pembangunan sosio-ekonomi ummah: 1...

4
PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH: 1 MUJAHADAH 1 Oleh: Dato’ Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh 2 Abstrak Tanggungjawab untuk membangunkan sosio-ekonomi ummah dan negara merupakan amanah bersama yang digalas oleh semua pihak. Ia berkait rapat dengan tuntutan maqasid al-shari„ah itu sendiri kerana bidang ekonomi berkait rapat dengan unsur kehartaan (al-mal) iaitu salah satu unsur dalam maqasid al-shari„ah. Dalam usaha memperkasa sosio-ekonomi ummah ini, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sedang giat berusaha membangunkan hartanah-hartanah wakaf yang berpotensi supaya ia dapat dimanfaatkan untuk kemajuan ummah dan negara serta pemerkasaan aset-aset umat Islam yang lain iaitu zakat dan mal (harta-harta sumber am) demi pembangunan sosio-ekonomi ummah. 1 Artikel ini disediakan untuk diterbitkan dalam Utusan Malaysia sempena penganjuran Seminar Zakat Serantau 2011 di Hotel Legend, Kuala Lumpur pada 22-23 Mac 2011. 2 Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Upload: tranphuc

Post on 15-May-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH: 1 …intranet.jawhar.gov.my/penerbitan/p_admin/file_upload/AkhbarSZS.pdf · PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH: 1 MUJAHADAH1 Oleh: Dato’ Dr. Hj. Sohaimi

PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH: 1 MUJAHADAH1

Oleh:

Dato’ Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh2

Abstrak

Tanggungjawab untuk membangunkan sosio-ekonomi ummah dan negara merupakan

amanah bersama yang digalas oleh semua pihak. Ia berkait rapat dengan tuntutan

maqasid al-shari„ah itu sendiri kerana bidang ekonomi berkait rapat dengan unsur

kehartaan (al-mal) iaitu salah satu unsur dalam maqasid al-shari„ah. Dalam usaha

memperkasa sosio-ekonomi ummah ini, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

sedang giat berusaha membangunkan hartanah-hartanah wakaf yang berpotensi

supaya ia dapat dimanfaatkan untuk kemajuan ummah dan negara serta pemerkasaan

aset-aset umat Islam yang lain iaitu zakat dan mal (harta-harta sumber am) demi

pembangunan sosio-ekonomi ummah.

1 Artikel ini disediakan untuk diterbitkan dalam Utusan Malaysia sempena penganjuran Seminar Zakat Serantau 2011 di Hotel Legend, Kuala Lumpur pada 22-23 Mac 2011.

2 Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Page 2: PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH: 1 …intranet.jawhar.gov.my/penerbitan/p_admin/file_upload/AkhbarSZS.pdf · PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH: 1 MUJAHADAH1 Oleh: Dato’ Dr. Hj. Sohaimi

Islam adalah agama yang bersifat universal dan syumul. Hukum Islam tidak hanya

terhad pada persoalan ibadat, hal ehwal perkahwinan atau bila berlaku kematian

semata-mata, malah hakikat ibadat menurut pengertian Islam ialah kepatuhan kepada

minhaj Allah S.W.T. yang meliputi semua persoalan berkaitan dengan kehidupan

manusia termasuklah muamalat, munakahat, sosial, ekonomi dan sebagainya yang

wajib diuruskan berlandaskan hukum Syarak.

Islam menghendaki manusia supaya berjaya dalam kehidupan di dunia serta kehidupan

di akhirat dan tidak menyuruh umatnya supaya hidup dengan mundur, miskin atau

ketinggalan dalam hal-hal kebendaan. Setiap orang Islam disarankan mencari kurniaan

Allah S.W.T. di dunia ini dan menggunakannya untuk kesejahteraan di dunia dan juga

di akhirat. Walaupun demikian, tidaklah menjadi kesalahan untuk seseorang itu hidup

dalam kemiskinan selagi ia tidak memudaratkan aspek agama dan keduniaannya

seperti hubungan kekeluargaan, muamalah sesama masyarakat dan seumpamanya.

Firman Allah S.W.T., mafhumnya:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah

kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah

engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia

dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah

berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-

limpah)...”

(Surah al-Qasas, ayat 77)

Tanggungjawab untuk membangunkan sosio-ekonomi ummah dan negara merupakan

amanah bersama yang digalas oleh semua pihak termasuklah kerajaan, masyarakat

dan juga individu. Ia merupakan satu fardu kifayah di mana sekiranya tidak

dilaksanakan oleh mana-mana pihak dalam sesebuah masyarakat atau negara,

implikasinya amat besar di mana negara itu akan mundur, ketinggalan malah boleh

dijajah apabila ia menjadi lemah. Penjajahan tidak semestinya difahami dari sudut

fizikal semata-mata, malah ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti ekonomi,

budaya, ideologi atau mentaliti dan sebagainya.

