISO
untuk menghasilkan bahan pengajaran danpembelajaran yang sesuai dan
berkesan
1.0 SEJARAH FOTOGRAFI
Istilah fotografi atau "Photography" diambil
daripada perkataan Greek. Perkataan
photos ("light") bermaksud cahaya dan graphein
("to draw") bermaksud melukis.Perkataan ini mula
diguna pertama kalinya oleh seorang saintis
bernama Sir John F.W. Herschel pada tahun 1839.
Ianya adalah kaedah merekod imej melalui
tindakan cahaya, atau radiasi yang tertentu
pada sesuatu bahan yang sensitif kepada
cahaya atau radiasi tersebut.
Sir John F.W. Herschel
Kamera Lubang Jarum
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
4 Disusun Alz/fotografi/2014
Alhazen (Ibn Al-Haytham),
seorang yang berpengaruh
dalam bidang optik di zaman
pertengahan, mencipta
kamera lubang jarum yang
pertama (juga dikenali
sebagai kamera obscura) dan
berjaya memberi penjelasan
bagaimana imej yang
dihasilkan berada dalam
Alhazen (Ibn Al-Haytham) dan
kamera obscura
kedudukan terbalik. Ibn Al-Haytham menggunakan kanta untuk memfokus
cahaya ke dalam kotak gelap. Imej yang difokuskan menjelma pada permukaan
kertas di dalam kotak tersebut.
Kamera obscura
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
5 Disusun Alz/fotografi/2014
2.0 BAHAGIAN-BAHAGIAN ASAS DAN FUNGSI KAMERA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir sub modul ini, peserta kursus akan dapat
i. Mengenal pasti komponen asas sebuah kamera
ii. Mengenal pasti fungsi komponen asas sebuah kamera
iii. Mengenal pasti fungsi aperture, shutter speed dan ISO
iv. Mengenalpasti pengubahsuaian aperture, shutter speed dan ISO
Pada asasnya konsep sebuah kamera adalah sama sahaja, sama ada yang murah
mahupun yang mahal. Secara umumnya, bahagian asas kamera, adalah seperti
yang dapat dilihat di bawah. kedudukannya bergantung kepada jenis dan jenama
kamera.
Dengan terciptanya kamera digital, terdapat bahagian pada kamera yang
ditambah sesuai dengan fungsinya.
Bagaimanapun, kedudukannya bergantung kepada jenis dan jenama kamera
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
6 Disusun Alz/fotografi/2014
2.1 APERTURE
Aperture adalah bukaan pada lensa yang membenarkan cahaya melaluinya dan
jatuh ke atas sensor.
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
7 Disusun Alz/fotografi/2014
Semakin besar bukaan aperture, semakin banyaklah cahaya yang masuk dan
gambar akan lebih terang.
Aperture merupakan kawalan cahaya yang masuk melalui bukaan cahaya pada
lensa. Kawalan di dalam lensa ini adalah dengan membuka bukaan lubang
cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop.
Kawalan f/stop adalah :
f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16, f/22
Aperture mempunyai beberapa peranan yang sangat penting dalam fotografi:
1. Mengimbang kemasukan cahaya mengikut shutter speed
2. Mengawal kesan depth of field
3. Memberikan kesan sharpness yang paling tinggi pada sesuatu lens.
Bukaan aperture dan Nombornya.
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
8 Disusun Alz/fotografi/2014
2.2 KESAN APERTURE KEPADA KECERAHAN GAMBAR
Perhatikan impak aperture yang berbeza terhadap satu gambar yang sama,
dengan setting ISO dan shutter speed yang sama.
Perhatikan impak aperture yang berbeza terhadap satu gambar yang sama,
dengan setting ISO dan shutter speed yang sama.
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
9 Disusun Alz/fotografi/2014
Gambar diatas mempunyai Exposure yang cukup dengan Aperture f4.
Apabila kita mengubah aperture kepada f/8, gambar menjadi lebih gelap kerana
cahaya yang masuk semakin berkurangan, akibat bukaan aperture yang semakin
kecil.
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
10 Disusun Alz/fotografi/2014
Apabila kita mengubah Aperture kepada f/2.8, dan ISO serta Shutter speed masih
sama, gambar menjadi lebih terang. Ini disebabkan bukaan aperture lebih besar
dan cahaya masuk lebih banyak. Gambar ini dipanggil gambar overexposed
kerana details seperti warna baju sudah terlalu terang.
2.3 APERTURE DAN DEPTH OF FIELD
Aperture juga digunakan untuk mengawal kreativiti depth of field.
Dengan aperture besar seperti f/2.8, anda boleh mendapat depth of field nipis
seperti bunga dibawah. Perhatikan subjek sharp dan latar sudah out of focus.
