pembelajaran berasaskan projek

7
Pembelajaran Berasaskan Projek Pengajaran Berasaskan Projek merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang semakin pesat berkembang pada zaman ini. Pembelajaran ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar ketika mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Pengajaran Berasaskan Projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai salah satu cara murid-murid memperoleh ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik

Upload: intan-zuliyati

Post on 19-Nov-2015

88 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

berasaskan projek

TRANSCRIPT

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pengajaran Berasaskan Projek merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang semakin pesat berkembang pada zaman ini. Pembelajaran ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar ketika mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Pengajaran Berasaskan Projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai salah satu cara murid-murid memperoleh ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains.

Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokus kepada murid yang meneroka sendiri. Perkembangan Pembelajaran Berasaskan Projek yang dikembangkan penggunaanya kerana ia lebih efektif dalam penyelesian pemasalahan berkaitan pembangunan gerak kerja projek. Konsep ini bermula pada 1987, dimana Pihak BIE (Buck Institute for Education) mengembangkan hasil penemuan Leonard dan Berryl Buck Trust. Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Projek boleh juga dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Handbook- Project Based Learning menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.http://balkismt.blogspot.com/Akhir sekali ialah kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek. Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek ini didapati amat sesuai dalam konteks demokrasi dalam pendidikan kerana ia memberi autonomi yang luas kepada pelajar untuk meneroka dunia sebenar dalam menimba ilmu pengetahuan. Kaedah ini juga dapat memberi kualiti pemerolehan ilmu yang tinggi bagi pelajar melalui penglibatan aktif pelajar. Selain itu ia memberi bimbingan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan keupayaan berdikari dalam membuat kajian tentang sesuatu perkara. Bagi subjek Pengajian Am di sekolah, penggunaan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek adalah sesuai diaplikasikan untuk pelajar tingkatan enam. Kaedah pembelajaran ini akan menjadikan seseorang pelajar itu berfikiran secara kreatif dan kritis dalam kajian yang dilakukannya. Pelajar mendapati Pembelajaran Berasaskan Projek akan menjana kefahaman tentang aspek; pelajar akan merasa pembelajaran adalah miliknya; pembelajaran atau projek akan dihargai. Selain itu juga pelajar akan rasa seronok belajar, pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan pelajar dapat menumpukan penuh perhatian serta rasa lebih yakin dalam komunikasi.

4.0Kesimpulan

Kesimpulannya Pembelajaran Konstaktivisme, Pembelajaran Berasaskan Masalah dan juga Pembelajaran Berasaskan Projek sangat sesuai digunakan oleh para pelajar Pengajian Am dalam meneroka ilmu pengetahuan. Namun Pembelajaran Penemuan merupakan pembelajaran yang kurang sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi mata pelajaran Pengajian Am. Hal ini berikutan Pembelajaran Penemuan, hanya sesuai untuk mata pelajaran sains. Ini kerana, dalam mata pelajaran sains para pelajar akan membuat eksperimen ataupun uji kaji untuk menemui satu-satu jawapan atau prinsip-prinsip baru. Oleh itu Pembelajaran Penemuan agak tidak sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran di sekolah bagi mata pelajaran Pengajian Am. Walaupun, Pembelajaran Konstraktivisme, Pembelajaran Berasakan Masalah dan Pembelajaran Berasakan Projek sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Pengajian Am, namun ia agak sukar dilaksanakan di sekolah. Hal ini berikutan setiap aras pemikiran pelajar di dalam kelas adalah tidak sama. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan kecerdasan daripada pelbagai aspek menjadikan pelajar berfikir dan belajar dengan cara yang berbeza. Oleh itu ketiga-tiga kaedah pembelajaran ini tidak semestinya bersesuaian untuk semua pelajar.

Oleh yang demikian, guru haruslah memainkan peranan untuk memastikan tahap kecerdasan yang dimiliki oleh para pelajarnya. Hal ini sangat penting agar para pelajarnya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran jika salah satu kaedah yang digunakan itu tidak berkesan. Bagi memastikan para pelajarnya tidak tercicir dalam pelajaran, untuk menggunakan salah satu kaedah pengajaran yang sesuai untuk subjek Pengajaran Am, para guru mestilah menggabungkan dua atau tiga kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan cara ini, secara tidak langsung, para pelajar tidak akan ketinggalan dalam pelajarannya kerana tahap kecerdasan seseorang pelajar dengan pelajar lain adalah berbeza-beza.

Bibliografi

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. KualaLumpur: Kayazona Enterprise.

Ahmad Johari Sihes. (-------). Teori Pembelajaran. Diperoleh pada Oktober 20, 2010 daripada:http://eprints.utm.my/10358/1/bab11.pdf

John Brodi. (------). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian KesTeachingSchool, IPTAR. Diperoleh pada Oktober 21, 2010 daripada:ipgmktar.edu.my/index.php?option=com_docman&task...35..

Zaharatul Laili Abdul Rahim dan Ramlee Mustapha. (2007) Pembelajaran Berasaskan MasalahBagi Subjek Elektronik: Satu Kajian Tindakan Di Sekolah Menengah Teknik. Diperoleh pada Oktober 20, 2010 daripada:http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2007/24_PEMBELAJARAN_BERASASKAN_MASALAH_BAGI_SUBJEK.pdf