pembelajaran authentic untuk abad ke-21 satu tinjauan

10
Pembelajaran Authentic untuk abad ke-21: Satu Tinjauan" oleh Marilyn M. Lombardi a) Apakah elemen-elemen pembelajaran autentik? Pembelajaran autentik yang lebih memberikan tumpuan kepada kepada keadaan dunia sebenar ataupun situasi nyata, masalah-masalah yang lebih rumit dengan penyelesaiannya, menggunakan latihan main peranan, aktiviti-aktiviti berasaskan masalah, kajian kes, dan penyertaan di dalam komuniti amalan maya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran pelbagai bidang. Persekitaran pembelajaran autentik dijalankan dengan mendedahkan pelajar dengan aktiviti memainkan peranan dalam aplikasi dunia sebenar seperti dalam bidang pengurusan bandar, pembinaan rumah, menerbangkan kapal terbang, menetapkan bajet dan menyelesaikan jenayah. Para penyelidik telah membahagikan intipati pembelajaran autentik kepada 10 elemen reka bentuk yang akan menyediakan pendidik dengan senarai semak yang berguna dan boleh diadaptasikan dalam mana-mana mata pelajaran yang akan diajar. Berikut merupakan elemen-elemen pembelajaran autentik yang dinyatakan di dalam artikel Marilyn M. Lombardi: 1

Upload: jes74

Post on 15-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pembelajaran Authentic untuk abad k-21oleh Marilyn M. Lombardi

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Authentic Untuk Abad Ke-21 Satu Tinjauan

Pembelajaran Authentic untuk abad ke-21: Satu Tinjauan" 

oleh Marilyn M. Lombardi

a) Apakah elemen-elemen pembelajaran autentik? 

Pembelajaran autentik yang lebih memberikan tumpuan kepada kepada keadaan dunia

sebenar ataupun situasi nyata, masalah-masalah yang lebih rumit dengan penyelesaiannya,

menggunakan latihan main peranan, aktiviti-aktiviti berasaskan masalah, kajian kes, dan

penyertaan di dalam komuniti amalan maya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran

pelbagai bidang. Persekitaran pembelajaran autentik dijalankan dengan mendedahkan pelajar

dengan aktiviti memainkan peranan dalam aplikasi dunia sebenar seperti dalam bidang

pengurusan bandar, pembinaan rumah, menerbangkan kapal terbang, menetapkan bajet dan

menyelesaikan jenayah.

Para penyelidik telah membahagikan intipati pembelajaran autentik kepada 10 elemen

reka bentuk yang akan menyediakan pendidik dengan senarai semak yang berguna dan boleh

diadaptasikan dalam mana-mana mata pelajaran yang akan diajar. Berikut merupakan

elemen-elemen pembelajaran autentik yang dinyatakan di dalam artikel Marilyn M.

Lombardi:

i) Berkaitan dengan dunia sebenar

Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik yang berkaitan dengan dunia sebenar adalah

sepadan dengan tugasan-tugasan profesional dalam dunia sebenar pelajar. Dalam

pembelajaran ini, pelajar akan diminta untuk bekerja secara aktif dengan konsep-

konsep abstrak, fakta-fakta, dan formula yang realistik dan peniruan kepada konsep

sebenar. Dengan itu, pembelajaran autentik menggalakkan pemikiran kritis dan proses

meniru sesuatu daripada keadaan sebenar.

ii) Masalah yang tidak jelas ataupun terbuka

1

Page 2: Pembelajaran Authentic Untuk Abad Ke-21 Satu Tinjauan

Pembelajaran autentik diperlukan apabila terdapat cabaran yang tidak boleh

diselesaikan dengan mudah dan memerlukan pelajar mengenalpasti sub-sub tugas

yang diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti. Penyelesaian masalah dalam

pembelajaran autentik tidak dapat dijelaskan dan sangat terbuka kepada pelbagai

anggapan dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan dengan

penggunaan satu algoritma yang telah ditetapkan atau satu jenis penyelesaian yang

telah sedia ada.

iii) Penyiasatan yang berterusan.

Pembelajaran autentik diperlukan dalam penyelesaian masalah yang tidak dapat

diselesaikan dalam jangka masa yang pendek. Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik

merangkumi tugasan-tugasan rumit yang perlu disiasat oleh para pelajar dalam jangka

masa yang diberikan.

iv) Pelbagai sumber dan perspektif

Aktiviti pembelajaran autentik memberikan peluang kepada para pelajar untuk

mengkaji tugas mereka dari pelbagai perspektif teori dan praktikal dengan

menggunakan pelbagai sumber. Mereka diperlukan melihat dari pelbagai perspektif

terhadap sesuatu perkara dan digalakkan untuk memberikan pelbagai pendapat.

Mereka juga perlu membezakan maklumat yang relevan dan tidak relevan dalam

proses penyelesaian tugasan tersebut.

v) Kolaboratif

Pembelajaran autentik menyokong pengetahuan dalam membentuk kolaboratif kerana

sebarang kejayaan tidak akan tercapai sekiranya pelajar berkerja secara individu.