Jika ditinjau dari segi konsep maqasid al-shari„ah (objektif syariah) itu sendiri, terdapat

lima aspek utama yang perlu dipelihara oleh setiap umat Islam iaitu agama (al-din),

nyawa (al-nafs), akal (al-„aql), keturunan (al-nasb) dan harta (al-mal). Bidang ekonomi

Page 3: PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH: 1 …intranet.jawhar.gov.my/penerbitan/p_admin/file_upload/AkhbarSZS.pdf · PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH: 1 MUJAHADAH1 Oleh: Dato’ Dr. Hj. Sohaimi

yang berkait rapat dengan unsur kehartaan merupakan salah satu perkara yang perlu

dijaga kerana pada zaman ini, kelemahan ekonomi sesebuah negara boleh menjadi

pencetus kepada kelemahan dalam aspek-aspek lain termasuk politik, sosial,

pertahanan dan sebagainya.

Ramai yang beranggapan apabila disebut tentang memperkasa ekonomi Islam, ia

hanya melibatkan sistem kewangan dan perbankan Islam semata-mata seperti

transaksi mudharabah, musyarakah, murabahah, ijarah, sukuk dan sebagainya.

Sedangkan isu tentang harta-harta umat Islam yang tidak terurus jarang sekali

dititikberatkan, umpamanya isu tanah-tanah wakaf yang terbiar, harta pusaka milik umat

Islam yang tidak dituntut, kesedaran pengeluaran zakat yang tidak menyeluruh dalam

kalangan umat Islam dan sebagainya.

Sedangkan harta-harta umat Islam ini jika tidak dibangunkan, amat merugikan umat

Islam itu sendiri kerana ia menjadi tanah-tanah yang terbiar yang tidak dimanfaatkan

kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan umat Islam tentang kepentingannya demi

pembangunan sosio-ekonomi ummah. Mungkin kerana di Malaysia, kita tiada contoh

yang gah seperti Universiti al-Azhar di Mesir yang dibangunkan menggunakan harta

wakaf yang mampu memberikan kemudahan pelajaran dengan menggunakan dana

wakaf. Kegemilangan ekonomi ummah seperti pada zaman Khalifah „Umar bin Abdul

Aziz yang menyaksikan kesukaran untuk mencari asnaf fakir miskin yang layak untuk

menerima zakat tidak mustahil untuk berlaku di Malaysia asalkan semua pihak

berganding bahu untuk merealisasikannya.

Dalam usaha memperkasa sosio-ekonomi ummah ini, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

(JAWHAR) sedang giat berusaha membangunkan hartanah-hartanah wakaf yang

berpotensi supaya ia dapat dimanfaatkan untuk kemajuan ummah dan negara. Dengan

menggunakan peruntukan bajet daripada Kerajaan Persekutuan, tanah-tanah wakaf

yang di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dibangunkan

dan kemudian diserahkan semula kepada pihak MAIN untuk ditadbir.

Sebagai contoh, Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami di Pulau Pinang,

Pusat Hemodialisis di Johor, Pusat Saudara Baru di Negeri Sembilan, Pusat

Perlindungan Wanita di Johor dan lain-lain lagi merupakan antara kejayaan dan mercu

tanda pembangunan hartanah wakaf oleh JAWHAR. Diharapkan lebih banyak lagi

Page 4: PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH: 1 …intranet.jawhar.gov.my/penerbitan/p_admin/file_upload/AkhbarSZS.pdf · PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UMMAH: 1 MUJAHADAH1 Oleh: Dato’ Dr. Hj. Sohaimi

projek-projek seumpamanya akan dibangunkan pada masa hadapan demi manfaat

ummah.

Selain daripada pembangunan hartanah wakaf, JAWHAR juga sedang giat berusaha ke

arah pemerkasaan aset-aset umat Islam yang lain iaitu zakat dan mal (harta-harta

sumber am). Program-program berbentuk penyelarasan dan membangkitkan

kesedaran umat Islam giat dilaksanakan dari semasa ke semasa supaya dapat

memberi nilai tambah dalam pentadbiran harta-harta umat Islam demi pembangunan

sosio-ekonomi ummah.

Dalam usaha membangkitkan kesedaran umat Islam ke arah memperkasa sosio-

ekonomi ummah, antara aktiviti yang dijalankan adalah program-program berbentuk

seminar di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Dalam masa terdekat ini,

JAWHAR dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis

Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menganjurkan Seminar Zakat

Serantau 2011 (SZS) pada 22 hingga 23 Mac 2011 bertempat di Hotel Legend, Kuala

Lumpur bertemakan “Dana Zakat: Wasilah Pembasmian Kemiskinan Asnaf”.

Diharapkan agar program-program berbentuk kesedaran seperti ini akan dapat

membangkitkan kesedaran di peringkat serantau tentang peri pentingnya usaha

memperkasa sosio-ekonomi ummah melalui pengurusan harta umat Islam secara

komprehensif dan bersepadu supaya masalah kemiskinan dalam kalangan umat Islam

dapat diatasi hingga ke akar umbi, insya-Allah.