Aperture f/2.8
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
11 Disusun Alz/fotografi/2014
Dan dengan aperture yang kecil, anda boleh mendapat Depth of field yang luas
seperti gambar dibawah. Depth of field yang luas memberikan ketajaman imej
sehingga kepada latarbelakangnya.
Aperture f/16
Untuk memahami lebih lanjut lagi, perhatikan dua contoh Depth Of field yang
berbeza dibawah, menggunakan aperture yang berbeza
Aperture kecil (f-number besar) f/22 Aperture besar ( f-number kecil) f/2
depth of field yang lebih dalam depth of field yang lebih cetek
2.4 SHUTTER SPEED
Shutter speed bertujuan untuk mengawal kemasukkan cahaya mengikut masa.
Sekiranya kita ingin memegunkan sesuatu pergerakkan itu, kita perlu menggunakan
shutter speed yang tinggi.
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
12 Disusun Alz/fotografi/2014
Kadang2 apabila kita menghadapi masalah kekurangan cahaya, maka kita
terpaksa menggunakan shutter speed yang perlahan untuk membenarkan lebih
cahaya masuk ke sensor kita.
Kawalan Shutter Speed adalah seperti berikut :
1/2 s, 1/4 s, 1/15s, 1/30s, 1/60s, 1/125s, 1/250s, 1/500s, 1/1000s, 1/2000s
Kelajuan shutter ( shutter speed)
Rendah Tinggi
setiap pertukaran speed ini dipanggil 1 stop.
1/1000s bermaksud, shutter akan dibuka bersamaan dengan 1/1000 saat cahaya
yang masuk. 1/4s bermaksud, shutter akan dibuka selama 1/4 saat.
Kelajuan shutter perlu diubah suai apabila mengambil gambar objek pegun atau
objek bergerak. Kelajuan shutter yang tinggi diperlukan untuk merakam objek
bergerak dan kelajuan shutter yang rendah diperlukan untuk merakam objek
pegun.
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
13 Disusun Alz/fotografi/2014
CONTOH perubahan shutter speed dan kesan pada imej
1/1000S
1/800S
1/300
1/30S
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
14 Disusun Alz/fotografi/2014
1/10S
Dalam fotografi, kita bukan saja perlu merakam subjek statik, tapi kita juga perlu
merakam subjek yang bergerak. Bagaimana caranya untuk merakam subjek yang
bergerak?
Subjek Statik dan Sharp
Cara pertama adalah dengan menghentikan terus moment tersebut,
mendapatkan subjek yang sharp dan statik. Untuk mendapatkan imej sharp seperti
dibawah, shutter speed yang laju amat diperlukan.
Sebagai contoh, shutter selaju 1/1000 boleh digunakan untuk mendapatkan
gambar statik seperti ini.
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
15 Disusun Alz/fotografi/2014
Anda boleh gunakan Mode S atau TV dengan menetapkan shutter kepada 1/1000.
Nilai aperture akan ditetapkan secara automatik oleh kamera
2.5 HUBUNGAN APERTURE, SHUTTER SPEED
FUNGSI NO KECIL
NO BESAR
Aperture Mengawal saiz
bukaan lensa
Aperture besar
membenarkan
banyak cahaya
masuk ke dalam
kamera
Contoh f/2
Aperture kecil,
kurang cahaya
masuk ke dalam
kamera
Contoh f/16
Shutter Speed Mengawal
kelajuan
Tempoh bukaan
sekejap,
membekukan aksi
Contoh 1/2000s
Tempoh bukaan
panjang, gambar
lebih terang
Contoh 1/15s
ISO Mengawal
sensitivity sensor
kamera kepada
cahaya
Kurang sensitif
kepada cahaya
Contoh ISO 100
Lebih sensitif
kepada cahaya
Contoh ISO 800
2.6 ISO
Berikut adalah masa-masa anda boleh pertimbangkan menggunakan ISO tinggi.
Merakam waktu senja, tanpa tripod. Dan Cahaya tidak cukup terang untuk
menggunakan kelajuan lebih tinggi dari 1/60s. Apabila anda menggunakan
kurang dari 1/60s, risiko gegaran tangan lebih tinggi.
Apabila menggunakan telefoto lens dan tidak cukup cahaya untuk
menggunakan shutter speed pada nombor yang sekurang-kurangnya sama
dengan nombor focal length. Sebagai contoh, apabila menggunakan lensa
200mm, sebaiknya gunakan shutter speed 1/200saat untuk mengurangkan risiko
kamera bergegar.
Apabila merakam subjek yang pantas bergerak, dan cahaya tidak cukup pantas
untuk memberikan kita menggunakan shutter speed yang sesuai untuk merakam
subjek dengan tajam.