Dalam pembelajaran autentik yang menjurus kepada aktiviti berkumpulan berbanding

individu, kerjasama amat penting dalam menyelesaikan sesuatu tugasan sepertimana

yang berlaku di dalam tugasan ataupun dalam keadaan dunia sebenar.

vi) Menggalakkan refleksi (metakognisi)

Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik membolehkan para pelajar membuat pilihan

dan refleksi terhadap pembelajaran mereka sama ada secara individu, sebagai satu

2

Page 3: Pembelajaran Authentic Untuk Abad Ke-21 Satu Tinjauan

pasukan ataupun sebagai sebuah komuniti. Dengan itu, pelajar berpeluang

membandingkan ataupun menunjukkan perbezaan kemahiran secara positif.

vii) Perspektif merentas disiplin subjek

Pembelajaran autentik tidak hanya terhad kepada satu domain tunggal ataupun

tertakluk kepada pengkhususan tertentu. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti di dalam

pembelajaran autentik mempunyai kesan yang berpanjangan ke disiplin tertentu yang

mana menggalakkan perspektif para pelajar dengan mengadaptasi pelbagai peranan,

kemahiran dan berfikir di dalam disiplin tersebut.

viii) Penilaian bersepadu

Penilaian dalam pembelajaran autentik adalah secara integrasi menyeluruh dengan

bukan sahaja sekadar sumatif di dalam aktiviti-aktiviti autentik tetapi juga terjalin

dengan baik ke dalam tugasan utama yang mencerminkan proses penilaian dalam

dunia sebenar.

ix) Produk yang diperhalus

Aktiviti-aktiviti pembelajaran autentik berakhir dengan penciptaan sesuatu produk

secara keseluruhannya dengan nilai dan makna dengan cara yang tersendiri, lebih baik

daripada penghasilan hanya untuk memenuhi persediaan sesuatu.

x) Tafsiran dan hasil yang pelbagai

Pembelajaran autentik menyediakan tafsiran dan membenarkan kepelbagaian hasil

penyelesaian masalah iaitu secara lebih terbuka yang lebih baik daripada satu sahaja

langkah penyelesaian.

3

Page 4: Pembelajaran Authentic Untuk Abad Ke-21 Satu Tinjauan

b) Bagaimana anda akan mengaplikasi pembelajaran autentik dalam mata pelajaran

yang anda ajar? 

Pembelajaran autentik amat sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran sains kerana

sains adalah sikap ingin tahu, memerlukan pemerhatian dan penaklukan mengenai dunia

sebenar. Dengan itu, sebagai seorang pendidik saya perlu bijak merancang aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai dan boleh menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara

aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya hasil pembelajaran boleh dicapai

dengan jayanya. Pembelajaran sains telah mengalami transformasi secara berperingkat dari

masa ke semasa mengikut perubahan kurikulum pendidikan negara. Isu kemorosotan minat

para pelajar terhadap bidang sains sering diperdebatkan pada masa kini rentetan kedudukan

negara kita di tangga kedua tercorot di Asia Tenggara iaitu berada di belakang Vietnam

dalam ujian di peringkat antarabangsa seperti Program Penilaian Antarabangsa Pelajar

(PISA) dan Pengajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS). Laporan keputusan ini

telah membuktikan bahawa prestasi pelajar negara kita masih belum cukup cemerlang dalam

taraf piawaian antarabangsa.

Masalah ini wujud disebabkan oleh persepsi negatif daripada kalangan pelajar itu

sendiri terhadap mata pelajaran sains. Kebanyakan pelajar tidak mempunyai minat yang

tinggi dalam mata pelajaran Sains kerana mereka beranggapan bahawa Sains merupakan

suatu mata pelajaran yang sukar difahami dan perlu menghafal. Mereka kurang memberikan

tumpuan di dalam kelas dan agak pasif dalam melibatkan diri dalam aktiviti dan

perbincangan dalam kumpulan. Pelajar mudah berasa bosan dan mencari peluang untuk

bermain semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pelajar juga beranggapan bahawa

pembelajaran sains hanyalah bertujuan untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan.

Perkara ini telah mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran dimana objektif

pembelajaran tidak dapat dicapai.

4

Page 5: Pembelajaran Authentic Untuk Abad Ke-21 Satu Tinjauan

Pembelajaran mata pelajaran Sains sebenarnya merupakan suatu proses interaksi

dengan dunia sebenar, iaitu secara berterusan menganalisa dan menginterpretasi maklumat

baru yang diterima dan menghubungkaitkannya dengan dunia sebenar. Pemilihan

persekitaran pembelajaran yang sesuai dan bermakna perlu dilaksanakan untuk menjadikan

pembelajaran pelajar relevan kepada pengalaman hidup sebenar. Justeru, pembelajaran Sains

secara konvensional iaitu melalui tutorial dimana pelajar secara pasif menerima sahaja semua

maklumat yang diberikan adalah tidak sejajar dengan kaedah pembelajaran yang mengaitkan

dan berasaskan kepada dunia sebenar. Pembelajaran Sains sepatutnya sesuatu yang

menyeronokkan dimana pelajar berpeluang meneroka dunia sebenar berasaskan perspektif

sains. Oleh itu, proses pembelajaran sains yang berkesan sebenarnya mempengaruhi minat

pelajar dalam sains.

Sebagai seorang pendidik, saya perlu merancang dengan teliti kaedah dan teknik

pembelajaran mengikut kecerdasan pelbagai pelajar untuk menarik minat pelajar mempelajari

sesuatu topik sains dengan mudah dan berkesan. Saya akan memastikan pelajar saya

mendapat ilmu pengetahuan sains secara bermakna melalui pembelajaran autentik dan

bukannya belajar untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan semata-mata. Aktiviti-

aktiviti pembelajaran autentik yang perlu diterapkan dalam mata pelajaran sains adalah

seperti eksperimen, perbincangan, aktiviti pembelajaran berkumpulan, “hands-on”, simulasi,

projek, lawatan, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi.

Bagi menyokong pembelajaran autentik, saya akan menggunakan kaedah

pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran sains bagi menggalakkan interaksi sosial yang

aktif di kalangan pelajar. Pembelajaran koperatif mampu menyediakan suasana pembelajaran

yang aktif serta berupaya mengubah situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang

dinamik dan berpusatkan pelajar. Selain itu, pembelajaran koperatif juga mampu

meningkatkan kemahiran kognitif pelajar kerana mereka perlu berhubung rapat, saling

memenuhi dan bantu-membantu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan di dalam sesuatu

tugasan.

Pembelajaran melalui aktiviti “hands-on” yang merupakan pembelajaran autentik

mampu memberikan pelajar pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran sains yang

dijalankan di dalam bilik darjah. Saya sering mempraktikkan pembelajaran sains melalui

aktiviti “hands-on” di dalam bilik darjah yang memerlukan pelajar terlibat secara praktikal

5

Page 6: Pembelajaran Authentic Untuk Abad Ke-21 Satu Tinjauan

dengan memanipulasikan bahan-bahan yang ada iaitu benda hidup dan bukan hidup. Melalui

aktiviti “hands-on”, pelajar akan lebih memahami pembelajaran yang diperolehi daripada

pengalaman sendiri melalui penyelesaian masalah. Penggunaan aktiviti “hands-on” dalam

pembelajaran Sains telah menunjukkan impak yang positif terhadap diri pelajar, terutamanya

dari segi minat, penglibatan serta pencapaian mereka dalam Sains. Selain itu, pembelajaran

secara “hands-on” merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas serta

meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang

dijalankan secara amali. Pelajar juga boleh mengingati pelajaran yang diajar lebih lama

dalam aktiviti yang melibatkan “hands-on” berbandingn pembelajaran konvensional di mana

guru hanya menyampaikan semua maklumat dan pelajar hanya mendengar.

Selain “hands-on”, saya juga akan menggunakan kaedah simulasi berkomputer di

dalam pembelajaran sains. Kaedah ini sesuai dalam pembelajaran sains kerana mampu

meningkatkan motivasi, menambahkan pembelajaran kognitif terhadap sesuatu fakta,

memudahkan pelajar memahami sesuatu proses, meningkatkan kemahiran kritis, mampu

menyesuaikan diri pelajar dengan situasi yang berbeza, membangunkan sikap positif pelajar

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi

dan sosial pelajar. Penggunaan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran sains

mempunyai beberapa kelebihan antaranya adalah mampu memastikan pelajar aktif dalam

eksplorasi dan belajar sesuatu. Pelajar lebih mudah memahami dan mengingati isi pelajaran

yang telah dipelajari melalui pembelajaran secara realistik dan sebenar. Oleh itu,

pembelajaran simulasi berkomputer amat berjaya dalam mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan dan produktif.

Sebagai kesimpulan, sebagai seorang pendidik saya perlulah berusaha

mempelbagaikan strategi pengajaran dan aktiviti pembelajarannya agar pelajar lebih

meminati sains. Pelajar akan mudah berasa bosan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang

kekal sama. Kaedah pembelajaran autentik perlu diterapkan dengan mengambil kira

kesesuaian setiap topik yang diajar kerana topik yang berlainan memerlukan strategi

pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang tersendiri. Pelajar akan lebih bermotivasi dan

bersedia untuk belajar sains apabila mereka dapat mengetahui sebab dan kegunaan belajar

sains. Justeru, saya perlu mahir dalam memanipulasikan strategi pengajaran agar sesi

pembelajaran sains di dalam kelas akan menjadi lebih mudah dan menarik bagi para pelajar.

6

Page 7: Pembelajaran Authentic Untuk Abad Ke-21 Satu Tinjauan

Tumpuan dan perhatian pelajar yang baik akan memudahkan saya melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

7