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
16 Disusun Alz/fotografi/2014
Apabila menggunakan flash, dan flash tidak cukup kuat untuk mendapatkan
dedahan yang cukup. Samada ambience terlalu gelap mahupun subjek terlalu
jauh.
Apabila merakam indoor, dan flash tidak dibenarkan kerana mungkin akan
mengganggu pencahayaan ambience, sebagai contoh didalam konsert.
Apabila anda memerlukan aperture yang kecil untuk mendapatkan Depth of
field yang luas, dan dengan memilih aperture kecil akan menyebabkan shutter
speed terlalu perlahan.
2.7 KESESUAIAN ISO MENGIKUT SENSITIVIT1
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
17 Disusun Alz/fotografi/2014
2.8 KESESUAIAN ISO DAN DEDAHAN CAHAYA
Aperture perlu diubahsuai untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang
berlainan
2.9 TIP-TIP UNTUK MENGAWAL EXPOSURE
1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan
exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau
cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subjek utama atau
cerah sedikit sahaja.
2. Apabila mengambil gambar subjek yang gelap, lihat kawasan terang yang
akan menjadi overexpose.
3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone
subjek untuk mengelakkan silhouette.
4. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar
yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan
yang beliau inginkan.
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
18 Disusun Alz/fotografi/2014
3.0 LENSA KAMERA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir sub modul ini, peserta kursus akan dapat
i. Mengenal pasti fungsi lensa
ii. Mengenalpasti jenis dan kegunaan lensa
Lensa menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem di dalam
kamera
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
19 Disusun Alz/fotografi/2014
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
20 Disusun Alz/fotografi/2014
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
21 Disusun Alz/fotografi/2014
3.1 JENIS LENSA DAN KEGUNAAN
JENIS LENSA KEGUNAAN
Lensa wide
angle
Lensa wide angle mempunyai sudut pandangan yang luas, cantik
digunakan untuk mengambil gambar landskap, dan mampu mengambil
gambar pada ruang yang sempit.
Lensa ini senang untuk difokuskan, ia mempunyai kesan depth of field
yang tinggi, yang mana fotografer tidak perlu susah untuk memfokuskan
objek.
ia juga boleh mengambil gambar pada jarak yang dekat, dan boleh
menampakkan kesanlengkungan
Lensa wide angle tidak sesuai digunakan untuk mengambil gambar
potrait, kerana ia menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gemuk
kerana kesan lengkungan.
Mengambil gambar menggunakan lensa ini akan menyebabkan sesuatu
ruang itu kelihatan lebih luas. Jadi jangan mudah terpedaya apabila
melihat gambar yang luas apabila gambar
tersebut diambil menggunakan lens wide angle.
lensa wide angle mempunyai focal lenght dari 14mm - 28mm
Standard
Lens
Standard Lens 50mm
Standard Lens bagi kamera Fullframe adalah 50mm, lensa ini mempunyai
sudut pandangan yang paling hampir dengan mata. Ia amat mudah
untuk digunakan kerana seseorang fotografer itu boleh mengagak sudut
pandangan merujuk kepada mata. Bagi kamera APSC kesan standard
lens ini boleh dicapai apabila kita menggunakan lens 35mm. Lens 50mm
mempunyai aperture paling maksima f/1.2 ke f/1.8. Ini menyebabkan
ianya sesuai untuk
mengambil gambar sukan dan keadaan low light.
Telephoto Telephoto adalah lens yang mampu membesarkan imej yang berjarak
jauh. Kadang2 ia dikenali dengan ‘Long Lens’ kerana lens ini selalunya
memang panjang. Lensa ini mempunyai Jarak Depth of Field yang
pendek berbanding dengan lens2 yang lain. Ia senang menghasilkan
bokeh dan subject mudah untuk diasingkan dari backgroundnya.
Zoom Lens Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur glasses yang sangat
komplek. Ia mempunyai kumpulan2 lensa dan mempunyai tujuan2 yang
tertentu. Salah satu bertujuan untuk mengubah pembesaran imej,
memfokuskan dan membuat pembetulan.
Zoom Lens boleh mengubah focal lenght dalam tahap beberapa kali
seperti 2x, 3x, 4x dsbnya. Contoh2 Lensa Zoom adalah:
18-24mm : Zoom Wide Angle
24-85mm : Zoom Standard
70-210mm : Zoom Telephoto
Masalah dalam zoom lens ini adalah, ia selalunya tidak mempunyai
aperture yang besar, tidak boleh mengekal aperture yang sama pada
focal lenght yang berbeza dan harganya
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
22 Disusun Alz/fotografi/2014
yang agak mahal. Seperti contoh lensa 18-55mm mempunyai aperture
f/3.6-5.6.
Jika adapun aperture yang maksima adalah f/2.8 tetapi harganya terlalu
mahal. Aperture maksima pada 18mm adalah f/3.5 manakala aperture
maksima pada 55mm adalah f/5.6.
Fikirkan jika harga Lensa 18-55mm adalah RM1,100 adakah berbalaoi
untuk menggunakan focal lenght pada 50mm f/5.6??? sedangkan harga
50mm f/1.8 adalah RM480!!
Sebab itu saya lebih gemar menggunakan fixed lens untuk mengekalkan
kualiti gambar dan mendapatkan bukaan aperture yang maksima.
Zoom Lens banyak membantu journalist & wedding photographer, kerana
ia banyak membantu untuk meringankan bag mereka, mereka tidak perlu
membawa lensa yang banyak. Ia memudahkan mereka untuk membuat
komposisi tanpa perlu bergerak belakang dan hadapan. Banyak flexibility
yang membantu mereka bila menggunakan lensa ini.
Fish Eye Lensa Fish Eye mempunyai sudut pandangan hampir kepada 180 darjah.
Ia mempunyai kelengkungan yang membulat apabila menggunakan
lensa ini. Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa
keadaan sahaja. Selain dari besar dan sukar dibawa, ia juga sukar untuk
dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter untuk mengelakkan dari lens
tercalar (scratch). Tetapi hasil gambar yang diambil akan kelihatan
menarik
Macro lens AF micro
Lensa makro adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak
yang sangat dekat seperti 5 inci dsbnya. Lensa ini selalunya digunakan
untuk mengambil gambar spesis2
serangga yang kecil, bunga, dan lain2 gambar still photo. Harganya
juga mahal tetapi berbaloi untuk dimiliki.
.
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
23 Disusun Alz/fotografi/2014
4.0 TEKNIK PENGGAMBARAN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir sub modul ini, peserta kursus akan dapat
iii. Mengenal pasti teknik penggambaran untuk disesuaikan dengan bahan
pengajaran
Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran seni foto.
- Berikut adalah contoh-contoh teknik fotografi:
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
24 Disusun Alz/fotografi/2014
5.0 KOMPOSISI PENGGAMBARAN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir sub modul ini, peserta kursus akan dapat
i. Mengenal pasti komposisi penggambaran untuk menghasilkan bahan
pengajaran
Komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar.
Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Jenis –
jenis komposisi penggambaran
Teknik Perspektif
Teknik Simetri
Rule of Third Perspektif
Framing Horizon
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
25 Disusun Alz/fotografi/2014
TUGASAN
1. Dalam kumpulan berdua anda diminta menghasilkan 5 keping fotografi digital
berdasarkan topik dalam matapelajaran anda. Gambar tersebut dapat
menunjukkan aplikasi teknik penggambaran dan komposisi penggambaran
yang telah dipelajari. Setiap paparan gambar perlu dinyatakan perkara berikut:
i. Tajuk ( Teknik penggambaran, komposisi penggambaran)
ii. Model Camera
iii. Aperture
iv. Shutter speed
v. Iso reading
vi. Focal Length
vii. Depth of Field
Anda diminta memuat naik gambar tersebut kedalam ke folder Resources group
anda dalam Schoology
Proses kerja
Proses kerja dia bawah ini merupakan satu panduan menghasilkan fotografi untuk
tujuan pengajaran dan pembelajarn
a. Peringkat Analisis
Kenal pasti kumpulan sasaran anda, kesesuaian fotografi yang dihasilkan
dengan kandungan pelajaran
b. Peringkat Rekabentuk
Rekabentuk bahan. Pastikan rekabentuk bahan fotografi anda memenuhi
prinsip-prinsip grafik
Rekabentuk Pedagogi. Pastikan gabungan asas fotografi dapat memberi
kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran anda
c. Peringkat Pembangunan
Pilih teknik pengganmabaran bersesuaian dengan bahan fotografi yang
hendak dihasilkan
d. Peringkat Pelaksanaan
Kenalpasti masalah berkaitan penggunaan bahan fotografi dalam proses
pembelajaran pelajar
e. Peringkat Penilan
Kenalpasti keberkesanan penggunaan bahan fotografi dalam proses
pembelajarn pelajar
PEMBELAJARAN KENDIRI FOTOGRAFI
26 Disusun Alz/fotografi/2014
2. Sejauhmanakah fotografi penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
anda di sekolah?
RUJUKAN
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional
media and technologies for learning. Edisi ke 5. New Jersey: Prentice-Hall.
Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996).
Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Razali Nor (1995). Teknologi pendidikan: media unjuran dan media elektronik.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber: komponen teknologi
pendidikan.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2008). Modul Pembelajaran Grafik
Berkomputer (MPV) Teknik Pemerolehan Grafik: Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.adhadimohd.com/training
http://www.adhadimohd.com/training
https://alizaipik.wordpress.com
htto://www.klikduniaku.com